13 June 2006

Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti

Cuba saudara semua baca apa yang cuba disampaikan oleh Mufti Negeri Trengganu ini...
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Malam ini bermulalah kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi ke-18 di Jerman membuka tirainya dan fenomena 'gila-gila bola' ini akan berlanjutan selama sebulan.

Perlawanan bola sepak kali ini meyaksikan kebanyakan perlawanan berlangsung pada awal pagi dan malam ini perlawanan bola sepak antara Jerman dan Costa Rica di Stadium Munich akan di siarkan secara langsung pada jam 12.00 tengah malam.

Mengulas kesan kejohanan ini kepada umat Islam, mantan Mufti Trengganu , Dato Abdul Halim menyatakan bahawa kegilaan terhadap bola ini suatu fenomena yang melali dan melalaikan.

"Al-Quran telah menyatakan sikap dan nafsu manusia yang suka terhadap perkara-perkara melalaikan," katanya.

"Piala Dunia ini digembar-gemburkan oleh media kerana ianya memberi keuntungan komersial tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutama golongan muda," katanya lagi

Beliau juga menyatakan bahawa arus 'gila-gila bola' ini menyebabkan golongan anak muda termasuk juga orang tua lupa pada tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa perlawanan bola di awal pagi boleh dimanfaatkan untuk ibadat seperti suntikan semangat kepada umat Islam bersolat malam iaitu Tahajud.

Beliau menjawab, "Lazimnya 'kaki bola' bukannya 'kaki tahajud."

Dalam perkembangan yang sama, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya.

Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.
_____________________________________
Ulasan :-
Bila saya membaca berita ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan teman2 semua supaya tidak terleka dengan pertandingan Bola sepak dunia yang sedang berlansung sekarang ini.
Saya juga peminat sukan ini terutama World Cup yang berlansung ketika ini tetapi kita juga perlu ingat bahawa musuh Islam tidak sesaatpun berhenti merencana dan merancang bagaimana untuk menjatuhkan dan merosakkan Islam.
Kepada Pemuda PAS Johor khususnya, program usrah Pemuda di peringkat cawangan dan kawasan, kuliah dan mesyuarat jangan diabaikan. Jangan masukkan diri kita di dalam golongan yang leka.
Wassalam.
Khairul Faizi

No comments: