12 September 2006

PAKEJ PEMBELIAN MOTOSIKAL BERSAMA TOPI KELEDAR MESTI DIKAJI SEMULA.

Posted by Picasa Kenyataan Media
(12 September 2006)

TAJUK :

PAKEJ PEMBELIAN MOTOSIKAL BERSAMA TOPI KELEDAR MESTI DIKAJI SEMULA.


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) membantah keputusan Kabinet yang telah meluluskan peraturan baru mewajibkan semua pembelian motosikal dipakej bersama dua topi keledar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy telah mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju melaksanakan peraturan itu kerana sebahagian besar kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

DPPNJ mempertegaskan bahawa sebarang tindakan kerajaan untuk mengambil keputusan hendaklah melihat kepada masalah sebenar yang berlaku. Beberapa perkara mestilah dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dan arahan dibut.

Pertamanya, apakah dengan mempakejkan pembelian motosikal dengan topi keledar mampu mengurangkan kadar kemalangan. Kerajaan perlu melihat terhadap punca sebenar masalah ini.

Berapa peratus kematian yang disebabkan kemalangan motosikal membabitkan penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar. Perkara yang perlu diberi keutamaan dalam hal ini adalah bagaimana untuk mengurangkan kemalangan, bukannya mengelakkan kematian apabila berlaku kemalangan.

Keduanya, pembaziran yang sudah pastinya akan berlaku khususnya terhadap pengguna.

Bukan semestinya semua pembeli motosikal tidak mempunyai topi keledar. Bagaimana pula dengan topi keledar yang sudah pun dimiliki terlebih dahulu sebelum membeli motosikal. Sudah tentu berlakunya pembaziran.

Ketiganya, apakah kerajaan dapat memastikan kualiti topi keledar tersebut terjamin kualitinya?. Apabila topi keledar dipakejkan, kebimbangannya adalah harga penjualan tersebut kepada pembeli tidak setimpal dengan kualitinya.

Andaikata topi keledar yang dibekalkan tinggi kualitinya, apakah dengan pakej ini dapat memastikan bahawa harga motosikal yang dijual tidak melambung tinggi.

Oleh itu, kabinet mestilah menarik balik keputusan ini dan satu kajian yang lebih telus perlu dilakukan bagi menangani masalah sebenar yang berlaku.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/

No comments: