05 February 2009

Boikot Media Pro BN & UMNO

Breaking News- KUALA LUMPUR, 4 Feb : -Rakyat khususnya di negeri Perak diingatkan agar jangan terpedaya dan tertipu dengan dakyah-dakyah dan maklumat yang sengaja diputar-belitkan oleh media ketika ini dalam isu yang melanda negeri tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa menghubungi Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan bahawa, rakyat khususnya penyokong PAS dan pendokong Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh media milik Barisan Nasional (BN).

"Kita minta ahli-ahli PAS dan pendokong Pakatan Rakyat bertenang. Kerajaan masih sah seperti yang dimaklumkan MB Perak.

"Jangan dengar khabar-khabar angin dan propaganda media yang digambarkan seolah-olah Perak kini tidak menentu dan huru-hara,"jelasnya yang menerima puluhan SMS dan panggilan yang mengkhabarkannya mengenai ketidaktentuan di Perak.

Menurutnya, maklumat yang tepat wajar diperolehi daripada pimpinan tertinggi PAS di kawasan-kawasan masing-masing dan juga lidah rasmi PAS.

"Mandat yang ada diberikan oleh rakyat pada Pakatan Rakyat dan apa-apa pun mesti diputuskan di Dewan Undangan Negeri,"katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menerangkan bahawa Presiden PAS,Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan pulang esok daripada Gaza dan akan menghadiri mesyuarat lajnah politik tertinggi PAS yang akan diadakan esok.

"Presiden akan keluarkan kenyataan rasmi selepas itu,"katanya. harakahdaily.

1 comment:

sarjanatua said...

Aku sokong. Dah lama tak beli paper pro UMNO. Namun tetap baca maklumat mereka dari internet, kerana perlu maklumat yang seimbang dan adil. Walau apapun kebenaran tetap pada yang benar.

http//:www.sarjanatua.blogspot.com