26 March 2011

Pas gesa kerajaan biaya tambang pelajar ke Mesir

Pas gesa kerajaan biaya tambang pelajar ke Mesir - Sinar Harian

SENAI – Pemuda Pas negeri menggesa Kerajaan Negeri untuk membiayai tiket penerbangan pulang semua pelajar Mesir yang berasal dari negeri ini.

Ketuanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Kerajaan Negeri seharusnya mencontohi tindakan yang dilakukan Kerajaan Negeri Kedah yang sebelum ini menyatakan akan membiayai sepenuhnya tambang pulang pelajar-pelajar ini.

“Kita difahamkan, tiada sebarang keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai perkara ini, dan menyarankan agar pihak kerajaan dapat membiayai penerbangan pulang pelajar ini sepenuhnya.

“Selain pembayaran tambang, saya melihat Kerajaan Negeri juga boleh memberi insentif dalam bentuk duit poket kepada pelajar ini bagi meneruskan pengajian yang tertunggak akibat pergolakan politik di sana,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, disini, semalam.

Khairul Faizi berkata, difahamkan seramai 400 pelajar yang berasal dari Johor menuntut di Mesir dan telah dibawa pulang secara berperingkat menerusi Ops Piramid, baru-baru ini.

Menurutnya, kos tiket penerbangan pelajar ini membabitkan nilai RM1,500 hingga RM1,700 seorang yang dijangka akan pulang ke Mesir 12 Mac ini.

Sebelum ini, beberapa negeri memperuntukkan lebih RM500,000 bagi menghantar pulang semua pelajar tajaan mereka ke Mesir serta memberi duit poket sebanyak RM500 setiap seorang bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan di sana.

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah... hari tu dibawak balik macam2 fitnah keluar terhadap kerajaan... kini nak jilat ludah semula?

Jawa pontian said...

alhamdulillah...
terima kasih kerajaan johor atas sumbangan yang di beri.. percayalah kami bukan orang yang tak kenang jasa2 kerajaan insya'allah...