15 September 2006

DANA PRIHATIN KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA

Posted by Picasa KENYATAAN MEDIA
(15 September 2006)

PELANCARAN DANA PRIHATIN KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA NEGERI JOHOR


Jawatakuasa Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) telah bersetuju untuk meneruskan bantuan terhadap keluarga mangsa tahanan ISA yang terdapat di dalam negeri Johor.

Keputusan yang telah dicapai di dalam mesyuarat Pemuda BA Johor baru-baru ini dan menetapkan bahawa keluarga mangsa tahanan ISA akan terus diberi bantuan selagi mana suami-suami mereka ditahan dalam ISA.

Pemuda BA Johor mengambil sikap ini kerana terdapat dikalangan keluarga tahanan ini telah lebih daripada 5 tahun dipisahkan secara paksa oleh kerajaan. Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa suami yang mereka cintai ditahan tanpa bicara untuk tempoh yang lama. Begitu juga dengan nasib anak-anak yang terus membesar dalam penderitaan.

Ramadhan semakin hampir. Sudah semestinya keperluan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal cukup dirasai oleh kita semua. Sebahagian besar isteri tahanan ISA ini tidak mampu untuk menyediakan keperluan yang cukup kepada keluarga.

Keperitan dan kepayahan yang dialami oleh isteri dan anak-anak tahanan yang terpaksa hidup bersendirian tanpa mereka yang bergelar suami dan ayah perlu dilihat daripada sudut kemanusiaan.

Justeru, Pemuda BA Johor mensasarkan sumbangan bagi setiap keluarga dan akan disampaikan pada penghujung Ramadhan yang akan datang.

Dana Prihatin ini tidak akan terhenti sehingga menjelang Syawal sahaja tetapi akan diteruskan kerana dana ini akan membantu keluarga termasuklah persiapan bagi menghadapi musim persekolahan awal tahun hadapan.

Sebarang bentuk sumbangan kepada tabung ini hendaklah dihulurkan melalui Pemuda BA Johor dengan menghubungi Sdr Khairul Faizi (019-7701830) atau Cik Nurin Aina (012-7616421)

Semoga usaha yang sedikit Pemuda BA Johor ini dan bantuan daripada semua pihak dapat membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Sekian, wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Pemuda BA Johor
Nurin Aina Abdullah
Timbalan Pengerusi Pemuda BA Johor

No comments: