KENYATAAN MEDIA
(29 Disember 2005)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) akan meneruskan aktiviti rutinnya iaitu Ekspedisi (XPDC) Dakwah sempena Tahun Baru 2006 yang akan disambut pada 31 Disember 2005 yang akan datang.
Pada XPDC dakwah kali ini, lapan (8) Daerah telah dikenal pasti oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah DPPNJ untuk menjalankan aktiviti dakwah ini. Lapan lokasi itu adalah Daerah Johor Bahru, Pontian, Mersing, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Muar dan
Sebanyak 20 ribu risalah bertajuk “Dadah Haram Di Sisi Islam” telah dicetak dan akan diedarkan pada malam sambutan Tahun baru ini diadakan. Dadah telah dipilih menjadi fokus utama pada kali ini kerana DPPNJ melihat peningkatan penagih dadah khususnya di kalangan golongan muda semakin membimbangkan.
XPDC dakwah Perdana ini akan dimulakan dengan Ceramah Perdana Tahun Baru yang akan disampaikan oleh Naib Ketua DPP Pusat, Saudara Mazlan Aliman dan Ketua DPPN Johor Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil. Ceramah akan diadakan di Taman Dahlia, Tampoi.
Beberapa pendekatan baru akan digunakan sepanjang XPDC ini diadakan. Selain daripada menyebarkan risalah dakwah, para petugas yang akan terlibat dengan XPDV ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk bertemu dengan para pengunjung khususnya dikalangan remaja yang kebiasaannya tidak akan terus balik ke rumah tetapi berpeleseran di kawasan Bandar-bandar.
Di Johor Bahru contohnya, kawasan
DPPNJ berharap agar XPDC Dakwah kali ini akan lebih memberikan kesan kepada masyarakat lebih-lebih lagi keadaan sosial yang parah semakin membimbangkan lebih-lebih lagi ia melibatkan golongan remaja. XPDC Dakwah ini juga akan disertai oleh pimpinan PAS di peringkat kawasan-kawasan.
Sekian
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830