KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.
Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.
“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.
Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.
Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.
Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.
Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.
Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.
Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.
Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.
Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.
“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.
Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah. “Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.
Sumber : klik di sini

1 comment:
Aku langsung tak terharu bila artis join PAS. Aku akan lebih terharu jika Lim Kit Siang, Karpal Singh, Gobind Singh, Elizabeth Wong, Teresa Kwok, Lim Guan Eng... memeluk Islam... PAS hanyalah sebuah parti yang memperalatkan agama Islam, bukan bertunjang agama Islam. Sebab jika bertunjangkan agama Islam, fitnah menfitnah, caci-mencaci ni xkan jadi budaya PAS.
http://eXception2008.blogspot.com
Post a Comment