24 May 2009

Fenomena Azan Di Dunia Sehingga Hari Kiamat


Untuk Download klik di sini

Seminar Pengurusan DPPNJ Bersama S/U DPP Pusat

Ucapan aluan oleh Ketua Pemuda Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil

Antara pemuda kawasan yang hadir
Pembentangan oleh Sdr Sabki Yusof S/U DPP Pusat

Sedikit penerangan daripada Lajnah IT DPPN Johor

23 May 2009

Mogok lapar desak bubar DUN Perak


Untuk Download sila klik di sini

CERAMAH PERDANA : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim akan mengadakan siri lawatan kerja ke Johor pada
25 Mei 2009. Pada sebelah malam beliau akan mengadakan Ceramah Perdana di Gelang Patah dan butiran mengenai ceramah adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 09.00 malam hingga 12.00 tgh malam
Tempat : Dewan Ar-Radzi
31 Jalan Kebudayaan 10
Taman Universiti
Skudai, Johor.

Seluruh rakyat Johor di jemput hadir ke ceramah tersebut.

Azlan Ishak
Ketua AMK Bahagian
Bahagian Gelang Patah

11 May 2009

Pulak!


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

27 April 2009

Selamat Bermuktamar!

DPPNJ mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan & pemerhati di semua peringkat, kawasan & cawangan

Muktamar DPPNJ akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 2 & 3 Mei 2009
Pendaftaran Kawasan : 6.00 Petang

Tempat : Palm Villa Resort, Kulai Johor (Jalan ke IOI Mall)

12 April 2009

Bila Artis telah Sertai Pas......


KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.
Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.
“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.
Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.


Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah. “Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.

Sumber : klik di sini

09 April 2009

Apakah tindakan Khairy?

Setakat ni Khairi Jamaludin dianggap sebagai Ketua Pemuda UMNO kedua yang tidak dilantik dalam kabinet selepas Datuk Zahid Hamidi ketika Anwar menjadi TPM dulu. Modus Operandi Najib nampaknya sama dengan Mahathir... Apakah tindakan beliau? Beliau pernah berkata : Jawatan Kabinet Hak Mutlak PM

Kabinet akan diumum sebentar lagi....Langkah awal Najib untuk memecahbelahkan UMNO


Perdana Menteri keluar daripada Istana Terengganu
selepas menghadap
Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu,
Kuala Lumpur.

08 April 2009

Gambar ni baru sampai dari Bukit Gantang


Tahu berapa harga kereta BMW Sport ni? Dekat setengah juta woo... Tapi orang kaya sekarang sokong Pas bukan sebab miskin, tapi pasal UMNO/BN dah tak relevan.

Bergambar dengan Y.B I.r Nizar Jamaludin

Inilah gelagat puteri UMNO yang dikatakan diekploitasi bagi tujuan berkempen. Setelah gambar ini diambil, mereka cabut lari. Dengor kabonya puteri UMNO ni daripada Johor. Siapa ye?
Rumah cina ini dijadikan Markaz Pas di Bukit Gantang
Ini adalah kenderaan 'rasmi ' penyokong tegar BN ketika berkempen di dalam sebuah masjid. Penyokong tegar ini berumur sekitar 30-an. Cuba banding dengan penyokong Pas kat atas.
Inilah banner yang dikatakan Debat Perdana "yang tak jadi" antara Y.B Zahid Hamidi & Y.b Husam Musa
Potret Tok Guru menghiasi kempen Pilihanraya di Bukit Gantang

07 April 2009

Ini bermakna....


Kalau dulu, bila keputusan kekalahan UMNO/BN di Kuala Terengganu & Permatang Pauh adalah kerana Pak Lah masih menerajui Perdana Menteri, ini bermakna, najib juga boleh dipersalahkan di atas kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang & Selambau kerana Najib adalah Presiden UMNO & Perdana Menteri Malaysia.

Kalau dulu Paklah diminta bertanggungjawab di atas kekalahan UMNO/BN di Kuala Terengganu, ini bermakna, Najib juga kena bertanggungjawab di atas kekalahan teruk UMNO/BN di Bukit Gantang & Bukit Selambau.

Pak Lah dah letak jawatan...bila Najib nak letak jawatan? Jika Paklah sanggup letak jawatan tapi Najib tidak sanggup, ini bermakna Pak Lah lebih bertanggugjawab daripada Najib!

KEPUTUSAN RASMI

DIARAK..Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
yang memenangi kawasan Parlimen Bukit Gantang,
diarak oleh para penyokong Pas sebaik keputusan
rasmi diumumkan pada pukul 9:45 malam tadi.

TERKINI! Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Terkini Keputusan rasmi: KeADILan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi. Sejumlah 495 undi rosak. Peratus keluar mengundi 70%. Kesemua calon Bebas hilang wang pertaruhan.

3.50 PM : Bukit Gantang....

YB Ustaz Hassan Ali meninjau pusat pengundian di sek keb temeluk dun Trong

YB Ustaz Hassan Ali meninjau pusat pengundian di sek keb temeluk dun Trong

suasana di hadapan sek keb changkat Jering

suasana di hadapan sek keb changkat Jering pukul 3:30 ptg

gelagat penyokong2 BN dengan sepanduk terbaru mereka

gelagat penyokong2 BN dengan sepanduk terbaru mereka

dsc08960

Lagi Suasana di Bukit Gantang...

Video & Gambar Terkini : Kekecohan: Polis Lepas Gas Pemedih Mata

keadaan betambah tegang di sek keb air kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pertikaian penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS

Keadaan betambah tegang..... di Sek Keb Air Kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pergaduhan penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong-penyokong UMNO membaling kerusi ke arah Penyokong PAS

Ustaz Nasa sedang mententemkan keadaan penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong2 UMNO. Ustaz Nasa mengarahkan  penyokong2 PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang

Ustaz Nasarudin sedang mententeramkan keadaan Penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong-penyokong UMNO. Ustaz Nasarudin mengarahkan penyokong-penyokong PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang

Gambar Terkini : Bukit Gantang








Terkini : 1.20 Petang

Hujan renyai-renyai dalam sausana mendung mewarnai suasana pilihanraya PRK Bukit Gantang. Para penyokong nampaknya tidak berganjak dari tempat masing-masing dengan menjalankan tugas masing.

Penyokong BN terus dengan taktik bersorak dan menyanyi yang tidak jelas bunyinya. tetapi Para perayu undi PAS terus berzikir dan berselawat dalam keadaan hujan yang semakin lebat.

BUKIT GANTANG KRITKAL!

Seluruh Penyokong Pakatan Rakyat diminta bertenang & senantiasa berdoa & solat hajat, kerana keadaan di Bukit Gantang agak kritikal. Pelbagai andaian boleh berlaku. Semua diminta untuk berdoa sehingga pengumuman Keputusan Pilihanraya Kecil pada Jam 9.00 malam ini.

Berita terkini akan menyusul

03 March 2009

Perak : Hari Ini dalam Sejarah

Orang ramai kelihatan berkumpul untuk memberi sokongan kepada PR

FRU bersiap sedia untuk bertindak.Aduhaii..

ADUN PR hendak memasuk SUK tetapi dihalang oleh FRU dan Polis.


YAB MB dengan wajah tenang walaupun ujian besar yang melanda.ALLAH bersama-sama orang yang sabar.

Sidang DUN berlangsung mengundang sejarah.Speaker Dewan, YB V.Sivakumar memulakan sidang DUN walaupun berdiri.Syabas!

ADUN Canning menyampaikan usul.

ADUN Teja membentangkan usul sambil berdiri

SETUJU!walaupun sidang DUN dibawah pokok, namun perjalanan sidang tetap lancar.TAHNIAH!

Senyum kepuasan

Sumber : Klik di sini

22 February 2009

Kisah Benar Detik-detik Krisis Perak

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,

saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.


Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan……….. NIZAR

19 February 2009

Sukarnya Untuk Melepasi Sempadan

Bergambar di hadapan pintu kedutaan Malaysia

Ikuti kisah selanjutnya perjalanan Khairul Faizi ke Gaza di sini

18 February 2009

Wasiat Ke 2 Imam Asy Syahid Hassan Al Banna - Bacalah Al Quran , Jangan Buang Masa!

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan

Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

MENTOR NAJIB MULA BERSUARA...

Nampaknya Dr Mahathir tidak boleh merahsiakan kebimbangannya bila Najib dilihat tidak mempunyai peluang untuk menjadi PM.....

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyentuh isu ini sekali lagi menerusi tulisan blognya dengan mendakwa ada usaha mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno kali ini. Ia dimenangi tanpa saingan oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Najib secara rasmi diisytiharkan Presiden Umno hujung bulan depan dan dijangkakan Abdullah menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib hujung Mac atau awal April.

"Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

"Kata berita angin mereka sedang menasihat Datuk Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Datuk Seri Najib Razak jadi Presiden parti.

"Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam Perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis," kata beliau yang menyerahkan tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada Abdullah pada Oktober 2003.

Kata bekas Presiden Umno, oleh kerana yang menentukan segala-galanya ialah Perdana Menteri, "jika Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya."

Lazimnya, yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden Umno.

Justeru, Dr. Mahathir yang dianggap sebagai "orang penting" dalam menggerakkan Najib bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa Mac ini berbanding Jun 2010 menyoal: "Apakah Najib akan memberontak" jika ia berlaku?

"Tidak," kata beliau yang mewajarkan tulisannya dengan berkata, "mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri) untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib menjadi Presiden Umno hanya rekaan orang-orang tertentu.

"Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Datuk Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli Umno dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Datuk Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya," kata Dr. Mahathir lagi.

Dr. Mahathir juga meramalkan kemungkinan ada antara ahli Umno yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen.

"Umno boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

"Jika Ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini.

"Ahli parti lawan memang hendak Datuk Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, (Pengerusi DAP), Karpal Singh dan (Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka," katanya.

Jelas beliau, dengan sokongan ahli parti lawan kepada Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

"Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi Perdana Menteri yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke Dewan Rakyat," katanya.

Ayat di atas adalah jelas memang Dr Mahathir amat kecewa bila Najib tak jadi PM...

KENALI PEMIMPIN ANDA


MENTERI Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Datuk Dr Hassan Ahmad di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Abd Rahim Rahmat

Anda kenal siapa yang dibulatkan itu?

Klik di sini untuk mengenali beliau

17 February 2009

Gambar Bogel Elizabeth Wong : Modus Operandi Baru UMNO?



[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, mStar Online difahamkan Wong, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' esok (hari ini)," kata sumber itu kepada mStar Online tengah malam tadi.

Pertemuan kedua dipercayai berlarutan hingga awal pagi ini.

Dalam kenyataan satu muka dikeluarkan petang semalam, Wong berkata: "Saya mangsa dalam kejadian ini."

Wakil rakyat penggal pertama itu berkata, di sebalik 'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

Jika melepaskan jawatan beliau tidak boleh bertanding lagi selama lima tahun.

Walaupun menerima tekanan daripada BN agar meletakkan jawatan, Wong juga menerima sokongan agar kekal sebagai ADUN dan Exco.

Sumber : klik di sini