02 June 2006

DISNEYLAND MALAYSIA : KE ARAH MANA UMNO/BN HENDAK MEMBAWA RAKYAT MALAYSIA?

Posted by Picasa

Kenyataan Media
(2 Jun 2006)

Memang tidak dijangka dalam kemelut masalah gejala sosial, hiburan terlampau dan masalah penagihan dadah khususnya yang melibatkan belia pada hari ini, kerajaan Malaysia berhasrat pula untuk membina sebuah taman tema Disneyland di Johor.

The STAR online pada 30 Mei 2006 telah menyiarkan bahawa Malaysia sedang mengadakan perbincangan terperinci dengan pengendali Tokyo Disneyland bagi pembinaan taman tema berkenaan di Johor.

Jika pembinaan di bandar baru Nusajaya yang seluas 9,645 hektar yang terletak di Pembangunan Koridor Selatan tersebut direalisasikan, bermakna Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai taman tema itu (Malaysia Boleh!). Turut dilaporkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 960 hektar dengan cadangan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan dijangka mampu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Pada hari yang Bernama.Com sebagai contohnya melaporkan bahawa kerajaan kini mencari pilihan terbaik serta meninjau peluang-peluang untuk membina taman tema seperti "Disneyland" di Johor. Ianya disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.

Perkara ini telah disahkan pada hari yang sama (Bernama.Com) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pertemuan dengan kumpulan yang berminat melabur dalam projek taman tema Disneyland di Johor. Beliau menyatakan bahawa perbincangan secara terpeinci dengan pihak Disney masih belum dilaksanakan tetapi ada kumpulan yang menunjukkan minat untuk membawa Disneyland ke Malaysia.

Namun pada 31 Mei 2006, Datuk Seri Effendi Norwawi hari Rabu menafikan pula bahawa kerajaan akan membawa Disneyland ke Malaysia walaupun Perdana Menteri Malaysia telah memperakuinya.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula dilihat menyokong pembinaan Disneyland ini di Johor dengan menjangkakan bahawa tidak menolak kemungkinan taman tema Disneyland yang dilaporkan dicadangkan pembinaannya di Nusajaya akan berkonsepkan tropika, berbeza dengan taman tema Disneyland di Florida dan Hong Kong. (Utusan Malaysia, 1 Jun 1006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berpendapat bahawa pembinaan Disneyland di Malaysia sebenarnya akan mencambahkan lagi kesuburan aktiviti hiburan di Malaysia yang sekarang ini semakin tidak terkawal. Kita jangan lupa bahawa program hiburan yang keterlaluan adalah strategi yang digunakan musuh dengan menghidangkan hiburan sebanyak-banyaknya khususnya kepada golongan muda yang masih mencari hala tuju kehidupan mereka.

Apabila sudah terleka, mudah untuk mereka lupa pada ajaran dan peraturan agama. Allah S.W.T telah mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini penuh dengan tipu daya.

Firman Allah ;

“Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal ini?”
Al-An’am:32

FirmanNya lagi ;

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanya permainan dan gurau senda, jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepada kamu dan tidak akan meminta hartamu.”
Muhammad: 36

Prof Diraja Engku Aziz juga pernah menyuarakan kebimbangannya terhadap generasi muda yang tidak lagi berminat untuk menimba ilmu pengetahuan, minda mereka semakin lesu dan tidak bermaya untuk berfikir tetapi lebih terpesona dengan hiburan.

Agak pelik rasanya, semakin kuat hasrat kerajaan UMNO/BN untuk melaksanakan Islam Hadhari semakin bercelaru halatuju negara. Kerajaan sanggup menggadaikan masa depan anak-anak muda dan agama Islam semata-mata untuk membuka ruang pekerjaan kepada 20 ribu rakyat Malaysia.

Sekiranya kerajaan masih berterusan dengan hasrat ini maka semakin jauh umat Islam daripada agama.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

MAMPUKAN PAK LAH MENGHALANG ARAK DIIKLANKAN DI MEDIA MASSA?

Harakahdaily: Kaji balik kebenaran iklan arak di media massa
Thu Jun 01, 06 07:44:32 PM

Oleh Bashir Ishak
KANGAR,1 Jun (Hrkh)- Dewan Pemuda PAS Perlis menggesa Kerajaan Islam Hadhari yang diterajui Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengkaji balik kebenaran iklan minuman keras dalam di media cetak.

Ini berikutan laporan penyiaran iklan arak yang dimuatkan bersebelahan dengan muka Abdullah sendiri dalam akhbar New Straits Times (NST) seperti yang dilaporkan oleh laman web Agendadaily baru-baru ini amat memalukan dan mendapat bantahan dari kalangan orang-orang Umno sendiri.

Dalam laporan tersebut, Kelab Senator yang terdiri dari kalangan pemimpin Umno peringkat Bahagian, kesal dengan tindakan NST menyiarkan iklan sedemikian.

Pelbagai pihak tampil memberikan respon termasuk PM yang melahirkan rasa terkejut beliau.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil berkata, isu iklan yang diletakkan di sebelah gambar Abdullah sebenarnya lebih kecil berbanding penguatkuasaan yang amat longgar apabila gejala meminum arak dari kalangan umat Islam sendiri berleluasa.

"Banyak perkara lain berkaitan arak yang perlu di pandang serius oleh kerajaan.

"Itu bukan pertama kali iklan tersebut disiarkan. Dah berapa lama NST menyiarkannya. Mungkin Kelab Senator tidak perasan atau buat-buat tak perasan. Bila dah diletak sebelah gambar 'bos' barulah nak bising," katanya.

Dengan sikap pemimpin Umno yang double-standard, beliau berkata, ia membuktikan Islam Hadhari masih lagi bercelaru dan boleh dianggap sebagai 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.

Katanya lagi, Kelab Senator sepatutnya lebih prihatin terhadap masalah hukum halal-haram arak, lebih-lebih lagi disiarkan oleh akhbar yang dikaitkan dengan kepentingan Umno di dalamnya.

"Bagaimana masa tidak ada gambar Abdullah di sebelahnya (iklan), kenapa tidak bising-bising? Apakah orang Umno masih meneruskan tradisi memuja pemimpin?," soalnya.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perlis katanya, menggesa kerajaan mengkaji balik penyiaran iklan arak khususnya di dalam akhbar arus perdana.

"Selain menghina Islam Hadhari, kita perlu prihatin dengan sumber haram yang diperolehi daripada pengiklanan arak yang sekaligus akan melibatkan ramai orang Islam," tegasnya.- mr
____________________
Apabila kilang arak dibenarkan beroperasi di Malaysia bermakna iklan yang melibatkan arak sudah tentu bukan menjadi satu masalah yang besar. Arak mudah untuk didapati dimana-mana malahan di kedai 24 jam seperti Seven Eleven pun menjual arak. Nak harapkan UMNO/BN hapuskan iklan arak? Kan tu sumber rezeki mereka... - Khairul Faizi

01 June 2006

DISNEYLAND DI JOHOR



Lagi kenyataan yang memperakui bahawa Disneyland akan dibina di Johor
(The STAR, 31 Mei 2006) Posted by Picasa

TAHNIAH ABANG DIN!!

YB Salahuddin Ayub ketika keluar daripada Balai Polis Pudu pada 28 Mei 2006 setelah ditahan kerana terlibat dalam himpunan PROTES SAMPAI TURUN Posted by Picasa

31 May 2006

Ada pihak minat bawa Disneyland ke Malaysia

Utusan Malaysia, 31 Mei 2006
KUALA LUMPUR 30 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan yang beliau telah ditemui satu kumpulan yang berminat untuk membawa taman tema Disneyland ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau telah bercakap dengan kumpulan tersebut ketika berada di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Tanpa menyebut identiti kumpulan berkenaan, menurutnya, dalam pertemuan itu, mereka menyatakan antara lokasi cadangan untuk taman tema itu ialah di selatan negeri Johor.

``Saya sebenarnya tidak berjumpa dengan wakil Disneyland tetapi pihak yang menemui saya ialah mereka yang amat berminat berbincang dengan pihak Disney untuk membawa taman tema itu ke negara kita,'' katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perhimpunan Hari Pekerja 2006 Sektor Awam di Institut Tadbiran Awam (Intan) di Bukit Kiara dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar tempatan yang mengatakan Malaysia sedang mengadakan perbincangan terperinci dengan pengendali Tokyo Disneyland bagi pembinaan taman tema berkenaan di Johor.

Jika pembinaan di bandar baru Nusajaya yang seluas 9,645 hektar yang terletak di Pembangunan Koridor Selatan tersebut direalisasikan, Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai taman tema itu.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 960 hektar dengan cadangan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan dijangka mampu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Selain itu, pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan wakil konglomerat berkenaan, UEM World kini sedang mengadakan perbincangan dengan Oriental Land untuk membina taman tema tersebut di Nusajaya.
________________
Rakyat Johor perlu berterima kasih kepada Pak Lah kerana berjaya membawa satu perubahan yang diidam-idamkan oleh kerajaan Islam Hadhari Malaysia.

26 May 2006

Dakwaan Muhyiddin serah tanah pada Singapura, Pemuda buat laporan polis

JOHOR BAHRU, 23 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah membuat laporan polis berhubung pendedahan seorang ahli Umno yang mendakwa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menyerahkan tanah seluas 5,177 hektar kepada Singapura.

Pendedahan berani ini dibuat bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Hamzah Othman, pada Majlis Dialog Kongres Kepentingan Bangsa (KKB), yang telah diadakan di Dewan Besar Kompleks Islam Johor Bahru, 7 Mei lalu.

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, semasa ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Central, dekat sini, Isnin kelmarin, beliau turut ditemani Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, serta beberapa Exco DPPNJ.

Menurut Faizi, laporan polis ini dibuat susulan dari pendedahan oleh Hamzah yang disiarkan akhbar Siasah baru-baru ini yang menyebut, “5,177 hektar tanah telah diserah kepada Singapura”.

"Selaku bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, sudah tentu maklumat yang diperolehi Hamzah ini adalah maklumat yang sangat sulit dan maklumat seperti ini biasanya hanya diketahui oleh pemimpin tertentu sahaja.

"Oleh kerana itu kita merasakan pendedahan beliau ini merupakan satu perkara besar yang perlu diberi perhatian khusus, apatah lagi apabila ianya membabitkan soal maruah dan juga kepentingan seluruh rakyat,"katanya.

Justeru kerana itu, beliau meminta polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa terbabit dengan penjualan tanah milik Kerajaan Johor kepada Singapura dengan harga RM370 juta semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor.

"Selain itu kita juga meminta polis menyiasat kenapa tanah yang begitu luas diberikan kepada Singapura tidak diwartakan sehingga menimbulkan keraguan kepada rakyat lebih-lebih lagi kedudukan tanah ini begitu strategik dalam konteks peperangan kerana tanah ini berada pada ‘koordinat ‘0’ bagi Negeri
Johor,"jelasnya.

Menurut Faizi lagi, kawasan tanah terbabit yang terletak di Bandar Tenggara ini juga turut dikenali sebagai ‘ Hamparan Air Jernih’ telah diserahkan kepada Singapura untuk dijadikan empangan memproses air bersih yang kemudiannya disalurkan ke negara berkenaan.

Hamzah yang juga Pengerusi Guru-Guru Agama Islam Bersara Daerah Johor Bahru juga mendedahkan wang RM 370 juta ini telah diserahkan kepada Tabung Warisan Johor, bagaimana pun jumlah wang sebanyak itu dikatakan tidak memadai jika dibandingkan dengan nilai sebenar tanah ini sama ada untuk tujuan pembangunan atau pun pertahanan negeri ini.

Difahamkan terdapat tujuh gunung dan 66 bukit berada dalam kawasan tanah yang tergadai ini. - mks.

KILANG CARLSBERG



Kilang Carlsberg ni bukannya terletak di Amerika atau di Israel tetapi terletak di Shah Alam Malaysia. Kenapa pulak nak melenting bila gambar Pak Lah diterbitkan bersebelahan dengan gambar Arak?. Posted by Picasa

GAMBAR PAK LAH TERSENYUM : DI SEBELAH GAMBAR ARAK.



Melenting juga penyokong Pak Lah yang menjadi pemimpin Islam Hadhari Malaysia bila melihat gambar pemimpin mereka diletakkan bersebelahan gambar Arak (Tiger Beer)

Arak tu agak2nya dikilangkan di mana?

Cuba lawati http://www.carlsberg.com.my/ Posted by Picasa

PEMUDA UMNO BERSIFAT ‘RUBBER STAMP’ MENYOKONG KENAIKAN TARIF ELETRIK BARU

Kenyataan Media
(26 Mei 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
melihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kenaikan tarif eletrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2006 yang dilihat tidak akan membebankan golongan berpendapat rendah dan sederhana hanyalah bersifat ‘rubber stamp’ dengan tujuan untuk menyokong kenyataan kerajaan.
(sila rujuk :
http://www.pemudaumno.org.my/)

Sikap Pemuda UMNO dalam isu ini memperlihatkan kepada kita bahawa Pemuda UMNO yang satu ketika dahulu pernah dilihat sebagai juara kepada isu rakyat kini hanya tinggal kenangan sahaja. Pemuda UMNO hanya akan menyokong sahaja keputusan kerajaan UMNO/BN walaupun mereka tahu rakyat yang akhirnya akan menderita.

DPPNJ melahirkan rasa ragu bagaimana Pemuda UMNO menyatakan mereka faham kenapa kenaikan itu perlu dilakukan hanya kerana sudah lama ia tidak dibuat, sejak kenaikan pertama pada 1997. Adakah hanya kerana tiada kenaikan sejak tahun 1997 itu maka Pemuda UMNO melihat bahawa kenaikan tarif eletrik perlu dilakukan?.

Pemuda UMNO juga percaya kenaikan purata 12 peratus tarif elektrik di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Jun ini tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Apakah Pemuda UMNO telah membuat kajian ataupun soal selidik terhadap gologan berpendapatan rendah dan sederhana ini untuk membuktikan bahawa golongan-golongan ini tidak akan terkesan?.

Apakah Pemuda UMNO tidak melihat kesan kenaikan tarif elektrik yang bakal dikenakan kepada syarikat-syarikat perniagaan akan menyerap kos tanpa memberikan kesan kepada pengguna? Sudah tentu pengguna yang akan menanggung kos ini.

Lihatlah bagaimana kesan yang diterima oleh rakyat apabila kenaikan harga minyak pada 28 Februari 2006 yang lalu. Kerajaan berjanji untuk mengawal harga barangan di pasaran supaya pengguna tidak terbeban. Apakah kerajaan Berjaya menunaikan janji ini?.

Tiada apa lagi yang rakyat boleh harapkan daripada UMNO untuk membela nasib mereka. Rakyat di Sarawak telah berani ‘mengajar’ kerajaan UMNO/BN. Isu kenaikan tarif eletrik ini membuktikan kerajaan tidak peka dengan masalah rakyat dan mereka sepatutnya ditumbangkan.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

TARIF ELEKTRIK NAIK 1 JUN 2006

Wajah keriangan Datuk Seri Lim Keng Yaik Menteri Tenaga Air & Komunikasi (gambar daripada Berita Harian) ketika mengumumkan kenaikan tarif elektrik.
 Posted by Picasa

MURID KAUM CINA BELAJAR DI PASTI Al-HIDAYAH

 Posted by Picasa

24 May 2006

Mantan MB Johor terlantar sakit dilupakan kerajaan negeri

Tue May 23, 06 03:13:39 PM Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 23 Mei (Hrkh) - Kerajaan Negeri Johor diminta memberi perhatian sewajarnya kepada bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Osman Saat, 83,yang kini terlantar sakit di rumahnya, dekat sini.

Dalam usia yang sudah agak lanjut ditambah pula dengan keadaan fizikalnya yang terlalu uzur beliau tidak mengharapkan sumbangan berbentuk kewangan ataupun sebarang penghargaan bagi mengenang jasa beliau tetapi memadai jika kebajikan beliau diberi perhatian khususnya rawatan perubatan beliau, kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini.

Mazlan berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke rumah bekas MB Johor ini di rumahnya, dekat sini baru-baru ini, hadir sama Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta beberapa Exco pemuda PAS negeri.

Kami difahamkan sejak beliau jatuh sakit beberapa bulan lalu segala perbelanjaan perubatan beliau dibiayai melalui wang pencen beliau sendiri, oleh kerana itu kita merasakan amatlah wajar perhatian sewajarnya diberikan kepada Tan Sri Osman memandangkan beliau adalah bekas pemimpin nombor satu di negeri ini, setidak-tidaknya beliau telah menyumbang jasa dan bakti kepada rakyat dan negeri ini sepanjang 15 tahun menjadi MB (1967-1982),"jelas Mazlan.

"Selain itu PAS Johor juga merasa amat sedih mengenangkan nasib Tan Sri Osman yang terpaksa berhadapan situasi yang begitu getir ini tanpa mendapat perhatian mahupun sokongan moral daripada teman-teman seperjuangan yang pernah bersama-sama beliau sebelum ini.

"Bahkan kami difahamkan seorang anak didik politik beliau yang sekarang ini menjawat jawatan menteri di peringkat pusat pun tidak pernah menziarahi beliau sejak beliau jatuh sakit,"katanya.

Selanjutnya menurut Mazlan, sejak lima bulan lalu Tan Sri Osman telah menjalani berbagai rawatan untuk mengubati penyakitnya namun keadaanya masih tidak berubah malah sejak dua bulan kebelakangan ini beliau sudah tidak mampu untuk berdiri atau berjalan, beliau kini terlantar di atas katil sepanjang masa.

Mengimbau kembali zaman pemerintahannya, Tan Sri Osman yang pernah bersama Parti Melayu Semangat 46 (S-46) selepas Umno mengalami perpecahan hebat pada 1987, beliau merupakan MB yang berusaha menempatkan orang Melayu di bandar dan pinggir-pinggir bandar melalui pemberian tanah kurnia.

Justeru kerana itu jelas Mazlan lagi, sekiranya kerajaan boleh memberi layanan dan keistimewaan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, semasa hayatnya dulu mendapatkan rawatan perubatan maka apa salahnya perkara yang sama diberi kepada Tan Sri Osman.
"Tan Sri Osman yang seangkatan dengan Tun Ghafar juga tidak kurang jasanya kepada negeri dan negara maka tidak sewajarnya segala jasa beliau ini dilupakan begitu sahaja," ujarnya lagi. - mks.

20 May 2006

HARGA AYAM NAIK LAGI, TAHNIAH!!!


Bernama.Com : 20 Mei, 2006 13:56 PM

Harga Ayam Naik Lagi
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga ayam daging di seluruh negara naik 25 sen sekilogram hari ini, kenaikan kali kedua dalam tempoh empat hari.
Harga ayam daging dinaikkan 40 sen Rabu lepas dan dengan kenaikan hari ini bermakna harga baru itu menyamai harga siling yang disyorkan kerajaan.
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia dalam satu kenyataan di sini menyatakan bahawa harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (super) kini RM6.70 sekilogram berbanding RM6.45 sekilogram Rabu lalu.
Kenaikan 25 sen juga diumumkan bagi harga runcit ayam siang beserta kaki, kepala, dan hempedal (standard) menjadikan harganya RM6 sekilogram kini berbanding RM5.75 sebelum ini.
Harga runcit ayam hidup naik 20 sen kepada RM5 sekilogram, harga pemborong ayam siang naik 25 sen menjadikannya RM5.40 sekilogram, harga pemborong ayam hidup naik 20 sen kepada RM4.50 sekilogram dan harga di ladang ayam hidup kini RM4 sekilogram, naik 20 sen berbanding hari Rabu.
Menurut kenyataan itu, harga yang ditetapkan adalah berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa.-- BERNAMA

51 RIBU PELAJAR DI TRENGGANU TIDAK BOLEH SOLAT, KESAN APABILA ISLAM DIPERMAINKAN

Berita Minggu, 20 Mei 2006
DUNGUN 19 Mei - Lebih 51,000 atau kira-kira 34 peratus daripada 149,000 pelajar tahun dua hingga enam di negeri ini didapati tidak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Mohd. Nasir Harun berkata, angka itu berasaskan kepada kajian oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu baru-baru ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, Pengarah Pelajaran Terengganu, Draman Muda meminta pejabat-pejabat pelajaran daerah untuk menyebarkan masalah itu kepada ibu bapa agar mereka sama-sama membetulkan keadaan.

``Menakutkan, tetapi inilah realiti yang perlu diakui. Selain tidak tahu rakaat setiap solat lima waktu, sebahagian besar murid sama ada tidak tahu langsung atau tergagap-gagap ketika diminta membaca ayat asas solat termasuk al-Fatihah.

``Tidak tahu bilangan rakaat dan tidak pandai baca al-Fatihah, maknanya tak tahu solat,'' katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Jerangau, Awang @ Mohamad Zaid Mat Zin dan Pengerusi PIBG SMK Jerangau, Mohammad Jusoh.

Menurut Mohd. Nasir, angka dan peratusan berkenaan mungkin jauh lebih besar jika kajian seumpama itu turut membabitkan pelajar tahun satu.

Bagaimanapun, katanya, kajian tersebut tidak melibatkan pelajar tahun satu kerana merasakan golongan berkenaan perlu diberi ruang untuk mempelajari perkara asas dalam ibadat itu.

``Jabatan Pelajaran menyasarkan kajian kepada murid tahun dua hingga enam kerana mereka sepatutnya sudah mampu dan sudah boleh menguasai perkara asas solat lima waktu.

``Siapa harus dipersalahkan sama ada ibu bapa, guru atau masyarakat. Bagi saya semua pihak perlu mengambil berat, namun ibu bapalah yang paling utama perlu memikul tanggung jawab itu.

``Jika anak tidak tahu bersolat, hal itu memberi gambaran bahawa ibu bapa atau penjaganya tidak memberi perhatian, malah berkemungkinan ibu bapa jarang bersolat di rumah,'' katanya.

Mohd. Nasir berkata, sebahagian besar masa pelajar ada bersama ibu bapa atau penjaga mereka di rumah dan mereka sepatutnya mengutamakan pengajaran solat kepada pelajar.
Komen
Inilah kesan apabila kerajaan HARAM UMNO memerintah Trengganu. Harap agar pimpinan PAS Trengganu akan membuat ulasan isu ini.

KES RASUAH BEKAS ADUN MENGKIBOL (PARLIMEN KLUANG)

Kes rasuah bekas Adun 12, 13 Jun (Berita Harian, 20 Mei 2006)

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan 12 dan 13 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Ng Kim Lai.
Hakim, Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan perbicaraan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrin Omar.
Semalam empat saksi pendakwa memberi keterangan.
Ketika perbicaraan pada 20 hingga 24 Mac lalu, 15 saksi pendakwa termasuk Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hoo Seong Chang, memberi keterangan.
Perbicaraan kes itu disambung semalam dan kelmarin.
Semalam, Kamal Bahrin memohon tarikh baru bagi membolehkan pendakwa memanggil beberapa lagi saksi.
Ng, yang juga seorang ahli perniagaan, didakwa membuat pengisytiharan palsu projek mengubah suai sebuah bangunan di Kluang pada Oktober 2002.
Beliau yang diwakili peguam bela, T Vijaya Sandran, dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat MCA, Nombor 24 dan 26, Tingkat 1, Jalan Dato Kapten Ahmad, Kluang.
Beliau yang dihadapkan ke mahkamah Oktober tahun lalu, mengaku tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan, Ng didakwa dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya dengan mengemukakan dokumen palsu projek bernilai RM30,000 untuk mengubah suai Bangunan Persatuan Warga Tua Kaum Cina Daerah Kluang, di No 5, Jalan Mesra, Kluang.
Bagaimanapun, bangunan yang dimaksudkan itu sebenarnya tidak wujud dan Ng didakwa dengan sengaja cuba mengelirukan prinsipalnya.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16, akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.©The New Straits Times Press (M) Berhad

19 May 2006

FORUM SENSITIF TANPA PERMIT : POLIS DI MINTA BERTINDAK TEGAS

Kenyataan Media
(19 Mei 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow seperti mana yang disiarkan di dalam Bernama.Com pada 19 Mei 2006 yang bertajuk Penganjur Forum Tidak Mohon Permit yang mana beliau telah menjelaskan bahawa adalah lebih baik pihak yang ingin menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu sensitif memohon permit polis untuk keselamatan awam walaupun permit polis tidak diwajibkan bagi mana-mana pihak ingin menganjurkan forum atau seminar tertutup.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada penganjuran forum umum bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan kekecohan akibat demonstrasi orang ramai. Beliau membetulkan fakta bahawa sebenarnya program tersebut tidak mempunyai permit polis untuk dianjurkan.

Bermakna, penganjur program iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) telah melakukan perhimpunan HARAM yang sebelum ini didakwa telah mendapat kebenaran polis untuk diadakan forum tersebut.

DPPNJ mengharapkan agar pemantauan terhadap aktiviti yang seumpama ini akan dapat dipantau dengan lebih serius agar kejadian seperti ini khususnya yang menyentuh sensitiviti umat Islam dapat dielakkan.

Lebih-lebih lagi, forum ini didakwa membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

DPPNJ juga melahirkan rasa terkilan kerana forum yang dilabelkan sebagai sensitif ini telah didakan sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas dan di Melaka pada 21 April lepas. Bermakna, sekiranya tiada demonstrasi diadakan maka forum sensitif ini akan tetap berjalan.

Kesunguhan kira-kira 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Anti Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (BADAi) mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di Jalan Penang pada hari Ahad lalu, bagi membantah penganjuran satu forum yang didakwa menghina Islam walaupun dilihat sebagai satu kesalahan dan dilabelkan sebagai tindakan BODOH oleh Datuk Nazri Aziz telah berjaya membuka mata semua pihak terhadap isu sensitif ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

KEMPEN SELAMATKAN PALESTIN

 Posted by Picasa

PENANGGUHAN PENSTRUKTURAN BARU TARIF ELETRIK UNTUK MENYELAMATKAN POLITIK BN DI SARAWAK

KENYATAAN MEDIA
(19 Mei 2006)

TAJUK :

PENANGGUHAN penstrukturan baru tarif eletrik UNTUK MENYELAMATKAN POLITIK BN DI SARAWAK


Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) melihat bahawa penangguhan penstrukturan baru tarif eletrik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Mei 2006 yang lalu hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik Barisan Nasional (BN) di negeri Sarawak.

Jika dilihat daripada perkembangan kempen pilihanraya di Sarawak pada kali ini yang agak membimbangkan BN, pengumuman tarif elektrik yang baru sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada pengundi di Sarawak. Pengundi yang telah mula terbeban dengan kesan kenaikan harga minyak petrol/diesel sudah tentu tidak mampu untuk menanggung kesan tariff baru yang sudah semestinya tidak menguntungkan rakyat.

Politik murahan BN ini memang sudah dijangka kerana rakyat telah melihat kesan apabila memberikan mandat yang besar kepada BN yang mempunyai lebih 90 peratus kerusi di Parlimen pada pilihanraya Umum ke 11 yang lalu, kerajaan dengan mudah menaikkan tarif eletrik tanpa menghiraukan kesannya kepada rakyat.

Kenyataan yang dilakukan oleh Pak Lah bahawa penangguhan struktur baru tarif elektrik adalah untuk kebajikan rakyat dan untuk memastikan seramai mungkin golongan berpendapatan rendah tidak terjejas dengan tarif elektrik yang lebih tinggi tidak dapat diterima kerana tindakan yang sama tidak dilakukan ketika ingin menaikkan harga minyak. Kenapa kabinet tidak menangguhkan kenaikan harga minyak di atas alasan yang sama?.

Jika benar kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik bahawa antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya mereka yang menggunakan tenaga elektrik sebanyak 150kW/jam atau kurang dalam sebulan dikenakan bayaran sebanyak RM30 yang sekarang ini dengan kadar yang sama pengguna dikenakan sebanyak RM 32, mengapa perlu ditangguhkan?. Sudah tentu ada agenda tersembunyi disebalik penangguhan tersebut.

Kerana itulah, Pemuda BA Johor yakin bahawa penangguhan ini adalah sebagai penanguhan yang bersifat politik kerana bimbang pengumuman ini akan memberikan kesan yang buruk kepada BN yang kini sedang bertarung hebat dalam pilihanraya di Sarawak.

Selesai sahaja pilihanraya di Sarawak nanti, kabinet tidak akan menangguhkan lagi tarif baru eletrik negara. Ketika itu, pertimbangan untuk kebajikan rakyat akan dilupakan.


Sekian, wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi
Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor
(Ketua Dewan Pemuda PAS Johor)
Nurin Aina Binti Abdullah
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor
(Ketua Angkatan Muda KeADILan Johor)

18 May 2006

LIRIK LAGU - ALHAMDULILLAH

Too Phat - Alhamdulillah
(Malay Version)

Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besarTetap Allahuakbar...

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah
kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi wujud menyertai
lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisauKu tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
_____________________________________________
Faizi :- walaupun lagu ni berentak 'rap' tapi saya suka meneliti liriknya kerana ia menggambarkan kehidupan masyarakat kita sekarang yang semakin leka dengan tipu daya dunia.
Kita sebagai pejuangan Islam perlu bersedia menghadapi cabaran dan memantapkan keimanan. Ujian datang dari pelbagai sudut. Kekadang ia datang tanpa disangka. Kekadang datang dari sahabat-sahabat sendiri yang tidak dapat mengerti erti kepayahan dan kesusahan.
Bersabarlah (untuk diriku) dalam mengharungi perjuangan ini kerana di akhir kehidupan kita hanyalah kematian yang bakal menanti. Semoga segalanya kita lakukan kerana Allah...

PENYOKONG UTAMA IFC

 Posted by Picasa

17 May 2006

SIAPA KATA HARGA BARANG NAIK BILA HARGA MINYAK NAIK?

17 Mei, 2006 15:06 PM
Harga Ayam Naik 40 Sen

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -
Harga ayam daging di seluruh negara naik 40 sen sekilo berkuatkuasa hari ini, demikian menurut Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia.
Menurut kenyataan persatuan itu, kenaikan itu disebabkan oleh faktor permintaan dan bekalan semasa.
Berikutan pengumuman itu, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini RM6.45 sekilo berbanding RM6.05 sekilo minggu lalu.
Selain itu, kenaikan 35 sen sekilo dilaporkan bagi harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala dan hempedal serta harga pemborong ayam siang iaitu masing-masing RM5.75 (RM5.40) dan RM5.15 (RM4.80).
Persatuan itu juga mengumumkan kenaikan 30 sen sekilo bagi harga di ladang ayam hidup iaitu kepada RM3.80 (RM3.50), harga pemborong ayam hidup RM4.30 (RM4) dan harga runcit ayam hidup RM4.80 (RM4.50).
Menurut kenyataan itu, walaupun berlaku kenaikan berbanding minggu lalu, semua harga itu masih berada di bawah harga siling seperti yang disyorkan kerajaan.-
- BERNAMA

PENUKARAN ISTILAH ASING DI PUTRAJAYA DITUKAR KE BAHASA MELAYU DISOKONG

Kenyataan Media
(17 Mei 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan syabas kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, YB Yew Teong Look kerana telah menubuhkan Jawatankuasa Istilah dan Penamaan Perbadanan Putrajaya sebagai usaha untuk menukar beberapa istilah asing seperti Precint, Boulevard, Promenade dan Parcel yang hari ini digunakan di Putrajaya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan bertanggungjawab menyelaras penggunaan istilah-istilah yang tepat di Putrajaya dan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

DPPNJ melihat bahawa sepatutnya sejak dari awal lagi penggunaan istilah asing ini tidak sepatutnya digunakan kerana ia bertentangan dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Sebelum ini pernah disiarkan kenyataan Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Awang Sariyan (Utusan Malaysia, 5 Mei 2004) yang menegur Perbadanan Putrajaya mengenai penggunaan istilah-istilah bahasa asing di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga memberikan komitmen bahawa DBP bersedia bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Manakala pada 6 Mei 2004, Utusan Malaysia telah menyiarkan kenyataan bekas Ketua Pengarah DBP Datuk A. Aziz Deraman bahawa DBP kesal kerana banyak teguran mengenai penggunaan istilah asing tidak diberi perhatian serius terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jika diperhatikan daripada kenyataan dan teguran ‘orang kuat’ DBP ini yang telah disebut sejak dua tahun lalu, barulah sekarang ini teguran itu dapat perhatian daripada pihak kerajaan untuk melakukan perubahan. Kenapa tidak dilakukan sejak dari awal lagi ataupun selepas DBP membuat teguran? Apakah ada kemungkinan kerana takut untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir walaupun telah bersara pada 31 Oktober 2003?

Hari ini mantan Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai ‘musuh’ yang menggangu urusan kerajaan. Tidak mustahil bahawa tindakan untuk menukarkan istilah asing kepada Bahasa Melayu ada kaitannya dengan tindakan Tun Dr Mahathir akhir-akhir ini. Jangan lupa, BAHASA BAKU yang diperkenalkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) sejak tahun 1988 telah dimansuhkan oleh kabinet Malaysia walaupun ianya telah memberi kesan yang positif kepada penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat tetapi kerana rasa dengki kerajaan UMNO/BN kepada DSAI, Bahasa Baku telah dikorbankan.

Apakah Dr Mahathir ‘tidak terasa’ dengan keputusan ini? Sama-samalah kita tunggu komen Dr Mahathir terhadap isu ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

KEMANA PERGINYA BUDGET SEBANYAK RM 33 JUTA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA JALAN ANTARA KOMPLEKS CIQ DENGAN TAMBAK JOHOR?

Posted by Picasa
Kenyataan Media
(17 Mei 2006)

TAJUK :

KEMANA PERGINYA BUDGET SEBANYAK RM 33 JUTA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA JALAN ANTARA KOMPLEKS CIQ DENGAN TAMBAK JOHOR?

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin membangkitkan satu perkara berkaitan dengan budget yang telah diumumkan oleh Datuk Seri S. Samy Vellu untuk membina sebuah jejambat sepanjang 800 meter menghubungkan Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang baru ke Tambak Johor.

Semalam Menteri Kerja Raya ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan membina sebuah jejambat Jejambat setinggi 13 meter itu yang merentasi jejambat Tanjung Puteri sedia ada, akan dibina dengan kos RM250 juta.

Bagaimana pun, DPPNJ telah diberitahu bahawa sebelum ini kerajaan telah mengeluarkan budget sebanyak RM 33 juta untuk menyiapkan jalan yang menghubungkan kompleks CIQ tersebut dengan Tambak Johor. Berita ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 13 Disember 2005 manakala kenyataannya telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed

Oleh itu, DPPNJ mahukan penjelasan tentang perkara ini kerana bimbang wang rakyat berjumlah RM 33 juta ini akan turut sama ditenggelamkan di dalam selat Tebrau dan lebih membimbangkan lagi ia akan hilang bersama-sama pemimpin yang korup.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

NURAFENDA BEKAS PELAJAR PASTI?




Pagi tadi ketika saya sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika Fenda sedang berinteraksi dengan Fedtri, Fenda ada bertanya dengan Fedtri tentang waktu persekolahannya bermula dari pra sekolah. Fedtri kata beliau tidak bersekolah tadika.

Yang menariknya, Fenda memberitahu bahawa beliau bersekolah di Sekolah Tadika PASTI Al-Islah!!!

Saya cuba untuk mendapatkan negeri kelahiran Fenda dan saya dimaklumkan bahawa beliau lahir dan membesar di Johor. Saya cuba mencari maklumat tentang PASTI Al-Islah di Johor dan mendapat tahu bahawa PASTI Al-Islah telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Daerah Johor Bahru dan merupakan PASTI yang pertama ditubuhkan di Johor.

Bagi saya, ini adalah berita yang menggembirakan kerana PASTI telah berjaya melahirkan seorang 'figure' yang bersih imejnya dalam masyarakat. Setidak-tidaknya Fenda berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa PASTI adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berguna dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

SYABAS NORAFENDA IBRAHIM! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran bersama TV3. Warga PASTI diseluruh negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya.. Posted by Picasa

13 May 2006

Warga miskin dianiaya, Ketua Umno tidak tunai janji bina rumah

Sat May 13, 06 02:02:24 PM Oleh Salman Hussin
PASIR GUDANG, 13 Mei (Hrkh) - Di saat pemimpin-pemimpin Umno di seluruh negara meraikan 60 tahun kelahiran Umno di Istana Besar Johor Bahru dan pada ketika Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan bangganya berucap memperkatakan kejayaan Umno membela nasib bangsa Melayu, tanpa mereka sedari masih terdapat ramai lagi bangsa Melayu yang merempat di tanah air sendiri.

Mungkin tiada siapa menduga dalam kehebatan pembangunan bandar raya Johor Bharu dan kepesatan pembangunan zon industri Pasir Gudang, masih terdapat ribuan penduduk yang menghuni tanah setinggan.

Malah di sebalik kedaifan penghuni setinggan ini masih ada juga kalangan manusia tertentu yang tergamak mengambil kesempatan di atas penderitaan dan kesengsaraan hidup orang lain.

Dengan alasan untuk membantu warga miskin kesempatan ini telah diambil untuk melakukan penipuan dan penganiayaan terhadap insan lain, semua ini berlaku gara-gara kerakusan nafsu yang sudah tidak mampu dibendung oleh iman.

Inilah nasib yang dialami seorang ibu tunggal, Aminah Amir, 70, yang tinggal di perkampungan setinggan Kampung Sentosa Persiaran 1 Masai, dekat sini.

Beliau yang sebelum ini merasa cukup selesa tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumahnya sendiri yang agak buruk selepas kematian suami kira-kira 10 tahun lalu namun bagi beliau itu sudah cukup memadai daripada langsung tidak berumah.

Bagaimana kira-kira dua bulan lalu beliau telah didatangi Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan Umno kampung tersebut yang menurutnya mahu memperbaiki rumahnya yang sudah uzur ini.

Berita ini sangat menggembirakan makcik Aminah yang telah tinggal di tanah setinggan ini sejak lebih 40 tahun lalu malah beliau menyarankan supaya rumahnya tidak perlu dirobohkan kesemuanya sebaliknya memadai jika diperbaiki mana-mana yang perlu sahaja kerana menurutnya rumahnya tidaklah terlalu uzur sangat dan bekalan elektrik pun sudah ada kecuali bekalan air paip yang masih tiada..

Bagaimana pun pihak terbabit terus berkeras dengan keputusan untuk merobohkan juga rumah beliau dengan alas an untuk membina rumah baru dalam masa seminggu dua sahaja dan beliau diminta berpindah menumpang sementara di rumah jiran.

Pada hari rumahnya dirobohkan beliau telah diberi bantuan barang-baang makanan dan wang RM100.00 malah beliau juga dijanjikan bantuan bulanan sebanyak RM250.00 oleh individu terbabit.

Bagaimanapun setelah dua bulan berlalu rumah beliau masih juga belum siap dan bantuan yang dijanjikan juga tidak diterima, bila beliau mengajukan perkara ini kepada pihak berkenaan beliau telah dimarahi.

Beliau yang menumpang di rumah sewa milik jiran berhampiran secara percuma sejak dua bulan lalu terpaksa meneruskan kerja-kerja membuat rumahnya dengan wang hasil pendapatan anak lelakinya yang bekerja buruh binaan.

Justeru dengan pendapatan yang tidak seberapa ini menyebabkan kerja-kerja membuat rumah beliau seringkali terhenti kerana kehabisan wang.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah, ketika ditemui melahirkan rasa kesal dengan sikap Umno cawangan yang gagal menunaikan janji untuk menyiapkan rumah warga miskin ini.

“Kalau betul ada peruntukan ke mana perginya peruntukan ini kerana sebelum ini pun ada penduduk miskin di kampung ini yang mendapat peruntukan dan rumah mereka siap dibina tetapi kenapa rumah makcik Aminah ini terbengkalai.

"Kita bimbang berlaku penyelewengan dalam pembinaan rumah ini, kita akan menyiasat perkara ini lebih lanjut dan sekiranya terdapat bukti berlaku penyelewengan maka kita akan mengajukan perkara ini kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR),"tegasnya.

PAS lapor polis, Umno guna premis, pelajar sekolah sambut ulang tahun

Sat May 13, 06 01:47:20 PM
Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 13 Mei (Hrkh) - Tindakan Umno mempergunakan pelajar, premis dan sehingga memaksa perubahan jadual peperiksaan di sekolah-sekolah sekitar Johor semata-mata untuk menyambut perayaan ulang tahun ke-60 Umno baru-baru ini amatlah dikesali.

Beberapa sekolah di daerah Johor Bahru telah diberi cuti sempena sambutan kelahiran 60 tahun Umno yang disambut secara besar-besaran di Istana Besar Johor, dekat sini 11 Mei lalu.

Selain itu difahamkan terdapat juga sekolah-sekolah di daerah Pontian dan Pasir Gudang yang diarah menangguhkan Peperiksaan Ujian Setara yang sepatutnya diadakan serentak di semua sekolah di negeri ini pada hari Khamis (11 Mei) lalu, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (DPP NJ), Khairul Faizi Ahmad Kamil, di sini Rabu lalu.

Berikutan ‘cuti khas’ sempena kelahiran 60 tahun Umno ini Jadual Peperiksaan Ujian Setara yang sepatutnya dijalankan pada 11 Mei ini telah ditangguhkan kepada 15 Mei 2006 dan 17 Jun 2006.

Selain itu kita juga mendapat maklumat pelajar-pelajar Maktab Sultan Abu Bakar dekat sini diberi cuti kerana asrama mereka akan digunakan untuk menempatkan sebahagian perwakilan Umno yang datang dari seluruh negara, katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Central, dekat sini, baru-baru ini, hadir sama AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.

Katanya, DPP NJ telah membuat laporan polis berhubung surat yang diedarkan pihak sekolah di daerah Johor Bahru kepada seluruh ibu bapa yang memaklumkan arahan cuti sempena sambutan 60 tahun kelahiran Umno pada 11 Mei lalu.

“Kita merasa amat kesal dengan tindakan Pejabat Pelajaran Negeri Johor yang mengarahkan sekolah-sekolah di daerah ini ‘bercuti’ semata-mata untuk menyambut tarikh kelahiran sebuah parti politik.

"Tindakan Umno ini telah mencabuli tugas Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah apabila memaksa mereka untuk mematuhi arahan politik, walau pun mereka parti yang memerintah tetapi ini adalah program parti maka tidak sepatutnya Umno memperkudakan jabatan kerajaan untuk kepentingan parti mereka.

"Tindakan ini jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan politik daripada memikirkan kepentingan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan,"jelasnya.

Faizi selanjutnya berkata, keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun lepas di Johor adalah antara yang terlemah di negara ini, bila ini berlaku maka guru yang dipersalahkan sedangkan sebenarnya Umno yang menyebabkan pelajar di negeri ini tercicir apabila pembelajaran mereka diganggu dengan berbagai program parti yang membabitkan pelajar.

Sebaliknya guru-guru terpaksa akur dengan arahan politik yang dilakukan Umno, bagaimana kita boleh mencapai kecemerlangan dalam pendidikan kalau Umno sendiri mengganggu sistem pendidikan di negara ini,katanya.

"Laporan polis yang kita buat ini mendesak polis menyiasat beberapa perkara yang dilihat sebagai tindakan pencabulan Umno terhadap jabatan pelajaran di negeri ini.

"Selain itu kita juga akan melakukan tindakan susulan kepada Pejabat Pelajaran Johor bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini,"katanya.

12 May 2006

SELAMAT HARI IBU

Saya mengucapkan selamat menyambut HARI IBU kepada semua ibu-ibu khususnya mereka yang berada dalam medan perjuangan ini.
Tidak lupa kepada isteri tercinta dan ibu tersayang...
Lagu : Belaian ibu
Kumpulan : Hijjaz

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan Oh… ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

SELAMAT HARI GURU

Dedikasi kepada guru-guru di :

Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang - 1980
Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang - 1981-1985
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh - 1986 - 1990

Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepda semua guru-guru yang pernah mendidik saya sejak kecil lagi sehinggalah saya menjadi manusia yang berguna, Insya Allah.

Jasa anda sekelian tidak akan dilupakan... kutujukan sebuah lagu untuk kalian

Terima Kasih Guru
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..
kau disisi
Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat hingga ke akhirnya
Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya
Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan
kanku petik bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu

Posted by Picasa

SURAT ARAHAN CUTI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN 60 TAHUN

 Posted by Picasa

LAPORAN POLIS TERHADAP SALAH GUNA KUASA OLEH UMNO

Posted by Picasa