10 May 2006

UMNO MEMPERKUDAKAN JABATAN PELAJARAN JOHOR UNTUK SAMBUTAN 60 TAHUN UMNO!!!

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Bahru pada 10 Mei 2006 pada pukul 3.30 petang tadi berkaitan dengan isu tindakan mengarahkan sekolah untuk bercuti sempena sambutan kelahiran 60 tahun UMNO yang akan disambut pada 11 Mei 2006.
DPPNJ telah menerima satu salinan surat yang telah dikeluarkan oleh salah sebuah sekolah di dalam Daerah Johor Bahru yang ditandatangani oleh Guru Besar Sekolah berkenaan yang mana surat tersebut dengan jelas menyebut bahawa murid-murid dicutikan pada 11 Mei 2006 sempena sambutan kelahiran UMNO yang ke 60.
DPPNJ sangat kesal dengan tindakan ini kerana secara jelas bahawa program yang akan disambut ini adalah pogram parti politik dan bukannya program kerajaan.
Surat yang dikeluarkan pada 9 Mei 2006 ini dilihat sebagai tindakan yang tergesa-gesa dan tidak berperancangan dan DPPNJ yakin bahawa ia adalah arahan politik untuk dipatuhi dengan membuta tuli oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah-daerah.
Yang menyedihkan, sekarang ini sedang dijalankan peperiksaan setara di seluruh negeri Johor. Sekolah yang berada diluar daerah Johor Bahru terpaksa mengikut keputusan tersebut dengan tidak mengadakan peperiksaan walaupun tidak dibenarkan bercuti.
DPPNJ mendapat maklumat bahawa beberapa buah sekolah di dalam daeah lain telah 'dipaksa' untuk mengerah para pelajar berhimpun di pagar sekolah semata-mata menunggu Menteri-menteri yang akan melalui kawasan sekolah mereka sebelum tiba di Johor Bahru. Ini dilihat sebagai penyelewengan yang terlampau oleh tangan-tangan pemimpin politik UMNO.
Justeru tidaklah menjadi satu perkara yang luar biasa sekiranya prestasi pelajar yang menduduki peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti UPSR, PMR dan SPM sangat buruk di Johor kerana murid-muridnya telah diperkudakan demi kepentingan politik pemimpin UMNO.
DPPNJ akan mengambil beberapa tindakan susulan terhadap perkara ini. Selain daripada membuat susulan terhadap laporan polis yang telah dibuat, DPPNJ akan menghantar satu memorandum bantahan kepada Jabatan Pelajaran Johor yang secara rasminya bertanggungjawab terhadap perkara ini.
Sekian, wassalam.

No comments: