28 September 2008

KEJATUHAN EKONOMI AMERIKA : KEMBALIKAN KUASA DINAR EMAS


Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

Sumber - bobex

ULASAN MINDA MUFTI PERLIS


Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.


Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

sumber - drmaza.com

25 September 2008

TERKINI ! KERUNTUHAN EKONOMI KAPITALIME

Zaman kebangkitan Islam melangkah setapak lagi ke hadapan!

WASHINGTON: Presiden George W Bush yang jarang tampil memberi amanat awam di kaca televisyen, hari ini berkata 'keseluruhan ekonomi Amerika kini dalam bahaya'.

“Kita sekarang di ambang krisis kewangan paling serius," katanya dalam siaran langsung dari Rumah Putih. - AFP

Sumber- Berita Harian

EMPAYAR AMERIKA GOYAH MEMBERI KESAN KEPADA POLITIK TANAHAIR

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata ‘empayar Amerika’ semakin menghampiri kejatuhan dan negara kuasa besar tunggal dunia itu patut menamatkan pembabitan tenteranya di negara lain.

Beliau memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam keganasan sedang merebak dengan cepat di Afghanistan ketika ‘penjajah’ masih berada di Iraq hampir enam tahun selepas Saddam Hussein disingkirkan.

Katanya kehadiran Amerika dan tentera Nato di Afghanistan menyumbang kepada peningkatan mendadak keganasan dan pengeluaran bahan narkotik di negara itu.

“Empayar Amerika di dunia sudah berada di penghujung jalan dan pemerintah selepas itu mesti mengehadkan campur tangan kepada sempadan mereka sendiri,” katanya.

Beliau juga menuduh Amerika memulakan peperangan di Iraq dan Afghanistan bagi mendapatkan undi dalam pilihan raya dan menyalahkan ‘beberapa kuasa pembuli’ kerana cuba menghalang program nuklearnya.

“Beberapa kuasa pembuli cuba mewujudkan halangan terhadap kegiatan nuklear untuk tujuan keamanan yang dilaksanakan Iran dengan mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negara ini,” katanya.

Ahmadinejad turut mengecam Israel dan berkata “rejim Zionis berada di jurang kemusnahan dan tiada jalan untuk keluar dari lubang jahanam yang dicipta sendiri bersama penyokongnya.”

Presiden Iran itu menuduh satu kelompok kecil penipu dikenali Zionis mendominasi pusat kewangan dan pembuat keputusan di beberapa negara Eropah dan Amerika.

Ucapan beliau dibuat beberapa jam selepas Presiden Amerika George W Bush menyampaikan ucapan ke lapan dan terakhir beliau pada perhimpunan PBB itu dengan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap program nuklear Iran dan Korea Utara.

Bush diberi tepukan kurang 10 saat selepas ucapannya itu yang turut menggesa pemimpin dunia mengambil pendirian terhadap serangan bunuh diri.

24 September 2008

AHAMDINEJAD PERTAHAN DASAR IRAN


NEW YORK: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam mempertahankan dasar beliau menentang Barat dengan mendakwa tentera Amerika Syarikat sentiasa berada di sekeliling negaranya.

“Saya ingin bertanya anda, adakah (tentera) Iran atau askar Amerika yang mengepung kami?” katanya dalam temubual dengan National Public Radio (NPR) mengenai pendiriannya yang pernah dilabelkan Amerika sebagai memusuhi Barat.

“Tentera Amerika sentiasa berada di sempadan kami. Malah, bukan kami yang berada di sekeliling sempadan Amerika. Jadi apa sebenarnya yang mereka buat di sini?” soal beliau.

Biarpun dihukum dengan tiga sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB), Iran terus membantah desakan Amerika Syarikat dan sekutunya yang mahukan Teheran menggantung usaha penguraian uranium yang didakwa Barat bertujuan menghasilkan bom atom.

Iran sebaliknya sudah berulang kali menegaskan yang program nuklearnya bagi tujuan keamanan iaitu sebagai sumber tenaga yang amat diperlukan rakyatnya.

Pada Perhimpunan Agung PBB minggu ini, Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Britain, Russia, Perancis, China dan Jerman iaitu kumpulan P5+1 dalam usaha memutuskan rancangan seterusnya terhadap Iran. - AFP

23 September 2008

SELEPAS 16 SEPTEMBER : ANWAR BIMBANG UNTUK BERTEMU YANG DI-PERTUAN AGONG?

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan terlupa peranan penting Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga negara � satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja.

Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja.

Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana Umno menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak.

Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini.

Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita.

Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan.

Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik.

Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi.

Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal.

Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita.

Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan.

Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

(Profesor Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal beliau berbahasa Inggeris oleh WauBebas.org) _

APA AKAN TERJADI PADA 9 OKTOBER?

"Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan", demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah minggu lepas digesa meletakkan jawatan presiden Umno sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu - sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak - disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini hari ini percaya suara-suara itu membuat keputusan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Sementara beberapa yang lain mencadangkan Abdullah melepaskan jawatannya jika terbukti gagal mendapat sokongan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat sehingga 9 November ini.

Beliau memerlukan pencalonan 58 daripada 193 bahagian untuk layak bertanding jawatan tersebut yang disandangnya sekarang sejak 2004.

Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata saranan seumpama itu "permainan orang yang gila hendak bertanding."

"Mesyuarat bahagian pun belum lagi, mana tahu mereka tidak sokong Abdullah? Kalau satu, dua bahagian mungkin adalah (yang tidak mencalonkannya).

"Permainan ini dibuat oleh agen-agen politik yang mahukan naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, tambahnya, sebahagian besar bahagian dipercayai akan mencalonkan Abdullah kerana beliau pengerusi perhubungan Umno dan juga perdana menteri.

Musa menambah, ahli-ahli akar umbi di negeri itu mahu presiden Umno erus menerajui parti selepas Disember ini.

Ketua bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, jika hanya beberapa anggota MT menggesa sedemikian bukan bermakna ia tidak mahu beliau bertanding.

Masing-masing membuat ramalan sedangkan, tambahnya, cara terbaik ialah menunggu bahagian mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

"Adakah kalau Abdullah berundur cepat, ia boleh menguatkan Umno? Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan," katanya.

Ketua bahagian Umno Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman berkata, cakap-cakap Abdullah bakal menghadapi masalah kuota pencalonan satu usaha meminggirkan perdana menteri.

"Dakwaan bahawa Abdullah tidak cukup pencalonan merupakan andaian sahaja kerana mesyuarat bahagian belum bermula," katanya.

Beliau menambah, jika kepimpinan tinggi Umno saling cabar-mencabar ia akan merebak sampai ke bawah.

Katanya, jika ia berlaku, Umno akan mengulangi peristiwa 1987 yang menyaksikan perpecahan dua puak dalam parti itu sebelum ia kemudiannya diharamkan.

Timbalan ketua bahagian Umno Semberong, Abidin Abdul Rahman berkata, Abdullah perlu mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, sebagai presiden parti, Abdullah tidak boleh terpengaruh dengan dakwaan bahawa beliau tidak cukup pencalonan.

Bagaimanapun, jika sahih bahagian-bahagian tidak mahukan beliau lagi, Abdullah tiada pilihan lain kecuali berundur.

"Dalam sejarah Umno, orang lebih sayangkan parti daripada individu.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meninggalkan Umno, ahli tidak mengikut jejaknya," katanya.

Ketua bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jika bahagian sudah tidak mahu kepemimpinan Abdullah lagi, beliau tidak akan dicalonkan.

"Kita kena ikut demokrasi, siapa yang ramai orang sokong, dialah yang jadi pemimpin," katanya.

Manakala ketua bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail berkata, Abdullah perlu melihat kehendak ahli-ahli terhadap kepimpinannya sekarang.

Katanya, jika ramai yang bercakap mereka tidak mahu lagi, Abdullah perlu berundur.

"Sebagai pemimpin, beliau perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukannya kepentingan peribadi," katanya.

Ishak berkata, jika Abdullah berkeras mahu mempertahankan jawatan presiden, dan ada calon lain yang mahu bertanding, Umno akan berpecah-belah selepas perhimpunan agung kelak.

Ditanya calon yang paling sesuai dicalonkan sebagai presiden Umno, Ishak berkata, "orang ramai mahukan Datuk Najib".

"Orang kata, Abdullah sudah hilang kawalan dan kerana itu Umno perlukan nakhoda yang baru.

"Tengku Razaleigh Hamzah tidak sesuai menjadi presiden parti kerana sudah lanjut tempoh," katanya.

Timbalan ketua bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran pula berkata, isu tersebut perlu diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang perkara tersebut dengan alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi di dalam parti.

"Apa yang penting ialah sama-sama mencari jalan menyatupadu dan mengukuhkan parti.

"Cakap-cakap yang keterlaluan bukan untuk mengukuhkan parti tetapi boleh menyebabkan ahli berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan," katanya.

Sementara naib ketua bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, berkata cara terbaik ialah memberi peluang kepada perwakilan bahagian menentukan pemimpin parti.

Katanya, ahli Umno yang lebih mengetahui pemimpin yang baik untuk parti itu.

SIAPAKAH PETUALANG, PENGKHIANAT DAN PEMBOHONG DALAM UMNO?

UMNO hari ini mempunyai dua kelompok ahli yang disifatkan sebagai gunting dalam lipatan - kelompok pensabotaj dan kelompok petualang.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghuraikan kewujudan kelompok pertama pada minggu pertama Mac 2008. Katanya, kelompok inilah punca utama BN kalah teruk dalam PRU12.

Lantaran itu, Abdullah menyatakan bahawa beliau sendiri akan membentangkan laporan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO supaya kelompok pensabotaj ini dikenakan tindakan. Kini sudah empat bulan berlalu. Namun begitu, sampai hari ini pun belum didedahkan siapakah pensabotaj sebenarnya di dalam UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib, menghuraikan kewujudan kelompok petualang dalam satu kenyataannya semalam.

Katanya: “Bila ada kalangan ahli MT yang membocorkan maklumat mereka boleh dianggap dan dikategorikan sebagai petualang kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan dan memalukan. Sepatutnya perangai petualang ini tidak harus ada di kalangan pemimpin dalam parti.”

Kategori Negatif

Kedua-dua tuduhan di atas adalah amat serius. Kedua-duanya juga menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin dipecah-pecahkan kepada kategori yang negatif. Kesannya juga pasti negatif. Bukan kepada yang pihak dituduh, tetapi kepada insan-insan yang memberikan label-label berkenaan.

Demi UMNO, demi agama, demi bangsa dan demi tanahair, marilah kita tanya kepada Abdullah, sudahkah diselidik dan disiasat punca-punca yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12? Kalau sudah, berapa ramaikan pengkhianat atau pensabotaj yang sudah dikenalpasti? Kalau belum, kenapa buat tuduhan yang memlulu? Dan, kalau belum, mengapakah Abdullah sering berkata BN dan UMNO masih kukuh dan masih kuat? Bukankah ini satu pembohongan?

Begitu juga kepada Muhamad Taib. Sudahkah disiasat siapakah yang dilabelkannya sebagai petualang? Kalau belum mengapakah buat tuduhan yang semberono? Kenapa tidak dinafikan sama ada maklumat yang dibocorkan kepada media itu benar atau palsu? Kenapa alih pandangan umum kepada soal petualang?

Tidakkah benar di era kepimpinan Abdullah memang sering berlaku diversion daripada masalah pokok kepada soal sampingan. Soal pokoknya, tidak benarkah BN kalah kerana kepimpinan Abdullah yang tempang. Sebab itulah terdapat orang UMNO sendiri marah dan protes.

Jadi, kenapa tidak diakui hakikat ini. Sebaliknya, kenapa tuduh warga UMNO yang tidak undi BN sebagai pensabotaj? Kenapa sehingga hari ini tidak ada berita yang Abdullah sendiri telah membentangkan senarai pensabotaj itu kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO? Bagaimana pula dengan ahli-ahli komponen BN yang juga tidak mengundi calon BN? Kenapa Abdullah tidak tuduh mereka juga sebagai pengkhianat?

Syak Wasangka

Soal pembocoran maklumat dalam mesyuarat MT 18 September 2008, pun begitu juga. Benar atau tidak Abdullah telah menitiskan air mata dalam mesyuarat itu. Benar atau tidak ramai ahli MT yang mahukan Abdullah berundur sebelum 9 Oktober 2008? Kenapa tidak nafikan atau sahkan laporan-laporan seperti ini? Sebaliknya kenapa wujudkan syak wasangka sesama ahli MT?

Untuk maklumat Muhamad Taib, cuba kaji sendiri berapa banyakkah blog yang telah mengulas mesyuarat MT baru-baru ini. Kajilah sendiri kalau sudah sekian banyak blog yang membuat laporan mengenai info yang sama, adakah ini satu kepalsuan atau pembohongan?

Saya tidak mahu mengheret polemik ini kepada soal lain. Contohnya kepada soal muqabalah dengan PAS baru-baru ini. Benarkah apa yang dinyatakan oleh Abdullah bahawa dalam muqabalah itu UMNO telah diwakili oleh pihak-pihak tertinggi yang boleh buat keputusan? Tidak benarkah UMNO hanya diwakili oleh Abdullah seorang diri dalam muqabalah berkenaan? Saya harap Muhamad Taib dapat jelaskan perkara ini sebelum ada pihak menuduh pemimpin tertinggi UMNO ini sebagai pembohong!

Berapa banyak lagikah pembohongan yang sudah dihalalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO selama ini? Contohnya, benarkah kenyataan Tan Sri Annuar Musa semalam kononnya UMNO Kelantan sebulat suara akan mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO? Bagaimana dengan UMNO Bahagian Gua Musang? Juga akan calonkan Abdullah?

Kenyataan Puad

Akhir kata, saya harap Abdullah dan Muhamad Taib, fahamilah kenyataan di bawah ini:

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ketua- ketua UMNO bahagian meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya tidak mengabaikan keresahan di peringkat akar umbi berhubung isu peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya keresahan dan pandangan ahli diketepikan, gelombang di peringkat akar umbi dikhuatiri akan membahayakan parti.

Katanya, akar umbi tidak lagi boleh berdiam untuk menyatakan pendirian bahawa merekalah yang sepatutnya berhak memutuskan soal pimpinan dalam parti.

Beliau percaya pada mesyuarat bahagian kali ini, akar umbi akan bertindak berani menyatakan pendirian mereka mengenai calon yang mereka fikir wajar dijadikan pemimpin.

"Jika ini berlaku, kita tidak dapat menahan arus ini. Apa pun janji yang kita buat, ia tidak akan dapat mengubah pendirian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Kenyataan di atas adalah hakikat yang jelas dan tegas. Pastinya ia dikeluarkan demi UMNO, demi agama, demi bangsa dan demi tanahair. Apakah Abdullah akan melabelkan Puad sebagai pengkhianat? Apakah Muhamad Taib akan melabelkan Puad sebagai petualang?

Ruhanie Ahmad

08 September 2008

BAGAIMANA MAHU MENARIK TRAFFIC KE BLOG ANDA?

Rasanya tidak terlewat mengucapkan Selamat menyambut Bulan ramadhan Al-Mubarak. Semuga amal ibadah yang kita kerjakan bukan kerana Bulan Ramadhan, tetapi kerana Allah tuhan semesta Alam. Rasanya lama blog ini tidak diupdate. Saya mohon maaf kerana waktu yang terhad, hanya bergantung kepada kuasa bateri laptop saya yang hanya bertahan 2 jam. Lepas tu pulak menumpang wifi hotspot di Klinik Ziad, Melor Kelantan.

Tajuk di atas mungkin sedikit berbeza dengan tajuk biasa, namun ia ditulis sebagai panduan kepada seluruh pemuda Negeri Johor yang ingin membuat blog serta menarik traffic ke blog anda.Ini tambah janggal apabila kita sedang menunggu hari lahirnya kerajaan baru pada 16 September ini.Jadi atau tidak itu bukan persoalannya. Namun ia begitu menggusarkan pimpinan UMNO & BN

Apakah yang dimaksudkan dengan traffic? Traffic yang dimaksudkan di sini ialah pengunjung yang senantiasa pergi ke blog anda. Anda perlu tarik seberapa ramai pengunjung ke blog anda bagi menjadikan blog anda mempunyai nilai serta harga yang tersendiri...Apa ertinya anda buat blog tapi tiada pengunjung...Sebab itu sebenarnya jika anda tahu skill & caranya, anda akan merasa puas dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai....

Menarik pengunjuk ke dalam blog bukanlah beerti anda perlu update blog anda setiap hari. Kalau tiap-tiap hari update lagi bagus. Itu sememangnya dikehendaki. Namun demikian, blog anda perlu mempunyai nilai serta ciri yang berbeza & tersendiri daripada blog yang lain.. Kelainan blog anda akan menyebabkan pengunjung merasa teruja dengan ilmu yang anda sampaikan....

Bahan-bahan percuma perlu anda letakkan di blog anda. Bahan percuma ini perlu anda promosikan di blog-blog yang sudah popular dengan memberikan komen dalam setiap artikel yang dibuat oleh pemilik blog berkenaan. Setelah anda beri komen, jangan lupa letak link url blog anda sendiri. Secara automatik ranking blog anda akan naik di google search engine. Semakin banyak komen yang anda beri di blog-blog popular, maka semakin tinggilah ranking anda! Jika semakin tinggi ranking anda, maka semakin tinggilah pelawat ke blog anda..Saya lihat jarang sekali pelawat berikan komen terhadap artikel dalam blog DPPN Johor ni. Cuma yang banyak hanya di ruangan kritik/bual & Hiwar atau di rungan makluman ceramah & kuliah. Walaupun blog DPPN Johor tidak popular tapi ia boleh menaikkan ranking blog anda di google.

Bahan percuma tidak mesti bersifat politik. Tapi anda boleh letak berdasarkan minat serta kecenderungan anda sendiri. Semakin banyak bahan percuma yang menarik semakin banyak latar belakang pelawat ke blog anda. Untuk apa perlu banyak latar belakang ke blog kita? Ini adalah untuk menarik seberapa banyak rakyat Malaysia yang mempunyai latarbelakang yang berbeza untuk kita ajak mereka untuk fikir tentang negara & politik yang semakin rumit. Juga ajak mereka fikir mengenai negara Islam, ekonomi Islam, dinar emas dan sebagainya...

Blog yang anda bina akan memberikan manfaat yang berkesan dalam kempen siber...Ini lah sebenarnya yang saya nak buat terhadap blog DPPN Johor. Tapi oleh kerana kesuntukan masa serta kemampuan yang terhad, ia tergendala buat sementara waktu....Insya Allah akan disiapkan selepas raya ini.

Saya yakin tajuk yang saya tulis ini akan menyebabkan orang yang minat dalam bidang internet marketing akan datang ke blog ini. Saya ucapkan Ahlan Wasahlan & Selamat Datang!

Kalau anda tak percaya, anda tulis semula tajuk di atas, di google search engine, ada tak result link ke blog ini? amacam?

Mungkin blog ini boleh memberikan manfaat pada anda untuk menjana pendapatan melalui internet :

http://blog.smartusaha.com/

http://www.samsulzamzuri.com/

http://www.noorizamshah.com/

Bersambung untuk tip-tip yang akan datang

01 September 2008

ADAKAH AZHAN ATAN AKAN DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KELANTAN?

Satu ketika dulu kita ada mendengar betapa hebatnya kejayaan seorang anak muda daripada Johor di Pertandingan Akademi Fantasia. Orang itu tidak lain & tidak bukan adalah MAWI! Siapa yang tidak kenal Mawi? Sehinggakan pimpinan Pas pada masa itu juga kenal Mawi gara-gara TN Guru Nik Abd Aziz ingin menjemput beliau untuk membuat persembahan konsert di Kota Bharu Kelantan.Dengar khabarnya entah betul entah tidak, Mawi juga sebelum terkenal adalah merupakan orang yang bertanggungjawab pasang bendera Pas di Kawasan Kulai bersama abangnya semasa kempen pilihanraya.Begitulah hebatnya orang yang cenderung kepada Pas ini , mempunyai aura yang tersendiri. Tuan Guru menjemput beliau ke Kota Bharu adalah sebagai langkah awal untuk mewujudkan Konsert Alternatif yang menggantikan konsert yang melalaikan seperti yang dianjurkan oleh Kerajaan UMNO/BN. Pelbagai reaksi Pro & kontra berhubung konsert tersebut. Ada yang kata Mawi munafiklah, mawi tak islamiklah, macam-macam kita dengar...Namun itu adalah apa yang telah pun berlalu.

Namun demikian, belum habis lagi aura Mawi, sekarang ini muncul lagi seorang daripada Negeri Johor, namanya menjulang tinggi tanpa disangka, namun ada juga yang menyangka bahawa beliau bakal dinobatkan sebagai Juara Akademi Nasyid 2008. Tarikh 31 Ogos 2008 adalah merupakan tarikh bersejarah buat dirinya apabila berjaya merangkul gelaran tersebut. Itulah yang namanya Azhan Atan. Beliau juga anda tahu siapa dia. Mungkin ada sedikit persamaan dengan orang di atas, tapi ada sedikit berbeza, iaitu beliau adalah orang kuat Pas. Jawatan beliau semua tahu.....

2 orang yang berjaya mencipta nama dan ada kaitannya dengan Pas. Pas bukan parti yang sembarangan bahkan berjaya melahirkan graduan yang berkualiti.

p/s : Agaknya ada tak orang yang ada kabel kuat dengan Kerajaan Kelantan untuk jemput Azhan buat persembahan konsert di sana? Saya yakin suara-suara sumbang tidak akan wujud jika dibandingkan ketika menjemput mawi dulu. Pas sudah ada ikon!


27 August 2008

KEMENANGAN YANG DIPEROLEHI ANWAR CERMIN AMALAN DEMOKRASI TELUS- NAJIB

Pemimpin UMNO/BN yang kelihatan dengan jelas wajah 'monyok' mereka

Apakah yang anda faham daripada tajuk berita di atas. Masa saya mengaji Ilmu Mantiq di Mesir dulu, ada kaedah yang dinamakan 'mafhum mukhalafah' maksudnya fahaman yang bersifat berlawanan daripada sesuatu penyataan. Contoh yang boleh anda buat daripada tajuk di atas ialah

"KEMENANGAN ANWAR CERMIN AMALAN DEMOKRASI TELUS"- NAJIB

boleh ditukar kepada

"KEKALAHAN ANWAR CERMIN AMALAN DEMOKRASI TIDAK TELUS"- NAJIB

Dulu masa belajar, pening kepala "apa la ilmu mantiq ni" , tetiba bila dah balik baru tahu bergunanya ilmu ni...

Sekadar tulisan biasa

25 August 2008

APA LAGI YANG UMNO/BN AKAN BUAT SETELAH PENGAKUAN RAMLANG PORIGI?


Hanya esok hari penentu sama ada BN atau PKR akan tewas. Namun semakin hari dekat dengan hari mengundi semakin banyak terdedah tembelang yang dilakukan BN. Lebih parah lagi apabila ahli UMNO sendiri secara sukarela tanpa paksa bersedia untuk membuat pengakuan terhadap sumpah Saiful. Sampah Saiful tidak SAH! Bahkan ia bersedia memohon maaf di hadapan Tn Guru Mursyidul Am Pas , Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat!


Berikut adalah merupakan pengakuan jujur beliau :


Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat- Harakah

APA JUA TUDUHAN YANG DILEMPARKAN KPD ANWAR- KITA KENA UNDI ANWAR TOLAK BN-PRESIDEN PAS

SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH

Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.

Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.

Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.

Saudara/i yang dihormati sekelian,

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.

Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.

Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.

Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.

Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.

Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.

Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.

Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.

Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.

Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Syaaban 1429 / 24 Ogos 2008. -


24 August 2008

TINDAKAN UMNO/BN YANG KE 6- PENDEDAHAN TAPE VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR

Bekas sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa Anwar telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd. "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu," katanya.

Nallakaruppan, yang pernah menjadi Pengarah Perhubungan Awam Magnum berkata, Anwar juga semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

Beliau berkata, pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

"Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu," katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya Anwar yang dikenali selama 30 tahun.

"Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.

Beliau juga mendakwa menyimpan lima pita rakaman di luar negeri dan sekiranya terjadi apa-apa kepadanya pita itu akan dibawa semula ke sini.

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di Permatang Pauh supaya tidak membuat pilihan yang salah pada 26 Ogos ini dengan memperjudikan nasib bangsa dan negara. -Utusan

TINDAKAN UMNO/BN YANG KE 5 - MENUDUH PKR TERIMA DANA DARI AS

Dana yang digunakan oleh calon Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalankan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini adalah bantuan daripada negara luar terutama sekali Amerika Syarikat (AS).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, Anwar sendiri telah mengaku tidak mempunyai wang yang cukup untuk berkempen namun masih mampu melakukannya.

‘‘Dia sendiri telah berkata bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk kempen, malah sanggup meminta bantuan penyokongnya melalui laman web untuk mendapatkan wang.

‘‘Namun, saya hairan bagaimana dia boleh meletakkan bendera dan poster partinya dengan banyak di sini. Oleh itu saya yakin bahawa dia mendapat bantuan AS,’’ katanya.

Khairy berkata demikian ketika memberi ceramah di hadapan kira-kira 3,000 penduduk di Permatang Pasir, di sini semalam.

Menurut Khairy sebagai balasan kepada bantuan yang diterima Anwar itu, perkara pertama yang akan dilakukannya jika berjaya menjadi Perdana Menteri ialah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-AS.

‘‘Saya tahu ini adalah perkara pertama yang akan dilakukannya yang akan menyebabkan rakyat negara ini sendiri rugi,’’ jelasnya.

Tambahnya, dia juga mempunyai maklumat yang Anwar telah berjanji dengan kerajaan AS bahawa satu pangkalan tentera laut akan dibina di Sabah jika hajatnya menjadi Perdana Menteri tercapai.

‘‘Saya sendiri tahu Anwar akan meluluskan pembinaan pangkalan tersebut jika beliau berjaya menunaikan cita-citanya _utusan

p/s: UMNO selama ni tidak terima bantuan daripa As ke? UMNO pasang banyak bendera dapat duit daripada mana pulak?

23 August 2008

TINDAKAN UMNO/BN YANG KE 4 - NAJIB LAFAZ SUMPAH TIDAK KENAL ALTANTUYA

Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Syed Abdul Rahman berkata, apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya”.

“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.

Terdahulu, Najib yang menyempurnakan solat Isyak di masjid itu menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid dan surau untuk seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti di sini.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia tersebut.

Malah, dalam ceramah Anwar, beliau secara sinis mencerca Najib sebagai individu yang terlibat dalam pembunuhan bekas model tersebut.

Najib berkata, sumpah yang dilafazkan olehnya itu tidak bermakna beliau mahu sesiapa tampil membuat perkara yang sama.

‘‘Ini tidak bermakna saya nak ajak orang lain untuk sumpah atau tak sumpah. Masing-masing buatlah keputusan sendiri.

“Tetapi kalau dia nak ejek saya, momokkan saya, saya tetap berdiri di atas landasan yang benar,” katanya. - Utusan

22 August 2008

TINDAKAN UMNO/BN YANG KE 3 - MENGAITKAN ANWAR DENGAN AGEN ASING

Umno hari ini mula menggunakan isu agama dalam kempennya di Permatang Pauh untuk menyerang calon Pakatan Rakyat, Dato` Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini dapat dilihat pada kain rentang di hadapan pejabat parti itu di Sungai Semambu yang mengatakan Dato' Seri Anwar agen Kristian.

Mengulas perkara ini, Anwar menegaskan, Umno sudah bangkrap dan ketandusan modal sehingga terpaksa menggunakan isu agama di Permatang Pauh.

"Ya saya sebagai orang Islam tapi apa salah saya berkawan dengan orang Kristian, Buddha atau Hindu, agama kita tidak pernah melarang kita dari berkawan dengan orang beragama lain." katanya.

Anwar juga dengan tegas mengingatkan pihak Umno, agar jangan memainkan isu agama dalam kempen mereka.

Tambahnya, semua kaum di Malaysia ini boleh hidup dengan aman dan tenang jika kita saling menghormati agama masing-masing.

Anwar berucap demikian dalam ceramahnya di Taman Sembilang Seberang Jaya semalam yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

p/s : selama ni UMNO tu Islam sangat ke?

TINDAKAN UMNO/BN YANG KE 2 - MEMECAHBELAHKAN PAKATAN PAS & PKR

Berikut adalah laporan mStar- (FOKUS BERITA): "Penyokong-penyokong PAS sudah mula berjauhan daripada PKR (di Permatang Pauh). Benar?" Ini antara kandungan mesej SMS diterima awal pagi semalam.

Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat sebagai parti 'pilihan' berbanding Barisan Nasional (BN) akan memperoleh sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagaimana diperoleh 8 Mac lalu.

Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ketika diajukan perkara ini berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

Bagaimanapun, beliau mengakui wujud petanda bahawa adanya sokongan daripada Pakatan Rakyat yang beralih kepada BN sejak beberapa hari yang lalu ekoran kempen tujuh strategi yang dilakukan oleh pihaknya.

Sehubungan itu beliau yakin lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat, yang mengundi pembangkang lima bulan lalu, akan beralih kepada BN menjelang hari pengundian Selasa ini.

Bagi memperoleh peralihan sokongan itu berkembang, Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya mahu mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya yang mewakili kawasan Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman.

Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Penanti merupakan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Permatang Pasir.

Hamdan merupakan wakil PAS manakala Penanti dimenangi PKR dalam pilian raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Rancangan Arif Shah ialah mengadakan satu bentuk 'kerjasama' dengan wakil wakyat PAS itu - memperoleh sokongan dan membawa pembangunan ke kawasan tersebut atas kapasiti (jika) dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimana pula dengan pendirian wakil rakyat PAS berkenaan dalam perkara ini?

Semasa melangkah ke pusat khidmat Hamdan di Permatang Pasir menunjukkan penyokong-penyokong PAS masih berpegang teguh dengan pendirian untuk menyokong calon PKR. Mereka aktif untuk menguruskan kempen mencari sokongan.

Ketua kumpulan peraih undi Permatang Pauh, Salmah Jaafar yang baru pulang daripada meraih undi percaya bahawa 80 peratus pengundinya akan mengundi PKR.

"Daripada tinjauan kami, 80:20 peratus sokongan, 80 peratus akan menyokong calon Pakatan Rakyat. Ini pasti. Berdasarkan tinjauan kami trend pilihan raya umum akan berulang," kata beliau yang mengaku isu Saiful tidak banyak mengubah sokongan.

"Selagi pemimpin PAS meminta kami menyokong dan mengundi PKR", pengundi-pengundi PAS dari Permatang Pasir akan mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata beliau.

Hamdan juga berpegang kepada pendirian pucuk kepimpinan yang telah meminta supaya memberikan undi kepada Anwar.

Di pejabatnya segala persiapan untuk menghadapi hari pengundian sudah berjalan lancar. Fail-fail yang diisikan dengan kalkulator dan segala dokumen berkaitan serta pas masuk pusat pengundian bagi ejen pekerja sudah diaturkan. Ini petanda sokongan padu PAS?

Hamdan, ADUN sejak 1999 berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengadakan perundingan atau perbincangan dengan Arif Shah pada waktu ini.

"Ini waktu peperangan (pertandingan), mana boleh diadakan perundingan," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Permatang Pauh sambil mengakui Arif Shah juga kawannya.

Kira-kira 30 peratus pengundi di Permatang Pauh terdiri daripada penyokong PAS. Bermakna satu pertiga pengundi ialah ahli PAS.

Dari segi pecahan, Permatang Pasir terdiri daripada 20,350 pengundi; Penanti (15,421) dan Seberang Jaya (22,698).

"Malah kami mengadakan mesyuarat setiap malam dengan dihadiri oleh wakil-wakil PAS," katanya yang yakin dengan sokongan rakan mereka memandangkan ahli-ahli PAS "mempunyai disiplin mengikut arahan atau keputusan dibuat pucuk kepimpinan mereka."


Hari ini kempen masuk hari ketujuh dengan tinggal tiga hari pengundi Permatang Pauh akan menentukan Ahli Parlimen yang baru.

Dalam kempennya malam tadi di Seberang Jaya, Anwar, turun gelanggang untuk merampas balik kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang dari 1982 hingga 1999, mengisytiharkan beliau menerima sokongan padu pucuk kepimpinan PAS dan DAP.

Kempen itu diadakan bagi mendapatkan sokongan masyarakat India dan Cina di Seberang Jaya.

Tetapi dalam tempoh kira-kira 40 jam lagi apa pun boleh berlaku. Inilah politik.

Kempen mula masuk fasa agresif sejak malam tadi.

2) Kabinet bayangan Pakatan Rakyat kini tersebar

KUALA LUMPUR: Senarai 'Kabinet Bayangan' Pakatan Rakyat yang kini dikatakan tersebar di Permatang Pauh, menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tiga Timbalan Perdana Menteri, termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dua lagi Timbalan Perdana Menteri diberi kepada peguam Anwar yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Malah, senarai itu turut diperoleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Parlimen, hari ini.

baca artikel asal di berita harian


21 August 2008

TINDAKAN UMNO/BN YANG PERTAMA - UNIT TINDAKAN KHAS (UTK) & KOMANDO 69 KAWAL KESELAMATAN DI PERMATANG PAUH

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos – Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 untuk mengawal keselamatan di Permatang Pauh berikutan pelbagai ancaman yang mungkin dihadapi apabila kawasan itu mula dibanjiri orang luar.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, langkah berkenaan diambil bagi menunjukkan polis memandang serius aspek keselamatan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.- Utusan.

APAKAH RANCANGAN UMNO BAGI MENYEKAT ANWAR KE PUTRAJAYA?














Hari penamaan calon telah pun berlalu. Sekarang ini berlakunya kempen pilhanraya di Permatang Pauh. Sehari sebelum penamaan calon, telah berlakunya adengan sumpah oleh Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dahsyat sungguh! macam petir halilintar yang menyerang semua ahli & penyokong Pakatan Rakyat. Paling tidak kredit telah diberikan kepada UMNO/BN dengan adengan sumpah itu.

Namun sekarang adakah UMNO/BN akan berdiam diri . Najib sendiri boleh memikirkan nasibnya bila Anwar berjaya ke Putrajaya. Dalam gambar anda dapat lihat sokongan yang diterima oleh Najib bila datang ke Permatang Pauh. 4 ,5 orang je...mengikut laporan mStar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) berbincang sesuatu dengan anggota majlis qariah Masjid Permatang Pauh ketika beliau tiba untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid itu di sini, malam tadi. Imam masjid berkenaan, Othman Mohamad Kunjoo memohon kepada Mohd Najib untuk pembinaan baru bagi menggantikan masjid yang sudah berusia 35 tahun itu kerana tidak lagi dapat menampung jemaah yang bertambah ramai serta keadaannya yang telah uzur

Namun apakah yang dibuat oleh UMNO/BN untuk menghalang Anwar? Berita hari ni pasal 2 Exco PKR di Perak ditangkap pasal Isu rasuah & Seks. Tulisan ini bukan ingin membela sesiapa, tetapi nampaknya UMNO berminat untuk menyerang PKR, setelah mendapati PKR ini mengancam kedudukan mereka.

Tapi kan, UMNO/BN ni kan selalu buat cerita bohong.Agak-agak lepas ni orang boleh percaya ke cerita bohong walaupun benar. Kalau pelbagai berita & cerita rakyat dah tak percaya, persoalan yang timbul sekali lagi, apakah yang UMNO / BN akan buat yang lebih dahsyat daripada itu?

Ini yang kita bimbang......................................

20 August 2008

ARTIS LUAR NEGARA TAK BOLEH CARI MAKAN DI MALAYSIA

Dulu kita pernah heboh seketika pasal Konsert Inul yang dibatalkan oleh Kerajaan BN Johor diikuti pula pembatalan konsert oleh artis yang sama di Kuala Lumpur. BN tiba-tiba jadi jinak bila orang dah tak suka pada dia.

Dalam laporan NST hari ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) telah membuat keputusan tidak memberi permit untuk penganjuran konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini kerana ia tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.

Kenapa? Apakah UMNO nak berbaik-baik dengan Pas? Nak buat baik tapi kenapa tak bagi 2 Tok guru kami untuk berkhutbah di Perak?

Saya tengok gambar dia pun dah gerun...(gambar)

17 August 2008

AHLI PARTI YANG TIDAK DISIPLIN PUNCA KEKECOHAN ISU MUZAKARAH/MUQABALAH

Kelonggaran terhadap pemantapan tarbiyyah Islam punca sebenar kenapa isu muzakarah/muqabalah menjadi isu hangat negara. Menjadi ahli Pas bukan berarti menjadi ahli biasa yang tidak mempunyai tanggugjawab apa-apa. Menjadi ahli Pas antara lainnya ialah bersedia untuk menerima tarbiyyah. Ertinya masuk Pas ni macam masuk Universiti yang mempunyai selibus Tarbiyyah yang tidak terdapat dalam mana-mana institusi pendidikan negara. Ini kerana penjajah & anak didik penjajah khususnya UMNO telah membawa negara selama 50 tahun untuk memisah agama dengan politik. Masuk ke dalam Pas ni kena cantum balik antar agama & politik. Oleh yang demikian, selibus tarbiyyah ini tidak terdapat dalam mana-mana universiti dalam negara , yang ada hanya dalam Pas. Anda jangan rasa pelik kenapa ada ustaz yang belajar agama tapi tidak mempunyai kecenderungan untuk memperjuangkan Islam sebaliknya orang yang belajar sekular pula ada kecenderungan terhadap perjuangan. Bezanya ialah ustaz tadi tidak menerima tarbiyyah daripada Pas manakala satu lagi terima!...Walaupun kita merasakan di sana ada kekurangan terhadap pemahaman islam secara menyeluruh bilamana kita hanya memahami dari sudut politik sahaja...

Ini termasuk isu yang berkaitan muqabalah dengan pimpinan UMNO , satu poll atau undian yang dianjurkan oleh Tranungkite.net mendapati keputusan warga TKO mahu agar muqabalah ini dihentikan segara. Namun keputusan Syura Ulama' yang disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din menjelaskan kaedah muqabalah perlu diteruskan bagi menyampaikan mesej dakwah sebagaimana diputuskan di Kota Bharu sebelum ini.

Berikut adalah sedutan ucapan beliau dalam muktamar baru-baru ini:

"Presiden memberitahu saya beliau dihubungi pemimpin Umno lebih 10 kali bagi diadakan perjumpaan, namun Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolaknya.

"Bukan kita yang ketuk pintu Umno sebaliknya mereka yang beriya-iya hendak jumpa. Pada awalnya kita buat jual mahal sedikit," katanya ketika menggulung perbahasan pada muktamar hari kedua, petang ini.

Beliau berkata, PAS tiada agenda peribadi terhadap perjumpaan itu.

Menurutnya musuh lebih condong hendak berdamai dan berbaik-baik dengan kita, jadi disambutlah seruan tersebut.

"Kalau musuh condong hendak berdamai dengan kita.. jadi kita terima," kata beliau.

Menurutnya hendak berdakwah macam mana kalau pintu tidak dibuka.

Bagaimanapun kata beliau perkara itu menjadi kecoh kerana ada ahli parti yang tidak cukup disiplin terhadap keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Katanya, sudah ada petanda awal keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama tidak dipatuhi oleh sesetengah ahli.

Sedangkan sepatutnya ahli perlu komited kepada segala keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulamak, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan agama.

Menurut beliau dalam perlembagaan PAS ada peruntukan menyebut Majlis Syura Ulamak berkuasa untuk membuat sebarang keputusan selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.

Image"Sedangkan kalau robohlah benteng Majlis Syura Ulamak tergugatlah PAS dan kalau teguh Majlis Syura maka mantaplah perjuangan PAS.

"Dan perlu dijelaskan lagi bahawa al Quran menjadi panduan dan dasar kepada PAS sejak dahulu, sekarang dan selama-lamanya," ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan ahli-ahli PAS sekarang lebih matang dan tidak terpengaruh dengan agenda media massa yang membesar-besarkan isu tersebut.

Namun katanya seramai tujuh perwakilan yang menyentuh secara langsung peranan Majlis Syura Ulamak sehingga mereka berkata ia perlu diperkasakan.

Majlis Syura Ulama dianggotai 15 ahli di mana empat orang daripada Dewan Ulamak, empat anggota jawatankuasa PAS Pusat dan tujuh lagi dipilih di kalangan mereka yang berkelayakan.

Dr Haron juga menjelaskan beliau secara peribadi telah mengadakan perjumpaan dengan pihak istana (muqabalah) bagi menyampaikan mesej perjuangan PAS

16 August 2008

ISU SUMPAH OLEH SAIFUL ADA KEGANJILAN-DATO' DR HARON DIN













Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. Image

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

"Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.

"Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya. Image

Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.

"Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.

"Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.

"Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?

"Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi.

Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya. Image

Semalam upacara 'bersumpah' Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - (tmj)

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Sebelum Saiful 'bersumpah', pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu.

SAIFUL BUKHARI BERSUMPAH DILIWAT-ISU LIWAT ANWAR SEMAKIN RUMIT

Berjayakah Anwar untuk ke Putrajaya? Halangan demi halangan timbul kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Terbaru ialah Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini 15 Ogos 2008 kononnya bersumpah mengikut syariat Islam (sumpah menggunakan kitab suci ini menyerupai amalan golongan kristian) untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk membenarkan tuduhan yang berlaku kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi pandangan umum melihat isu ini semakin rumit. Walaupun dalam Islam ada menjelaskan dalam hal tuduh menuduh ini Rasulullah ada menyatakan, dengan sabda baginda" Sekiranya manusia diberikan peluang untuk membuat pelbagai tuduhan, sudah pasti akan wujud di kalangan orang ramai untuk mendakwa harta orang lain milik mereka dan mereka menuduh untuk mendapatkan hak untuk membunuh!. Akan tetapi ingat! bukti mesti diberikan oleh orang yang menuduh dan bersumpah bagi orang yang ingin menolak tuduhan itu."

Hadith di atas jelas. Cuma dalam isu ini , berlaku sebaliknya. Saiful yang bersumpah manakala Anwar pula yang mengemukakan alibinya. Masyarakat umum pula tidak tahu cara pengendalian Islam dalam masalah tuduh menuduh ini. Mereka jahil terhadap hukum Islam. Jika jahil bagaimana mereka mahu menilai apa yang berlaku kepada kes ini. Ini yang saya katakan ianya semakin rumit. Jika Anwar berjaya dalam kes ini pun, imej Anwar telah tercalar dengan tuduhan ini.

Dalam masa yang sama Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam masa yang sama pula, pengakuan daripada peguam-peguam yang membela Anwar mengatakan

"OH, tidak lagi." Ini antara reaksi awal peguam-peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta datang ke sebuah hotel di Shah Alam pada malam 28 Jun lalu untuk membincangkan satu aduan polis yang dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu oleh bekas pembantu peribadinya.

Ketika itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang mengadakan pertemuan retreat bagi membincangkan perkembangan selepas pilihan raya umum ke-12.

Reaksi itu bukan menandakan tentang susah senang jika perlu berhadapan dengan kes terbaru jika perlu.

Sebaliknya anggapan awal pasukan peguam itu melihat bahawa anak guam mereka - Anwar terpaksa melalui satu lagi kitaran proses perundangan selepas 10 tahun.

"Kami mula beranggapan bahawa sudah tiada akhiran (nasib anak guaman, Anwar)," kata Sankara N. Nair dalam satu pertemuan dengan mStar Online di pejabatnya hujung minggu lalu.

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_aa98ac04-c0a85062-16ab2e80-aa08f4f3

Tulisan ini bertanya sekali lagi, layakkah Anwar menjadi PM atau ada pemimpin melayu Islam yang lain?



15 August 2008

UJIAN DIHADAPI DENGAN SABAR....

Artikel ini merujuk kepada Isu Raja Nazrin tidak perkenan Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi & Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz untuk menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, hari ini (15 Ogos 2008).

Ini baru nak khutbah di masjid dengan kedudukan masing-masing adalah merupakan MB Kelantan & Ahli Parlimen. Kita daripada dulu lagi mengalami suasana yang seperti ini. Ruang & peluang untuk Islam menyampaikan amanah & dakwah tidak dapat dilaksanakan seperti yang kita mahu.

Hanya sabar sahaja yang menjadi senjata bagi orang mukmin berdepan dengan suasana ini. Sabar dengan Allah & sabar mesti kerana Allah 2 perkara yang disebut oleh Dr Abd Karim Zaidan. Beliau menjelaskan secara terperinci dalam kitabnya Fiqh Ad-Dakwah bagaimana mahu melaksanakan ibadah sabar. Kalau sabar tapi jiwa kosong dengan Allah, kita memang tidak boleh hadapi ujian ini dengan kesabaran.

Mengikut maklumat sebelum ini,kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani itu diberitakan telah mendapat perkenan oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi semalam.

Perkara itu telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hashim ketika menghubungi Harakahdaily semalam.

Katanya, Tuan Guru Nik Aziz akan menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Negeri Ipoh manakala Presiden PAS akan berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di Intim Ipoh. Kedua-duanya berkhutbah pada hari yang sama.

Tapi kenapa sekarang ditarik balik? Apakah puncanya?

14 August 2008

SEBELUM MELANGKAH KE PUTRAJAYA- TAPISAN GOLONGAN YANG IKHLAS AKAN BERLAKU!

Tulisan ini adalah merujuk mengenai perkembangan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri Pakatan Rakyat, apabila Pemuda Pas melahirkan rasa kecewa terhadap 2 MB iaitu Selangor & Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.

Ini adalah merupakan tangga sebelum ke Putrajaya. Pelbagai ujian & mehnah yang merupakan neraca antara haq & batil akan berlaku. Ini semua adalah merupakan perancangan Allah. Ujianlah yang menunjukkan kepada kita sejauh mana keihklasan mereka kepada Islam atau tidak.. Ini adalah peraturan alam yang Allah jadikan . sepatutnya kita sebagai pejuang Islam tahu akan hakikat ini.

Ujian yang turun berupa pangkat & harta. Bagi mereka yang ikhlas kerana 2 perkara tersebut, mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya. Biarkan mereka untuk merebut itu semua.

Tapi bagi mereka yang ikhlas kerana Allah , ketahuilah bahawa Allah tidak akan habis & akan kekal buat selama-lamanya. Walaupun harta kita habis kerana perjuangan Islam, tapi kita ikhlas kerana Allah sudah pasti Allah akan menggantikan kepada para pejuang agamanya dengan harga yang mahal!

Sany menjelaskan lagi ....

"Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran," kata Mohd Sany.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

"Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.

"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan," katanya sebagai sokongan usul 'Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat'.

Beliau juga berkata, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri

Tentu anda sendiri tahu apa pendirian kita dalam Pas sekarang! Saya tak sabar-sabar untuk menunggu perbahasan hangat esok!