09 January 2007

KESIAN TUN DR MAHATHIR...

Posted by Picasa Petikan daripada harakahdaily...
Dr Mahathir berkata, pilihanraya kecil itu akan mencerminkan ‘mood’ rakyat terhadap kerajaan serta mengingatkan, BN mungkin cuba menggunakan politik wang untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut.
Katanya, beliau telah mengalami sendiri pengalaman tersebut apabila ada pihak yang menggunakan wang untuk menewaskannya.
Oleh itu, katanya, rakyat mesti menolak dan melaporkannya jika berlaku politik wang dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Dr Mahathir merujuk kepada pertandingan jawatan perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu pada 9 September lalu di mana beliau gagal dipilih mewakili bahagian itu ke perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa berlaku politik wang yang mengakibatkan beliau tewas dalam pertandingan tersebut. Lembaga Disiplin Umno masih lagi belum mengumumkan hasil penyiasatannya mengenai perkara itu.
_____________________
Faizi : Kesian TDM ni, agaknya TDM anggap rakyat di Malaysia ni buta sejarah kot. Ramalan TDM bahawa BN mungkin akan kalah di Batu Talam memang sangat-sangat dialu-alukan tetapi apabila berbicara bahawa kemungkinan BN akan menggunakan politik wang atau rasuah di dalam pilihanraya kecil itu nanti adalah satu perkara yang paling memalukan kerana sejak bila pula BN tidak amalkan rasuah @ politik wang dalam pilihanraya? Janganlah buat kenyataan macam ni Tun...

No comments: