24 February 2008

Penamaan Calon di Parlimen Ayer Hitam

Para penyokong setia berada di padang sekolah
Semasa berarak menuju ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Dato' Seth, Yong Peng

Selepas penamaan calon, calon Parlimen Ayer Hitam, Haji Hussin Sujak dan calon DUN Semarang Haji Elias bersama pencadang dan penyokong

22 February 2008

Senarai Calon PAS Johor

Senarai penuh calon-calon yang akan bertanding kerusi Parlimen adalah seperti berikut,

Ustaz Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz (Pagoh)
Haji Faisal Ali (Parit Sulong)
Haji Hussin Sujak (Air Hitam)
Ustaz Atan Gombang (Simpang Renggam)
Haji Shahar Abdullah (Mersing)
Haji Salleh Farmin (Tenggara)
Onn Jaafar (Kota Tinggi)
Haji Roslani Sharif (Tebrau)
Haji Abdullah Ideris (Pulai)


Calon Dun pula adalah,

Firdaus Masood (Buloh Kasap)
Othman Selamat (Pemanis)
Haji Mohd Saim Siran (Tenang)
Dato’ Dr Mahfodz Mohamed (Bukit Serampang)
Haji Othman Hashim (Jorak)
Ustaz Kassim Ibrahim (Gambir)
Rusman Kemin (Serom)
Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong)
Dr Mohamad Taslim (Maharani)
Malik Md Diah (Sungai Balang)
Ustaz Mekraj Patani (Sri Medan)
Haji Alliar @ Ilyas A.Bakar (Semarang)
Ustaz Hashim Jusoh (Parit Yaani)
Mustafha Abd Rahman (Parit Raja)
Dr Mohd Ramli Md Kari (Senggarang)
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos (Rengit)
Ustaz Abdullah Hussein (Macap)
Khairul Faizi Ahmad Kamil (Mahkota)
Ustaz Haji Ahmad Said (Endau)
Haji Abd Rashid Abu Bakar (Panti)
Minhad Awab (Pasir Raja)
Haji Mona’im Hassan (Sedili)
Haji Kamaldin Haji Tahir (Johor Lama)
Paimon Jasimin (Penawar)
Kumutha Rahman (Tiram)
Syed Othman Abdullah (Permas)
Rahmatullah Abdul (Pengkalan Rinting)
Suhaizan Kaiat (Kempas)
Ustaz Mohd Shah Lamat (Nusa Jaya)
Mohd Badzihar Mohd Basri (Bukit Permai)
Haji Raden Sarobo Ponoh (Benut)
Shamsuddin Jaafar (Pulai Sebatang)
Ustaz Ahmad Sani Haji Kemat (Kukup)

Nota: Nama-nama yang di bolt adalah daripada Dewan Pemuda Pas Negeri Johor.
(jika ada perubahan nama-nama calon adalah bergantung kepada keputusan Pas Johor)

21 February 2008

Hantarkan Sumbangan Anda Berkaitan Pilihanraya

Bahang pilihanraya semakin panas. Sana sini sibuk. Bunyi gendang di sana sini. Gegak gempita seluruh pelusuk Malaysia.
----
Blog DPPNJ mengalu-alukan sumbangan artikel/gambar-gambar atau apa sahaja maklumat berkaitan pilihanraya yang kini sedang kita lalui.
---
Hantarkan ke blogdppnj@yahoo.com
---
Insyallah, jika bahan tersebut bersesuaian, akan kami paparkan di blog ini. Salam perjuangan dari Dewan Pemuda Pas Negeri Johor. Takbir!

14 February 2008

Abdullah menghadap Sultan Johor tanpa Ghani

Abdullah menghadap Sultan Johor tanpa Ghani


JOHOR BAHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Khamis petang menghadap Sultan Johor Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene ketika timbul spekulasi tentang kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Rombongan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada 3.40 petang dan keluar satu jam kemudian.





Perdana Menteri berlepas pulang ke ibu negara sejurus selepas itu. Abdul Ghani tidak turut serta dalam rombongan Perdana Menteri menghadap Sultan Iskandar dan ini menguatkan uraura bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan kedudukan beliau. Terdahulu ketika di Kuala Lumpur, Perdana Menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, berkata tujuan majlis menghadap itu adalah untuk bertemu dan menziarah baginda yang baru pulih dari sakit.

"Saya sudah lama tidak menziarahi Tuanku," kata Perdana Menteri. BERNAMA





------------------------

Ulasan:
Keadaan ini seolah-olah memberi simbolik bahawa kedudukan Abd Ghani Othman sebagai 'orang besar' Johor mula terancam. Perilaku Abdullah Ahmad Badawi yang menziarahi Sultan Johor tanpa ditemani bekas Menteri Besar itu menampakkan seolah-olah terdapat satu 'petanda' bahawa khidmat Ghani Othman sudah tidak diperlukan.

Alasan Abdullah yang mengatakan 'sudah lama tidak ziarah' adalah alasan tak masuk akal. Adakah dia menyangka rakyat Malaysia ini semuanya bodoh sehingga boleh diperbodoh dan dibuat main-main. Tidak cukup dia mempermainkan rakyat dengan perihal pengumuman pembubaran parlimen yang katanya tidak akan bubar, kini dia mahu pula membodohkan rakyat Johor.

Jika benar mahu ziarah Sultan Johor, mengapa mesti selepas pengumuman pembubaran parlimen? Mengapa mesti ziarah tika saat demam pilihanraya sedang mencanak-canak? Adakah mahu mempolitikkan Sultan Johor pula? Masih waraskah mantan Perdana Menteri ini?

Apa yang pasti, tindakan Abdullah melawat Sultan Johor itu mesti ada agenda SULIT! -dppnj

Wakil Rakyat Parit Yaani Tidak Pernah Turun Padang!!

Pada Pilihanraya Umum ke 11 yang lalu, penduduk di dalam DUN Parit Yaani telah diwakili oleh calon baru dari BN. Yang amat mendukacitakan segelintir masyarakat, lazimnya tempat tersebut diwakili oleh UMNO yang mana pada penggal sebelumnya diwakili oleh Hamzah Ramli.

Namun, satu sikap yang amat pelik di kalangan masyarakat khususnya melayu, mereka tidak peduli siapapun calon itu asalkan dia adalah orang BN. Tidak kisahlah calon itu cina, india mahupun entah kaum apapun, taat setia masyarakat di situ tetap utuh. Atas sebab itulah, pada PRU ke 11 yang lalu, calon BN Ng See Tiong (gambar) dengan mudah menang selesa ke atas calon PAS Mohd Yusof Masran dengan majoriti 7,276.

Setelah kemenangannya, timbul satu fenomena baru dalam kehidupan di Parit Yaani. Wakil Rakyat Parit Yaani Tidak Pernah Turun Padang!! Inilah luahan kebanyakan penduduk dan masyarakat di DUN Parit Yaani. Malah, yang bercakap ini kebanyakannya adalah dari kalangan ahli UMNO dan juga atas pagar.

Di warung-warung, topik sudah bertukar. Jika dahulu sering memuji kerajaan dan kewarakan Pak Lah, namun sejak akhir-akhir ini ia telah berubah. Ada juga segelintir golongan atas pagar yang terus mengisi borang ahli Pas. Fenomena ini menampakkan bahawa Protes Senyap telah ditunjukkan oleh masyarakat Parit Yaani. Tambahan pula yang menjadi calon adalah kaum cina, ini menyebabkan pengundi Melayu mula bertukar fikiran dengan berpendirian: "daripada aku pangkah cina, lebih baik aku pangkah Pas, sekurang-kurangnya boleh imamkan sembahyang".

Isu di sini bukan kerana yang menjadi wakil rakyat itu kaum cina. Tetapi isu besar yang ingin dibawa di sini ialah wakil rakyat tersebut tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Peristiwa banjir besar yang menjadikan Parit Yaani sebagai tempat terakhir air surut dahulu turut mengubah persepsi kebanyakan penduduk di sini terhadap wakil rakyat mereka. Dalam keadaan penduduk sedang susah menghadapi banjir, wakil rakyat lansung tak nampak batang hidung! Beliau yang tinggal di Mersing dijadikan alasan tak dapat turun padang.

Lantaran itu, fenomena ini memberi petanda baik untuk Pas mendapat sokongan padu dari rakyat setempat. Pandangan rakyat terhadap Paklah sudah banyak yang negatif. Insyallah, berbekalkan iltizam dan semangat yang tinggi beserta tawakkal yang kuat terhadap Allah, Pas dan BA akan memberi kejutan di bumi Johor Darul Ta'zim! -dppnj

Pemuda Pas Johor Tumpu Di Setiap Kawasan

Dewan Pemuda Pas Negeri Johor tidak duduk diam kebelakangan ini. Malah, sejak parlimen dibubarkan semalam, gerak kerja pemuda Pas Johor di semua peringkat kawasan dan cawangan semakin rancak dan hebat.

Di setiap tempat, Pemuda Pas sentiasa tidak mengenal penat meneruskan gerak kerja parti sebagai persiapan mantap menjelang hari penamaan calon dan hari mengundi kelak. Pelbagai strategi dan perancangan telah dicatur bagi memastikan perjalanan yang bakal ditempuh berjalan dengan lancar.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Sdr Suhaizan Kaiat ketika diminta mengulas persiapan menjelang pilihanraya ini berkata, "semua pemuda sudah dikerah untuk menumpukan gerak kerja di kawasan masing-masing. Alhamdulillah semua pemuda Pas komited untuk membuat kerja kerana parti Islam.".

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat dan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kawasan Gelang Patah turut mengatakan bahawa penerimaan masyarakat daripada kaum Cina dan India semakin baik dan respon yang diberikan oleh mereka menampakkan yang kerajaan Barisan Nasional sudah lagi tidak releven. Perkara ini turut ditambah dengan kes tidak bermoral pemimpin MCA Johor, Chua Soi Lek. Namun, apa yang beliau kesalkan, masyarakat Melayu masih susah untuk berubah dan 'kepekatan' UMNO dan BN di benak setiap orang masih susah untuk dihakis.

Namun, itu semua bukanlah penghalang untuk Jentera Pas Johor bersama pakatan Barisan Alternatif menyerang habis habisan kubu lawan bagi menjelaskan pelbagai isu yang selama ini ditutup dan diputar belit oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional dan media tempatan.

Bagi melaksana misi tersebut, Sdr Suhaizan berkata, satu gerak kerja yang dipanggil 'Hit And Run' telah dilakuakan dengan kaedah menjelajah di setiap pelusuk tempat menggunakan kenderaan beserta pembesar suara. Di setiap tempat, penjelasan demi penjelasan akan dilakukan sebagai medium penerangan terkini di musim pilihanraya ini.

Ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon untuk pilihanraya kali ini, beliau hanya menjawab, "lihat saja ketika penamaan calon nanti..."

Pada pilihanraya yang lalu, Sdr Suhaizan Kaiat bertanding di Parlimen Parit Sulong dan mendapat undi sebanyak 9,788. Parlimen Parit Sulong dimenangi oleh calon BN, Syed Hood Syed Edros dengan jumlah undi 26,974 dan majoriti sebanyak 17,186. -dppnj

13 February 2008

PAS Yakin Pertahan Senggarang

DUN Senggarang satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PAS pada pilihanraya yang lalu. Kemenangan yang berpunca dari masalah teknikal itu berjaya meletakkan calon Pas. Dr Ramli Md Kari menjadi wakil rakyat Pas pertama di negeri Johor.

Setelah tamat sepenggal menjadi wakil rakyat (sehingga tamat hari ini), menjadikan wakil rakyat DUN tersebut menimba pengalaman dan bekerja keras dalam memastikan amanah yang dipikul terlaksana dengan jaya.

Dr Ramli Md Kari ketika dihubungi berkata, persepsi rakyat khususnya Senggarang terhadap pembangkang sudah berubah. Sudah ramai rakyat yang mula sedar akan kelemahan parti pemerintah.

Dalam tempoh perkhidmatan beliau, diakui terpaksa bekerja keras bagi menambat hati penduduk dan rakyat tempatan yang selama ini sudah sebati bersama BN.

Namun, Pas tidak patah semangat dan terus menjalankan amanah yang diberikan Allah dengan sebaiknya. Antara perkara penting yang dapat diketahui, wakil rakyat BN sebelum ini tidak pernah turun ke akar umbi seperti rumah ke rumah bagi mengetahui kondisi sebenar rakyat. Mereka hanya mendengar laporan-laporan dari penghulu dan kebiasaannya, penghulu akan bercakap yang baik-baik sahaja bagi menjaga reputasi sendiri.

Beliau juga menambah, penerimaan rakyat termasuk kaum cina amat positif dan amatlah tidak mustahil untuk PAS mengekalkan kemenangan di DUN tersebut.

Antara aktiviti beliau selama berkhidmat di DUN Senggarang adalah seperti menziarahi surau dan bersolat Jumaat secara bergilir di seluruh Masjid di Senggarang. Aktiviti ini adalah aktiviti yang dapat mendekatkan pemimpin bersama rakyat yang mana sebelum ini tidak pernah diamalkan oleh BN.

Untuk Pilihanraya kali ini, Dr Ramli berkata sekurang-kurangnya 55% Pas akan menang di DUN Senggarang, tetapi tidak mustahil peratusan itu akan menjadi lebih banyak.

Beliau kerap kali mengatakan 'mood rakyat telah berubah!!' -dppnj

Pemuda Pas Sri Gading Sudah Sedia

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading telah bersedia dengan jentera pilihanraya yang mantap bagi menghadapi Pilihanraya ke 12.

Mengulas Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri hari ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading, Sdr Jamaludin Husin berkata, "kami sudah bersedia setiap masa". Bagi Pilihanraya kali ini, pemuda Pas Sri Gading sudah mengerah setiap jentera agar sentiasa bekerja keras bagi memastikan kemenangan Pas dan Barisan Alternatif.

Untuk Parlimen Sri Gading, akan ditandingi oleh wakil Keadilan manakala dua DUN di dalamnya iaitu Parit Raja dan Parit Yaani akan diwakili oleh calon PAS.

Saudara Jamaludin juga berharap agar ada dermawan dan sesiapa sahaja tampil membantu gerak kerja perjuangan PAS dan BA. Sumbangan kewangan dan tenaga amat dialukan bagi menghadapi saat pertarungan sengit ini. -dppnj

Parlimen Bubar Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.

Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.

Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

17 January 2008

Serahan Memorandum Isu Bayaran Tambahan



MEMORANDUM KEPADA


PENGARAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
Wisma PendidikanJalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru, Johor

KHAMIS 17HB. JANUARI 2008

MUQADIMAH

Pada 7 September 2007 ketika membentangkan Belanjawan 2008, Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah telah dimansuhkan. Malah Y.B. Menteri Pelajaran sendiri ketika mengumumkan kepada pemberita pada 8 September 2007 menegaskan bahawa tiada alasan bagi ibubapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.” (Utusan Malaysia: 8 September 2007)

Namun begitu ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah:
Lebih malang lagi, apabila terdapat sekolah yang mengenakan yuran tambahan lain seperti yuran PIBG, yuran tandas dan yuran komputer.

Lebih memeranjatkan, apabila Yang Berhormat Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa Pakej bayaran tambahan ini tidak wajib dan ibu bapa boleh menuntut kembali wang yang telah dibayar.

Sedangkan terdapat sekolah yang mengeluarkan surat kepada ibu bapa bahawa yuran tersebut adalah wajib.

Dewan Permuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merasa bertanggungjawab untuk :

Memenuhi hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia untuk melihatkan semua rakyat mendapat pendidikan secara percuma.
Memenuhi hasrat Yang berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran agar jurang pendidikan antara golongan kaya, miskin, orang asli dan anak Kurang upaya dapat dirapatkan
Mematuhi tuntutan Konvesyen Hak Kanak-kanak (UNCRC) perkara 28(1) Hak untuk mendapat pendidikan percuma dan wajib.
Menghilangkan kekeliruan di kalangan ibu bapa tentang polemik tentang yuran percuma yang diwar-warkan oleh kerajaan.

Maka DPPNJ mendesak kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor :
Mengeluarkan kenyataan akhbar tentang perkara ini.
Mengeluarkan pekeliling kepada sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu ini.
Mengarahkan sekolah di negeri Johor mengeluarkan surat penjelasan kepada ibu bapa tentang isu yuran sekolah ini.

Mendesak sekolah memulangkan kembali bayaran yang dikenakan jika benar bahawa bayaran ini boleh di tuntut kembali oleh ibu bapa.

“MEMBINA KEYAKINAN, MENJANA KEMENANGAN”

Yang Benar

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
KETUA DEWAN PEMUDA PAS JOHOR
019-7701830

-----------------------------------------------------------------


Membuat kenyataan media dihadapan bangunan Jabatan Pelajaran Johor

Memorandum telah diterima oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor

10 January 2008

Seminar Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor


Sebentar tadi (10 Januari 2008) Lajnah Penerangan DPPNJ telah berjaya mengadakan Seminar Penerangan. Seminar ini bertujuan untuk membentangkan beberapa isu terkini kepada para pegawai penerangan Pemuda PAS Johor yang telah dilantik sebelum ini.

Pembentangan kertas kerja telah dilakukan oleh Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat dan Tuan Haji Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil.

Beberapa isu telah dikupas seperti isu yang melibatkan Wilayah Pembangunan Iskandar, yuran tambahan persekolahan, kenaikan harga barang dan masa depan orang melayu di Johor.

Seramai 70 orang pegawai penerangan DPPNJ telah hadir dalam seminar pada kali ini.

Futsal Perpaduan Dewan Pemuda PAS Johor

Sekali lagi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah mengadakan Futsal Perpaduan yang mana telah menjemput beberapa pasukan daripada pertubuhan Politik dan NGO.
Menariknya, kejohanan pada kali ini telah berjaya menarik minat dua pasukan daripada kaum India iaitu Kelab Penyokong PAS Johor Kaum India dan pasukan Mama Mita FC.
Pasukan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2006.
Laporan penuh boleh dibaca daripada blog berikut ; -

Juara Futsal Perpaduan DPPNJ, Pasukan JIM 'B'
Perlawanan Separuh Akhir di antara DPPNJ vs Kelab Penyokong PAS Johor Kaum India.

Ketua Pasukan Kelab Penyokong Kaum India PAS Johor

Bersama dengan pemain-pemain daripada pasukan kelab penyokong dan pasukan Mama Mita FC.
Sdr Khairul Faizi (Ketua DPPNJ) bersama sdr Tan Hong Pin (Setiausaha Pemuda DAP Johor) dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPNJ sdr Nazman Che Ibrahim

Sungai Johor Tercemar

Johor: 6 sungai tercemar di Johor - Berita Harian
Oleh Johan Afandi

Kekotoran berpunca pembuangan sisa kilang, loji kumbahan, tangki septik, projek ternakan serta pembuangan sampah


JOHOR BAHRU: Enam lembangan sungai di Johor dikategorikan sebagai tercemar dan akan dipulihkan untuk kepentingan ekonomi negeri berkenaan.

Lembangan sungai terbabit adalah Sungai Kempas, Sungai Segget, Sungai Tebrau, Sungai Tukang Batu, Sungai Buloh dan Sungai Perembi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Freddie Long Hoo Hin, berkata antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai itu adalah loji kumbahan, tangki septik, pusat ternakan binatang, punca industri selain pembuangan sampah, aktiviti kerja tanah, pertanian dan pengambilan pasir.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri terus memberi tumpuan kepada usaha pemuliharaan Sungai Skudai, sungai utama dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) walaupun ia dikategorikan sebagai sederhana tercemar.

Penekanan ini dibuat kerana Sungai Skudai, sepanjang 52 kilometer dan kawasan tadahan seluas 325 kilometer persegi mempunyai nilai estetika dan kepentingan ekonomi serta rekreasi seperti Teluk Danga,katanya.

Long berkata, satu kajian terperinci sudah dilakukan terhadap Sungai Skudai dan ia sudah siap sepenuhnya pada 2002, dengan sebahagian program pembersihan sedang dilaksanakan, manakala bakinya di bawah program WPI.

Katanya, antara program pembersihan yang sudah dijalankan adalah penggunaan mikro organisma berkesan (EM), memasang perangkap sampah dan pemasangan alat perangkap minyak di medan selera, restoran serta kantin sekolah di sekitar lembangan Sungai Skudai.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menekankan penggunaan saliran Manual Saliran Mesra Alam (Masma) dalam setiap projek pembangunan tanah dalam lembangan Sungai Skudai dengan menitik berat kawalan punca bagi kualiti dan kuantiti air," katanya.

Selain itu, Long berkata, kempen kesedaran dan pendidikan kepada penduduk sepanjang sungai ini, termasuk murid sekolah, guru, Jawatankuasa Kecil Keselamatan Kampung (JKKK) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dijalankan.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri juga mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menjalankan tindakan pemeriksaan dan pemantauan di tempat terpilih di sekitar Sungai Skudai.

"JAS menerima sembilan aduan pencemaran Sungai Skudai sepanjang tahun lalu dan semuanya sudah diambil tindakan, manakala terdapat lima projek di kawasan berhampiran sungai ini, mendapat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan lapan lawatan penguatkuasaan sudah dijalankan," katanya.

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Pengerusi SPR - Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU 9 Jan. - Dewan Pemuda Pas Johor hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mencabar pihak pembangkang supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh seseorang yang bertanggungjawab
dalam SPR kerana ia boleh menimbulkan kontroversi.

Menurutnya, suruhanjaya itu seharusnya bertindak sebagai pihak yang berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.

“Kami amat kesal dengan kenyataan tersebut. Tindakan beliau jelas menunjukkan sikap berat sebelah serta tidak bertanggungjawab seorang yang diberi kepercayaan dalam mentadbir sebuah badan berkecuali.

“Keputusan sama ada sebuah parti politik itu ingin bertanding atau tidak, itu adalah hak mereka. SPR tidak perlu campur tangan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Central di sini hari ini.

Mencabar

Pada 1 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Ab. Rashid yang mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan raya di Malaysia penuh dengan penyelewengan.

Khairul Faizi berkata, kenyataan Ab. Rashid itu menunjukkan sikap bermusuhan antara pihak SPR dengan parti pembangkang.

Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai satu hasutan supaya pilihan raya tidak lagi dilihat sebagai saluran yang sah untuk rakyat memilih pemimpin mereka."Kenyataan itu akan menghilangkan sikap kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada sistem pilihan raya yang telus dan adil,'' katanya.

Difahamkan laporan itu kemudian diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di ibu negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

08 January 2008

Mohon Kemaafan...

Futsal Perpaduan Pemuda PAS Johor
---------------------------------------------
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memohon maaf kepada pengunjung kerana blog DPPNJ kurang dikemaskini sejak beberapa bulan yang lalu.
Kelemahan ini akan kami atasi dalam masa terdekat ini. Memang banyak aktiviti yang telah diadakan tetapi ianya tidak dapat dipaparkan di dalam blog DPPNJ ini.
Kepada mereka yang menjadi pengunjung setia blog ini diharapkan akan dapat bersabar dengan kelemahanan ini.
Anda juga boleh mengunjungi blog-blog berikut untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan aktiviti Pemuda PAS di Johor.
Wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
8 Januari 2008

06 December 2007

Banjir: Peringatan Buat Rakyat Johor

Masih lagi segar di dalam ingatan semua rakyat Johor tatkala berlakunya satu fenomena 'Banjir Besar' yang melanda sekitar setahun yang lalu. Hujan renyai yang mulanya di sangka hanya hujan biasa rupanya membwa satu episod duka buat majoriti rakyat negeri ini.

Bukan satu suasana yang gembira apabila muka bumi Johor dipenuhi air. Ramai yang terkesima. Ramai yang tidak percaya. Sekian lama rakyat Johor hidup senang lenang tanpa perlu susah payah memikirkan bencana banjir, tetapi kuasa Allah merubah segalanya. Kesenanganan yang dinikmati sekian lama terhenti dengan kedatangan banjir besar yang bukan hanya sekali tetapi DUA kali! Satu fenomena yang boleh dianggap luar biasa oleh pihak tertentu. Ramai juga para pengkaji yang kebingungan dengan peristiwa banjir di Johor. Sedangkan sebelum ini banjir hanya sinonim di negeri pantai timur saja. Adakah suasana ini akan terus berlarutan di negeri selatan semenanjung selepas ini?

Setelah kira-kira setahun berlalu, rakyat Johor sudah mula mahu melupakan peristiwa pahit itu. Biarlah ia berlaku sekali seumur hidup. Tidak mahu banjir lagi. Tidak kurang ramai yang insaf tatkala banjir kerana menyedari akan kekuasaan Allah. Namun, insafnya hanya sementara. Bila sudah kembali senang, ada yang kembali seperti dahulu... Apabila turut di sogok dengan habuan yang mewah oleh pihak pemerintah dan golongan yang ada kepentingan.

Namun, keadaan cuaca bermula pada 5hb Disember 2007 yang lalu kembali merisaukan kebanyakan rakyat Johor. Satu keadaan cuaca yang seolah-olah 'serupa' sepertimana kisah duka permulaan banjir besar setahun yang lalu. Hujan tak berhenti-henti di hampir keseluruhan tempat. Tahun lalu, hujan tidak berhenti selama 3 hari telah dapat menenggelamkan bandara Segamat dan Kota Tinggi.

Adakah penghujung tahun 2007 ini juga akan mengalami peristiwa serupa seperti mana tahun yang lalu? Tentu ramai yang tidak mahu. Namun, kuasa Allah adalah segalanya. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. Insyallah, bagi pihak Dewan Pemuda Pas Johor khususnya melalui Unit Amal akan terus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. -DPPNJ

Johor Mula Dilanda Banjir

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh) -Beberapa daerah di negeri Johor mula dilanda banjir ekoran hujan lebat yang turun sejak petang semalam. -->

Menurut maklumat yang diterima Harakah, daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Labis telah mengalami banjir dengan para penduduknya sudah diarahkan berpindah ke kawasan penempatan banjir.
Seorang penduduk Kg Jawa, Segamat, Shamsul Hadi yang menghubungi Harakahdaily berkata, air banjir kini menghampiri paras lutut dan para penduduk kampung tersebut telah diarahkan berpindah.

Menurutnya, kejadian banjir kali ini tidak dijangkakan memandangkan keadaan panas beberapa hari sebelumnya.

"Bagaimanapun hujan mula turun selepas waktu Asar semalam dan berlanjutan hingga hari ini. Hujan makin turun dan bertambah lebat," ujarnya.

Shamsul juga memaklumkan bahawa kebanyakan jalan menghala ke Segamat telahpun ditutup dan bekalan letirik diputuskan secara berperingkat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beliau juga mengucapkan syabas kepada anggota Unit Amal kerana sudahpun turun memberikan bantuan seawal banjir berlaku.

"Anggota Unit Amal sudah ramai kelihatan dan kami merasa terharu dengan keprihatinan mereka," katanya.
Sementara itu, pemberita Harakah, Salman Hussien yang kini berada di Labis memaklumkan keadaan banjir di daerah itu semakin buruk.-tajdid

17 November 2007

Unit Amal Johor di Himpunan Bersih


Kelihatan sebahagian petugas dari Unit Amal Johor berada di hadapan perarakan menjadi benteng pertahanan ahli himpunan.

15 November 2007

13 November 2007

Dari Pasar Budaya Ke Istana Negara

Kira-kira pukul 12.15 tengahari tadi saya dihubungi oleh wartawan Malaysiakini untuk bertanyakan bagaimana peristiwa kumpulan penyokong BERSIH dapat melepasi halangan Polis untuk tiba di masjid negara.Saya juga telah membacaberita daripada Malaysiakini yang bertajuk Bagaimana 40,000 meloloskan diri dari kepungan polis? dan Bersih plays cat-and-mouse with cops.

Awalnya, saya tidak berhajat untuk menulis tentang perkara ini tetapi setelah membaca berita di atas, saya rasa perlu untuk saya menggambarkan dengan lebih jelas tentang kejadian tersebut. Saya telah diamanahkan untuk memulakan perhimpunan di Pasar Budaya (CM) yang menempatkan para penyokong BERSIH daripada negeri-negeri Selatan tanahair bersama sdr Amiruddin Shari, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).Inilah pertama kalinya saya diamanahkan untuk memimpin himpunan aman di sekitar lembah Klang. Walaupun ianya bukanlah satu perkara yang luar biasa tetapi bukannya di Kuala Lumpur. Sekadar untuk berdemonstrasi adalah perkara biasa tetapi bukannya untuk memimpin. Tapi tak apalah, sdr Amiruddin tentu dapat melaksanakan tugas ini nanti.

Kira-kira pukul 1.00 petang sdr Amiruddin menghantar SMS untuk memaklumkan saya supaya meneruskan amanah memimpin kumpulan di CM kerana beliau telah dihalang oleh pihak polis. Keadaan yang sukar menyebabkan beliau mungkin tidak akan ke CM.”Habislah aku!” bisik hati saya.Saya bergegas keluar daripada Bangunan PAS yang terletak di Jalan Raja Laut menuju ke CM menaiki LRT daripada stesyen Sultan Ismail dan turun ke Stesen Masjid Jamek. Di kawasan Masjid Jamek kelihatan ramai penyokong BERSIH telahpun berkumpul sambil menantikan arahan.Apabila tiba di CM saya dapati telah ramai penyokong yang telah berlegar-legar untuk menunggu arahan untuk bergerak. Bendahari PAS Johor, Haji Mustapha telah bersama saya untuk membincangkan strategi yang perlu dibuat.

Saya masih mengharapkan agar Amiruddin dapat meloloskan diri supaya dapat tiba di CM.Pada awalnya, saya mendapat arahan supaya memulakan majlis himpunan tersebut di kawasan pejalan kaki yang terletak di antara bangunan CM dan bangunan perniagaan yang terletak disebelahnya (Ada KFC)Lebih kurang pukul 2 petang pasukan polis telah mula ramai dan mereka membuat satu barisan untuk menghalang penyokong BERSIH daripada mengadakan perarakan menghala ke arah dataran Merdeka. Kesemua polis tersebut berdiri menghala ke arah Perhentian Bas Klang.Saya telah memberikan arahan kepada beberapa pemuda PAS Johor untuk mencuit kesemua penyokong BERSIH supaya bergerak perlahan-lahan secara berasingan melalui jalan koridor di hadapan bangunan tersebut dan akhirnya sebahagian besar daripada penyokong BERSIH berkumpul pula dibelakang polis yang berdiri.Kebetulan hujan turun dan kesemuanya lari mencari tempat perlindungan. Saya berbincang dengan sdr Tian Chua apakah strategi seterusnya memandangkan hujan telah turun dengan lebatnya.

Atas nasihat beliau, saya mengarahkan kesemua penyokong untuk berpindah ke Annexe Central Market.Saya menghubungi Datuk Dr Mahfodz supaya bergerak ke lokasi terbaru tersebut. Saya masih tertunggu-tunggu kehadiran Sdr Amiruddin Shari yang masih tidak dapat melepasi halangan pihak keselamatan.Bingung juga rasanya apakah yang patut saya lakukan kerana hujan semakin lebat dan saya sememangnya tidak begitu memahami apa yang sepatutnya dilakukan. Sdr Tian Chua mencadangkan agar kumpulan daripada CM bergerak daripada lokasi setelah hujan reda tetapi tidak dipersetujui oleh bahagian keselamatan BERSIH.

Saya pula masih teragak-agak untuk memulakan majlis himpunan kerana penyokong masih belum dapat dihimpunkan di kawasan tersebut. Ketika itu, saya dapat melihat kelibat beberapa pimpinan daripada pelbagai pihak seperti Datuk Dr Mahfodz (Pesuruhjaya PAS Johor), Ust Abd Ghani Abd Rahman (Pesuruhjaya PAS Melaka), Puan Irene Fernandez (MPT Keadilan), Dr Zaliha Mustafa (Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat), Sdr Tan Hong Pin (Setiausaha DAP Johor), sdr Jalil Adam (Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor), sdr Adly Zahari (Exco DPP Pusat), Cik Elizabert Wong (Ketua Penerangan Wanita Keadilan) dan ramai lagi yang tak tersebut oleh saya.

Saya memulakan majlis setelah bahagian keselamatan memaklumkan kesemua penyokong BERSIH daripada lokasi yang lain telah memulakan perarakan.

Ucapan pertama saya.'Saudara dan saudari sekelian, saya membawa satu berita yang cukup gembira pada petang ini. Yang Mulia Yang Di Pertuan Agong telah bersetuju untuk menerima memorandum yang akan kita serahkan pada petang ini!'. Laungan 'Daulat Tuanku' diiiringi dengan Laungan 'Allahu Akbar' 'Reformasi' dan 'Hidup Rakyat' kedengaran berulang-kali tanda kegembiraan para penyokong kerana Yang Di Pertuan Agong membuka ruang yang diimpikan oleh semua.

Saya menyambung lagi 'Himpunan ini adalah himpunan aman yang tidak menggunakan kekerasan. Kami adalah rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan'.'Saya minta agar pihak polis tidak menghalang atau menimbulkan provokasi kerana ia sesungguhnya akan dimurkai oleh Yang Di Pertuan Agong' Dan banyak lagi yang saya katakan tetapi tidak perlulah saya coretkan kesemuanya.

Perarakan dimulakan dengan Puan Irene Fernandez berada dihadapan. FRU cuba untuk menghalang kami daripada terus bergerak ke arah dataran merdeka. Bila dihalang kami disebelah kiri jalan, kami bergerak ke arah kanan jalan, bila FRU bergerak ke arah kanan jalan, kami pun bergerak ke arah kiri jalan. Ibaratkan seperti sedang bermain ragbi, kami terus bergerak dalam satu kumpulan ke hadapan merempuh halangan FRU sehinggalah kami tiba ke lokasi yang terletak lebih kurang 15 meter daripada Dataran Merdeka (DM).Ketika itu, kami sudah tidak berupaya untuk merempuh benteng FRU yang cukup gagah dan kental kerana bilangan mereka sudah terlalu ramai. Ketika itu, sdr Tian Chua, Dr Mahfodz dan Ust Abd Ghani telah hilang daripada kumpulan.

Saya dan rakan-rakan lain semacam mati akal kerana rundingan dengan FRU untuk membenarkan kami meneruskan perjalanan telah gagal.Saya cuba hubungi ketua sdr Amir Shari dan rakan-rakan lain tetapi gagal. Dalam kebingungan tersebut, saya dimaklumkan bahawa terdapat satu jalan kecil yang membolehkan kita keluar daripada halangan tersebut untuk menuju ke masjid negara dan seterusnya ke Istana negara. Saya dapati bahawa jalan itu tidal dikawal dengan rapi oleh pihak Polis.Bagi mengelakkan FRU menyedari bahawa saya sedang menyusun langkah untuk mengeluarkan kesemua penyokong daripada sekatan tersebut, beberapa teman saya arahkan untuk terus bercakap, berteriak, melaung dan yang sewaktu dengannya bagi menumpukan pandangan mereka terhadap provokasi tersebut.Sdr Azlan (AMK Johor) terus berceramah sambil sesekali menyanyikan lagu 'We Want We Want Justice!'

Seorang kakak daripada Senawang yang membawa anak kecilnya turut memeriahkan suasana tersebut dengan ceramah dan syarahan yang cukup menikam kalbu. Pada masa yang sama saya bergerak bertemu dengan para penyokong BERSIH dengan mengarahkan mereka ‘mencuit’ tiga orang sahabat yang lain untuk keluar daripada kumpulan dan bergerak melalui jalan yang telah saya nyatakan tadi.Secara beransur-ansur, para penyokong BERSIH keluar daripada kepungan tersebut sehinggalah kami tinggal seramai lebih kurang 30 puluh orang sahaja!.

Apabila saya rasa strategi tersebut telah berjaya, saya terus membuat pengumuman.'Saudara sekelian, saya ingin memaklumkan bahawa sebahagian bersar daripada kumpulan kita telahpun selama sampai ke Istana Negara. Hanya kita sahaja seramai 30 orang ini yang tinggal bagi mengaburi mata. Pihak polis jangan tanya saya macamana rakan-rakan kami boleh tiba di istana.'

Seperti baru dipukau, FRU yang berada dihadapan kami terkejut dengan pengumuman tersebut. Saya yakin dan percaya mereka tertanya-tanya bagaimana mereka boleh terlepas pandang.Saya berbincang dengan Puan Irene Fernandez untuk strategi terakhir untuk membolehkan kami keluar daripada halangan tersebut. Kami bergerak semula menghala ke arah CM dan terus berpecah. FRU yang tadinya menghalang kami tidak berbuat apa-apa dengan membiarkan kami lalu sahaja.Akhirnya, kami daripada kumpulan 30 orang yang terakhir selamat juga sampai di hadapan Istana Negara.

Di sana, saya bertemu semula dengan sdr Azlan, Puan Irene dan kakak daripada Senawang dengan anak kecilnya.Sehingga ke saat saya menulis ini, saya masih tidak dapat melupakan saat-saat yang paling menarik tersebut. Mungkin ia tidak menarik jika dibandingkan dengan lokasi-lokasi yang lain namun ia tetap menjadi kenangan kepada saya.Apapun, segalanya adalah daripada pertolongan ALLAH. Dialah yang membuka ruang dan peluang untuk kita mencapai kemenangan dan kejayaan.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
019-7701830

24 October 2007

Muar dilanda banjir teruk, Unit Amal PAS beri bantuan segera

MUAR, 22 Okt (Hrkh) - Hujan lebat berterusan selama empat jam mengakibatkan banjir kilat melanda tiga buah kampung dekat sini, memaksa penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Setakat ini, lebih 50 orang dari beberapa keluarga telah dipindahkan ke Pasti Parit Jawa berikutan pusat pemindahan banjir agak lewat dibuka pihak berkenaan.

Unit Amal PAS Kawasan Muar bertindak pantas menyelamatkan keluarga terbabit dan membekalkan bantuan makanan serta menyiapkan sarapan pagi untuk mangsa-mangsa terbabit sementara menunggu bantuan kerajaan.

Tiga buah kampung terbabit adalah Kampung Payar Lebar, Kampung Parit Shafie dan Kampung Parit Salman.
Harakahdaily difahamkan kawasan perkampung ini tidak terbabit dalam banjir besar yang melanda Johor tahun lalu dan dianggap antara kawasan penempatan yang selamat.

Bagaimanapun, hujan lebat sejak beberapa hari lepas membimbangkan penduduk.
Kampung-kampung terbabit mengalami banjir kilat yang agak teruk kerana air naik mendadak sehingga ke paras 1.5 meter dan di sesetengah kawasan air naik hingga ke tahap pinggang.

23 October 2007

Kenyataan Media DPPNJ: WPI : KEBIMBANGAN YANG MENJADI KENYATAAN

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Tajuk : WPI : KEBIMBANGAN YANG MENJADI KENYATAAN

Kebimbangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) terhadap masa depan tanah-tanah milik golongan melayu/bumiputera akan tergadai mula menjadi kenyataan apabila Buletin Utama TV3 malam ini memaparkan bagaimana pemaju pembangunan sudah mula menawarkan kepada pemilik tanah untuk membeli tanah-tanah milik mereka sejak berkurun lama dengan harga yang cukup tinggi.

Seorang pemilik tanah telahpun mengakui bahawa telah menerima tawaran jualbeli tanah dengan harga RM 350 ribu bagi satu ekar tanah. Beliau menyebut bahawa proses jualbeli tanah tersebut telah diproses dan sedang menunggu penyerahan milik sahaja.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) yakin bahawa ramai lagi pemilik tanah yang telahpun merelakan tanah-tanah mereka untuk dibeli oleh mana-mana broker atau pemaju tanah dengan tawaran yang cukup lumayan.

Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Gelang Patah yang turut ditemuramah mengharapkan agar penduduk yang terlibat supaya jangan mudah termakan pujuk rayu daripada broker-broker tanah tersebut. Beliau juga berharap agar agensi-agensi kerajaan dapat membantu memajukan tanah-tanah orang melayu yang terlibat dengan pembangunan dalam WPI.

Inilah ‘bencana’ yang cukup membimbangkan PAS seolah-olahnya pembangunan yang dicanangkan oleh kerajaan UMNO/BN kononnya akan membantu rakyat Johor terutamanya kepada orang melayu/bumiputera dalam WPI sebenarnya masih tidak dirancang dengan teliti sehingga menyebabkan agensi-agensi kerajaan terlambat untuk memikirkan apakah bentuk ekonomi yang dapat dibangunkan terhadap tanah-tanah milik orang melayu.

Bagi pemilik tanah, dengan tawaran RM 350 ribu untuk seekar tanah bukanlah satu tawaran yang mudah untuk dilepaskan dengan begitu sahaja. Menanti perancangan daripada agensi-agensi kerajaan sudah tentu melambatkan usaha pemilik tanah untuk menjadi ‘orang kaya segera’.

DPPNJ cukup bimbang dengan perkembangan ini kerana sudah pasti kampung-kampung tersebut akan hilang ditelan pembangunan sekiranya tanah-tanah kampung sudah terjual kepada broker dan pemaju tanah.Walaupun belum diketahui siapa yang menjadi pembeli tanah-tanah milik melayu/bumiputera ini tetapi ia akan tetap hilang daripada pemiliknya yang asal.

Kebimbangan DPPNJ bahawa sejarah kesilapan Sultan Husin Syah dan Temenggong Ibrahim menyerahkan Singapura kepada British serta kesilapan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura kepada Malaysia pada tahun 1965 akan berulang bagaikan ‘luka lama berdarah kembali’ kepada seluruh rakyat Malaysia.Inilah nilai pembangunan yang digilai oleh pemimpin UMNO/BN yang tidak memikirkan pembangunan masa panjang.

Walaupun mereka tahu kesan buruk akan diterima oleh generasi depan terhadap pembangunan ini tetapi mereka lebih mementingkan keuntungan peribadi mereka sahaja.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://dppnjohor.blogspot.com/
http://minda-kembara.blogspot.com/
20 Oktober 2007

19 October 2007

Kenyataan Media DPPNJ - Isu Mat Rempit

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Tajuk : Program Sukan Malam Gagal Tangani Masalah Mat Rempit

Pada 9 Januari 2007, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Datuk Seri Azalina Othman Said telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.

Azalina menyatakan bahawa kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka.

Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan justeru program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah.

Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jaring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang.

Saya pasti bahawa program Sukan Malam ini telahpun dijalankan di seluruh negara dengan perbelanjaan yang cukup besar melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana Azalina yakin bahawa kajian IPPMB telah dibuat dengan teliti.

Di Parlimen Kluang sebagai contohnya, penekanan terhadap Sukan Malam diberikan terhadap sukan Futsal. Kain rentang dan poster-poster diedarkan ke serata tempat bagi menarik golongan muda khususnya Mat Rempit untuk berhenti merempit dan beralih arah ke sukan Futsal.

Hakikatnya, mereka yang menyertai Futsal adalah golongan muda yang sememangnya menjadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti rutin mereka tetapi mat rempit terus memperuntukkan masanya dilitar lumba haram.

Hari ini, Azalina menyarankan pula agar semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala "Mat Rempit" atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.

Apakah Sukan Malam telah gagal mencapai matlamat dan hasrat untuk menangani masalah mat rempit? Ataupun program Sukan Malam sememangnya dibuat untuk menghabiskan wang rakyat?

Saya bukan mempertikaikan kajian terkini IPPBM dan ‘hasrat murni’ Azalina untuk membenteras gejala Mat Rempit kerana mungkin pendekatan tersebut selari dengan pendekatan Islam Hadhari tetap adakah itu adalah masalah sebenar yang dihadapi oleh anak-anak muda sehingga mereka merempit.

Beliau perlu ingat bahawa mat rempit bukan sahaja menghabiskan masa dan nyawa mereka di atas jalanraya tetapi mat rempit terlibat juga dalam pelbagai kejadian jenayah seperti meragut, mencedera, memukul dan menyamun. Adakah dengan menyediakan litar lumba mampu menghalang mereka daripada menghentikan tindakan jenayah tersebut?.

Anak-anak muda yang merempit ini sebenarnya telah hilang pedoman dalam hidup mereka. Perlaksaan aktiviti yang tidak berlandaskan kepada Islam sudah tentu akan gagal mencapai matlamat untuk mengatasi masalah rempit ini.

Azalina seharusnya mengakui bahawa beliau masih gagal untuk menangani masalah mat rempit ini. Arahan kepada kerajaan negeri agar menyediakan kemudahan litar lumba sudah pasti akan menemui kegagalan sekiranya pembinaan insan berlandaskan Islam tidak dijadikan asas utama.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://dppnjohor.blogspot.com/
http://minda-kembara.blogspot.com/
18 Oktober 2007

18 October 2007

Kenyataan Media DPPNJ - Isu Feri Terbakar

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Tajuk : Keselamatan Rakyat Mesti Diutamakan

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang telah maut dalam tragedi kebakaran sebuah feri penumpang Seagull Ekspress kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Tioman itu.

Empat mangsa yang maut dipercayai lemas dikenali sebagai Hoo Lee Lan, 67, dari Kuala Lumpur; Hong See Tiew, 53 dan Teh Siew Lian, 52, masing-masing dari Klang dan Tee Moi @ Haw Lee Maoi, 68, dari Batu Pahat.

Peristiwa yang berlaku pada 13 Oktober 2007 bersamaan 1 Syawal 1428 itu telah menggemparkan negara kerana ianya berlaku pada saat umat Islam sedang menyambut Hari Raya Idil Fitri yang pertama dan langkah keselamatan yang begitu rapi diberikan tumpuan di jalanraya bagi kenderaan darat.

Kemalangan ini yang melibatkan tiga anak kapal dan 103 penumpang feri Seagull Express turut mengakibatkan beberapa penumpang cedera parah ialah Yong Sai Yoon, 26; Lee Jhi Yin, 35; Chong Wing Yi, 7 dan Nga Lee Ling, 14 manakala tiga yang masih hilang ialah Wong Sing Ling, 37; Chong Yong Kim, 43, kedua-duanya dari Klang dan Wong Han Wan, yang umur dan alamatnya belum diketahui.

Pelbagai gambaran dan maklumat awal terhadap kejadian ini telah disiarkan oleh media. Kejadian berlaku ketika feri itu dalam perjalanan dari Jeti Mersing ke Jeti Genting Tioman. Diantaranya;

i. Jabatan Laut mengesahkan feri itu beroperasi secara haram dan tidak memiliki sijil untuk mengangkut penumpang. Maklumat terkini, Dua pegawai Jabatan Laut di Mersing berpangkat merinyu kapal telah digantung tugas berkuatkuasa serta merta, sementara menunggu siasatan tragedi malang feri terbakar dan karam di perairan Pulau Tioman Sabtu lepas.

ii. Pejabat Pelabuhan Mersing mengakui feri berkenaan pernah ditahan awal tahun ini kerana melakukan beberapa kesalahan dan masih belum dibenarkan beroperasi semula kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan.

iii. Kapten feri bersama dua krewnya telah terjun awal tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap kebakaran feri tersebut. Feri tersebut juga dikatakan tidak mempunyai jaket keselamatan yang mencukupi dan berada dalam keadaan yang uzur.

Namun begitu, pengurusan Seagull Express menafikan pelbagai dakwaan terhadap ferinya yang terbakar dan karam dalam kejadian berhampiran Pulau Tioman, Pahang itu. Pengarahnya, Liew Ah Hua berkata bahawa;

i. Semua feri milik syarikatnya mempunyai lesen dan permit yang sah untuk menyediakan perkhidmatan penumpang ke Pulau Tioman dan pulau peranginan lain di negeri ini.

ii. Kejadian feri terbakar itu adalah kali pertama terjadi kepada syarikatnya juga menafikan ia membawa muatan berlebihan.

iii. Pihaknya hanya membawa kira-kira 100 penumpang pada hari berkenaan walaupun kapasiti feri ialah 120 penumpang.

iv. Feri Seagull menempatkan 150 jaket keselamatan di ruangan atas pada kiri dan kanan kabin.

v. Dua bot penyelamat yang ditempatkan di belakang feri.

vi. Kapten feri telah membuat pengumuman pada masa kejadian mengarahkan semua penumpang mendapat dan memakai jaket keselamatan tetapi mereka tidak mengendahkannya kerana terlalu panik.
Begitu juga kenyataan daripada kapten feri tersebut, Wan Fahrorozi Wan Naman yang menafikan bahawa beliau dan pembantu-pembantunya telah terjun awal ke laut sambil menegaskan beliaulah orang terakhir mencecahkan diri ke dalam air laut.
Apa yang membimbangkan adalah, setiap kali berlakunya bencana dan malapetaka maka barulah arahan tegas dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Apabila berlaku tanah runtuh maka arahan supaya setiap projek pembangunan dicerun-cerun bukit diperiksa supaya mematuhi syarat serta spesifikasi yang ditetapkan, apabila berlakunya kemalangan dan kematian yang melibatkan bas ekspress maka semua bas ekspress diperiksa sama ada mematuhi syarat serta spesifikasi yang ditetapkan dan begitulah juga kepada apa jua yang berlaku.

Persoalannya, adakah kita perlu menunggu sehingga saat berlakunya kemalangan dan kematian barulah penguatkuasaan diperketatkan? Ini adalah fenomena yang ‘normal’ dalam negara kita.

DPPNJ menegaskan bahawa unsur rasuah dan penyelewengan sudah pasti menjadi topik utama dalam peritiwa ini. Petuduhan oleh pihak berkuasa dan penafian oleh pihak pengusaha feri perlu diambil kira untuk menentukan siapakah yang bersalah terhadap isu ini.

Jika benar feri tersebut telah beroperasi secara haram dan tidak memiliki sijil untuk mengangkut penumpang serta pernah ditahan pada awal tahun ini masih boleh beroperasi tanpa sebarang tindakan maka sudah tentu terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan yang sudah pasti dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan.

DPPNJ juga menegaskan bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengambil serius terhadap keselamatan rakyat yang ketika ini sudah semakin tidak selamat berada dimana-mana pada setiap ketika. Jika sebelum ini keselamatan di jalanraya diberikan perhatian serius maka keselamatan penumpang dijalan laut juga perlu mendapatkan keutamaan.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://dppnjohor.blogspot.com/
019-7701830
Tarikh : 17 Oktober 2007
----------------------------------
Kepada Pak Lah : Bangunlah daripada tidurmu…

10 October 2007

Rombakan Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor

Pemuda BA JOHOR








Jawatankuasa Pemuda Barisan Alternatif (BA) Negeri Johor yang telah mengadakan mesyuarat pada 7 Oktober 2007 telah bersetuju untuk membuat beberapa perubahan dalam struktur organisasi Pemuda BA Johor setelah berlakunya perubahan dalam jawatankuasa DPPNJ dan AMKNJ.

Sdr Jalil Bin Adam, Ketua AMKNJ telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda BA Johor menggantikan Puan Nurin Aina Binti Abdullah manakala sdr Mohd Faizul Mohd Salleh telah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda BA Johor yang baru.
Bendahari Pemuda BA Johor pula telah diserahkan kepada sdr Zainal daripada AMKNJ. Perlantikan penuh jawatankuasa Pemuda BA Johor akan dimaklumkan kemudian.
Pemuda BA Johor juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Nurin Aina yang telah memberikan komitmen yang sangat tinggi selama ini terhadap penubuhan dan pengembangan Pemuda BA Johor.

Sesungguhnya pemergian beliau daripada AMKNJ dan Pemuda BA Johor sangat-sangat dirasai. Mudah-mudahan beliau akan terus menyumbangkan tenaga dan buah fikiran walaupun tidak bersama lagi dengan Pemuda BA Johor.

Pemuda BA Johor Turun Padang ke Kluang

Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (BA Johor) telah mengadakan aktiviti turun padang di DUN Mahkota Kluang bersempena dengan bulan Ramadhan pada kali ini pada 7 Oktober 2007. Tahun lalu, aktiviti yang sama telah dijalankan di Batu Pahat.

Pada kali ini, bubur lambuk istimewa resipi dari negeri Trengganu telah diedarkan kepada masyarakat yang berada di sekitar Hentian Pengangkutan Awam Kluang, bazar Ramadhan Jalan Omar dan bazar Ramadhan Jalan Penghulu Kassim.

Risalah berkaitan dengan Tragedi Batu Buruk dan penjelasan tentang Wilayah Pembangunan Iskandar telah diedarkan. Pas kawasan Kluang yang turut hadir bersama dalam aktiviti ini juga mengambil peluang mengedarkan kad ucapan Idil Fitri. Sebanyak 3000 keping kad raya telah dan sedang diedarkan oleh PAS Kluang pada tahun ini.

Bagaimanapun, kehadiran Pemuda BA Johor di bazar Ramadhan Jalan Omar telah mendapat tentangan dan gangguan daripada Pemuda UMNO yang mendakwa bahawa kawasan tersebut adalah kawasan mereka. Pemuda BA daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dikasari oleh petugas pemuda UMNO yang tidak berpuashati dengan tindakan mereka mengedarkan risalah tanpa mendapat kebenaran daripada mereka.
Tindakan yang telah dilakukan oleh pemuda UMNO ini sebenarnya mencerminkan sikap mereka yang tidak berfikiran terbuka terhadap parti politik yang lain sehingga mendakwa bahawa orang melayu di Kluang hanya menerima UMNO sahaja sebagai parti yang mewakili mereka.

Walau bagaimanapun, tindakan pemuda UMNO ini tidak melemahkan semangat anak-anak muda ini daripada meneruskan usaha mereka untuk menegakkan kebenaran. Selaku Pengerusi Pemuda BA Johor, saya merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh anak muda AMKNJ yang terus gagah untuk berdepan dengan situasi seperti ini.

Ikuti temuramah isu ini dalam tvpas.com dalam sehari dua ini.

Politik Kampus UTM: Tekanan ke atas PMI menjadi agenda utama.

Oleh: MM-mujahidah

Sejak awal lagi PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) UTM, telah menerima pelbagai ugutan pembubaran andai kata PMI memasuki PRK(Pilihanraya Kampus) kali ini. Ini kerana HEP (Hal Ehwal Pelajar) UTM merasakan 14 kerusi yang dimenangi oleh mahasiswa pro-pembangkang pada sesi lepas terlalu banyak dan untuk kali ini, mereka seboleh-bolehnya mahu mencapai zero-pembangkang di UTM.

Jadi, antara usaha yang dilakukan oleh pihak HEP adalah seperti menghantar surat amaran kepada semua MT(Majlis Tertinggi) PMI supaya tidak terlibat dengan PRK(Pilihanraya Kampus), menukar penasihat PMI dengan mengambil individu yang dikatakan musuh utama PMI menjadi penasihat PMI yang baru, membekukan program-program , dan memberikan amaran-amaran terbuka.

Pada mulanya pihak PMI UTM menganggap semua yang berlaku sebagai perkara biasa dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan PMI. Namun setelah beberapa insiden yang berlaku dalam organisasi mereka, mereka mendapati kemungkinan terdapat pihak yang bersembunyi dalam organisai mereka yang bersedia membongkar apa sahaja yang berkaitan gerak kerja organisasi bagi menghapuskan mereka sekaligus.

Justeru, setelah mempertimbangkan situasi tersebut, PMI UTM memutuskan untuk tidak berlawan secara terbuka untuk PRK kali ini, bagi memastikan survival PMI terjamin di masa akan datang. Oleh itu dengan kebijaksanaan dan strategi yang diambil oleh mereka, golongan pro-mahasiswa ini dipercayai memenangi 14 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingan iaitu 8 di skudai , 4 di kampus KL dan 2 orang chinese juga telah menang di skudai menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi oleh pro-mahasiswa adalah 14 kerusi. Maka ini menidakkan terus kenyataan yang dibuat oleh HEP iaitu " ..the opposition won only 4 general seats with 1 faculty seat" http://web.utm.my/today. Dengan itu, pro-mahasiswa UTM masih lagi menjaga reputasi mereka dengan baik kerana berjaya mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada musim PRK yang lalu.

Lagi tentang provokasi terhadap PMI

Antara provokasi yang dilakukan oleh pihak aspirasi menjelang hari pengundian termasuklah pengedaran risalah pembongkaran 'strategi PMI’ yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Terdapat juga surat terbuka daripada gerakan kristianisasi yang menyatakan sokongan terhadap aspirasi dan mengecam PMI kerana menyekat pergerakan mereka.

Apapun HEP sentiasa menuding jari kepada PMI atas segala sebaran haram yang diedarkan dan ini memberikan keselesaan kepada puak aspirasi untuk mengeluarkan apa sahaja dan terus menuduh PMI mnyebarkan fitnah walaupun ianya tidak berasas. Namun, sedikit sebanyak dakwaan-dakwaaan tersebut menjadi gangguan kepada pihak PMI kerana menyebabkan persepsi yang buruk dan perasaan curiga/syak wasangka dikalangan pelajar.

Begitulah antara tekanan yang dilalui oleh PMI UTM menjelang PRK baru-baru ini. Penulis juga meyakini bahawa perkara yang sama juga turut menimpa PMI di kampus-kampus yang lain. Dengan tekanan-tekanan yang dikenakan ke atas organisasi Islam kampus ini, menunjukkan demokrasi PRK ke atas mahasiswa Islam telah dicabul haknya.

Apabila ini berlaku, mana mungkin golongan pro-mahasiswa yang rata-ratanya juga adalah pro-Islam dapat menampilkan diri untuk memperjuangkan nasib mahasiswa. Bagaimanakah mahasiswa Islam yang tinggi sahsiyahnya, dan terserlah keintelektualannya dapat diberi mandat untuk mengisi tempat tertinggi di kampus. Apakah alasan yang sebenarnya sehinggakan mahasiswa Islam ditindas sebigini rupa.
Ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah kesan-kesan kotor jari jemari pihak atasan universiti yang bermukakan Islam tetapi dimurtadkan minda dan hatinya. Buat mahasiswa-mahasiswa Islam di luar sana, teruskan perjuangan kalian. Sudah semestinya perjuangan yang mahal itu, adalah penuh dengan onak dan durinya.

07 October 2007

Ihya' Ramadhan bersama Imam Muda Negara China

Petang semalam, Lujnah Perpaduan Nasional DPPNJ dengan kerjasama DPPK Tebrau telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan bersama-sama dengan 3 orang Imam Muda dari Tanah Besar China. Mereka seramai 30 orang dihantar ke sini bagi menghidupkan lagi karnival ibadah sempena bulan Ramadhan dengan menjadi imam terawih dan pentazkirah di seluruh Malaysia.

Johor merupakan antara negeri yang mereka lawati sepanjang bulan Ramadhan ini. Dan, pada petang semalam, kami sempat menjemput 3 daripada 30 orang imam ini untuk bersama-sama dengan pemuda PAS bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan puasa ini. Sebelum ini mereka menyebut bahawa mereka telah melawat Kelantan dan amat bergembira kerana negeri itu dipimpin oleh Hizbi Islami saat ini.

Dari kiri, Akhi Uthman, Akhi Huda dan hujung sekali adalah Imam Muda yang paling muda iaitu Akhi Adam.
Sewaktu Akhi Huda memberi tazkirah, beliau banyak kali menyebutkan kekesalannya kerana ramai orang Cina di Malaysia langsung tidak tahu mengenai Islam. Mereka berkata bahawa Islam di sini yang mereka fahami adalah agama yang semata-mata khusus untuk orang Melayu sahaja. Lantas, ramai yang terus berada dalam kesesatan dan menyembah berhala.

Ini merupakan satu musibah dan masalah yang amat besar apabila golongan Cina merasakan bahawa Islam hanyalah untuk orang Melayu semata-mata.
Beliau juga menyebut bahawa orang Islam di negara ini khasnya orang Melayu perlu menampilkan akhlak yang baik untuk menyeru golongan Cina ini kepada Islam. Bagaimana mereka boleh dan mampu tertarik kepada Islam seandainya akhlak muslim sendiri adalah sama ataupun lebih teruk daripada mereka.
Khairul Faizi yang hadir sebagai Ketua DPPNJ dan juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional DPPP sempat memberikan sedikit kata-kata harapan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk membentuk gerak kerja dakwah yang lebih berkesan pada masa yang akan datang.
Saudara Adam menjadi wakil menerima sedikit cenderamata daripada DPPNJ berbentuk kain samarinda.
Saudara Uthman pula menerima tiga naskhah Tafsir Al-Quran dalam bahasa Cina.

---------------------------------------------------------

Admin : DPPNJ mengucapkan tahniah kepada sdr Nazman yang terus proaktif dalam menggerakkan Lajnah Perpaduan Nasional DPPNJ.