01 February 2009

Dua Adun KeADILan Perak 'hilang 4 hari' petanda UMNO masih kukuh


Semasa Nabi Muhammad balik daripada tugas dakwah di Thaif, setelah menerima tentangan yang begitu hebat, sehingga mengalir darah yang begitu banyak, baginda telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah.

Lalu baginda ditanya oleh Sahabat baginda yang menjadi teman dalam perjalanan, yang bernama Zaid Bin Harithah R.A " Wahai Rasulullah! bagaimana engkau mahu berpatah balik ke Mekah sedangkan mereka telah mengusir engkau keluar! lalu soalan itu dijawab oleh baginda dengan yakin & tenang dengan sabdanya: "Wahai Zaid sesungguhnya apa yang kamu lihat (daripada pelbagai bentuk tekanan & penyiksaan) ini, sebenarnya Allah menjadikan disebalik kejadian itu, pelepasan & jalan keluar. Sesungguhnya Allah adalah pembantu agamaNya & pemberi kemenangan kepada NabiNya!"

Perjalanan dakwah Nabi ke Thaif sebenarnya tidak menambah sebarang keuntungan dari sudut politik mahupun sokongan bahkan Nabi menerima tekanan yang jauh lebih hebat berbanding di Mekah. Tiba-tiba jawapan daripada Nabi adalah menyalahi kefahaman kita sebagai manusia biasa, sekaligus mengajar kepada kita bagaimana seorang pejuang Islam itu berfikir untuk masa depan politiknya.

Ini memberi erti bahawa segala bentuk tekanan yang diterima oleh baginda tidak menjejaskan keyakinan baginda terhadap Allah mahupun keyakinan diri baginda yang sentiasa positif. Kalaulah panduan ini tiada, sudah pasti kita juga akan merasakan lemah, putus asa & cepat mengalah. Kenapa baginda tidak merasa cemas? Ini adalah kerana baginda tidak bergantung kepada kekuatan lahiriah baginda, tetapi baginda bergantung kepada Allah. Segala-galanya pasrah kepada Allah. Ini berbeza dengan kita bila berhadapan dengan situasi yang semakin menekan. Lebih-lebih lagi kita merasa cemas bila membaca tajuk di atas. Kalau tidak ada perasaan itu pun, setidak-tidaknya ada perasaan marah, geram bila ada yang cuba menafikan kemaraan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih kerajaan. Kenapa kita merasa cemas? Ini adalah kerana kita terlalu bergantung kepada kekuatan kita sahaja dan tidak kepada Allah. Pergantungan yang seperti ini, adalah pergantungan yang sangat lemah....

Namun demikian, agak sukar sebenarnya untuk kita menumbangkan UMNO. UMNO sebenarnya masih kukuh! Kita boleh buat perbandingan antara kita & UMNO dari sudut kuasa yang mereka miliki & kuasa yang kita miliki . Ternyata mereka masih kukuh berbanding kita. Dari sudut apa jua ia masih kukuh. Ini perlu diakui oleh setiap kita yang menjadi pendokong Pakatan Rakyat.

Kalau lah kita ditakdirkan mempunyai kekuatan yang sama seperti UMNO atau lebih kuat daripada mereka, namun dalam perjuangan Islam kita masih dianggap lemah bila bergantung kepada kekuatan kuasa & kerajaan semata-mata. Kalau kita merujuk kepada Kitab Fiqh Sirah , Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty(menjadi silibus Lajnah Tarbiyah Pas Pusat) bahawa apabila pendokong gerakan Islam hanya menumpukan kekuatan mereka kepada kekuatan fizikal semata-mata, maka secara spontan mereka akan menjadi lemah. Contohnya bila kita mengusai 5 buah negeri, hanya bergantung kepada 5 buah negeri ini sahaja untuk menguasai Putrajaya, tanpa sandaran yang kuat kepada Allah, ertinya kita bersandar dengan kekuatan yang sangat rapuh! Ini perkara yang perlu kita faham.....

Seolah-olah kita hampir lupa dengan bantuan Allah yang pernah kita minta dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu. Sebab pada ketika itu kita susah, segala kekuatan tiada, hampir lumpuh setelah kita merundum dengan begitu teruk pada piliharaya 2004. Suasana politik juga mahu agar kesedaran politik perlu wujud bagi memberi amaran kepada UMNO & BN. Maka tiada kuasa yang diharapkan oleh kita pada masa itu kecuali Allah & para malaikatNya! Doa tidak putus-putus dibaca oleh kita, walaupun sehingga pukul 5.30 petang bilik gerakan seluruh Kelantan memaklumkan Kelantan bakal jatuh ke tangan BN pada hari pengundian 8 Mac yang lalu. Namun tanpa disangka akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada kita. (Situasi ini lebih kurang sama dengan Peperangan Badar)

Namun bila suasana politik telah memihak kepada kita, seakan-akan kita lupa kepada kuasa yang memberikan kita kredit di dalam politik domestik, iaitu Allah! Maksudnya seolah-olah kita begitu teruja dengan segala kekuatan yang kita miliki, lalu kita bergantung kepada kekuatan itu, lalu lupa kepada Allah. Tak perlu solat hajat, tak perlu solat tahajjut, tak perlu doa, apa yang penting rakyat telah memberikan sokongan kepada kita. Maka atas alasan itu, kita terasa "confident" yang melampau sehinga sombong & bongkak!(Situasi ini pula lebih kurang sama dengan Peperangan Hunain)

Situasi yang kita lalui sekarang sebenarnya telah dilalui oleh baginda bersama sahabat-sahabatnya. Ini bermaksud pengajian Fiqh Sirah ini bukan sekadar catatan sejarah, bahkan ianya adalah satu manual lengkap yang telah ditinggalkan oleh baginda yang catatannya bakal berulang kembali.

Umum telah mengetahui bahawa baginda tidak mewariskan dinar mahupun dirham , akan tetapi baginda mewariskan kepada kita ilmu, sesiapa mengambil daripadanya, ertinya ia telah mengambil satu bahagian yang sangat besar!

Situasi yang dimaksudkan seperti yang disebut di atas ialah Peperangan Badar & Peperangan Hunain . Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty menjelaskan dalam kitabnya Fiqh Sirah, bahawa Peperangan Hunain adalah pelengkap kepada Peperangan Badar. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi bagi i'ktibar pejuang akhir zaman.

Peperangan Badar menyaksikan bahawa golongan yang sedikit, tidak terjejas sedikit pun bila berdepan dengan musuh mereka yang ramai, jika mereka bersabar & bertaqwa. Manakala Peperangan Hunain pula menyaksikan bahawa golongan yang ramai tidak memberikan kesan & momentum yang kuat jika mereka tidak bertaqwa & bersabar!

Ini bermakna :

1) Orang Islam dalam Peperangan Badar mempunyai bilangan tentera yang paling sedikit jika mahu dibandingkan dengan dengan peperangan-peperangan yang lain. Namun sedikitnya mereka itu, tidak terjejas dengan sebab benarnya islam mereka, masaknya iman mereka & mereka terlampau wala' kepada Allah dan RasulNya.

Firman Allah : "Sesungguhnya kami telah memberikan kemenangan kepada kamu dalam Peperangan Badar, di dalam keadaan kamu yang lemah".

2) Orang Islam dalam Peperangan Hunian pula, jauh lebih ramai berbanding dengan peperangan-peperangan yang lain sebelumnya yang sertai oleh umat Islam! Namun ramainya mereka tidak memberikan kesan kerana makna iman & islam tidak begitu kukuh dalam hati mereka. Mereka lebih bergantung kepada kekuatan ramai berbanding pergantungan secara total kepada Allah.

Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir. "

Adakah ini beerti kita tidak perlu berusaha? Jika kita rujuk semula kepada peperangan yang dilakukan oleh baginda dalam kedua-dua peperangan di atas, ia menafikan secara total, perjuangan tanpa usaha.

"APA YANG DILARANG IALAH, MENGALIHKAN TUMPUAN KEPADA KEKUATAN FIZIKAL MELEBIHI MENUMPUKAN KEKUATAN KEPADA ALLAH"

Sebab itu, kalau hanya sekadar kita telah menang di 5 buah negeri diikuti dengan Permatang Pauh & Kuala Terengganu, selepas itu kita pun mendabik dada dengan berkata "SEDIAKAN KERANDA UNTUK UMNO"

Itu maknanya kita bergantung kepada kekuatan itu sahaja, lalu kita bakal dikalahkan oleh UMNO....

Namun jika ucapan kita itu ada berlapik dengan pergantungan kepada Allah, sewajarnya ucapan begitu tidak akan keluar daripada mulut kita. Bahkan bila kita menang kita diminta untuk bertasbih & beristigfar! Ini adalah kerana , kita bimbang gagal menjadi agen perubah & penyelamat yang lebih baik daripada UMNO & BN.

Begitu unik ajaran Islam, dalam kita memerangi mereka, di sana ada adab & tatsusila yang perlu dijaga. Sudah tentunya ingin menjaga perkara ini mesti ada sifat sabar & ketaqwaan. Jika tidak ini memberi erti :

"Dua Adun KeADILan Perak 'hilang 4 hari' petanda UMNO masih kukuh"

29 January 2009

BANTAH KONSERT RIHANNA! HANTAR BANTAHAN ANDA KE 18888 atau 28888?


Sebentar tadi saya menerima SMS daripada Celcom yang bernombor 18888 yang berbunyi

"Catch Rihanna Live in Kuala Lumpur on 13/2/09. Get 30 % disc on consert tickets now! Register by sending REGRIH to 28881. While tickets are available! T&C apply "

1) Saya minta pandangan anda semua, jika kita nyatakan bantahan melalui SMS kepada celcom melalui nombor 28881, pihak celcom boleh terima tak sms bantahan kita ? Sebab bila saya terima sahaja sms ini, saya terus nyatakan bantahan dan saya mendapat SMS ini
"Sorry! Invalid Command, For asistance, please type PA HELP or visit www.celcom.com.my"

2) Bila saya mendapat balasan SMS tersebut, maka saya terus membuat bantahan yang sama melalui 18888, iaitu nombor asal pihak celcom hantar kepada saya seperti yang saya nyatakan di atas. Setelah sms dibuat saya tiada menerima apa-apa respon seperti yang terjadi bila hantar ke 28888 tadi.

3) Kepada semua otai-otai SMS, tolong beri pandangan anda dalam ruangan komen di bawah, agar kita sama-sama dapat membantah secara beramai-ramai kepada celcom! Mari kita bersama-sama membantah Konsert Rihanna!

"Tanpa kita siapalah Celcom"

28 January 2009

MUNGKINKAH PILIHANRAYA KECIL DI KUALA KANGSAR?

Harakah terbaru bil 1410 26 Januari - 1 Februari 2009, Sdr Hanipa Maiden , Peguam Pas menimbulkan persoalan di atas, dengan beberapa hujah-hujah yang kukuh sehinggakan hakim terkedu dengan hujah beliau. Tiada jawapan daripada hakim selain mengiakan sahaja. Saya sengaja meletakkan tarikh keluaran di Harakah di atas sekadar nak tengok sejauh mana ahli Pas membeli akhbar Harakah sebagai maklumat resmi mereka. Anda semua boleh rujuk dalam akhbar tersebut dengan panjang lebar bagaimana Sdr Hanipa Maiden berhujah dengan para hakim.

Pada 15 Januari yang lalu Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya yang melibatkan Parlimen Kuala Kangsar.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan tersebut ialah Hakim Besar Borneo, Tan Sri Richard Malanjum, Dato' Zulkifli Ahmad Makinuddin & Dato' Augustine Paul.

Bila kita dapat tahu siapa yang menjadi hakim ke atas kes tersebut, biasanya kita sebagai 'peramal politik kampungan' akan dapat memberikan jawapan secara cepat dan pantas sama ada kita boleh menang atau tidak kes ini.

Ini menunjukkan kita telah tewas sebelum apa-apa berlaku. Dalam Islam kita tidak boleh memberikan jawapan yang begitu pantas atau berputus asa selagi sebarang usaha tidak dilakukan. Lebih-lebih lagi dalam hal politik. Ini adalah kerana apa yang berlaku dalam politik adalah serba mungkin, berlaku secara sepontan, tiba-tiba & mengejut.

Satu-satunya senjata yang menjadi kekuatan bagi umat Islam ialah doa. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda " Doa itu menjadi senjata bagi orang-orang yang beriman" Persoalannya sekarang, sejauh mana kita mengoptimakan penggunaan doa sebagai senjata bagi kita.

Saya masih lagi teringat kepada peristiwa Hijratur Rasul ke Madinah. Kisah ini , anda boleh rujuk dalam Kitab Fiqh Sirah, Dr Mohd Said Ramdhan Al-Buty.

Ia mengisahkan seorang pemuda Musrikin yang bernama Suraqah bin Ja'sam. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menangkap baginda, bila diketahui habuan seratus ekor betina bakal menjadi miliknya jika berjaya menangkap baginda. Namun demikian, setiap kali kudanya hampir mendekati baginda, pada ketika itu jugalah kudanya kerap terjatuh. Bukan hanya sekadar terjatuh bahkan sehingga Suraqah sendiri tercampak jauh daripada kudanya. Ianya berlaku berulang-ulang kali sehinggakan Allah mencampakkan perasaan gerun ke dalam hati Suraqah. Akhirnya Suraqah mengaku kalah, lalu mengucapkan salam kepada baginda agar baginda selamat sampai ke Madinah.

Di belakang Suraqah ada beberapa pemuda-pemuda musrikin yang lain turut serta mengejar baginda. Bila Suraqah ini bertemu dengan pemuda-pemuda ini, Suraqah mengatakan " Adalah lebih baik kamu balik sahaja ke rumah kamu! Aku dah kejar Muhammad tapi tak jumpa! Buang masa sahaja!" -lebih kurang begitulah maksudnya...

Apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah, Suraqah pada waktu pagi bersungguh-sungguh nak menangkap Rasulullah S.A.W, tiba-tiba pada waktu petang, Suraqah yang merupakan orang yang sama mempertahan baginda daripada pemuda-pemuda musyrikin!

Ini menunjukkan Allah berkuasa menukar hati seseorang secara secara sepontan, tiba-tiba & mengejut! Apa yang pelik bagi Allah!

Ini jugalah apa yang berlaku di Kelantan dalam pilihan raya Mac yang lalu. Bila ada pengakuan yang kita terima daripada penumpang bas yang datang daripada Johor. Dia kata memang niat dia nak undi BN sejak dia melangkahkan kaki ketika menaiki bas. Namun bila telah sampai ke Kelantan hatinya berubah! Dia merasa simpati bila melihat gambar Tuan Guru Nik Aziz menangis! Sekali lagi saya sebut ia berlaku secara spontan! Kuasa Allah walau tinggal beberapa minit ia mampu mengubahnya!

Kalau sebelum ini kita hanya mendengar kisah-kisah ini dalam kitab-kitab sirah, tetapi ianya sekarang mampu terbukti berkesan dengan niat hati kita yang ikhlas.

Sejauh manakah Pilihanraya Kuala Kangsar bakal berlaku, ianya bergantung dengan sejauh mana doa kita yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Kalau kita dapat rasakan momentum doa kita bila berhadapan dengan musuh, sewajarnya kita perlu berdoa kepada Allah agar seluruh rakyat, pendokong Pakatan Rakyat agar tidak berubah hatinya bila berdoa kepada Allah. Tiada apa yang boleh kita harapkan daripada usaha Sdr Hanipa Maiden kecuali kita sertakan dengan doa yang lebih tajam dari senjata mereka....

Jika doa kita dimakbulkan Allah, ini beerti UMNO & BN sedang mengalami zaman kematiannya secara perlahan-lahan yang ternyata lebih pedih daripada mati secara mengejut!


MASALAH KEMATIAN KUGAN MASIH BELUM SELESAI

Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) menggesa Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu serta dua timbalan menteri meminta masyarakat India supaya jangan terlibat dalam demonstrasi yang dirancang pihak tertentu semasa upacara pengkebumian bekas tahanan polis A.Kugan esok.

Timbalan Pengerusi II Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, ini perlu bagi membuktikan bahawa Samy Vellu serta dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Datuk K. Devamany, merupakan pemimpin yang peka dengan sensitiviti perkauman di negara ini.

“Mereka perlu membuat pengisytiharan itu kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai atau berarak sehingga menimbulkan huru-hara pada majlis pengebumian mendiang esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

26 January 2009

Solat Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 ptg

" SOLAT GERHANA / BULAN / MATAHARI Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT GERHANA

الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

Khutbah Khas Gerhana

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33, tafsirnya:
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."
Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata'la melakukan-Nya.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata'ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari Abi Masuud Radiallahuanhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang, keduanya itu adalah bukti dari tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala. Maka apabila kamu melihat gerhana itu berdirilah, bersembahyang dan berdoalah kepada Allah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan semasa berlakunya gerhana bulan ini untuk bersegera bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191, tafsirnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhi

INFO GERHANA MATAHARI

SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.

Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.

Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia.

HUBUNGAN UMNO & MIC RETAK MENANTI BELAH


Ketika rakyat masih lagi menunggu hasil siasatan kes kematian lelaki berbangsa India bernama Kugan, MIC bertindak mempertahankan 2 Timbalan menterinya jika mereka berdua didakwa. Sekaligus rakyat dipertontonkan dengan pertelingkahan dalaman BN yang semakin membarah. Apa yang dilakukan MIC sebenarnya inginkan penjelasan serta siasatan yang lebih telus berhubung kes kematian lelaki berbangsa India tersebut. Namun jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar agak mengecewakan MIC.

MIC rasa seperti tidak mendapat keadilan meskipun mereka bersama BN. Inilah sebenarnya yang dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Hakikatnya mereka juga mahukan keadilan & perubahan, cuma sekarang ini masih belum terbuka hati untuk bersama PR. Jika MIC kecewa & telah terbuka hati, kami membuka pintu yang seluas-luas kepada anda semua untuk bersama-sama kami.

HANYA 20 ORANG SAHAJA YANG HADIR DARIPADA 28 ADUN BN?

Secara tiba-tiba Adun Bota, Perak telah masuk PKR & meninggalkan UMNO! Dewan Pemuda Pas Johor merakamkan ucapan tahniah kepada beliau. Y.B Khairi Jamaludin serta wakil rakyat BN yang lain turut dijemput untuk masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana ruang & peluang adalah lebih cerah bersama dengan Pakatan Rakyat.

Utusan melaporkan, hanya 20 orang sahaja yang hadir daripada 28 Adun BN dalam Mesyurat UMNO, menimbulkan tanda tanya, sedangkan menurut pengetahuan Y.B Pas Idham Halim, Adun Titi Serong, Perak kebanyakan ADUN memang berada di kawasan masing-masing dan yang pastinya berada di dalam negara bukannya di luar negara.

Alasan dan laporan mereka berada di luar negara adalah mengelirukan dan alasan yang disifatkan sengaja diada-adakan bagi melindungi alasan sebenar bahawa mereka yang tidak hadir memang sudah tidak sayangkan lagi UMNO dan sekaligus merasakan tidak penting untuk mengajak kembali Dato' Nasharuddin ke pangkuan parti.

Desas-dasus mengenai ada lagi beberapa orang lagi ADUN UMNO akan meninggalkan partinya sedang bertiup kencang di Negeri Perak. Malah Y.B Idham Halim sendiri menerima panggilan telefon bertanyakan siapakah mereka yang dimaksudkan dan ke parti mana pula mereka akan masuk PAS atau PKR ?

Kalau alasan kekalahan dalam pertandingan dalam perebutan Ketua Bahagian UMNO banyak melihat kepada ADUN Lintang,
Yb Datuk Ahamad Bin Pakeh Adam yang kalah kepada pencabarnya. Beliau yang dianggap sebagai bapa kepada UMNO Perak dan seorang vateren cukup dihormati. Ucapannya dalam sidang yang lepas adalah teguran yang membina dan dengan suatu semangat setia kawan yang tinggi.

Sudah sampai masanya ADUN Batu Kurau yang sudah tidak boleh berfungsi dengan keilmuan Islamnya kalau terus berada dalam UMNO. Bayangkan dalam Sidang DUN yang lalu Dato' Najmuddin Alias semacam menyebelahi PR dengan banyak berdiam diri. Oleh itu Dato' dijemput untuk berjuang bersama kami Parti Islam Semalaysia.


22 January 2009

TERBARU! CERAMAH TUAN GURU NIK AZIZ DI TERENGGANU


Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat menggesa orang-orang Melayu supaya mengubah perjuangan kepada membela Islam dariapada perjuangan membela Melayu.

Beliau berkata selepas pilihanraya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, seorang Naib Presiden UMNO dari Melaka merasa hairan kerana PAS menang di Kuala Terengganu sedangkan katanya PAS tidak buat apa-apa.

”Dia kata, orang boleh sokong PAS kerana PAS janji nak masuk syurga, sedangkan PAS tak buat apa-apa, kalau ramai lagi UMNO berfikir macam itu, lagi baik, (lebih) mudah kita nak kempen pada masa depan,”kata Tok Guru sekaligus membidas kenyataan Dato’ Ali Rustam dengan berkata sekiranya Nabi Muhammad masih hidup, pasti dia akan lawan Nabi Muhammad.

Katanya Ali Rustam akan tanya Nabi Muhammad, berapa batang jalanraya yang nabi buat, berapa masid yang nabi buat dan lain-lain lagi kerana nabi diturunkan oleh Allah tidak membawa apa-apa.

Namun menurut Tok Guru, ramai manusia yang menyokong nabi walaupun nabi hanya membawa ajaran Islam ke atas muka dunia ini.

Beliau berkata tindakan Ketua Menteri Melaka itu yang telah mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan negeri Melaka supaya tidak melawat Kelantan suatu masa dulu adalah suatu pemikiran yang beku dan jumud.

"Macam komunis, komunis tak beri orang keluar dari negeri dia, betul-betul pemikiran otak, otak komunis,

”ada ke masuk akal, manusia, pegawai kerajaan (Melaka) dilarang datang ke Kelantan, tapi baru-baru ni tarik balik pula (benarkan orang datang ke Kelantan),”kata Tok Guru Nik Aziz dalam majlis ceramah perdana di Kampung Tanjung dekat sini, sempena kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Tok Guru menyifatkan tindakan Ali Rustam tersebut adalah berpunca dari pemikiran 'maddiyyah’ iaitu pemikiran materialis (dimana menganggap) apa yang ada diatas dunia ini hanyalah ’benda’ sahaja.

Oleh yang demikian kata Tok Guru, pemikiran 'maddiyyah’ menyifatkan selain daripada benda yang dapat dilihat itu tak ada apa-apa, sehinggakan mengaggap tuhan tidak wujud kerana ia tidak boleh dilihat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa dunia yang wujud hari ini bukan ciptaan sesiapa tetapi ciptaan Allah SWT.

Justeru beliau berkata sekiranya manusia di atas dunia masih bergantung kepada kejadian yang dicipta oleh Allah untuk hidup, manusia wajib mengikut Islam sebagai cara hidup.

”Dunia bukan kita buat, bukan ayah dan emak kita buat, bukan datuk kita buat, bukan syarikat kita buat, bukan kerajaan kita buat.

"Oksigen yang kita hirup atas dunia ini bukan kita buat, nitrogen bukan kita buat. Dengan ukuran oksigen dan nitrogennya yang begitu sekali teratur, kalau oksigen lebih sikit, akan hangus dunia, kalau kurang sikit akan sejuk dunia, siapa dia buat begitu ?

"Kalau selagi kita tidak buat dunia, tidak buat akhirat, maka kita kena turut Allah, kena ikut Islam,”jelas beliau.

Mengulas lebih lanjut, beliau mengkritik tindakan UMNO yang hanya memperjuangkan Melayu dan sering menggunakan slogan 'hidup Melayu’, sedangkan di akhirat kelak tidak ada nilai yang dikira atas bangsa.

"Membela (memperjuangkan) Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti awak Melayu atau Cina.

"Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam. Orang Arab pun tak mesti masuk syurga, bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab, tapi dinyatakan dalam quran Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.

"Jadi sebagai bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,

"Jadi, tak usah sebutlah ’ketuanan Melayu’, sebutlah ketuanan Islam. Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak dimana, India nak letak dimana?

”Tapi kalau sebut ketuanan Islam ada juga Cina yang Islam ada juga India yang Islam.”katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah etiga-tiga pempinan utama parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Nasional Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) YB Lim Kit Siang

18 January 2009

KEMENANGAN PAS DI KUALA TERENGGANU & SOLAT ISTIKHARAH TGHH

Dewan Pemuda Pas Johor mengucapkan Tahniah kepada Tn Hj Abd Wahid Endut yang telah berjaya menumpaskan lawannya daripada Barisan Nasional Dato' Wan Farid Ahmad. Sememangnya keputusan ini telah dijangkan oleh pelbagai pihak. Ini termasuk team yang diketuai Dr Abu Hassan Hasbullah yang telah membuat andaian berdasarkan analisis yang dibuat secara langsung, bahawa Pas bakal memenangi kerusi parlimen yang dipertandingkan dengan majoriti sekitar 2200 lebih.

Cumanya bagi kita yang telah menerima pelbagai tarbiyyah, ujian & tribulasi tidak meletakkan kajian tersebut sebagai hujah yang selesa untuk tidak mempertingkatkan usaha. Ini adalah kerana pergantungan kepada Allah adalah lebih diutamakan daripada pergantungan kepada fakta manusia. Ini pernah terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W, iaitu pada Peperangan Hunain umat islam telah mengalami kekalahan gara-gara bergantung kepada kekuatan manusia. Kita bangga dengan ramainya kita, sehingga rasa 'confident' yang melampau, sehingga lupa yang memberikan kemenangan adalah kuasa daripada Allah. Ini lah hebatnya tarbiyyah islam sehingga, tergelincir pegangan walaupun sedikit kita kalah di medan perjuangan.

Lebih menarik lagi sokongan kemenangan kita pada kali ini diikuti dengan kisah Solat Istikharah Tuan Guru Haji Abd Hadi seperti yang dikisahkan oleh Tn Hj Subki Latif di dalam Harakah cetak pada 9-11 Januari 2009, BIL 1405, muka surat 5

Tuan Guru diberitakan, setelah mendapat nama-nama bakal calon yang telah disenarai pendek, TG melakukan Solat Istikharah. Setelah melakukan solat, TG merasakan seolah-olah sukar untuk mengambil air sembahyang serta arah kiblat juga seolah-olah tidak betul. TG merasakan senarai calon semuanya mempunyai kelayakan, sebab mereka semua mempunyai pendidikan ,profesional & tidak memiliki rekod jenayah, cuma agak sukar untuk mendapatkan kemenangan. Akhirnya selepas solat nama Abd Wahid Endut menjadi pilihan.

15 January 2009

KENAPA IRAN TIDAK TURUT SERTA DALAM PERANG MENENTANG ISRAEL DI GAZA?

Iran sedar konflik Gaza adalah umpan yang dimainkan Israel?

Pada 28 Disember 2008, sehari selepas Gaza dibedil tentera Israel, Ayatollah Ali Khomenei telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang turut serta di dalam perjuangan membela rakyat Palestin, mereka adalah syahid.

Kesan dari ucapan itu ialah dilaporkan lebih 70,000 warga Iran yang kebanyakan golongan belia telah mendaftar untuk berjihad di bumi Palestin bersama pejuang-pejuang Hamas.

Namun begitu, seminggu selepas ucapan itu, Khamenei telah mengeluarkan ucapan yang berbeza sekali. Beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa penghantaran sukarela-sukarela jihad tidak perlu kerana terdapat tanda-tanda Israel sedang memasang perangkap.

Oleh itu, kebenaran untuk melepaskan sukarela-sukarela jihad ke Palestin terpaksa ditarik balik. Khamenei dilihat meneruskan agenda menekan secara politik negara-negara barat dalam isu konflik Gaza.

Dalam konteks ini dapat kita lihat bahawa pihak Iran telah mengenalpasti akan tujuan sebenar konflik Gaza dicetuskan oleh Israel. Iran tahu, mereka tidak boleh terus melatah dengan sebarang reaksi kejam yang dilakukan Israel.

Mereka sudah mempunyai pengalaman dalam Perang Iran-Iraq 1980 yang mana negara-negara Arab telah menjadi mangsa hasutan agen-agen elit Zionis yang berwajah Islam. Pasti kali ini tindakan lebih berhati-hati diambil agar tidak tercetus peperangan yang bakal meragut lebih banyak nyawa Muslim.

Israel Menggunakan Hezbullah Sebagai Umpanan

Untuk mengheret Iran ke kancah peperangan bukanlah suatu jalan mudah. Ianya sama susahnya seperti Presiden Amerika mengheret Jepun ke kancah peperangan pada 1941.

Israel kelihatan amat bersungguh-sungguh ingin mewujudkan perang yang besar. Pada 8 Januari 2009 lalu, lima roket telah dilancarkan ke Selatan Lubnan. Serangan itu sebagai suatu tindak balas serangan Hezbullah ke atas Bandar Nahariya.

Bukan setakat itu sahaja, beberapa jet pejuang Israel juga telah kelihatan berlegar-legar memasuki kawasan Selatan Lubnan.

Apa yang menghairankan ialah jurucakap Hamas di Lubnan, iaitu Raafat Mora telah menafikan bahawa mereka membantu Hezbullah dalam serangan roket tersebut.

Malah jurucakap Hezbullah juga melaporkan kepada wartawan Press TV bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas serangan itu.

Kesimpulan

Kami percaya keengganan Iran memberi kebenaran kepada sukarela dari negaranya menyertai perjuangan jihad Hamas telah membuatkan pelan konspirasi Israel berubah.

Israel tahu Iran di bawah pimpinan ulama adalah berbeza dari pimpinan sekular dahulu. Mereka sudah matang dan masak dengan taktik-taktik provokasi antarabangsa yang dilakukan Israel. Namun begitu, kelihatan Israel cuba mencari ruang mengumpan dengan cara lain.

TERASA RAGU BILA UMNO MAHU PERTAHAN PALESTIN














Masih segar diingatan ketika satu ketika dahulu Malaysia pernah menjadi sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut. Sekaligus memberikan gambaran kepada kita UMNO adalah pendokong perjuangan Fatah bukan pendokong perjuangan Hamas! Tiba-tiba bila semenanjuang Gaza yang dikuasai Hamas diserang, UMNO pula menjadi jaguh! hai pelik! Kita berhak untuk meresa pelik dengan tindakan UMNO sekarang! Kutipan derma yang mencecah RM1,968,130.30 dipungut untuk siapa?

Serangan yang dilancarkan oleh Israel mendapat kutukan di seluruh dunia termasuk negara-negara Eropah dan barat. Kemarahan ini bertambah meluap-luap bagi negara umat Islam sehingga ke satu tahap untuk memboikot produk-produk keluaran Amerika & Israel. Sudah tentu mereka akan mengalami pengurangan jualan daripada negara umat Islam. Bagi menampung kerugian tersebut siapakah yang bertanggugjawab menyelamatkan ekonomi Israel? Adakah Israel tidak memikirkan kesan serangan terhadap Gaza bagi tempoh jangka panjang? Apakah tindakan segera Israel di dalam menghadapi pemboikotan produk-produk mereka?

Apa yang menghairankan kita ialah, UMNO selama ini tak ambil peduli langsung mengenai umat islam di Palestin, tiba-tiba menjadi juara mempertahankan sehingga mereka pun mahu berdemontrasi di tempat-tempat awam. Lebih menimbulkan tanda tanya bila kita melihat bendera Israel berkibar di PWTC milik UMNO!

Kelihatan bendera Israel berkibar di Bangunan PWTC milik UMNO

Apa yang kita kesalkan serta bimbangkan, kita sibuk memboikot produk Israel, tiba-tiba kewujudan derma yang dikumpul daripada umat islam yang diambil daripada masjid-masjid & pertubuhan Islam diserahkan terus kepada Kumpulan Fatah dan bukan kepada Hamas yang menjadi pejuang sebenar umat Islam di sana. Umum mengetahui Kumpulan Fatah ini bersengkongkol dengan zionis. Jika andaian ini benar! maka sungguh celakalah mereka! sungguh celakalah mereka! sungguh celakalah mereka yang melakukan terkutuk ini

Tuduhan ini bukan ditujukan kepada UMNO, tetapi ianya ditujukan kepada mereka yang bersengkongkol dengan Yahudi Laknatullah Alaih, yang menetang perjuangan Islam & kebenaran.

21 December 2008

KURSUS ICT & KEWARTAWANAN BPPNJ & DPPNJ


SEMUA AHLI PEMUDA PAS JOHOR DIJEMPUT UNTUK HADIR KE MAJLIS TERSEBUT DI ATAS BERDASARKAN BUTIRAN BERIKUT :

TARIKH : 25 DISEMBER 2008
TEMPAT : PEJ PENTADBIRAN DEWAN PEMUDA PAS JOHOR, TMN RENGAM JAYA, SIMPANG RENGAM JOHOR
MASA : 9.00 PAGI- 6.00 PETANG
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!

SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI UST ZUL HILMEI : 0137620863

TETAMU JEMPUTAN : AHMAD LUTFI OTHMAN & HJ AHMAD JAMAL SYAFIE

* Sila bawa bersama komputer riba/laptop anda


17 December 2008

SEMUA PEMUDA PAS JOHOR DIMINTA HADIR!


ANDA DIMINTA UNTUK HADIR UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA PENDUDUK KG PELENTONG TENGAH.


TARIKH : 18.12.08 (KHAMIS)-
TEMPAT : BERKUMPUL DI SURAU PELENTONG TENGAH(ZOHOR BERJEMAAH)

SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI ARAB : 0137511818

03 December 2008

EBOOK PETUNJUK SEPANJANG JALAN-SAYYID QUTB TELAH TERBIT!


eBOOK Petunjuk Sepanjang Jalan telah terbit! Anda boleh download dan jika ingin sebarkan kepada orang lain, tolong linkkan sumbernya ke Blog Dewan Pemuda Pas Johor. Antara kandungan Ebook ini ialah :

BAB 1 Petunjuk Sepanjang Jalan
BAB 2 Generasi Al-Quran Yang Unik
BAB 3 Tabiat Program Al-Quran
BAB 4 Masyarakat Islam -Pertumbuhan Dan Ciri-Cirinya
BAB 5 Jihad Di Jalan Allah
BAB 6 La Ilaha Illallah Panduan Hidup
BAB 7 Undang-Undang Universal
BAB 8 Islam Ialah Tamaddun
BAB 9 Konsep Islam Terhadap Kebudayaan
BAB 10 Akidah: Rupabangsa Muslim
BAB 11 Jaraknya Jauh
BAB 12 Keagungan Iman
BAB 13 Inilah Jalannya

02 December 2008

EBOOK DETIK-DETIK HIDUPKU-IMAM HASSAN ALBANNA TELAH TERBIT!



Ini satu lagi Ebook terbaru yang telah saya siapkan. Cetak & baca ebook ini secara percuma. Satu-satunya ebook yang menarik sebagai pembakar semangat kepada kita.Ebook ini mengisahkan mengenai biografi lengkap Imam Hassan Albanna. Pendekatan serta gerak kerja dakwah yang perlu difahami bila kita kita ingin mentajdidkan semula kebangkitan Islam. Download sekarang! Percuma

EBOOK APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM TELAH TERBIT!



Saya telah dihubungi oleh Sdr Aminuddin Ayub beberapa hari yang lalu agar menyiapkan Ebook Gerakan Islam bagi mengisi kekosongan input yang perlu diisi di web Badan Perhubungan Pas Johor. Alhamdulillah buat masa ini satu ebook telah pun siap. Semuga ia akan menjadi rujukan kepada kita semua. Jika anda mahu menyebarluaskan ke mana-mana blog atau email anda, anda dikehendaki untuk menyertakan bersama link ke Blog Dewan Pemuda Pas Johor.

27 November 2008

AMARAN BANJIR !

Anda boleh semak status kenaikan paras air setiap 4 jam sekali bagi memastikan kawasan anda terselamat daripada bencana banjir....anda boleh ke sini untuk Negeri Johor

26 November 2008

AKHIRNYA ISU PEMECATAN DATO' NOH GADUT TERJAWAB


JOHOR BAHRU 25 Nov. - Desas-desus mengenai siapa yang menjadi Mufti Johor ketika ini terjawab apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail berkenan melantik Timbalan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin, 60, sebagai Mufti Johor yang baru.

Dengan pelantikan yang berkuat kuasa mulai 13 November lalu, Mohd. Tahrir (gambar) dipilih menggantikan Datuk Nooh Gadot yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 7 November lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berikutan itu Sultan Johor juga berkenaan melantik dan menaikkan pangkat Nooh sebagai Penasihat MAIJ mulai tarikh yang sama.

''Nooh yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 7 November setelah berkhidmat sebagai Mufti mulai 1999 hingga 7 November lalu.

''Tempat Nooh diisi oleh Mohd. Tahrir yang juga lulusan dari universiti yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor berkata, pelantikan Nooh, 62, sebagai Penasihat MAIJ adalah satu penghormatan kepadanya yang turut sama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Mohd. Tahrir menjadi Timbalan Mufti sejak 1999 hingga November lalu.

20 November 2008

PANDANGAN DR MAHATHIR MENGENAI DINAR EMAS


1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Sumber- Klik di sini

16 November 2008

DATO' NOH GADUT KENA PECAT?

Sekarang ini tersebar maklumat yang mengatakan bahawa Dato' Noh Gadut telah dipecat menjadi mufti. Namun demikian, sehingga kini kami tidak dapat mengesahkan berita ini..

Berita selanjutnya akan menyusul...

12 November 2008

ADAKAH ANDA KENAL SIAPA DIA OBAMA?

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.

Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.

Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Presiden Baru Dengan Misi Baru

Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.

Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.

Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”

Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.

Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.

Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.

Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam

  1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
  2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
  3. George W. Bush (2001 - 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)

Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.


Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.

Takrifan Tugasan Baru Obama

‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.

Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?

(atas) Timothy F. Geithner (bawah) Richard S. Fuld

Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.

Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.

Obama dan Israel

Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai ‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.

Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.

Dalam ucapannya Obama ada menyebut;

“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”

“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”

“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”

“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”

(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.

Operasi Perang Di Bawah Obama

Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.

Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.

Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.

Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.

Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.

Timothy F.Geighner dan Barrack Obama

Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.

Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.

Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin University khusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.

Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.

Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.

Sumber : Sila klik di sini

08 November 2008

KEJATUHAN EKONOMI AMERIKA SATU PERANCANGAN YAHUDI UNTUK HURU-HARAKAN DUNIA

Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.

Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.

Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.

Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi

Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion.

Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.

Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia.

Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.

Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.

(Kiri) Jeff Rense, bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfeffer, wartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.

Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel.

Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.

Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi

Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakah KETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist.

Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.

(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.

Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”

Wallahu’alam…