kemaskini 2.21pm Mereka melanggar sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.
Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.
Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.
kemaskini 2.21pm Kira-kira 500 orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak lebih satu kilomter.
kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.
Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap "lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

1 comment:
sy bersetuju dengan penarikan balik title DATO' SERI bekas MB perak....
serangan keatas masjid adalah polemik semata2, kerana tujuan FRU adalah bukan untuk menyerang masjid dengan sengaja, bahkan sekadar untuk menjaga keamanan dari perarakan 'rakyat yang tertipu' ke istana iskandariah..
Post a Comment