30 June 2006

PENDUDUK DIARAH PINDAH DARIPADA RUMAH SENDIRI

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPN) telah mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Pinang yang mana penduduknya telah diarahkan berpindah dengan notis 14 hari daripada tarikh 27 Jun 2006.

Notis ditampal oleh wakil pemaju Danga Bay Sdn Bhd dengan diiringi oleh pihak keselamatan.

Penduduk yang mendakwa telah meneroka tanah tersebut lebih daripada 20 tahun melahirkan rasa kesal kerana yang tinggal di kampung tersebut adalah terdiri daripada orang Melayu.

Lawatan diketuai oleh Ketua DPPNJ sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Sdr Suhaizan Kaiat (Naib Ketua DPPNJ), Sdr Abdullah Idris (YDP Pulai) Sdr Onn Jaafar (Pegawai BPPNJ) Sdr Mohd Najib (SU DPPK Johor Bahru) dan Setiausaha PAS Pulai.

Inilah harga yang perlu dibayar walaupun mereka adalah rakyat yang tidak pernah lekang melaungkan "HIDUP MELAYU" khususnya ketika berlansungnya pilihanraya.

PAS memberikan beberapa pandangan untuk menyelesaikan masalah mereka termasuklah menubuhkan jawatankuasa bertindak dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor.

Posted by Picasa

29 June 2006

LIMA TAHANAN LARIKAN DIRI

 Posted by Picasa

PESERTA IHTIFAL PASTI - SELAMAT BERJUANG.

Posted by Picasa Lebih kurang pukul 8 malam tadi saya bersama beberapa teman-teman yang lain telah berkumpul di Tol Air Hitam untuk meraikan peserta-peserta PASTI Negeri Johor yang akan ke Kelantan.
Rombongan ini diketuai oleh Sdr Za'aba Ibrahim (Bendahari PASTI Johor) dan Pn Siti Sarah Elias (Pengerusi MGPN Johor)
Kelihatan rombongan PASTI Negeri Johor sedang bersiap untuk menaiki bas di Tol Air Hitam untuk ke Kelantan. Mereka akan menyertai pertandingan Ihtifal PASTI Pusat yang mana murid-murid PASTI ini adalah merupakan juara bagi pelbagai kategori pada Ihtifal PASTI Johor.
Ihtifal PASTI adalah pertandingan yang melibatkan acara nasyid, bercerita, hafazan, azan dan sajak.
Walaupun mereka masih berusia 5 & 6 tahun, tetapi semangat juang anak-anak ini dapat dilihat terserlah daripada wajah mereka.
DPPNJ mengeucapkan selamat berjuang kepada semua anak-anak PASTI Johor.

MENZIARAHI SAHABAT DI HOSPITAL MUAR

Posted by Picasa Lewat petang semalam saya mendapat khabar tentang seorang sahabat yang baru sahaja selesai pengajiannya di UPM iaitu Sdr MOhamad Ridzuan telah terlibat dengan kemalangan.

Tengahari tadi saya bersama Sdr Safari (Pemuda PAS Sri Gading) telah melawat beliau di Hospital Muar. Keadaannya agak teruk juga, kaki kirinya cedera parah. Semalam telah dilakukan satu pembedahan dan dijangkakan esok akan dibedah sekali lagi.

Sahabat2 boleh menziarahi beliau di wad 3, hospital Muar.

Semoga beliau terus tabah dengan ujian yang menimpa. Warga DPPNJ mendoakan beliau akan cepat pulih.

28 June 2006

APA NAK JADI DENGAN SUASANA PENDIDIKAN DI MALAYSIA?

Posted by Picasa








ASAS PENDIDIKAN ISLAM MAMPU MELAHIRKAN INSAN SOLEH SEPERTI YANG DILAKSANAKAN DI PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
Entahlah, tak tau nak cakap apa lagi. Selagi mana sistem pendidikan tidak mahu mengikut Islam, kejadian pergaduhan, buli, gansterisme, samseng dan vandalisme akan terus terjadi.

Pada 16 Jun 2006 yang lalu telah didedahkan bagaimana seorang guru lelaki iaitu Cikgu Kamal Jauhari Jaafar diserang oleh seorang guru lelaki setelah dihentak dengan topi kaledar dikepala di Kota Tinggi sehingga menimbulkan pelbagai persepsi terhadap masa depan dan keberkesanan pendidikan di dalam Negara kita.

Saya telah membuat beberapa pandangan di dalam blog ini dan saya menyatakan bahawa pelajar sekolah akan menggunakan hujah ini untuk mereka melakukan kesalahan disiplin khususnya bergaduh atau memukul pelajar lain, bak kata pepatah “Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!”

Kebimbangan saya berasaskan kepada kejadian pergaduhan yang semakin tidak terkawal di kalangan pelajar sekolah.

Hari ini Harian Metro mendedahkan bahawa telah berlaku pergaduhan di sebuah sekolah di Kota Tinggi kerana persaingan merebut ahli kumpulan kongsi gelap di sebuah sekolah menengah di sini, dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan satu dibelasah sekumpulan pelajar lain pada 16 Jun lalu.

Menurut akhbar tersebut, semua pelajar yang ditahan itu berusia antara 13 hingga 15 tahun dan mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Difahamkan bahawa 7 daripada 12 pelajar yang terlibat dalam pergaduhan tersebut telah dibuang sekolah.

Di Melaka pula, dilaporkan bahawa seorang pelajar perempuan cedera di muka, tangan dan badan kerana dipukul 12 pelajar perempuan dari sekolah yang sama di sebuah perhentian bas tidak jauh dari sekolah mereka di Alor Gajah dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian berlaku ketika pelajar berusia 15 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 kerana merusuh.
Pelajar perempuan pun dah pndai bergaduh. Bukan setakat bergaduh tetapi memukul pelajar lain secara berkumpulan. Cuba anda bayangkan...di mana agaknya peranan Islam Hadhari?
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

27 June 2006

PAS MAMPU UNTUK MEMIMPIN PERPADUAN

Kenyataan Media
(27 Jun 2006)

TAJUK :

PAS MAMPU UNTUK MEMIMPIN PERPADUAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong penuh kenyataan Media Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkaitan dengan isu yang sekarang ini melibatkan pertembungan Tun Dr Mahathir (TDM) – Pak Lah.

Kenyataan ini membuktikan keterbukaan PAS dalam menangani setiap isu yang berlaku. Kenyataan ini juga menjawab pelbagai kritikan dan tohmahan terhadap PAS berkaitan dengan isu pertembungan TDM – Pak Lah.

Kenyataan Dato’ Seri Presiden PAS bahawa pergolakan di antara TDM – Pak Lah ini berpotensi mengancam ketenteraman awam dengan implikasi serta impak yang buruk terhadap ekonomi negara membayangkan betapa PAS melihat isu yang sedang berlaku ini bukannya isu parti politik tetapi melibatkan kepentingan semua pihak. DPPNJ cukup bimbang krisis dan pergolakan dalaman UMNO ini akan dilihat oleh masyarakat dunia sebagai masalah negara.

Kebimbangan ini dijelmakan dengan pengistiharan ‘perang’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TDM semalam. Kerajaan telah dibabitkan secara langsung dalam pergolakan ini.

DPPNJ melihat bahawa kenyataan Dato’ Seri terhadap kesediaan PAS untuk melakukan 'enggagement' politik dengan mana-mana pihak memperjelaskan sikap PAS yang bersedia untuk bersama-sama dalam usaha menyelesaikan masalah khususnya yang melibatkan perbincangan hal-hal yang mempunyai kepentingan negara dan rakyat

Krisis yang berlaku ini sebenarnya membuka ruang kepada PAS untuk membuktikan bahawa PAS adalah parti yang mampu diberi kepertanggungjawaban untuk memimpin perpaduan dalam negara, bukannya parti pemecah belah masyarakat seperti mana yang dilabelkan oleh pemimpin UMNO.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

LANJUTAN DARIPADA PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU MAHATHIR VS PAK LAH

Setelah pandangan/kenyataan saya "Mengambil Peluang Daripada Kekecewaan Tun Dr Mahathir Terhadap Abdullah Badawi" yang disiarkan di dalam laman web Tranungkite terdapat beberapa pandangan/komen yang telah diberikan terhadap pandangan saya ini.

Sebagai contohnya pandangan daripada SalatinSaladeen yang saya lihat tidak begitu menyenangi penglibatan PAS di dalam isu TDM – Pak Lah.

Saya berhastar untuk memberikan beberapa komen terhadap kenyataannya. Sebelum itu, baca dahulu pandangan 110km_blogspot dan zul mz terhadap pandangan SalatinSaladeen

Re: Mengambil Peluang Daripada Kekecewaan Tun Dr Mahathir Terhadap Abdullah Badawi (Score: 1)by SalatinSaladeen

Pandangan saya;
1.Pemimpin PAS sibuk hendak terlibat sama dalam kecoh rumahtangga UMNO.
2.Saya mula terasa benar bahawa pemimpin PAS sudah bangkrap isu, sebaliknya cuba berpaut kepada isu Mahathir - Paklah
3.Saya mula terngiang-ngiang dengan kata-kata Mahathir "didalam Politik tidak ada musuh atau kawan yang kekal". Pemimpin PAS sudah jadi adik angkat Mahathirkah?
4.Saya mula mual apabila Pemimpin PAS yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong cuba bertindak sebagai orang tengah atas perbalahan yang nyata sebenarnya atas dendam peribadi
5.Saya mula tertanya-tanya apakah Tuan Guru Nik Aziz merestui tindak tanduk pemimpin - pemimpin PAS ini?6.Saya terasa geli hati, apakah kehadiran Pemimpin PAS TINGGI dan KANAN ini diundang oleh Mahathir?
7.Saya mula naik darah apabila kita mengkritik menyatakan kita tidak bersetuju dengan tindakan Pemimpin PAS ini, maka ada penyokong taksub yang menyatakan kita memecahbelahkan perpaduan. Soalannya: tidak boleh dikritik @ ditegurkan kepimpinan PAS?
8.Saya seorang Melayu Islam, tetapi tidak mudah lupa sebagaimana pemimpin-pemimpin PAS. Kebelakangan ini tidak begitu menghiraukan pandangan mereka yang menyokongnya.
9.Saya tidak nampak langsung dengan penglibatan PAS menyokong Mahathir ini akan memberikan kelebihan kepada parti pembangkang seperti PAS.

Pandangan daripada 110km_blogspot

Pandangan sy terhadap pandangan saudara SalatinSaladeen.
1) Anda telah dengar rakaman ucapan Mahathir atau tidak? Bukankah didalamnya terdapat isu jambatan bengkok dan terdapat dakwaan pembolotan kontrak menjual pasir ke Singapore? Jual tanah Malaysia ke Singapore bukan isu UMNO bahkan isu rakyat Malaysia. Penjualan AP isu UMNO? Rakyat Malaysia terpaksa membeli harga kereta dgn harga yang mahal. Bukan isu UMNO juga. Isu proton adalah isu UMNO? Proton dibina dengan duit rakyat Malaysia. Bukan isu UMNO juga. Isu terdpt penasihat PM yang lebih berkuasa dari PM, isu UMNO jugak? Bukan jugak...Maka tidak timbul isu PAS hendak menyibuk masuk ke rumahtangga UMNO sbb semua isu yang Mahathir utarakan berkait rapat dengan rakyat...
2) Pemimpin pembangkang bukan bangkrap isu, tetapi saudara yang tidak peka. Jika saudara membuat catitan terhadap terhdp semua isu yang dibangkitkan oleh pimpinan PAS di dlm ceramah, akhbar, internet dll. Pembangkang adalah juara isu...Juara isu mungkin tidak sepopular juara world cup...lihatlah di padang mana PAS bermain...ratakah permainan medianya....bercakap isu yang sama, di suasana dan masa yang sama bukan bermakna kita tidak mempunyai isu, tetapi kita adalah normal. Bahkan di arus perdana....Cuba saudara utarakan isu apa yang saudara rasa dapat menjdkan PAS ni tidak tandus isu...barangkali saudara pun akan ulang isu yang dah disebut oleh pimpinan sblm ini...
3) Kenyataan ini tidak perlu dibahas pun...saudara terkeliru dan 'blank'...adik angkat, abang angkat, dll..apa yang yg saudara hendak maksudkan?...bersikap objektif dlm argument saudara...
4) Saudara harus melakukan pengkoreksian diri. Dan mencari hujah-hujah dlm agama kita tentang perihal menjadi org tengah ini...

Pandangan daripada zul_mz

Saya tidak hairan dengan tulisan SalatinSaladeen, nadanya serupa dengan seorang ahli veteran TKO yang sering menggunakan pelbaga nama pena dan sering juga menulis sebagai "guest".
Bagi dirinya, dia saja yang hebat dan semua tindakan pemimpin PAS tidak betul. beliau tidak mempunyai akhlak sebagai ahli jemaah, yang tahu apa erti wala dan apa erti thiqah.
Kelulusan dari luarnegerinya dirasakan sudah cukup hebat untuk merendah-rendahkan kewibawaan pemimpin parti yang sedia ada.
Yang dipemerkan hanyalah nafsu besarnya untuk mengkritik sekalipun beliau tidak memahami apa yang dikatakan af'al Allah s.w.t.

26 June 2006

KES PASTI AL-KAUTHAR AYER KEROH DITANGGUH LAGI

PUTRAJAYA, 26 Jun 2006 - Mahkamah Persekutuan pagi tadi sekali lagi menangguhkan keputusan perbicaraan yang melibatkan PASTI Al-Kauthar Ayer Keroh Melaka yang telah disaman oleh Jabatan Agama Islam (JAIM) dibawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002.

PASTI yang diwakili oleh Tuan Haji Mohamad Bin Burok, Sdr Hanifa Bin Maiden, Sdr Abdullah Bin Abd Karim dan beberapa orang peguam lagi menyambut baik keputusan penangguhan ini dan mengharapkan agar kes ini akhirnya akan dibicarakan di bawah mahkamah syariah.

Tetuan Hanifa Maidin berhujah bahawa kes PASTI ini tidak sepatutnya dibicarakan di mahkamah sivil tetapi seharusnya dibicarakan di mahkamah syariah kerana PASTI menjalankan aktiviti pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi pada peringkat awalnya PASTI tersebut disaman oleh JAIM. Ini sudah jelas bahawa perbicaraan di mahkamah sivil akan menyebabkan berlakunya kecacamerbaan di dalam perundangan negara.

Sdr Hanifa berhujah lagi, apabila berlakunya 2 pandangan atau aliran maka kes ini juga perlu bergantung kepada enekmen agama Islam di peringkat negeri.

Justeru Sdr Hanifa memohon agar kes PASTI Al-Kauthar ini dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah menerima penghujahan tersebut dan menetapkan tarikh penangguhan kes tersebut pada 16 Ogos 2006 yang akan datang.

Kes saman PASTI Al-Kauthar sebelum ini telah beberapa kali ditangguhkan sebelum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 12 Julai 2005 yang mana keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kes ini dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan.

Turut hadir di dalam perbicaraan tersebut adalah Ust Idris Bin Ahmad (Timbalan Ketua DPP Pusat) Ust Abd Ghani Bin Abd Rahman (Pesuruhjaya PAS NEgeri Melaka) Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil (Setiausaha PASTI Pusat) Ust Kamarudin Bin Sidek (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka) dan pimpinan PASTI negeri Melaka.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Jabatan PASTI Pusat
019-7701830

KES SAMAN PASTI MELAKA

Tuan Haji Mohamad Burok sedang memberikan penerangan tentang perjalanan penghujahan kes PASTI yang dibicarakan pada 26 Jun 2006.

Kes saman PASTI ini akan ditunda ke 16 Ogos 2006 yang akan datang. Posted by Picasa

KES PERBICARAAN PASTI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Posted by Picasa Tetuan Hanifa Maiden dengan penuh yakin bahawa kes ini akan menyebelahi PASTI. Kelihatan di gambar adalah Ust Idris Ahmad (Timbalan Ketua DPPP), Ust Ghani Abd Rahman (Pesuruhjaya PAS Melaka) Sdr Khairul Faizi (Setiausaha PASTI Pusat) dan Tuan Haji Mohamad Burok (Pengerusi Majlis Peguam Syarie Malaysia) yang turut hadir di dalam perbicaraan tersebut.
Kes PASTI Al-Kauthar Ayer Keroh Melaka ini akan ditangguhkan ke tarikh 16 Ogos 2006 yang akan datang.

MENGAMBIL PELUANG DARIPADA KEKECEWAAN TUN DR MAHATHIR TERHADAP ABDULLAH BADAWI

Tarikh 24 Jun 2006 dilihat sebagai tarikh yang sangat penting dalam politik negara apabila Majlis Ucapan Khas Dan Dialog Tun Dr Mahathir (TDM) yang diadakan di Dewan Kelab Century Paradise serta dianjurkan oleh beberapa NGO dengan kerjasama laman web Malaysia Today.net dilihat sebagai pencetus kepada satu gelombang dalam arena politik tanah air bagi mendedahkan 'kecurangan' yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan barisan kabinetnya.

Lebih menarik lagi, program ini telah disertai oleh pelbagai pemimpin politik daripada PAS, KeADILan, DAP, Umno serta badan bukan kerajaan (NGO), bekas pegawai kanan kerajaan, bekas menteri kabinet serta masyarakat umum yang hadir untuk mendengar penjelasan isu-isu yang telah didedahkan oleh Tun.

Khabarnya, dewan tersebut penuh sesak dan ramai yang terpaksa ditahan di luar dewan kerana ketiadaan tempat.

Banyak perkara yang telah didedahkan oleh TDM dalam pertemuan ini. Di antaranya yang kira kira sangat ditunggu –tunggu oleh rakyat dan pemerhati politik adalah berkataian dengan isu pembatalan Jambatan Bengkok, Isu Proton termasuk MV Agusta dan permit Import (AP).

Dikatakan ramai pemerhati berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan ada yang mencadangkan agar TDM mengadakan 'roadshow' ke seluruh negara bagi menjelaskan kepincangan yang telah dilakukan oleh Abdullah, terutama dalam hal kedaulatan negara yang hampir tergadai kepada pihak asing.

Majlis Dialog ini membuktikan bahawa pertembungan antara Mahathir dan Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi. Kelantangan kritikan Mahathir yang semakin meninggi, dan bukan lagi terhad kepada isu-isu tertentu, malah melewati hal-hal asas kepemimpinan Abdullah yang disifatkan begitu lemah dan mudah tunduk kepada tekanan luar

Ulasan berkaitan dengan Majlis ini mendapat liputan yang amat meluas di dalam laman web, diantaranya :

Mahathir makin lantang kritik, tegur Abdullah (Malaysia-Today.com Malaysia-Today.com Ahad 25 Jun 2006), Mahathir akan cari sehingga ke lubang cacing (Malaysia-Today.com Ahad 25 Jun 2006), Mahathir tuduh Khairy lebih berkuasa daripada Perdana Menteri (Harakahdaily : 24 Jun 2006), Mahathir makin lantang kritik, tegur Abdullah
(Harakahdaily : 25 Jun 2006), Dr Mahathir jawab soalan apakah nak buat ‘comeback’ (Agendadaily : 25 Jun 2006) dan Mahathir yang kelemasan (Tranungkite : 25 Jun 2006)

Ada juga pandangan-pandangan yang mengkritik PAS dan pembangkang kerana seolah-olahnya sudah lupa dengan segala ‘dosa-dosa’ TDM sehingga dilihat ‘mendewa-dewakan’ mantan PM yang terkenal dengan tindakan zalimnya.

Sebelum ini saya ada membuat sedikit ulasan di dalam Journal Pemuda PAS Sekijang (
http://www.jurnalpemuda.blogspot.com/) berkaitan dengan isu pertembungan ini:-

Soalan : Apa pandangan saudara tentang isu pertelagahan Tun Dr. Mahathir dengan Pak Lah yang dilihat semakin meruncing ketika ini

Jawapan : Isu pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir dengan Pak Lah perlu dilihat sebagai pertembungan dalaman UMNO. Seperti mana yang telah disebut oleh Dr Mahathir bahawa Pak Lah bukanlah pilihan pertamanya sebagai Perdana Menteri (PM) bermakna Dr M telah membuka ‘rahsia’ percaturannya.

Namun saya mengharapkan agar kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan pertembungan ini kerana kita bimbang akhirnya ia hanya sandiwara yang dipertontonkan oleh UMNO untuk melekakan PAS.

Saya menyeru khususnya kepada pemuda PAS di Johor agar terus memperkukuhkan organisasi dan menggerakkan rakyat terhadap isu yang menisdas mereka seperti kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, bukannya isu dalaman UMNO.

Jawapan ini adalah pandangan saya terhadap pertembungan Mahatihr – Pak Lah.

Jangan Mudah Kita Lupa

Secara jujurnya, kita tidak boleh dengan sekelip mata melupakan tindakan yang pernah dilakukan oleh TDM sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya.

Mampukah kita untuk melupakan bagaimana TDM menghina dan mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w.? Adakah kita masih telah lupa TDM adalah merupakan orang yang bertanggungjawab menahan pelbagai jenis bentuk tahanan ISA termasuk anak Menteri Nesar Kelantan?. Adakah kita telah lupa bagaimana TDM menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan anaknya dalam isu Konsortium Perkapalan Berhad?. Apakah kita terlupa bahawa TDM adalah pemimpin yang telah memecat Datuk Sri Anwar Ibrahim?

Saya yakin kita masih lagi tidak dapat melupakan kezaliman TDM yang mengarahkan pengharaman kesemua ceramah PAS/BA sehingga berlakunya penangkapan ratusan pemimpin dan penyokong PAS di seluruh negara.

Pada 31 Oktober 2003 pada hari terakhir TDM bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, Pemuda BA telah membuat laporan polis terhadap salah laku dan dosa-dos TDM sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Kenapa Perlu Mendewakan Tun Dr Mahathir

Seorang penulis yang memperkenalkan dirinya Raden Jowo mengkritik pemimpin pembangkang kerana cuba untuk bersama dengan TDM sedangkan sebelum ini TDM lah yang selalu menghina pembangkang. Pandangan beliau ini disusuli lagi dengan beberapa pandangan daripada halaman Surat Pembaca Harakahdaily yang tidak bersetuju dengan pimpinan PAS yang bersekongkol dengan TDM.

Inilah persoalan yang sedang bermain di dalam pemikiran rakyat khususnya penyokong BA yang semakin ragu dengan kepimpinan yang sedia ada. PAS diingatkan supaya tidak mencampuri urusan UMNO.

Krisis Yang Menguntungkan PAS

Saya percaya bahawa pemimpin PAS bukanlah pemimpin yang rendah pembacaan politiknya dan mudah goyah apabila menghadapi sesuatu isu.

Namun begitu, saya mengharapkan agar pemimpin PAS khususnya di peringkat tertinggi supaya bijak merencana dan merancang isu ini. Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh YB Salahuddin Ayub di dalam ceramah di Kluang bahawa PAS bukannya mengagong-agongkan TDM tetapi PAS menggunakan ‘peluru’ daripada pemimpin UMNO untuk menyerang UMNO.

Krisis yang berlaku di antara Mahathir – Pak Lah secara tidak langsung membantu PAS untuk mendapat pelbagai maklumat yang tidak mungkin mudah untuk diperolehi sekiranya krisis ini tidak terjadi.

Kesimpulannya, PAS harus bijak dalam menghadapi isu ini dan perlu mengelakkan perbalahan dikalangan penyokong PAS khususnya. Saya pasti isu yang sedang menggugat Pak Lah dan UMNO ini akan memberikan kelebihan kepada parti pembangkang seperti PAS.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
26 Jun 2006, 3.01 pagi

25 June 2006

TANGKAPAN KHALWAT DI JOHOR

Khalwat ketika solat Jumaat
(Harian Metro 25 Jun 2006)
Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD

JOHOR BAHRU: Dua pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat di dua rumah sewa berasingan di taman perumahan sekitar Kota Tinggi ketika waktu solat Jumaat, kelmarin.

Mereka ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) daerah Kota Tinggi diketuai Khairudin Mat Ali yang bergegas ke dua rumah berkenaan sebaik selesai menunaikan solat Jumaat selepas mendapat maklumat orang ramai.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata dalam serbuan pertama, seorang wanita berusia awal 20-an dan seorang lelaki berusia 30-an, yang sudah berkahwin ditahan.

“Wanita berkenaan adalah penyewa rumah terbabit dan ketika serbuan, hanya mereka berdua di situ. Lelaki itu dipercayai datang ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

“Wanita itu berkemban dengan tuala selepas mandi, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan masing-masing memiliki kesan ‘gigitan cinta’ pada leher,” katanya.

Dalam serbuan kedua kira-kira jam 3.30 petang, pihaknya menahan seorang pekerja kilang berusia 20-an kerana berkhalwat dengan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.

“Ketika serbuan, pelajar perempuan itu dalam keadaan separuh bogel apabila hanya memakai seluar jeans tanpa baju, manakala lelaki itu pula cuba menyorok di bilik air dalam keadaan berpakaian lengkap.

“Pemeriksaan mendapati, ada kesan gigitan cinta pada leher pasangan itu dan mereka didapati cuba mengambil kesempatan ketika waktu solat Jumaat,” katanya.

Yosree berkata, kedua-dua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi sebelum dibebaskan apabila dijamin ahli keluarga masing-masing.

Beliau berkata, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, mereka diarah hadir ke Pejabat Agama Kota Tinggi, esok untuk diambil keterangan diri sebelum kes itu dirujuk ke Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, kes berkenaan antara contoh segelintir umat Islam mengambil kesempatan ketika waktu solat Jumaat untuk melakukan maksiat.
_____________________________
Faizi : Perbuatan meninggalkan solat Jumaat semacam bukan lagi satu 'dosa' daripada pandangan sebahagian daripada umat Islam sekarang ini.Saya yakin bukan sekadar solat Jumaat sahaja tetapi solat 5 waktu pun sudah mula dilupakan oleh penganutnya.
Dalam Islam solat Jumaat adalah wajib, maka barang siapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran dan di bolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang munafik.
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa yang meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar."
(HR: Abu Daud dan Nasai)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sungguh berhentilah orang- orang dari perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah akan mematri hati mereka kemudian mereka menjadi (munafik yang lalai)
(HR: Muslim)
Berita yang disiarkan di Harian Metro ini bukan sahaja meninggalkan solat Jumaat tetapi melakukan perbuatan maksiat sewaktu umat Islam sedang berada di masjid.
Saya pasti bahawa peristiwa ini bukan saja berlaku di Kota Tinggi tetapi berlaku di mana-mana sahaja. Umat Islam hari ini sudah jauh daripada ajaran agamanya, diperkukuhkan lagi dengan pelbagai program maksiat yang bercambah dalam negara ini.

PERTEMUAN DENGAN BEKAS PELAJAR PASTI JOHOR

 


Dalam proses menjejaki bekas murid PASTI di seluruh negara, saya telah berjaya membuat pertemuan dengan bekas murid PASTI Al-Islah, Johor Bahru iaitu Cik Nurafenda Ibrahim...seorang pengacara televisyen yang sedang meningkat naik.

Beliau telah menuntut di PASTI tersebut pada tahun 1988 dan 1989.

Warga PASTI di Johor khususnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau di atas ingatan beliau kepada PASTI. Posted by Picasa

BANTAH - KLUANG



Program memberikan kesedaran tentang kenaikan harga minyak dan kesan daripada kenaikannya diteruskan di pasar minggu Bukit Ayam Kluang.

Alhamdulillah, roadshow BANTAH mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk Kluang. Sebagai buktinya, kami hanya melihat 3 helai risalah yang di campakkan ke tanah sedangkan ribuan risalah yang lain dibawa balik oleh penerima.

Begitu juga dengan pemantauan daripada pihak keselamatan dan pimpinan UMNO di Kluang yang turut sama berada semasa kami mengedarkan risalah... Posted by Picasa

BANTAH -KLUANG

  Posted by Picasa


Anak-anak muda Kluang sedang diberikan penerangan tentang kesan kenaikan harga minyak. Mereka walaupun masih muda tetapi mudah memahami dan menjiwai pandangan kami.

Saya yakin anak-anak muda ini akan mampu membuat perubahan kepada kepincangan hari ini jika didekati dengan penuh hikmah dan bijaksana...

22 June 2006

SEGENGGAM TABAH

Segenggam Tabah- Inteam

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi


Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian


Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

20 June 2006

MUKTAMAR PAS PUSAT

Perwakilan PAS Kawasan Kluang berdiri segak dihadapan Kompleks PAS Kedah Posted by Picasa

MUKTAMAR DPP PUSAT

Sebahagian daripada perwakilan DPPNJ ke DPP Pusat baru-baru ini Posted by Picasa

KAMPUNG MENGKIBOL - KLUANG

Tong air yang disediakan di halaman rumah Posted by Picasa

KAMPUNG MENGKIBOL - KLUANG

Posted by Picasa
Jambatan yang sedang dibina di kawasan kampung Mengkibol
Sangat memalukan apabila mengetahui bahawa masih terdapat perkampungan yang terletak berhampiran dengan sebuah bandar masih lagi tidak mendapat bekalan air bersih. Saya telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Mengkibol, Batu 4 Jalan Renggam, Kluang Johor setelah terbaca mengenai keadaan kampong tersebut di dalam akhbar KOSMO! Pada 19 jun 2006.

Kampung ini bukannya terletak di kawasan pedalaman tetapi terletak betul-betul disebelah jalan besar yang menghubungkan bandar Kluang dan bandar Renggam. Jaraknya hanya lebih kurang 6 kilometer sahaja dari bandar Kluang.

Difahamkan, penduduk yang telah lama menetap disitu mendakwa bahawa mereka telah menggunakan air perigi selama 37 tahun dan sehingga kini permintaan untuk mendapatkan air bersih melalui saluran air paip masih belum berjaya,

Ketika membuat lawatan ke kampung tersebut pada 19 Jun 2006, saya sempat bertemu dengan ketua Kampung Mengkibol iaitu Encik Ali Bin Othman. Beliau mendakwa bahawa penduduk kampung telah membuat banyak aduan demi aduan telah dibuat kepada pelbagai pihak termasuklah Pegawai Daerah Kluang, UMNO Bahagian Kluang, Ahli Parlimen Kluang, ADUN Mengkibol, dan Syarikat Air Johor (SAJ) tetapi masih belum ada apa-apa hasil yang diperolehi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) berkata, setiap kali menjelang pilihanraya Umum, pelbagai janji ditaburkan kepada penduduk tetapi segalanya dilupakan selepas pilihanraya selesai. Pada tahun 2005 pernah diadakan satu perjumpaan dengan Pegawai Daerah Kluang dan ADUN Mengkibol tetapi sehingga ke hari ini masih tidak membuahkan hasil.

Kami juga dimaklumkan bahawa alasan yang diberikan kepada penduduk punca proses untuk membekalkan air bersih melalui bekalan air paip agak susah untuk dibuat kerana masalah untuk menyambungkan paip di dalam kampong tersebut kerana tiada tanah rezab untuk kerja-kerja tersebut.

Sekarang ini selain terpaksa bergantung kepada air perigi sebagai air minuman, penduduk juga mendapat bekalan air bersih daripada SAJ melalui penghantaran 2 hari sekali kepada penduduk kampong melalui lori bekalan air.

Saya juga telah diberitahu bahawa ketika ini sedang dijalankan satu projek pembinaan jambatan di dalam kampong tersebut. Penduduk kampung ada yang berpendapat bahawa sebenarnya pembinaan jambatan tersebut memang diperlukan tetapi yang lebih utama dan mendesak adalah bekalan air bersih.

Saya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada beberapa pihak mengenai perkara ini terutamanya daripada SAJ dan Pejabat Daerah Kluang dalam masa terdekat ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Kluang
19 Jun 2006

17 June 2006

CATATAN SEORANG ISTERI TAHANAN ISA

Pada Muktamar PAS Pusat yang diadakan baru-baru ini saya telah bertemu dengan Kak Norlaila Othman di gerai pameran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Kak Laila adalah isteri kepada Mat Sah Mohd Satray yang telah ditahan dibawah ISA.

Ketika saya bertemu dengan kak Laila, beliau nampak bersemangat untuk meneruskan perjuangan membebaskan suami beliau dan tahanan-tahanan yang lain yang ditahan tanpa apa-apa perbicaraan.

Beberapa hari yang lepas saya telah diberitahu bahawa penahanan Mat Sah Mohd Satray telah dilanjutkan selama 2 tahun lagi. Saya tidak menghubungi kak Laila kerana saya tahu ketika ini beliau sudah tentu bersedih.

Tadi pada 16 Jun 2006 pukul 10 .56 malam saya menerima SMS dari kak Laila :

" Maaf, lewat balas. Balik dari Kedah letih. Dapat berita pula tahanan suami disambung lagi 2 tahun. Akak rasa 'down' sikit. But now quite ok.."

Saya belum sempat nak ulas secara panjang lebar tetapi bacalah luahan kak laila yang siarkan di dalam harakahdaily ini.


_________________________
Catatan seorang isteri tahanan ISA
Fri Jun 16, 06 03:56:43 PM
Oleh Norlaila Othman
Bahagian 1: 11 Jun 2006

“Assalamualaikum !”
Aku terdengar suara orang memberi salam. Aku keluar dari bilik menuju ke pintu.Sebaik saja pintu dibuka, aku terkejut dan tergamam melihat suamiku tersenyum memandangku.

“Abang, bila abang balik? Bila abang sampai? Abang , is this really you? Betul ke abang dah bebas?” Soalku bertubi-tubi.Pintu sudah terbuka, tapi grill masih lagi berkunci.

“Polis tu letakkan abang dekat bus-stop seberang jalan tu tadi, terpaksa abang jalan kaki sikit untuk sampai ke rumah… abang memang dah bebas …cepat la buka grill ni…abang dahaga la”.

“Ok, ok, sabar ya. Ila sedang cari kunci grill ni….”

Aku kelam kabut mencari kunci rumah kerana disitu digandingkan sekali kunci grill. Puas ku cari, tapi tak jumpa juga. Sesekali ku melihat kearah suamiku yang sedang tersenyum.“Abang, sorry ya, lambat sikit. Lupalah kat mana Ila letak kunci tu…tengah cari ni….” .

Semua tempat telah diselongkar, dalam beg tangan, atas meja, dalam laci …. namun kunci itu tak juga ditemui.Aku mula menangis.
“Abang, I’m so sorry.I really misplaced the keys, let me think of some other ways….” air mataku mula bercucuran .

Tiba-tiba aku terjaga! Astaghfirullah al Adzim, bermimpi rupanya. But everything looked so real!! Memang dia sudah pulang ke rumah..Ya, aku memang menangis. Bantal ku juga terasa basah. Lantas aku baring semula, memejamkan mata, dengan harapan mimpiku bersambung, tapi….segalanya memang hanyalah sekadar mimpi.Akhirnya, yang terdaya aku lakukan hanyalah membiarkan saja deraian airmata yang turun dengan lajunya.

Kisah diatas adalah secuit dari ribuan kisah-kisah duka sepanjang suami ditahan di Kem Kamunting.Hingga saat ini,hampir 4 tahun lamanya ,sejak dia diambil dari rumah kami, dia tidak pernah pulang kerumah.

Rindu? Tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menyatakan perasaan tersebut, hingga ada kalanya, seolah-olah aku takut untuk melihat potretnya, kerana terlalu khuatir, dia akan pulang ke rumah dalam bentuk mimpi dan akhirnya, hanya linangan airmata yang setia untuk mengubati rindu ini.

Trauma

Pada tahun pertama penahanannya dulu, mimpi yang dialami amat menakutkan. Peristiwa rumah ku dikunjungi 15 orang SB dan polis waktu tengah malam, sentiasa datang berulangkali dalam tidur ku.
Sejak hari pertama penahanannya, memang sukar untuk melelapkan mata. Sentiasa terbayang, bagaimana setiap bilik digeledah, suami digari , buku-buku , kitab-kitab ugama dan Quran terjemahan dikirai satu persatu untuk mencari bahan bukti.

Aku yakin, anak tunggal ku, Suhaib juga mengalami masaalah yang sama. Setiap malam beliau akan terjaga pada pukul 3 – 4 pagi dan menangis memanggil ayahnya.Pada masa itu, Suhaib berusia 8 tahun lebih. Dan yang lebih memeranjatkan, selama 2 tahun, Suhaib menyimpan sebatang besi panjang bulat sepanjang 3 kaki, dibawah tilamnya. Menurutnya, jika polis datang lagi kerumah untuk mengambil uminya, dia akan tikam polis itu dengan besi panjang tersebut!

Tidak dinafikan, mangsa penahanan ISA memang menghadapi trauma yang serius. Cuma, bagaimana masalah tersebut dapat diatasi, bergantung pada kekuatan minda dan juga sokongan yang diberikan oleh masyarakat pada mangsa tersebut.

Dalam hal ini, aku rasa bersyukur kerana mempunyai ramai teman dan kenalan yang bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Namun kehidupan ku pada ketika itu hanyalah sekadar seorang isteri tahanan yang bekerjaya. Duniaku ketika itu hanyalah rumah dan tempat kerjaku.Tak pernah terfikir, aku akan melangkah ke satu dunia yang lain.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

GMI? Apa benda tu? Seumur hidup ,tak pernah dengar nama yang pelik tu. Sebelum ini, ada juga baca Harakah, tapi tak perasan pun ada perkataan GMI. Pertama kali mendengar nama itu disebutkan oleh seorang teman aktivis anti ISA, rasa semak perut rasanya. “Buat apalah nak sibuk-sibuk dengan GMI ni, sampai masa nanti suami kita tu akan dikeluarkan gak,” begitulah komen seorang isteri tahanan ISA yang lebih ‘senior’ kerana suaminya ditahan 5 bulan lebih awal dari suamiku.

Bukan mudah untuk menguatkan minda bagi menghadapi hari-hari berikutnya tanpa insan bergelar suami. Rasa geram, marah, benci sentiasa meluap-luap di dalam hati. Ke mana hendak disalurkan semua perasaan tersebut? Nak marah pada anak? Dia pun sedang mengalami perasaan yang sama.

Akhirnya, aku ingin mencuba nasib mengikuti aktivis ISA bersama GMI. Pertama kali menghadiri sidang akhbar dan mesyuarat, aku rasa macam buang masa je. Buang masa menunggu! Menunggu kawan-kawan, menunggu wakil Suhakam, menunggu peguam, menunggu wartawan dan pelbagai menunggu lagi.Tapi, aku rasa agak pelik, kenapa aktivis ISA ni macam tak serik-serik menunggu ni?

6 Reformasi

Semasa aku menyertai GMI, semua orang pada masa itu sedang sibuk berkempen untuk 6 reformasi. Selalu aku rasa “out of place” je. Orang tak kenal kita pun. Nasib baik ada Nashita dan Kak Jije. Beberapa orang isteri tahanan reformasi 6 kata, aku macam kembar dengan Nashita. Ah, tak kisahlah.
Yang penting ada orang yang sudi nak bercakap dengan ku.Itu dah cukup baik! Bila Pak Abu @ Saari Sungib @ Abu Urwah dan 5 Reformasi lain dibebaskan, aku bertambah yakin, dengan berkempen dan menghebahkan kezaliman ISA, akan memberi peluang tahanan dibebaskan.

Sebelum ini, ada juga cakap-cakap orang mengatakan tindakan aktivis ISA berkempen ni macam “anjing menyalak bukit”.Anjing jadi serak, tapi bukit tetap teguh! Tapi bila Pak Abu dan kawan-kawannya bebas, suara-suara sumbang itu hilang di angin lalu.

“ A leading person”

Sejak dari saat Pak Abu dibebaskan, aku pula menjadi “leading person” untuk meneruskan tugas-tugas kempen ini kerana suamiku masih ditahan di kem. Sejak itu, aku menjadi tumpuan wartawan sama ada dari media alternatif dalam negara atau stesen radio dan TV dari luar negara. Secara automatik kehidupanku juga berubah. Dunia baru ini menuntut pembahagian masa yang lebih terutamanya untuk menghadiri mesyuarat atau pun sidang akhbar.

Walau sesibuk mana pun dengan dunia baru ini, aku bahagia. Kenapa? Kerana, aku dapat menyalurkan segala dendam dan marahku pada saluran yang sepatutnya. Aku dapat menyatakannya pada wartawan, aku dapat ruang untuk berceramah mengenai kezaliman ISA dan aku juga mula belajar menulis pengalaman dizalimi ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang kekurangan maklumat tentang kekejaman ISA.

Dua tahun ke-2

Sewaktu suamiku telah tamat 2 tahun pertama, dan kemudian disambung 2 tahun berikutnya, aku sudah dapat menerima sebarang kemungkinan pelanjutan penahanan itu.

Pada 2 tahun pertama penahanan suami ku, ada juga suara-suara yang mengatakan, " ..agaknya, suami Cikgu Laila tu memang betul-betul pengganas kot, manalah dia tahu apa yang suami dia buat. Ya lah, di rumah, dia memang suami kita, tapi kalau di luar…. dia boleh jadi apa saja,” panas juga hati ku mendengar kata-kata itu.Tapi apakan daya, sabar ajelah.

Bila penahanan suami bersambung pada 2 tahun berikutnya, kerja saya bersama GMI bertambah banyak “Kerja” yang dimaksudkan ialah kempen-kempen yang dirancang dan dijalankan bersama aktivis yang lain semakin memuncak. Amat sukar untuk menilai kejayaan kerja-kerja bersama GMI ini .Kami sentiasa “berperang secara saraf “ dengan ejen-ejen kerajaan seperti media, mahkamah , polis , Suhakam dan juga menteri.

Alhamdulillah, media Barisan Alternatif sentiasa memberi ruang pada GMI. Kami di GMI sentiasa memikirkan, bagaimanakah hendak menyampaikan maklumat tentang ISA ini dengan lebih berkesan pada rakyat, dan kemudiannya rakyat bangun memberi sokongan terhadap usaha kerdil kami ini.

Militan

Tanpa disedari, pejam celik-pejam celik, telah hampir 4 tahun suami saya ditahan. Selama 2 tahun kedua ini, saya rasa, tindakan saya lebih agresif lagi. Dalam jangka masa 2 tahun kebelakangan ini, sewaktu bertemu kawan-kawan, ramai sangat yang mencadangkan saya bertemu dengan Menteri atau lebih baik jika dapat berjumpa “ Dollah Badawi” @ Mr PM..Semua cadangan itu saya terima dengan positif.

Setakat ini, saya telah bertemu 3 kali dengan Dato' Mohd Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dua kali dengan Dato' Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga dan pada bulan Februari tahun ini, saya telah berjaya menemui Perdana Menteri @ Menteri Dalam Negeri..Semua tujuannya cuma satu, iaitu minta supaya suami dibebaskan.

Walaupun Perdana Menteri pernah mengatakan “Insya-Allah “, ketika kami tanya sama ada beliau akan membebaskan tahanan di Kamunting, namun hingga ke hari ini, tahanan masih tetap ditahan di Kemta.

Mereka akan dibebaskan hanya sekiranya mereka mengalami sakit tenat yang boleh membawa kematian.

Dan pada ketika ini, bila saya bertemu kawan-kawan, mereka hanya meminta saya bersabar dan banyakkan solat hajat. “Mana lah tahu, hati PM akan lembut dan seterusnya akan membebaskan semua tahanan di Kem,” keluh mereka.

Terima kasih dengan segala peringatan itu. Saya sentiasa bermunajat, biarlah suami saya bebas sebagai insan yang mempertahankan haknya sebagai seorang muslim yang bebas mempraktikkan keimanannya.

Aku tidak mahu beliau dibebaskan kerana mencipta satu sejarah baru iaitu sebagai salah seorang militan ahli “Jemaah Islamiyyah: Dalam Islam tiada istilah militan sepertimana fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh orang-orang yang zalim itu.

Sebagai manusia biasa, ada ketikanya aku merasa “down” yang teramat sangat. Secara kebetulan, di saat seperti itu, ada pula suara-suara yang bunyinya macam orang putus asa saja bila mengingatkan saya “ kita ni timun je, menteri tu pisau, kalau kita menggolek, kita yang luka, kalau kita digolek , lagilah hancur.”Ah…terasa semakin “ down’ jadinya.

Alhamdulillah, setakat ini, kata-kata tersebut belum lagi melemahkan saya. Namun tidak dinafikan, sesekali aku terkejut juga dengan nasihat yang sedemikian yang datangnya dari orang-orang yang berpendidikan tinggi, tapi rupanya masih jahil dalam mengenali ISA ini.Untuk golongan ini, saya berdoa semoga Allah akan membukakan minda mereka agar berusaha mengenali kedurjanaan ISA ini.

12 Jun 2006-Genap 4 Tahun

Pada Isnin, 12 Jun ini, genaplah suami ku menjadi penghuni kem selama empat tahun. Ada kemungkinan tahanan akan dibebaskan di penghujung tempoh tersebut.Tapi kalau melihat keadaan di Kem , secara logiknya, peluang untuk bebas itu amat tipis, kecuali ada terjadi “miracle”. Tahanan memang diperlukan untuk memastikan survival politik Menteri berkenaan.

Kadang-kadang bila difikirkan, pelik juga. Dah macam-macam dijalankan kempen, tapi kenapa susah sangat kumpulan “JI’ ni nak dibebaskan? Angin yang bertiup dari Kementerian Dalam Negeri mengatakan, sukar untuk membebaskan tahanan ketika ini kerana Malaysia mendapat tekanan yang hebat dari Amerika.

Sama ada tahanan tersebut benar-benar pengganas atau tidak, sudah tidak timbul. Masalahnya sekarang, Malaysia terpaksa membuktikan bahawa di negara ini ada sekelompok “pengganas” yang sengaja disimpan untuk memuaskan nafsu Bush! Iye ke?

Bagiku, kenyataan ini bukanlah suatu yang baru. Sejak hari pertama penahanannya, aku mengesyaki, bahawa suamiku dijadikan “kambing hitam’ oleh pihak berkuasa untuk memastikan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Washington, berada dalam suasana yang baik. Sampai hati betul pemimpin nombor satu di Malaysia, menzalimi rakyatnya sendiri hanya kerana ingin mengambil hati kuasa asing.

Atau, adakah pemimipin tersebut mendapat lebih dari itu? Buat masa ini, aku dan Suhaib telah membulatkan tekad, sama ada dia bebas atau tidak, kehidupan wajib diteruskan dan kami akan terus memperjuangkan nasib semua tahanan ISA yang masih menghuni Kem Kamunting. Aku yakin, lambat laun, kezaliman akan dapat dikalahkan oleh keadilan dan kebenaran.Hanya masa yang menentukan segalanya.Lagi pun, kami berdua tidak akan rugi apa-apa kerana sepanjang kami dianiaya dan dizalimi, kami yakin, Allah akan menggantikan segala kesusahan itu dengan pahala yang tidak ternilai harganya.

Bagi mereka yang sedang menganiaya kami, amat kami yakini bahawa Allah yang Maha Kuasa akan memberi balasan yang setimpal dengan kezaliman yang sedang mereka lakukan ke atas kami. Hanya faktor masa yang akan menentukannya. Namun dimasa yang sama, kami amat berharap rakyat akan bangun untuk memberikan sokongan kepada kami, mangsa yang dizalimi ini.

Sekali lagi kami ulangi, jika tahanan ISA itu benar-benar salah, hadapkanlah ke mahkamah, kalau perkara itu pun tak sanggup dilakukan oleh pihak berwajib, lebih baik bebaskan saja semua tahanan itu sementara mereka masih bernyawa lagi.

------------------------
BAHAGIAN 2 : 12 JUN 2006, 11.08PM

Petang tadi , saya menerima satu panggilan telefon dari suami yang masih berada di Kem Kamunting. Semang agak berdebar menerima panggilan darinya dan gerak hati saya dapat menjangka, pasti ada berita yang kurang menyenangkan bakal diterima. Saya pasrah dengan sebarang kemungkinan.

"Penahanan abang disambung 2 tahun lagi...." suaranya antara kedengaran dan tidak di hujung sana.Kemudian kami berbual beberapa minit sementara talian belum diputuskan oleh pihak Kemta.Tiba-tiba je saya rasa seram sejuk, macam nak demam.Saya beristighfar beberapa kali, kemudian membuat panggilan pada salah seorang teman GMI memberitahu mengenai pelanjutan tersebut untuk dimasukkan dalam press statement GMI keesokannya.

Saya cuba mencari kekuatan dengan menghantar SMS pada kawan-kawan yang rapat dengan saya.Dan orang pertama yang menghubungi saya ialah Nashita.Agaknya aura keresahan saya telah sampai padanya mendahului yang lain.Susah nak dinyatakan apakah perasaan saya ketika itu, tapi yang jelas, dah tak boleh nak menangis.

"Sorry to know the extension of your beloved husband. Allah knows better why diuji berterusan.Yang pasti, Al Quran ada sebut, ujian akan naikkan makam hambaNya yang sabar"

- begitulah kata-kata SMS yang diterima dari salah seorang teman rapat saya.Kemudian berbelas-belas SMS lain masuk ke inbox handphone.

Semua kata-kata itu amat berharga, bermotivasi dan sedikit sebanyak mengembalikan semangat saya untuk berpijak dibumi nyata.Terima kasih pada semua.Semua pesanan itu umpama air sejuk yang menjadi penawar dan memadamkan api kemarahan disaat itu.

Saya terima semua ini sebagai ujian dariNya. Mungkin jika tidak diuji seperti ini, saya tetap akan diberi ujian yang lain, yang mungkin setaraf dengan apa yang sedang dihadapi sekarang.Ya, Allah lebih mengetahui hikmah sesuatu kejadian itu.

Saya selalu membayangkan bagaimanakah keadaan Hajar yang ditinggalkan oleh suaminya ditengah gurun pasir yang tandus, tanpa manusia dengan hanya bertemankan seorang bayi keci yang tidak mengerti apa-apa.Usaha Hajar berlari-lari anak menuruni bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air bagi bayinya yang kehausan bukanlah sesuatu yang mudah... tidak dapat digambarkan kesukarannya ketika itu.

Ujian yang Allah beri pada saya tidaklah sehebat Hajar....beza, amat jauh bezanya , macam langit dengan bumi.

Saya reda dengan ujian ini, tapi saya tetap tidak redha dengan perbuatan insan lain menzalimi kami sekeluarga.Selagi ada nyawa, usaha mesti diteruskan, dan selebihnya saya serahkan pada Allah SWT untuk menyelesaikannya.Jika didunia hak kami dinafikan, maka kami akan tuntut segalanya diakhirat kelak.

Saya amat berharap mendapat sokongan yang berterusan dari anda semua.

Norlaila Othman
Aktivis GMI
Isteri Tahanan ISA
Mat Sah Bin Mohd Satray
2002 – 2008

16 June 2006

KEJADIAN ROGOL BERLELUASA - APA TINDAKAN KITA

Kes rogol: Polis buru tujuh remaja
2006-06-16 10:26:59.0
Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI: Polis sedang memburu tujuh remaja lelaki berumur antara 19 hingga 20-an kerana dipercayai merogol secara bergilir-gilir seorang murid perempuan tingkatan tiga di beberapa tempat sekitar Kedah baru-baru ini.
Faizi : Apa nak jadi sekarang ni...kes rogol semacam tidak terkawal, pulak tu melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun...sangat menyedihkan...

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Hashim Ali, mangsa yang bersekolah di Gurun telah keluar dari rumah mengikuti teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga pada June 8 lalu.

Faizi : Sekarang ni mudah sangat kepercayaan diberikan kepada orang yang kadang-kadang tu baru dikenali tetapi sanggup untuk ikut kemana nak di bawa...tanpa pengetahuan keluarga pulak tu...
"Mangsa telah dibawa ke rumah datuk teman lelakinya di Sungai Yan lalu dirogol oleh teman lelakinya.
Faizi : Macamana agaknya kejadian rogol boleh berlaku di rumah datuk teman lelaki?. Senangnya hari ini nak bawa anak orang ke dalam rumah...budak perempuan ini semacam mengikut sahaja kehendak teman lelakinya tu...

"Keesokkan harinya (June 9), mangsa telah dibawa ke sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Sungai Petani lalu diperkenalkan kepada lima orang kawan teman lelakinya," jelas Hashim.
Faizi : Semalam dah kena rogol, selepas tu selepas dirogol masih lagi boleh ikut teman lelakinya ke shopping complex...

Menurut beliau, mangsa kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya bersama lima remaja berkenaan, yang membawanya bersiar-siar sekitar Sungai Petani sebelum mereka ke Dataran Gurun di kawasan Arah Selatan.

"Di Dataran Gurun, mangsa telah dirogol oleh kelima-lima remaja berkenaan secara bergilir-gilir antara jam 2pagi dan 2.30pagi June 10, walaupun pada mulanya mangsa menolak ajakan mereka untuk melakukan hubungan seks.
Faizi : Dunia dah terbalik, semalam dah kena rogol, selepas tu ditinggalkan teman lelakinya, bila diajak berzina (ajak berzina macam ajak makan) ditolak tapi akhirnya dirogol oleh 5 orang remaja...

"Mangsa kemudian dihubungi oleh teman lelakinya pada petang June 10 dan telah dibawa kembali ke pusat membeli-belah di Sungai Petani," jelasnya lagi.

Menurut Supt Hashim lagi, teman lelakinya memperkenalkan mangsa kepada seorang lagi remaja yang kemudian membawa mangsa bersiar-siar ke Pantai Murni, Yan sebelum merogol mangsa di sebuah rumah kosong di Semeling.
Faizi : Masih boleh ikut lagi teman lelaki durjana ? Apa nak jadi remaja hari ini. Prosesnya sama..perkenalkan dengan remaja lain selepas tu dirogol...

Keesokkan harinya, (June 12) mangsa dibawa oleh teman lelakinya ke rumah bapa saudaranya di Guar Cempedak. Semasa mangsa ditinggalkan oleh teman lelakinya di situ, mangsa telah menceritakan seluruh kejadian tersebut kepada bapa saudara teman lelakinya yang kemudian menghubungi keluarga mangsa, jelas Supt Hashim.

Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda oleh keluarganya untuk membuat laporan tentang seluruh kejadian tersebut.

Supt Hashim Ali mengesahkan menerima laporan dari mangsa dan berkata polis menyiasat kes tersebut dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan enam sebatan.
Faizi : Lihatlah teman-teman, anak remaja kita semakin hari semakin rosak dan dirosakkan. Apakah kita perlu hanya menggelengkan kepala apabila membaca berita ini? Apakah dengan sekadar mengalirkan air mata mampu membasmi kemungkaran ini?.
Di mana hilangnya maruah mereka dan maruah kita...
Saya menyeru kepada semua umat Islam khususnya Pemuda PAS dan Pemuda BA di Johor ini untuk melipatgandakan usaha kita mendekati golongan remaja.
Siapa lagi nak kita harapkan...nak harapkan UMNO/BN? Mereka tidak memandang serius perkara ini malahan merekalah yang mencambahkan lagi hiburan dan program kemaksiatan.

GURU SERANG GURU - APA NAK JADI?!?!

Posted by Picasa Berita tentang seorang guru lelaki diserang oleh seorang guru lelaki yang lain seperti mana yang disiarkan dalam media pada hari ini menimbulkan pelbagai persepsi terhadap masa depan dan keberkesanan pendidikan di dalam Negara kita.

Dilaporkan bahawa Cikgu Kamal Jauhari Jaafar, 35, tidak sedarkan diri selepas dihentak di kepala oleh seorang guru lain menggunakan topi keledar berikutan perselisihan kecil di kuarters guru.

Mangsa kemudian dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) dan dipercayai mengalami gegaran otak akibat hentakan topi keledar berkenaan.

Apapun alasan yang akan diberikan oleh guru yang bertindak menyerang cikgu Kamal Jauhari ini tidak dapat menyokong tindakannya kerana ia telah menunjukkan sikap seorang guru yang tidak beretika.

Kes ini yang akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan membayangkan betapa seriusnya tindakan yang telah dilakukan.

Selepas ini, pelajar sekolah yang bergaduh atau yang terlibat dengan gejala samseng akan menggunakan kejadian ini sebagai alasan untuk menyokong tindakan mereka. Bak kata pepatah “Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!”
Khairul Faizi

15 June 2006

TAZKIRAH MB KELANTAN DI BALAI ISLAM HAJI OMAR JANI KLUANG

Tazkirah magrib telah disampaikan semalam, walaupun program ini tidak dirancang dari awal tetapi atas kehadiran Tuan Guru ke Kluang, ahli PAS Kluang tidak terlepas mengambil peluang di atas kehadiran ini. Posted by Picasa

LAWATAN KERJA MB KELANTAN KE JOHOR



Melawat pusat penternakan lembu di Jalan Mersing Kluang. Posted by Picasa

LAWATAN KERJA MB KELANTAN KE JOHOR




Kelihatan Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan melawat ladang tapak tanaman pokok Buah Naga di Kluang semalam (14 Jun 2006). Turut hadir YB Dr Ramli Kari dan Ketua DPPNJ
Posted by Picasa
_____________________

Rencana

(Disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini)

Kejayaan projek tani moden
Oleh NOR SEDEK ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)


PROJEK Pertanian Moden pertama di negara ini merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,000 hektar di daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor sudah membuahkan hasil.

Hasil sayuran, buah-buahan dan ternakan lembu setakat ini dalam tempoh sembilan bulan mencatatkan jualan kira-kira RM5 juta pada harga ladang.

Kejayaan pada usia baru setahun jagung ini penting bukan sahaja bagi Johor juga kepada negara dalam mengurangkan nilai eksport makanan dan ternakan.

Itulah antara objektif utama Kerajaan Persekutuan dengan melibatkan pihak swasta dalam meningkatkan hasil makanan negara.

Lebih membanggakan pengeluaran itu hanya mewakili sebahagian kecil tanah yang dipajakkan kepada 21 pengusaha kerana tanaman lain seperti limau, buah naga, nangka dan orkid dalam proses pembesaran.

Malah kawasan-kawasan yang sudah ditanam itu pun baru merangkumi 50 peratus daripada keseluruhan tapak disediakan.

Mengikut pecahan kawasan yang dimajukan dengan pertanian moden ialah kira-kira 2,500 hektar di Padang Hijau, Kluang dan seluas 1,500 hektar lagi dalam kawasan Institut Haiwan, Ayer Hitam, Batu Pahat.

Berbudi pada tanah memang tidak pernah rugi. Melihatkan potensi sekarang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyasarkan hasil jualan sebanyak RM100 juta setahun dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kejayaan tersebut katanya bakal menjadikan Johor pengeluar makanan dan sayuran utama di negara ini.

Memperincikan kejayaan Projek Pertanian Moden itu, Pengarahnya, Dr. Ahmad Salleh menjelaskan tanaman sayur organik sahaja mencatatkan jualan terkumpul RM1.5 juta pada sembilan lalu.

Ternakan lembu pula, lembu hidup dengan berat 125 metri tan telah dipasarkan membawa pulangan RM1.8 juta manakala sebanyak 71 metrik tan daging lembu potong dijual setiap bulan dengan hasil RM1.08 juta.

Buah naga pula 30 metrik tan sebulan dengan harga ladang sebanyak RM90,000 tetapi kawasan belum dituai masih diluas, jelas beliau.

Kata Ahmad, hasil itu hanya untuk pasaran tempatan. Beliau juga tidak ragu-ragu projek itu bakal menjadi contoh di negeri-negeri lain dalam memaksimumkan penggunaan tanah.

Tertanya angka-angka tersebut menjawab keraguan ketika projek itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Padang Hijau, Kluang pada 25 Februari 2005.

Namun Ahmad turut melahirkan kesal kerana empat syarikat bagi tanaman herba spiriluna, lembu feed lot, lembu susu dan burung unta masih belum memulakan projek

13 June 2006

BALING BATU : APAKAH KENYATAAN PRESIDEN PAS MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA?

Kenyataan Media
(13 Jun 2006)


Bagaikan menanti peluang terbuka, Presiden PAS ketika ini telah diserang dengan bertubi-tubi sejurus selepas berakhirnya Muktamar PAS yang diadakan di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini. Semuanya gara-gara membenarkan ahli PAS mengadakan dan mengikuti demonstrasi atau himpunan aman yang dianjurkan oleh PAS.

Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dalam kenyataannya menyebut bahawa PAS akan terus mengadakan demonstrasi jalanan sebagai saluran untuk menyuarakan pendapat. Persoalan membaling batu sebagai satu contoh yang dibayangkan kepada umum bukanlah satu perkara yang serius untuk dilakukan. Selama ini pun, demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS berlansung secara aman tanpa menyebabkan kecederaan atau kematian namun himpunan aman ini akan menjadi kelam-kabut dan kacau-bilau apabila mula diganggu oleh pihak keselamatan.

Setiap kali penyokong PAS disepak, dipukul, diterajang dan dipijak, adakah mereka akan bertindak balas?. Lihatlah berapa banyak darah yang mengalir menyimbah bumi baru-baru ini apabila rakyat yang tidak berdosa dipukul dalam himpunan aman anjuran PROTES.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) sangat kesal dengan kenyataan yang disiarkan di dalam Berita Harian pada 11 Jun 2006 bertajuk “Hadi Ancam keselamatan” yang menyebut bahawa kenyataan Presiden PAS mengancam keselamatan dan ekonomi negara sehingga ada yang mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuklah menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

DPPNJ tidak menyokong tindakan membaling batu tetapi kalaulah kenyataan seperti ini pun hendak disumbat ke dalam ISA yang zalim itu, maka sememangnya demokrasi di dalam negara kita telah berjaya dihancurkan oleh UMNO/BN. Sesiapa sahaja yang menentang ataupun tidak bersetuju dengan UMNO/BN sumbat sahaja ke dalam ISA.

Namun begitu, DPPNJ melihat bahawa kenyataan Presiden PAS semasa kenyataan media bersama pemberita selepas selesai muktamar PAS baru-baru ini adalah merupakan satu strategi untuk mewujudkan perbincangan soal demokrasi di Malaysia sejajar dengan tema ucapan dasar “PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM”. Andaikata isu melontar batu ini tidak disebut maka rakyat tidak sedar bahawa sememangnya demokrasi di Malaysia telah dirosakkan oleh UMNO.

Setidak-tidaknya rakyat Malaysia menyedari bahawa PAS sanggup untuk menghadapi risiko untuk kebenaran dan hak rakyat.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti

Cuba saudara semua baca apa yang cuba disampaikan oleh Mufti Negeri Trengganu ini...
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Malam ini bermulalah kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi ke-18 di Jerman membuka tirainya dan fenomena 'gila-gila bola' ini akan berlanjutan selama sebulan.

Perlawanan bola sepak kali ini meyaksikan kebanyakan perlawanan berlangsung pada awal pagi dan malam ini perlawanan bola sepak antara Jerman dan Costa Rica di Stadium Munich akan di siarkan secara langsung pada jam 12.00 tengah malam.

Mengulas kesan kejohanan ini kepada umat Islam, mantan Mufti Trengganu , Dato Abdul Halim menyatakan bahawa kegilaan terhadap bola ini suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

"Al-Quran telah menyatakan sikap dan nafsu manusia yang suka terhadap perkara-perkara melalaikan," katanya.

"Piala Dunia ini digembar-gemburkan oleh media kerana ianya memberi keuntungan komersial tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutama golongan muda," katanya lagi

Beliau juga menyatakan bahawa arus 'gila-gila bola' ini menyebabkan golongan anak muda termasuk juga orang tua lupa pada tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa perlawanan bola di awal pagi boleh dimanfaatkan untuk ibadat seperti suntikan semangat kepada umat Islam bersolat malam iaitu Tahajud.

Beliau menjawab, "Lazimnya 'kaki bola' bukannya 'kaki tahajud."

Dalam perkembangan yang sama, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya.

Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.
_____________________________________
Ulasan :-
Bila saya membaca berita ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan teman2 semua supaya tidak terleka dengan pertandingan Bola sepak dunia yang sedang berlansung sekarang ini.
Saya juga peminat sukan ini terutama World Cup yang berlansung ketika ini tetapi kita juga perlu ingat bahawa musuh Islam tidak sesaatpun berhenti merencana dan merancang bagaimana untuk menjatuhkan dan merosakkan Islam.
Kepada Pemuda PAS Johor khususnya, program usrah Pemuda di peringkat cawangan dan kawasan, kuliah dan mesyuarat jangan diabaikan. Jangan masukkan diri kita di dalam golongan yang leka.
Wassalam.
Khairul Faizi

12 June 2006

JURU BICARA PAS NEGERI JOHOR



Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada PAS Johor kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurubicara PAS Johor ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS.

Somoga ia menjadi pengalaman yang sangat berharga kepada saya. Posted by Picasa

10 June 2006

AGIHAN TABUNG KEMISKINAN HARAKAH PERLU TELUS

Agihan Tabung Kemiskinan Harakah perlu telus (Utusan Malaysia)

ALOR STAR 7 Jun - Pimpinan Pas diminta bersikap telus terhadap pengurusan Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) yang setakat ini dikatakan mengeluarkan bantuan sebanyak RM2.2 juta.
Wakil Pas Johor, Khairul Haizi Ahmad Kamil berkata, ahli parti itu mahu penjelasan cara agihan tabung berkenaan sama ada dibuat mengikut keadaan yang mewajarkannya atau kerana kepentingan pihak tertentu.
‘‘Persoalannya, bagaimana agihan itu dilakukan dan apakah kriteria agihan itu,” katanya dalam perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-52 di Kompleks Pas Kedah, dekat sini hari ini.
Menurutnya, pimpinan Pas juga perlu menjelaskan sama ada agihan wang tabung itu dibuat kerana Lembaga Pengarah Harakah berada di kawasan-kawasan terlibat atau mempunyai kepentingan dengan penerima bantuan.
Beliau turut meminta pimpinan Pas memastikan bantuan TKH memberi impak yang menguntungkan parti tersebut terutama daripada sokongan politik.
‘‘Kalau penerima bantuan itu orang UMNO apakah dia terus menjadi ahli UMNO, kalau Pas apakah dia akan terus bersama Pas dan bagaimana pula dengan penerima bantuan yang merupakan orang atas pagar,” katanya.
Dalam pada itu, Khairul Haizi juga mencadangkan agar Pas menubuhkan Jabatan Kebajikan Rakyat supaya urusan berkaitan kebajikan orang ramai dapat diberikan keutamaan oleh parti itu.

Demokrasi : `Blue Print' perlu dibuat bagi rujukan PAS peringkat bawah

Wed Jun 07, 06 07:26:10 PM Oleh Saidatul Amani (Harakahdaily)

LOR SETAR, 7 Jun (Hrkh) - Pimpinan PAS Pusat digesa membuat satu `blue print' bagi memulihkan proses demokrasi yang akan dijadikan panduan kepada ahli-ahli PAS di peringkat cawangan, kawasan dan negeri bagi memudahkan mereka melakukan gerak kerja mendekati rakyat.

Perwakilan Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil mempersoalkan, samada proses pemulihan demokrasi itu berlaku dengan hanya bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada pimpinan PAS.

Beliau berkata, muktamar PAS kali ini bertemakan `Pulihkan demokrasi Daulatkan Islam' membuktikan bahawa PAS serius terhadap sistem demokrasi hari ini.

Katanya, kalau sebelum ini hanya disiarkan dalam kenyataan akhbar dan ceramah tetapi muktamar kali ke-52 ini meletakkan proses memulihkan demokrasi sebagai satu agenda yang besar.
Menurut beliau, memang tidak dinafikan apabila demokrasi dirosakkan oleh BN pelbagi cara telah dilakukan oleh Umno untuk merosakkan sistem tersebut yang sekaligus membimbangkan rakyat.
Sebagai contoh, Umno Johor telah menjual 5170 hektar tanah yang dijadikan sebagai takungan air jernih dan dibekalkan kepada Singapura dan tindakan itu telah menjahanamkan nasib rakyat di kawasan Kota Tinggi dan bandar Tenggara.
Tambah beliau, di kawasan itulah yang didakwa terdapat bigfoot dan dibimbangi perkara itu sengaja diwar-warkan oleh Umno Johor supaya tidak ada pihak yang menganggu projek dijalankan.
Dalam ucapan itu, beliau berkata, PAS Johor kesal dengan tindakan Umno yang membina satu kawasan disneyland di tanah seluah 990 hektar dan perbuatan itu membuktikan bahawa Umno jelas menyokong AS kerana disneyland itu merupakan produk daripada barat.
Katanya,sejauh mana lajnah Kebajikan dan Masyarakat dapat memainkan peranan bagi menyakinakan rakyat bahawa PAS juara menjaga kebajikan rakyat.
PAS Johor mencadangkan supaya Lajnah Kebajikan dan Masyarakat perlu bekerjasama dengan Unit Amal dan Nisa' supaya gerak kerja itu dapat dilihat sebagai satu gerak kerja daripada PAS bukan dalam unitnya.
Tambah beliau PAS Pusat perlu menubuhkan Jabatan kebajikan rakyat bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar perihatin terhadap kebajikan rakyat.
/wann

04 June 2006

RENCANA DARI THE STAR ONLINE MENGENAI PEMBINAAN DISNEYLAND DI JOHOR

The Star Online > Bizweek
Saturday June 3, 2006
South Johor gets its magic
By TEE LIN SAY

The possibility of the magic of Disneyland sprinkling its tinsels on a vast piece of land in Southern Johor has turned that spot into a seabed of opportunity

OVERNIGHT, the South Johor Economic Corridor (SJER) has turned into Malaysia’s hottest and most sought after piece of land. Providing a major catalyst for companies and investors to turn their attention to this sweet spot is the Ninth Malaysia Plan, which enveloped a multi-billion-ringgit plan to transform the area into a major economic powerhouse.
The icing on the cake came more recently - plans to lure Disneyland to Johor.
In the last two weeks, it has been widely reported that Malaysia has been in talks with the Japanese operator of Tokyo Disneyland to bring the first Disney theme park to Southeast Asia. It appears that Malaysian government officials and representatives from the government-linked conglomerate UEM World Bhd have been negotiating with Oriental Land to build a theme park of international standard at UEM's 15,343-acre township, Bandar Nusajaya, in the southern part of Johor. The state is said to have set aside investments worth RM2bil for the plan, which could create 20,000 jobs.
Even so, it is clear that apart from Disneyland, other options are also being considered in terms of the development of a major theme park in this spot.
Late in the week, Khazanah Nasional Bhd managing director Datuk Azman Mokhtar said that the masterplan of the development of SJER would be released soon. No doubt, the masterplan will be keenly awaited as it incorporates details on how the transformation is expected to materialise.
For the purpose of the SJER, Khazanah has set up a special team, and planning has been going on for over 10 months. Khazanah’s role in the SJER is two pronged. On the physical and economic aspect, Khazanah has been mandated by the government in the planning and development of the SJER.
Of no less significance is the regulatory and constitutional issues surrounding the area of development. To address these issues, Khazanah is working with the attorney general and its external legal advisors.
Industry observers say that part of the efforts includes drawing up incentives such as tax breaks and so forth to lure foreign investors to the area.
Southern Appeal

It is easy to appreciate the potential of Johor's lure to foreigners, although one must add, that this has yet to be tapped in a big way, up until now.
According to MIDA, Johor is Malaysia’s largest recipient of foreign capital expenditure totalling some RM7.5bil to RM12.5bil between August 2006 to end 2007. This in turn has and will continue to create 14,000 new jobs opportunities.
In terms of connectivity, Johor has the trademarks of an international hub. It has world-class logistics infrastructure and a network of two international airports (Senai and Changi), three international seaports (Port of Tanjung Pelepas, Pasir Gudang and PSA International, the operator of Singapore's ports) and the North-South Highway.
More importantly, it is close to a large manufacturing and commercial base in Singapore. Johor also offers affordable land and skilled labour and has huge tracts of land waiting to be developed.

Biggest beneficiary

With that, the spotlight is back on UEM World Bhd, owner of a huge parcel of land in Nusajaya.
AmResearch’s Gan Kim Khoon says that if the Disneyland project takes off, it would benefit landowners in and around Johor Baru. Arguably, the biggest winner would be UEM World, as the Disneyland project is slated to be in Nusajaya.
“In fact, we understand that the piece of land alienated or designated for an entertainment theme park in Nusajaya is at the southern tip of Johor, in between Johor Baru and Port of Tanjung Pelepas. More specifically, it is adjacent to Danga Bay, a property development project under Ekovest,” says Gan.
UEM World’s managing director and chief executive officer Datuk Ahmad Pardas Senin has confirmed that the company is in talks with Disney, as well as other foreign theme park operators.

“We are in talks with various operators...we are still at the exploratory stages in terms of attracting theme park operators to come and take a look how they find our land, whether it’s suitable for their operations.“
For a project of such size, various elements need to be in place. The fact that Nusajaya is in the SJER, and that the 9MP states that SJER will be a key development area have helped add positive points. This will help us attract the right players to our land,” says Ahmad Pardas.
He adds that 2,400 acres of UEM World’s land have been designated for leisure and entertainment activities.
“This component will have to be there (theme park). The location is such that if you don't have a leisure component, you are not making optimal use of the land. Our land, is so close to major transport hubs. For example it is 30 minutes from Senai, 30 minutes from Changi, 25 minutes from the Port of Tanjung Pelepas, 30 minutes from Johor Baru and 3 hours from Kuala Lumpur by road.
“We need a theme park,
” he says.
Investors looking for some form of confirmation found it in those words over the week.
With that, there are plans to set up a theme park of international standard in Nusajaya. Observers reckon that if it is not carried out by Disney, it may even include other major players such as Universal Studios or Warner Bros.
“If such names come (Disney), it will be an international crowd puller in terms of tourism. The benefit is not just for UEM World or Nusajaya. The multiplier effect is huge, if done successfully,” says Ahmad Pardas.
Very few doubt that. Such a major development of international repute is likely to boost tourism while offering massive job opportunities which will have a positive impact on the economy. Tourism, as it stands, is the country's major foreign exchange earner, second only to manufacturing.
On the ground, it is the taxi drivers, the restaurant owners, and the souvenir shops that will flourish. Hotels, shopping malls and sundry shops will begin mushrooming. All these inadvertently create new job opportunities.
Inevitably, this will also lead to further enhancement to the logistics infrastructure and introduction of commercially and investor-friendly incentives.

Mickey's Multiplier Effect

The value proposition of having a Disneyland in Johor may be easy to appreciate.
Disneyland in Los Angeles has contributed US$3.6bil to the US economy a year. Hong Kong, where Disneyland set up shop in September last year, is banking on the theme park as a major tourist attraction, with expectations of over five million visitors in its first year of operations.
The Hong Kong government owns more than half of the theme park, which cost more than US$3bil to build. The government hopes to earn at least US$19bil over the next 40 years.
Similarly in Malaysia, the appeal of having such a grand scale theme park, apart from providing locals with an attractive holiday option, is the ability to lure tourists. Then, there's the hope that there will be some positive spillover from its neighbour – the additional traffic from Singapore’s yet to be set up integrated resorts. (Singapore is now in the midst of awarding big tourism projects with its huge integrated resort (IR) and casino projects at two sites in Marina Bay and Sentosa Island.)
There is talk in the market that the owners of Nusajaya land may provide the land to the theme park operator for free. This would give the Nusajaya theme park operator more flexibility in pricing its products and services a lot cheaper.
Analysts say that for every RM1bil of new FDI, this could potentially boost Johor’s expected 2007 gross domestic product of 6.2% by a further 1.9%.
Don’t be surprised to witness property prices soaring in Johor, overtaking those in the Klang Valley and Penang. Over the last five years, property prices in Selangor and Penang have risen by 16% and 24% respectively. During this same period, property prices in Johor declined 12%.
This could be due to Johor’s low-cost advantage and proximity to Singapore. However, household income in Johor is substantially lower than in Penang and Selangor. The good part - attracting more investments into SJER will eventually lead to a rise in income levels in Johor.

02 June 2006

CERAMAH 'BANTAH' DI MERSING



Kelihatan Sdr Aminuddin Ayub, Timbalan Ketua DPPNJ sedang berceramah di atas pentas BANTAH...TAHNIAH!! Posted by Picasa

RAKYAT JOHOR (DAERAH MERSING) MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Rakyat Johor pelbagai kaum termasuk kaum Tiounghua memberikan sokongan terhadap PAS dan rakan-rakan dalam BANTAH untuk membantah kenaikan harga minyak.
 Posted by Picasa