11 January 2007

PAS & KEADILAN BOIKOT PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM

Posted by Picasa Pas, KeADILan boikot pilihan raya kecil Batu Talam

Harakahdaily, RAUB, 11 Jan (Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang dijadualkan berlangsung 28 Jan ini.
Pengumuman pemboikotan itu dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu majlis ceramah di Markas PAS Sega di sini malam tadi.

Menurut Nasharudin kepincangan yang berlaku termasuk daftar pemilih yang tidak tepat dan diragui, penyalahgunaan undi pos yang menjadikan pilihan raya tidak telus dan prejudis membuatkan Barisan Alternatif mengambil keputusan untuk memulaukan pilihan raya kecil tersebut.
Majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang penyokong PAS dan KeADILan itu turut disertai Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu.

No comments: