22 February 2009

Kisah Benar Detik-detik Krisis Perak

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,

saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.


Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan……….. NIZAR

19 February 2009

Sukarnya Untuk Melepasi Sempadan

Bergambar di hadapan pintu kedutaan Malaysia

Ikuti kisah selanjutnya perjalanan Khairul Faizi ke Gaza di sini

18 February 2009

Wasiat Ke 2 Imam Asy Syahid Hassan Al Banna - Bacalah Al Quran , Jangan Buang Masa!

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan

Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

MENTOR NAJIB MULA BERSUARA...

Nampaknya Dr Mahathir tidak boleh merahsiakan kebimbangannya bila Najib dilihat tidak mempunyai peluang untuk menjadi PM.....

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyentuh isu ini sekali lagi menerusi tulisan blognya dengan mendakwa ada usaha mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno kali ini. Ia dimenangi tanpa saingan oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Najib secara rasmi diisytiharkan Presiden Umno hujung bulan depan dan dijangkakan Abdullah menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib hujung Mac atau awal April.

"Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

"Kata berita angin mereka sedang menasihat Datuk Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Datuk Seri Najib Razak jadi Presiden parti.

"Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam Perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis," kata beliau yang menyerahkan tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada Abdullah pada Oktober 2003.

Kata bekas Presiden Umno, oleh kerana yang menentukan segala-galanya ialah Perdana Menteri, "jika Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya."

Lazimnya, yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden Umno.

Justeru, Dr. Mahathir yang dianggap sebagai "orang penting" dalam menggerakkan Najib bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa Mac ini berbanding Jun 2010 menyoal: "Apakah Najib akan memberontak" jika ia berlaku?

"Tidak," kata beliau yang mewajarkan tulisannya dengan berkata, "mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri) untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib menjadi Presiden Umno hanya rekaan orang-orang tertentu.

"Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Datuk Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli Umno dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Datuk Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya," kata Dr. Mahathir lagi.

Dr. Mahathir juga meramalkan kemungkinan ada antara ahli Umno yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen.

"Umno boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

"Jika Ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini.

"Ahli parti lawan memang hendak Datuk Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, (Pengerusi DAP), Karpal Singh dan (Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka," katanya.

Jelas beliau, dengan sokongan ahli parti lawan kepada Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

"Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi Perdana Menteri yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke Dewan Rakyat," katanya.

Ayat di atas adalah jelas memang Dr Mahathir amat kecewa bila Najib tak jadi PM...

KENALI PEMIMPIN ANDA


MENTERI Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Datuk Dr Hassan Ahmad di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Abd Rahim Rahmat

Anda kenal siapa yang dibulatkan itu?

Klik di sini untuk mengenali beliau

17 February 2009

Gambar Bogel Elizabeth Wong : Modus Operandi Baru UMNO?



[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, mStar Online difahamkan Wong, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' esok (hari ini)," kata sumber itu kepada mStar Online tengah malam tadi.

Pertemuan kedua dipercayai berlarutan hingga awal pagi ini.

Dalam kenyataan satu muka dikeluarkan petang semalam, Wong berkata: "Saya mangsa dalam kejadian ini."

Wakil rakyat penggal pertama itu berkata, di sebalik 'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

Jika melepaskan jawatan beliau tidak boleh bertanding lagi selama lima tahun.

Walaupun menerima tekanan daripada BN agar meletakkan jawatan, Wong juga menerima sokongan agar kekal sebagai ADUN dan Exco.

Sumber : klik di sini

14 February 2009

GAMBAR MB NIZAR DI KG BARU-JENAKA HARI INI




di mahkamah....



PERHIMPUNAN BN DI BAWAH...

Kemelut politik Israel


NETANYAHU (tengah) tiba bagi menghadiri mesyuarat dengan Ahli-Ahli Parlimen di Baitulmaqdis semalam.


BAITULMAQDIS - Dua buah parti politik Israel yang berbeza ideologi mungkin menubuhkan kerajaan campuran setelah Menteri Luar, Tzipi Livni menang tipis dalam pilihan raya, kata penganalisis politik semalam.

Perkongsian kuasa adalah sesuatu yang jarang berlaku di Israel tetapi ia dilihat dapat menyelesaikan masalah politik semasa.

Keputusan penuh pilihan raya diumumkan kelmarin selepas kiraan undi tentera dan banduan menunjukkan tidak ada perubahan.

Livni yang memimpin Parti Kadima memenangi 28 kerusi manakala bekas Perdana Menteri, Netanyahu yang memimpin Parti Likud memperoleh 27 kerusi.

Sebanyak 10 kerusi lagi dimenangi oleh parti-parti kecil termasuk Parti Buruh yang diketuai Menteri Pertahanan, Ehud Barak.

Keputusan tipis ini menyebabkan Livni dan Netanyahu menunggu keputusan Presiden Shimon Peres untuk menamakan salah seorang daripada mereka sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun Peres hanya akan memilih Perdana Menteri baru bagi menggantikan Ehud Olmert dalam tempoh seminggu setelah keputusan rasmi pilihan raya digazet pada Rabu ini.

Livni secara terbuka menjemput Netanyahu untuk menyertai kerajaannya pada tahun lalu tetapi pelawaan itu ditolak kerana beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebuah akhbar berpengaruh, Maariv melaporkan rundingan antara Parti Likud, Parti Buruh dan Parti Kadima diadakan bagi menubuhkan kerajaan yang menguasai 68 kerusi daripada 120 Ahli Parlimen.

Kem Livni enggan mengulas laporan itu tetapi jurucakap Parti Likud menafikan spekulasi tersebut

09 February 2009

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENGKEBUMIAN









Bacaan talkin oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar b. Jamaludin

Terkini! : Al-Fatihah..Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) meninggal dunia


Al Fateehah, YB Hj Roslan Shahrom (MP Bukit Gantang) telah meninggal dunia sebentar tadi apabila terjatuh dari basikal yang dinaiki. Ia disahkan oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah. Jenazahnya sekarang berada di hospital untuk bedah siasat.

Sumber : Klik di sini & di sini

Blog Al-Marhum adalah di sini

08 February 2009

Wahai Zaid sesungguhnya apa yang kamu lihat (daripada pelbagai bentuk tekanan & penyiksaan) ini, sebenarnya Allah menjadikan disebalik kejadian itu...



Semasa Nabi Muhammad balik daripada tugas dakwah di Thaif, setelah menerima tentangan yang begitu hebat, sehingga mengalir darah yang begitu banyak, baginda telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah.

Lalu baginda ditanya oleh Sahabat baginda yang menjadi teman dalam perjalanan, yang bernama Zaid Bin Harithah R.A " Wahai Rasulullah! bagaimana engkau mahu berpatah balik ke Mekah sedangkan mereka telah mengusir engkau keluar! lalu soalan itu dijawab oleh baginda dengan yakin & tenang dengan sabdanya: "Wahai Zaid sesungguhnya apa yang kamu lihat (daripada pelbagai bentuk tekanan & penyiksaan) ini, sebenarnya Allah menjadikan disebalik kejadian itu, pelepasan & jalan keluar. Sesungguhnya Allah adalah pembantu agamaNya & pemberi kemenangan kepada NabiNya!"

Perjalanan dakwah Nabi ke Thaif sebenarnya tidak menambah sebarang keuntungan dari sudut politik mahupun sokongan bahkan Nabi menerima tekanan yang jauh lebih hebat berbanding di Mekah. Tiba-tiba jawapan daripada Nabi adalah menyalahi kefahaman kita sebagai manusia biasa, sekaligus mengajar kepada kita bagaimana seorang pejuang Islam itu berfikir untuk masa depan politiknya.

Ini memberi erti bahawa segala bentuk tekanan yang diterima oleh baginda tidak menjejaskan keyakinan baginda terhadap Allah mahupun keyakinan diri baginda yang sentiasa positif. Kalaulah panduan ini tiada, sudah pasti kita juga akan merasakan lemah, putus asa & cepat mengalah. Kenapa baginda tidak merasa cemas? Ini adalah kerana baginda tidak bergantung kepada kekuatan lahiriah baginda, tetapi baginda bergantung kepada Allah. Segala-galanya pasrah kepada Allah. Ini berbeza dengan kita bila berhadapan dengan situasi yang semakin menekan. Lebih-lebih lagi kita merasa cemas bila berlaku rampasan kuasa di Perak. Kalau tidak ada perasaan itu pun, setidak-tidaknya ada perasaan marah, geram bila ada yang cuba menafikan kemaraan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Kerajaan Pusat. Kenapa kita merasa cemas? Ini adalah kerana kita terlalu bergantung kepada kekuatan kita sahaja dan tidak kepada Allah. Pergantungan yang seperti ini, adalah pergantungan yang sangat lemah....

Namun demikian, agak sukar sebenarnya untuk kita menumbangkan UMNO. UMNO sebenarnya masih kukuh! Kita boleh buat perbandingan antara kita & UMNO dari sudut kuasa yang mereka miliki & kuasa yang kita miliki . Ternyata mereka masih kukuh berbanding kita. Dari sudut apa jua ia masih kukuh. Ini perlu diakui oleh setiap kita yang menjadi pendokong Pakatan Rakyat.

Kalau lah kita ditakdirkan mempunyai kekuatan yang sama seperti UMNO atau lebih kuat daripada mereka, namun dalam perjuangan Islam kita masih dianggap lemah bila bergantung kepada kekuatan kuasa & kerajaan semata-mata. Kalau kita merujuk kepada Kitab Fiqh Sirah , Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty(menjadi silibus Lajnah Tarbiyah Pas Pusat) bahawa apabila pendokong gerakan Islam hanya menumpukan kekuatan mereka kepada kekuatan fizikal semata-mata, maka secara spontan mereka akan menjadi lemah. Contohnya bila kita mengusai 5 buah negeri (sekarang tinggal 4), hanya bergantung kepada 4 buah negeri ini sahaja untuk menguasai Putrajaya, tanpa sandaran yang kuat kepada Allah, ertinya kita bersandar dengan kekuatan yang sangat rapuh! Ini perkara yang perlu kita faham.....

Seolah-olah kita hampir lupa dengan bantuan Allah yang pernah kita minta dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu. Sebab pada ketika itu kita susah, segala kekuatan tiada, hampir lumpuh setelah kita merundum dengan begitu teruk pada piliharaya 2004. Suasana politik juga mahu kesedaran politik perlu wujud bagi memberi amaran kepada UMNO & BN. Maka tiada kuasa yang diharapkan oleh kita pada masa itu kecuali Allah & para malaikatNya! Doa tidak putus-putus dibaca oleh kita, walaupun sehingga pukul 5.30 petang bilik gerakan seluruh Kelantan memaklumkan Kelantan bakal jatuh ke tangan BN pada hari pengundian 8 Mac yang lalu. Namun tanpa disangka akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada kita. (Situasi ini lebih kurang sama dengan Peperangan Badar)

Namun bila suasana politik telah memihak kepada kita, seakan-akan kita lupa kepada kuasa yang memberikan kita kredit di dalam politik domestik, iaitu Allah! Maksudnya seolah-olah kita begitu teruja dengan segala kekuatan yang kita miliki, lalu kita bergantung kepada kekuatan itu, lalu lupa kepada Allah. Tak perlu solat hajat, tak perlu solat tahajjut, tak perlu doa, apa yang penting rakyat telah memberikan sokongan kepada kita. Maka atas alasan itu, kita terasa "confident" yang melampau sehinga sombong & bongkak!(Situasi ini pula lebih kurang sama dengan Peperangan Hunain)

Situasi yang kita lalui sekarang sebenarnya telah dilalui oleh baginda bersama sahabat-sahabatnya. Ini bermaksud pengajian Fiqh Sirah ini bukan sekadar catatan sejarah, bahkan ianya adalah satu manual lengkap yang telah ditinggalkan oleh baginda yang catatannya bakal berulang kembali.

Umum telah mengetahui bahawa baginda tidak mewariskan dinar mahupun dirham , akan tetapi baginda mewariskan kepada kita ilmu, sesiapa mengambil daripadanya, ertinya ia telah mengambil satu bahagian yang sangat besar!

Situasi yang dimaksudkan seperti yang disebut di atas ialah Peperangan Badar & Peperangan Hunain . Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty menjelaskan dalam kitabnya Fiqh Sirah, bahawa Peperangan Hunain adalah pelengkap kepada Peperangan Badar. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi bagi i'ktibar pejuang akhir zaman.

Peperangan Badar menyaksikan bahawa golongan yang sedikit, tidak terjejas sedikit pun bila berdepan dengan musuh mereka yang ramai, jika mereka bersabar & bertaqwa. Manakala Peperangan Hunain pula menyaksikan bahawa golongan yang ramai tidak memberikan kesan & momentum yang kuat jika mereka tidak bertaqwa & bersabar!

Ini bermakna :

1) Orang Islam dalam Peperangan Badar mempunyai bilangan tentera yang paling sedikit jika mahu dibandingkan dengan dengan peperangan-peperangan yang lain. Namun sedikitnya mereka itu, tidak terjejas dengan sebab benarnya islam mereka, masaknya iman mereka & mereka terlampau wala' kepada Allah dan RasulNya.

Firman Allah : "Sesungguhnya kami telah memberikan kemenangan kepada kamu dalam Peperangan Badar, di dalam keadaan kamu yang lemah".

2) Orang Islam dalam Peperangan Hunian pula, jauh lebih ramai berbanding dengan peperangan-peperangan yang lain sebelumnya yang sertai oleh umat Islam! Namun ramainya mereka tidak memberikan kesan kerana makna iman & islam tidak begitu kukuh dalam hati mereka. Mereka lebih bergantung kepada kekuatan ramai berbanding pergantungan secara total kepada Allah.

Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir. "

Adakah ini beerti kita tidak perlu berusaha? Jika kita rujuk semula kepada peperangan yang dilakukan oleh baginda dalam kedua-dua peperangan di atas, ia menafikan secara total, perjuangan tanpa usaha.

"APA YANG DILARANG IALAH, MENGALIHKAN TUMPUAN KEPADA KEKUATAN FIZIKAL MELEBIHI MENUMPUKAN KEKUATAN KEPADA ALLAH"

Sebab itu, kalau hanya sekadar kita telah menang di 5 buah negeri diikuti dengan Permatang Pauh & Kuala Terengganu, selepas itu kita pun mendabik dada dengan berkata "SEDIAKAN KERANDA UNTUK UMNO"

Itu maknanya kita bergantung kepada kekuatan itu sahaja, lalu kita bakal dikalahkan oleh UMNO....

Namun jika ucapan kita itu ada berlapik dengan pergantungan kepada Allah, sewajarnya ucapan begitu tidak akan keluar daripada mulut kita. Bahkan bila kita menang kita diminta untuk bertasbih & beristigfar! Ini adalah kerana , kita bimbang gagal menjadi agen perubah & penyelamat yang lebih baik daripada UMNO & BN.

Begitu unik ajaran Islam, dalam kita memerangi mereka, di sana ada adab & tatsusila yang perlu dijaga. Sudah tentunya ingin menjaga perkara ini mesti ada sifat sabar & ketaqwaan.

07 February 2009

Bila Polis Pun Terkena Gas Pemedih........


Mesyuarat Exco berjalan seperti biasa

Mesyuarat hari ini diadakan bagi membuat keputusan kepada beberapa dasar untuk rakyat, demikian penjelasan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya pagi ini.

Hanya seorang Exco yang tidak hadir kerana YB. Seah ada urusan di IJN.

Ir. Nizar mengumumkan beberapa keputusan yang diambil dam mesyuarat khas exco hari ini.

"mana-mana tanah industri yabg diberi pajakan 30 dan 60 tahun telah diluluskan jadi 99 tahun dan ini diharapkan memberi lonjakan kepada pelabur." jelas Nizar.

MB juga mengumumkan ahli-ahli majlis PBT yang diluluskan seramai 342 akan me3ngangkat sumpah.

"Kita juga bersetuju untuk mengaktifkan semua Lapangan terbang Ipoh dengan Fire Fly akan memulakan penerbangan ke Singapura dan Subang dengan peruntukan RM 2.7 Juta setahun kepada syarikat tersebut." kata Nizar.

Exco Agama diberikan tugas untuk menguruskan makenisme kelulusan bajet 2009 mengenai Takaful Kifalah.

Ditanya mengenai adakah agensi kerajaan tidak laksanakan arahan hari ini, Nizar mengatakan sepatutunya jabatan akan patuh dan yakin akan dilaksanakan.

Nizar mengatakan minit mesyuarat akan dikeluarkan melalui arah dari Exco yang berkenaan.

MB Perak juga memaklumkan dia baru sahaja ditemuramah oleh TV al Jazera.

Menjawab soalan wartawan mengenai Perak yang kini mempunyai 2 kerajaan, belia mengatakan perkara ini hendaklah diselesaikan oleh mahkamah, belum pernah di dunia ada 2 MB dan 2 Exco.

"Saya mohon mahkamah mempercepatkan keputusan" Kata Nizar.

Nizar juga menjelaskan akan pergi ke pejabat seperti biasa kerana hari selasa adalah hari bertemu pelanggan, kami akan berlumba-lumba siapa dulu akan sampai" sambil diterima dengan gelak ketawa oleh wartawan.

Sumber : klik di sini

Nizar masih MB Perak ; Ku Li

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

Sumber: klik di sini

Kejamnya Polis BN,Muslimat pn Di Terajangnya


06 February 2009

Malam sebelum majlis angkat sumpah MB BN


Rakyat Berhimpun Selepas Solat Jumaat

Laporan oleh The Star


Gambar di sekitar bulatan Kuala Kangsar

Lebih 1000 orang masih berada disekitar bulatan jam Kuala Kangsar sambil mendapat pengawasan ketat pihak keselamatan termasuk FRU.

Sebentar tadi rombongan yang dipercayai membawa Najib dan pemimpin UMNO lain melintasi kenderaan yang saya naiki di Jalan Kuala Kangsar menghala ke tol dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih-Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu

Kerajaan baru Perak 'haram' - Mursyidul Am Pas


KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.

Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.

"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.

"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.

Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.

Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram

6 orang sah ditangkap, Puluhan Pemberita saksi tragedi Kuala Kangsar

Jam 4.58 PM : Di hadapan mesjid ubudiah kelihatan puluhan wartawan yang masih menyaksikan kumpulan manusia yang belum bersurai. Selain itu lebih seratus pasukan keselamatan termasuk FRU masih mengadakan rondaan dan kawalan yang ketat.

Keadaan jalan agak kotor dan berserakan risalah kertas yang tidak pasti isi kandungannya. keadaan sudahpun sudah terkawal setakat ini.

Setakat ini 6 orang telah ditangkap seperti disahkan dari sumber yang boleh dipercayai dan mereka sekarang ini sedang ditahan di Balai Polis Kuala Kangsar.

Rombongan yang selesai menghadiri majlis angkat sumpah telahpun keluar dari Istana Iskandariah dan melintasi bulatan Kuala Kangsar dengan kawalan ketat dari pasukan keselamatan

Jumaat membawa semangat baru kepada rakyat Perak.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Yang Mendapat Perkenan oleh DYMM Sultan Perak , hadir sama Tuanku Bainun serta Raja Muda Perak

Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN di Negeri Perak dengan diketuai oleh Najib Tun Razak sehingga ini berjaya melantik seorang yang didakwa sebagai menteri Besar yang baru, Zamry Abdul Kadir.

Sebentar tadi dari Perak FM menyiarkan secara langsung majlis angkat sumpah tersebut, tanpa mereka sedikit mengulas sedikit pun mengenai suasana kecoh dan tidak menentu di sekitar mesjid ubudiah.

Zamri dilaporkan dalam berita jam 4.30 petang, memaklum akan menimbulkan ketenangan di Negeri Perak,beliau mengakui sekarang kita menghadapi cabaran, dan memang kita ada masalah dan yakin dapat membetulkannya.

Begitulah janji seorang Menteri besar yang naik secara kudeta dengan usaha terancang Najib yang hadir sama dalam majlis angkat sumpah tersebut. Gambaran sebenar yang berlaku juga tidak dilaporkan dalam Perak FM jam 4.30 petang tadi

Masih ada yang baca Yassin dalam mesjid dan berkumpul depan mesjid

JAM 4.13 PM : Keadaan masih belum reda sepenuhnya dengan kelihatan masih ramai yang berkeliaran di perkarangan mesjid dan sebahagiannya berada di dalam mesjid membaca surah yassin.

Sementara itu saya menerima maklumat dari ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh yang berada di tepi sungai berhampiran dengan bulatan di bandar Kuala Kangsar.

Menurutnya lebih seribu yang berkumpul di sana dan mendapat kawalan yang ketat dan pasukan keselamatan termasuk FRU

Lagi Gambar ....



Angkat sumpah MB baru, demo bersurai

kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

EDISI GAMBAR- DEMO DI MASJID UBUDIAH





Rombongan Pembesar Negeri melintasi Mesjid Ubudiah.

Jam 3.24 PM, sebentar tadi deretan kereta yang dipercayai pembesar negeri melintasi perkarangan Mesjid Ubudiah menuju ke Istana Iskandariah sambil mendapat pengawalan yang sangat ketat.

Namun masih dijagkakan semua mereka menyedari apa yang berlaku dalam keadaan ramai yang masih tidak mahu berganjak dan berdiri di pinggir jalan.

kemaskini 3.25pm Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.27pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

Tangkapan mula dibuat, tembakan gas pemedih mata bertalu-talu.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.


kemaskini 3.11pm
Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.

Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut adalah pimpinan muslimat seperti Dr Lo' Lo, Siti Zailah dan pimpinan muslimat negeri serta lebih 2,000 orang yang masih setia berhimpun

Gambar yang sempat diambil

Inilah gambar yang terkini yang sempat diambil....

Polis tembak gas sekali lagi, lebih banyak

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Polis tembak gas sekali lagi

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

FRU Mula tembak

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.27pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

Terkini Perak : Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

kemaskini 2.21pm Mereka melanggar sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

kemaskini 2.21pm Kira-kira 500 orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak lebih satu kilomter.

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap "lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

Mesjid Ubudiah Kuala kangsar

Terkini Jan 1.13 PM : Kelihatan terdapat sekatan di bulatan menghala ke Istana dan masjid Ubudiah di Bandar Kuala Kangsar, tetapi mereka masih dibenarkan naik ke atas dengan meninggalkan kendderaan dibawah. Nampanya tidak ada alasan menghalang mereka naik kerana cuma hendak bersembahyang Jumaat pada hari ini.

Kelihatan yang berjalan kaki bertali arus sepanjang perjalanan jalan ke Mesjid. Semuga semuanya berjalan dengan aman dan lacar.

Diperkarangan Mesjid telah penuh dengan kenderaan dan pada masa ini mesjid telah penuh dengan jemaah.

Protes : Solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar

Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini. Iklan

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato? Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

"Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya.

Jelas Nor Azli, Najib adalah seperti ketua lanun merampas Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah kepada kerajaan baru Umno-BN untuk kepentingan politik dirinya sahaja itu harus ditentang habis-habisan.

Terkini jam 9.40 AM : MB Nizar dihalau dari pejabatnya

Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.

Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .

Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.

Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusiaan dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas.

Nizar : 28 ADUN PR pulau majlis angkat sumpah

Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis kononnya angkat sumpah Menteri Besar yang baru , kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.

"Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka," katanya dalam ceramah khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini malam ini.

Lebih 30,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci. Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.

"Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak," katanya. Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.

"Kami sedang bermesyuarat pada pukul 3 petang dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang," katanya.

Selain itu ucapan disampaikan oleh Speaker DUN Perak , V.Sivakumar, Pengerusi BBC, Khalil Idham Lim, Wakil mahaisiwa, Wakil Dewam Muslimat Pas, Wakil PKR, Keseven yang juga ADUN Hutan melintang, Ketua Angkatan Musa PKR, dan Tian chua.

Keadaan didalam dewan dan luar dewan penuh sesak dengan ledakan manusia dari seluruh negara. Pengawasan ketat dilakukan oleh pihak keselamatan dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku walau timbul sedikit provokasi dari pihak tertentu.

Pada satu ketika hadirin menerima pengumuman dari pengerusi majlis, Ust. Norazli Musa mengenai satu SMS yang didakwa bahawa ada pihak yang ingin memotong arus letrik ke kediaman MB.

Lebih 10,000 kumpul di Kediaman MB, gambar yang sempat dirakam

Speaker,V. Sivakumar. "SPR tidak boleh pertikai keputusan dan kuasa saya"

YAB Menteri Besar," Saya tidak akan letak jawatan".

Pengerusi BBC,"Jangan letak jawatan, Bubar DUN"
Penuh sesak hingga kena duduk bersila.

Pelbagai sepanduk antara yang dinaikkan.

Dewan penuh sesak, di luar juga penuh.



PJ Perak mengaminkan doa.

Semua bangun mengangkat tangan berikrar bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perak pakatan Rakyat.

Surat Nizar kepada Sultan Perak

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Hon iringi sokongan kepada Nizar

kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam - dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Penjelasan MB Perak Selepas Mengadap Sultan


05 February 2009

Sidang Akhbar MB Perak Ir Mohd Nizar


Pendirian Kerajaan Pakatan Rakyat





Kita Mengulangi pendirian kita, yang harus memutuskan sebenarnya ialah mahkamah rakyat di dalam pilihanraya baru setelah kerajaan negeri dibubarkan - DSAI

Sidang Akhbar Kerajaan Pakatan Rakyat di kediaman MB Perak petang tadi