26 June 2006

KES PASTI AL-KAUTHAR AYER KEROH DITANGGUH LAGI

PUTRAJAYA, 26 Jun 2006 - Mahkamah Persekutuan pagi tadi sekali lagi menangguhkan keputusan perbicaraan yang melibatkan PASTI Al-Kauthar Ayer Keroh Melaka yang telah disaman oleh Jabatan Agama Islam (JAIM) dibawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002.

PASTI yang diwakili oleh Tuan Haji Mohamad Bin Burok, Sdr Hanifa Bin Maiden, Sdr Abdullah Bin Abd Karim dan beberapa orang peguam lagi menyambut baik keputusan penangguhan ini dan mengharapkan agar kes ini akhirnya akan dibicarakan di bawah mahkamah syariah.

Tetuan Hanifa Maidin berhujah bahawa kes PASTI ini tidak sepatutnya dibicarakan di mahkamah sivil tetapi seharusnya dibicarakan di mahkamah syariah kerana PASTI menjalankan aktiviti pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi pada peringkat awalnya PASTI tersebut disaman oleh JAIM. Ini sudah jelas bahawa perbicaraan di mahkamah sivil akan menyebabkan berlakunya kecacamerbaan di dalam perundangan negara.

Sdr Hanifa berhujah lagi, apabila berlakunya 2 pandangan atau aliran maka kes ini juga perlu bergantung kepada enekmen agama Islam di peringkat negeri.

Justeru Sdr Hanifa memohon agar kes PASTI Al-Kauthar ini dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah menerima penghujahan tersebut dan menetapkan tarikh penangguhan kes tersebut pada 16 Ogos 2006 yang akan datang.

Kes saman PASTI Al-Kauthar sebelum ini telah beberapa kali ditangguhkan sebelum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 12 Julai 2005 yang mana keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kes ini dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan.

Turut hadir di dalam perbicaraan tersebut adalah Ust Idris Bin Ahmad (Timbalan Ketua DPP Pusat) Ust Abd Ghani Bin Abd Rahman (Pesuruhjaya PAS NEgeri Melaka) Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil (Setiausaha PASTI Pusat) Ust Kamarudin Bin Sidek (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka) dan pimpinan PASTI negeri Melaka.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Jabatan PASTI Pusat
019-7701830

No comments: