26 November 2008

AKHIRNYA ISU PEMECATAN DATO' NOH GADUT TERJAWAB


JOHOR BAHRU 25 Nov. - Desas-desus mengenai siapa yang menjadi Mufti Johor ketika ini terjawab apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail berkenan melantik Timbalan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin, 60, sebagai Mufti Johor yang baru.

Dengan pelantikan yang berkuat kuasa mulai 13 November lalu, Mohd. Tahrir (gambar) dipilih menggantikan Datuk Nooh Gadot yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 7 November lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berikutan itu Sultan Johor juga berkenaan melantik dan menaikkan pangkat Nooh sebagai Penasihat MAIJ mulai tarikh yang sama.

''Nooh yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 7 November setelah berkhidmat sebagai Mufti mulai 1999 hingga 7 November lalu.

''Tempat Nooh diisi oleh Mohd. Tahrir yang juga lulusan dari universiti yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor berkata, pelantikan Nooh, 62, sebagai Penasihat MAIJ adalah satu penghormatan kepadanya yang turut sama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Mohd. Tahrir menjadi Timbalan Mufti sejak 1999 hingga November lalu.

9 comments:

Gembira said...

inilah orangnya yg mengarahkan SAR johor ditutup. Sekarang jadi mufti pulak.

TurkeyKini said...

kesian org johor...

Anonymous said...

Hanya Jauhari mengenal Manikam..
wallahuAlambissawab..
Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian..
tak tercapai akal kita..
tetapi akal dipinjamkan Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..

~anak istana Johor~

Anonymous said...

ulama ini seperti perumpaan dalam surah al araaf ayat 175-176.. sila baca dan hayati maksudnya..

zilani said...

wahai Pengikut Ajaran Sesat kembali lah ke pangkal jalan jangan lah menuduh perkara yang tidak kita ketahui dengan jelas

Unknown said...

Assalamualaikum saudara2ku..kmbalilah kpd Quran dan sunnah...

Unknown said...

http://infotogel-sgp.blogspot.co.id/2016/02/info-nomor-togel-sydney-sd-hari-ini.html

Syahid said...

Bismillahir Rahmanir Rahim

https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


Web: almawaddah.info

Salam wa rahmah

Kepada;

Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
Terima kasih wa 'afwan.

Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.



KUDRAT MUTIARA JOHOR said...

USTAZ RASUL DAHRI
Belajar di Universiti Ummul Qura Makkah Al Mukarromah kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang jurusan bahasa Arab di Universiti King Abdul Aziz Makkah Al Mukarromah.Beliau bukan sahaja menimba ilmu islam dengan kaedah sesi pembelajaran di kampus,malah beliau berpeluang bertalaqqi dengan sebahagian Ulama ulama besar di Arab Saudi seperti Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Mufti Makkah) kemudian beliau bertalaqqi dengan pakar ilmu hadith Sheikh Muhammad Nasiruddin Al Albani kemudian beliau berguru pula dengan Sheikh Soleh Al Utsaimin Ulama besar Aran Saudi dan beliau sempat bertalaqqi dengan Sheikh Tantawi (Penceramah Radio Makkah) begitu luasnya ilmu dan pengalaman beliau.Tiba tiba balik dari Makkah dia dituduh wahhabi dan menyebarkam ajaran sesat lepas tu siapa yg jadi Mufti Johopr time tu sanggup melabel Ustaz Rasul Sesat dan kerajaan johor penjarakan Ustaz Rasul Dahri.Kenapa nak labelkan orang tu sesat ? Padahal ilmu dia lebih tinggi daripada ilmu Mufti Johor.Saya harap lepas ni rtak perlu lah tangkap lagi Ustaz Rasul Dahri tu biarkan dia berdakwah di bumi Johor nih lagi pun Ustaz Rasul Dahri tu bukan calang calang Ustaz ! Kalau tak percaya anjurkan program debat tentang masalah aqidah kemudian suruh mufti mufti berdebat tentang ilmu aqidah dengan dia barulah betul.Ini terus tangkap dan penjarakan ini sistem orang jahat !tangkap orang lain yang tak bersalah dan beri hukuman.Ini zalim terhadap diri sendiri dan agama.Wallahhhualam...