25 September 2006

SAMBUTAN IDIL FITRI ANAK-ANAK JOHOR DIPERANTAUAN

Ruj Kami : PAS/DPP.12/2.01(14/06)
Ruj Tuan :

25 September 2006


Kepada

Ketua Dan Setiausaha
Dewan Pemuda PAS
Negeri-Negeri

Assalamualaikum,

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANAK-ANAK JOHOR DI PERANTAUAN

Perkara diatas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa DPPNJ akan mengadakan program sambutan hari raya bersama anak-anak Johor di perantauan pada bulan Syawal ini. Butiran program tersebut adalah seperti di bawah

Tarikh : Rabu 25 Oktober 2006
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Muar,
Pt Pechah, Muar.

3. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama anak negeri Johor yang berada di perantauan disamping memberi suntikan kepada petugas-petugas PAS di negeri Johor sendiri.

4. Sehubungan dengan itu, DPPNJ ingin memohon kerjasama dari saudara untuk memaklumkan program tersebut kepada seluruh anak-anak Johor yang berada di negeri saudara agar mereka dapat bersama-sama hadir dalam program tersebut

5. Pihak DPPNJ mengharapkan agar tuan dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam merealisasikan cita-cita kita bersama untuk Menjana Kebangkitan Rakyat Johor

Sekian

Menjana Kebangkitan Rakyat Johor

Yang Melaksanakan Amanah



..............................................
Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

s.k : Fail

BENGKEL PEMURNIAN PASTI PUSAT

Posted by Picasa
Membentangkan kertas kerja semasa Bengkel Pemurnian PASTI Pusat di Sungai Congkak.

KENAPA DENGAN BAS INI?

Posted by Picasa Percaya atau tidak, bas ini adalah sebuah bas ekspress yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru.
Selepas menyertai himpunan aman di masjid Sultan Abu Bakar pada 22 September 2006 yang lalu, saya telah bergegas ke Hentian Bas Larkin untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur.
Sampai di sana, tiket untuk ke Kuala Lumpur kebanyakkannya telah pun 'sold out'.
Maka, terpaksalah saya cari tiket daripada 'kutu' yang menawarkan harga RM 25 untuk tiket ke KL.
Pada peringkat awalnya saya melihat sendiri bas tersebut yang agak selesa (kerusi 2+1) dan perjalanannya tepat pada pukul 3 petang. Setiba di Tampoi, bas tersebut berhenti mengisi minyak. Sedang minyak diisi, pemandu bas mengarahkan agar berpindah bas kerana penghawa dingin bas tersebut tidak berfungsi dengan baik.
Maka, tanpa kerelaan hati, saya san penumpang-penumpang yang lain berpindah bas (kerusi 2+2) yang sempit dan kotor. Bas ini keadaannya memang mendukacitakan. Tiba di hentian Machap, peristiwa yang tidak dingini terjadi. Penumpang terpaksa menunggu lebih kurang 1 1/2 jam untuk menunggu sebuah bas lagi tiba bagi mengasingkan penumpang bas yang akan ke KL atau Seremban.
Panjang lagi ceritanya tetapi apa yang nak saya sebut disini ialah ;
- berhati2lah ketika membeli tiket bas ekspress. Saya biasanya akan membeli tiket bas di kaunter yang sah tetapi kerana nak cepat, saya telah tertipu...
- Harap2 jangan terjadi kepada orang lain.

HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KENYATAAN POPE BENEDICT

Posted by Picasa Himpunan Aman menentang kenyataan Pope Benedict yang menyatakan bahawa Islam berkembangan diseluruh dunia dengan keganasan yang diketuai oleh Nabi Muhamad s.a.w.
Himpunan ini diadakan pada 22 September 2006, selepas solat Jumaat di dataran Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Kira-kira 200 orang menghadiri himpunan aman ini.

24 September 2006

BERSAMA MENGHAYATI RAMADHAN, BERTEKAD MEMBINA KEKUATAN

Posted by Picasa KENYATAAN MEDIA
(19 September 2006)

BERSAMA MENGHAYATI RAMADHAN, BERTEKAD MEMBINA KEKUATAN

Jawatakuasa Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sesungguhnya, kita perlu melahirkan rasa penuh syukur kerana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu kembali bulan Ramadhan tahun ini, kerana inilah bulan yang agung, mulia, istimewa dan berkat, mengandungi banyak fadhilat yang tidak boleh di lepas peluang oleh orang yang ingin menjadi termulia dan terbaik di sisi Allah S.W.T. serta ingin mencapai KeredhaanNya di akhirat nanti.

Ibadah puasa merupakan satu-satunya ibadah yang memberi kesan yang amat besar, samada di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dijanjikan dengan dengan keampunan dosa yang telah terdahulu bagi orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas hati kepada Allah S.W.T. serta yakin dan mengharap balasan baik dari Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan kepada Allah S.W.T. dan perintahnya serta mengharap pahala darinya nescaya diampunkan Allah dosa-dosanya yang telah lalu".
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Orang yang berpuasa dengan jiwa yang bersih dan redha dengan perintah Allah S.W.T. serta tidak merasa segan dan tidak merasa berat, maka orang itu berhak mendapat keampunan Allah Taala, dan jadilah dia sebagai orang yang berhak pula memasuki syurga.

Berpuasa dengan sebenar-benar puasa boleh melahirkan takwa kepada Allah S.W.T dan boleh mencapai makfirah (keampunan) yang sangat-sangat kita harapkan.

Oleh yang demikian, janganlah kita cuba menutup pintu-pintu syurga yang telah dibuka dan janganlah kita berusaha membuka pintu-pintu neraka yang telah ditutup dan janganlah pula kita melepaskan syaitan-syaitan yang telah digari dengan melakukan maksiat, dosa dan sebarang kejahatan pada bulan yang mulia ini.

Melihat kepada Ramadhan sebagai bulan ibadah dan bulan keampunan, kita perlu mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan amalan kita. Mengharungi Ramadhan bukan bermakna ‘lesen’ untuk kita berehat daripada membuat apa-apa program dan bukannya peluang untuk kita berpeluk tubuh sahaja. Masih Banyak amanah yang perlu ditunaikan. Tugas memberikan kesedaran kepada rakyat tidak sepatutnya dihentikan.

Kemelut politik yang melanda negara ketika ini perlu dilihat sebagai ‘signal’ kepada kita untuk mempertingkatkan gerakerja di semua peringkat. Rakyat semakin sangsi dengan kemampuan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, kepimpinannya diragui. Ekonomi negara semakin tidak stabil, jenayah semakin meningkat,

Kita juga jangan lupa bahawa masih lagi terdapat rakyat yang dizalimi. Masih terdapat lagi rakyat yang menjalani ibadah puasa di dalam tahanan tanpa bicara ISA. Masih terdapat lagi rakyat yang menangisi suami dan ayah mereka yang berada di dalam tahanan ISA.

Oleh kerana itu, Pemuda BA Johor telah merancang beberapa aktiviti bersama rakyat seperti sumbangan juadah berbuka puasa, pengedaran risalah, program ziarah dan dialog sepanjang Ramadhan ini. Aktiviti bersama keluarga tahanan ISA juga akan diadakan bagi membantu meringankan bebanan mereka hadapi selama ini.

Justeru, kami menyeru kepada semua aktivis Pemuda BA Johor dapat meluangkan masa untuk bersama dengan aktiviti yang telah kami rancangkan ini. Semoga Ramadhan ini akan memberikan kita kekuatan untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sekian, wassalam.

20 September 2006

PILIHANRAYA KAMPUS PERLU DIJALANKAN DALAM KEADAAN ADIL DAN TELUS

Kenyataan Media
(19 September 2006)

TAJUK :

PILIHANRAYA KAMPUS PERLU DIJALANKAN DALAM KEADAAN ADIL DAN TELUS

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
menyambut baik terhadap kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam akhbar Berita Harian bertarikh 19 September 2006 yang tidak mahu mana-mana pihak melabel samada pro-aspirasi atau pro-pembangkang terhadap calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Kenyataan tersebut seolah-olah memberikan satu jaminan bahawa pilihanraya kampus nanti akan berlangsung dalam keadaan adil dan telus. Walau bagaimanapun, kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar yang lain tidak membayangkan kenyataan tersebut. Sebagai contoh di dalam Harian KOSMO! hari ini menyebut bahawa “Proaspirasi belum Selamat” . Kandungan muka surat 2 dan 3 melabel kumpulan proaspirasi dan propembangkang secara terang dan jelas.

Dalam isu ini, DPPNJ ingin menegaskan bahawa sekiranya berlaku ketidakadilan dalam pilihanraya kampus sekarang seperti ugutan dan halangan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP), kolej-kolej, dan pihak pentadbiran terhadap mahasiswa yang bertanding, maka ia mencamar kebebasan bersuara dan hak asasi pelajar untuk menjadi calon, memilih dan mengundi calon pilihan mereka sendiri!. Tidak ada demokrasi !!!

DPPNJ menasihatkan agar setiap calon yang diancam oleh pihak pentadbiran supaya membuat laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan atas ketidakadilan pilihanraya kampus ini dan berjuang untuk mempertahankan hak anda terutama kepada pemimpin dan pentadbir khususnya Dato’.

DPPNJ bukan bertindak untuk mencampuri urusan pilihanraya kampus kerana calon-calon mahasiswa dan mahasiswi mempunyai matlamat perjuangan mereka tersendiri. Justeru, DPPNJ juga tidak mahu campurtangan politik mengganggu perjalanan pilihanraya kampus ini.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/

THAKSIN TUMBANG, ISYARAT JELAS KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN RASUAH

Perdana Menteri Malaysia terkejut dengan berita rampasan kuasa di Thailand - Bernama
__________________________
Panglima Tentera Thailand Jen Sonthi Boonyaratglin, yang mengetuai rampasan kuasa itu, membacakan kenyataan yang menjelaskan sebab-sebab mengapa rampasan kuasa dilaksanakan.

Beliau yang diapit oleh lain-lain panglima tentera (laut dan udara) berkata rampasan kuasa kumpulan tentera yang menamakan diri sebagai Majlis Pembaharuan Demokratik, ditubuhkan ekoran pentadbiran Thaksin yang lemah dan berbahaya kepada negara.
Dalam kenyataannya yang sama seperti pengumuman terdahulu yang dibuat menerusi televisyen, Sothi berkata Thaksin memecah belah negara, menghina raja, dan mengendalikan kerajaan yang rasuah.
"Beliau sering campur tangan dalam perjalanan badan-badan kerajaan yang bebas, yang menjadikan sukar bagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka. Ada banyak kepentingan peribadi terlibat," katanya.
Sonthi meminta supaya 64 juta rakyat Thailand menyokong pihak berkuasa negara yang baru dan berjanji untuk mengembalikan demokrasi, dan kuasa untuk memilih kepada rakyat.
Tentera juga sudah membubarkan Parlimen, Perlembagaan 1997 dan Mahkamah Perlembagaan.

Faizi : Sebenarnya, ini adalah isyarat yang sangat jelas kepada pemimpin-pemimpin negara agar perlu telus di dalam pentadbiran kerajaan. Desas-desus bahawa rakyat Thailand akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada hari ini telah menyebabkan tentera mengambil keputusan untuk merampas kuasa seterusnya menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara.
Posted by Picasa

17 September 2006

TURUN PADANG KE DUN SENGGARANG

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah memperuntukkan masa selama dua hari bermula daripada 16 September ~ 17 September 2006 untuk 'turun padang' ke DUN Senggarang bagi membantu proses kerja pilihanraya PAS di sana.

Kelihatan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Haji Mahfodz Mohamed sedang diberi taklimat berkaitan dengan perkembangan gerakerja DPPNJ.
 Posted by Picasa

15 September 2006

DANA PRIHATIN KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA

Posted by Picasa KENYATAAN MEDIA
(15 September 2006)

PELANCARAN DANA PRIHATIN KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA NEGERI JOHOR


Jawatakuasa Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) telah bersetuju untuk meneruskan bantuan terhadap keluarga mangsa tahanan ISA yang terdapat di dalam negeri Johor.

Keputusan yang telah dicapai di dalam mesyuarat Pemuda BA Johor baru-baru ini dan menetapkan bahawa keluarga mangsa tahanan ISA akan terus diberi bantuan selagi mana suami-suami mereka ditahan dalam ISA.

Pemuda BA Johor mengambil sikap ini kerana terdapat dikalangan keluarga tahanan ini telah lebih daripada 5 tahun dipisahkan secara paksa oleh kerajaan. Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa suami yang mereka cintai ditahan tanpa bicara untuk tempoh yang lama. Begitu juga dengan nasib anak-anak yang terus membesar dalam penderitaan.

Ramadhan semakin hampir. Sudah semestinya keperluan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal cukup dirasai oleh kita semua. Sebahagian besar isteri tahanan ISA ini tidak mampu untuk menyediakan keperluan yang cukup kepada keluarga.

Keperitan dan kepayahan yang dialami oleh isteri dan anak-anak tahanan yang terpaksa hidup bersendirian tanpa mereka yang bergelar suami dan ayah perlu dilihat daripada sudut kemanusiaan.

Justeru, Pemuda BA Johor mensasarkan sumbangan bagi setiap keluarga dan akan disampaikan pada penghujung Ramadhan yang akan datang.

Dana Prihatin ini tidak akan terhenti sehingga menjelang Syawal sahaja tetapi akan diteruskan kerana dana ini akan membantu keluarga termasuklah persiapan bagi menghadapi musim persekolahan awal tahun hadapan.

Sebarang bentuk sumbangan kepada tabung ini hendaklah dihulurkan melalui Pemuda BA Johor dengan menghubungi Sdr Khairul Faizi (019-7701830) atau Cik Nurin Aina (012-7616421)

Semoga usaha yang sedikit Pemuda BA Johor ini dan bantuan daripada semua pihak dapat membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Sekian, wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Pemuda BA Johor
Nurin Aina Abdullah
Timbalan Pengerusi Pemuda BA Johor

13 September 2006

TINGKATKAN KEUPAYAAN POLIS UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN

Posted by Picasa Kenyataan yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) yang baru Tan Sri Musa Hassan semasa dialog antara Polis dan Majlis Keselamatan serta penduduk Petaling Jaya Utara baru-baru ini mestilah diberi perhatian oleh kerajaan.
Bersambung...

TUDUHAN MELESAPKAN WANG PERUNTUKAN KHAS SJKC JOHOR PERLU DISIASAT SEGERA

Kenyataan Media
(13 September 2006)

TAJUK :

TUDUHAN MELESAPKAN WANG PERUNTUKAN KHAS SJKC JOHOR PERLU DISIASAT SEGERA



Kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Kiat bahawa pegawai-pegawai kerajaan melesapkan wang peruntukan khas untuk beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Johor perlu diberi perhatian dan disiasat dengan segera.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) cukup bimbang dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Ong Tee Kiat ini kerana ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap institusi kerajaan.

Sebelum ini, telah banyak berlaku isu yang membabitkan pendidikan kaum Cina seperti isu penutupan SJKC Damansara, masalah pengajaran Sains dan Matematik di SJKC dan masalah kekurangan guru terlatih.

Apabila kenyataan ini telah dibuat oleh seorang yang berstatus timbalan menteri, seharusnya ia mestilah dipandang lebih serius. DPPNJ melihat bahwa tindakan Datuk Hishamuddin menyelar kenyataan Datuk Ong Tee Kiat ini tidak akan menyelesaikan masalah serta menyerlahkan lagi ketidak keterbukaan beliau. Sebagai Menteri, masalah seperti ini perlulah diselesaikan dengan penuh bijaksana.

Namun Datuk Hishammuddin pula mendabik dada kononnya beliau telah berjaya menyelesaikan isu besar berkaitan pendidikan Cina seperti formula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi SJKC, buku teks PPSMI SJKC dan peruntukan khas RM10 juta untuk sekolah-sekolah tidak selamat serta menempelak Datuk Ong Tee Kiat yang tidak dapat menyelesaikannya.

DPPNJ menyokong kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan yang telah dibuat oleh Datuk Ong Tee Kiat ini.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/

FUTSAL MUHIBBAH










Di dalam gambar ini adalah (dari kiri) Cik Nurin Aina (Ketua AMK Johor) Sdr Md Yusuf Abdullah (Ketua AMK Melaka) Sdr Mat Wazir (Exco AMK Negeri Sembilan) dan saya.

Kehadiran SdrMd Yusuf dan Sdr Mat Wazir dalam perlawanan Futsal ini diharapkan agar dapat menghidupkan ukhuwwah Pemuda BA zon Selatan (Johor, Melaka & NS) pada masa akan datang.

Posted by Picasa

FUTSAL MUHIBBAH
















Cenderahati disampaikan kepada wakil pasukan jemputan dalam pertandingan Futsal Muhibbah yang diadakan pada 11 September 2006 yang lalu.
 Posted by Picasa

12 September 2006

POSTER CERAMAH

 Posted by Picasa

PAKEJ PEMBELIAN MOTOSIKAL BERSAMA TOPI KELEDAR MESTI DIKAJI SEMULA.

Posted by Picasa Kenyataan Media
(12 September 2006)

TAJUK :

PAKEJ PEMBELIAN MOTOSIKAL BERSAMA TOPI KELEDAR MESTI DIKAJI SEMULA.


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) membantah keputusan Kabinet yang telah meluluskan peraturan baru mewajibkan semua pembelian motosikal dipakej bersama dua topi keledar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy telah mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju melaksanakan peraturan itu kerana sebahagian besar kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

DPPNJ mempertegaskan bahawa sebarang tindakan kerajaan untuk mengambil keputusan hendaklah melihat kepada masalah sebenar yang berlaku. Beberapa perkara mestilah dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dan arahan dibut.

Pertamanya, apakah dengan mempakejkan pembelian motosikal dengan topi keledar mampu mengurangkan kadar kemalangan. Kerajaan perlu melihat terhadap punca sebenar masalah ini.

Berapa peratus kematian yang disebabkan kemalangan motosikal membabitkan penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar. Perkara yang perlu diberi keutamaan dalam hal ini adalah bagaimana untuk mengurangkan kemalangan, bukannya mengelakkan kematian apabila berlaku kemalangan.

Keduanya, pembaziran yang sudah pastinya akan berlaku khususnya terhadap pengguna.

Bukan semestinya semua pembeli motosikal tidak mempunyai topi keledar. Bagaimana pula dengan topi keledar yang sudah pun dimiliki terlebih dahulu sebelum membeli motosikal. Sudah tentu berlakunya pembaziran.

Ketiganya, apakah kerajaan dapat memastikan kualiti topi keledar tersebut terjamin kualitinya?. Apabila topi keledar dipakejkan, kebimbangannya adalah harga penjualan tersebut kepada pembeli tidak setimpal dengan kualitinya.

Andaikata topi keledar yang dibekalkan tinggi kualitinya, apakah dengan pakej ini dapat memastikan bahawa harga motosikal yang dijual tidak melambung tinggi.

Oleh itu, kabinet mestilah menarik balik keputusan ini dan satu kajian yang lebih telus perlu dilakukan bagi menangani masalah sebenar yang berlaku.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/

FUTSAL PERSAHABATAN BERJAYA!!!

Pada malam semalam (11 September 2006), DPPNJ telah mengadakan pertandingan Persahabatan Futsal di antara parti politik & NGO di Skudai, Johor Bahru dan bukannya kerana hendak menyambut peristiwa serangan terhadap WTC.

Sebanyak 8 pasukan telah hadir iaitu :

- Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ),
- Badan perhubungan PKR Negeri Johor (PKRNJ),
- Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ),
- Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMKNJ),
- Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Johor,
- Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Johor,
- Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) Selatan,
- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Johor.

JIM telah muncul sebagai Johan, tempat kedua adalah GAMIS Selatan dan tempat ketiga adalah PKRNJ.

Apa yang pentingnya bukanlah soal kemenangan tetapi adalah soal persahabatan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdr Suhaizan (Pengarah program) dan DPPK Gelang Patah yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat dijalankan pada masa akan datang.

Turut hadir di dalam program ini adalah, Tuan Haji Aminulhuda (TPJ BPPNJ), Tuan Haji Zulkefli (TPJ BPPNJ), Dr Zaleha (Pengerusi PKRNJ), Encik Vincent (Bendahari PKRNJ), Cik Nurin Aina (Ketua AMKNJ), Encik Hong Pin (Setiausaha Pemuda DAP Johor), Sdr Md Yusuf Abdullah (Ketua AMK Melaka) dan Sdr Mat Wazir (Exco AMK NS)

P/S : Gambar tak dapat nak disertakan sekarang kerana kabel kamera tertinggal di rumah...harap maaf daa..

POSTER TERBARU!!!

 Posted by Picasa

07 September 2006

KASINO TAK BOLEH, KEDAI NOMBOR EKOR?

Utusan Malaysia 7 September 2006
- Muka Hadapan

Tajuk : Johor tidak benarkan bina kasino


JOHOR BAHRU 6 Sept. – Kerajaan Johor tidak akan membenarkan sebarang cadangan untuk membina kasino sama ada di Danga Bay, Johor Bahru atau di mana-mana tempat di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor Freddie Long.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan mengikut jejak langkah Singapura yang akan membina dua buah kasino di pusat pelancongan bersepadunya, sebagai salah satu cara untuk menarik pelancong berkunjung ke republik itu.

“Biarlah Singapura membina kasino, kita tidak akan ikut sama,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mempunyai sebab-sebab tertentu, jika cadangan itu ada tetapi ditolak kerana ia tidak perlu didedahkan kepada media.

Freddie berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mencadangkan agar kerajaan turut membina sebuah kasino di selatan tanah air iaitu di Danga Bay, Johor Bahru.

Akhbar tersebut berkata, kasino di Danga Bay itu akan lebih popular kerana ia akan turut dilengkapi dengan taman hiburan dan hotel yang mempunyai kadar bayaran yang jauh lebih murah daripada di Singapura.
________________________

Faizi : Tahniah di atas keputusan kerajaan negeri yang tidak membenarkan kasino dibina di Johor. Namun, harus diingat bahawa terdapat banyak lagi kedai nombor ekor yang bertaburan menjalankan operasi dengan lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor. Tanyalah Penguatkuasa Jabatan Agama Johor, berapa ramai orang melayu/Islam

06 September 2006

RAYUAN DARIPADA AHLI-AHLI UMNO
















Beginilah nasib orang Melayu, mereka sebelum ini telah mencurahkan segala-galanya untuk perjuangan UMNO dan mereka yakin bahawa UMNO akan membantu mereka.

Tetapi setelah 28 tahun meneroka tanah Lot 53091 & 53092, mereka dihalau apabila tanah tersebut diserahkan kepada pemaju.

Merayu, meminta simpati, mngharapkan belas ikhsan tetapi mereka akan terus dilayan seperti pendatang haram....

Lokasi : Tanah ini terletak berhampiran dengan Tol Air Hitam menuju ke Kluang. Pemuda PAS Air Hitam telah turun ke kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat, DPPNJ akan 'membongkar' nasib yang menimpa mereka dalam masa terdekat ini, insya Allah.
 Posted by Picasa

TANAH DIRAMPAS...HIDUP MELAYU!!!

Posted by Picasa













Dalam kegembiraan rakyat Malaysia yang dimomok-momokkan dengan kejayaan negara menyambut kemerdekaan kali ke 49, masih ada juga rakyat menyambutnya dengan linangan air mata dan kedukacitaan.
Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa melepaskan tanah yang telah diterokai selama 28 tahun kepada pemaju.
Mereka merayu agar tanah yang diambil oleh kerajaan dan diserahkan kepada pemaju dikembalikan kepada mereka.
Mereka merayu kerana tanah tersebut menjadi punca rezeki mereka dan tempat tinggal mereka.
Siapa MEREKA? Pendatang tanpa izin?

01 September 2006

XPDC DAKWAH MALAM SAMBUTAN MERDEKA
















DPPNJ telah menjalankan tanggungjawab yang sememangnya mejadi rutin tahunan pemuda PAS Johor iaitu mengadakan XPDC Dakwah di seluruh negeri Johor. Lapan lokasi telah dipecahkan mengikut Daerah dan Daerah Muar telah dipilih sebagai Tuan Rumah pada tahun ini

Saya mengambil kesempatan untuk berada di kawasan sendiri (Kluang) pada malam tersebut.

Kelihatan seorang petugas sedang mengedarkan risalah yang bertajuk "JOM SELAMATKAN JOHOR : GEJALA MURTAD ANAK MERDEKA".

 Posted by Picasa