20 January 2009

PELIK ! ISRAEL MELAKUKAN GENCATAN SENJATA BERSENDIRIAN?

Telah diduga sebenarnya ada yang tidak kena & aneh bila Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan gencatan senjata secara bersendirian. Israel yang sebelum ini terkenal dengan sikap angkuhnya tiba-tiba membuat gencatan senjata secara bersendirian tanpa meminta terlebih dahulu persetujuan daripada pihak Hamas. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Sebelum ini mereka dikatakan meraikan kemenangan kononnya objektif mereka telah tercapai! Namun demikian, siri-siri serangan mereka dari hari ke hari semakin lemah.

Inilah petanda bahawa giliran Islam bakal menerajui dunia. Ianya bukan melibatkan kemenangan Pas di Kuala Terengganu, bahkan melibatkan kemenangan Islam di peringkat antarabangsa apabila sokongan terhadap dunia islam semakin menyerlah. Perdana Menteri Palestin Ismael Haniyeh mengumumkan gencatan senjata ini sebagai kemenangan yang besar kepada seluruh penduduk Palestin

Israel dikatakan bukan sekadar tidak mampu untuk berhadapan dengan Hamas, bahkan tidak berjaya untuk membebaskan askarnya, Gilad Shalit yang menjadi tawanan pihak Hamas. Lebih parah lagi bila satu penyelidikan mendedahkan keadaan emosi dan psikologi tentera Israel mengalami trauma dan gangguan tekanan kerana berperang dengan penduduk Palestin.

Semua ini berlaku apabila umat islam dengan doa-doa mereka menjadi senjata yang paling ampuh & kukuh bila berhadapan dengan tentera Zionis laknatullah Alaih. Jika dahulu peristiwa ini hanya kita dengar di dalam kitab-kitab sejarah dalam Peperangan Badar dan seumpamnya, namun sekarang sejarah itu berulang kembali di depan mata kepala kita. Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

No comments:

Sociable