Tarikh: Mon, 16 Oct 2006 18:03:54 +0100 (BST)
Daripada: "Norlaila othman"
Subjek: Fwd: [NaqibNet-Operasi] Protest GMI di Masjid Negara: Kad anda, tiupan semangat buat mereka...
Kepada:
Salam,
" Mak tolong.." itulah jeritan hati saya pertama kali diminta berucap di tempat lapang dan terbuka di Masjid Negara, Jumaat lepas 13 Okt.
" Mak tolong.." itulah jeritan hati saya pertama kali diminta berucap di tempat lapang dan terbuka di Masjid Negara, Jumaat lepas 13 Okt.
Sejak bertolak dari rumah lagi, hati berkata-kata, macammana nak bercakap ditempat awam ni? Sesampainya di tempat kami berkumpul, ada ramai pemimpin PAS dan Keadilan disana. Ada Ezam, Ust Idris Ahmad, ada Dr Hatta Ramli, Tian Chua, ada Salahudin Ayub, Ust Badrul Amin dan ramai lagi tokoh-tokoh yang pernah kena ISA.Tokoh yang belum kena ISA pun ramai juga...
"Ya Allah, berilah kekuatan dan keyakinan...." akhirnya saya melangkah dengan penuh yakin ke sudut pidato, iaitu tempat yang begitu strategik untuk berceramah , dihadapan perhimpunan itu.Sebelum itu, Pengerusi GMI telah memberi ucapan yang sungguh luarbiasa berapinya....seram saya melihatnya.
Bukan tak biasa berucap, tapi tempat tempat yang ini, jauh bezanya dengan tempat yang pernah saya hadiri sebelum ini.Saya pernah berucap di dewan hotel, di padang sekolah dan didewan orang-ramai, tetapi tempat dan siasana ucapan disini berbeza dengan sebelumnya.Jika nak dibandingkan berucap untuk protest dengan berucap tujuan perkongsian, amat jauh bezanya...Lebih tertekan dengan kehadiran pemimpin politik yang agak ramai jumlahnya disitu...
Rasanya saya dah keluarkan volume suara semaksima yang boleh, tapi ramai yang kata, suara saya masih "lembut" untuk ceramah protest.
Banyak perkara yang nak disampaikan, tapi, sedang berceramah, tiba-tiba saya nampak kelibat SB yang sering saya lihat dimana saya berada, saya rasa marah sangat hingga menggigil tangan saya dan hilang konsentrasi untuk idea seterusnya...
Pengajaran yang saya perolehi , rupanya, bila saya sudah berdiri di tempat pidato tu, secara automatik, rasa takut dan segan, hilang dari minda dan diganti dengan rasa berani......walaupun dikiri dan kanan saya dikelilingi oleh sebahagian barisan pemimpin tertinggi Pemudan dan Angkatan Muda Keadilan..
Dalam ucapan itu, saya meminta pada semua, agar berusaha menghantar kad Raya pada semua tahanan yang masih ditahan di Kem sekarang...
Anda yang telah membaca Rayuan ini, harap sudi-sudikanlah membeli kad Raya , coretkan sesuatu dan poskan pada mereka di alamat dibawah:
Tempat Tahanan Perlindungan,
Kamunting,
34009 Taiping ,
Perak.
Semoga amal yang mudah ini akan menambah pahala di 10 akhir Ramadhan ini.....
Cg Laila.
_________________
Catatan suami kak Laila, Mat Sah Bin Mohd Satray
"..puasa telah masuk minggu ke 2. Abang sahur dan berbuka puasa sendirian di sel yang di kunci dari luar seawal jam 7.00 petang.Makanan untuk berbuka dihantar pada jam 5.30 petang dan makanan untuk sahur dihulurkan pada jam 4.00 pagi.
Walaupun telah merayu untuk solat terawih berjamaah bersama tahanan yang lain, nampaknya tiada jawapan terhadap rayuan itu.Tiada keistimewaan di bulan Ramadhan di Kemta.Segala-galanya terpaksa dilakukan bersendirian seolah-olah hanya abang seorang yang sedang ditahan di kem ini .Terpaksa memujuk hati sendiri dengan memikirkan bagaimana agaknya keadaan ikhwan Muslimin yang dipenjarakan di negara lain ? Mungkin keadaan mereka lebih teruk lagi .."
Mat Sah Bin Mohd Satray
Ditahan dibawah ISA sejak April 2002 hingga kini.
No comments:
Post a Comment