KENYATAAN MEDIA
1 Jun 2010, 18 Jamadil Akhir 1431
(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(11/10)
Tajuk
Mengecam Tindakan Israel Menyerang dan Membunuh Sukarelawan Misi Ke Gaza
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kebinatangan regim Israel menyerang dan membunuh sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza yang setakat ini telah mengorbankan sebanyak 16 nyawa.1 Jun 2010, 18 Jamadil Akhir 1431
(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(11/10)
Tajuk
Mengecam Tindakan Israel Menyerang dan Membunuh Sukarelawan Misi Ke Gaza
DPPNJ menyedari bahawa misi untuk menghantar bantuan ke Gaza sememangnya bakal berhadapan dengan risiko yang tinggi kerana terpaksa melalui sekatan dan halangan daripada tentera Israel yang tidak ingin membenarkan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza namun tindakan menyerang konvoi tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun lebih-lebih lagi ia dilakukan di perairan antarabangsa.
DPPNJ menyeru seluruh rakyat di negeri Johor khususnya dan seluruh negara amnya untuk bangkit menyatakan sikap mengutuk tindakan Israel. DPPNJ bersama Pakatan Rakyat Johor akan mengadakan himpunan aman berkaitan dengan perkara ini di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada 4 Jun 2010 sejurus selepas selesai menunaikan Solat Jumaat.
DPPNJ juga akan meneruskan himpunan aman ini di seluruh daerah seperti mana yang telah dirancangkan sebelum ini di atas isu kelulusan lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh kerajaan bersempena dengan Piala Dunia Bolasepak yang akan berlangsung di Afrika Selatan tidak lama lagi.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
1 Jun 2010
No comments:
Post a Comment