21 July 2005
Najib diminta selesaikan kemelut peneroka Felda Air Hitam segera
Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil peneroka terbabit di Felda Air Hitam, semalam.
Katanya, memandangkan majoriti peneroka generasi pertama yang masih hidup tidak begitu ramai maka sewajarnya kemelut yang berlaku sejak 43 tahun lalu ini segera diselesaikan supaya tidak timbul masalah kepada generasi kedua yang bakal mengambilalih kelak.
Walau pun sebelum ini peneroka terbabit telah membawa perkara ini ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya kes ini disiasat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan dilakukan pihak terbabit dan peneroka merasa amat kecewa dengan sikap acuh tak acuh pihak-pihak terbabit dalam menangani kemelut yang melanda mereka.
Katanya lagi, antara penyelewengan yang didakwa berlaku termasuk pengagihan baja kepada peneroka.
Pendapatan hasil mereka dipotong untuk membayar baja ini tetapi baja tidak diberi tetapi sebaliknya mereka mendakwa ada pihak yang menjual baja ini kepada pihak lain.
Selain itu wang bantuan Hari Raya yang diperkenalkan kerajaan kepada seluruh peneroka Felda di negara ini sejak tiga tahun lalu juga didakwa telah diselewengkan.
Mereka mendakwa, bantuan bagi tahun pertama sebanyak RM100 kepada setiap peneroka langsung tidak diberi kepada peneroka.
Manakala bantuan untuk tahun kedua yang berjumlah RM200 pula terdapat seramai 41 peneroka yang tidak menerima bantuan ini sebaliknya apabila penyelewengan pihak-pihak terbabit ini terbongkar barulah bantuan untuk tahun ketiga (2004) berjumlah RM300 diberikan kepada semua peneroka.
Selain itu, menurut Faizi lagi, mengikut perjanjian asal setiap peneroka akan diberi tanah seluas 10 ekar dan mereka juga dikenakan bayaran balik untuk nilai tanah seluas 10 ekar ini tetapi peliknya ada kalangan peneroka sehingga sekarang ada yang dapat cuma enam, tujuh dan lapan ekar sahaja sedangkan mereka semua telah selesai membayar hutang.
Daripada sejumlah 336 peneroka ini hanya 16 sahaja yang mendapat tanah cukup 10 ekar iaitu lapan ekar untuk kebun manakala selebihnya untuk tapak rumah dan dusun seluas dua ekar.
Keadaan ini telah berlarutan sejak 1962 sehingga kini, katanya.
Peneroka juga, tambah beliau lagi, turut mempertikaikan bagaimana tanah seluas 900 ekar yang diperuntukkan untuk menambah kebun peneroka yang masih belum cukup 10 ekar ini hanya tinggal 426 ekar saja.
"Kemana perginya 474 ekar lagi, sudahlah tanah ini tidak diagihkan terus kepada mereka malah hasil getah selama lebih 20 tahun pun tidak diberi kepada peneroka," soal beliau.
Peneroka juga tidak puashati dengan jumlah bayaran yang diberi kepada mereka hasil pendapatan penjualan kayu getah berikutan projek tanam semula.
"Pada mulanya setiap peneroka dijanjikan bayaran sebanyak RM7300 tetapi selepas itu dikurangkan kepada satu pertiga sahaja iaitu RM2200 tetapi selepas itu dikurangkan lagi kepada RM1800.
"Sudahlah jumlah yang sepatutnya mereka dapat terus dikurangkan kepada nilai yang jauh lebih rendah daripada harga asal yang dijanjikan, tambah mengecewakan lagi sewaktu peneroka menandatangani borang untuk menerima bayaran ini mereka hanya dibayar RM1160 sahaja, kurang dari jumlah asal sebanyak RM1800.
"Bila ditanya kenapa bayaran yang diterima kurang, pihak pengurusan Felda memberitahu kononnya sejumlah RM640 telah dipotong sebagai bayaran sara hidup untuk tempoh empat bulan.
Pengurangan jumlah bayaran yang sepatutnya diberi kepada peneroka ini menimbulkan tandatanya dalam pembahagian hasil jualan kayu getah ini dan perlu disiasat segera," kata beliau kepada Harakahdaily.
Selain itu peneroka juga hairan bagaimana pada setiap bulan akan berlaku kehilangan antara 10 hingga 14 tan jumlah jualan getah yang dihantar ke kilang getah di Pasak Kota Tinggi.
Kehilangan yang sangat besar jumlahnya ini menyebabkan peneroka pula terpaksa menanggung beban.
"Sudahlah harga belian getah yang oleh Felda jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan peraih di luar malah setiap 10 kilogram getah akan ditolak 2 kilogram.
"Potongan yang agak besar ini menyebabkan sebahagian besar peneroka menjual hasil mereka kepada peraih di luar yang membeli dengan harga yang lebih tinggi selain tidak mengenakan potongan ke atas jumlah getah yang dijual,"beritahu beliau lagi.
Berikutan dari keengganan peneroka menjual hasil mereka kepada Felda menyebabkan pihak pengurusan Felda tidak memberi baja kepada peneroka walau pun baja ini telah dibayar oleh peneroka.
Inilah secebis daripada berbagai lagi penderitaan yang terpaksa dilalui oleh sebahagian besar peneroka Felda yang mendakwa mereka telah ditipu dan dianiaya sejak sekian lama.
Sehubungan itu Pemuda PAS Johor sekali lagi mendesak TPM segera turun padang bagi menangani masalah besar yang sedang melanda peneroka felda Air Hitam ini.
"Inilah waktu dan ketika yang amat sesuai bagi pemimpin negara turun padang menjenguk nasib rakyat.
"Jangan hanya ketika menjelang pilihanraya barulah masing-masing sibuk berkampung menemui rakyat dengan membawa pelbagai harapan dan jaminan yang hanya sekadar janji manis di mulut sahaja," kata Faizi.
18 July 2005
UMNO TERUS MENJADIKAN "AGENDA MELAYU" SEBAGAI AGENDA UTAMA, AGENDA ISLAM TERUS TERPINGGIR
KENYATAAN MEDIA
(16 Julai 2005)
Sekali lagi rakyat Malaysia khususnya yang mendaftar sebagai ahli UMNO sedang menunggu untuk berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO ke 56 tidak lama lagi pada 19 ~ 23 Julai 2005 sekali lagi rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan pelbagai agenda Melayu yang akan dibahaskan. Seluruh media sama ada media cetak dan elektronik telah mula dikerah untuk mendapatkan pelbagai pandangan daripada masyarakat dan ketika persidangan berlansung, sudah semestilah Perhimpunan Agong UMNO ini akan mendapat liputan yang meluas dan dipancarkan secara langsung daripada media massa mengenai perkembangan terkini persidangan UMNO ini termasuklah daripada Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) ingin menyentuh berkaitan Agenda Melayu yang akan dibentang dan dibahaskan di dalam persidangan UMNO ini. Apabila tiba musim Perhimpunan Agong UMNO, seperti biasa isu kepentingan Melayu akan dibangkitkan.
1. Gambaran awal bagi tahun 2005 yang boleh dilihat daripada wawancara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di dalam Mingguan Malaysia baru-baru menggariskan beberapa perkara yang akan dibincangkan di dalam Persidangan Pergerakan itu yang membabitkan isu meritokrasi, Malaysia maju tahun 2020, UMNO sebagai wadah orang melayu di Malaysia serta isu berkaitan dengan politik wang.
2. UMNO Pahang pula menyahut isu pelajar pintar seramai 120,000 pelajar pintar Melayu yang tercicir kerana gagal mendapat tempat di dalam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 15 Julai 2005.
3. UMNO Johor pula dilihat akan membawa isu meritokrasi dan agenda melayu sebagai isu utama. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor pada 9 Julai 2005 yang lalu, Umno Johor menganggap sistem meritokrasi bukan sahaja membawa kemerosotan pelajar Melayu dalam bidang-bidang kompetitif malah merupakan satu bentuk diskriminasi dan penindasan. Sistem itu didapati telah menindas ribuan anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti.
4. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu juga telah melahirkan rasa kebimbangan dan keresahannya terhadap perkembangan UMNO pada masa kini telah lari daripada perjuangan asalnya sehingga orang-orang melayu pada masa kini berasa malu untuk berkata sesuatu mengenai idealisme Hidup Melayu. Beliau menyatakan bahawa UMNO akan hanya menjadi relaven jikalau UMNO dapat mewakili dan mempertahankan bangsa, yang memungkinkan kita wujud dan berkembang, yakni bangsa Melayu.
Pada tahun 2004, apabila semakin hampir dengan Perhimpunan Agong UMNO, pelbagai pihak telah ditemu ramah untuk mendapatkan pandangan, kritikan, teguran dan idea sebelum persidangan bermula. Di antara wawancara yang disiarkan di dalam media termasuklah rencana yang bertajuk "Lonjakan Mega Melayu" oleh Datuk Dr Sulaiman Mahbob selaku bekas Setiausaha MTEN, Profesor Diraja Ungku Aziz di dalam satu wawancara bertajuk "Menang Bentuk Kalah Isi – Melayu tidak kisah Bangsa" dan Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh di dalam satu wawancara bertajuk "Ada orang -orang Melayu di persimpangan jalan. Persaingan globalisasi masa depan"
Dalam wawancara bersama Profesor Diraja Ungku Aziz yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2004 yang diwawancara tentang isu agenda Melayu yang berbangkit ekoran tulisan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Norraesah Mohamad, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh beliau yang saya kira amat menarik untuk dilihat secara telus oleh kepimpinan UMNO walaupun pandangan ini telah diutarakan hamper setahun yang lalu. Di antara perkara yang disentuh oleh Pak Ungku adalah pembasmian kemiskinan orang melayu yang sudah ada dalam Laporan Majlis Perunding Ekonomi Negara II tetapi kerajaan selalu mahu mencari cara-cara baru. Pak Ungku juga menyentuh isu agenda sosioekonomi orang Melayu yang harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan dan Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja (Perhimpunan Agung UMNO tahun 2004). Pak Ungku juga menyebut bahawa pemimpin Melayu seringkali mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.
Begitu juga dengan Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh di dalam satu wawancara bertajuk "Ada orang-orang Melayu di persimpangan jalan. Persaingan globalisasi masa depan" yang mana beliau menyentuh bahawa melayu sekarang berada di persimpangan. Pencapaian orang Melayu yang dibangga-banggakan sejak Dasar Ekonomi Baru tamat sudah semakin terhakis. Yang menariknya, beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap perbincangan isu ini melalui media massa yang nampak cukup rancak dalam tempoh seminggu ini. Beliau juga menyatakan bahawa "Janganlah hendaknya kita memperkatakan hal ini hanya kerana perhimpunan agung UMNO tidak lama lagi".
DPPN Johor melihat bahawa selepas berakhirnya Perhimpunan Agong UMNO ini, setelah selesai memilih kepimpinan UMNO di peringkat Majlis Tertinggi termasuklah yang menang setelah menaburkan wang, semua agenda demi kepentingan melayu telah dilupakan dan diabaikan. Segala janji yang ditabur untuk membela bangsa dijadikan bahan catatan dan akhirnya dikumpulkan untuk di bawa ke Perhimpunan Agong tahun 2005.
Tahun 2005, seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi beberapa isu kepentingan Melayu dibangkitkan dan kita akan menyaksikan betapa UMNO akan dilihat seolah-olah mampu untuk membela nasib orang melayu tetapi seperti biasa ia akan berakhir setelah semua perwakilan pulang ke bahagian masing-masing. Akhirnya Agenda Melayu berkubur dan Agenda Islam terus terpinggir.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
UMNO TERUS KUASAI MASJID UNTUK LAKSANA AGENDA POLITIK ISLAM HADHARI
(15 Julai 2005)
Berita ini juga menyatakan bahawa bagi memastikan visi kerajaan terhadap konsep Islam Hadhari ini berjalan lancar maka semua AJK Masjid dan surau yang dilantik di kalangan ahli kariah setempat ini terdiri dari kalangan yang dikenalpasti mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau.
Walau apa jua bentuk jawapan yang diberikan, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) tetap melihat bahawa telah berlaku campur tangan UMNO di dalam urusan yang sepatutnya diberikan kepada kalangan ahli kariah setempat yang lebih mengenali dan memahami dikalangan mereka lebih layak untuk mengatur program keagamaan ditempat mereka.
Perkara yang sama juga berlaku di Trengganu apabila BN mula merampas kerajaan daripada tangan PAS/BA. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Datuk Engku Mohamed Engku A. Rahman membuat kenyataan pada 14 April 2004 mengumumkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan pengurusan baru di masjid-masjid seluruh negeri ini yang bebas sepenuhnya daripada campur tangan politik bagi memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat. Katanya, Bagi mencapai hasrat itu, semua Pejabat Agama Daerah telah diarah supaya mengendalikan pemilihan jawatankuasa masjid terdiri daripada anak mukim kawasan masing-masing mengikut pilihan kariah.
Apa yang penting bagi UMNO/BN adalah mereka mesti menguasai masjid/surau ini untuk kepentingan politik mereka bertopengkan kepada Islam Hadhari. Sebab itulah masjid/surau yang sepatutnya dijadikan sebagai pusat percambahan ilmu, pembentukan akhlak dan pusat kegiatan masyarakat telah dilihat gagal memainkan peranannya. Statistik gejala sosial yang semakin parah, keruntuhan sistem pendidikan yang pada hari ini melahirkan kumpulan gansterisme dan pembuli serta kes rogol dan zina yang semakin menjadi-jadi membuktikan bahawa masjid/surau gagal menjalankan fungsi mereka dengan sebaiknya.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
TIADA USUL MENGENAI RASUAH ATAU POLITIK WANG MEMBUKTIKAN UMNO TIDAK SERIUS MENBENTERAS RASUAH KE AKAR UMBI.
KENYATAAN MEDIA
(15 Julai 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melihat bahawa UMNO sebenarnya tidak serius untuk membenteras politik wang atau rasuah politik di dalam UMNO seperti yang digembar–gemburkan selama ini. UMNO yang akan bersidang pada 19 ~ 23 Julai 2005 di dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 56 tidak lama lagi.
Kenyataan Datuk Sri Najid Tun Razak pada yang disiarkan pada 14 Julai 2005 di didalam Utusan Malaysia menyebut bahawa tiada usul khas mengenai Lembaga Disiplin UMNO, rasuah politik dan kaedah pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-56. Beliau menyebut bahawa pada prinsipnya perhimpunan tersebut akan membahaskan usul ucapan presiden sebagai usul utama dan dua usul lain iaitu ekonomi dan agama serta pendidikan.
Gambaran ini membayangkan bahawa UMNO sebenarnya tidak serius untuk membendung dan menghapuskan rasuah di dalam parti mereka. Isu rasuah politik yang hari ini menjadi perbualan dan perbincangan hangat dalam masyarakat khususnya apabila melibatkan ramai kepimpinan UMNO termasuklah Naib Presidennya iaitu Tan Sri Isa Bin Samad yang telah digantung selama 6 tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO yang sepatutnya dijadikan usul utama di dalam Perhimpunan UMNO pada tahun ini. Janggal rasanya apabila isu rasuah politik UMNO disiarkan secara meluas di dalam media tetapi tiada usul khas untuk membincangkan isu ini!
UMNO perlu melihat kepada kenyataan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di dalam titahnya semasa bertitah melancarkan Buku Local and Global Social Transformation in Southeast Asia - Essays in Honour of Professor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 14 Julai 2005 yang mengharapkan agar masyarakat perlu bangkit membendung rasuah dan menegakkan undang-undang bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan terus kukuh. Baginda bertitah, jika rasuah dibiarkan berleluasa ia akan berkembang menjadi `satu industri' hingga mengakibatkan keadilan tidak dapat dipertahankan. Walaupun baginda tidak menyentuh berkaitan dengan gejala rasuah yang sedang menimpa UMNO tetapi kenyataan ini dibuat ketika UMNO sedang menghadapi isu ini.
DPPN Johor melihat bahawa hari ini UMNO sedang mengalami trauma dengan bayang-bayang sendiri. Setelah Lembaga Disiplin UMNO mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan salah laku termasuklah memberi rasuah kepada perwakilan, maka kepercayaan dikalangan orang melayu terhadap UMNO telah mula goyah. Di tambah lagi dengan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa pendirian Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak membuka semula tempoh menerima aduan politik wang semasa pemilihan September tahun lalu yang tamat pada 18 April lalu, adalah muktamad.(Utusan Malaysia, 4 Julai 2005). Kenyataan ini mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebelum itu bahawa walaupun tarikh membuat aduan berhubung rasuah politik dan kesalahan melanggar tata etika pemilihan parti ditutup 18 April lalu, MT masih boleh membuat pertimbangan untuk membuka semula tempoh berkenaan.
DPPN Johor yakin bahawa sikap Pak Lah yang tidak terbuka untuk menerima laporan politik wang ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati khususnya dikalangan ahli UMNO yang selama ini mengharapkan beliau melakukan perubahan di dalam UMNO. Apa yang diharapkan agar ahli-ahli UMNO dapat melakukan perhitungan dan membuat perubahan terhadap sokongan mereka terhadap UMNO.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
06 July 2005
KES ROGOL DAN PENZINAAN KHUSUSNYA DI KALANGAN REMAJA TERUS SUBUR BERSAMA GAGASAN ISLAM HADHARI.
(5 Julai 2005)
Hari ini muka hadapan akhbar Harian Metro Edisi Selatan telah mendedahkan isu yang berkaitan dengan kejadian rogol yang bertajuk “Habuan nafsu kekasih”. Berita ini yang disiarkan dengan maklumat yang diperolehi melalui Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang menyatakan semakin ramai golongan remaja perempuan terutama gadis bawah umur tempatan didapati menjadi mangsa kerakusan nafsu mahupun terlanjur bersama kekasih berikutan bersikap terlalu berani serta mudah percaya dengan janji manis teman lelaki masing-masing.
Mengikut maklumat ini, sejak awal tahun 2000, lebih 80 peratus kes rogol yang difailkan membabitkan remaja perempuan yang menjadi habuan seks teman lelaki sendiri dan lebih membimbangkan lagi, hampir 70 peratus atau majoriti daripada mangsa rogol berkenaan terdiri daripada remaja bawah umur iaitu 16 tahun ke bawah.
Beberapa faktor dikenalpasti sebagai pendorong kepada kejadian rogol ini. Di antaranya terpengaruh dengan taktik kotor teman lelaki mereka dan tersilap langkah apabila sanggup melayan kerenah teman lelaki masing-masing termasuk berani keluar bersiar-siar pada lewat malam walaupun lelaki itu hanya dikenali beberapa hari sebelum kejadian berlaku. Kekurangan kasih sayang dan pengawasan ibu bapa mahupun ahli keluarga selalunya dijadikan alasan remaja wanita yang menyimpang dalam masalah seks.
Perkara ini juga disokong oleh seorang jurucakap pusat perlindungan sementara tahanan di Johor Bahru, berkata penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Menurutnya, sehingga kini pusat berkenaan memberi perlindungan sementara kepada remaja wanita bawah umur termasuk terlanjur dengan kekasih mahupun mangsa rogol teman lelaki sendiri.
Jelasnya, kejadian rogol melibatkan kenalan bagi tahun 2001 ialah 448 kes, 2002 - 493, 2003 - 549 dan Januari hingga April 2004, 198 kes. Seterusnya kejadian rogol yang melibatkan teman lelaki bagi 2001 ialah 250 kes, 2002 - 501, 2003 - 290 dan 2004 setakat Januari hingga April ialah 100 kes. Sementara itu bagi kejadian rogol yang melibatkan bukan kenalan bagi tahun 2001 ialah 201 kes, 2002 - 215, 2003 - 246 manakala bagi tahun 2004 dari Januari hingga April 85 kes.
Dr Mariani Md.Noor daripada Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya melalui kajiannya yang bertajuk “Punca Perlakuan Psikologi Seks Bebas di Kalangan Remaja” mendapati pelajar awal remaja berusia 12 hingga 15 tahun menggunakan seks bebas sebagai alasan untuk berseronok dan melepaskan tekanan perasaan ekoran terlalu banyak tegahan daripada ibu bapa. Dr. Mariani berkata faktor persekitaran yang mendorong remaja melakukan seks bebas. Contohnya lambakan VCD lucah, dan ini dibuktikan dengan kejayaan Polis Johor Baharu Selatan merampas sebanyak 6,500 keping video cakera padat (VCD) berharga RM 50,000 di dalam operasi selama tiga hari berturut-turut di Johor Bahru (Harian Metro, 7 Februari 2005).
Kecenderongan remaja khususnya di bawah umur membuktikan masalah sosial yang dilakukan oleh umat Islam itu jelas membuktikan bahawa kehidupan mereka sebenarnya jauh daripada panduan al-Quran dan tidak menghayati Islam sebagai panduan hidup. Kehidupan remaja pada hari ini semakin jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Al-Quran yang merupakan petunjuk jalan yang benar kepada manusia dan merupakan jalan penyelesaian yang baik bagi mengatasi masalah gejala sosial yang terus berleluasa.
Remaja pada hari ini lebih cenderong terhadap budaya hedonistik iaitu budaya berhibur, bergembira, dan bersuka-suka serta menjalani kehidupan yang sebebasnya demi memenuhi nafsu manusia yang tiada batasnya sekarang ini menjadi budaya hidup dikalangan remaja kita. Hiburan yang dipilih remaja hari ini, sering melangkaui batasan norma sosial masyarakat timur. Misalnya lirik-lirik lagu yang sering didengar oleh remaja kini hanya berkisar kepada persoalan cinta, seks, dan kebebasan tanpa batasan. Secara langsung ia membina norma negatif kehidupan remaja seperti menidakkan batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, berhibur hingga melanggar batasan budaya dan sebagainya.
Lebih malang lagi, sudahlah mereka jauh daripada agama, kerajaan Islam Hadhari Malaysia pula tidak mahu mengambil bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan unsur-unsur yang boleh membawa kepada kebinasaan dihentikan tetapi merekalah yang menjadi penyubur kepada program maksiat seperti konsert dan yang terbaru dilaporkan seramai 30 ribu orang telah menghadiri Konsert Akademi Fantasia 3 di dataran Putrajaya, Presint 3 pada 2 Julai 2005. Siapa lagi kalau bukan mereka majoritinya yang hadir itu terdiri daripada kalangan remaja melayu Islam.
Maka, selagi mana kerajaan Barisan Nasional masih terus menyuburkan budaya hedonisme dan Al-Quran tidak dijadikan sebagai petunjuk dan rujukan maka harapan untuk menghapuskan kejadian rogol dan penzinaan akan pudar malah akan terus meningkatkan pada masa akan datang.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
01 July 2005
TAHNIAH KEPADA MAJLIS FATWA DAN JABATAN MUFTI JOHOR
KENYATAAN MEDIA
(30 Jun 2005)
TAHNIAH KEPADA MAJLIS FATWA DAN JABATAN MUFTI JOHOR
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan di atas fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Johor (MFJ) dan Jabatan Mufti Johor (JMJ) yang telah mengeluarkan arahan bahawa lapan barang termasuk jubin yang tertera tulisan ‘Allah’ supaya membuang, menukar atau menampal kalimah suci itu selepas difatwakan sebagai haram dan masyarakat Islam perlu mengelak daripada membeli atau menggunakannya. Berita ini telah tersiar di dalam akhbar Harian Metro Edisi Johor dan Utusan Malaysia pada 30 Jun 2005.
Pengerusi MFJ yang juga Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut semalam telah membuat kenyataan tersebut di dalam sidang media semalam telah menekankan bahawa antara barangan yang dimaksudkan ialah jubin, kain ela, pakaian dan selipar. Beliau telah menyenaraikan lapan barang yang difatwakan sebagai HARAM yang sebelum ini telah didedahkan di dalam media massa. Lapan barang tersebut adalah :
- Jubin berwarna hijau bercorak jelas menunjukkan kalimah “ALLAH”
- Kain ela bercorak bunga batik menandungi ayat 37 surah Ar-rahman
- Kain ela untuk dibuat langsir dan sarung bantal mempunyai kalimah “ALLAH” dan diatasnya terdapat tanda salib.
- Pakaian kanak-kanak mempunyai kalimah “ALLAH” dan “AKBAR”
- Selipar jenama Maybach dan Bowling yang di tapaknya mempunyai kalimah “ALLAH” daripada jenis tulisan khat kufi.
- Baju batik yang mempunyai kalimah “ALLAH” walaupun tidak jelas.
- Sejadah yang mempunyai tanda salib dan apabila disujud, ia berada betul-betul di atas dahi.
- Naskah Al-Quran sederhana kecil bewarna hijau merah terbitan Biron kerana tersalah cetak surah Ali-Imran pada muka surat 63 iaitu ayat 148 terus ke surah yang sama ayat 174 dan tidak mempunyai pengesahan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Keputusan fatwa ini diharapkan dapat memberikan pengajaran terutamanya kepada rakyat Johor khususnya yang beragama Islam agar lebih prihatin terhadap kesucian agama daripada dipergunakan dan diperdagangkan oleh orang lain dengan sesuka hati. Kejadian seperti meletakkan nama Allah di bawah tapak kasut dan di atas jubin dilihat seolah-olahnya sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menghina Al-Quran dan kesucian agama islam. Perbuatan ini akan menyebabkan nama Allah akan dipijak dan dihina oleh pengguna sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Setidak-tidaknya, fatwa yang dikeluarkan ini akan memberikan peringatan supaya sensitiviti umat Islam mestilah dijaga oleh peniaga. Kenyataan Datuk Mufti Johor bahawa ketika ini barangan yang disenarai ini didapati masih dijual dengan secara meluas di premis perniagaan mestilah dipandang serius dan tindakan mestilah diambil dengan segera agar fatwa yang dikeluarkan ini tidak dipermainkan oleh peniaga-peniaga. Sudah tentulah Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang bertanggungjawab untuk mengarahkan setiap barangan ini ditarik balik penjualannya.
DPPN Johor juga mencadangkan agar MFJ atau JMJ mewujudkan laman web khas untuk memudahkan masyarakat mengetahui fatwa-fatwa terbaru terutamanya di Johor dan mendapatkan informasi dengan lebih cepat dan jelas seperti mana yang sekarang ini dipraktikkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak (http://mufti.perak.gov.my/) yang sentiasa pro-aktif terhadap perkembangan semasa.
DPPN Johor mengharapkan semoga Majlis fatwa Negeri Johor selepas ini akan lebih konsisten mengeluarkan pelbagai fatwa yang mampu menyelesaikan masalah ummah khususnya yang berkaitan dengan perkara yang boleh menjejaskan akidah umat Islam di negeri Johor.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
30 June 2005
29 June 2005
KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS PERLU DISELESAIKAN SEGERA.
KENYATAAN MEDIA
(28 Jun 2005)
KAEDAH Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris PERLU DISELESAIKAN SEGERA.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) mengalu-alukan kenyataan daripada pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BBC), Dato Shahrir Samad yang menyatakan bahawa UMNO Negeri Johor akan membahaskan secara mendalam penggunaan bahasa Inggeris (BI) dalam pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik seperti yang disiarkan di dalam harakahdaily pada 28 Jun 2005 bertajuk “Sains, Matematik dalam BI: Umno Johor kurang yakin, mahu adakan perbahasan”
Walapun kenyataan ini dilihat sebagai tindakan melawan arus pendidikan negara ketika ini yang diterajui oleh UMNO yang mahukan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PMSBI) serta bertentangan dengan hasrat dan cita-cita mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad tetapi tindakan ini dapat menyelamatkan pelajar melayu yang akan terus tercicir seperti mana yang telah dirumuskan di dalam Kongres Pendidikan Melayu Kedua (KPM2) pada 27 Mac 2005 yang lalu.
KPM2 anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM) pada 26 dan 27 Mac 2005 di Kuala Lumpur, telah mendedahkan bahawa setengah juta pelajar Melayu akan tercicir jika program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Justeru itu, sidang pleno kongres tersebut, sebulat suara meminta supaya kerajaan menghentikan pelaksanaan PPSMI dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua subjek, termasuk di universiti. Sudah jelas bahawa kongres yang menghimpunkan lebih 1,000 tokoh umat Melayu itu menolak penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Matematik dan Sains, dan mereka minta agar dikembalikan pengajarannya dalam bahasa Melayu.
KPM2 juga telah menyerlahkan perkara sebenar mengenai kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (meliputi semua mata pelajaran berikut: Matematik, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, mata pelajaran teknik di sekolah teknik dan semua kursus pengajian di kolej, kolej universiti, politeknik dan universiti).
Namun yang menyedihkan adalah apabila tidak pun sampai seminggu, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Bin Tun Razak dan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato Hishamuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membatalkan dasar yang mula diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad itu. DPPN Johor yakin bahawa keputusan yang diumumkan ini bukanlah keputusan kerajaan tetapi lebih kepada menjaga hati Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.
DPPN Johor ingin menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya kerajaan berhasrat untuk berpatah balik menghapuskan PMSBI ini kerana kajian yang dijalankan sudah menunjukkan kegagalan secara total. Dan sekiranya kerajaan masih mahu menunggu, dibimbangi ia akan meninggalkan kesan yang membarah. Pemimpin negara tidak perlu lagi angkuh mempertahankan prinsip lapuk sekiranya kesan yang ada sekarang membimbangkan. Kalau dulu anak-anak Melayu lemah dalam bahasa Inggeris, kini mereka turut lemah dalam dua pelajaran asas lain, iaitu matematik dan sains, hanya kerana ia diajar dalam bahasa Inggeris.
DPPN Johor bimbang, dasar ini tidak akan menyelesaikan masalah mutu bahasa Inggeris yang rendah di kalangan penuntut tetapi ia akan melebarkan lagi jurang antara murid-murid di kawasan pedalaman yang mundur dan miskin dengan pelajar di kawasan maju dan mewah.
Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa pada hakikatnya telah ramai anak Melayu di Malaysia telah berjaya dalam pendidikan berbahasa Melayu selama 30 tahun melalui dasar pelajaran kebangsaan. Ini dibuktikan dengan meningkatnya profesional seperti doktor, jurutera, arkitek, penyelidik, profesor, saintis, akauntan dan lain-lain di kalangan orang melayu berbanding keadaan sebelumnya ketika kita mewarisi pelajaran dalam bahasa Inggeris. Malah pelajar bukan Melayu juga banyak yang telah cemerlang sehingga kerap menandingi pelajar Melayu dan mereka belajar melalui bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi pengantar pendidikan negara ini. Maknanya dasar pelajaran kebangsaan telah menguntungkan kedua-dua pihak iaitu bangsa Melayu dan juga bukan Melayu.
DPPN Johor berharap agar tindakan UMNO Johor ini akan dilihat petanda kepada kerajaan bahawa rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu menolak PMSBI ini seperti mana yang telah diperjuangkan oleh PAS dan BA.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
28 June 2005
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KECUAIAN PEMBEDAHAN CIK NORHAYATI
KENYATAAN MEDIA
(27 Jun 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh Cik Norhayati Abd Razak yang terpaksa menanggung derita apabila doktor dipercayai tersalah melakukan pembedahan selepas keputusan ujian air kencingnya tertukar dengan seorang pesakit lain yang menghadapi masalah mengandung di luar rahim. Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar Harian Metro Edisi Johor pada 27 Jun 2005.
DPPN Johor tidak dapat membayangkan bagaimana Norhayati yang masih bujang telah diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengetahui punca penyakitnya sebelum doktor memaklumkan kepada keluarganya bahawa mangsa perlu dibedah segera kerana mengandung di luar rahim sedangkan beliau sebenarnya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat, kira-kira jam 12 tengah hari 2 Jun lalu selepas mengalami sesak nafas. Ditambah pula keluarga beliau telah cuba menerangkan kepada doktor yang terlibat bahawa Cik Norhayati hanya kerana mengalami sesak nafas dan sakit sawan dan beliau masih lagi belum berumah tangga.
Bagaimanapun, pihak hospital hanya menyedari bahawa beliau tidak mengandung luar rahim hanya setelah pembedahan telah dilakukan. Kesilapan pihak hospital itu berlaku selepas mereka ‘tertukar air kencing’ dengan wanita yang memiliki nama sama dengan Norhayati.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perkara ini. Siasatan secara teliti hendaklah dilakukan untuk mencari punca kecuaian yang boleh berlaku terhadap satu pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Sekiranya kecuaian itu berlaku adalah disebabkan oleh kealpaan doktor atau mana-mana pihak maka tindakan yang tegas hendaklah diambil.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia menanggung sepenuhnya kos perubatan yang dikenakan terhadap Cik Norhayati kerana pembedahan ini adalah disebabkan oleh kecuaian oleh pihak hospital dan bukannya kerana keperluan. Bukan setakat kos rawatan tidak perlu dijelaskan kepada pihak hospital tetapi ganti rugi hendaklah diberikan kepada mangsa kecuaian ini.
DPPN Johor mencadangkan agar Cik Norhayati membuat laporan polis agar perkara ini akan dapat disiasat dengan cepat dan telus agar beliau tidak terinaya. DPPN Johor juga mengharapkan agar Cik Norhayati dan keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini khususnya ini melibatkan maruah beliau dan keluarga sehingga pelbagai tohmahan telah diterima akibat kesilapan pembedahan ini. Semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar memperbaiki tahap kualiti perkhidmatan secara keseluruhannya di mana-mana hospital di Malaysia.
DPPN Johor juga mengucapkan tahniah kepada Harian Metro kerana telah menyiarkan berita ini kerana sekurang-kurangnya ia dapat memberikan peringatan kepada pihak hospital agar lebih berwaspada pada masa akan datang.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KECUAIAN PEMBEDAHAN CIK NORHAYATI
(27 Jun 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh Cik Norhayati Abd Razak yang terpaksa menanggung derita apabila doktor dipercayai tersalah melakukan pembedahan selepas keputusan ujian air kencingnya tertukar dengan seorang pesakit lain yang menghadapi masalah mengandung di luar rahim. Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar Harian Metro Edisi Johor pada 27 Jun 2005.
DPPN Johor tidak dapat membayangkan bagaimana Norhayati yang masih bujang telah diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengetahui punca penyakitnya sebelum doktor memaklumkan kepada keluarganya bahawa mangsa perlu dibedah segera kerana mengandung di luar rahim sedangkan beliau sebenarnya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat, kira-kira jam 12 tengah hari 2 Jun lalu selepas mengalami sesak nafas. Ditambah pula keluarga beliau telah cuba menerangkan kepada doktor yang terlibat bahawa Cik Norhayati hanya kerana mengalami sesak nafas dan sakit sawan dan beliau masih lagi belum berumah tangga.
Bagaimanapun, pihak hospital hanya menyedari bahawa beliau tidak mengandung luar rahim hanya setelah pembedahan telah dilakukan. Kesilapan pihak hospital itu berlaku selepas mereka ‘tertukar air kencing’ dengan wanita yang memiliki nama sama dengan Norhayati.
DPPN Johor melihat bahawa kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Hospital Batu Pahat berpunca daripada beberapa sebab yang mana di antaranya adalah kerana tidak cekap dan teliti di dalam menjalankan tugas mereka. Sepatutnya doktor yang terlibat di dalam kes ini membuka ruang dan mengambil kira pandangan dan penjelasan keluarga pesakit terlebih dahulu sebelum melakukan pembedahan.
Sekiranya benar kecuaian telah dilakukan oleh pihak Hospital maka DPPN Johor mendesak agar :-
1. Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perkara ini. Siasatan secara teliti hendaklah dilakukan untuk mencari punca kecuaian yang boleh berlaku terhadap satu pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Sekiranya kecuaian itu berlaku adalah disebabkan oleh kealpaan doktor atau mana-mana pihak maka tindakan yang tegas hendaklah diambil.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia menanggung sepenuhnya kos perubatan yang dikenakan terhadap Cik Norhayati kerana pembedahan ini adalah disebabkan oleh kecuaian oleh pihak hospital dan bukannya kerana keperluan. Bukan setakat kos rawatan tidak perlu dijelaskan kepada pihak hospital tetapi ganti rugi hendaklah diberikan kepada mangsa kecuaian ini.
DPPN Johor mencadangkan agar Cik Norhayati membuat laporan polis agar perkara ini akan dapat disiasat dengan cepat dan telus agar beliau tidak terinaya. DPPN Johor juga mengharapkan agar Cik Norhayati dan keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini khususnya ini melibatkan maruah beliau dan keluarga sehingga pelbagai tohmahan telah diterima akibat kesilapan pembedahan ini. Semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar memperbaiki tahap kualiti perkhidmatan secara keseluruhannya di mana-mana hospital di Malaysia.
DPPN Johor juga mengucapkan tahniah kepada Harian Metro kerana telah menyiarkan berita ini kerana sekurang-kurangnya ia dapat memberikan peringatan kepada pihak hospital agar lebih berwaspada pada masa akan datang.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
23 June 2005
PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN KERAJAAN DAN PELAJAR SEKOLAH SEMASA KONSERT AMAL AKADEMI FANTASIA DI STADIUM MAJLIS PERBANDARAN KLUANG.
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Tajuk
PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN KERAJAAN DAN PELAJAR SEKOLAH SEMASA KONSERT AMAL AKADEMI FANTASIA DI STADIUM MAJLIS PERBANDARAN KLUANG.
Pada
22 Jun 2005 / 15 Jamadil Awal 1426
1.0 MUQADDIMAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) menyerahkan memorandum ini bertujuan untuk memberikan beberapa penjelasan, pandangan dan cadangan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkaitan dengan tindakan UMNO Bahagian Semberong yang dengan jelas menggunakan kuasa politik untuk mempergunakan dan merosakkan pelajar sekolah dan kemudahannya untuk kepentingan mereka.
DPPN Johor menggunakan pendekatan berbentuk diskusi dan perbincangan untuk menangani perkara ini bersesuaian dengan Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 159 :
Maksudnya :"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
2.0 PENGHUJAHAN
Apa yang ingin dibangkitkan di dalam memorandum ini adalah berkaitan dengan pelajar sekolah telah dipergunakan untuk menghadiri program ini. Pelajar-pelajar ini telah hadir dengan memakai pakaian sekolah.
DPPN Johor ingin melahirkan rasa dukacita dan kekesalan di atas kejadian yang dibangkitkan di dalam memorandum ini. Beberapa fakta ingin dinyatakan sebagai bahan perbicangan dan penghujahan terhadap tajuk memorandum ini.
i. Penglibatan Pelajar Sekolah
Amat menyedihkan apabila golongan pelajar sekolah khususnya yang tinggal di asrama seperti Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Tinggi Kluang dan Sekolah Teknik Johor Bahru telah dikerah untuk menghadiri konsert ini. Lebih mendukacitakan pelajar-pelajar ini telah hadir dengan berpakaian uniform sekolah ke konsert tersebut (rujuk lampiran gambar)
Konsert Amal AF2 ini pula adalah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Semberong dengan kerjasama Astro dan Maxis yang diketuai oleh Dato' Hishamudin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia selaku ketua Bahagian Semberong sempena Tabung yayasan Tun Hussien Onn dan melibatkan artis-artis daripada AF2.
Sedangkan dalam masa yang sama, gejala buli dan samseng terus menjadi-jadi di sekolah tetapi Menteri Pelajaran Malaysia terus berusaha agar budaya hedonisme dapat diterapkan kepada pelajar sekolah & remaja.
ii. Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia
Amat memalukan apabila seorang yang bertaraf Menteri khususnya di Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan bahawa golongan artis haruslah dijadikan role model di kalangan remaja dan pelajar sekolah.
iii. Membuang Masa Pelajar
Pelajar-pelajar yang hadir ke konsert ini telah memaklumkan bahawa sekolah-sekolah terlibat diarahkan membatalkan apa jua bentuk kelas tambahan untuk membolehkan pelajar-pelajar ke konsert.
Ibu bapa mengharapkan agar anak-anak yang dimasukkan ke asrama di sekolah-sekolah untuk mendapatkan bimbingan yang sebaiknya daripada sekolah agar anak-anak mereka akan menjadi manusia yang terbaik. Dengan membawa anak-anak ke konsert amal ini, pihak sekolah telah mencabul kepercayaan ibu bapa lebih-lebih lagi pihak penjaga tidak mengetahui anak-anak mereka telah dikerah untuk menghadiri konsert ini.
3.0 MENYEDARI BAHAWA ;
3.1 Falsafah Pendidikan Negara menyebut bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara;
3.2 Objektif Pertama Jabatan Pelajaran Negeri Johor adalah Berhasrat Dapat Melahirkan Insan Yang Cemerlang Dari Segi Intelek, Rohani dan Jasmani ;
3.3 Kejadian jenayah juvana dan gejala sosial banyak melibat gologan pelajar khususnya golongan kaum melayu yang kini sedang menuju krisis kehancuran (rujuk indeks I) ;
3.4 Kejadian buli disekolah semakin tidak terkawal sehingga Sultan Pahang telah ‘turun’ bertemu dengan kumpulan pelajar pembuli disekolah (rujuk Indeks II)
3.5 Hiburan/hedonisme adalah merupakan aktiviti yang melalaikan dan menjadikan di antara punca keruntuhan akhlak dan menanamkan sikap malas membaca (rujuk indeks III) ;
3.6 Role Model yang terbaik bagi umat Islam adalah Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah sangat bertepatan dengan Allah Taala dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang berbunyi:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
3.7 Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan dan fatwa bahawa konsert seperti Akademi fantasia adalah HARAM
4.0 PENUTUP
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Sekian, wassalam
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913, 012-7811830
14 June 2005
KES BULI DI SEKOLAH BERLAKU LAGI – SUDAH SAMPAI MASANYA MENTERI PELAJARAN LETAK JAWATAN.
KENYATAAN MEDIA
(13 Jun 2005)
TAJUK : KES BULI DI SEKOLAH BERLAKU LAGI – SUDAH SAMPAI MASANYA MENTERI PELAJARAN LETAK JAWATAN.
Hari ini telah disiarkan berita bertajuk “Sultan, Menteri temui kaki Buli” (Harian Metro Isnin, 13 Jun 2005) dan “Sultan Pahang, Hishamuddin jumpa pelajar buli Afiq Selasa” (Berita Harian, 13 Jun 2005). Berita ini menyatakan bahawa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien akan bersemuka dengan kumpulan pelajar yang membuli seorang pelajar sehingga mangsa menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat di Kuala Lipis Pahang baru-baru ini. Dato Seri Hishamuddin menyatakan bahawa pertemuan ini sebagai ‘isyarat’ kepada pelajar lain bahawa kementerian tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelajar yang bertindak di luar batasan.
Berita ini adalah lanjutan kepada peristiwa di mana seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, Muhamad Afiq Qusyairi yang menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak dibelakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga sekolah tersebut. Muhammad Afiq dikatakan telah dibuli dua kali iaitu kejadian pertama, April lalu apabila dipijak dari belakang dengan kasut polis kadet oleh pelajar Tingkatan Lima, manakala dalam kejadian kedua pertengahan Mei, mangsa dipercayai dibelasah tiga pelajar Tingkatan Tiga dengan menghentak badan dan kepalanya ke almari kayu. Berikutan itu, dia mengalami kecederaan saraf tunjang yang boleh menyebabkannya lumpuh.
Sebelum itu, Dato Seri Hishamuddin melahirkan rasa kekesalan dan marah kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah aliran agama sekali gus mencemarkan imej Islam itu sendiri. Beliau menyebut bahawa ia memberi gambaran seolah-olah murid yang diberi pendedahan didikan Islam tidak mempunyai kawalan diri dan tahap disiplin yang tinggi berbanding murid di sekolah bukan aliran agama (Utusan Malaysia, 20 Jun 2005).
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melihat bahawa isu disiplin di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah semakin membimbangkan. Kes buli, samseng, pergaduhan dan pelbagai gejala sosial berlaku sehingga melahirkan rasa kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya ibubapa. Apabila negara digemparkan dengan peristiwa Mohamad Farid Ibrahim yang ditemui mati di Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Mamor, Ampangan Negeri Sembilan akibat dibelasah sekumpulan pelajar senior, Dato Seri Hishamuddin telah memberi amaran keras kepada pelajar samseng bahawa mulai hari ini (31 Mac 2004) mereka tidak mempunyai tempat dalam sistem persekolahan di negara ini kerana mereka adalah penjenayah (Berita Harian 1 April 2004)
Manakala pada 2 April 2004 pula, Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk Hishammuddin beri jaminan tidak akan berlaku lagi gejala samseng. Jaminan ini telah dibuat oleh Menteri Pelajaran Malaysia bahawa gejala samseng tidak akan berlaku lagi di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Rakyat Malaysia juga masih tidak dapat melupakan bagaimana pada tahun 2003 telah berlaku beberapa peristiwa yang berlaku di dalam sistem pendidikan Malaysia yang melibatkan disiplin pelajar. Di antaranya, pada 12 Ogos 2003 lalu, seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Mohd Hafizi Jumhari telah cedera di belasah pelajar senior di asrama sekolah itu sehingga mengalami kecederaan termasuk kehilangan buah pinggang kirinya. Sebanyak 20 pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pula dibuang sekolah pada 20 Ogos 2003 lalu kerana mewujudkan budaya samseng `High Council.' Pada 29 Ogos 2003 pula enam pelajar tingkatan lima Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak disingkir serta-merta dari sekolah asrama penuh tertua itu setelah terbabit dalam masalah disiplin.
DPPN Johor tertarik untuk mengulas kenyataan daripada adik Mohd. Hafizi Jumhari pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang kehilangan sebelah buah pinggang, kecederaan di hati, limpa, hempedu dan pundi kencing akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior pada 12 Ogos 2003 (Utusan Malaysia, 7 April 2004) yang turut berasa amat kesal dengan kematian pelajar Mohamad Farid Ibrahim. Beliau menyatakan bahawa tahap mentaliti para pelajar kita khususnya pelajar Melayu masih lagi di paras kritikal dan di tahap bahaya. Apa tidaknya, hanya kerana enggan meminjamkan sebuah alat pemanas air, Mohamad Farid diperlakukan seperti binatang dan dibelasah dengan kejam sehingga mati.
“Apa yang paling membimbangkan ialah sikap sesetengah pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan sesuatu kes daripada diketahui oleh pihak luar. Konon-kononnya supaya nama sekolah tidak tercemar. Pergi jahanamlah dengan nama baik sekolah. Apa gunanya jika kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah sekolah itu hanya terletak pada nama dan tidak ada pada adab, sahsiah, mentaliti dan keterampilan para pelajarnya.
Setiap kali sesuatu kes serius berlaku di sekolah, pasti ada sahaja pasukan-pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian yang berlaku. Janganlah penubuhan pasukan khas ini sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Mula-mula sahaja bersemangat siasat itu dan ini, akhirnya?Sudah hampir lapan bulan kejadian yang menimpa diri saya berlaku, namun tiada sebarang maklumat pun yang saya peroleh daripada pasukan khas yang menyiasat kes saya.”
Kini, Dato Hishamuddin perlu memikirkan semula secara serius terhadap kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Terbukti bahawa beliau telah gagal menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang Menteri di Kementerian Pelajaran Malaysia. Amaran keras yang beliau tujukan kepada pelajar samseng tidak berkesan, janji beliau bahawa tidak akan berlaku lagi gejala samseng di sekolah tidak kesampaian khususnya yang melibatkan Muhamad Afiq Qusyairi yang menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat sehingga Sultan Pahang sendiri terpaksa bersemuka dengan kumpulan pembuli pelajar. DPPN Johor mendesak supaya Dato’ Hishamuddin meletakkan jawatan Menteri Pelajaran Malaysia sebagai rasa tanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar di Malaysia.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
13 June 2005
Desakan Batalkan Konsert
Date: Monday, June 13 @ 11:23:27 MYT
Topic: Local News
Oleh Salman Hussin
KLUANG, 13 Jun (Hrkh) – PAS Kawasan Kluang mendesak Pegawai Daerah membatalkan kebenaran sebarang bentuk konsert hiburan yang diadakan sama ada secara terbuka atau tertutup di daerah ini. Desakan ini dibuat berdasarkan maklumat yang menyatakan Konsert Akademi Fantasia akan diadakan secara besar-besaran di bandar ini pada 17 Jun ini, kata Timbalan Yang DiPertua PAS Kluang, Mohd Nor Mohamad, dekat sini.
Beliau berkata demikian semasa menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert ini kepada Pegawai Daerah Kluang, Haji Abdul Latif Yusof, di Pejabat Daerah Kluang, baru-baru ini.
Hadir sama dalam penyerahan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta beberapa AJK PAS Kluang.
Konsert yang pada asalnya akan diadakan di Taman Seri Lambak dekat sini bagaimanapun terpaksa dipindahkan ke Stadium Kluang berikutan bantahan penduduk taman terbabit yang mendakwa konsert ini boleh menimbulkan gangguan kepada mereka.
Menurut Mohd Nor, masalah gejala sosial yang begitu teruk melanda masyarakat terutama golongan remaja kita hari ini tidak sewajarnya diburukkan lagi dengan memperbanyakkan program-program hiburan yang melalaikan.
Tidak dinafikan terdapat faktor lain selain hiburan turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja dan masyarakat tetapi kerajaan sepatutnya menyekat salah satu punca ini supaya ruang untuk kerosakan yang lebih parah lagi dapat dielakkan.
Katanya lagi, program pembangunan insan yang berlandaskan Islam mestilah diperbanyakkan di samping pada masa yang sama program berbentuk hiburan yang melalaikan ini dihapuskan sama sekali.
"Jangan jadikan hiburan sebagai Dasar Negara kerana jika ini berlaku maka bukan saja masa depan rakyat akan hancur bahkan negara juga akan binasa akhirnya,"katanya.
Pada pertemuan tersebut, Haji Abdul Latif ketika ditanya berhubung konsert ini memberitahu sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan pihak penganjur konsert ini.
Beliau juga memberitahu kebenaran mengadakan konsert ini hanya akan diputuskan setelah merujuk pandangan beberapa jabatan lain seperti Polis dan Jabatan Agama Islam Daerah. - mks.
11 June 2005
RAKYAT JOHOR TERUS DIRUNDUNG MALANG – KENAIKAN TARIF AIR TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA
(31 Mei 2005)
Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk "Ranhill mahu naik tarif air" yang disiarkan di akhbar Berita Harian ruangan Ekonomi bertarikh 31 Mei 2005. Berita ini menyatakan bahawa SAJ Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang mengendalikan pengurusan sistem pembekalan air di Johor akan mengemukakan cadangan bagi menaikkan kadar tarif air di negeri itu untuk tempoh 2006-2008 dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Johor pada bulan Jun akan datang. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif Ranhill Utilities, Ahmad Zahdi Jamil.
Menurut beliau, mengikut perjanjian konsesi, Randhill berhak menaikkan kadar tarif ini setiap tiga tahun dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri bagi kenaikan untuk tempoh 2006-2008 bulan depan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa dukacita di atas kenyataan ini kerana semakan kali ketiga seperti mana yang telah dijangkakan bakal dikemukakan kepada kerajaan negeri Johor setelah diadakan semakan kali pertama pada tahun 2001 dan semakan kali kedua pada tahun 2003. Semakan pertama telah mencatatkan kenaikan sebanyak 22 % dan semakan kedua telah mencatatkan kenaikan sebanyak 25 % (banding dengan tahun 2001). Apakah kenaikan semakan ketiga akan mecatatkan lebih daripada 25%? Sekiranya jumlah kenaikan ini sebanyak 25 %, maka bagi penggunaan jumlah air 25 meter padu sebulan, selepas semakan ini berlaku kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 21.90 berbanding dengan RM 17.50 pada ketika ini.
Kenyataan untuk menaikkan tarif air Johor berlaku ketika suasana kegawatan bekalan air bersih sedang menimpa beberapa kawasan di negeri Johor. Baru-baru ini Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah mengedarkan risalah dan maklumat kepada pengguna mengenai kempen berjimat cermat dan catuan air telah dilakukan terutamanya kepada pengguna di Daerah Kluang dan Batu Pahat. Mengikut maklumat yang diperolehi, beberapa tempat akan mengalami gangguan bekalan air sehingga catuan selama 10 hari dalam masa sebulan terpaksa dilakukan dengan alasan untuk menaikkan paras air di empangan Semberong.
Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Ranhill Bhd, Datuk Hamdan Mohamad yang dikeluarkan di Utusan Malaysia pada 7 Mei 2002 yang menyebut bahawa Ranhill Utilities Bhd. akan menggunakan 75 peratus atau RM149 juta daripada RM192 juta hasil perolehan penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk meningkatkan kualiti air di Johor. Hasil perolehan dan langkah ini mampu menjana pertumbuhan dinamik Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dalam mengendalikan konsesi pembekalan air selama 30 tahun di negeri tersebut. Namun begitu, sehingga kini kenyataan ini masih diragui kerana rakyat Johor masih terus menggunakan air yang rendah kualitinya. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang disiarkan di dalam media massa seperti berikut :
a. Harian Metro (edisi Johor) bertarikh 12 Mei 2005 telah menyiarkan berita utama tentang Sungai Bekok yang beracun dengan kandungan aluminium dan manganese yang tinggi mengancam 350,000 penduduk Batu Pahat dan persekitarannya. Air Sungai ini menjadi sumber air mentah kepada Loji Yong Peng 1 dan Loji Yong Peng 2.
b. 10 Mei 2005, disiarkan pula di dalam Utusan Malaysia bahawa catuan air bagi seluruh Daerah Batu Pahat dan Kluang akan dibuat dalam tempoh satu minggu lagi jika sumber bekalan air semakin kritikal.
c. 9 Mei 2005 pula, Berita Harian mendedahkan bahawa Syarikat Air Johor Holding (SAJH) telah mengesan tiga bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemarkan dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja, Batu Pahat yang dikatakan telah dapat dikesan sejak awal tahun 2005 di Sungai tersebut.
d. 31 Mac 2005 disiarkan di dalam akhbar Berita Harian tentang bekalan air tercemar menjadi punca gangguan air disekitar Daerah Batu Pahat. Puncannya adalah kerana aktiviti pembakaran, pembajaan dan kerja-kerja meracun oleh pekebun di sepanjang sungai tersebut.
Kenyataan-kenyataan ini membuktikan bahawa kualiti air di Johor telah tercemar dan membuktikan kenyataan Presiden Ranhill Bhd untuk meningkatkan kualiti air Johor tidak berjaya. Kenaikan tariff air ini dilakukan bukan kerana bertujuan semata-mata untuk memperbaiki masalah kekurangan air atau meningkatkan mutu air tetapi lebih kepada perjanjian yang telah dimeterai diantara kerajaan negeri Johor dengan SAJH dan Randhill. Sudahlah bekalan air di Johor semakin kritikal dan kualitinya semakin rendah dan berbahaya, semakkan ini akan terus menindas rakyat di negeri ini.
DPPN Johor mendesak agar kerajaan Negeri Johor melihat perkara ini dengan penuh telus. Adakah kepentingan rakyat yang lebih diutamakan atau kepentingan Randhill. DPPN Johor juga akan mengemukakan bantahan terhadap perkara ini di dalam siding DUN Johor melalui wakil tunggal PAS di DUN Johor iaitu YB Dr Ramli Bin Kari yang dijangka akan bersidang pada bulan Jun 2005 ini.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
01 June 2005
RAKYAT JOHOR TERUS DIRUNDUNG MALANG – KENAIKAN TARIF AIR TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA (31 Mei 2005) Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk "Ranhill mahu naik tarif air" yang disiarkan di akhbar Berita Harian ruangan Ekonomi bertarikh 31 Mei 2005. Berita ini menyatakan bahawa SAJ Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang mengendalikan pengurusan sistem pembekalan air di Johor akan mengemukakan cadangan bagi menaikkan kadar tarif air di negeri itu untuk tempoh 2006-2008 dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Johor pada bulan Jun akan datang. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif Ranhill Utilities, Ahmad Zahdi Jamil. Menurut beliau, mengikut perjanjian konsesi, Randhill berhak menaikkan kadar tarif ini setiap tiga tahun dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri bagi kenaikan untuk tempoh 2006-2008 bulan depan. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa dukacita di atas kenyataan ini kerana semakan kali ketiga seperti mana yang telah dijangkakan bakal dikemukakan kepada kerajaan negeri Johor setelah diadakan semakan kali pertama pada tahun 2001 dan semakan kali kedua pada tahun 2003. Semakan pertama telah mencatatkan kenaikan sebanyak 22 % dan semakan kedua telah mencatatkan kenaikan sebanyak 25 % (banding dengan tahun 2001). Apakah kenaikan semakan ketiga akan mecatatkan lebih daripada 25%? Sekiranya jumlah kenaikan ini sebanyak 25 %, maka bagi penggunaan jumlah air 25 meter padu sebulan, selepas semakan ini berlaku kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 21.90 berbanding dengan RM 17.50 pada ketika ini. Kenyataan untuk menaikkan tarif air Johor berlaku ketika suasana kegawatan bekalan air bersih sedang menimpa beberapa kawasan di negeri Johor. Baru-baru ini Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah mengedarkan risalah dan maklumat kepada pengguna mengenai kempen berjimat cermat dan catuan air telah dilakukan terutamanya kepada pengguna di Daerah Kluang dan Batu Pahat. Mengikut maklumat yang diperolehi, beberapa tempat akan mengalami gangguan bekalan air sehingga catuan selama 10 hari dalam masa sebulan terpaksa dilakukan dengan alasan untuk menaikkan paras air di empangan Semberong. Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Ranhill Bhd, Datuk Hamdan Mohamad yang dikeluarkan di Utusan Malaysia pada 7 Mei 2002 yang menyebut bahawa Ranhill Utilities Bhd. akan menggunakan 75 peratus atau RM149 juta daripada RM192 juta hasil perolehan penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk meningkatkan kualiti air di Johor. Hasil perolehan dan langkah ini mampu menjana pertumbuhan dinamik Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dalam mengendalikan konsesi pembekalan air selama 30 tahun di negeri tersebut. Namun begitu, sehingga kini kenyataan ini masih diragui kerana rakyat Johor masih terus menggunakan air yang rendah kualitinya. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang disiarkan di dalam media massa seperti berikut : a. Harian Metro (edisi Johor) bertarikh 12 Mei 2005 telah menyiarkan berita utama tentang Sungai Bekok yang beracun dengan kandungan aluminium dan manganese yang tinggi mengancam 350,000 penduduk Batu Pahat dan persekitarannya. Air Sungai ini menjadi sumber air mentah kepada Loji Yong Peng 1 dan Loji Yong Peng 2. b. 10 Mei 2005, disiarkan pula di dalam Utusan Malaysia bahawa catuan air bagi seluruh Daerah Batu Pahat dan Kluang akan dibuat dalam tempoh satu minggu lagi jika sumber bekalan air semakin kritikal. c. 9 Mei 2005 pula, Berita Harian mendedahkan bahawa Syarikat Air Johor Holding (SAJH) telah mengesan tiga bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemarkan dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja, Batu Pahat yang dikatakan telah dapat dikesan sejak awal tahun 2005 di Sungai tersebut. d. 31 Mac 2005 disiarkan di dalam akhbar Berita Harian tentang bekalan air tercemar menjadi punca gangguan air disekitar Daerah Batu Pahat. Puncannya adalah kerana aktiviti pembakaran, pembajaan dan kerja-kerja meracun oleh pekebun di sepanjang sungai tersebut. Kenyataan-kenyataan ini membuktikan bahawa kualiti air di Johor telah tercemar dan membuktikan kenyataan Presiden Ranhill Bhd untuk meningkatkan kualiti air Johor tidak berjaya. Kenaikan tariff air ini dilakukan bukan kerana bertujuan semata-mata untuk memperbaiki masalah kekurangan air atau meningkatkan mutu air tetapi lebih kepada perjanjian yang telah dimeterai diantara kerajaan negeri Johor dengan SAJH dan Randhill. Sudahlah bekalan air di Johor semakin kritikal dan kualitinya semakin rendah dan berbahaya, semakkan ini akan terus menindas rakyat di negeri ini. DPPN Johor mendesak agar kerajaan Negeri Johor melihat perkara ini dengan penuh telus. Adakah kepentingan rakyat yang lebih diutamakan atau kepentingan Randhill. DPPN Johor juga akan mengemukakan bantahan terhadap perkara ini di dalam siding DUN Johor melalui wakil tunggal PAS di DUN Johor iaitu YB Dr Ramli Bin Kari yang dijangka akan bersidang pada bulan Jun 2005 ini. Sekian. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7219913/012-7811830 |
14 May 2005
PELANCARAN KEMPEN "BELILAH BARANG MURAH" SEMAKIN MERUMITKAN KEADAAN
KENYATAAN MEDIA (13 Mei 2005) Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk "Kempen Beli Barang Murah" yang disiarkan pada hari ini di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia. Kempen ini dikatakan akan dilancarkan di seluruh negara minggu depan sebagai langkah drastik kerajaan membendung `pesta naik harga'. Dinyatakan juga bahawa untuk mencapai kejayaan kempen ini, rangkaian kerjasama dengan pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour dan Mydin selain beberapa pasar basah di kampung-kampung dan kawasan terpencil di seluruh negara, diwujudkan. Strategi terbaru kerajaan ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Exco-exco Hal Ehwal Pengguna negeri di kementeriannya. Melalui kempen itu, Datuk Mohd. Shafie Apdal melihat, tiada ruang untuk peniaga-peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan mereka ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) ingin menegaskan bahawa DPPN Johor bersetuju dengan kenyataan bahawa peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga barangan jualan tetapi perlu diingat juga bahawa kenaikan harga barangan ini berpunca daripada sikap dan cara kerajaan menangani masalah penyeludupan diesel. Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen seliter dan petrol, 10 sen seliter, telah menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan harga barang-barang keperluan dan perkhidmatan secara berleluasa kebelakangan ini sememangnya adalah merupakan satu bukti kegagalan kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban ekoran kenaikan harga minyak. DPPN Johor yakin bahawa sekiranya tidak berlaku kenaikan harga diesel dan petrol, kejadian menaikkan harga barangan khususnya barangan runcit tidak akan berlaku seperti yang terjadi pada hari ini. Sepatutnya implikasi dan kesan kenaikan harga diesel dan petrol yang akan dibuat oleh kerajaan perlu dilihat terlebih dahulu. DPPN Johor juga sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang memilih rangkaian pasaraya besar yang selama inipun telah menyebabkan kemerosotan hasil peniagaan kecil, dengan sikap kerajaan ini akhirnya akan menyebabkan lebih banyak peniaga kecil akan 'gulung tikar'. Tindakan ini akan menyebabkan peniaga runcit akan lebih tertekan. Datuk Mohd. Shafie Apdal juga menyebut bahawa, tidak logik barang-barang yang tidak ada kena-mengena dengan diesel dan petrol naik contohnya, sayur, ikan, ayam dan teh tarik, sekali pun bukan 50 atau 100 peratus barangan berasaskan diesel dan petrol. Seperti teh tarik, tiada alasan untuk menaikkannya kerana gula, susu dan teh juga bukan barangan berasaskan komponen bahan api itu. Apabila peniaga menaikkan harga barangan jualan mereka tentulah mereka mempunyai alasan tersendiri. Apakah ayam, ikan dan sayuran itu boleh sampai ke kedai atau pasar dengan sendirinya tanpa menggunakan kenderaan seperti lori dan lori ini sudah tentunya menggunakan diesel untuk bergerak. Peruncit terbeban akibat menanggung kos pengangkutan daripada pemborong dan pengedar. Saya bimbang krisis yang melanda rakyat pada hari ini akhirnya terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia. Kerajaan menaikkan harga disel dan petrol, peniaga menaikkan harga jualan barangan. Yang menanggung akibatnya adalah rakyat. Nampaknya semakin hari kehidupan rakyat Malaysia semakin tertekan. Kerajaan mestilah mengambil tindakan membetulkan kesilapan bukannya menyalahkan peniaga kerana kesilapan kerajaan sendiri. Sekian. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7219913/012-7811830 |
13 May 2005
KRISIS KEKURANGAN DAN PENCEMARAN AIR DI JOHOR PERLU DITANGANI SEGERA
KENYATAAN MEDIA (12 Mei 2005) Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk SAJH kesan tiga kimia di Sungai Semberong (Berita Harian ; 10 Mei 2005), Catuan Air Jika Bekalan Kritikal (Utusan Malaysia : 10 Mei 2005), Cadang Guna Dua Sumber Bekalan Air (Utusan Malaysia : 11 Mei 2005) dan Bekalan Air Tercemar Punca Gangguan Air (Berita Harian : 31 Mac 2005) Hari ini Harian Metro (edisi Johor) bertarikh 12 Mei 2005 telah menyiarkan berita utama tentang Sungai Bekok yang beracun dengan kandungan aluminium dan manganese yang tinggi mengancam 350,000 penduduk Batu Pahat dan persekitarannya. Air Sungai ini menjadi sumber air mentah kepada Loji Yong Peng 1 dan Loji Yong Peng 2. Semalam (11 Mei 2005), disiarkan di dalam Utusan Malaysia kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Bin Othman telah mencadangkan agar Sungai Kahang dan Empangan Machap dijadikan sebagai sumber bekalan air bagi Empangan Semberong Barat yang semakin kritikal di mana paras air semakin meruncing ke tahap 7.09 meter kerana empangan ini bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Pada 10 Mei 2005, disiarkan pula di dalam Utusan Malaysia bahawa catuan air bagi seluruh Daerah Batu Pahat dan Kluang akan dibuat dalam tempoh satu minggu lagi jika sumber bekalan air semakin kritikal. Pada 9 Mei 2005 pula, Berita Harian mendedahkan bahawa Syarikat Air Johor Holding (SAJH) telah mengesan tiga bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemarkan dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja, Batu Pahat yang dikatakan telah dapat dikesan sejak awal tahun 2005 di Sungai tersebut. Pada 31 Mac 2005 disiarkan di dalam akhbar Berita Harian tentang bekalan air tercemar menjadi punca gangguan air disekitar Daerah Batu Pahat. Puncannya adalah kerana aktiviti pembakaran, pembajaan dan kerja-kerja meracun oleh pekebun di sepanjang sungai tersebut. Melalui maklumat ini, kita boleh simpulkan bahawa masalah ketiadaan air di Daerah Batu Pahat dan Kluang adalah berpunca daripada masalah kurangnya hujan dan masalah pencemaran sehingga menyebabkan hari ini penduduk di sebahagian negeri Johor sedang hidup dalam kebimbangan kerana berita mengenai pencemaran air dan kekurangan air semakin menjadi-jadi. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) ingin mengingatkan kerajaan Negeri Johor bahawa janji kerajaan negeri Johor semasa mengambil tindakan menswastakan air pada 20 April 1999 adalah untuk memperbaiki pengurusan air di Johor. Rakyat terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dengan kenaikan sebanyak 2 kali dalam masa 3 tahun telah memeritkan rakyat Johor. Jangan lupa dengan kenaikan pada 1 Julai 2003 yang dikenakan oleh SAJH sebagai kenaikan kedua dengan bayaran RM 17.50 untuk 25 meter padu sebulan berbanding RM 14.00 pada 1 Jun 2001 dengan kadar yang sama. Sudahlah rakyat terbeban dengan kos tariff air yang semakin tinggi, kini rakyat terpaksa menanggung akibat ketiadaan air dengan alasan yang sepatutnya pihak kerajaan boleh atasi pada peringkat dari awal lagi. Hujan tidak turun tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk menutup kelemahan yang berlaku. DPPN Johor juga mendapati bahawa SAJH telahpun mengenalpasti punca pencemaran yang melanda Sungai Semberong. Berita tentang perkara ini telah dikeluarkan pada 31 Mac 2005 telah menyebut bahawa masalah pencemaran tersebut telah berjaya di atasi setelah mengenalpasti punca pencemaran tetapi pada 31 Mei 2005 berita bahawa SAJH mengesan tiga jenis bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemar dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja. Adakah pihak kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengatasi punca-punca masalah ini?. Persoalannya, sekiranya puncanya telah dikenalpasti dan berjaya di atasi, kenapa masalah pencemaran air terus berlaku?. Adakah pihak kerajaan tidak mengambil langkah-langkah setelah menerima maklumat mengenai pencemaran ini sehingga terpaksa menunggu keadaan menjadi lebih kritikal?. Menteri Besar Johor telah menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mengesan pencerobohan di sebahagian daripada 718 hektar kawasan Empangan Semberong sehingga menyebabkan air takungan empangan tersebut tercemar. Maka DPPN Johor mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini dengan mengadakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit bukan hanya sekadar memantau secara berterusan sahaja. Saya mengharapkan agar masalah yang dihadapi oleh rakyat Johor khususnya di Kluang dan Batu Pahat dapat diatasi sesegera yang mungkin bukannya hanya dengan bermain dengan alasan-alasan. Sekian. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7219913/012-7811830 |
06 May 2005
KENAIKKAN HARGA TERBARU PETROL DAN DIESEL ADALAH TANDA KEZALIMAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT
KENYATAAN MEDIA (05 Mei 2005) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa penuh kecewa dengan tindakan kerajaan Malaysia melalui kenyataan akhbar daripada Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kenaikkan harga Minyak Petrol dan Diesel yang berkuatkuasa pada hari ini. Kenaikkan kali kedua dalam tempoh 8 bulan setelah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter pada bulan Oktober tahun lalu sekali lagi kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga diesel dan petrol dan kali ini sebanyak 20 sen dan 10 sen seliter setiap satu pula. Bersandarkan kepada alasan kerajaan bahawa kenaikan ini adalah sebagai langkah untuk membendung peningkatan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk produk petroleum dan sekiranya tindakan ini tidak dilakukan bermakna kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM8.9 billion bagi tahun 2005 ini, kenaikan harga minyak ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak dapat dielakkan dan mesti dilakukan dengan kadar segera. Bayangkan, kenaikkan 10% tambang perkhidmatan pengangkutan awam baru sahaja dilaksanakan pada 1 Mei 2005, tidak mustahil selepas kenaikkan harga baru minyak ini pihak Persatuan Pengangkutan awam akan membuat tuntutan baru bagi menaikkan tambang yang baru dengan alasan terpaksa menangung kos diesel yang baru. Tepatlah jangkaan Ahli Parlimen Kubang Krian, YB Salahuddin Bin Ayub semasa membahaskan isu kekurangan Diesel dalam sidang Parlimen baru-baru ini bahawa tindakan kerajaan menghadkan Kuota diesel seolah-olahnya strategi kerajaan untuk melonjakkan lagi harga diesel di Malaysia. DPPN Johor kesal dengan sikap kerajaan yang sering menggunakan tektik dengan membandingkan harga kenaikan murah di Malaysia dengan negara-negara Asean yang lain kecuali Brunei yang sebagai satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka walaupun Malaysia dan Brunei adalah negara pengeluar minyak tetapi kerajaan Malaysia tidak bersedia untuk membandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga dengan negara-negara maju yang lain yang bukan juga negara pengeluar minyak seperti United Kingdom, Australia dan negara-negara Eropah yang lain. Apapun, DPPN Johor yakin bahawa selepas daripada kenaikkan harga petrol dan Diesel ini, pelbagai bentuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan kedengaran bersandarkan pengalaman yang lalu. Selepas ini tidak mustahil akan berlaku kenaikkan harga barangan runcit, kenaikkan harga kos pengangkutan awam dan pelbagai kenaikkan harga barangan walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telahpun mengeluarkan amaran keras kepada para peniaga supaya tidak sesekali menaikkan harga barangan berikutan kenaikan harga diesel dan petrol masing-masing sebanyak 20 dan 10 sen. DPPN Johor yakin bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima dengan keputusan kerajaan ini kerana tindakan ini akan menambahkan lagi beban kewangan rakyat yang kini kian tersepit. Rakyat Malaysia terpaksa hidup di dalam keadaan tertekan dengan kenaikkan kos hidup yang semakin tinggi sedangkan dalam masa yang sama pemimpin kerajaan semakin senang khususnya setelah Parlimen meluluskan cadangan menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen sebanyak 10% melalui Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 bermula pada 1 Januari 2004. Kenaikkan gaji dan elaun seramai 219 orang yang dikira bermula 1 Januari 2004 yang lepas juga dilihat sebagai tidak adil bagi rakyat, walaupun kenaikkan itu meliputi ahli Parlimen dari kalangan Pembangkang. DPPN Johor melihat tindakan kerajaan ini sebenarnya menyerlahkan lagi kepincangan dan kegagalan kerajaan dalam menangani soal kebajikan rakyat Malaysia dan secara tidak langsungnya menampakkan bahawa Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh kerajaan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat supaya mereka terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini. DPPN Johor mengharapkan agar kezaliman kerajaan ini akan membuka mata rakyat Malaysia supa mereka jangan terus tertipu dengan janji-janji manis yang akhirnya rakyat jugalah yang akan menerima segala bala. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7219913/012-7811830 |