19 January 2007

TERIMA KASIH KERAJAAN KELANTAN

Dalam suasana kerajaan Kelantan ditohmah sebagai kerajaan miskin dan tidak pandai membuat pembangunan, kerajaan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz telah menyumbangkan sebanyak RM 1 juta kepada rakyat Johor yang ditimpa musibah.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia, Tuan Haji Hussien Ismail malam semalam.

Yayasan Amal Malaysia adalah sebuah NGO yang aktif dalam aktiviti kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Semoga rakyat Johor akan dilimpahi rahmatNya hasil daripada sumbangan kerajaan PAS Kelantan ini.
 Posted by Picasa

No comments: