24 July 2008

KENYATAAN MEDIA : PEMUDA PAS JOHOR MENYOKONG KEPUTUSAN AGAR MUZAKARAH PAS-UMNO DIHENTIKAN

KENYATAAN MEDIA

(24 Julai 2008, 21 Rejab 1429)

No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(06/08)

TAJUK :

PEMUDA PAS JOHOR MENYOKONG KEPUTUSAN AGAR MUZAKARAH PAS-UMNO DIHENTIKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai 2008 pukul 9.30 malam untuk membincangkan satu perkara iaitu muzakarah di antara PAS dan UMNO. Mesyuarat Khas ini diadakan sehari selepas Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat yang sama.


DPPNJ telah mengambil beberapa keputusan seperti berikut :


1. Menyokong penuh keputusan pimpinan tertinggi PAS yang sebulat suara menolak muzakarah antara UMNO-PAS dan menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.

2. Menyokong keputusan DPPP yang mahukan PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan UMNO.


DPPNJ juga telah mengarahkan agar Dewan Pemuda PAS Kawasan mengambil tindakan segera untuk memberikan taklimat kepada seluruh pemuda PAS di peringkat kawasan terhadap isu ini agar pemuda PAS tidak terkeliru dengan isu muzakarah ini. Disamping itu, mesyuarat khas DPPNJ ini juga bersetuju supaya,


1. PAS Pusat mengadakan Taklimat Khas Presiden kepada seluruh pimpinan PAS daripada peringkat pusat sehinggalah sekurang-kurangnya kepada jawatankuasa Harian PAS di peringkat kawasan-kawasan dan mengadakan ’roadshow’ ke negeri-negeri bagi menjelaskan isu yang berkaitan dengan muzarakah dan Pakatan Rakyat. Taklimat Khas Presiden ini perlu diadakan dengan kadar segera sebelum menjelang Muktamar PAS Pusat pada 13-17 Ogos 2008 yang akan datang.

2. Pimpinan PAS perlu lebih telus dan berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum agar ianya tidak ada percanggahan di antara satu sama lain.

3. Pimpinan PAS Pusat perlu kerap mengadakan aktiviti dan pertemuan yang mampu mempertautkan hati di kalangan pimpinan tertinggi supaya apa jua masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.


DPPNJ sangat berharap agar kemelut isu muzakarah ini akan berakhir dengan segera supaya PAS dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang lebih besar manfaatnya kepada perjuangan.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

019-7701830

http://dppnjohor.blogspot.com/

1 comment:

ketam said...

Kepada umat islam malaysia cuba fikirkan...

Satu perkara nak bangkitkan di sini berkenaan FORUM MAJLIS PEGUAM tu.. UMNO dah bising terbaru PAS bantah pulaforum anjuran Majlis Peguam Malaysia itu yg dinyatakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi saya tertanya-tanya mana kenyataan daripada Pemimpin ISLAM yg bernaung dibawah PARTI KEADILAN RAKYAT yg kononnya memperjuangkan ISLAM?????

Cuba anda semua sebar-sebarkan perkara ini mana tahu boleh dapat jawapannya..

ini menyentuh hak kita umat islam yg telah diperuntukan oleh PERLEMBAGAAN yg kononnya di junjung oleh MAJLIS PEGUAM.. tp nampaknya PEGUAM-PEGUAM ISLAM kita yg ada di MALAYSIA ini pun hati tikus langsung tak berani..