08 July 2008

Ahmadinejad Kata Semua Negara Wajar Dibenar Guna Nuklear

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata semua negara patut dibenarkan menggunakan tenaga nuklear dan tidak wajar dikenakan sebarang sekatan.

Beliau berkata jika semua negara kini boleh menggunakan tenaga nuklear, mereka mungkin tidak perlu menghadapi peningkatan ketara harga minyak mentah.

Tenaga nuklear katanya murah dan menarik.

Dalam temu bual dengan Ketua Pengarang Bernama Yong Soo Heong dan Editor RTM S. Ganesan di sini hari ini, Ahmedinejad yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8), berkata teknologi nuklear boleh digunakan dalam sektor perindustrian dan pertanian bagi membantu meningkatkan pembangunan ekonomi.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat beberapa kuasa Barat yang menentang usaha Iran untuk mengeluarkan tenaga nuklear.

"Mereka mengharapkan yang akan tiba harinya apabila minyak mentah dan gas kita akan habis.

Apabila itu berlaku, mereka berharap dapat menjual komoditi ini kepada kita pada harga yang amat tinggi," kata beliau sambil menambah jika itu berlaku, ia akan menjejaskan kedaulatan dan kebebasan negara pengeluar minyak sedia ada.

Ahmadinejad berkata adalah penting untuk negara menguruskan sebaik-baiknya sumber tenaga mereka dengan memberi contoh Indonesia pada satu masa dahulu merupakan pengeksport bersih minyak tetapi kini telah menjadi pengimport bersih minyak.

Beliau mempersoal mengapa negara seperti Amerika Syarikat dan Britain yang mempunyai minyak mentah dan sumber gas dibenarkan untuk memajukan keupayaan nuklear mereka sementara Iran pula tertakluk kepada pelbagai penelitian.

Ditanya mengenai situasi semasa di Timur Tengah, beliau berkata keamanan akan wujud jika semua tentera asing yang menduduki keluar dari rantau itu.

Mengenai perkembangan terbaru di rantau di mana Iran telah diminta ke meja perundingan berkaitan program pengkayaan uraniumnya sementara terdapatnya juga ancaman serangan ketenteraan terhadap Iran, beliau berkata ini bertujuan memaksa Iran ke meja perundingan dengan pra-syarat.

Beliau berkata Iran tidak akan tunduk terhadap permintaan itu dan sudah biasa menghadapi serangan piskologi daripada kuasa Barat.

Ahmadinejad mempersoalkan mengapa perlunya Iran menjalani pemeriksaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa sedangkan beberapa negara di rantau ini tidak perlu melalui proses itu.

Beliau berkata kebanyakan negara di dunia ditentang oleh order dunia seperti itu di mana beberapa kuasa besar meletakkan syarat dan mahukan pihak lain mematuhinya.

Namun katanya, keadaan dunia sudah berubah dan beberapa negara perlu menyedarinya.

Ahmadinejad berkata Timur Tengah wajar dibiarkan memutuskan masa depan mereka sendiri dan tidak perlu ada tentera penakluk untuk menetapkan syarat.

Mengenai D-8, Ahmadinejad berkata Iran komited terhadap kumpulan itu yang diyakininya mempunyai potensi dan pengaruh jika mereka terus bersatu.

Beliau berkata terdapat banyak isu antarabansga yang akan dibincangkan memandangkan ia menjejaskan ekonomi dan budaya negara anggota D-8.

Beliau menyifatkan D-8 sebagai pergerakan yang baru dan sangat baik dan Indonesia telah menjalankan tugas yang baik dalam menguruskan perkumpulan itu sejak dua tahun lepas.

Beliau percaya Malaysia juga akan menguruskan perkumpulan itu dengan baik seperti yang dapat dilihat dari agenda yang disediakan untuk Sidang Kemuncak D-8 Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai pembaharuan yang dibawa pada rakyatnya selepas menjadi presiden pada 2005, beliau berkata rakyat Iran telah diberi banyak peluang untuk berjaya dalam berbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Sebagai contoh, beliau berkata Iran tidak lama lagi akan menghantar satelit buatan Iran ke orbit yang akan dilancarkan oleh pelancar roket yang juga dibangunkan sendiri.

07 July 2008

Bersumpah Dengan Menjunjung Al-Quran Cara Tentukan Kebenaran,-TN Guru Nik Aziz

KOTA BAHARU, 4 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=343983

Pemuda akan boikot himpunan Protes jika terdapat unsur hiburan melampau-Pemuda Wilayah

Promosi Himpunan Protes agak terjejas juga bila mana seluruh mata tertumpu pada kes liwat yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang menjadi bualan ramai ini ternyata masih kuat pengaruhnya hinggakan media terlupa sebentar tentang Himpunan Protes pada 6 Jun ini.

Dalam mesyuarat teknikal Protes semalam, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad bertegas untuk menolak sebarang unsur-unsur muzik melampau yang bakal disajikan kepada mereka yang hadir dalam Himpunan Protes ahad nanti.

Walaubagaimana pun, beliau yang mewakili PAS dalam mesyuarat itu bersetuju jika bentuk pertunjukan seni ini memfokuskan kepada isu minyak dan muziknya tidak terlalu keras. Medium akustik menjadi keutamaan jika konsert itu ingin diteruskan.

Hishamuddin Rais yang menjadi pengarah persembahan telah berjanji untuk membatalkan pertunjukan beberapa kumpulan underground dan digantikan dengan kumpulan nasyid dan dikir barat. Beliau menjaminkan bahawa persembahan nanti akan tertumpu pada isu minyak dan juga kezaliman kerajaan.

Sedikit kejanggalan pasti terasa dalam himpunan kali ini yang mana ianya bukan lagi sekadar demontrasi. Tempatnya dikawasan Padang Timur nanti adalah begitu besar dan khalayak juga turut disediakan dengan beberapa kemudahan seperti pentas ceramah & konsert yang besar, tempat solat, tandas bergerak dan juga gerai-gerai jualan untuk makanan dan bahan kempen.

Bisik-bisik diluar juga mula kedengaran. “ini bukan lagi demo….dah jadi karnival rakyat”

Walaubagaimana pun, pemudawilayah bersetuju dengan pimpinan PAS yang lain untuk mencuba pendekatan baru ini bagi meransang orang ramai hadir ke himpunan ini. Mereka yang khuatir dengan gangguan Polis sebagaimana yang berlaku semasa himpunan BERSIH dahulu kini boleh menarif nafas lega kerana perkara itu mungkin tidak akan terjadi.

Pihak Polis Selangor juga telah bersetuju untuk membenarkan program ahad ini.

Suatu lagi perkara yang agak luar biasa, Himpunan kali ini akan berlangsung hingga lewat malam dan pelbagai acara di atur termasuklah ucapan pimpinan PAKATAN, NGO, persembahan muzik suara rakyat, tarian singa naik minyak, gendang rakyat dan sebagainya.

Pemudawilayah hanya memfokuskan kepada himpunan dan sesi ucapan pimpinan. Pemudawilayah juga bersetuju mengambil tanggungjawab bersama pemuda PAS yang lain untuk mengawal pimpinan dan menguruskan kehadiran mereka. Antara pimpinan yang setuju hadir adalah Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang, Wan Azizah, Anwar dan kelima-lima Menteri Besar PAKATAN.

Pihak Unit Amal akan memantau urusan keselamatan secara umum. Oleh itu, untuk para peserta. Semua diminta untuk berikan kerjasama dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan.

Secara keseluruhannya Pemuda PAS akan memastikan bahawa program kali ini akan berjalan pada lunas-lunas syariat yang dibenarkan. Sebarang unsur hiburan melampau akan diambil tindakan sama ada dalam bentuk menarik sokongan (boikot) atau dalam bentuk yang difikirkan sesuai bagi menjaga imej PAS keseluruhannya.

http://dppwp.wordpress.com/2008/07/02/pemuda-akan-boikot-himpunan-protes-jika-terdapat-unsur-hiburan-melampau/

Lagi Bantahan Terhadap PROTES- Pemuda Kedah

Pemuda PAS Kedah melahirkan rasa kesal dengan pengendalian Himpunan Protes Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya semalam.

Bagi pemuda Kedah, himpunan semalam tidak mencapai tujuan asal gerakan Protes yang telah digerakkan sejak tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.

Menurutnya, ramai kontingen pemuda dari kawasan-kawasan yang hadir ke himpunan berkenaan turut 'memprotes' pengendalian himpunan itu semalam.

"Pemuda-pemuda dari (Kawasan) Kuala Kedah, Pendang, Sik, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani, Langkawi dan lain-lainnya pergi untuk menyatakan protes tetapi pulang awal kerana 'memprotes' cara himpunan itu.

"November lalu himpunan Bersih telah memasuki 'gear empat' suara rakyat dan sepatutnya gelombang itu menjadikan Protes memasuki 'gear lima' tetapi semalam himpunan jadi 'gear satu'," ujarnya kecewa.

Menurutnya, rakyat sudah ada keberanian untuk turun ke jalan dan tidak bimbang kepada risiko berhadapan 'water-cannon' dan semburan kimia.

Oleh itu, menurut beliau, mengadakan himpunan di stadium seolah-olah berundur semula ke belakang.

"Bila buat himpunan macam ini, protes yang dinyatakan tidak tampak kepada umum apatah lagi pihak yang diprotes juga tidak akan rasa apa-apa," tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan kekesalannya kerana wujud konsert pada himpunan berkenaan.

"Rata-rata pemuda Kedah pulang setelah konsert diadakan, mereka menggelar himpunan itu bukan 'protes' tetapi 'karnival turun minyak'.

"Pemuda Kedah datang bukan untuk berhibur, mereka datang atas nama perjuangan. Jadi sebarang sekatan yang mungkin berlaku mereka sanggup hadapi," jelasnya yang turut memaklumkan DPPNK akan menghantar nota bantahan kepada jawatankuasa penganjur himpunan itu.


Sumber: harakahdaily.net

Mereka yang mengajurkan PROTES kena sedar bahawa anda adalah pimpinan yang membawa rakyat kepada perubahan. Tidak ada makna perubahan jika sama macam UMNO. Selepas ini kita kena bertegas & berhati-hati terhdap Hishamudin Rais...dalam mesyuarat cakap lain, luar mesyuarat buat lain- admin



LUAHAN RASA KETUA PEMUDA JOHOR: KENAPA PEMUDA PAS TARIK DIRI?

Sepanjang hari Ahad semalam, saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyiapan ucaptema Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang akan disampaikan ketika Muktamar DPPNJ pada 12 Julai 2008 ini.

Perkembangan politik yang tidak menentu membuatkan saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan ucaptema ini berbanding tahun-tahun terdahulu yang mana ucaptema dapat disediakan awal dengan siap dicetak untuk koleksi dan panduan pemuda PAS di Johor.

Pada kali nampaknya ada perbezaan, perwakilan sudah pasti tidak akan mendapat buku ucaptema semasa upacara perasmian nanti. Muktamar pada kali ini memilih tajuk “Pemuda Melangkah Kehadapan” sebagai satu gambaran bahawa DPPNJ memilih untuk bergerak dengan lebih gigih bagi memastikan bahawa Johor akan ditawan dalam pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

Semalam, ramai yang menghubungi saya bertanya kenapa saya tidak ke Kelana Jaya. Keputusan saya muktamat seperti mana yang telah diketahui oleh rakan-rakan pemuda khususnya di Johor.

Bagi saya, kemuncak bantahan kenaikan harga minyak adalah di Johor Bahru pada 4 Julai yang lalu. Walaupun kehadirannya seramai sekitar 500 orang sahaja tetapi himpunan dalam tempoh dua jam tersebut berjaya diadakan di tengah bandaraya Johor Bahru dan lebih menarik lagi, ia diadakan di hadapan Bukit Timbalan.

Daripada wajah-wajah peserta pada hari itu jelas terbayang kepuasan kerana suara rakyat dalat dijelmakan melalui himpunan aman yang cukup terancang. Ucapan demi ucapan disalurkan melalui pembesar suara dan orang ramai yang melalui kawasan tersebut memberi sokongan kepada kami.

Dua kali saya mengulas tentang himpunan PROTES sebelum ia diadakan semalam. Pertamanya pada 30 Jun 2008 dan yang keduanya pada 4 Julai 2008. Saya sudah membayangkan apa yang akan berlaku di dalam himpunan tersebut. Di dalam mesyuarat tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat pada 30 Jun 2008 telah menetapkan bahawa sdr Sabki (Setiausaha DPPP), sdr Kamarulzaman dan saya akan mewakili DPPP untuk membantah slot konsert yang telah dijadualkan pada peringkat awal. Kerana ada urusan yang perlu didahulukan maka sdr Sabki tidak dapat hadir ke dalam mesyuarat tersebut maka saya dan sdr Kamarulzaman telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Saya sendiri telah mencadangkan agar program tersebut dimulakan pada sebelah petang kerana sudah pasti program yang panjang bermula daripada pagi sehingga ke tengah malam bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana peserta yang datang sudah tentu ada dikalangan mereka daripada jauh.

Perkara yang penting yang telah dilakukan oleh DPPP adalah bantahan terhadap konsert tersebut dan ianya telah diterima oleh jawatankuasa tersebut. Sdr Kamarulzaman (Ketua DPPWP) telah diamanahkan sebagai jawatankuasa persembahan di dalam program tersebut.

Saya difahamkan bahawa persembahan kumpulan underground yang telah memecah belahkan himpunan semalam tidak disenaraikan selepas DPPP membuat bantahan. Keseluruhan persembahan di dalam program ini berasaskan kepada persembahan kebudayaan dan puisi. Sebab itulah, DPPP bersetuju untuk mengerahkan pemuda PAS diseluruh negara untuk hadir sama menjayakan himpunan ini (walaupun sebenarnya hati ini berat sekali).

Apabila program ini ditukarkan ke Stadium Kelana Jaya, hati saya yang berat ini sudah sampai ke tahap maksima keberatannya. Selepas himpunan aman yang diadakan di Johor Bahru pada 4 Julai yang lalu, hati saya tertutup untuk ke KL.

Pemuda-pemuda PAS Johor memberikan laporan kepada saya sepanjang aktiviti ini dijalankan semalam. Sehinggalah, saya dimaklumkan bahawa DPPP telah menarik diri daripada meneruskan penglibatannya dalam PROTES. Saya kerap merujuk ke dalam harakahdaily dan Malaysiakini untuk mengetahui perkembangan himpunan PROTES semalam. Apabila saya membaca berita bahawa 700 anggota Unit Amal menarik diri daripada himpunan tersebut, saya pasti sudah tentu konsert tersebut diteruskan juga. Sekalung tahniah kepada DPPP dan Unit Amal kerana mengambil tindakan menarik diri daripada meneruskan tugas semalam.

Bagi saya, himpunan aman BERSIH yang diadakan pada bulan November 2007 adalah himpunan yang terbaik. Ia dirancang dengan teliti, dilaksanakan dengan teliti, dan ditamatkan dengan teliti. Saya melihat bahawa jawatankuasa PROTES perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada jawatankuasa BERSIH pada masa akan datang.

Jadikanlah himpunan semalam sebagai iktibar kepada kita semua. Bagi saya, PAS telah jelas dasar perjuangannya. Tiada sebab untuk berkompromi dalam apa jua keadaan sekiranya perkompromian tersebut mencalar hati dan perasaan ahli PAS. PAS tetap dengan dasar Islam, maka semua pihak diharapkan dapat memahami bahawa PAS tidak merelakan Islam dipermainkan.

Justeru apabila Islam dipermainkan maka DPPP mengambil langkah yang drastik meninggalkan himpunan tersebut untuk memastikan bahawa kesucian perjuangan ini tidak dihina pada masa akan datang.

Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil,
Ketua DPPN Johor .

26 June 2008

SUMPAH EZAM TETAP LAWAN UMNO

Boleh beri komen tak pasal Video ni? Kita boleh komen sama-sama. Sila post di bahagian comment..







Suasana Demo Setinggan Kempas Di Pej MB Johor




Berikut adalah gambar yang sempat diambil....

25 June 2008

Maaf Semua....

Assalamualaikummm......

Sahabat sekalian, ana minta maaf sebab tak dapat nak update web ini untuk tempoh 3 hari berturut-turut sebab sibuk menyiapkan kerja-kerja mendatang secara mengejut & terpaksa disiapkan dengan kadar yang singkat...Insya Allah hari ni ana akan cuba untuk update berita-berita terbaru Insya Allah...

20 June 2008

MAKLUMAN PROGRAM TERBARU

Berikut adalah merupakan program terbaru DPPNJ. Semua EXCO DPPNJ, Pemuda DPPK & Ahli Pas diminta melapangkan masa untuk menjayakan 2 program sebagaimana berikut :

1) Demo Setinggan, pada hari ini, Jumaat 20 Jun 2008 jam 10.00 pagi di Plaza Kota Raya, Johor Baharu. Keterangan lanjut hubungi Sdr Suhaizan

2) Demo membantah kenaikan harga minyak, Jumaat 20 Jun , jam 5.00 petang, di Bandar Baru Pontian. Solat Asar berjemaah di Masjid Jamek Pontian.

Segala Pertanyaan sila rujuk Sdr Faizul

013-6263800

Sekian, Terima kasih

Sdr Azhan di Akademi Nasyid...




VOTE FOR AZHAN
.
Taip AN_AZHAN dan hantar ke 33399

19 June 2008

TERBITAN TERBARU LAJNAH TARBIYYAH DPPNJ


ALHAMDULILLAH, Syukur kita ke hadrat Allah Azza wa Jalla yang telah memberi keupayaan kepada Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ dalam usaha menerbitkan Siri Risalah Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah.

Jika sebelum ini Lajnah Tarbiyyah ada menerbitkan sebuah buku bertajuk “PERANAN NUQABA’ DALAM MENJANA KEBANGKITAN POLITIK SEMASA”. Maka kali ini, Lajnah Tarbiyyah dalam usaha menyebar dan memantapkan usaha pentarbiyyahan, berjaya menerbitkan sebuah Audio CD bertajuk “CIRI-CIRI & TANGGUNGJAWAB NUQABA’”

Penerbitan dalam bentuk Audio CD ini adalah sebagai satu usaha menyebarkan penerangan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah bagi ahli pemuda khususnya kepada para NUQABA’. CD ini menyentuh berkenaan tanggungjawab dan sifat-sifat penting yang perlu ada pada para NUQABA’.

Setiap Naqib yang dilantik oleh DPPNJ seharusnya memiliki CD ini bagi menambah ilmu berkaitan tugas mereka sebagai Naqib. CD ini juga sesuai didengar dan dimiliki oleh saf kepimpinan pemuda setiap peringkat.

Lajnah Tarbiyyah DPPNJ memberikan penekanan yang lebih kepada para Nuqaba’ kerana Nuqaba’ adalah ejen yang penting kepada proses pentarbiyyahan di setiap peringkat kawasan masing-masing. Nuqaba’ menjadi contoh kepimpinan kepada ahli-ahli Usrah dan Nuqaba’ juga adalah pembimbing mereka.

CD ini adalah rakaman ceramah oleh Ust Ibrahim al-Banjari pada satu program Tamrin Nuqaba’ yang diadakan di Balai Islam Pt. Ismail, Benut baru-baru ini. Beliau mengupas tanggungjawab NUQABA’ berdasarkan firman Allah yang terkandung dalam al-Quran al-Karim, Surah al-Maa’idah ayat 12.

Ust Ibrahim al-Banjari adalah EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ. Beliau aktif dalam dunia pentarbiyyahan samada di peringkat Kampus atau peringkat Jamaah Islamiyyah PAS khususnya di negeri Johor. Beliau juga seorang pendakwah dan banyak mengajar ilmu agama di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Johor Bahru. Beliau juga adalalah seorang bloggers, kita boleh layari http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com

CD ini dijual mengikut harga pasaran iaitu RM 5.00 per satu. Anda boleh dapatkan CD ini dengan menghubungi :-

1. Ust Zulhelmei 013-762 8063

2. Ust Azam Razak 019-772 6659

3. Sdr Khalim Sakib 019-772 2300

Laporan Polis Terhadap Perdana Menteri Malaysia

Laporan Polis ini telah dibuat di Balai Polis Daerah Kluang pada 18 Jun 2008, pukul 10.10 pagi.
=============================
LAPORAN POLIS
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

Tarikh : 18 Jun 2008 / 13 Jamadil Akhir 1429
---------------------------------------------


Aduan dibuat terhadap :-

Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia


Pendahuluan

Pada 6 Jun 2008 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM 0.78 seliter iaitu daripada RM 1.92 kepada RM 2.70. Manakala harga diesel dinaikkan RM 1 seliter iaitu daripada RM 1.58 kepada RM 2.58. Kenaikan petrol dan diesel masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus adalah merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara kita.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel ialah pada 28 Februari 2006 iaitu sebanyak 30 sen seliter. Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai langkah termasuk penstrukturan subsidi, pemberian rebet, pemotongan elaun keraian menteri dan lain-lain, ia gagal mengawal kesan negatif yang akhirnya memudaratkan kehidupan rakyat.

Aduan

1. Tindakan gopoh dan tergesa-gesa Perdana Menteri dan kerajaan menaikkan harga minyak walhal baru mendapat mandat semula pemerintahan menerusi pilihanraya umum kali ke 12 tidak sampai 3 bulan. Ianya bertentangan dengan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat. Rakyat merasa tertipu, diinaya dan sangat marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab Perdana Menteri dan Kerajaan.

2. Perdana Menteri dan Kerajaan berbohong apabila memberi jaminan harga minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, bahkan kerajaan memaklumkan bahawa kajian semula harga minyakakan diumumkan pada Ogos yang akan datang.

3. Kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri terlalu tinggi dan tidak boleh diterima sama sekali. Ianya akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan awam melambung naik. Tambang bas ekspres dan bas sekolah, kos pengangkutan, harga barang dan segala-galanya naik tanpa dapat dikawal.

4, Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan menimbulkan mudarat kepada keselamatan negara. Pelbagai pihak seperti parti politik, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja mengadakan tunjuk perasaan dan siri perhimpunan aman di pelbagai lokasi. Rakyat menjadi takut, peniaga menjadi bimbang dan pengguna jalanraya tersekat perjalanan mereka, kesan kemarahan rakyat melalui bantahan yang ditunjukkan.

5. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan mendorong para peniaga disemua sektor menaikkan harga barang sesuka hati. Agensi kerajaan yang terbabit bahagian penguatkuasaan tidak mampu membuat pemantauan. Rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang yang cukup membebankan.

6. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan akan menyebabkan ekonomi lumpuh dan kadar inflasi meningkat lebih 4 peratus. Perbelanjaan rakyat meningkat sedangkan pendapatan tidak berubah. Peruntukan kepada rakyat seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas terjejas teruk. Sesetengah golongan peniaga kehilangan pendapatan ataupun gulung tikar.

7. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan menyebabkan institusi keluarga bermasalah. Rakyat perlu bekerja lebih masa atau mencari pendapatan sampingan. Masa kualiti bersama keluarga berkurangan. Gejala sosial dikalangan anak-anak pasti meningkat. Kesejahteraan hidup masyarakat akan terjejas.

8. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan akan mengundang peningkatan kadar jenayah. Keselamatan hidup rakyat akan tidak terjamin. Tugas polis dan institusi keselamatan semakin sukar. Tanggungjawab membenteras jenayah semakin meningkat.

9. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan akan menyebabkan pembuangan pekerja apabila ekonomi parah. Pengangguran meningkat manakala peluang pekerjaan berkurangan.

Saya mendesak agar laporan polis ini disiasat walaupun ianya melibatkan Perdana Menteri Malaysia dan tindakan segera perlu dilakukan.

Sekian laporan saya.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

17 June 2008

Cara Termudah Download Movie atau Video di Youtube.com

Mungkin anda terfikir, bagaimankah cara untuk download video di youtube dengan cara yang paling mudah....Sebenarnya jika anda mahu download apa sahaja fail di youtube anda memerlukan 2 perkara yang penting :

1)Anda Perlu menggunakan Browser Download Firefox - Free
2)software untuk download youtube tersebut...iaitu Sothink Web Video Downloader

Klik di sini untuk anda download software tersebut....

p/s : Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada komputer anda, apabila anda melakukan kerja-kerja download video di youtube.com

Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan Kelantan & Islam Hadhari


Rundingan PAS - Umno?


Tn Guru Nik Aziz Cadang Gaji Ikut Taqwin Hijrah

Terdapat langkah yang paling sesuai bagi meringankan beban kakitangan awam sebagaimana yang pernah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia bukan sahaja meringankan bebanan rakyat malah secara tidak langsung memartabatkan takwim hijrah. Perkara ini pernah disuarakan oleh Nik Abdul Aziz mengenai kealpaan orang Islam tentang takwim tersebut.

Sebagai langkah mengatasi kealpaan dan kelalaian umat Islam daripada mengingati bulan hijrah beliau mencadangkan gaji kakitangan perkhidmatan awam hendaklah dibayar pada setiap bulan hijrah.

Jika itu dilaksanakan bermakna dalam setahun kakitangan awam memperolehi hampir 12.4 kali bayaran gaji. Ini berdasarkan bulan hijrah 11 hari lebih pendek daripada bulan masehi.

Cadangan Nik Abduil Aziz itu dilihat lebih konkrit dan praktikal untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak berbanding pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bayaran gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan.

Ansuran dua kali sebulan bukan bermakna meningkatkan pendapatan rakyat sebaliknya ia boleh meningkatkan bebanan rakyat yang berpendapatan kecil. Mungkin maksud Abdullah untuk mengawal perbelanjaan rakyat. Cadangan Abdullah itu barangkali berkesan kepada kakitangan awam yang berpendapatan tinggi.

Bagi golongan berpendapatan kecil, bagaimana bentuk penjimatan lagi yang perlu dilakukan oleh mereka. Setiap hujung bulan, bayaran sewa rumah dan ansuran kereta perlu dijelaskan. Sekiranya hanya separuh gaji yang diterima pada hujung bulan keadaan akan bertambah rumit.

Oleh yang demikian sebagaimana dakwaan Abdullah untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak, sepatutnya beliau mengambil cadangan Nik Abdul Aziz itu yang lebih munasabah yang serentak memartabatkan takwim hijrah.

Beberapa tahun dahulu Nik Abdul Aziz pernah mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri di bayar mengikut takwim hijrah bagi memartabatkan tahun tersebut di samping ia sentiasa dan mudah menjadi ingatan kepada umat Islam untuk beramal dengan bulan hijrah. Ia juga mendekatkan umat dengan peristiwa Islam serta hari kebesaran dan keagungan Islam.

Bagaimanapun cadangan tersebut senyap begitu sahaja kerana tidak bersesuaian dengan pembayaran gaji kerajaan pusat. Namun begitu Nik Abdul Aziz mungkin boleh membangkitkan semula cadangan tersebut apabila Abdullah membuat pengumuman bayaran gaji dua kali sebulan.

Pengumuman Abdullah itu tidaklah memberi erti yang besar kepada rakyat. Sebaliknya cadangan Nik Abdul Aziz ia membangkitkan nostalgia keagungan Islam serta memberi keuntungan kepada kakitangan awam.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu juga dikatakan mendapat sokongan bukan Islam walaupun tidak dinyatakan secara terangan. Sekumpulan bukan Islam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melihat cadangan tersebut merupakan satu yung baik kepada rakyat Kelantan.

Sekiranya usaha kerajaan Kelantan berjaya ia akan menarik minat umat Islam dan bukan Islam kepada pemerintahan ulama Kelantan. Kejayaan pemerintah Kelantan merealisasikan Islam itu sebaliknya merugikan kakitangan awam di bawah kerajaan pusat dan negeri lain yang tidak diperintah oleh PAS.

Lalu mereka menghantar satu memorandum meminta kerajaan membayar gaji kakitangan awam sebanyak 13 kali setahun. Mengikut laporan NGO terbabit, tentang pelaksanaannya ia terpulang kepada satu mekanisme yang boleh dibentuk kerajaan melalui perbincangan yang lebih lanjut.

Bagaimanapun apabila kerajaan Kelantan tidak berjaya membuat perubahan pelaksaaan tersebut maka isu itu senyap begitu sahaja dan pihak NGO terbabit juga tidak lagi menuntut dengan kerajaan pusat.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan tersebut bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka, kata beliau yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.

"Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak merasa kesannya tetapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan merasa bebanannya," ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Abdullah bahawa kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini.

Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.

"Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.

"Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan," katanya.

Namun begitu cadangan tersebut tidak mengembirakan kakitangan kerajaan yang berpendapatan kecil. Malah kakitangan awam bergaji rendah ditemui turut menyuarakan bebanan mereka nanti jika pelaksanaan tersebut diteruskan-harakahdaily.net

16 June 2008

Salam Perjuangan...

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam perjuangan...
.
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin memohon kemaafan di atas penutupan blog DPPNJ selama hampir tiga bulan yang lalu.
.
Malam semalam, secara rasminya, Pengerusi Lajnah IT DPPNJ telah dilantik untuk mengendalikan laman blog DPPNJ dan tugas-tugas yang berkaitan dengan IT.
.
Beberapa pendekatan baru akan diperkenalkan di dalam blog ini namun buat sementara ini, blog yang sedia ada akan terus menjadi perantaraan di antara DPPNJ dengan masyarakat umum.
.
Semoga dengan perlantikan Pengerusi Lajnah IT yang baru ini akan menambahkan lagi peranan DPPNJ dalam menghadapi isu semasa dan keprihatinan terhadap masa depan rakyat melalui media maya ini.
.
Sekian, wassalam
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS NEgeri Johor.

25 March 2008

Coretan Anak Pejuang

dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi MahaMengasihani..

sekarang di muar lagi.. cyber cafe, ..
sebenarnya takde ape yang boleh diceritakan tentangarwah ayah, tapi tak tahu kenapa hati sangatmeronta-ronta untuk menulis sesuatu buat penenang hatidan merawat sedih..

ayah hanyalah org yang biasa, tapi semangat perjuangannya sangat luar biasa..
tak tahu nak ceritakan dari mana.. ayah pergi setelah sempatmelihat kemenangan PAS di 2 DUN di Johor, negeri tanahtumpah darah dan kesayangannya.. negeri yang sejakhampir 30thn ayah menyertai PAS dan bergerak aktif dalamnya, negeri yang pernah 'mereka tak faham lagi tentang PAS' mengacukan parang bila kempen, negeriyang org selalu kata, -kalau letak batang pisang atastiket BN pun sure menang punye- negeri yangkebanyakannya org jawa ( biasanya memang setia pada ygsatu )..

mungkin kemenangan 2 DUN ini lebih menggembirakan ayahdari melihat anaknya gembira dan mendapat cucu baru2bln lepas..kerana itulah perjuangan ayah..

ayah seorang yang tegas pada prinsip, kalau ayah rasaitu salah, salahlah, ayah pasti akan mempertahankanpandangannya dalam mesyuarat dan dalam jemaahsendiri,demi memperbaiki, ayah tak kisah, ayah akancakap jg. berani berkata benar.. ayah pasti akan kata- kene buat juga usrah, walaupun ada yang kata takperlu sangat- ayah akan kata, banyakkan ngo - wlupun org pandang tak perlu- ayah akan kata apa yangdifikirkannya benar tanpa perlu mengambil hatisiapa2..

ayah selalu merasakan diri tak layak..pernah waktu ustaz omar, pesuruhjaya PAS jhr meninggaldunia dahulu, arwah ustaz fadzil kata 'nta jadilahpesuruhjaya' - ayah kata- ana takde ilmu, pak daeng lasyekh'...

ayah akan mementingkan jemaah lebih dari kepentingandiri..pernah ayah tanak pegang sesuatu jawatan kerana lebih mengutamakan jamaah.. biarlah ape org kata, hanya ayah dan keluarga yang mengetahuinya..

ayah tak kisah org copy paste dan bawak ke manapaperwork pengurusan yang dibuatnya dahulu.. asalkanutk kebaikan semua...............................................

semasa lepas maghrib waktu pengiraan undi dan dapattahu pas menang di DUN sg Abong,tempat kami anak beranak mengundi, ayah tengah rehat di bilik kerana terlalu penat, bingkas bangun dan sebut AllahuAkbar!!!

bingkas ambil kot yang dah lama ditinggalkannya danterus ke jubli perak tempat mengira undi..di sana dan ke markaz sehingga pukul 4 pagi baru balik umah..takpe ayah, semua hasil penat lelah ayah selama ni Allah dah bagi kemenangan dengan bantuanNYa...

sabtu malam lepas ayah nak sangat ke jubli perak ada jamuan rakyat sempena kemenangan, pakcik salahudin ayub nak jmpe borak2 dan pak ungku nak jmpe ayah bagi ubat, tapi ayah tak larat sangat nak ke sana.. mungkin takde jodoh ayah nak jmpe sahabat2 baiknya..

selpas 2 majlis di rumah hari sabtu,15mac, ayah nampak sangat penat, tapi masih lagi ke sana ke mari.. slalusangat tak nak susahkan anak2.. kul 3pg isnin, mak kejut, kata ayah sakit dada, nak ke hospital, mak kata ayah tak kasi ikut.. ayah yang drive sendiri kereta ke hospital, begitulah ayah, slalu sangat nak buat kerja sendiri dan tak nak susahkan sesiapa.. dan masuk CCU di hospital muar, barulah mak suruh datang hspital..

5 hari bersama ayah di hospital, barulah boleh peganglama-lama tangan ayah, baru boleh urut2 selalu kaki ayah, bila fikir2, bukan ayah yang sibuk juga, tapi kesibukan kita juga yang menyebabkan sangat kurang masa bersama ayah.. :( moga Allah ampunkan dosa2 anak ayah ni..mak cerita, rupanya2 ayah dah berjumpa dengan 'lelakiberjubah' lambai dan senyum2 pada ayah masa ayah diCCU..

terubat juga melihat wajah jenazah ayah yangsenyum dan berpeluh-peluh,.. semacam ayah masih adalagi bersama kami..tersentuh juga bila k muna cerita mimpi arwah ustaz fadzil kemas2 bilik.. moga2 ayah dapat bertemu dengan arwah di sana dan jumpe ngn sahabat2 ayah dalam perjuangan.arwah us fadzil dapat sambut ayah, sahabat kesayangan ayah sehingga ayah buatkan puisi utk arwah ustz fadzil dan selalu sahaja sebut2 namanya..

esoknya, ustaz zaria, mengikut ayah meninggal dunia dalam tidurnye... moga berjumpa juga di taman firdausi..setelah ayah pergi, diri menahan rasa sedih, biar mak tak nampak anaknya menangis.. sahabat2 ayah datang dari jauh dan dekat, tak putus2 sehingga hari semalam(ahad).. sabtu sehari selepas ayah meninggal, baru boleh nangis sepuas hati.. lebih sebak lagi bila amik kereta ayah di hospital, masih ada lagi bahan2 PRU dalam kereta ayah..

kepada sahabat2 ayah yang susah senang bersama ayah, memahami ayah, mempercayai ayah, terima kasih diucapkan.. kepada semua kawan2 ayah, maafkan ayah seandainya ayah ada kesalahan dan kekurangan, kepadayang masih berhutang dengan ayah, tlg bagitahu.. yang mendoakan ayah, yang menziarahi ayah di kala ayah hidup dan lebih2 lagi setelah ayah meninggal dunia, terima kasih tak terhingga.. terima kasih kepada sahabat2 rumah, sahabat2 sebatch,sahabat2 sejohor dan sahabat2 nisa' yang disayangi semua dan semua nya yang tak dapat disebut disini atas doa,ziarah, ucapan takziah dan kasih sayang sahabat2 semua kepada kami sefamily..

ayah, tenanglah di sana, seperti kata sahabat ayah diperkuburan, rehatlah mail...pengakhiran talqin yang us kasim baca diperkuburan diakhiri dengan 3 kali takbir, melambangkan itulah perjuangan ayah dan pengakhiran hidup ayah juga.. ayah, kami usaha untuk sambung perjuanguan ayah dan kebaikan yang banyak telah ayah buat, sebagaimana pesan sahabat2 ayah, "teruskan perjuangan ayah, contohi kebaikan yang ayah dah buat, ayah mulia kerana mendapat hamparan jumaat kepadanya..

'maaf atas coretan dan kata2 yang banyak kekurangan..doakan kami anak-anak ayah jadi anak soleh solehah danmak sentiasa tabah dan sabar..

-coretan anak pejuang-

(Warkah di atas di tulis oleh anak Allahyarham Ismail bin Ibrahim)

Isu Rakyat

Dalam tempoh 4 tahun Dr Mohd Ramli Kari menjadi ADUN Senggarang, sangat sukar untuk membaca berita yang dapat disiarkan dalam surat khabar berbahasa Melayu yang melaporkan aktiviti beliau sebagai YB/Wakil Rakyat.

Kalau adapun, sudah tentu berita yang kurang menyenangkan kita dan ada sesekali keluar selepas pembubaran Parlimen pada bulan Januari 2008 yang lalu.

Pelbagai isu rakyat telah dibawa ke pihak berwajib dan dalam sidang DUN Johor namun liputan tersebut disiarkan dalam media berbahasa Cina.

Berbeza dengan YB Ja'afar Hashim, YB DUN Senggarang yang baru, ruang kepada beliau sebagai wakil rakyat daripada BN terbuka luas.

Namun, PAS tidak akan patah semangat kerana sememangnya sekatan terhadap PAS untuk sama-sama diberikan peluang dan ruang dalam media massa telah lama berlaku.

DPPNJ berharap Dr Mohd Ramli akan terus bekerja kuat untuk merampas kembali kerusi DUN Senggarang daripada BN dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

-------------------------------------------------

Selatan: Dilema pekebun sayur

Oleh Mohd Roji Abdullah

Berita Harian - 25 Mac 2008

Limpahan air dari parit setiap kali hujan lebat sejak tiga tahun lalu sebabkan banyak tanaman musnah

BATU PAHAT: Selepas membuka tanah hutan untuk diusahakan dengan pelbagai tanaman sejak lebih 40 tahun lalu, pekebun di Batu 7, Jalan Tanjung Laboh, di sini, resah kerana kebanyakan tanaman mereka musnah ekoran limpahan air dari parit setiap kali hujan lebat.

Tinjauan mendapati banyak tanaman seperti durian, rambutan, pisang, malah kelapa sawit mati kerana terlalu kerap berendam dalam air akibat banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan.

Parit yang dibina sejak tanah berkenaan mula diteroka dikatakan tidak pernah diselenggara menyebabkan dasarnya semakin cetek, manakala tebingnya pula ditumbuhi rumput yang menghalang kelancaran aliran air.

Memburukkan lagi keadaan, sejak tiga tahun lalu parit itu ditimbus dengan tanah oleh pengusaha sebuah kilang membancuh simen.

Pembinaan longkang bersaiz kecil di situ oleh pengusaha kilang untuk mengalirkan air terus ke Sungai Suloh tidak membantu, malah memburukkan keadaan. Longkang kecil itu tidak mampu menampung air yang banyak setiap kali hujan lebat menyebabkan air melimpah dan membanjiri kawasan kebun serta kira-kira 30 rumah di kawasan terbabit.

Seorang pekebun, Tan Hui Seng, 72, berkata sebelum ini, kebun mereka tidak pernah menghadapi masalah malah parit itu adalah sumber air utama untuk tanaman mereka khususnya untuk menyiram sayuran yang terletak di kawasan tinggi.Namun, sejak kira-kira tiga tahun lalu, parit yang dulunya menyuburkan tanaman mereka, kini bertukar sebaliknya kerana setiap kali hujan lebat, limpahannya akan memendekkan jangka hayat tanaman.

Beliau berkata, pelbagai usaha sudah mereka jalankan untuk mengatasi masalah itu, namun ia tidak berhasil dan akhirnya mereka merayu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membantu menyelenggara parit berkenaan."Kami sudah tidak tahan lagi.

Tanaman kami seperti durian dan rambutan yang sudah mengeluarkan hasil, mati begitu saja selepas beberapa kali kawasan kebun dilanda banjir.

"Dulu tak macam ni, parit inilah yang membekalkan air untuk memudahkan kami menyiram tanaman, tetapi kini sudah berubah dan saya percaya masalah kami ini hanya akan selesai jika kerja menyelenggara parit dijalankan," katanya.

Hui Seng berkata, banjir selepas hujan lebat bukan saja menjejaskan tanaman mereka, malah menyebabkan kediaman penduduk turut diancam banjir.

Beliau berkata, ramai penduduk turut terputus hubungan setiap kali hujan lebat kerana jalan ke rumah mereka dari jalan utama Batu Pahat-Tanjung Laboh, pasti tenggelam.

"Penduduk sudah mengalami banyak kerugian sama ada tanamannya mati, rumah dinaiki air ataupun kenderaan ditenggelami air.

"Kami tidak sanggup lagi menghadapi masalah seperti ini dan berharap usaha dijalankan segera bagi membantu kami hidup dalam keadaan seperti biasa seperti sebelum masalah ini berlaku sejak tiga tahun lalu," katanya.

Seorang pekebun sayur, Ngan Chye Chuang, 48, pula berkata masalah banjir kilat di kawasan Batu 7 itu semakin teruk sejak pengusaha kilang membancuh simen melencongkan aliran parit itu dan menutup bahagian atasnya dengan tanah serta membuat longkang untuk mengalirkan air ke Sungai Suloh.

Beliau berkata, akibatnya, saliran tersekat dan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak setiap kali hujan lebat sehingga menyebabkan limpahan berlaku.

"Dulu parit ini lurus, tetapi apabila kilang membancuh simen dibina, pengusahanya melencongkan parit ini supaya kawasan untuk mereka menyimpan pasir dan batu lebih luas.

"Parit ini sudah wujud lebih 40 tahun lalu bagi memberi kemudahan kepada pekebun. Kami pernah berjumpa pengusaha kilang itu untuk membincangkan masalah yang kami hadapi selepas parit ini dilencongkan tetapi sehingga kini tiada tindakan yang mereka ambil," katanya.

Beliau berkata, sejak masalah banjir kilat melanda, empat mesin pam air yang digunakannya untuk menyedut air dari parit itu untuk disalirkan ke kebun sayurnya yang terletak di atas bukit, rosak.

"Saya sudah mengalami kerugian yang cukup besar akibat kerosakan enjin pam air itu dan tidak mahu terus menghadapi masalah ini lagi," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Ja'affar Hashim, yang turut meninjau kawasan kebun itu berkata, beliau akan membawa masalah yang dihadapi pekebun itu kepada JPS dan berharap tindakan segera diambil untuk mengatasinya.

"Saya sudah menerima banyak rungutan daripada pekebun dan selepas melihat sendiri keadaan ini di sini, saya faham masalah yang mereka hadapi dan memerlukan tindakan segera untuk mengatasinya.

"Banjir kilat yang sering berlaku selepas hujan lebat jelas mengancam keselamatan penduduk di sini serta menjejaskan tanaman mereka," katanya.

------------------------------------------

FAKTA: Kawasan kebun sayur Batu 7, Jalan Tanjung Laboh

Parit sepanjang lima kilometer dibina pekebun kira-kira 40 tahun lalu untuk mengalirkan air dari kawasan kebun hingga ke Sungai Suloh.

Kira-kira 30 pekebun tinggal di kawasan itu dan kebanyakannya mengusahakan tanaman kelapa sawit, dusun buah-buahan serta kebun sayur.
Dianggarkan lima dusun buah-buahan terjejas teruk dan kebanyakan tanaman sudah musnah.

UMNO Mula Nak Dengar Pandangan Rakyat

Peti Cadangan Rakyat dilancar - UtusanOnline
Oleh SUNARTI KIBAT


BATU PAHAT 24 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Simpang Renggam melancarkan Peti Cadangan Rakyat untuk membolehkan orang ramai memberikan pandangan dalam memperbaiki dan meningkatkan lagi perkhidmatan parti tersebut.
Ketuanya, Zakaria Dollah berkata, peti cadangan itu akan diletakkan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di bank-bank di kawasan Felda Layang-Layang, Felda Ayer Hitam, Jalan Layang-Layang, Jalan Benut dan Machap.
Beliau berkata, ia adalah sebagai menyahut seruan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar tidak menuding jari kepada mana-mana pihak ekoran pencapaian terburuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Usaha itu telah mendapat persetujuan Pemuda UMNO Negeri dan ia merupakan langkah awal bagi mengembalikan kepercayaan dan memenangi hati rakyat kepada parti.

“Sebelum ini, mungkin ada rakyat yang tidak berkesempatan mencurahkan masalah mereka dan dengan cara ini diharapkan akan wujud pandangan positif, membina dan telus antara dua pihak iaitu rakyat dan kepimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Peti Cadangan Rakyat dan Meraikan Petugas dan Jentera Pilihan Raya Ke-12 UMNO Bahagian Simpang Renggam di sini malam semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hamid Abd. Rahman dan Timbalannya, Onn Md. Yassin.

Zakaria berkata, peti cadangan itu akan dilaksanakan sepanjang masa dan cadangan-cadangan tersebut akan dikumpul sekali seminggu untuk diteliti.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh anggota diketuai beliau sendiri akan memperhalusi setiap cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti dan rakyat bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zakaria meminta Kementerian Belia dan Sukan agar memberi tumpuan kepada pembangunan belia dengan menyediakan lebih banyak prasarana yang diperlukan golongan itu.

Katanya, kelengkapan sukan seperti gelanggang futsal harus disediakan kepada golongan itu agar mereka mempunyai aktiviti yang berguna dan terhindar daripada kegiatan-kegiatan tidak baik.

“Golongan ini jangan diabaikan kerana mereka bakal menjadi pewaris kepada kepimpinan negara pada masa depan,” katanya.

Selain itu, Zakaria memberitahu, pergerakan itu kini sedang mengadakan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan usaha mendaftarkan golongan muda yang layak mengundi.

Utusan Online - BN Harus Bersatu Bela Rakyat?

Kenyataan ADUN Kahang secara tidak langsung mengakui bahawa BN sedang berhadapan dengan perbalahan yang akan membawa kepada perpecahan.

-------------------------------------------------------------

BN harus bersatu bela rakyat

KLUANG 24 Mac – Setiap anggota Barisan Nasional (BN) harus bersatu dan merapatkan lagi barisan agar terus kukuh dan dapat membela nasib rakyat dengan berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang, R. Vidyananthan berkata, ini kerana rakyat telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada BN bagi membela nasib mereka menerusi Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Sehubungan itu, menurutnya, maka wajar setiap anggota BN terus bersatu dan bekerja keras untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan mereka.
“Rakyat telah memberikan kepercayaan kepada kita, maka jangan sekali-kali kita hampakan mereka,” katanya pada majlis kesyukuran dan meraikan kemenangan calon-calon BN bagi Parlimen Sembrong, DUN Kahang dan DUN Paloh pada pilihan raya umum lalu anjuran UMNO Cawangan Ladang Mutiara di sini semalam.
Vidyananathan berkata, kemenangan BN menguasai 25 Parlimen dan 50 DUN membuktikan BN masih relevan dan dipercayai rakyat Johor.

“Hanya BN sahaja yang mampu untuk membangunkan negara dan membela nasib rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Beliau berjanji berusaha untuk membangunkan kawasan Kahang selain menjaga kebajikan masyarakat di situ.

“Sebagai wakil rakyat baru, maka terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari dan ini memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan, maka pusat khidmatnya telah diwujudkan di pekan Kahang dan akan memulakan operasi secepat mungkin.

Tahniah UMNO Bahagian Muar!


Umno Muar tuntut Abdullah undur - Harakahdaily
Abdul Halim Mohd Rashid Tue Mar 25, 08 5:42:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sokongan terus terang kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Presiden Umno sudah bermula.

Di Muar, sebuah akhbar tempatan melaporkan 80 ketua cawangan mendesak pemimpin mereka mengadakan mesyuarat agung khas bahagian itu untuk menuntut Abdullah berundur.

Kumpulan itu, termasuk jawatankuasa, Pemuda dan Wanita bahagian berkenaan berkumpul di rumah Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman untuk mendapatkan pandangannya sebelum membuat keputusan mereka.

Mereka kecewa apabila Ketua Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Adun Maharani kini ialah Dr Mohamad Taslim dari PAS yang mendapat 8,154 undi dalam pilihan raya baru-baru ini berbanding 7,996 yang diperolehi Mohd Ismail.

Mereka yakin sudah sampai masanya Umno dipulihkan.

Jurucakap mereka, Zakariah Mahadi menyatakan, kepimpinan Umno mestilah bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.

Zakariah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang menyatakan, ramai ahli Umno di bahagian itu yang sedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN).

"Kami juga mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk memulihkan maruah Umno," akhbar tersebut memetik beliau berkata selepas perhimpunan itu.

Menurut beliau, ahli-ahli di bahagian itu sedih kerana para pemimpin Umno gagal melihat angin perubahan yang melanda negara.

Sementara itu, Kadar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Razaleigh berkata, Abdullah sepatutnya mendengar desakan akar umbi yang mahu beliau berundur.

Rakyat, katanya, sudah tidak tahan lagi dengan rasuah, kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa.

23 March 2008

Ucapan Takziah Kepada Bekas Pimpinan DPPNJ

Assalamu'alaikum warakmatullah,
Saya mewakili seluruh Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ismail Bin Ibrahim dan Allahyarham Zakaria Bin Nor yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini.

Penglibatan kedua-duanya dalam DPPNJ, Allahyarham Ismail Ibrahim merupakan Bekas Ketua DPPNJ (1987-1989) manakala Allahyarham Zakaria merupakan bekas exco DPPNJ sehingga tahun (1995-2001).

Haji Ismail Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bakri telah meninggal dunia pada 21 Mac 2008 manakala Zakaria (Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Bakri) pula telah meninggal dunia pada 23 Mac 2008. Kedua-duanya merupakan tonggak utama yang telah bekerja keras membantu kemenangan PAS di DUN Bakri baru-baru ini.

Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas kedua-dua rohNya, amin.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
23 Mac 2008

Program Meraikan Kemenangan Kerusi DUN Maharani & Sungai Abong






















21 March 2008

Pak Mail Meninggal

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Ismail Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pakar Muar akibat serangan jantung. -->-->

Allahyarham dimasukkan ke Wad CCU jam 4 pagi tadi dan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi.
Ismail menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat selama tiga penggal.

Sepanjang tempoh penglibatannya dalam PAS, Allahyarham pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Johor dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri.

Sebagai pesara kakitangan kerajaan, Ismail pernah berkhidmat di Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Penjara sebagai ketua kerani.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak. Al-fatihah.

18 March 2008

Pas Johor terima sokongan Cina, India

BATU PAHAT 17 Mac – Penerimaan masyarakat India dan Cina terhadap Pas merupakan faktor penting yang telah membantu kejayaan dua calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri ini pada 8 Mac lalu.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kejayaan Pas menumpaskan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Abong menunjukkan parti itu kini semakin diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai kemenangan 'anak jantan' bukan seperti kemenangan akibat masalah teknikal pada calon lawan di DUN Senggarang pada Pilihan Raya Umum Ke-11 .

"Ia merupakan perkembangan yang baik dan Pas bukan lagi parti yang ditakuti oleh orang bukan Islam terutama kaum Cina dan India khususnya di Johor yang sekian lama menjadi kubu kuat UMNO dan BN,'' katanya

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditemui di majlis meraikan dua calon Pas yang menang pada pilihan raya umum di sini baru-baru ini.

Dua wakil rakyat Pas itu ialah Dr. Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh yang berjaya menewaskan calon BN, Kamaruddin Suratman di DUN Sungai Abong dan Dr. Mohammad Taslim yang menewaskan calon BN, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah di DUN Maharani.

Dr. Mahfodz berkata, cubaan Pas Johor mencalonkan wanita bukan Islam daripada Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) yang diwakili peguam, R. Kumutha, 29, yang juga ahli Kelab Penyokong Pas turut berjaya menarik sokongan pengundi bukan Islam.

Katanya, Kumutha yang bertanding di DUN Tiram berjaya memperoleh 8,827 undi sementara penyandang kerusi DUN itu, Datuk Maulizan Bujang daripada BN mendapat 17,005 undi.

Sumber Utusan Malaysia Online 18hb Mac 2008: http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008&y=2008&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm

13 March 2008

Meraikan Kemenangan ADUN Pas Johor


Tidak ada sesiapa yang menyangka Pas Johor mampu untuk menembusi kekebalan UMNO?BN Johor. Malah, kebanyakan pemerhati politik mengatakan UMNO Johor akan terus berkuasa.

Pada malam pengiraan undi, Penganalisis Politik Datuk Johan Jaafar dengan pendapat peribadinya mengatakan 'UMNO Johor tidak ada masalah untuk menyapu bersih semua sekali kerusi yang ditandingi'.

Namun, Allah lebih berkuasa berbanding penganalisis politik. Siaran pengiraan undi ditamatkan seawal jam 3 pagi. Penganalisis-penganalisis politik sudah tidak lagi memberi pendangan yang menyebelahi BN. Rata-rata sudah menukar rentak bicara.

Pas Johor diantara yang terkejut dan bersyukur dengan kurniaan tuhan ini. Hilang kerusi Senggarang, menang pula kerusi Maharani dan Sungai Abong. Hilang satu, dapat dua. Inilah yang dinamakan limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka. Berkat kesabaran, kecekalan, amalan yang berterusan, sedikit demi sedikit hasil yang diperoleh akan tiba jua.

Sehubungan itu, Pas Johor akan mengadakan Majlis Jamuan meraikan kemenangan dan petugas PRU mulai jam 6 petang pada 15hb Mac 2008 di Dewan Jubli Intan, Muar. Tetamu yang dilaporkan akan hadir adalah Presiden Pas, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, ADUN Maharani, YB Dr Mohamad Taslim dan ADUN Sg.Abong, YB Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.

11 March 2008

Isytihar Kemenangan

Dr Shekh Ibrahim Diisytihar Menang

Antara Kenyataan Bongkak dan Ego Pimpinan BN

MUAR 5 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, DAP hanya memasang angan-angan dan mimpi kosong untuk menawan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Beliau yakin rakyat Johor tidak akan menerima parti pembangkang sama ada DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah terbukti Barisan Nasional (BN) banyak membawa pembangunan pesat kepada rakyat negeri ini.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan rakyat tidak akan menyesal atau rugi dengan setiap undi yang diberi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.

JOHOR BAHRU 5 Mac – Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik secara liar kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah teraju Datuk Seri Abdullah Badawi adalah umpama ‘menggali kubur’ sendiri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, segala kritikan serta tuduhan liar yang tidak praktikal dan tidak berasas itu menyebabkan kerajaan terpaksa ‘menggali balik’ rekod Anwar semasa berada dalam kerajaan dengan jawatan tertinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

KOTA TINGGI 5 Mac - Taktik Pas yang tiba-tiba cuba menampakkan kehadirannya di negeri Johor menerusi perang poster dan bendera tidak akan dapat menggugat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.Menurut calon BN bagi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar, pemerhatian pihaknya mendapati kecenderungan Pas menggunakan taktik berkenaan di negeri ini hanya bertujuan menarik undi simpati.