Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis kononnya angkat sumpah Menteri Besar yang baru , kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.
"Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka," katanya dalam ceramah khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini malam ini.
Lebih 30,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci. Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.
"Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak," katanya. Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.
"Kami sedang bermesyuarat pada pukul 3 petang dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang," katanya.
Selain itu ucapan disampaikan oleh Speaker DUN Perak , V.Sivakumar, Pengerusi BBC, Khalil Idham Lim, Wakil mahaisiwa, Wakil Dewam Muslimat Pas, Wakil PKR, Keseven yang juga ADUN Hutan melintang, Ketua Angkatan Musa PKR, dan Tian chua.
Keadaan didalam dewan dan luar dewan penuh sesak dengan ledakan manusia dari seluruh negara. Pengawasan ketat dilakukan oleh pihak keselamatan dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku walau timbul sedikit provokasi dari pihak tertentu.
Pada satu ketika hadirin menerima pengumuman dari pengerusi majlis, Ust. Norazli Musa mengenai satu SMS yang didakwa bahawa ada pihak yang ingin memotong arus letrik ke kediaman MB.

No comments:
Post a Comment