30 October 2008

KENAPA GOLONGAN PROFESIONAL MENYERTAI PAS?


Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.

"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.

Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.

"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.

Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.

"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.

Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya._

27 October 2008

Maruku Perpaduan dan Sambutan Idil Fitri Dewan Pemuda, Ulama' dan Muslimat PAS Johor

Ust Mohd Shah Lamat, YDP PAS Kawasan Gelang Patah bersama sdr Khairul Faizi sedang bertanya khabar dengan salah seorang penduduk masyarakat India di Kampung Nesa

Mengunjungi salah sebuah keluarga di Kampung Nesa Skudai yang akan menyambut Perayaan Deepavali
Muslimat juga turut hadir bersama aktiviti 'Maruku Perpaduan'

Berselawat beramai-ramai bersama sdr Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai.

Pimpinan Muslimat PAS Johor yang diketuai oleh Hajah Atiah Ahmad bersama Jawatankuasa wanita penduduk setinggan Kempas berbris menanti kehadiran tetamu jemputan


Barisan pimpinan Pemuda dan Ulama' PAS Johor berbaris menanti kehadiran para jemputan

24 October 2008

Kunjungan Hormat dan Penyerahan Memorandum


MEMORANDUM KEPADA

EN.HAMIDUN B. HJ. A.JALIL
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna,Aras 17 & 17A,
Menara Ansar
Jalan Trus
80000 Johor Bharu,JOHOR DARUL TAKZIM.
PEJABAT AM : 07-2272828, 07-2262017NO. FAX : 07-2235252


TUNTUTAN KAMI

PEMANTAUAN LEBIH TEGAS TERHADAP KENAIKAN HARGA BARANGAN YANG MELAMPAU

OLEH

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Bangunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17 Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,
86200 Simpang Renggam
Johor Darul Takzim

Tel: 07-7554693 Fax: 07-7555198
e-mail:
dppjohor@yahoo.com
Laman Blog: http://www.dppnjohor.blogspot.com/

PADA

23 Oktober 2008
23 Syawal 1429
1.0 MUKADDIMAH

Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen yang menyebabkan kenaikan daripada RM 1.92 kepada RM 2.70 (kenaikan 41 peratus) dan harga diesel sebanyak RM 1 menjadi RM 2.58 (kenaikan 63.3 peratus) pada 4 Jun 2008 para pengguna sudah membayangkan bagaimana kesan yang akan ditanggung selepas daripada kenaikan tersebut.

Walaupun kerajaan menyebut bahawa kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion pada tahun 2008 namun ia sudah pasti menjadi bebanan kepada pengguna.

Lonjakan harga barangan sudah tidak dapat dikawal lagi dengan peningkatan mendadak harga runcit barangan kawalan seperti ikan, daging dan sayur-sayuran yang dijual di pasar. Sepert imana yang dipaparkan di dada akhbar, peningkatan harga barangan sudah semakin tidak terkawal.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengambil serius dengan pelbagai aduan berkaitan dengan kenaikan harga barang keperluan harian yang semakin mendadak sejak akhir-akhir ini.

Walaupun kerajaan telahpun menurunkan sebanyak tiga kali harga petrol/diesel selepas kenaikan mendadak pada bulan Jun 2008 namun harga barangan tidak beransur turun malah ada yang semakin meningkat naik.

Masalah ini cukup serius sehinggakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa mengingatkan para peniaga supaya menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak yang telah berlaku sebanyak tiga kali pada tahun ini kerana peniaga diingatkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang secara sukarela tanpa perlu menunggu kerajaan bertindak.

2.0 KENAPA HARGA TERUS MENINGKAT?

Memang benar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan panduan harga runcit (rujuk lampiran) untuk memudahkan kepada para peniaga dan pengguna untuk mengetahui harga terkini pasaran sesuatu barangan kawalan tetapi sejauh mana ia berjaya dipatuhi oleh para peniaga?

Sebagai contohnya, ayam bersih (berkepala, baki, hati dan hempedal) mengikut harga kawalannya adalah RM 6.50 bagi setiap kilogram di Johor Bahru sedangkan harga yang dijual adalah melebihi daripada harga kawalan tersebut.

Sudah pasti, pengguna akan menyatakan bahawa para peniaga tidak mengendahkan harga runcit yang dikawal ini. Namun, apakah benar peniaga sengaja dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan untuk mencari keuntungan lebih atau kerana peniaga terpaksa melakukan sedemikian rupa?

Peniaga pula akan menuding jari kepada pembekal yang lebih awal memaklumkan bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan kerana kos harga bahan bakar telah dinaikkan termasuklah petrol/diesel.

Tetapi apa yang pasti, penggunalah yang akan menjadi mangsa kepada masalah ini.

3.0 CADANGAN

DPPNJ telah memerhatikan perkara ini dan telah mendapatkan pandangan-pandangan daripada pelbagai pihak bagaimana untuk menangani masalah harga jualan yang semakin tidak terkawal ini. Beberapa cadangan dikemukakan kepada KPDNHEP untuk membantu mengatasi masalah ini.

3.1 Mencari punca kenaikan harga barangan di pasaran

3.1.1 Apabila harga barangan di pasaran naik selepas kenaikan harga minyak, maka sudah tentu ia akan berpunca daripada kos yang ditanggung oleh pembekal.
3.1.2 Maka sudah tentu perkara yang utama yang perlu diberikan perhatian oleh KPDNHEP adalah para pembekal bukannya para peniaga kerana harga jualan sudah pasti akan dinaikkan bergantung kepada harga yang diterimanya.

3.2 Memberikan tumpuan lebih hebat kepada langkah-langkah penguatkuasaan

3.2.1 DPPNJ percaya langkah penguatkuasaan telah dijalankan tetapi masih lagi belum cukup untuk membenteras masalah kenaikan harga barangan.
3.2.2 Langkah penyamaran juga dapat membantu menyelesaikan masalah peniaga yang masih belum mahu menurunkan harga jualan. Kaedah penyamaran ini jika dilakukan dengan teratur, kemas dan terancang diyakini akan lebih berjaya menyelesaikan banyak isu-isu kepenggunaan termasuk kenaikan harga tambang perkhidmatan awam, harga barangan, penipuan alat timbangan dan banyak lagi.

3.3 Penguatkuasaan dibuat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak tetapi tidak ada penguatkuasaan apabila harga minyak diturunkan.

3.3.1 Sebelum ini, apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol/diesel, kerahan terhadap unit penguatkuasa untuk memantau harga barangan di pasaran. Namun, apabila harga minyak diturunkan tiada arahan pemantauan dibuat kepada penguatkuasa.
3.3.2 DPPNJ melihat bahawa ia menjadi punca kenapa harga barangan kawalan masih lagi tidak diturunkan sejak penurunan harga minyak sebanyak tiga kali.

3.4 Wujudkan mekanisme turun harga barang

3.4.1 Mekanisme untuk menurunkan harga barang mesti dirangka selaras dengan penurunan harga minyak terutamanya harga barangan kawalan.
3.4.2 DPPNJ melihat bahawa kerajaan boleh berbincang soal kenaikan harga barangan dan kos pengangkutan seiring dengan kenaikan harga minyak bersama para pengilang serta pengusaha, maka adalah perlu perbincangan yang sama dilakukan bagi mencari mekanisme terbaik menurunkan semula harga barangan dan perkhidmatan tersebut.

3.5 Mewujudkan skuad pemantau sukarelawan

3.5.1 Ada juga kemungkinan KPDNHEP berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga untuk membuat pemantauan terhadap harga barangan di pasaran.
3.5.2 DPPNJ mencadangkan agar skuad pemantau sukarelawan ditubuhkan bagi membantu meringankan bebanan tugas ini.
3.5.3 DPPNJ menawarkan khidmat Unit Amal yang mempunyai anggota di seluruh negeri Johor untuk terlibat di dalam skuad pemantau ini.

4.0 PENUTUP

DPPNJ mengucapkan syabas kepada Menteri PDNHEP, Datuk Shahrir Abdul Samad kerana dalam kenyataannya semalam bahawa kerajaan akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan Jumaat ini.

Beliau akan mengumumkan penurunan barangan keperluan pengguna yang melibatkan harga beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar. Namun, bukan sekadar pengumuman sahaja yang perlu dilakukan tetapi perlaksanaan dan pemantauannya adalah lebih mustahak dilaksanakan.

DPPNJ juga berharap agar KPDNHEP dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan ini dalam masa terdekat.

Sekian terima kasih.


Yang Benar,


KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://www.minda-kembara.com/
019-7701830

20 October 2008

Lawatan YB Salahudin Ayub Ke Johor






Gambar Pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Pasir Gudang

17 October 2008

Gambar Peristiwa Perobohan Rumah Di Kampung Baru Plentong Tengah

Ketua Pemuda PAS Johor sedang mendapatkan maklumat dan bertanya khabar terhadap penduduk di Kampung Baru Plentong Tengah.
Rumah pertama yang telah dirobohkan di Kampung Baru Plentong Tengah semalam. Rumah-rumah kosong menjadi sasaran pihak pemaju yang dibantu oleh pihak polis untuk dirobohkan.
Proses perobohan rumah diteruskan walaupun pemaju dapat melihat sendiri titisan airmata daripada penduduk terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa.

Rundingan terus dijalankan walaupun pemaju sedang meruntuhkan beberapa buah rumah.
TNB ditugaskan juga untuk memastikan bahawa bekalan elektrik diputuskan.

Sdr Khairul Faizi, sdr Mazlan Aliman dan sdr Hamid Jammah sedang berbincang yang turut disertai oleh sdr Salman Hussin, wartawan Harakah Johor.

Ketua Pemuda disambut oleh wartawan di tapak perobohan rumah.

Wakil pemaju mengarahkan agar rumah ini dirobohkan sambil diperhatikan oleh sdr Khairul Faizi dan sdr Zabidi (Timbalan Ketua AMK Johor)

Ketua UMNO Cawangan UMNO Kampung Baru Plentong sedang menghubungi seseorang untuk membincangkan tindakan terhadap kes perobohan rumah ini.

Anjing dibawa untuk menakut-nakutkan penduduk.

Sdr Khairul Faizi sedang berbincang dengan Hasan Karim, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang juga merupakan peguam yang mewakili penduduk.

Sdr Khairul Faizi sedang mendapatkan maklumat daripada penduduk-penduduk Kampung Baru Plentong Tengah.

16 October 2008

27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh

Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor, telah dibebaskan malam ini.

Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka juga diarahkan supaya melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela penduduk terbabit.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada 27 orang yang ditahan pagi tadi.

Mereka ditangkap polis pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Mereka yang ditahan itu termasuk tiga wanita orang dan dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan, Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Hassan juga, ketika dihubungi semasa berada polis terbabit, turut mengesahkan jumlah yang ditahan ialah seramai 27 orang, termasuk tiga orang wanita.

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

KEMANA KELUARGA INI NAK TIDUR?

PENDUDUK JOHOR MENJADI PELARIAN DI NEGERI SENDIRI


15 October 2008

AMERIKA DITIMPA PELBAGAI BALA DARI ALLAH-ISYARAT KEPADA KEBANGKITAN ISLAM

LOS ANGELES 14 Okt. - Kebakaran hutan di beberapa daerah di California, meragut dua nyawa semalam, memaksa pihak bomba meningkatkan usaha mengawal api daripada terus merebak.

Koroner Daerah, Ed Winter berkata, mangsa pertama ialah seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kayu dan kadbod di bawah jejambat.

Mangsa kedua ialah pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di sebatang lebuh raya berhampiran Poter Ranch, setelah asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan.

Usaha anggota bomba untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak bagaimanapun berdepan dengan kesukaran akibat tiupan angin kencang.

Kebakaran paling teruk dilaporkan berlaku di kawasan penempatan di Lembah San Fernando, utara Los Angeles dengan lebih 1,000 anggota bomba bertungkus lumus mengawal api daripada memusnahkan rumah penduduk.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,200 penduduk telah dipindahkan dan berpuluh-puluh rumah bergerak pula musnah selepas api marak disebabkan angin kencang yang digelar Santa Ana.

Menurut pegawai Jabatan Bomba, kebakaran itu telah memusnahkan 4,046 hektar kawasan hutan.

Gabenor California, Arnold Schwarzenegger telah mengisytiharkan darurat di kawasan terbabit dan menggesa penduduk mematuhi arahan berpindah jika diminta berbuat demikian.

"Tiupan angin akan mengubah arah api dalam beberapa jam akan datang.

"Oleh itu, sangat penting bagi penduduk mematuhi amaran pegawai keselamatan untuk berpindah," katanya.

Sementara itu, kebakaran hutan di Taman Negara Angeles masih lagi marak dan bomba setakat ini hanya dapat mengawal lima peratus kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Bomba Los Angeles, Michael Freeman menggesa penduduk berpindah jika diminta berbuat demikian.

Dalam pada itu, 1,025 penduduk di bandar Oceanside diarah berpindah selepas api makin marak dan mula menghampiri pangkalan tentera marin di Pendleton.

Kebakaran turut dilaporkan berlaku di Taman Negara Angel Island di Teluk San Francisco membabitkan kawasan seluas 160 hektar.

Kebakaran hutan sering berlaku di California semasa musim kemarau dan angin Santa Ana.

Pada Oktober tahun lalu, kebakaran hutan di negeri itu menyebabkan lebih 640,000 penduduk dipindahkan dan kemusnahan harta benda bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.49 bilion).

Sekarang ini bukan masanya kita asyik nak tunggu pertukaran kerajaan baru, tetapi kita sebenarnya perlu fokus terhadap sistem Islam yang bakal menggantikan sistem barat. Kehancuran yang berlaku di Amerika sewajarnya kita jadikan satu signal dari Allah untuk kita bersiap sedia mengambil alih dunia ini daripada tangan-tangan Yahudi! Dewan Ulamak sewajarnya bangkit dengan mengemukakan formula Gagasan negara Islam yang ternyata berupaya menggantikan kebobrokan sitem yang telah hancur! Mereka hancur kerana benar-benar mengamalkan idealisma kapitalisme & sosialisme. Tetapi umat Islam hancur bukan kerana mengamalkan sistem islam tetapi meninggalkannya sistem tersebut.

Seminar penerangan kepada orang-orang UMNO , NGO & Kelab Penyokong Pas wajar diberikan pendedahan mengenai hakikat negara Islam yang dikenali sebagai negara berkebajikan. Jadi apa yang kita tunggu lagi untuk penyelesaian ummah sejagat? Apa gunanya Kelab penyokong Pas ini jika kita sendiri melupakan tanggugjawab untuk berdakwah kepada mereka? Bukankah tujuan mewujudkan Kelab Penyokong Pas ini adalah untuk memberikan kefahaman Islam sehingga mereka menjadi yakin serta sanggup untuk memperjuangankannya secara bersama.

Kalau mereka tidak mahu terima bukan kerana Islam itu lemah, tetapi kita gagal memahamkan kepada mereka tentang Islam yang sebenar. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mereka tolak Islam.

14 October 2008

SISTEM EKONOMI ISLAM ALTERNATIF KEPADA SISTEM EKONOMI KAPITALIS

DOHA - Umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan daripada krisis kewangan global untuk membina satu sistem ekonomi yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam, kata ulama berpengaruh Sheikh Yusuf al-Qardawi semalam.

"Keruntuhan sistem kapitalis berlandaskan wang kertas dan lintah darat antarabangsa, bukannya dagangan barang di pasaran menunjukkan sistem tersebut dilanda krisis dan ia turut membuktikan bahawa falsafah ekonomi Islam adalah kukuh," kata ulama kelahiran Mesir tetapi menetap di Qatar.

"Semua kekayaan dimiliki oleh kita (umat Islam). Negara- negara Islam memiliki hampir semua minyak dan kita memiliki falsafah ekonomi yang tidak dimiliki oleh orang lain," jelasnya.

Sheikh Yusuf yang menyampaikan ucaptama persidangan berhubung Baitulmaqdis di Doha semalam turut menggesa umat Islam supaya mengambil iktibar daripada krisis tersebut bagi membawa negara-negara Islam ke arah kemenangan

Persidangan keenam mengenai Baitulmaqdis itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari berbagai negara.

Ia dianjurkan oleh Institusi Antarabangsa Al-Quds (Baitulmaqdis) yang ditubuhkan bagi memulihara bandar itu dan tempat-tempat suci di dalamnya.

Persidangan kali ini yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bertujuan untuk melindungi tempat-tempat suci di Baitulmaqdis seperti Masjid Al-Aqsa yang dipercayai diancam oleh Israel

Sumber- Kosmo

DUNIA ISLAM MAKIN DITEKAN DENGAN RIBA BAGI MENGHADAPI KRISIS EKONOMI GLOBAL


WASHINGTON 13 Okt. - Bank Dunia semalam bersetuju "membantu" negara membangun mengukuhkan ekonomi dan sistem kewangan dalam usaha mengekalkan pertumbuhan dan melindungi penduduk miskin daripada krisis pasaran global.

Komitmen Bank Dunia itu dinyatakan oleh Presidennya, Robert Zoellick dan Ketua Jawatankuasanya yang juga Menteri Kewangan Mexico, Agustin Carstens selepas mengadakan satu mesyuarat di sini, semalam.

Zoellick berkata, krisis kewangan merupakan malapetaka buatan manusia.

"Tindakan dan cara untuk mengatasinya terletak di tangan kita," katanya.

Beliau berkata, krisis itu telah berkembang dengan mencetuskan kemarahan dan kebimbangan di kalangan penduduk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sebagai tindak balas awal.

Katanya, reaksi mereka itu akan merebak ke seluruh dunia apabila penduduk dunia turut merasai kesan krisis tersebut.

"Justeru kita perlu mengatasinya dengan serius," katanya.

Menurut Zoellick, krisis kewangan menuntut pemodenan dalam pasaran ekonomi global membabitkan penglibatan pelbagai hala.

Dalam konteks ini katanya, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mesti melindungi kerajaan yang bersedia menyalurkan pembiayaan berbilion dolar bagi membantu negara miskin.

"Aliran bantuan tersebut mesti dikekalkan," katanya

Sumber - Utusan

Cara ini bukan untuk menyelesaikan ekonomi global,tetapi lebih merosakkan negara supaya ikut dengan tulunjuk Yahudi

12 October 2008

LEBIH 30 BUAH NEGERI DI AMERIKA TELAH LUMPUH

PETUGAS Lembaga Perdagangan Chicago membaca akhbar mengenai keadaan ekonomi Amerika yang semakin parah.

Alami defisit RM170.8b, tak mampu bayar gaji pekerja awam

WASHINGTON: Krisis kewangan Amerika Syarikat kian meruncing apabila sekurang-kurangnya 31 negeri termasuk yang bergelar 'lubuk emas' seperti California, New York dan Florida sudah tidak lagi mampu mampu membayar gaji pekerja awam dan terpaksa mendapatkan bantuan Persekutuan.

Malah, kos keseluruhan masalah ekonomi yang dihadapi negeri itu berkemungkinan mencecah kira-kira AS$53.4 bilion (RM170.8 bilion).
Business Week memetik data Pusat Keutamaan Dasar dan Belanjawan setakat akhir bulan lalu melaporkan semalam, California atau nama jolokannya 'Golden State' berdepan defisit atau pengurangan belanjawannya sejumlah AS$15 bilion (RM48 bilion), terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kemelut itu.


Berikutan itu, California terpaksa meminta bantuan baru AS$7 bilion (RM22.4 bilion) bagi mengatasi masalah kekurangan bajetnya itu.

Jika tidak, ia tidak mungkin dapat membayar gaji pekerja penting seperti guru, polis, anggota bomba dan penyelamat serta perkhidmatan penting lain.

Sementara itu, kumpulan negara kaya dunia yang mengadakan pertemuan di ibu negara Amerika Syarikat semalam ketika dunia berdepan krisis kewangan, sekadar berikrar melaksanakan semua langkah wajar bagi menggerakkan semula pasaran kredit selain memastikan institusi kewangan dapat meningkatkan semula kewangan mereka.

Bagaimanapun, kenyataan barisan Menteri Kewangan Negara Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Amerika, Kanada, Britain, Perancis, Itali, Jerman dan Jepun yang bermesyuarat lebih tiga jam lamanya itu.