Kenyataan Media
(9 Ogos 2006)
TAJUK :
RAHSIA DI SEBALIK SEKATAN TERHADAP LAMAN WEB/BLOG
Apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang, pelbagai pandangan menyusul terhadap keputusan itu. Lebih-lebih lagi ia agak bertentangan dengan kenyataan beliau yang sebelum ini memberikan ruang yang agak luas terhadap kebebasan media.

Difahamkan, kini terdapat kira-kira 12,000 laman web/blog yang diwujudkan oleh rakyat di negara ini yang membincangkan pelbagai isu termasuklah hal yang berkatan dengan isu semasa, politik, agama, masyarakat, hiburan dan pelbagai lagi perkara.
Bagi mereka yang menggunakan internet sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan, blogging adalah sangat berguna dan bermanfaat.
Pelajar sebagai contohnya, mampu bertukar-tukar maklumat, nota pelajaran dan bertukar-tukar fikiran serta pendapat dengan rakan internet mereka dengan mudah dan berkesan.
Begitu juga dengan pengguna blog yang lain yang sudah tentunya bergantung kepada keberkesanan penggunaan blog dan laman web untuk kepentingan masing-masing.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) bimbang hanya kerana kemungkinan segelintir anasir negatif yang berlaku menyalahgunakan laman web dan blog ini maka keseluruhan pengguna blogging mendapat nama buruk walhal manfaat penggunaannya jauh lebih tinggi daripada kesan kemudaratan.
Malah, lebih membimbangkan lagi tindakan menyekat blog dan laman web ini hanyalah untuk menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat khususnya yang melibatkan kepincangan yang dibuat oleh pimimpin UMNO/BN seperti mana wujudnya beberapa laman web/blog yang diwujudkan oleh penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir membuktikan betapa besarnya kesan laman web/blog kepada rakyat.
Kerajaan harus mengakui bahawa rakyat Malaysia terutama generasi muda kini semakin cerdik, semakin lebih bersikap terbuka, berani meluahkan pandangan dan cadangan terhadap pelbagai perkara. Sekatan khususnya kepentingan politik pemerintah sebenarnya akan meruntuhkan kebebasan dan keterbukaan rakyat.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment