20 September 2006

THAKSIN TUMBANG, ISYARAT JELAS KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN RASUAH

Perdana Menteri Malaysia terkejut dengan berita rampasan kuasa di Thailand - Bernama
__________________________
Panglima Tentera Thailand Jen Sonthi Boonyaratglin, yang mengetuai rampasan kuasa itu, membacakan kenyataan yang menjelaskan sebab-sebab mengapa rampasan kuasa dilaksanakan.

Beliau yang diapit oleh lain-lain panglima tentera (laut dan udara) berkata rampasan kuasa kumpulan tentera yang menamakan diri sebagai Majlis Pembaharuan Demokratik, ditubuhkan ekoran pentadbiran Thaksin yang lemah dan berbahaya kepada negara.
Dalam kenyataannya yang sama seperti pengumuman terdahulu yang dibuat menerusi televisyen, Sothi berkata Thaksin memecah belah negara, menghina raja, dan mengendalikan kerajaan yang rasuah.
"Beliau sering campur tangan dalam perjalanan badan-badan kerajaan yang bebas, yang menjadikan sukar bagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka. Ada banyak kepentingan peribadi terlibat," katanya.
Sonthi meminta supaya 64 juta rakyat Thailand menyokong pihak berkuasa negara yang baru dan berjanji untuk mengembalikan demokrasi, dan kuasa untuk memilih kepada rakyat.
Tentera juga sudah membubarkan Parlimen, Perlembagaan 1997 dan Mahkamah Perlembagaan.

Faizi : Sebenarnya, ini adalah isyarat yang sangat jelas kepada pemimpin-pemimpin negara agar perlu telus di dalam pentadbiran kerajaan. Desas-desus bahawa rakyat Thailand akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada hari ini telah menyebabkan tentera mengambil keputusan untuk merampas kuasa seterusnya menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara.
Posted by Picasa

No comments: