14 June 2010

Ustaz Hassan Shukri Kembali Ke Rahmatullah


KENYATAAN MEDIA
14 Jun 2010, 1 Rejab 1431
(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(12/10)

Tajuk

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA USTAZ HASSAN SHUKRI.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pada pukul 2.00 petang di Hospital Selayang sebentar tadi.


Sesungguhnya pemergian Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan satu kehilangan yang besar kepada PAS kerana Allahyarham adalah merupakan seorang pejuang yang cukup gigih bekerja untuk memartabatkan PAS.

Saya melihat Ustaz Hassan sebagai seorang Tokoh Pengurusan dan Pentadbiran PAS yang telah memberikan saya banyak tunjuk ajar menguruskan organisasi PAS. Ustaz Hassan juga merupakan seorang pemimpin yang cukup mudah untuk didekati oleh semua.

Semuga keluarga Allahyarham dapat menempuh ujian Allah ini dengan tenang dan sabar.

Allah S.W.T berfirman :

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) juga mendoakan agar Allahyarham tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Amin...


Al-Fatihah

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

No comments: