Adalah juga difahamkan bantahan telah dibuat oleh persatuan mahasiswa universiti berkenaan, bagaimana pun setakat ini belum diketahui hasil bantahan tersebut.
28 August 2005
PEMUDA PAS JOHOR BANTAH KONSERT KRU DI UTM SKUDAI
Adalah juga difahamkan bantahan telah dibuat oleh persatuan mahasiswa universiti berkenaan, bagaimana pun setakat ini belum diketahui hasil bantahan tersebut.
11 August 2005
KENYATAAN PENGERUSI JAWATAN KUASA PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA JOHOR BERSANDAR KEPADA ASAS YANG LEMAH.
(9 Ogos 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ( DPPN Johor) ingin menyanggah kenyataan yang telah di buat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor (JPDNHEPJ), Dato’ K.S Balakrishnan yang menyebut bahawa kenaikan harga barang yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan oleh perubahan cuaca dan bukan didorong oleh kenaikan harga Petrol dan Diesel baru-baru ini. Kenyataan ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini. DPPN Johor melihat bahawa beliau selaku Pengerusi JPDNHEPJ telah membuat satu kenyataan yang lemah tanpa bersandarkan kepada fakta yang sebenar dan tanpa melakukan pemantauan terhadap peniaga yang terlibat. Kenyataan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk menutup kelemahan dan sikap tidak prihatin kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Tidak dinafikan bahawa perubahan cuaca akan menyebabkan bertambah atau berkurang penghasilan terhadap tanaman tetapi terdapat bahawa kenaikan harga barangan yang dijual di pasaran pada hari ini tidak ada kaitan dengan perubahan cuaca yang dimaksudkan, serta disebabkan oleh kenaikan harga Petrol dan Diesel. Sebagai contohnya, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8 Ogos 2005 bertajuk “Pesta Naik Harga” Bermula, menyiarkan bahawa pelbagai barang keperluan harian akan naik daripada 5 peratus sehingga 50 peratus. Dalam akhbar yang sama juga menyiarkan kenyataan Menteri Perdagangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Mohd. Shafie Apdal yang menyatakan bahawa terdapat 255 barang dikesan dan dijangka naik ekoran kenaikan harga pasaran petrol dan diesel.
Manakala hari ini (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005) telah mendedahkan bahawa harga ikan di pasaran di seluruh negara meningkat dengan ketara sehinga 100% akibat 40% dari kira-kira 47,000 nelayan di seluruh negara tidak turun ke laut sejak seminggu lalu akibat kegagalan memperolehi Diesel yang di subsidi oleh kerajaan. Kenyataan ini telah di buat oleh Encik Mohd Abdullah ( Presiden Pemantauan Pesatuan Pelindungan Pengguna Malaysia). Manakala Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan–Persatuan Pekebun-Pekebun Sayuran Malaysia, Encik Chay Ee Mang berkata kenaikan harga sayur terpaksa dilakukan memandangkan harga baja, racun, plastik, benih telah meningkat antara 5 peratus hingga 8 peratus.
Semua kenyataan-kenyataan ini menunjukkan bahawa harga barang yang meningkat pada hari ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Oleh itu DPPN Johor menasihatkan Dato’ K.S Balakrishnan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan khususnya yang berkaitan dengan isu kenaikan harga barang kerana dibimbangi kenyataan-kenyataan yang dibuat tanpa merujuk kepada fakta yang sebenar bakal mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat Johor serta menjatuhkan krediabiliti beliau dan Kerajaan Negeri Johor.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830
09 August 2005
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERLU MENYEMAK KEMBALI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
(8 Ogos 2005)
Hari ini telah disiarkan berita bertajuk “Lagi kes buli pelajar parah dibelasah” (Utusan Malaysia, 8 Ogos 2005). Berita ini menyebut bahawa kali ini di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi, dekat sini yang menyaksikan seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima pelajar lain. Kejadian yang berlaku pagi semalam itu menyebabkan Mohd. Rizuan Mohd. Hashim, 15, terpaksa menggunakan kerusi roda. Dia yang dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) sudah pun dibenarkan keluar petang ini.
Lima pelajar tingkatan tiga yang disyaki terbabit pula sudah ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut. Kes buli itu berlaku ketika mangsa dan kelima-lima pelajar terbabit berada di sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau kerana mengikuti Program Pendidikan Terengganu Gemilang.
Mangsa dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.
Kes buli ini adalah merupakan penerusan kepada episod ngeri di sekolah. Satu persatu kejadian samseng dan buli di sekolah didedahkan kepada rakyat Malaysia dan sukar sebenarnya untuk percaya bahawa kes samseng sekolah masih tetap berterusan walaupun telah didedahkan oleh media massa dengan begitu meluas. Saya yakin bahawa pendedahan berita ini bukanlah bertujuan untuk memperbanyakkan lagi kejadian samseng tetapi untuk melahirkan rasa prihatin dan tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk membendung gejala ini daripada terus menjadi-jadi.
Pelbagai cadangan, pandangan dan kritikan telah dilontarkan oleh pelbagai pihak untuk sama-sama mengatasi masalah ini. Namun, saya tertarik dengan berita yang telah disiarkan oleh BERNAMA bertajuk "Kes Buli Di Sekolah Di Negara Ini Masih Rendah” pada 18 Julai 2005. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim menyebut bahawa bilangan kes buli, peras ugut dan vandalisme di sekolah di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain, iaitu di bawah 0.03 peratus.
Beliau berkata walaupun kecil daripada segi peratusannya, kementerian tetap menganggap ia adalah satu perkara yang serius dan telah mengeluarkan lapan garis panduan dan tindakan drastik untuk membendung kejadian itu.
Punca Utama Kejadian Gejala Samseng Dan Buli Di Sekolah?
Pengawasan Sekolah Yang Lemah 20.78% (85)
Pengaruh Media 14.67% (60)
Sikap Lepas Tangan Ibu Bapa 37.90% (155)
Kelemahan Sistem Pendidikan Negara 26.65% (109)
Total Votes: 409
Oleh itu, Kementerian Pelajaran bukan sekadar melakukan pemantauan tetapi harus melihat sejauh mana Sistem Pendidikan negara pada hari ini dapat membantu melahirkan warga negara yang mempunyai jati diri sebenarnya.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830 http://dppnjohor.blogspot.com/
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA MENERUSKAN RUTIN KERJA - AKAN PANTAU KENAIKAN HARGA BARANG SELEPAS KENAIKAN HARGA MINYAK.
(8 Ogos 2005)
Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bertajuk “255 barang dijangka naik, Kementerian pantau harga di lebih 1,000 premis perniagaan - Shafie Apdal”. Berita ini menyebut bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga kira-kira 255 jenis barangan terutama keperluan harian akan naik ekoran kenaikan harga minyak.
Menterinya, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, sehubungan itu, pihaknya sedang memantau harga kesemua barangan tersebut di lebih 1,000 premis perniagaan di seluruh negara. Antara barangan yang dijangka naik harga, katanya, ialah minyak masak, telur, ayam, daging, sayur-sayuran, kelapa dan beras.
Beliau berkata, pemantauan itu perlu kerana “kami yakin ia akan mengalami kenaikan secara mendadak ekoran kenaikan harga minyak'' Mohd. Shafie memberitahu, kementerian sudah mengarahkan unit penguat kuasa di setiap negeri memantau harga 255 jenis barangan tersebut.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melihat bahawa kenyataan ini sebenarnya menunjukkan betapa tidak pekanya Dato’ Mohd Shafie terhadap perkembangan harga barangan runcit semasa kerana pada 5 Ogos 2005 Berita Harian telahpun menyiarkan berita mengenai kenaikan harga barangan runcit dipasaran. Pemantauan Berita Harian mendapati harga barangan naik berbanding pemantauan mulai 5 Mei hingga 2 Jun lalu, iaitu selepas kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Mei 2005 di beberapa bandar utama diseluruh negara.
DPPN Johor juga turut mempersoalkan sejauhmanakah kebenaran dan keberkesanannya yang dapat membuktikan bahawa KPDNHEP telah melakukan pemantauan terhadap harga barangan di pasaran. Selepas kenaikan harga minyak diumumkan oleh kerajaan pada bulan Mei 2005 yang lalu, beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh KPDNHEP sebagai usaha untuk membendung kenaikan harga barang. Diantaranya ;
i. Utusan Malaysia, 10 Mei 2005 - Lima barang kawalan dijual melebihi paras harga siling
Harga beberapa jenis barang-barang kawalan seperti gula, beras, telur, susu pekat manis dan ayam - yang sepatutnya tidak naik kerana dikawal kerajaan - didapati naik atas alasan kos meningkat akibat kenaikan harga minyak.
ii. Utusan Malaysia, 11 Mei 2005 - 1,000 penguat kuasa dikerah Periksa harga barangan kawalan di seluruh negara
Kerajaan mengarahkan lebih 1,000 pegawai penguat kuasa memeriksa harga barang-barang kawalan di seluruh negara bagi membanteras kemungkinan wujud pesta naik harga. Serentak dengan itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal mengeluarkan amaran keras akan mengenakan tindakan tegas kepada para peniaga yang berbuat demikian.
iii. Utusan Malaysia, 16 Mei 2005 - Harga barang di semua kedai harian dipantau
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menghebahkan kepada pengguna kedai barangan keperluan harian yang menjual dengan harga patut sempena Kempen `Belilah Barangan Murah'
iv. Utusan Malaysia, 17 Mei 2005 - Harga teh tarik naik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini mendedahkan ada peniaga yang menaikkan harga teh tarik sebanyak 30 sen ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Namun, kerajaan masih tidak dapat menjamin dan mengawal harga barangan terutamanya barangan runcit daripada terus menekan pengguna. Kini, proses rutin pegawai-pegawai KPDNHEP sepertimana yang diarahkan oleh menterinya sedang giat dilaksanakan untuk memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. Sama ada pemantauan dilakukan atau tidak, yang pastinya harga barangan tetap akan naik dan menekan pengguna.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
06 August 2005
CADANGAN KAJIAN SEMULA TERHADAP PEMBEKUAN PASARAYA BESAR PERLU DILIHAT SECARA MENYELURUH
(6 Ogos 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) ingin memberikan pandangan terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal bahawa Kerajaan sedia mengkaji semula pembekuan kelulusan pembinaan pasar raya besar yang dibuat sejak tiga tahun lalu, jika langkah itu mampu membantu membendung inflasi. Kesediaan itu adalah berdasarkan pasar raya besar itu berupaya menawarkan harga rendah kepada para pengguna. Kerajaan menyedari bebanan yang perlu ditanggung oleh pengguna akibat kenaikan harga minyak berpunca daripada kos kehidupan yang semakin meningkat.
Kenyataan yang dibuat oleh beliau ini dilihat bakal mengubah keputusan kabinet yang berkaitan dengan pembekuan kelulusan pembinaan pasaraya besar pada 11 April 2002.
Apabila kerajaan mengarahkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan kelulusan pembinaan pasar raya besar (hypermarket) dan cawangannya, berkuat kuasa serta-merta bermula pada 11 April 2002, pelbagai pihak khususnya peniaga kecil dan runcit memberikan reaksi yang positif. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arahan tersebut kekal sehingga satu garis panduan untuk mengawal kewujudan pasar raya besar dikeluarkan nanti. Katanya, arahan itu dikeluarkan setelah mendapati aktiviti perniagaan terutamanya pasar raya besar milik pelabur asing menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga tempatan yang terletak berhampiran dengannya.
Beliau juga memaklumkan bahawa satu jawatankuasa akan diwujudkan di peringkat pusat untuk mengawal kebenaran pembinaan pasar raya besar melalui garis panduan yang ketat yang akan turut mengandungi syarat-syarat dan kriteria termasuk menjelaskan definisi sebenar hypermarket, luas lantai serta jenis perniagaan yang dijalankan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca- Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Keputusan itu dibuat setelah Tan Sri Muhyiddin memaklumkan bahawa Kabinet telah diberitahu mengenai kajian oleh sebuah agensi bertauliah, AC Nielsen, yang mendapati kewujudan pasar raya besar memberi kesan negatif kepada para peniaga kecil dan peruncit di negara ini.
Datuk Mohd. Shafie Apdal seharusnya melihat kepada kesan jangka panjang yang akan menimpa kepada peruncit dan peniaga kecil. Jika dilihat dari sudut peruncitan antarabangsa, kerajaan Perancis misalnya telah mengenakan sekatan melalui Royer Law pada 1973 demi menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil mereka daripada ditindas oleh pasar raya besar. Sejak tahun 60-an lagi pasar raya besar telah mengalami pertumbuhan yang amat ketara di Perancis. Sejak dari itu, banyak peniaga-peniaga kecil telah menutup perniagaan disebabkan para pembeli lebih gemar membeli di pasar raya-pasar raya besar.
Kerajaan tempatan di Jepun juga telah memperkenalkan undang-undang untuk mengurangkan pertumbuhan pasar raya besar. Ini jelas membuktikan bahawa negara-negara maju yang lain telah pun melaksanakan sekatan-sekatan terhadap pasar raya besar ini bertahun-bertahun yang lalu.
Di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat misalnya telah wujud suasana oligopoly dalam industri peruncitan, di mana hanya syarikat-syarikat gergasi tertentu seperti Carrefour, Wal-Mart, Delhaize Le Lion, Royal Ahold yang menguasai pasaran peruncitan. Ini kerana bilangan pasar-pasar kecil seperti supermarket telah diambilalih oleh syarikat-syarikat besar.
Jika dilihat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara kita, hal seperti ini akan mewujudkan kurangnya daya saing antara pengusaha runcit tempatan. Kesan daripada monopoli oleh pasar raya besar akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan peniaga-peniaga tempatan terutamanya di kalangan bumiputera.
Kita tidak boleh menafikan bahawa pasar raya besar bukan milik rakyat Malaysia sepenuhnya. Majoriti daripada saham dimiliki oleh pengusaha asing. Konsep monopoli ini menyebabkan amat sukar untuk peniaga kecil tempatan bersaing dengan syarikat gergasi dunia yang telah mempunyai rangkaian logistik yang begitu meluas dalam mendapatkan barangan runcit secara pukal pada harga yang lebih murah.
Mengenai tindakan untuk membendung kadar inflasi, mengikut pandang penganalisis ekonomi tempatan, Dr. Hamzaid Yahya (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2005), Indeks Harga Pengguna IHP bulanan mungkin meningkat lebih tinggi iaitu sehingga lima peratus, sekiranya tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi. Kerajaan perlu mengenakan kawalan segera terhadap permintaan bagi mengekang tekanan inflasi berikutan kenaikan harga minyak dan diesel.
Kenaikan harga minyak buat kali kedua dan diesel kali ketiga berturut-turut pada tahun ini akan meningkatkan (IHP) melepasi paras tiga peratus berbanding 1.4 peratus tahun lalu. Beliau juga turut membayangkan kenaikan harga minyak dan elektrik itu bakal menyaksikan peningkatan harga barangan pengguna antara tiga hingga empat peratus.
Ini bermakna, kerajaan mestilah sedar bahawa kenaikan kadar inflasi juga disebabkan oleh kegagalan kerajaan khususnya dengan tindakan kekerapan kerajaan menaikkan harga jualan minyak petrol dan diesel. Oleh itu, kewujudan pasar raya besar terutamanya pasar raya besar milik pelabur asing bukanlah jalan penyelesaian utama membendung inflasi tetapi yang pastinya ia akan menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga tempatan khususnya yang terletak berhampiran dengannya.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
019-7701830/012-7811830
KENAIKAN HARGA BARANG RUNCIT TIDAK MAMPU DIELAKKAN, RAKYAT TERUS TERBEBAN
(5 Ogos 2005)
Berita Harian pada hari ini telah menyiarkan berita mengenai kenaikan harga barangan runcit dipasaran. Pemantauan Berita Harian semalam mendapati harga barangan naik berbanding pemantauan mulai 5 Mei hingga 2 Jun lalu, iaitu selepas kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Mei 2005 di beberapa bandar utama diseluruh negara.
Kebimbangan rakyat terhadap kesan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang akan memberi kesan kepada harga barangan telah mula dirasai pada akhir bulan Jun 2005 lagi sehingga timbul pelbagai khabar angin melalui SMS yang menyatakan bahawa harga petrol dan disel dinaikkan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam kenyataannya (Utusan Malaysia, 2 Julai 2005) meminta rakyat menghentikan perbuatan menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga minyak sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai. Menurut beliau, kerajaan akan memaklumkan dan memberi penerangan kepada rakyat jika ada keputusan dibuat berhubung kenaikan harga bahan api itu.
Untuk membendung kemarahan rakyat, kerajaan cuba untuk mencari jalan selamat dengan mengumumkan kempen berjimat cermat. Berita Harian menyiarkan pada 4 Ogos 2005 berita bertajuk “Kerajaan kena ‘pimpin’ rakyat untuk berjimat”. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed ketika memberi taklimat untuk pengarang media Khamis minggu lalu mengenai kenaikan harga minyak, iaitu tiga hari sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan mahu rakyat lebih berhemat dan jangan membazir.
Saya berharap rakyat perlu sedar tentang kepentingan hak mereka sebagai pengguna dan perlu menyedari bahawa hak-hak mereka sering ditindas. Kesedaran bahawa kenaikan minyak akan membawa kesan pada keseluruhan ekonomi termasuk harga barangan yang akan melonjak naik walaupun kerajaan berjanji untuk mengawalnya daripada membebankan rakyat. Ini terbukti dengan pemantauan yang telah dilakukan oleh kerajaan pada 4 Mei 2005 dan kenyataan di dalam akhbar Berita Harian pada hari ini telah membuktikannya.
Rakyat sepatutnya telah belajar melalui pengalaman pahit apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan pembakar itu, akan disusuli dengan kenaikan harga dalam perkhidmatan dan barangan secara rasmi atau tidak rasmi. Penggunalah yang menerima kesannya akibat sikap pihak tidak bertanggungjawab dan mahu mengaut keuntungan dengan mendakwa kos operasi mereka meningkat berikutan kenaikan bahan itu. Saya menyeru agar rakyat bijak menggunakan kuasa pengundi untuk mengubah keadaan ini melalui proses pilihanraya Umum pada masa akan datang.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
21 July 2005
Najib diminta selesaikan kemelut peneroka Felda Air Hitam segera
Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil peneroka terbabit di Felda Air Hitam, semalam.
Katanya, memandangkan majoriti peneroka generasi pertama yang masih hidup tidak begitu ramai maka sewajarnya kemelut yang berlaku sejak 43 tahun lalu ini segera diselesaikan supaya tidak timbul masalah kepada generasi kedua yang bakal mengambilalih kelak.
Walau pun sebelum ini peneroka terbabit telah membawa perkara ini ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya kes ini disiasat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan dilakukan pihak terbabit dan peneroka merasa amat kecewa dengan sikap acuh tak acuh pihak-pihak terbabit dalam menangani kemelut yang melanda mereka.
Katanya lagi, antara penyelewengan yang didakwa berlaku termasuk pengagihan baja kepada peneroka.
Pendapatan hasil mereka dipotong untuk membayar baja ini tetapi baja tidak diberi tetapi sebaliknya mereka mendakwa ada pihak yang menjual baja ini kepada pihak lain.
Selain itu wang bantuan Hari Raya yang diperkenalkan kerajaan kepada seluruh peneroka Felda di negara ini sejak tiga tahun lalu juga didakwa telah diselewengkan.
Mereka mendakwa, bantuan bagi tahun pertama sebanyak RM100 kepada setiap peneroka langsung tidak diberi kepada peneroka.
Manakala bantuan untuk tahun kedua yang berjumlah RM200 pula terdapat seramai 41 peneroka yang tidak menerima bantuan ini sebaliknya apabila penyelewengan pihak-pihak terbabit ini terbongkar barulah bantuan untuk tahun ketiga (2004) berjumlah RM300 diberikan kepada semua peneroka.
Selain itu, menurut Faizi lagi, mengikut perjanjian asal setiap peneroka akan diberi tanah seluas 10 ekar dan mereka juga dikenakan bayaran balik untuk nilai tanah seluas 10 ekar ini tetapi peliknya ada kalangan peneroka sehingga sekarang ada yang dapat cuma enam, tujuh dan lapan ekar sahaja sedangkan mereka semua telah selesai membayar hutang.
Daripada sejumlah 336 peneroka ini hanya 16 sahaja yang mendapat tanah cukup 10 ekar iaitu lapan ekar untuk kebun manakala selebihnya untuk tapak rumah dan dusun seluas dua ekar.
Keadaan ini telah berlarutan sejak 1962 sehingga kini, katanya.
Peneroka juga, tambah beliau lagi, turut mempertikaikan bagaimana tanah seluas 900 ekar yang diperuntukkan untuk menambah kebun peneroka yang masih belum cukup 10 ekar ini hanya tinggal 426 ekar saja.
"Kemana perginya 474 ekar lagi, sudahlah tanah ini tidak diagihkan terus kepada mereka malah hasil getah selama lebih 20 tahun pun tidak diberi kepada peneroka," soal beliau.
Peneroka juga tidak puashati dengan jumlah bayaran yang diberi kepada mereka hasil pendapatan penjualan kayu getah berikutan projek tanam semula.
"Pada mulanya setiap peneroka dijanjikan bayaran sebanyak RM7300 tetapi selepas itu dikurangkan kepada satu pertiga sahaja iaitu RM2200 tetapi selepas itu dikurangkan lagi kepada RM1800.
"Sudahlah jumlah yang sepatutnya mereka dapat terus dikurangkan kepada nilai yang jauh lebih rendah daripada harga asal yang dijanjikan, tambah mengecewakan lagi sewaktu peneroka menandatangani borang untuk menerima bayaran ini mereka hanya dibayar RM1160 sahaja, kurang dari jumlah asal sebanyak RM1800.
"Bila ditanya kenapa bayaran yang diterima kurang, pihak pengurusan Felda memberitahu kononnya sejumlah RM640 telah dipotong sebagai bayaran sara hidup untuk tempoh empat bulan.
Pengurangan jumlah bayaran yang sepatutnya diberi kepada peneroka ini menimbulkan tandatanya dalam pembahagian hasil jualan kayu getah ini dan perlu disiasat segera," kata beliau kepada Harakahdaily.
Selain itu peneroka juga hairan bagaimana pada setiap bulan akan berlaku kehilangan antara 10 hingga 14 tan jumlah jualan getah yang dihantar ke kilang getah di Pasak Kota Tinggi.
Kehilangan yang sangat besar jumlahnya ini menyebabkan peneroka pula terpaksa menanggung beban.
"Sudahlah harga belian getah yang oleh Felda jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan peraih di luar malah setiap 10 kilogram getah akan ditolak 2 kilogram.
"Potongan yang agak besar ini menyebabkan sebahagian besar peneroka menjual hasil mereka kepada peraih di luar yang membeli dengan harga yang lebih tinggi selain tidak mengenakan potongan ke atas jumlah getah yang dijual,"beritahu beliau lagi.
Berikutan dari keengganan peneroka menjual hasil mereka kepada Felda menyebabkan pihak pengurusan Felda tidak memberi baja kepada peneroka walau pun baja ini telah dibayar oleh peneroka.
Inilah secebis daripada berbagai lagi penderitaan yang terpaksa dilalui oleh sebahagian besar peneroka Felda yang mendakwa mereka telah ditipu dan dianiaya sejak sekian lama.
Sehubungan itu Pemuda PAS Johor sekali lagi mendesak TPM segera turun padang bagi menangani masalah besar yang sedang melanda peneroka felda Air Hitam ini.
"Inilah waktu dan ketika yang amat sesuai bagi pemimpin negara turun padang menjenguk nasib rakyat.
"Jangan hanya ketika menjelang pilihanraya barulah masing-masing sibuk berkampung menemui rakyat dengan membawa pelbagai harapan dan jaminan yang hanya sekadar janji manis di mulut sahaja," kata Faizi.
18 July 2005
UMNO TERUS MENJADIKAN "AGENDA MELAYU" SEBAGAI AGENDA UTAMA, AGENDA ISLAM TERUS TERPINGGIR
KENYATAAN MEDIA
(16 Julai 2005)
Sekali lagi rakyat Malaysia khususnya yang mendaftar sebagai ahli UMNO sedang menunggu untuk berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO ke 56 tidak lama lagi pada 19 ~ 23 Julai 2005 sekali lagi rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan pelbagai agenda Melayu yang akan dibahaskan. Seluruh media sama ada media cetak dan elektronik telah mula dikerah untuk mendapatkan pelbagai pandangan daripada masyarakat dan ketika persidangan berlansung, sudah semestilah Perhimpunan Agong UMNO ini akan mendapat liputan yang meluas dan dipancarkan secara langsung daripada media massa mengenai perkembangan terkini persidangan UMNO ini termasuklah daripada Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) ingin menyentuh berkaitan Agenda Melayu yang akan dibentang dan dibahaskan di dalam persidangan UMNO ini. Apabila tiba musim Perhimpunan Agong UMNO, seperti biasa isu kepentingan Melayu akan dibangkitkan.
1. Gambaran awal bagi tahun 2005 yang boleh dilihat daripada wawancara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di dalam Mingguan Malaysia baru-baru menggariskan beberapa perkara yang akan dibincangkan di dalam Persidangan Pergerakan itu yang membabitkan isu meritokrasi, Malaysia maju tahun 2020, UMNO sebagai wadah orang melayu di Malaysia serta isu berkaitan dengan politik wang.
2. UMNO Pahang pula menyahut isu pelajar pintar seramai 120,000 pelajar pintar Melayu yang tercicir kerana gagal mendapat tempat di dalam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 15 Julai 2005.
3. UMNO Johor pula dilihat akan membawa isu meritokrasi dan agenda melayu sebagai isu utama. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor pada 9 Julai 2005 yang lalu, Umno Johor menganggap sistem meritokrasi bukan sahaja membawa kemerosotan pelajar Melayu dalam bidang-bidang kompetitif malah merupakan satu bentuk diskriminasi dan penindasan. Sistem itu didapati telah menindas ribuan anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti.
4. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu juga telah melahirkan rasa kebimbangan dan keresahannya terhadap perkembangan UMNO pada masa kini telah lari daripada perjuangan asalnya sehingga orang-orang melayu pada masa kini berasa malu untuk berkata sesuatu mengenai idealisme Hidup Melayu. Beliau menyatakan bahawa UMNO akan hanya menjadi relaven jikalau UMNO dapat mewakili dan mempertahankan bangsa, yang memungkinkan kita wujud dan berkembang, yakni bangsa Melayu.
Pada tahun 2004, apabila semakin hampir dengan Perhimpunan Agong UMNO, pelbagai pihak telah ditemu ramah untuk mendapatkan pandangan, kritikan, teguran dan idea sebelum persidangan bermula. Di antara wawancara yang disiarkan di dalam media termasuklah rencana yang bertajuk "Lonjakan Mega Melayu" oleh Datuk Dr Sulaiman Mahbob selaku bekas Setiausaha MTEN, Profesor Diraja Ungku Aziz di dalam satu wawancara bertajuk "Menang Bentuk Kalah Isi – Melayu tidak kisah Bangsa" dan Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh di dalam satu wawancara bertajuk "Ada orang -orang Melayu di persimpangan jalan. Persaingan globalisasi masa depan"
Dalam wawancara bersama Profesor Diraja Ungku Aziz yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2004 yang diwawancara tentang isu agenda Melayu yang berbangkit ekoran tulisan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Norraesah Mohamad, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh beliau yang saya kira amat menarik untuk dilihat secara telus oleh kepimpinan UMNO walaupun pandangan ini telah diutarakan hamper setahun yang lalu. Di antara perkara yang disentuh oleh Pak Ungku adalah pembasmian kemiskinan orang melayu yang sudah ada dalam Laporan Majlis Perunding Ekonomi Negara II tetapi kerajaan selalu mahu mencari cara-cara baru. Pak Ungku juga menyentuh isu agenda sosioekonomi orang Melayu yang harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan dan Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja (Perhimpunan Agung UMNO tahun 2004). Pak Ungku juga menyebut bahawa pemimpin Melayu seringkali mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.
Begitu juga dengan Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh di dalam satu wawancara bertajuk "Ada orang-orang Melayu di persimpangan jalan. Persaingan globalisasi masa depan" yang mana beliau menyentuh bahawa melayu sekarang berada di persimpangan. Pencapaian orang Melayu yang dibangga-banggakan sejak Dasar Ekonomi Baru tamat sudah semakin terhakis. Yang menariknya, beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap perbincangan isu ini melalui media massa yang nampak cukup rancak dalam tempoh seminggu ini. Beliau juga menyatakan bahawa "Janganlah hendaknya kita memperkatakan hal ini hanya kerana perhimpunan agung UMNO tidak lama lagi".
DPPN Johor melihat bahawa selepas berakhirnya Perhimpunan Agong UMNO ini, setelah selesai memilih kepimpinan UMNO di peringkat Majlis Tertinggi termasuklah yang menang setelah menaburkan wang, semua agenda demi kepentingan melayu telah dilupakan dan diabaikan. Segala janji yang ditabur untuk membela bangsa dijadikan bahan catatan dan akhirnya dikumpulkan untuk di bawa ke Perhimpunan Agong tahun 2005.
Tahun 2005, seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi beberapa isu kepentingan Melayu dibangkitkan dan kita akan menyaksikan betapa UMNO akan dilihat seolah-olah mampu untuk membela nasib orang melayu tetapi seperti biasa ia akan berakhir setelah semua perwakilan pulang ke bahagian masing-masing. Akhirnya Agenda Melayu berkubur dan Agenda Islam terus terpinggir.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
UMNO TERUS KUASAI MASJID UNTUK LAKSANA AGENDA POLITIK ISLAM HADHARI
(15 Julai 2005)
Berita ini juga menyatakan bahawa bagi memastikan visi kerajaan terhadap konsep Islam Hadhari ini berjalan lancar maka semua AJK Masjid dan surau yang dilantik di kalangan ahli kariah setempat ini terdiri dari kalangan yang dikenalpasti mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau.
Walau apa jua bentuk jawapan yang diberikan, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) tetap melihat bahawa telah berlaku campur tangan UMNO di dalam urusan yang sepatutnya diberikan kepada kalangan ahli kariah setempat yang lebih mengenali dan memahami dikalangan mereka lebih layak untuk mengatur program keagamaan ditempat mereka.
Perkara yang sama juga berlaku di Trengganu apabila BN mula merampas kerajaan daripada tangan PAS/BA. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Datuk Engku Mohamed Engku A. Rahman membuat kenyataan pada 14 April 2004 mengumumkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan pengurusan baru di masjid-masjid seluruh negeri ini yang bebas sepenuhnya daripada campur tangan politik bagi memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat. Katanya, Bagi mencapai hasrat itu, semua Pejabat Agama Daerah telah diarah supaya mengendalikan pemilihan jawatankuasa masjid terdiri daripada anak mukim kawasan masing-masing mengikut pilihan kariah.
Apa yang penting bagi UMNO/BN adalah mereka mesti menguasai masjid/surau ini untuk kepentingan politik mereka bertopengkan kepada Islam Hadhari. Sebab itulah masjid/surau yang sepatutnya dijadikan sebagai pusat percambahan ilmu, pembentukan akhlak dan pusat kegiatan masyarakat telah dilihat gagal memainkan peranannya. Statistik gejala sosial yang semakin parah, keruntuhan sistem pendidikan yang pada hari ini melahirkan kumpulan gansterisme dan pembuli serta kes rogol dan zina yang semakin menjadi-jadi membuktikan bahawa masjid/surau gagal menjalankan fungsi mereka dengan sebaiknya.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
TIADA USUL MENGENAI RASUAH ATAU POLITIK WANG MEMBUKTIKAN UMNO TIDAK SERIUS MENBENTERAS RASUAH KE AKAR UMBI.
KENYATAAN MEDIA
(15 Julai 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melihat bahawa UMNO sebenarnya tidak serius untuk membenteras politik wang atau rasuah politik di dalam UMNO seperti yang digembar–gemburkan selama ini. UMNO yang akan bersidang pada 19 ~ 23 Julai 2005 di dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 56 tidak lama lagi.
Kenyataan Datuk Sri Najid Tun Razak pada yang disiarkan pada 14 Julai 2005 di didalam Utusan Malaysia menyebut bahawa tiada usul khas mengenai Lembaga Disiplin UMNO, rasuah politik dan kaedah pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-56. Beliau menyebut bahawa pada prinsipnya perhimpunan tersebut akan membahaskan usul ucapan presiden sebagai usul utama dan dua usul lain iaitu ekonomi dan agama serta pendidikan.
Gambaran ini membayangkan bahawa UMNO sebenarnya tidak serius untuk membendung dan menghapuskan rasuah di dalam parti mereka. Isu rasuah politik yang hari ini menjadi perbualan dan perbincangan hangat dalam masyarakat khususnya apabila melibatkan ramai kepimpinan UMNO termasuklah Naib Presidennya iaitu Tan Sri Isa Bin Samad yang telah digantung selama 6 tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO yang sepatutnya dijadikan usul utama di dalam Perhimpunan UMNO pada tahun ini. Janggal rasanya apabila isu rasuah politik UMNO disiarkan secara meluas di dalam media tetapi tiada usul khas untuk membincangkan isu ini!
UMNO perlu melihat kepada kenyataan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di dalam titahnya semasa bertitah melancarkan Buku Local and Global Social Transformation in Southeast Asia - Essays in Honour of Professor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 14 Julai 2005 yang mengharapkan agar masyarakat perlu bangkit membendung rasuah dan menegakkan undang-undang bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan terus kukuh. Baginda bertitah, jika rasuah dibiarkan berleluasa ia akan berkembang menjadi `satu industri' hingga mengakibatkan keadilan tidak dapat dipertahankan. Walaupun baginda tidak menyentuh berkaitan dengan gejala rasuah yang sedang menimpa UMNO tetapi kenyataan ini dibuat ketika UMNO sedang menghadapi isu ini.
DPPN Johor melihat bahawa hari ini UMNO sedang mengalami trauma dengan bayang-bayang sendiri. Setelah Lembaga Disiplin UMNO mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan salah laku termasuklah memberi rasuah kepada perwakilan, maka kepercayaan dikalangan orang melayu terhadap UMNO telah mula goyah. Di tambah lagi dengan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa pendirian Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak membuka semula tempoh menerima aduan politik wang semasa pemilihan September tahun lalu yang tamat pada 18 April lalu, adalah muktamad.(Utusan Malaysia, 4 Julai 2005). Kenyataan ini mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebelum itu bahawa walaupun tarikh membuat aduan berhubung rasuah politik dan kesalahan melanggar tata etika pemilihan parti ditutup 18 April lalu, MT masih boleh membuat pertimbangan untuk membuka semula tempoh berkenaan.
DPPN Johor yakin bahawa sikap Pak Lah yang tidak terbuka untuk menerima laporan politik wang ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati khususnya dikalangan ahli UMNO yang selama ini mengharapkan beliau melakukan perubahan di dalam UMNO. Apa yang diharapkan agar ahli-ahli UMNO dapat melakukan perhitungan dan membuat perubahan terhadap sokongan mereka terhadap UMNO.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
06 July 2005
KES ROGOL DAN PENZINAAN KHUSUSNYA DI KALANGAN REMAJA TERUS SUBUR BERSAMA GAGASAN ISLAM HADHARI.
(5 Julai 2005)
Hari ini muka hadapan akhbar Harian Metro Edisi Selatan telah mendedahkan isu yang berkaitan dengan kejadian rogol yang bertajuk “Habuan nafsu kekasih”. Berita ini yang disiarkan dengan maklumat yang diperolehi melalui Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang menyatakan semakin ramai golongan remaja perempuan terutama gadis bawah umur tempatan didapati menjadi mangsa kerakusan nafsu mahupun terlanjur bersama kekasih berikutan bersikap terlalu berani serta mudah percaya dengan janji manis teman lelaki masing-masing.
Mengikut maklumat ini, sejak awal tahun 2000, lebih 80 peratus kes rogol yang difailkan membabitkan remaja perempuan yang menjadi habuan seks teman lelaki sendiri dan lebih membimbangkan lagi, hampir 70 peratus atau majoriti daripada mangsa rogol berkenaan terdiri daripada remaja bawah umur iaitu 16 tahun ke bawah.
Beberapa faktor dikenalpasti sebagai pendorong kepada kejadian rogol ini. Di antaranya terpengaruh dengan taktik kotor teman lelaki mereka dan tersilap langkah apabila sanggup melayan kerenah teman lelaki masing-masing termasuk berani keluar bersiar-siar pada lewat malam walaupun lelaki itu hanya dikenali beberapa hari sebelum kejadian berlaku. Kekurangan kasih sayang dan pengawasan ibu bapa mahupun ahli keluarga selalunya dijadikan alasan remaja wanita yang menyimpang dalam masalah seks.
Perkara ini juga disokong oleh seorang jurucakap pusat perlindungan sementara tahanan di Johor Bahru, berkata penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Menurutnya, sehingga kini pusat berkenaan memberi perlindungan sementara kepada remaja wanita bawah umur termasuk terlanjur dengan kekasih mahupun mangsa rogol teman lelaki sendiri.
Jelasnya, kejadian rogol melibatkan kenalan bagi tahun 2001 ialah 448 kes, 2002 - 493, 2003 - 549 dan Januari hingga April 2004, 198 kes. Seterusnya kejadian rogol yang melibatkan teman lelaki bagi 2001 ialah 250 kes, 2002 - 501, 2003 - 290 dan 2004 setakat Januari hingga April ialah 100 kes. Sementara itu bagi kejadian rogol yang melibatkan bukan kenalan bagi tahun 2001 ialah 201 kes, 2002 - 215, 2003 - 246 manakala bagi tahun 2004 dari Januari hingga April 85 kes.
Dr Mariani Md.Noor daripada Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya melalui kajiannya yang bertajuk “Punca Perlakuan Psikologi Seks Bebas di Kalangan Remaja” mendapati pelajar awal remaja berusia 12 hingga 15 tahun menggunakan seks bebas sebagai alasan untuk berseronok dan melepaskan tekanan perasaan ekoran terlalu banyak tegahan daripada ibu bapa. Dr. Mariani berkata faktor persekitaran yang mendorong remaja melakukan seks bebas. Contohnya lambakan VCD lucah, dan ini dibuktikan dengan kejayaan Polis Johor Baharu Selatan merampas sebanyak 6,500 keping video cakera padat (VCD) berharga RM 50,000 di dalam operasi selama tiga hari berturut-turut di Johor Bahru (Harian Metro, 7 Februari 2005).
Kecenderongan remaja khususnya di bawah umur membuktikan masalah sosial yang dilakukan oleh umat Islam itu jelas membuktikan bahawa kehidupan mereka sebenarnya jauh daripada panduan al-Quran dan tidak menghayati Islam sebagai panduan hidup. Kehidupan remaja pada hari ini semakin jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Al-Quran yang merupakan petunjuk jalan yang benar kepada manusia dan merupakan jalan penyelesaian yang baik bagi mengatasi masalah gejala sosial yang terus berleluasa.
Remaja pada hari ini lebih cenderong terhadap budaya hedonistik iaitu budaya berhibur, bergembira, dan bersuka-suka serta menjalani kehidupan yang sebebasnya demi memenuhi nafsu manusia yang tiada batasnya sekarang ini menjadi budaya hidup dikalangan remaja kita. Hiburan yang dipilih remaja hari ini, sering melangkaui batasan norma sosial masyarakat timur. Misalnya lirik-lirik lagu yang sering didengar oleh remaja kini hanya berkisar kepada persoalan cinta, seks, dan kebebasan tanpa batasan. Secara langsung ia membina norma negatif kehidupan remaja seperti menidakkan batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, berhibur hingga melanggar batasan budaya dan sebagainya.
Lebih malang lagi, sudahlah mereka jauh daripada agama, kerajaan Islam Hadhari Malaysia pula tidak mahu mengambil bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan unsur-unsur yang boleh membawa kepada kebinasaan dihentikan tetapi merekalah yang menjadi penyubur kepada program maksiat seperti konsert dan yang terbaru dilaporkan seramai 30 ribu orang telah menghadiri Konsert Akademi Fantasia 3 di dataran Putrajaya, Presint 3 pada 2 Julai 2005. Siapa lagi kalau bukan mereka majoritinya yang hadir itu terdiri daripada kalangan remaja melayu Islam.
Maka, selagi mana kerajaan Barisan Nasional masih terus menyuburkan budaya hedonisme dan Al-Quran tidak dijadikan sebagai petunjuk dan rujukan maka harapan untuk menghapuskan kejadian rogol dan penzinaan akan pudar malah akan terus meningkatkan pada masa akan datang.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
01 July 2005
TAHNIAH KEPADA MAJLIS FATWA DAN JABATAN MUFTI JOHOR
KENYATAAN MEDIA
(30 Jun 2005)
TAHNIAH KEPADA MAJLIS FATWA DAN JABATAN MUFTI JOHOR
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan di atas fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Johor (MFJ) dan Jabatan Mufti Johor (JMJ) yang telah mengeluarkan arahan bahawa lapan barang termasuk jubin yang tertera tulisan ‘Allah’ supaya membuang, menukar atau menampal kalimah suci itu selepas difatwakan sebagai haram dan masyarakat Islam perlu mengelak daripada membeli atau menggunakannya. Berita ini telah tersiar di dalam akhbar Harian Metro Edisi Johor dan Utusan Malaysia pada 30 Jun 2005.
Pengerusi MFJ yang juga Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut semalam telah membuat kenyataan tersebut di dalam sidang media semalam telah menekankan bahawa antara barangan yang dimaksudkan ialah jubin, kain ela, pakaian dan selipar. Beliau telah menyenaraikan lapan barang yang difatwakan sebagai HARAM yang sebelum ini telah didedahkan di dalam media massa. Lapan barang tersebut adalah :
- Jubin berwarna hijau bercorak jelas menunjukkan kalimah “ALLAH”
- Kain ela bercorak bunga batik menandungi ayat 37 surah Ar-rahman
- Kain ela untuk dibuat langsir dan sarung bantal mempunyai kalimah “ALLAH” dan diatasnya terdapat tanda salib.
- Pakaian kanak-kanak mempunyai kalimah “ALLAH” dan “AKBAR”
- Selipar jenama Maybach dan Bowling yang di tapaknya mempunyai kalimah “ALLAH” daripada jenis tulisan khat kufi.
- Baju batik yang mempunyai kalimah “ALLAH” walaupun tidak jelas.
- Sejadah yang mempunyai tanda salib dan apabila disujud, ia berada betul-betul di atas dahi.
- Naskah Al-Quran sederhana kecil bewarna hijau merah terbitan Biron kerana tersalah cetak surah Ali-Imran pada muka surat 63 iaitu ayat 148 terus ke surah yang sama ayat 174 dan tidak mempunyai pengesahan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Keputusan fatwa ini diharapkan dapat memberikan pengajaran terutamanya kepada rakyat Johor khususnya yang beragama Islam agar lebih prihatin terhadap kesucian agama daripada dipergunakan dan diperdagangkan oleh orang lain dengan sesuka hati. Kejadian seperti meletakkan nama Allah di bawah tapak kasut dan di atas jubin dilihat seolah-olahnya sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menghina Al-Quran dan kesucian agama islam. Perbuatan ini akan menyebabkan nama Allah akan dipijak dan dihina oleh pengguna sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Setidak-tidaknya, fatwa yang dikeluarkan ini akan memberikan peringatan supaya sensitiviti umat Islam mestilah dijaga oleh peniaga. Kenyataan Datuk Mufti Johor bahawa ketika ini barangan yang disenarai ini didapati masih dijual dengan secara meluas di premis perniagaan mestilah dipandang serius dan tindakan mestilah diambil dengan segera agar fatwa yang dikeluarkan ini tidak dipermainkan oleh peniaga-peniaga. Sudah tentulah Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang bertanggungjawab untuk mengarahkan setiap barangan ini ditarik balik penjualannya.
DPPN Johor juga mencadangkan agar MFJ atau JMJ mewujudkan laman web khas untuk memudahkan masyarakat mengetahui fatwa-fatwa terbaru terutamanya di Johor dan mendapatkan informasi dengan lebih cepat dan jelas seperti mana yang sekarang ini dipraktikkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak (http://mufti.perak.gov.my/) yang sentiasa pro-aktif terhadap perkembangan semasa.
DPPN Johor mengharapkan semoga Majlis fatwa Negeri Johor selepas ini akan lebih konsisten mengeluarkan pelbagai fatwa yang mampu menyelesaikan masalah ummah khususnya yang berkaitan dengan perkara yang boleh menjejaskan akidah umat Islam di negeri Johor.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
30 June 2005
29 June 2005
KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS PERLU DISELESAIKAN SEGERA.
KENYATAAN MEDIA
(28 Jun 2005)
KAEDAH Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris PERLU DISELESAIKAN SEGERA.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) mengalu-alukan kenyataan daripada pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BBC), Dato Shahrir Samad yang menyatakan bahawa UMNO Negeri Johor akan membahaskan secara mendalam penggunaan bahasa Inggeris (BI) dalam pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik seperti yang disiarkan di dalam harakahdaily pada 28 Jun 2005 bertajuk “Sains, Matematik dalam BI: Umno Johor kurang yakin, mahu adakan perbahasan”
Walapun kenyataan ini dilihat sebagai tindakan melawan arus pendidikan negara ketika ini yang diterajui oleh UMNO yang mahukan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PMSBI) serta bertentangan dengan hasrat dan cita-cita mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad tetapi tindakan ini dapat menyelamatkan pelajar melayu yang akan terus tercicir seperti mana yang telah dirumuskan di dalam Kongres Pendidikan Melayu Kedua (KPM2) pada 27 Mac 2005 yang lalu.
KPM2 anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM) pada 26 dan 27 Mac 2005 di Kuala Lumpur, telah mendedahkan bahawa setengah juta pelajar Melayu akan tercicir jika program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Justeru itu, sidang pleno kongres tersebut, sebulat suara meminta supaya kerajaan menghentikan pelaksanaan PPSMI dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua subjek, termasuk di universiti. Sudah jelas bahawa kongres yang menghimpunkan lebih 1,000 tokoh umat Melayu itu menolak penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Matematik dan Sains, dan mereka minta agar dikembalikan pengajarannya dalam bahasa Melayu.
KPM2 juga telah menyerlahkan perkara sebenar mengenai kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (meliputi semua mata pelajaran berikut: Matematik, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, mata pelajaran teknik di sekolah teknik dan semua kursus pengajian di kolej, kolej universiti, politeknik dan universiti).
Namun yang menyedihkan adalah apabila tidak pun sampai seminggu, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Bin Tun Razak dan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato Hishamuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membatalkan dasar yang mula diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad itu. DPPN Johor yakin bahawa keputusan yang diumumkan ini bukanlah keputusan kerajaan tetapi lebih kepada menjaga hati Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.
DPPN Johor ingin menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya kerajaan berhasrat untuk berpatah balik menghapuskan PMSBI ini kerana kajian yang dijalankan sudah menunjukkan kegagalan secara total. Dan sekiranya kerajaan masih mahu menunggu, dibimbangi ia akan meninggalkan kesan yang membarah. Pemimpin negara tidak perlu lagi angkuh mempertahankan prinsip lapuk sekiranya kesan yang ada sekarang membimbangkan. Kalau dulu anak-anak Melayu lemah dalam bahasa Inggeris, kini mereka turut lemah dalam dua pelajaran asas lain, iaitu matematik dan sains, hanya kerana ia diajar dalam bahasa Inggeris.
DPPN Johor bimbang, dasar ini tidak akan menyelesaikan masalah mutu bahasa Inggeris yang rendah di kalangan penuntut tetapi ia akan melebarkan lagi jurang antara murid-murid di kawasan pedalaman yang mundur dan miskin dengan pelajar di kawasan maju dan mewah.
Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa pada hakikatnya telah ramai anak Melayu di Malaysia telah berjaya dalam pendidikan berbahasa Melayu selama 30 tahun melalui dasar pelajaran kebangsaan. Ini dibuktikan dengan meningkatnya profesional seperti doktor, jurutera, arkitek, penyelidik, profesor, saintis, akauntan dan lain-lain di kalangan orang melayu berbanding keadaan sebelumnya ketika kita mewarisi pelajaran dalam bahasa Inggeris. Malah pelajar bukan Melayu juga banyak yang telah cemerlang sehingga kerap menandingi pelajar Melayu dan mereka belajar melalui bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi pengantar pendidikan negara ini. Maknanya dasar pelajaran kebangsaan telah menguntungkan kedua-dua pihak iaitu bangsa Melayu dan juga bukan Melayu.
DPPN Johor berharap agar tindakan UMNO Johor ini akan dilihat petanda kepada kerajaan bahawa rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu menolak PMSBI ini seperti mana yang telah diperjuangkan oleh PAS dan BA.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
28 June 2005
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KECUAIAN PEMBEDAHAN CIK NORHAYATI
KENYATAAN MEDIA
(27 Jun 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh Cik Norhayati Abd Razak yang terpaksa menanggung derita apabila doktor dipercayai tersalah melakukan pembedahan selepas keputusan ujian air kencingnya tertukar dengan seorang pesakit lain yang menghadapi masalah mengandung di luar rahim. Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar Harian Metro Edisi Johor pada 27 Jun 2005.
DPPN Johor tidak dapat membayangkan bagaimana Norhayati yang masih bujang telah diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengetahui punca penyakitnya sebelum doktor memaklumkan kepada keluarganya bahawa mangsa perlu dibedah segera kerana mengandung di luar rahim sedangkan beliau sebenarnya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat, kira-kira jam 12 tengah hari 2 Jun lalu selepas mengalami sesak nafas. Ditambah pula keluarga beliau telah cuba menerangkan kepada doktor yang terlibat bahawa Cik Norhayati hanya kerana mengalami sesak nafas dan sakit sawan dan beliau masih lagi belum berumah tangga.
Bagaimanapun, pihak hospital hanya menyedari bahawa beliau tidak mengandung luar rahim hanya setelah pembedahan telah dilakukan. Kesilapan pihak hospital itu berlaku selepas mereka ‘tertukar air kencing’ dengan wanita yang memiliki nama sama dengan Norhayati.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perkara ini. Siasatan secara teliti hendaklah dilakukan untuk mencari punca kecuaian yang boleh berlaku terhadap satu pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Sekiranya kecuaian itu berlaku adalah disebabkan oleh kealpaan doktor atau mana-mana pihak maka tindakan yang tegas hendaklah diambil.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia menanggung sepenuhnya kos perubatan yang dikenakan terhadap Cik Norhayati kerana pembedahan ini adalah disebabkan oleh kecuaian oleh pihak hospital dan bukannya kerana keperluan. Bukan setakat kos rawatan tidak perlu dijelaskan kepada pihak hospital tetapi ganti rugi hendaklah diberikan kepada mangsa kecuaian ini.
DPPN Johor mencadangkan agar Cik Norhayati membuat laporan polis agar perkara ini akan dapat disiasat dengan cepat dan telus agar beliau tidak terinaya. DPPN Johor juga mengharapkan agar Cik Norhayati dan keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini khususnya ini melibatkan maruah beliau dan keluarga sehingga pelbagai tohmahan telah diterima akibat kesilapan pembedahan ini. Semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar memperbaiki tahap kualiti perkhidmatan secara keseluruhannya di mana-mana hospital di Malaysia.
DPPN Johor juga mengucapkan tahniah kepada Harian Metro kerana telah menyiarkan berita ini kerana sekurang-kurangnya ia dapat memberikan peringatan kepada pihak hospital agar lebih berwaspada pada masa akan datang.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KECUAIAN PEMBEDAHAN CIK NORHAYATI
(27 Jun 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh Cik Norhayati Abd Razak yang terpaksa menanggung derita apabila doktor dipercayai tersalah melakukan pembedahan selepas keputusan ujian air kencingnya tertukar dengan seorang pesakit lain yang menghadapi masalah mengandung di luar rahim. Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar Harian Metro Edisi Johor pada 27 Jun 2005.
DPPN Johor tidak dapat membayangkan bagaimana Norhayati yang masih bujang telah diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengetahui punca penyakitnya sebelum doktor memaklumkan kepada keluarganya bahawa mangsa perlu dibedah segera kerana mengandung di luar rahim sedangkan beliau sebenarnya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat, kira-kira jam 12 tengah hari 2 Jun lalu selepas mengalami sesak nafas. Ditambah pula keluarga beliau telah cuba menerangkan kepada doktor yang terlibat bahawa Cik Norhayati hanya kerana mengalami sesak nafas dan sakit sawan dan beliau masih lagi belum berumah tangga.
Bagaimanapun, pihak hospital hanya menyedari bahawa beliau tidak mengandung luar rahim hanya setelah pembedahan telah dilakukan. Kesilapan pihak hospital itu berlaku selepas mereka ‘tertukar air kencing’ dengan wanita yang memiliki nama sama dengan Norhayati.
DPPN Johor melihat bahawa kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Hospital Batu Pahat berpunca daripada beberapa sebab yang mana di antaranya adalah kerana tidak cekap dan teliti di dalam menjalankan tugas mereka. Sepatutnya doktor yang terlibat di dalam kes ini membuka ruang dan mengambil kira pandangan dan penjelasan keluarga pesakit terlebih dahulu sebelum melakukan pembedahan.
Sekiranya benar kecuaian telah dilakukan oleh pihak Hospital maka DPPN Johor mendesak agar :-
1. Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perkara ini. Siasatan secara teliti hendaklah dilakukan untuk mencari punca kecuaian yang boleh berlaku terhadap satu pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Sekiranya kecuaian itu berlaku adalah disebabkan oleh kealpaan doktor atau mana-mana pihak maka tindakan yang tegas hendaklah diambil.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia menanggung sepenuhnya kos perubatan yang dikenakan terhadap Cik Norhayati kerana pembedahan ini adalah disebabkan oleh kecuaian oleh pihak hospital dan bukannya kerana keperluan. Bukan setakat kos rawatan tidak perlu dijelaskan kepada pihak hospital tetapi ganti rugi hendaklah diberikan kepada mangsa kecuaian ini.
DPPN Johor mencadangkan agar Cik Norhayati membuat laporan polis agar perkara ini akan dapat disiasat dengan cepat dan telus agar beliau tidak terinaya. DPPN Johor juga mengharapkan agar Cik Norhayati dan keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini khususnya ini melibatkan maruah beliau dan keluarga sehingga pelbagai tohmahan telah diterima akibat kesilapan pembedahan ini. Semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar memperbaiki tahap kualiti perkhidmatan secara keseluruhannya di mana-mana hospital di Malaysia.
DPPN Johor juga mengucapkan tahniah kepada Harian Metro kerana telah menyiarkan berita ini kerana sekurang-kurangnya ia dapat memberikan peringatan kepada pihak hospital agar lebih berwaspada pada masa akan datang.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/
23 June 2005
PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN KERAJAAN DAN PELAJAR SEKOLAH SEMASA KONSERT AMAL AKADEMI FANTASIA DI STADIUM MAJLIS PERBANDARAN KLUANG.
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Tajuk
PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN KERAJAAN DAN PELAJAR SEKOLAH SEMASA KONSERT AMAL AKADEMI FANTASIA DI STADIUM MAJLIS PERBANDARAN KLUANG.
Pada
22 Jun 2005 / 15 Jamadil Awal 1426
1.0 MUQADDIMAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) menyerahkan memorandum ini bertujuan untuk memberikan beberapa penjelasan, pandangan dan cadangan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkaitan dengan tindakan UMNO Bahagian Semberong yang dengan jelas menggunakan kuasa politik untuk mempergunakan dan merosakkan pelajar sekolah dan kemudahannya untuk kepentingan mereka.
DPPN Johor menggunakan pendekatan berbentuk diskusi dan perbincangan untuk menangani perkara ini bersesuaian dengan Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 159 :
Maksudnya :"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
2.0 PENGHUJAHAN
Apa yang ingin dibangkitkan di dalam memorandum ini adalah berkaitan dengan pelajar sekolah telah dipergunakan untuk menghadiri program ini. Pelajar-pelajar ini telah hadir dengan memakai pakaian sekolah.
DPPN Johor ingin melahirkan rasa dukacita dan kekesalan di atas kejadian yang dibangkitkan di dalam memorandum ini. Beberapa fakta ingin dinyatakan sebagai bahan perbicangan dan penghujahan terhadap tajuk memorandum ini.
i. Penglibatan Pelajar Sekolah
Amat menyedihkan apabila golongan pelajar sekolah khususnya yang tinggal di asrama seperti Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Tinggi Kluang dan Sekolah Teknik Johor Bahru telah dikerah untuk menghadiri konsert ini. Lebih mendukacitakan pelajar-pelajar ini telah hadir dengan berpakaian uniform sekolah ke konsert tersebut (rujuk lampiran gambar)
Konsert Amal AF2 ini pula adalah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Semberong dengan kerjasama Astro dan Maxis yang diketuai oleh Dato' Hishamudin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia selaku ketua Bahagian Semberong sempena Tabung yayasan Tun Hussien Onn dan melibatkan artis-artis daripada AF2.
Sedangkan dalam masa yang sama, gejala buli dan samseng terus menjadi-jadi di sekolah tetapi Menteri Pelajaran Malaysia terus berusaha agar budaya hedonisme dapat diterapkan kepada pelajar sekolah & remaja.
ii. Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia
Amat memalukan apabila seorang yang bertaraf Menteri khususnya di Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan bahawa golongan artis haruslah dijadikan role model di kalangan remaja dan pelajar sekolah.
iii. Membuang Masa Pelajar
Pelajar-pelajar yang hadir ke konsert ini telah memaklumkan bahawa sekolah-sekolah terlibat diarahkan membatalkan apa jua bentuk kelas tambahan untuk membolehkan pelajar-pelajar ke konsert.
Ibu bapa mengharapkan agar anak-anak yang dimasukkan ke asrama di sekolah-sekolah untuk mendapatkan bimbingan yang sebaiknya daripada sekolah agar anak-anak mereka akan menjadi manusia yang terbaik. Dengan membawa anak-anak ke konsert amal ini, pihak sekolah telah mencabul kepercayaan ibu bapa lebih-lebih lagi pihak penjaga tidak mengetahui anak-anak mereka telah dikerah untuk menghadiri konsert ini.
3.0 MENYEDARI BAHAWA ;
3.1 Falsafah Pendidikan Negara menyebut bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara;
3.2 Objektif Pertama Jabatan Pelajaran Negeri Johor adalah Berhasrat Dapat Melahirkan Insan Yang Cemerlang Dari Segi Intelek, Rohani dan Jasmani ;
3.3 Kejadian jenayah juvana dan gejala sosial banyak melibat gologan pelajar khususnya golongan kaum melayu yang kini sedang menuju krisis kehancuran (rujuk indeks I) ;
3.4 Kejadian buli disekolah semakin tidak terkawal sehingga Sultan Pahang telah ‘turun’ bertemu dengan kumpulan pelajar pembuli disekolah (rujuk Indeks II)
3.5 Hiburan/hedonisme adalah merupakan aktiviti yang melalaikan dan menjadikan di antara punca keruntuhan akhlak dan menanamkan sikap malas membaca (rujuk indeks III) ;
3.6 Role Model yang terbaik bagi umat Islam adalah Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah sangat bertepatan dengan Allah Taala dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang berbunyi:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
3.7 Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan dan fatwa bahawa konsert seperti Akademi fantasia adalah HARAM
4.0 PENUTUP
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Sekian, wassalam
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913, 012-7811830
14 June 2005
KES BULI DI SEKOLAH BERLAKU LAGI – SUDAH SAMPAI MASANYA MENTERI PELAJARAN LETAK JAWATAN.
KENYATAAN MEDIA
(13 Jun 2005)
TAJUK : KES BULI DI SEKOLAH BERLAKU LAGI – SUDAH SAMPAI MASANYA MENTERI PELAJARAN LETAK JAWATAN.
Hari ini telah disiarkan berita bertajuk “Sultan, Menteri temui kaki Buli” (Harian Metro Isnin, 13 Jun 2005) dan “Sultan Pahang, Hishamuddin jumpa pelajar buli Afiq Selasa” (Berita Harian, 13 Jun 2005). Berita ini menyatakan bahawa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien akan bersemuka dengan kumpulan pelajar yang membuli seorang pelajar sehingga mangsa menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat di Kuala Lipis Pahang baru-baru ini. Dato Seri Hishamuddin menyatakan bahawa pertemuan ini sebagai ‘isyarat’ kepada pelajar lain bahawa kementerian tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelajar yang bertindak di luar batasan.
Berita ini adalah lanjutan kepada peristiwa di mana seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, Muhamad Afiq Qusyairi yang menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak dibelakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga sekolah tersebut. Muhammad Afiq dikatakan telah dibuli dua kali iaitu kejadian pertama, April lalu apabila dipijak dari belakang dengan kasut polis kadet oleh pelajar Tingkatan Lima, manakala dalam kejadian kedua pertengahan Mei, mangsa dipercayai dibelasah tiga pelajar Tingkatan Tiga dengan menghentak badan dan kepalanya ke almari kayu. Berikutan itu, dia mengalami kecederaan saraf tunjang yang boleh menyebabkannya lumpuh.
Sebelum itu, Dato Seri Hishamuddin melahirkan rasa kekesalan dan marah kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah aliran agama sekali gus mencemarkan imej Islam itu sendiri. Beliau menyebut bahawa ia memberi gambaran seolah-olah murid yang diberi pendedahan didikan Islam tidak mempunyai kawalan diri dan tahap disiplin yang tinggi berbanding murid di sekolah bukan aliran agama (Utusan Malaysia, 20 Jun 2005).
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melihat bahawa isu disiplin di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah semakin membimbangkan. Kes buli, samseng, pergaduhan dan pelbagai gejala sosial berlaku sehingga melahirkan rasa kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya ibubapa. Apabila negara digemparkan dengan peristiwa Mohamad Farid Ibrahim yang ditemui mati di Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Mamor, Ampangan Negeri Sembilan akibat dibelasah sekumpulan pelajar senior, Dato Seri Hishamuddin telah memberi amaran keras kepada pelajar samseng bahawa mulai hari ini (31 Mac 2004) mereka tidak mempunyai tempat dalam sistem persekolahan di negara ini kerana mereka adalah penjenayah (Berita Harian 1 April 2004)
Manakala pada 2 April 2004 pula, Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk Hishammuddin beri jaminan tidak akan berlaku lagi gejala samseng. Jaminan ini telah dibuat oleh Menteri Pelajaran Malaysia bahawa gejala samseng tidak akan berlaku lagi di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Rakyat Malaysia juga masih tidak dapat melupakan bagaimana pada tahun 2003 telah berlaku beberapa peristiwa yang berlaku di dalam sistem pendidikan Malaysia yang melibatkan disiplin pelajar. Di antaranya, pada 12 Ogos 2003 lalu, seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Mohd Hafizi Jumhari telah cedera di belasah pelajar senior di asrama sekolah itu sehingga mengalami kecederaan termasuk kehilangan buah pinggang kirinya. Sebanyak 20 pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pula dibuang sekolah pada 20 Ogos 2003 lalu kerana mewujudkan budaya samseng `High Council.' Pada 29 Ogos 2003 pula enam pelajar tingkatan lima Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak disingkir serta-merta dari sekolah asrama penuh tertua itu setelah terbabit dalam masalah disiplin.
DPPN Johor tertarik untuk mengulas kenyataan daripada adik Mohd. Hafizi Jumhari pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang kehilangan sebelah buah pinggang, kecederaan di hati, limpa, hempedu dan pundi kencing akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior pada 12 Ogos 2003 (Utusan Malaysia, 7 April 2004) yang turut berasa amat kesal dengan kematian pelajar Mohamad Farid Ibrahim. Beliau menyatakan bahawa tahap mentaliti para pelajar kita khususnya pelajar Melayu masih lagi di paras kritikal dan di tahap bahaya. Apa tidaknya, hanya kerana enggan meminjamkan sebuah alat pemanas air, Mohamad Farid diperlakukan seperti binatang dan dibelasah dengan kejam sehingga mati.
“Apa yang paling membimbangkan ialah sikap sesetengah pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan sesuatu kes daripada diketahui oleh pihak luar. Konon-kononnya supaya nama sekolah tidak tercemar. Pergi jahanamlah dengan nama baik sekolah. Apa gunanya jika kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah sekolah itu hanya terletak pada nama dan tidak ada pada adab, sahsiah, mentaliti dan keterampilan para pelajarnya.
Setiap kali sesuatu kes serius berlaku di sekolah, pasti ada sahaja pasukan-pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian yang berlaku. Janganlah penubuhan pasukan khas ini sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Mula-mula sahaja bersemangat siasat itu dan ini, akhirnya?Sudah hampir lapan bulan kejadian yang menimpa diri saya berlaku, namun tiada sebarang maklumat pun yang saya peroleh daripada pasukan khas yang menyiasat kes saya.”
Kini, Dato Hishamuddin perlu memikirkan semula secara serius terhadap kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Terbukti bahawa beliau telah gagal menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang Menteri di Kementerian Pelajaran Malaysia. Amaran keras yang beliau tujukan kepada pelajar samseng tidak berkesan, janji beliau bahawa tidak akan berlaku lagi gejala samseng di sekolah tidak kesampaian khususnya yang melibatkan Muhamad Afiq Qusyairi yang menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat sehingga Sultan Pahang sendiri terpaksa bersemuka dengan kumpulan pembuli pelajar. DPPN Johor mendesak supaya Dato’ Hishamuddin meletakkan jawatan Menteri Pelajaran Malaysia sebagai rasa tanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar di Malaysia.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
13 June 2005
Desakan Batalkan Konsert
Date: Monday, June 13 @ 11:23:27 MYT
Topic: Local News
Oleh Salman Hussin
KLUANG, 13 Jun (Hrkh) – PAS Kawasan Kluang mendesak Pegawai Daerah membatalkan kebenaran sebarang bentuk konsert hiburan yang diadakan sama ada secara terbuka atau tertutup di daerah ini. Desakan ini dibuat berdasarkan maklumat yang menyatakan Konsert Akademi Fantasia akan diadakan secara besar-besaran di bandar ini pada 17 Jun ini, kata Timbalan Yang DiPertua PAS Kluang, Mohd Nor Mohamad, dekat sini.
Beliau berkata demikian semasa menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert ini kepada Pegawai Daerah Kluang, Haji Abdul Latif Yusof, di Pejabat Daerah Kluang, baru-baru ini.
Hadir sama dalam penyerahan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta beberapa AJK PAS Kluang.
Konsert yang pada asalnya akan diadakan di Taman Seri Lambak dekat sini bagaimanapun terpaksa dipindahkan ke Stadium Kluang berikutan bantahan penduduk taman terbabit yang mendakwa konsert ini boleh menimbulkan gangguan kepada mereka.
Menurut Mohd Nor, masalah gejala sosial yang begitu teruk melanda masyarakat terutama golongan remaja kita hari ini tidak sewajarnya diburukkan lagi dengan memperbanyakkan program-program hiburan yang melalaikan.
Tidak dinafikan terdapat faktor lain selain hiburan turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja dan masyarakat tetapi kerajaan sepatutnya menyekat salah satu punca ini supaya ruang untuk kerosakan yang lebih parah lagi dapat dielakkan.
Katanya lagi, program pembangunan insan yang berlandaskan Islam mestilah diperbanyakkan di samping pada masa yang sama program berbentuk hiburan yang melalaikan ini dihapuskan sama sekali.
"Jangan jadikan hiburan sebagai Dasar Negara kerana jika ini berlaku maka bukan saja masa depan rakyat akan hancur bahkan negara juga akan binasa akhirnya,"katanya.
Pada pertemuan tersebut, Haji Abdul Latif ketika ditanya berhubung konsert ini memberitahu sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan pihak penganjur konsert ini.
Beliau juga memberitahu kebenaran mengadakan konsert ini hanya akan diputuskan setelah merujuk pandangan beberapa jabatan lain seperti Polis dan Jabatan Agama Islam Daerah. - mks.
11 June 2005
RAKYAT JOHOR TERUS DIRUNDUNG MALANG – KENAIKAN TARIF AIR TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA
(31 Mei 2005)
Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk "Ranhill mahu naik tarif air" yang disiarkan di akhbar Berita Harian ruangan Ekonomi bertarikh 31 Mei 2005. Berita ini menyatakan bahawa SAJ Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang mengendalikan pengurusan sistem pembekalan air di Johor akan mengemukakan cadangan bagi menaikkan kadar tarif air di negeri itu untuk tempoh 2006-2008 dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Johor pada bulan Jun akan datang. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif Ranhill Utilities, Ahmad Zahdi Jamil.
Menurut beliau, mengikut perjanjian konsesi, Randhill berhak menaikkan kadar tarif ini setiap tiga tahun dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri bagi kenaikan untuk tempoh 2006-2008 bulan depan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa dukacita di atas kenyataan ini kerana semakan kali ketiga seperti mana yang telah dijangkakan bakal dikemukakan kepada kerajaan negeri Johor setelah diadakan semakan kali pertama pada tahun 2001 dan semakan kali kedua pada tahun 2003. Semakan pertama telah mencatatkan kenaikan sebanyak 22 % dan semakan kedua telah mencatatkan kenaikan sebanyak 25 % (banding dengan tahun 2001). Apakah kenaikan semakan ketiga akan mecatatkan lebih daripada 25%? Sekiranya jumlah kenaikan ini sebanyak 25 %, maka bagi penggunaan jumlah air 25 meter padu sebulan, selepas semakan ini berlaku kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 21.90 berbanding dengan RM 17.50 pada ketika ini.
Kenyataan untuk menaikkan tarif air Johor berlaku ketika suasana kegawatan bekalan air bersih sedang menimpa beberapa kawasan di negeri Johor. Baru-baru ini Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah mengedarkan risalah dan maklumat kepada pengguna mengenai kempen berjimat cermat dan catuan air telah dilakukan terutamanya kepada pengguna di Daerah Kluang dan Batu Pahat. Mengikut maklumat yang diperolehi, beberapa tempat akan mengalami gangguan bekalan air sehingga catuan selama 10 hari dalam masa sebulan terpaksa dilakukan dengan alasan untuk menaikkan paras air di empangan Semberong.
Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Ranhill Bhd, Datuk Hamdan Mohamad yang dikeluarkan di Utusan Malaysia pada 7 Mei 2002 yang menyebut bahawa Ranhill Utilities Bhd. akan menggunakan 75 peratus atau RM149 juta daripada RM192 juta hasil perolehan penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk meningkatkan kualiti air di Johor. Hasil perolehan dan langkah ini mampu menjana pertumbuhan dinamik Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dalam mengendalikan konsesi pembekalan air selama 30 tahun di negeri tersebut. Namun begitu, sehingga kini kenyataan ini masih diragui kerana rakyat Johor masih terus menggunakan air yang rendah kualitinya. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang disiarkan di dalam media massa seperti berikut :
a. Harian Metro (edisi Johor) bertarikh 12 Mei 2005 telah menyiarkan berita utama tentang Sungai Bekok yang beracun dengan kandungan aluminium dan manganese yang tinggi mengancam 350,000 penduduk Batu Pahat dan persekitarannya. Air Sungai ini menjadi sumber air mentah kepada Loji Yong Peng 1 dan Loji Yong Peng 2.
b. 10 Mei 2005, disiarkan pula di dalam Utusan Malaysia bahawa catuan air bagi seluruh Daerah Batu Pahat dan Kluang akan dibuat dalam tempoh satu minggu lagi jika sumber bekalan air semakin kritikal.
c. 9 Mei 2005 pula, Berita Harian mendedahkan bahawa Syarikat Air Johor Holding (SAJH) telah mengesan tiga bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemarkan dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja, Batu Pahat yang dikatakan telah dapat dikesan sejak awal tahun 2005 di Sungai tersebut.
d. 31 Mac 2005 disiarkan di dalam akhbar Berita Harian tentang bekalan air tercemar menjadi punca gangguan air disekitar Daerah Batu Pahat. Puncannya adalah kerana aktiviti pembakaran, pembajaan dan kerja-kerja meracun oleh pekebun di sepanjang sungai tersebut.
Kenyataan-kenyataan ini membuktikan bahawa kualiti air di Johor telah tercemar dan membuktikan kenyataan Presiden Ranhill Bhd untuk meningkatkan kualiti air Johor tidak berjaya. Kenaikan tariff air ini dilakukan bukan kerana bertujuan semata-mata untuk memperbaiki masalah kekurangan air atau meningkatkan mutu air tetapi lebih kepada perjanjian yang telah dimeterai diantara kerajaan negeri Johor dengan SAJH dan Randhill. Sudahlah bekalan air di Johor semakin kritikal dan kualitinya semakin rendah dan berbahaya, semakkan ini akan terus menindas rakyat di negeri ini.
DPPN Johor mendesak agar kerajaan Negeri Johor melihat perkara ini dengan penuh telus. Adakah kepentingan rakyat yang lebih diutamakan atau kepentingan Randhill. DPPN Johor juga akan mengemukakan bantahan terhadap perkara ini di dalam siding DUN Johor melalui wakil tunggal PAS di DUN Johor iaitu YB Dr Ramli Bin Kari yang dijangka akan bersidang pada bulan Jun 2005 ini.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7219913/012-7811830
01 June 2005
RAKYAT JOHOR TERUS DIRUNDUNG MALANG – KENAIKAN TARIF AIR TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA (31 Mei 2005) Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk "Ranhill mahu naik tarif air" yang disiarkan di akhbar Berita Harian ruangan Ekonomi bertarikh 31 Mei 2005. Berita ini menyatakan bahawa SAJ Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang mengendalikan pengurusan sistem pembekalan air di Johor akan mengemukakan cadangan bagi menaikkan kadar tarif air di negeri itu untuk tempoh 2006-2008 dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Johor pada bulan Jun akan datang. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif Ranhill Utilities, Ahmad Zahdi Jamil. Menurut beliau, mengikut perjanjian konsesi, Randhill berhak menaikkan kadar tarif ini setiap tiga tahun dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri bagi kenaikan untuk tempoh 2006-2008 bulan depan. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) melahirkan rasa dukacita di atas kenyataan ini kerana semakan kali ketiga seperti mana yang telah dijangkakan bakal dikemukakan kepada kerajaan negeri Johor setelah diadakan semakan kali pertama pada tahun 2001 dan semakan kali kedua pada tahun 2003. Semakan pertama telah mencatatkan kenaikan sebanyak 22 % dan semakan kedua telah mencatatkan kenaikan sebanyak 25 % (banding dengan tahun 2001). Apakah kenaikan semakan ketiga akan mecatatkan lebih daripada 25%? Sekiranya jumlah kenaikan ini sebanyak 25 %, maka bagi penggunaan jumlah air 25 meter padu sebulan, selepas semakan ini berlaku kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 21.90 berbanding dengan RM 17.50 pada ketika ini. Kenyataan untuk menaikkan tarif air Johor berlaku ketika suasana kegawatan bekalan air bersih sedang menimpa beberapa kawasan di negeri Johor. Baru-baru ini Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah mengedarkan risalah dan maklumat kepada pengguna mengenai kempen berjimat cermat dan catuan air telah dilakukan terutamanya kepada pengguna di Daerah Kluang dan Batu Pahat. Mengikut maklumat yang diperolehi, beberapa tempat akan mengalami gangguan bekalan air sehingga catuan selama 10 hari dalam masa sebulan terpaksa dilakukan dengan alasan untuk menaikkan paras air di empangan Semberong. Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Ranhill Bhd, Datuk Hamdan Mohamad yang dikeluarkan di Utusan Malaysia pada 7 Mei 2002 yang menyebut bahawa Ranhill Utilities Bhd. akan menggunakan 75 peratus atau RM149 juta daripada RM192 juta hasil perolehan penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk meningkatkan kualiti air di Johor. Hasil perolehan dan langkah ini mampu menjana pertumbuhan dinamik Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dalam mengendalikan konsesi pembekalan air selama 30 tahun di negeri tersebut. Namun begitu, sehingga kini kenyataan ini masih diragui kerana rakyat Johor masih terus menggunakan air yang rendah kualitinya. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang disiarkan di dalam media massa seperti berikut : a. Harian Metro (edisi Johor) bertarikh 12 Mei 2005 telah menyiarkan berita utama tentang Sungai Bekok yang beracun dengan kandungan aluminium dan manganese yang tinggi mengancam 350,000 penduduk Batu Pahat dan persekitarannya. Air Sungai ini menjadi sumber air mentah kepada Loji Yong Peng 1 dan Loji Yong Peng 2. b. 10 Mei 2005, disiarkan pula di dalam Utusan Malaysia bahawa catuan air bagi seluruh Daerah Batu Pahat dan Kluang akan dibuat dalam tempoh satu minggu lagi jika sumber bekalan air semakin kritikal. c. 9 Mei 2005 pula, Berita Harian mendedahkan bahawa Syarikat Air Johor Holding (SAJH) telah mengesan tiga bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemarkan dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja, Batu Pahat yang dikatakan telah dapat dikesan sejak awal tahun 2005 di Sungai tersebut. d. 31 Mac 2005 disiarkan di dalam akhbar Berita Harian tentang bekalan air tercemar menjadi punca gangguan air disekitar Daerah Batu Pahat. Puncannya adalah kerana aktiviti pembakaran, pembajaan dan kerja-kerja meracun oleh pekebun di sepanjang sungai tersebut. Kenyataan-kenyataan ini membuktikan bahawa kualiti air di Johor telah tercemar dan membuktikan kenyataan Presiden Ranhill Bhd untuk meningkatkan kualiti air Johor tidak berjaya. Kenaikan tariff air ini dilakukan bukan kerana bertujuan semata-mata untuk memperbaiki masalah kekurangan air atau meningkatkan mutu air tetapi lebih kepada perjanjian yang telah dimeterai diantara kerajaan negeri Johor dengan SAJH dan Randhill. Sudahlah bekalan air di Johor semakin kritikal dan kualitinya semakin rendah dan berbahaya, semakkan ini akan terus menindas rakyat di negeri ini. DPPN Johor mendesak agar kerajaan Negeri Johor melihat perkara ini dengan penuh telus. Adakah kepentingan rakyat yang lebih diutamakan atau kepentingan Randhill. DPPN Johor juga akan mengemukakan bantahan terhadap perkara ini di dalam siding DUN Johor melalui wakil tunggal PAS di DUN Johor iaitu YB Dr Ramli Bin Kari yang dijangka akan bersidang pada bulan Jun 2005 ini. Sekian. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7219913/012-7811830 |
14 May 2005
PELANCARAN KEMPEN "BELILAH BARANG MURAH" SEMAKIN MERUMITKAN KEADAAN
KENYATAAN MEDIA (13 Mei 2005) Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar bertajuk "Kempen Beli Barang Murah" yang disiarkan pada hari ini di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia. Kempen ini dikatakan akan dilancarkan di seluruh negara minggu depan sebagai langkah drastik kerajaan membendung `pesta naik harga'. Dinyatakan juga bahawa untuk mencapai kejayaan kempen ini, rangkaian kerjasama dengan pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour dan Mydin selain beberapa pasar basah di kampung-kampung dan kawasan terpencil di seluruh negara, diwujudkan. Strategi terbaru kerajaan ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Exco-exco Hal Ehwal Pengguna negeri di kementeriannya. Melalui kempen itu, Datuk Mohd. Shafie Apdal melihat, tiada ruang untuk peniaga-peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan mereka ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) ingin menegaskan bahawa DPPN Johor bersetuju dengan kenyataan bahawa peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga barangan jualan tetapi perlu diingat juga bahawa kenaikan harga barangan ini berpunca daripada sikap dan cara kerajaan menangani masalah penyeludupan diesel. Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen seliter dan petrol, 10 sen seliter, telah menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan harga barang-barang keperluan dan perkhidmatan secara berleluasa kebelakangan ini sememangnya adalah merupakan satu bukti kegagalan kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban ekoran kenaikan harga minyak. DPPN Johor yakin bahawa sekiranya tidak berlaku kenaikan harga diesel dan petrol, kejadian menaikkan harga barangan khususnya barangan runcit tidak akan berlaku seperti yang terjadi pada hari ini. Sepatutnya implikasi dan kesan kenaikan harga diesel dan petrol yang akan dibuat oleh kerajaan perlu dilihat terlebih dahulu. DPPN Johor juga sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang memilih rangkaian pasaraya besar yang selama inipun telah menyebabkan kemerosotan hasil peniagaan kecil, dengan sikap kerajaan ini akhirnya akan menyebabkan lebih banyak peniaga kecil akan 'gulung tikar'. Tindakan ini akan menyebabkan peniaga runcit akan lebih tertekan. Datuk Mohd. Shafie Apdal juga menyebut bahawa, tidak logik barang-barang yang tidak ada kena-mengena dengan diesel dan petrol naik contohnya, sayur, ikan, ayam dan teh tarik, sekali pun bukan 50 atau 100 peratus barangan berasaskan diesel dan petrol. Seperti teh tarik, tiada alasan untuk menaikkannya kerana gula, susu dan teh juga bukan barangan berasaskan komponen bahan api itu. Apabila peniaga menaikkan harga barangan jualan mereka tentulah mereka mempunyai alasan tersendiri. Apakah ayam, ikan dan sayuran itu boleh sampai ke kedai atau pasar dengan sendirinya tanpa menggunakan kenderaan seperti lori dan lori ini sudah tentunya menggunakan diesel untuk bergerak. Peruncit terbeban akibat menanggung kos pengangkutan daripada pemborong dan pengedar. Saya bimbang krisis yang melanda rakyat pada hari ini akhirnya terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia. Kerajaan menaikkan harga disel dan petrol, peniaga menaikkan harga jualan barangan. Yang menanggung akibatnya adalah rakyat. Nampaknya semakin hari kehidupan rakyat Malaysia semakin tertekan. Kerajaan mestilah mengambil tindakan membetulkan kesilapan bukannya menyalahkan peniaga kerana kesilapan kerajaan sendiri. Sekian. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7219913/012-7811830 |