29 September 2007

Himpunan Pemuda Pas Johor

Himpunan Pemuda Pas Johor

Ayuh Bersama Kita Meramaikannya!!!!

25 September 2007

KENYATAAN MEDIA

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan tahniah kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kerana telah berjaya mengadakan kempen memboikot para peniaga yang menaikkan harga barang keperluan pada 23 Oktober 2007 yang lalu.

Kempen yang dijangka akan disambut oleh tiga juta ahli gabungan kedua-dua kesatuan ini bertujuan untuk mengembalikan hak pengguna dalam menentukan harga barang serta menundukkan kuasa pembekal dan peniaga menjelang musim perayaan.

Ahli kedua-dua pertubuhan itu disarankan tidak ke pasar selama dua hari dalam seminggu bagi menyokong langkah tersebut kerana ianya akan memberikan kesan yang besar terhadap peniaga dan pembekal barangan keperluan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman bersama dengan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud telah bersama-sama dalam kempen Boikot Harga Barangan Keperluan di Plaza Tol Sungai Besi arah Seremban telah menyebarkan sebanyak 30 ribu risalah kepada pengguna.

Kempen ini telah mendapat sokongan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal walaupun beliau tidak dapat menyertai kempen tersebut walaupun telah dijemput oleh kesatuan-kesatuan tersebut. Beliau mengingatkan agar orang ramai tidak memboikot semua peniaga kerana ia secara langsung akan memberi kesan tidak baik kepada ekonomi negara tetapi hanya memboikot peniaga yang menaikan harga barangan.

Sebelum itu, Presiden CUEPACS telahpun membuat kenyataan supaya penguna memboikot membeli ayam sebagai tanda protes terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan sewenang-wenangnya harga siling ayam menjelang musim perayaan.

Sebelum daripada bermulanya bulan Ramadhan, kebimbangan penguna bahawa pesta menaikan harga barang akan bermula. Pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai pemantauan harga 17 jenis barang kawalan sebenarnya bukan melegakan pengguna tetapi menambahkan kebimbangan bahawa harga barangan ini akan dinaikkan oleh pembekal dan peniaga.

Bermula dengan pengumuman kerajaan pada 21 Mei 2007 bahawa akan berlakunya kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus berkuatkuasa 1 Julai 2007, Gesaan agar KPDNHEP terus mengadakan pemantauan terhadap kenaikan harga barang kerana kebimbangan tersebut adalah berasaskan kepada pengalaman terdahulu dan dilihat seperti memberikan impak yang baik kepada pengguna.

Namun, sikap pemantauan bermusim yang cukup sinonim dengan KPDNHEP berterusan ditambah lagi dengan pelbagai isu yang melanda seperti masalah disiplin pelajar, masalah cuti bersalin, kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres di Bukit Gantang Perak, kehilangan Nurin Jazlin dan masalah keselamatan yang menimpa negeri Johor serta seluruh negara telah melenyapkan seketika isu kenaikan dan pemantauan harga barangan.

Apabila hampir tiba bulan Ramadhan barulah usaha untuk memantau harga barangan dipergiatkan semula sedangkan sebelum daripada Ramadan lagi terdapat barangan kawalan telahpun dinaikan harga.

DPPNJ menyokong kempen yang dilancarkan oleh gabungan kesatuan ini tetapi tindakan susulan yang proaktif mestilah disusun dengan lebih baik agar ianya memberikan kesan kepada peniaga-peniaga yang masih berdegil untuk menaikkan harga barang.

Kempen kesedaran kepada pengguna mestilah berterusan agar mereka memahami kenapa kempen untuk tidak ke pasar basah selama 2 hari seminggu dilancarkan.

DPPNJ juga ingin mempertegaskan bahawa ketidakmampuan untuk mengawal kenaikan harga barangan kawalan dan bukan kawalan menambahkan lagi episod kelemahan dan kegagalan kerajaan yang memerintah ketika ini.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Lajnah Penguna & Alam Sekitar PAS Johor
http://dppnjohor.blogspot.com/
25 September 2007

07 August 2007

Runtuhnya Akhlak Pelajar Sekolah di Malaysia


Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk “9 pelajar menangis minta maaf”. Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini. Dilaporkan bahawa Sembilan pelajar yang terlibat dalam ‘keganasan’ ini telah memohon maaf sambil menitis air mata keinsafan sebaik mengulurkan sepuluh jari kepada mangsa.

Majlis penuh pilu itu diadakan di Sekolah Menengah Felda Keratong I, di sini, dengan disaksikan ibu bapa sembilan pelajar terbabit dan Shashim Shah Harun, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar kira-kira jam 3.30 petang semalam (3 Ogos 2007).


Saya tidak pasti apakah punca sebenar pelajar-pelajar perempuan ini bertindak ganas sebegitu rupa tetapi alasan yang diberikan bahawa tindakan mereka kerana terdorong kerana sikap panas baran meninggalkan pelbagai tanda-tanya kepada saya dan mungkin juga kepada masyarakat umum.

Harian Metro pada 31 Julai 2007 melaporkan bagaimana kronologi kejadian ini ;

i. mangsa dikunjungi dua rakan sebelum dipelawa minum air batu campur di sebuah warung, kira-kira jam 4 petang. Tanpa mengesyaki sesuatu, mangsa kemudian menunggang motosikal manakala dua rakan menaiki kereta Perodua Kancil ke rumah seorang lagi rakan tidak jauh dari rumah mangsa untuk mengajaknya keluar.

ii. Sebaik tiba di rumah itu, tujuh rakan menunggu di ruang tamu manakala ibu bapanya tiada di rumah.

iii. Mereka kemudian bertanya kepada mangsa sama ada mengejek seorang daripada mereka dengan gelaran ‘gemuk’ dan apabila mangsa mengakuinya, kumpulan pelajar sangseng ini menarik rambut, menumbuk dan menyepak mangsa sehingga tersungkur.

iv. Kumpulan pelajar samseng ini bertindak ganas seperti `singa betina’ terlepas sangkar terus membuka baju-T dan seluar jeans dipakai mangsa sebelum memotong tali baju dalam dan seluar dalam mangsa.

v. Mangsa cuba meronta dan menangis serta merayu tidak diperlakukan sedemikian dan dilepaskan tetapi sembilan rakan itu tidak mempedulikan mangsa.

vi. Ketika dibogelkan, tiga daripada mereka merakamkan gambar mangsa tanpa pakaian menggunakan telefon bimbit sebelum diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga.

vii. Jika mangsa ingkar, mereka mengancam menyebarkan gambar bogel itu selain mengupah lelaki merogol mangsa di depan mereka.

Peristiwa hitam ini bukannya berlaku di New York, Manhattan atau di Los Angeles tetapi berlaku di Felda Keratong di negeri Pahang yang melibatkan anak-anak melayu beragama Islam yang juga generasi kedua FELDA. Sudahlah dibelasah tanpa belas kasihan, pakaian ditanggalkan, pakaian dalam dipotong dan dirakamkan perbuatan terkutuk itu melalui kamera telefon bimbit.

Ustazah seks?

Sebelum itu, pada 2 Ogos 2007 Harian Metro telah melaporkan mengenai ketua kumpulan yang membelasah dan merakamkan gambar bogel ini digelar ‘ustazah seks’. Gelaran itu dilabelkan kepada beliau kerana perangai dan perwatakkan beliau yang berbeza diluar dan di dalam waktu sekolah.

Difahamkan, ketika di sekolah, ketua kumpulan samseng terbabit dikatakan begitu baik termasuk bertudung seperti ‘ustazah’, sebaliknya berubah perangai dan gaya seperti ‘bohsia’ dan gemar bertukar teman lelaki di luar waktu sekolah. Pelajar terbabit didakwa :-

i. gemar bergaul dengan ramai lelaki tanpa mengira usia tidak kira siang atau malam selain dikatakan sering bertukar teman lelaki.

ii. semua lelaki muda dikatakan mengenali pelajar terbabit berikutan perangainya itu selain memiliki daya ‘penarik’ untuk menggoda lelaki terbabit sebelum diajak keluar bersama.

iii. watak penggodanya mampu memanggil beberapa lelaki lain supaya merogol mangsa jika mangsa menceritakan kejadian malang itu kepada keluarganya.

iv. mengugut mangsa membuktikan pelajar itu tidak takut dengan undang-undang kerana yakin perbuatannya akan dimaafkan ibu bapa mangsa selain dapat meneruskan semula persekolahan seperti biasa.

Inikah ertinya kemerdekaan kita?

Mungkin inilah nilai kemerdekaan kita dibawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional sejak 50 tahun yang lalu. Rakyat didesak untuk meraikan kemerdekaan tetapi terlalu banyak kepincangan yang menghantui rakyat termasuklah isu ekonomi, keselamatan dan masa depan generasi muda.

Kita mungkin tidak dapat pernah menyangka bahawa pada ketika ini kita akan berhadap dengan masalah sosial generasi muda yang runtuh akhlaknya. Kisah yang melibatkan penderaan terhadap seorang pelajar perempuan oleh rakannya sendiri di Felda Keratong ini sudah pastinya menggusarkan kita.

Apa yang cukup bimbang adalah kejadian ini melibatkan sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan anak-anak melayu daripada generasi kedua FELDA. Bayangkan, anak-anak perempuan kini mampu dilabelkan sebagai ‘samseng’ bukan sekadar mengugut tetapi sanggup memukul, membogelkan dan merakamkan gambar bogel rakan mereka sendiri.

Saya tidak nafikan ramai generasi anak-anak melayu FELDA berjaya dalam akedemik dan kehidupan mereka tetapi ramai juga yang tercicir dan akhirnya menimbulkan masalah kepada keluarga dan masyarakat.

Gelaran ‘ustazah seks’ sudah tentu merosakkan imej golongan ustazah di dalam negara kita. Bila digelar seperti itu, kita boleh bayangkan bagaimana hebatnya ‘lakonan’ pelajar bermasalah ini, ibubapa, keluarga dan guru-guru tentu telah terpedaya dengan watak yang waraknya sedangkan hakikatnya segala-galanya adalah muslihat belaka.

Pergaulan bebas tanpa batasan merangsang sikap buruk anak-anak muda dan akhirnya mencambahkan sikap degil dan kurang ajar serta biadap. Mengugut untuk mengupah kumpulan lelaki merogol mangsa dihadapan mereka sekiranya perbuatan keji mereka ini dilaporkan kepada ibubapa sudah tentunya menggambarkan kebiadapan pelajar-pelajar ini.

Saya percaya bahawa peristiwa ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada mangsa. Rakaman gambar mangsa yang didera dan dibogelkan telah disebarkan dan bukan mudah untuk menghilangkannya. Mangsa terpaksa bertukar sekolah kerana tidak sanggup berhadapan dengan keadaan.

Sebab itulah apabila saya membaca berita “9 pelajar menangis minta maaf” saya tidak percaya bahawa peristiwa ini telah menginsafkan kumpulan pelajar ini. Tindakan pelajar-pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin yang tegas. Kesemua pelajar-pelajar ini mesti dihantar ke pusat pemulihan akhlak supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka ini bukannya perkara kecil yang mampu dilupuskan dengan linangan air mata.

Selamatkan masa depan anak-anak kita

Kejadian ini juga mesti dipandang serius oleh pihak-pihak berwajib termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem yang ada pada hari ini perlu dikaji semula. Walaupun kejadian ini berlaku di luar waktu sekolah tetapi mereka yang terlibat adalah merupakan golongan pelajar. Alasan ‘kes yang terpencil’ yang sering menjadi jawapan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamudin Tun Hussien tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan kelemahan yang berlaku.

Saya pernah menyarankan agar kuasa mendisiplinkan pelajar mesti diserahkan semula kepada guru. Berilah kepercayaan kepada guru untuk membentuk jati diri anak-anak yang masih bersekolah kerana guru adalah insan yang paling hampir dengan pelajar serta mampu memahami psikologi mereka.

Keprihatinan ibubapa terhadap perlakuan dan aktiviti anak-anak juga mesti dipertingkatkan kerana cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada hari ini sangat tinggi dan tidak cukup dengan hanya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada anak-anak.
Masa depan anak-anak muda ini adalah masa depan kita bersama. Runtuhnya akhlak mereka akan meruntuhkan masa depan negara.

Sekian

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com/
7 Ogos 2007

ISU EMPANGAN DI JOHOR

Ghani di jangkiti penyakit Pak Lah?

Tempohari (Rabu, 1 Ogos 2007) DPPMuar mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang telah menyiarkan masalah ancaman pencabulan di empangan Bekok.
Hari ini (Isnin 6 Ogos 2007) TV3 menyiarkan temuramah dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman tentang isu berkenaan.
Sedihnya apabila Menteri Besar menyatakan bahawa beliau tidak maklum mengenai pencemaran yang telah berlaku di Empangan berkenaan.
Seandainya kita terima bahawa beliau tidak mempunyai maklumat tentang apa yang telah berlaku di Empangan Bekok, Persoalannya setelah hampir 2 tahun memorandum yang di serahkan kepada beliau berkenaan pencemaran di Empangan Semberong, apa tindakan beliau setakat ini?
Walaupun ianya berlaku di dua empangan yang berbeza, namun isunya adalah sama, Penebangan Hutan, Penanaman Sawit, pencemaran air. Semua itu turut berlaku di Empangan Semberong, Bekok dan juga Machap.
Memorandum yang dihantar oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 2 tahun lalu memberikan maklumat lengkap tentang lokasi, bentuk pencemaran dan gambar-gambar yang jelas menggambarkan apa yang berlaku di empangan-empangan berkenaan.
Namun apa tindakan beliau? Mungkinkah Menteri Besar Johor juga telah di jangkiti virus el-tiduri yang dihidapi oleh Pak Lah?

06 August 2007

Blog - Senjata Yang Digeruni!

Kelahiran blog-blog semakin menggalakkan pada hari ini. Di dalam pas sendiri, kehadiran blog seolah-olah satu senjata yang amat ampuh bagi menyerang pihak lawan. Kehadiran blog seumpama senjata berbisa yang mampu menyerang tepat sehingga ke sasarannya.

Dengan kemudahan ini, bagi pihak Dewan Pemuda Pas Johor, telahpun menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Kehadiran syarikat penyedia tapak blog seperti blogspot, blogdrive, wordpress dan sebagainya telah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap peringkat jentera pemuda.

Jika dilihat struktur Dewan Pemuda Pas Johor, kebanyakan Dewan Pemuda Kawasan juga telah mempunyai blog sendiri. Ini menampakkan kesedaran betapa peri pentingnya peranan blog bagi menjadi salah satu aksesori wajib di dalam memperkasa struktur kekuatan parti. Selain daripada blog kawasan, blog peribadi juga tidak kurang hebatnya bagi melengkapkan pakej ini.

Kehadiran blog jangan dipandang sebelah mata. Ia mampu menggugat. Namun bagi peringkat pemilik blog pula, jangan pula membabi buta. Tindakan kerajaan yang pada hari semakin memfokuskan kepada blog-blog pembangkang dilihat satu ancaman yang dibuat di atas kuasa kerajaan. Hakikatnya kehadiran blog ini bukanlah mengancam negara tetapi hakikat sebenarnya adalah menggugat BN!

Jika mahu dilihat pada semua blog ini, mereka semua bukanlah menentang kerajaan. Tetapi mereka menentang kebobrokan kepimpinan negara di bawah label UMNO dan BN. Disebabkan khuatir kedudukan UMNO terjejas dek kerana serangan bertubi-tubi ini, maka sekatan-sekatan mula dibuat bagi membataskan kebebasan bersuara di dalam Malaysia. Pemilik blog akan ditangkap bagi menakut-nakutkan bloggers yang lain agar tidak menulis perihal kepincangan pemimpin negara.

Sebagai pemilik blog, Dewan Pemuda Pas Johor menyedari bahawa perlunya satu strategi tersusun bagi menghadapi suasana ini. Persembahan blog seharusnya tidak hanya sekadar main-main. Tidak hanya mengikut kepada sendiri. Hanya mengikut selera sendiri. Aayat atau artikel yang ditulis hendaklah disemak beberapa kali supaya tidak ada ayat yang menyentuh sesnsitiviti pihak lain atau berkaitan agama. Begitu juga gambar-gambar yang tidak sepatutnya disiarkan. Budaya 'copy-paste' juga harus dikurangkan dan binalah kekuatan artikel sendiri di dalam blog anda.

Selain itu, themplete blog juga mestilah di ambil kira. Jangan menggunakan image yang sangat besar untuk banner dan sisipan tepi. Sebagai blog matang bagi mewakili parti atau peribadi pemimpin, amat tidak digalakkan meletak radio blog di sisipan tepi yang meletakkan lagu pelbagai. Orang masuk blog bukan mahu dengar lagu, tapi mahu baca artikel! Kurangkan juga meletak gamar yang terlalu banyak di dalam satu post, elakkan menggunakan perisian yang menyediakan sistem flash gambar, elakkan juga dariapada meletakkan video dari youtube dan sebagainya. Perkara ini semua akan memberi beban dan melambatkan proses loading. Pastikan juga bilangan posting di dalam muka utama tidak terlalu banyak.

Semoga dengan adanya blog ini boleh memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada rakyat Malaysia. Kempen membina blog kepada semua pendokong perjuangan juga amat releven bagi menambahkan koleksi blog yang peka kepada arus perubahan di dalam Malaysia. -DPPNJ

Himpunan Petugas Pilihan Raya Johor

BATU PAHAT, 2 Ogos (Hrkh) – Sebagai persiapan menghadapi Pilihan raya Umum Ke-12, PAS Johor telah mengadakan Himpunan Petugas Pilihan Raya baru-baru ini yang bertujuan menyatakan kesediaan PAS menghadapi pilihan raya ini.Lebih seribu ahli PAS dari seluruh negeri ini menghadiri himpunan ini. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, telah merasmikan himpunan ini, manakala majlis penutup pula disempurnakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar. Sementara itu Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, telah menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta himpunan ini. Hadir sama pada himpunan ini, Adun Senggarang, Dr Mohd Ramli Md Kari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifly Ahmad, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad.

Semasa berucap merasmikan himpunan ini Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, menggesa semua kegiatan parti di semua peringkat ditangguhkan dahulu sebaliknya tumpuan khusus mesti diberikan kepada gerak kerja pilihan raya sahaja. “Semua program parti selain gerak kerja pilihan raya hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu ini, tumpuan khusus mestilah diberikan kepada kerja-kerja pilihan raya, ini kerana bahang pilihan raya umum ke-12 sudah begitu terasa dan berkemungkinan besar ia akan diadakan dalam tempoh terdekat ini," katanya. Bagaimanapun beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian Kelantan, berkata, tidak kira sama ada pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat ini atau tidak, namun semua yang terlibat harus sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kebarangkalian ini. “Kita tidak mahu apabila berlaku pilihan raya secara mengejut, persiapan kita masih di tahap yang rendah, ini sudah tentu akan menyukarkan gerka kerja selanjutnya, selain turut memberi kesan kepada PAS untuk mencapai kemenangan," tambahnya.

Justeru katanya, persiapan yang dilakukan lebih awal adalah langkah yang terbaik, di samping itu setiap petugas pilihan raya PAS juga perlu meningkatkan komitmen mereka dan menjadikan agenda pilihan raya ini sebagai suatu keutamaan. “Semuga dengan persiapan yang kita bina sekian lama ini mampu menghadapi musuh dengan kekuatan semaksimum mungkin, namun begitu semua usaha dan ikhtiar ini kita sandarkan kepada kekuasaan dan pertolongan Allah s.w.t.," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, semasa berucap pada majlis yang sama berkata, segala gerak kerja pilihan raya ini tidak sama dengan kerja-kerja lain yang kita lakukan. “Tidak dinafikan kerja-kerja lain yang kita lakukan untuk kepentingan hidup kita, keluarga dan masyarakat juga penting dan mendapat ganjaran pahala jika dilakukan kerana Allah semata-mata tetapi kerja-kerja pilihan raya ini mempunyai roh dan semangat yang berbeza. “Ini kerana kerja-kerja pilihan raya ini mempunyai matlamat yang sangat besar yang melebihi kepentingan lain dalam kehidupan kita, matlamat tersebut adalah untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. "Tanpa kita sudah tentu Islam tidak akan dapat direalisasikan di negara ini, sebab itu peranan kita sebagai petugas pilihan raya ini amat besar dan sangat penting, ia bukan satu tugas yang boleh diambil ringan oleh setiap pejuang Islam. “Komitmen serta keikhlasan kita dalam kerja-kerja pilihan raya ini bukan sekadar untuk menang semata-mata sebaliknya lebih jauh lagi gerak kerja yang kita lakukan ini akan menentukan nasib dan masa depan Islam, bangsa dan rakyat negara ini," katanya.

Sebab itu katanya, kerja-kerja pilihan raya ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ini kerana setiap kerja yang ada hubungan dengan Allah s.w.t mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, apatah lagi kerja yang dilakukan ini untuk menyempurnakan satu tugas yang sangat besar iaitu mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini, maka sudah tentulah ia tidak boleh sama sekali dilakukan secara sambil lewa atau secara suka-suka sahaja. “Oleh kerana itu perlu ada dalam pemikiran setiap kita tanggapan bahawa parlimen akan dibubarkan esok, walaupun tidak mungkin ianya akan berlaku tetapi ini bertujuan untuk menimbulkan rangsangan dalam diri kita betapa perlunya kerja-kerja pilihanraya ini perlu segera dilakukan tanpa bertangguh-tangguh lagi," jelasnya lagi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Anggota Parlimen Pokok Sena Kedah, mengajak setiap petugas pilihan raya memulakan segala gerak kerja mulai sekarang. “Jangan tunggu sehingga parlimen dibubarkan baru kerja-kerja pilihan raya ini dimulakan, ini suatu amalan serta sikap yang tidak sepatutnya ada pada diri setiap pejuang Islam, sebaliknya kita semua perlu bersiap-sedia lebih awal supaya dengan ini penyertaan kita dalam pilihanraya nanti akan lebih berkesan selain peluang lebih besar untuk mencapai kemenangan," ujar beliau lagi. - mns

02 August 2007

TERIMA KASIH TV3

Rabu 01 Ogos 2007

Terima Kasih TV3
Sejak Hari isnin 30 Julai 2007, TV3 telah membuat liputan berkenaan keadaan Empangan Bekok yang dikatakan telah di rosakkan dengan teruk. Walaupun sangat lambat isu ini di bangkitkan oleh TV3, namun sekurang-kurangnya satu usaha telah diambil diperingkat media untuk isu ini di ambil perhatian oleh pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.
Sebenarnya disamping Empangan Bekok, empangan-empangan lain turut terjejas akibat kerakusan pihak-pihak tertentu. Antaranya termasuk Empangan Machap dan SemberongDiperingkat Dewan Pemuda PAS, perkara ini telah ditimbulkan iaitu sejak tahun 2005 melalui Memorandum yang di hantar kepada Menteri Besar Johor.
Disamping itu selepas tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berwajib, satu Laporan Polis telah dibuat kerana bimbangkan keadaan empangan ini semakin terancam.
Selain dari itu, sewaktu banjir besar melanda negeri Johor baru-baru ini, Tengku Mahkota, Tengku Ibrahim Ismail turut menegur pengurusan Empangan Semberong yang dilihat sangat lemah.
Apa pun adalah diharapkan agar tindakan segera dapat diambil oleh semua pihak untuk memastikan agar sumber air ini agar dapat dipulihkan secepat mungkin sebelum ianya menjadi bertambah kronik

01 August 2007

KENYATAAN MEDIA

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong penuh keputusan kabinet yang melarang semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen daripada menyandang sebarang jawatan dalam badan-badan sukan (Bernama.com, 1 Ogos 2007)

Keputusan ‘bijak’ ini adalah langkah yang paling baik untuk meningkatkan prestasi sukan yang dilihat semakin bercelaru khususnya prestasi pasukan Bolasepak kebangsaan akhir-akhir ini.

Kabinet memberikan alasan bahawa arahan ini dibuat kerana :-

i. bertujuan menjaga imej mereka daripada dijadikan “kambing hitam” apabila pencapaian sukan yang diketuai mereka merosot.

ii. Ia tidak ada kena-mengena dengan pencapaian sukan-sukan tertentu sejak akhir-akhir ini.

iii. Kabinet mengambil keputusan itu untuk memastikan semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen dapat menumpukan seluruh perhatian mereka pada tugas masing-masing dan tidak terlalu dibebankan dengan masalah dalam persatuan.

Arahan itu berkuatkuasa serta-merta dan semua yang terbabit telah diarahkan agar meletakkan jawatan masing-masing bagi membolehkan pertubuhan yang mereka wakili mencari pengganti di kalangan yang sesuai dan berkebolehan.

Difahamkan bahawa lima menteri ketika ini sedang memegang jawatan dalam pertubuhan-pertubuhan sukan. Mereka ialah ;

i. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Fong Chan Onn (presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia),

ii. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy (presiden Persatuan Ping Pong Malaysia),

iii. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis (presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia),

iv. Menteri Tenaga Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (naib presiden Persekutuan Wusyu Antarabangsa) dan

v. Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Mansor (presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur dan presiden Persatuan Bolasepak Melayu).

DPPNJ melihat bahawa penglibatan orang politik dalam menerajui badan sukan sebenarnya telah melemahkan dan memudaratkan sukan dalam negara. Walaupun keputusan kabinet ini diambil dalam suasana sukan terutamanya bolasepak yang telah parah tetapi setidak-tidaknya langkah ini telah membuktikan bahawa sukan tidak memerlukan campur tangan politik.

DPPNJ yakin bahawa kecaman demi kecaman terhadap prestasi pasukan bolasepak dalam Piala Asia baru-baru ini menjadi punca utama kabinet mengambil keputusan tersebut walaupun cuba dinafikan oleh Datuk Azalina Othman yang menyatakan bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan pencapaian sukan-sukan tertentu sejak akhir-akhir ini.

Apa yang penting, sudah tiba masanya mereka yang mempunyai kelayakan dalam memimpin persatuan sukan diberikan keutamaan sebagai peneraju. Semoga perubahan ini akan memajukan sukan tanahair.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://dppnjohor.blogspot.com
019-7701830

31 July 2007

Ijtima' Nuqaba DPPNJ

Kepada semua para Naqib (Nuqaba'),
kehadiran anda dalam perhimpunan (Ijtima') ini amat diharapkan.
Kami menyeru antum semua agar bangkit bersama-sama kami,
mendepani cabaran semasa, berjuang di medan realiti,
membina wahdatul fikrah, membentuk wahdatul amal,
memimpin rakyat dan menuju kemenangan.. Insyaallah..
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

p/s
Turut terlibat dlm program ini adalah Ketua DPPK, Tim. Ketua DPPK, Setiausaha DPPK, Ketua Lujnah Tarbiyyah DPPK dan semua Nuqaba.
Ingat!
Ijtima Nuqaba DPPNJ
5 Ogos 2007 (Ahad)
8.30 pg - 3.00 ptg
Masrkaz PAS Kawasan Simpang Rengam, (Kg. Shaari)

Sumber Info: USRAH IBNU MASRAN AL-BANJARI

KEMBALIKAN KUASA MENDISIPLINKAN PELAJAR KEPADA GURU

Saya menyokong kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom bahawa Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan (Berita Harian, 30 Julai 2007).

Saya pasti bahawa guru-guru diseluruh negara akan menyambut cadangan ini dengan terbuka kerana sebelum ini terlalu banyak halangan yang dikenakan ke atas guru dalam soal mendisiplinkan pelajar.

Ketika ini, peraturan yang sedia ada terlalu mengongkong guru daripada menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar. Guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas mereka untuk mendidik dan membentuk generasi muda yang bergelar ’ pelajar’ ini bukan sekadar menjalankan tugas mereka untuk mengajar di dalam kelas dan menuruti setiap silibus yang dirancangkan tetapi peranan guru juga penting untuk membentuk peribadi pelajar.

Apabila kuasa untuk mendisiplinkan pelajar disekat kepada guru-guru dan tangan guru-guru ’diikat’ daripada mengambil tindakan kepada pelajar maka pelajar merasakan diri mereka terlalu kebal untuk dikenakan tindakan oleh guru. Memang kita tidak dapat nafikan terdapat juga kes yang guru-guru yang mengambil tindakan diluar daripada peraturan yang ditetapkan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan sebagai kayu ukur kepada semua guru.

Kekangan mendisiplinkan pelajar semakin terasa apabila Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan mengenakan hukuman rotan di khalayak ramai kerana Kementeriaan Pelajaran menyifatkan ianya adalah hukuman yang tidak wajar (Berita Harian, 11 Mac 2006)

Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar sahaja yang dibenarkan merotan pelajar yang bermasalah tetapi bukan semua pengetua dan guru besar ini mengambil tindakan. Malah, ada yang ’mengampunkan’ kesalahan pelajar tanpa diambil tindakan sehingga menyebabkan guru-guru kecewa.

Namun hak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar juga ‘terlucut’ apabila Datuk Noh Omar memberikan penegasan pula bahawa mulai tahun 2007, guru besar dan pengetua sekolah tidak lagi mempunyai kuasa penuh untuk menentukan hukuman terhadap pelajar yang terbabit dalam kesalahan disiplin, sebaliknya sebarang hukuman akan diputuskan Lembaga Disiplin yang dianggotai wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pegawai perhubungan di sekolah terbabit (Berita Harian, 14 September 2006)

Akhirnya, tugas untuk mendisiplinkan pelajar menjadi rumit kerana terlalu banyak langkah-langkah yang perlu dituruti sebelum sesuatu tindakan diambil. Bila perkara ini berlaku, langkah yang paling mudah adalah dengan mengabaikan sahaja kes disiplin yang berlaku.

Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab lebih kurang 350,000 orang guru yang terpaksa mengawal dan mendidik pelajar diseluruh negara yang berjumlah 5 juta orang terlalu berat untuk dilaksanakan. Bukan semua pelajar yang hadir ke sekolah dengan seikhlas hati untuk mendapatkan ilmu dan bimbingan. Pelbagai ragam pelajar perlu ’dilayan’ yang akhirnya mengganggu tugas sebenar guru untuk mendidik. Terkadang kita lebih mengutamakan berapa banyak ’A’ yang akan pelajar perolehi daripada mengambil kira pembinaan insan terhadap anak-anak mereka.

Justeru cadangan Kementerian Pelajaran untuk meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 yang telahpun menjangkau usia 50 tahun adalah langkah yang terbaik bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah.

Sekian

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com/
31 Julai 2007

30 July 2007

PENGENDALI & PENULIS BLOG DITAJA?

KENYATAAN MEDIA
(30 Julai 2007)

TAJUK :

BUKTIKAN BAHAWA PENGENDALI BLOG MENERIMA TAJAAN DARI LUAR


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyanggah kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bahawa pengendali dan penulis blog di Malaysia dibiayai oleh organisai luar sehingga mencecah RM 100,000 sebulan (Berita Harian, 30 Julai 2007).

Beliau juga menyatakan bahawa organisasi berkenaan menaja pengendali dan penulis blog dan membenarkan laman mereka menyiarkan pelbagai perkara sensitif oleh penulis blog tempatan dan luar negara.

DPPNJ melihat bahawa kenyataan ini hanyalah satu tindakan yang untuk menutup kelemahan dan kepincangan yang berlaku terhadap kelemahan UMNO/BN yang akhir-akhir ini dilihat terlalu lemah dalam mentadbir negara. Pendedahan demi pendedahan termasuklah isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang didedahkan di dalam blog-blog cukup dirasai keberkesanannya.

DPPNJ mencabar agar Muhammad Muhd Taib agar mendedahkan pengendali dan penulis blog yang menerima pembiayaan tersebut, jangan hanya berani untuk membuat kenyataan secara semberono tanpa sebarang bukti.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

26 July 2007

Selamat Pulang Saudara Faizi

DPPNJ mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada Ketua Dewan Pemuda Pas Johor yang baru sahaja selesai mengerjakan umrah.

Koleksi gambar boleh lihat di blog peribadi beliau: http://minda-kembara.blogspot.com/

Dengan kepulangan ini, didoakan agar sentiasa tenang sepertimana ketenangan yang diperolehi ketika berada di tanah suci.

Di dalam perjuangan Islam, tidak ada istilah 'on hold'. Sebaik sahaja pulang dari tanah suci, saudara Faizi terus memfokuskan kepada gerak kerja perjuangan tanpa meminta cuti bertugas.

Semoga amilin seperti ini akan lahir dengan lebih banyak di dalam sebuah gerakan Islam di Malaysia dan dunia lain.

Teruskan Perjuangan.

jictdppnj

19 July 2007

Takziah Kepada Keluarga Nahas Nuri

DPPNJ mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia yang terhempas baru-baru ini.

Dalam nahas Nuri terbaru itu, bangkai pesawat itu ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat melalui gerakan darat di sebuah lokasi lima kilometer barat laut dari Genting Sempah, dekat Genting Highlands pada pukul 1.24 petang semalam, lima hari selepas ia dilaporkan hilang pada kira-kira pukul 9.35 pagi, 10 minit selepas meninggalkan Stesen Udara TUDM di Sungai Besi di sini menuju ke Kuantan, Jumaat lepas.

Nahas itu meragut nyawa juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi, 29; dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27; serta Sjn Khusnizam Ariffin, 34, Sjn Mohd Azmie Md Yassin, 35; Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28; dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27 tahun.

Ulasan Mutu Bola Sepak Negara


Oleh: Abdul Hamid Jamah, Ketua Penerangan DPPNJ

Persembahan pasukan bola sepak Malaysia berakhir malam tadi apabila tewas di tangan Iran 2-0. Kekalahan ini melengkapkan pakej kekalahan pasukan Malaysia di dalam saingan merebut Piala Asia 2007 dan seterusnya meranapkan impian Malaysia yang turut menjadi tuan rumah bersama. Prestasi buruk yang dipamerkan pasukan Malaysia ini jelas mengecewakan banyak pihak.

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu. Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Situasi yang berlaku ini bukan sahaja menjadi satu kekecewaan kepada rakyat Malaysia tetapi menjadi kebimbangan sekiranya terdapat unsur rasuah ataupun pilih kasih. Dahulu, arena bola sepak negara pernah dicemari dengan gejala rasuah dan jual beli pemain yang akhirnya merosakkan imej pasukan dan individu tertentu. Maka amat dibimbangkan jika pada hari ini, dalam keadaan penglibatan pengaruh politik pihak tertentu akan menyebabkan berlakunya rasuah dan pilih kasih.

DPPNJ menyeru kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya membuat rombakan besar-besaran dan membina satu plan tindakan yang efektif dan berkesan. Ambil segala bentuk kelemahan yang ada dan selesaikan masalah sedia ada di samping membina keyakinan baru di bawah pentadbiran baru. Serahkan jawatan penting di dalam FAM kepada orang yang benar-benar berkelayakan dan mampu membawa pasukan Malaysia setaraf dengan pasukan lain di dalam dunia. Berikan kepada individu yang profesional berkatan bola sepak dan bukannya melantik orang yang tahu bercakap dan tahu memberi alasan.

Campur tangan politik juga seharusnya dielakkan bagi memastikan mutu pentadbiran bola sepak negara bersih tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Orang-orang yang hadir ke bola sepak dengan tujuan untuk kepentingan diri sendiri mestilah disingkirkan dan di buang daripada senarai pendokong FAM. Orang seperti ini bukanlah mampu menaikkan marabat pasukan bolasepak Malaysia tetapi menjahanamkan sehingga jatuh tersembam menyembah bumi.

DPPNJ mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengambil tindakan drastik meletakkan segala jawatan yang beliau sandang bagi menunjukkan tanda protes dan kecewanya terhadap mutu bola sepak negara. Tindakan tengku itu bukan sahaja kecewa dengan mutu permainan pasukan bola sepak negara tetapi kekecewaan itu jelas menunjukkan bahawa ia melibatkan pihak pengurusan FAM juga.

17 July 2007

Misteri Helikopter NURI

GENTING HIGHLANDS: Hujan dan kabus pada sebelah petang hari ini, sekali lagi menjejaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang di kawasan ini sejak Jumaat lepas.

Cuaca baik dan cerah ketika operasi SAR bermula pada pukul 7 pagi ini terjejas selepas tengah hari apabila cuaca mendung dan beberapa kawasan di sini mula hujan.
Keadaan hujan dan kabus tebal yang menyebabkan pengawasan udara sukar dibuat kerana jarak penglihatan terhad, mengulangi kesukaran yang dihadapi oleh anggota SAR sejak tiga hari lepas.

Operasi di darat juga menghadapi masalah kerana selain licin akibat hujan, bentuk muka bumi kawasan itu menghalang anggota untuk bergerak pantas apabila mereka berhadapan dengan hutan tebal yang berbukit dan bercuram.

Setakat ini, tiada perkembangan positif daripada kumpulan anggota SAR yang membuat operasi di udara dan darat yang melibatkan kawasan seluas lingkungan 60 kilometer di sekitar kawasan ini.
Hari ini merupakan hari keempat operasi SAR dilakukan bagi mengesan pesawat Sikorsky S61 dan enam krewnya yang hilang.

Jumlah anggota SAR yang terlibat dalam gerakan besar-besaran kini meningkat kepada kira-kira 1,400 anggota, tambahan lebih 500 anggota berbanding semalam.

Operasi itu adalah antara operasi menyelamat terbesar di negara ini sejak beberapa tahun lepas melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan penggunaan lebih 15 buah helikopter dan kapal terbang.
Operasi tinjauan di udara itu turut dibantu oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang menghantar pesawat Sea Hawk-nya selain penggunaan helikopter peribadi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta helikopter unit udara polis dan bomba.

Bagi operasi di darat, ia melibatkan pasukan Komando VAT 69, Pasukan Khas Udara (Paskau), pasukan gerakan khas tentera darat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), pasukan Senoi Praaq terdiri Orang Asli yang terkenal dengan kecekapan menjejak serta bantuan penduduk sekitar.

Difahamkan, enam pegawai dan anggota TUDM yang hilang bersama helikopter itu mampu bertahan untuk tempoh enam hingga lapan hari dengan sumber makanan di hutan.

Semasa kejadian, pesawat Nuri dipandu oleh juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof membawa bersama Sjn Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan apabila dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pukul 9.35 pagi Jumaat, kira-kira 10 minit setelah berlepas. BERNAMA
---------------------------------------------------
DPPNJ: Sudah adakah mana-mana pihak yang minta Allah beri petunjuk secara khusus? Solat hajat beramai-ramai? Kuasa Allah mengatasai kuasa manusia. Mengapa beriye-iye minta bantuan tentera dari luar negara tetapi tidak minta bantuan dari Allah?



Ceramah Perdana

CERAMAH PERDANA
Saudara Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
Bersama
Ustaz Salehin Mohyi
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat
Pada
Tarikh : 20 Julai 2007 (Jumaat)
Tempat : Sungai Sudah Darat
Masa : 9.00 Malam

KPP JOHor menunaikan Umrah

14hb yang lalu Ketua Pemuda Pas Johor telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah.

Semoga perjalanan pergi dan balik beliau selamat.

02 July 2007

MotorShow!

Batu Pahat, 30 Jun, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor telah berjaya menganjurkan program MotorShow bersama ratusan mat rempit sekitar JOhor. Program yang dikelolakan di bawah Unit Amal Johor itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan khususnya daripada mat-mat rempit.
Atas usaha yang berterusan, mat-mat rempit akan digelar dengan gelaran Sahabat Motor bagi mengajak mereka lebih dekat kepada Islam dan PAs ini sendiri.
Pada program tersebut, dihimpunkan pelbagai motorsikal yang di hias dan di solek sebagai pameran. Tidak ketinggalan kemunculan khas saudara Yasir yang merupakan finalis Cup Prix Asia. Saudara Yasir mempersembahkan beberapa demo dan aksi menunggang motor yang mengkagumkan hadirin yang hadir. Program berlansung dari jam 8 pagi hingga 11 malam. Anggaran kehadiran adalah melebihi 500 orang.




22 June 2007

ADAKAH JOHOR SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK DIDIAMI?

Sangat menyedihkan dan mengerikan. Begitulah laporan berita yang disiarkan oleh The Star Online (English) tentang berita terkini berkaitan dengan jenayah yang telah dan sedang berlaku di Johor.
Bayangkanlah kalau anda adalah merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini sedang hidup dalam kesibukan kehidupan di Johor Bahru adan anda adalah seorang wanita ataupun ibu dan ayah kepada anak-anak gadis yang masih bersekolah dan meningkat usia keremajaan, tiba-tiba anda melihat bagaimana jenayah berterusan berlaku disekeliling anda ketika ini.

Dilaporkan bahawa semalam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun telah DIROGOL oleh empat orang lelaki di Tanjung Langsat. Satu kes lagi berlaku yang melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang DIROGOL oleh seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai seorang polis di Taman Teknologi di Senai.

Pada 12 Jun yang lalu tiga orang lelaki telah MEROGOL seorang gadis berusia 19 tahun dan memaksa teman lelakinya untuk melihat kejadian tersebut dihadapan mata.

Bayangkan, apakah perasaan anda jika anda sedang berada di Johor ketika ini. Setiap hari kita akan keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja atau urusan-urusan yang lain, anak-anak kita sudah tentu akan keluar daripada rumah untuk ke sekolah ataupun untuk urusan pembelajaran.

Tiba-tiba peristiwa hitam dan pedih ini berterusan berlaku di sekeliling kita. Selamatkah kita? Selamatkah anak-anak kita? Selamatkah saudara-saudara kita?

Usaha Persekutuan Tionghua Johor Bahru setakat ini telahpun mencapai jumlah sokongan melalui internet adalah sebanyak 70353 tandatangan dan memperlihatkan sokongan yang cukup memberansangkan.

Dalam kenyataan media PAS Johor yang diadakan di Johor Bahru pada 18 Jun 2007 yang lalu turut memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh persekutuan ini dan PAS juga mengambil inisiatif untuk menggerakkan ahli-ahli PAS di seluruh negeri Johor untuk sama-sama bertindak kearah usaha ini.

Klik http://www.jbtalks.cc/petition/main.php untuk memperlihatkan sokongan anda.
Apapun, tindakan segera perlu dilakukan oleh kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyelamatkan keadaan. Nampaknya, belum selesai tandantangan ini dikumpulkan, kerajaan telahpun mengumumkan tiga tindakan segera semalam.

Tiga IPD baru yang akan ditubuhkan bagi kawasan Johor Baru Timur, Nusa Jaya dan Kulai, penambahan 400 lagi anggota bagi daerah Johor Baru menjelang Ogos nanti dan tambahan 200 kereta peronda polis ke Johor Baru bagi memantapkan lagi tugas rondaan pencegahan jenayah menunjukkan kejadian jenayah di Johor sememangnya sangat serius dan membimbangkan.
Namun, apakah pengumuman baru ini mampu menyelesaikan segala keresahan rakyat di Johor?
Paling utama, penguatkuasaan perlu dilipatgandakan, tindakan perlu disegerakan dan rondaan perlu dikerapkan khususnya di kawasan-kawasan yang sering menjadi sasaran penjenayah.

Selamat bertugas kepada semua anggota PDRM di Johor.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

KEMPEN 100 RIBU TANDATANGAN

Kempen mengumpul 100 ribu tandatangan untuk diserahkan kepada kerajaan Johor bersama memorandum keselamatan telah dipengerusikan oleh Persekutuan Tiong-hua Johor Bahru. Tarikh tutup adalah pada 24 Jun ini.
Marilah kita bersama menjayakan kempen ini.
我们对新山治安败坏的严重性,深感忧心忡忡;人民生活在恐慌的恶劣环境中,财物性命没有保障。 以下签名者向我国政府传达我们强烈的心声,希望警方全力以赴, 重点扑灭严重罪案, 还我人民一个安全的生活环境。Pihak kami serentak merasai keadaan keamanan dan keselamatan di Johor Bahru semakin tergugat dan rakyat hidup dalam situasi yang bimbang dan gelisah. Bersama ini kami menurunkan dandatanggan sebagai satu penyampaian citarasa kami kepada pihak berkuasa, kami berharap pihak polis akan menfokus dan berusaha dengan sepenuhnya bagi membanteras jenayah untuk mengembalikan keyakinan kehidupan yang aman kepada rakyat semua.

14 June 2007

MUAR DILANDA BANJIR

Dalam kesibukan para mangsa mengemas, Sukarelawan PAS telah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir untuk mengurangkan beban mereka.
Antara yang dilakukan termasuk menarik jambatan yang hanyut, Membaik pulih Jambatan yang rosak, membawa orang kampung keluar dan masuk kawasan yang terjejas.

Para petugas turut mengedarkan makanan tengarahi untuk para mangsa.Dato Dr Mahfudz Muhammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor turut serta dalam kerja-kerja memperbaiki jambatan yang rosak akibat banjir.

Info lanjut dan gambar berkaitan banjir di Muar boleh rujuk di Blog Dewan Pmuda Pas Kawasan Muar: http://dppmuar.blogspot.com/

11 June 2007

Gambar Sekitar XPDC Dakwah JomHeboh DangaBay











KENYATAAN MEDIA DPPNJ

Lawatan Menteri Tidak Selesai Pelbagai Masalah

Kehadiran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dan rombongannya, baru-baru ini ke mesir tidak banyak menyelesaikan pelbagai masalah pelajar-pelajar melayu Islam di sana.

Pertemuan yang singkat tidak boleh dianggap sebagai penyelesai kepada masalah-masalah yang tertangguh, terutamanya perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Kepada mereka yang pernah merasai pengajian di Timur tengah terutamnya di Mesir, terpaksa berhadapan dengan risiko yang banyak jika berbanding dengan negara-negara yang lain. Pembiayaan biasiswa hampir dinafikan kepada seluruh pelajar-pelajar di sini. Kerajaan dianggap tidak serius untuk membina keruntuhan akhlak yang semakin parah di Malaysia. Ini terbukti dengan banyak aktiviti-aktiviti hiburan yang melampau di seluruh negara dengan membiarkan mereka hanyut di arus keseronokan yang melalaikan.Sebab itu kami di sini dibiarkankan!

Kami yang belajar agama di Timur tengah tidak diberikan peluang untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di Malaysia . Bahkan menganggap kami ini sebagai golongan yang tidak memberikan sumbangan kepada negara. Apabila kami balik, peluang yang diberikan hanyalah menjadi guru j-Qaf yang hanya belajar tulisan jawi & alif ba, ta sahaja sedangkan keupayaan kami adalah lebih dari itu! Kami di sini belajar mengenai Teori Darwins, Kemusnahan Teori Ekonomi Kapitalis, Nasionalis, Sekularisme serta teori-teori barat yang lain yang banyak menghancurkan negara, bangsa & negara. Oleh kerana kami belajar perkara-perkara sedemikian, kami tahu kebobrokan sistem ini , serta kami tahu betapa rakusnya pemimpin-pemimpin negara menganuti aqidah yang menyesatkan umat dan negara! Oleh kerana kami tahu , kami dianggap sebagai musuh serta pemusnah kepada pembangunan. Sebenarnya pemimpin negaralah yang menjadi pemusnah kepada segalanya.

Kami menggap lawatan menteri ke sini tidak lebih daripada melepaskan batuk di tangga. Kalau betul kehadiran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berjaya menyelesaikan pelbagai masalah, kami ingin tanya berapa ramai dikalangan kami mendapat biasiswa? Berapa ramai yang mendapat peruntukan zakat? Bagaimana kedudukan Asrama Pelajar di Abasiah dari sudut keselesaan, prasanarana, perpustakaan, serta penginapan. Adakah sesuai untuk dijadikan tempat penginapan? Semua persoalan ini bahkan beratus lagi persoalan yang perlu dijawab oleh menteri berkenaan sejauh mana ia telah dapat diselesaikan?

Tahukah menteri berkenaan, ada di antara kami terpaksa berniaga untuk mendapatkan kewangan? Tahukah menteri berkenaan kami terpaksa bekerja di Eropah untuk menampung kos sara hidup kami? Akhirnya ada di antara kami yang tidak dapat menghabiskan pengajian kerana terpaksa bekerja itu dan ini demi untuk meneruskan perjuangan ini....Semua persoalan ini dapat diselesaikan atau pun tidak?

Kami juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menakut-menakutkan mahasiswa Islam yang belajar di Mesir yang ingin bersama dan terlibat dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Mahasiswa Islam sepatutnya diberikan kebebasan hak berpersatuan dan berorganisasi. Mahasiswa adalah kelompok masyarakat intelektual yang berhak untuk menentukan pendirian mereka yang berpaksikan kepada ilmu dan akademik tanpa perlu golongan intelek ini dibelit dan diikat dengan mana-mana kongkongan politik.
Kami bukan pelajar sekolah menengah. Kami bukan pelajar sekolah rendah. Kenapa mahasiswa perlu ditakut-takutkan? Kenapa mahasiswa mesti diugut dengan potongan zakat dan pinjaman apabila mereka terlibat dengan PMRAM? Kenapa zakat yang merupakan hak Allah yang wajib diagihkan kepada asnaf yang sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk mengancam kebebasan mahasiswa bersuara dan berpersatuan?

Kami tidak akan meredhai tindakan zalim pihak-pihak tertentu yang menjadikan zakat dan pinjaman sebagai alat untuk mengugut dan menyekat para mahasiswa daripada terlibat dengan PMRAM. Kami akan mempersoalkan mereka yang menganjurkan ugutan ini di hadapan Allah kelak di atas tindakan yang bercanggah dengan Islam dan hak kebebasan manusia!.

Dilema yang menimpa para mahasiswa Islam di Mesir ini terus berlarutan apabila wujud ancaman pemotongan zakat dan biasiswa kepada mana-mana mahasiswa yang terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh PMRAM sehingga para mahasiswa di Mesir takut untuk terlibat dengan PMRAM sekalipun mereka ingin untuk menyertai program-program akademik dan ilmiah yang merupakan agenda utama PMRAM yang mementingkan kebajikan ahli.

Sila nyatakan apakah kesalahan PMRAM sehingga dinafikan haknya sebagai badan kebajikan di Mesir?
Sekian,

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani,
Bekas Bendahari BKPJM Di Mesir
Tim. Lajnah Tarbiyyah DPPNJ

Memorandum Tentang Mat Rempit

Tarikh 6 Jun 2007
MEMORANDUM MENGATASI MASALAH MAT REMPIT DI JOHOR


Firman Allah,
“ Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Al-Maidah 8

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN Johor) mengambil peluang dan inisiatif untuk mengadakan pertemuan pada hari ini bagi membincangkan dan menyampaikan beberapa pandangan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia Negeri Johor terhadap isu yang sedang membarah dalam masyarakat iaitu isu Mat Rempit.
Trend menunjukkan aksi menunggung motosikal dijalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat.


Mat Rempit bukan lagi berempit pada malam hari tapi siang hari seperti yang dipaparkan dalam pelbagai aksi diseluruh negara dan ditayangkan dalam laman web.
Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya.
Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja merbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalanraya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat.
Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999).


Mat Rempit bukan sekadar mengganggu ketenteraman awam dengan aksi mereka dan perlumbaan haram tetapi juga melibatkan pelbagai kes jenayah seperti pergaduhan dan keganasan termasuk mencerakan anggota polis.
Terbaru, Konstabel Mohd Daud, seorang konstabel polis cedera parah dirempuh sebuah kereta ketika mengejar sekumpulan mat rempit yang sedang berlumba di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah pada 5 Mei 2007
Koperal Othman Bin Ismail, anggota trafik Polis Daerah Seberang Perai Tengah cedera parah di kepala, dada dan tangan akibat diserang dengan batu oleh sekumpulan lebih 200 mat rempit ketika membuat rondaan di Lebuh Raya Butterworth-Kulim pada 2 April 2007.


DPPNJ telah mengadakan pelbagai perbicangan bagi mendapatkan pandangan untuk mengatasi masalah ini mengikut pelbagai sudut termasuklah melalui tindakan yang mampu dilakukan oleh pihak keselamatan mengikut undang-undang.


Maka, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mencadangkan satu tindakan yang lebih drastik dapat dilakukan oleh PDRM negeri Johor ;
i. Kempen Membasmi Mat Rempit. Memandangkan bahawa Mat Rempit merupakan musuh utama di atas jalanraya masa kini maka kempen tersebut perlulah dilakukan secara besar-besaran seperti mana kempen yang dibuat untuk menangani dadah yang dilabelkan sebagai musuh utama negara. Pemplet dan risalah tentang bahaya mat rempit disebarluaskan kepada masyarakat, kain rentang dan papan tanda dinaikkan di tempat-tempat yang strategik termasuklah kawasan ‘litar perlumbaan’ mat rempit.

ii. Menahan Mat Rempit yang berkeliaran selepas waktu tertentu. DPPNJ mencadangkan agar PDRM mengadakan perintah berkurung kepada anak-anak muda yang berpeleseran tanpa tujuan pada setiap malam sehinggalah keadaan gejala Mat Rempit ini dapat dikawal.

iii. Kenakan Hukuman yang Berat. Hukuman yang berat perlu dikenakan kepada pesalah yang ditahan seperti menggantung lessen memandu seumur hidup, dirotan bagi setiap kesalahan kerana ia pasti menggerunkan pesalah dan merampas motosikal yang digunakan oleh mat rempit ketika berlumba.


Penutup
DPPNJ bersedia untuk memberikan kerjasama kepada PDRM negeri Johor bagi membendung masalah ini kerana masalah mat rempit adalah masalah masyarakat dan bagi kami semua pihak sepatutnya memberikan kerjasama dan bukannya meletakkan segala bebanan tugas kepada polis sahaja seperti mana kerjasama yang telah dilakukan oleh DPPN Kelantan dengan PDRM negeri Kelantan.
Semoga perbincangan dan padangan yang disampaikan oleh DPPNJ pada hari ni dapat memberikan membantu PDRM untuk mengurangkan seterusnya mengatasi masalah mat rempit di Johor.
Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah,
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor




LAWATAN KERJA KE BADAN PENCEGAH RASUAH JOHOR

Hampir empat tahun berlalu namun kes rasuah berprofil tinggi yang berlaku semasa pilihan raya umum 2004 lalu sehingga kini masih belum dibawa ke muka pengadilan.
Pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Johor juga difahamkan telah selesai menjalankan siasatan kes ini dan fail kes telah pun dimajukan ke BPR Putrajaya untuk tindakan selanjutnya, tetapi malangnya sehingga hari ini kes ini masih belum dibicarakan lagi.

Pada pilihan raya umum 2004 lalu, calon PAS bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Raja, Sanip Isnin, mendakwa cuba disogok oleh wakil pihak tertentu yang berjanji akan memberi imbuhan RM100,000 sekiranya beliau bersetuju menarik diri dari bertanding.
Sekiranya beliau bersetuju berbuat demikian maka calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Pasir Raja akan diisytihar menang tanpa bertanding.

Bagaimana pun hasrat pihak tertentu untuk ‘membeli’ beliau tidak kesampaian setelah cubaan ini digagalkan dan kedua-dua orang tengah yang mewakili pihak tertentu ini berjaya ditahan bersama wang tunai berjumlah RM5000 dipercayai sebagai wang pendahuluan, mereka kemudiannya diserahkan kepada BPR.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Pasir Raja ialah Dato’ Halimah Mohamad Sadique (sekarang exco Johor)

Bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes ini, Dewan Pemuda PAS Johor (DPPNJ) telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan BPR Johor, Noraini Mohamad, yang mewakili Pengarah BPR Johor, di pejabatnya di Wisma Persekutuan, dekat sini, baru-baru ini.
Sebagaimana biasa jawapan yang beliau (Noraini) beri juga sama seperti pengarah terdahulu, "fail siasatan telah pun dihantar ke Putrajaya".

Selain isu rasuah di Dun Pasir Raja, Ketua DPP NJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil, bersama beberapa pimpinan pemuda PAS Johor, turut membincangkan isu gejala rasuah yang dilihat semakin membimbangkan mutakhir ini.
Ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan ini, beliau berkata, pemuda PAS bersedia untuk bekerjasama dengan BPR dalam usaha membanteras gejala rasuah ini.
“Antara usaha yang akan kita lakukan ialah memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung isu rasuah ini, apa itu rasuah dan bahaya rasuah terhadap negara dan bangsa," katanya lagi.

Tahniah KPP Johor dan Suhaizan

Mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini bersetuju secara sebulat suara melantik semula Ahmad Sabki Yusof sebagai Setiausaha Pemuda dan YB Mohd Zaki Ibrahim selaku Bendahari manakala Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Penerangan yang baru.
Bagi jawatan Penolong Setiausaha dua nama turut diumumkan iaitu Ustaz Musoddak Ahmad dan Ustaz Mohd Nazri Chik.

Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub berkata selain 12 orang AJK Pemuda yang dipilih sewaktu Muktamar yang ke-53 lalu, mesyuarat pertama dewan pemuda sesi 2007-2009 ini turut melantik sembilan orang sebagai AJK dewan tersebut.

Mereka yang dilantik terdiri daripada Abdullah Abdul Karim dari negeri Pahang, Zuraidin Abdullah (Kelantan), Taufek Abd Ghani (Negeri Sembilan), Mohd Adram Musa (Selangor), Adli Zahari (Melaka), Firdaus Jaafar (Kedah), Kamruzaman Mohd (Kuala Lumpur), Khairul Faizi Ahmad Kamil (Johor) dan Dr Rosli Alani (Kelantan).

Dalam sidang itu, Salahudin turut menyerahkan 12 senarai nama AJK yang dipilih pada muktamar lalu antaranya Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Riduan Mohd Nor, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Sallehin Mukhyi, Ustaz Nor Azli MUsa, Ustaz Ariffin Deraman, Ustaz Mohd Baihaqi Atiqullah dan Ustaz Zulkharnain Abidin Al-Hafiz.

Turut hadir dalam sidang itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin At-Tantawi dan Naib Ketua Ustaz Azman Syapawi Abdul Rani.
---------------------------------------------------------------

06 June 2007

Selamat Pengantin Baru Imam Hadhari

DPPNJ mengucapkan selamat pengantin baru kepada Perdana Menteri Malaysia. Semoga kekal bahagia dan tak pegang 'bahu' orang lain lagi.

05 June 2007

Permata Merah Selatan

Mantap! Mantan Ketua Pemuda Pas Ayer Hitam, Sdr Jahid segak mengetuai perbarisan Unit Amal Malaysia bersempena Muktamar Tahunan Pas Kali ke 53 yang berlansung di PUTIK Kelantan baru-baru ini. Kelihatan di gambar, sdr Jahid sedang mengiringi Tuan Guru Presiden memeriksa perbarisan Unit Amal. Gambar ehsan Harakahdaily

27 May 2007

Ayuh Sahabatku!

Apabila Perdana Menteri Malaysia mengistiharkan kenaikan gaji kakitangan awam dan Elaun Kos Sara Hidup (Cola) pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam, ada teman yang menghantar SMS dengan nada yang kurang bersemangat dengan menyatakan bahawa pastinya perjuangan kita akan lebih perit selepas ini. Katanya, kakitangan awam telah berjaya dibeli oleh kerajaan UMNO/BN yang sudah tentu menggunakan peluang ini untuk melembutkan hati mereka untuk terus memberikan sokongan.

Ada juga teman-teman yang semacam mahu menyerahkan kepada takdir dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Seolah-olahnya dunia sudah kiamat apabila anugerah itu dilihat sebagai ‘pukulan maut’ kepada PAS/BA.

Sebagai anak muda yang masih mentah dalam medan perjuangan ini, saya menasihatkan kepada teman-teman seangkatan agar jangan mudah mengalah dan mengaku kalah. Ini bukan sifat orang beriman dan sifat sebagai pejuang Islam.

Dalam perjuangan ini, kita diajar untuk tidak mudah mengalah. Apalah nak dibandingkan dengan cabaran, dugaan dan ujian yang kita lalui jika kita ingin bandingkan dengan junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W, para sahabat-sahabat dan para perjuang yang terdahulu.
Firman Allah dengan maksudNya;

“Kalau apa yang kamu (Muhamad) serukan kepada mereka itu satu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang sederhana jauhnya patinya mereka akan mengikutimu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka” – Surah At-Taubah : 42

Kerajaan UMNO/BN akan tetap sama walaupun tindakan mereka ini dilihat sebagai senjata yang cukup hebat untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kita mesti ingat bahawa Islam masih belum dimartabatkan malah terus dihina, dicerca dan diperlekeh oleh pimpinan UMNO./BN. Rasuah semakin membarah, gejala sosial semakin tidak terkawal, jenayah semakin membimbangkan, harga barang terus naik dan pelbagai lagi.

Ini adalah tanggungjawab kita, ini adalah amanah yang perlu kita laksanakan. Jika bukan kita yang diharapkan untuk memperjuangkan kebenaran, siapa lagi yang kita nak harapkan?.
Marilah kita perbetulkan niat dan perbaharui tekad kita.
Allahu Akbar!!!