15 February 2007

PIMPINAN PAS JOHOR TURUT HADIR

Di antara tetamu yng turut hadir memeriahkan malam meraikan petugas AMAL Johor

SEKALUNG PENGHARGAAN


YB Ketua DPP Pusat sedang menyampaikan ucapan terima kasih kepada petugas AMAL yang teah hadir ke Johor pada 1 ~ 4 Februari 2007 yang lalu.

JAWATANKUASA BANJIR PEMUDA PAS JOHOR



Inilah barisan jawatankuasa Banjir Dewan Pemuda PAS Johor yang telah bertugas menguruskan gerakerja ops banjir untuk Pemuda PAS Johor.

Gambar dirakam selepas jamuan meraikan petugas banjir dan AMAL Johor di Wisma Hidayah pada 11 Februari 2007 yang lalu

MUSLIM CARE MALAYSIA TURUT MENYUMBANG


Pelbagai bentuk sumbangan telah diterima daripada wakil Muslim Care Malaysia, Ust Nor Azli Musa petang semalam (14 Februari 2007). Di antaranya adalah beras, pakaian baru dan terpakai, tuala dan kain pelikat.

PAS Johor mengucapkan jutaan terima kasih.

07 February 2007

BUKAN MUDAH MEMBUANG LUMPUR


Akhirnya, lumpur yang menutupi kawasan rumah ini dapat dibuang walaupun mengambil masa yang agak lama dengan tenaga kerja yang ramai.

Sdr Suhaizan (pemuda berbaju biru) turut bersama menyumbangkan tenaga.

MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS GELANG PATAH


Saya menerima banyak gambar-gambar yang dihantar oleh sdr Syukor sepanjang aktiviti di Kawasan Tebrau pada 3-4 Februari 2007 yang lalu. Saya akan cuba paparkan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

Lihatlah, betapa tingginya lumpur yang perlu dibuang daripada halaman dan ruangan dalam rumah yang ditenggelami oleh banjir. Pintu rumah pun tidak dapat dibuka pada peringkat awalnya.

MANGSA BANJIR DITINDAS


Petang semalam ke Kampung Sungai Gatom, Labis. Ada beberapa aduan daripada mangsa banjir yang ditindas daripada mendapat bantuan.

Kak Arbainah Sidek, seorang balu yang baru kematian suami pada 7 Disember 2006 yang lalu menceritakan penindasan yang dihadapi olehnya.

Ikuti laporan penuh daripada harakah.

MALAYSIA NEGARA POLIS


Kesian Dr Hatta, dulu PM suruh bagi bukti, dah bagi bukti OSA la pulak!

Kiriman Penarik Beca
sangkutu@gmail.com

SUMBANGAN


Sumbangan daripada Pemuda PAS PJU kepada DUN Senggarang.

WAK SUGIL UCAP TERIMA KASIH


Wak Sugil, penyokong kuat UMNO di Kampung Parit Maamor di Senggarang yang mengucapkan terima kasih kepada 'askar merah' yang sudi datang untuk membersihkan rumahnya.

MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS PETALING JAYA UTARA


Sekali lagi Pemuda PAS Petaling Jaya Utara (PJU) turun ke Johor untuk membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir di Johor. Misi kali ini di sekitar DUN Senggarang pada 3 - 4 Februari 2007 yang lalu.

06 February 2007

KELANTAN TERUS MEMARTABATKAN ISLAM


Setelah kerajaan Kelantan memperkenalkan pelbagai pendekatan Islam dalam pentadbirannya termasuklah membawa juara 200 meter sukan Asia Doha dengan kerjasama Nisa' Malaysia, terbaru, kerajaan Kelantan akan memperkenalkan Burqini kepada wanita Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood berkata, pihaknya kini sedang menunggu hasil rekaan daripada para pereka fesyen tempatan sebelum dipilih untuk dipaten dan dikeluarkan secara komersial.

05 February 2007

ISU ZULHAIDI OMAR - APA SIKAP KITA?


Zulhaidi Omar (kanan) dikatakan telah tertukar semasa dilahirkan di Hospital Batu Pahat kira-kira 29 tahun yang lalu.

Sebelum ini beliau tinggal bersama keluarga Melayu/Islam dan kini setelah mengetahui bahawa keluarga asalnya adalah Cina/Budha, beliau ingin kembali ke pangkuan keluarga dan agama keluarganya.

Apakah sikap kita?

NISA', RUQAYA & BURQINI


Pagi tadi saya telah terbaca dalam UM berita tentang 'Burqini' iaitu pakaian renang yang menutup aurat ya ngkini membolehkan wanita Islam berenang dan bersantai di pantai dengan selesa.

Agensi Berita Nasional Australia (AAP) dalam laporannya hari ini menyebut burqini yang sudah dijual kepada lebih 9,000 wanita di Sydney, disokong oleh Majlis Islam Australia dan Mufti Australia.

Ketika memperagakan burqini pada “Surf Life Saving Australia” (SLSA) semalam, Laa Laa, 20, dari Mekah berkata, pakaian daripada kain polyester itu yang menutup aurat dari kepala hingga kaki, memberikan kebebasan kepada wanita Islam untuk berenang di pantai dan pada masa yang sama mematuhi tuntutan agama.

Saya telah menghantar SMS kepada Kak Mastura agar Nisa' menjadi peneraju kepada pakaian ini kepada wanita Islam di Malaysia. Alhamdulillah...nampaknya cadangan tersebut akan dipanjangkan.

Kejayaan Nisa' membawa juara 200 meter Sukan Asia Doha ke Kelantan pada 17-18 Februari 2007 sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat sukan olahraga yang ingin melihat sendiri bagaimana penampilan seorang juara wanita ISLAM yang menutup aurat ketika sedang bertanding.

Mudah-mudahan Nisa' akan terus gemilang dalam usaha NISA' untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Kepada wanita yang masih berusia 15 - 40 tahun, ambillah peluang ini untuk menyertai Nisa'.

Layari http://www.webnisa.net/

MALAYSIA NEGARA POLIS


YB Salahudin Ayub juga telah ditahan semalam dalam demonstrasi Anti Tol.

MALAYSIA NEGARA POLIS


Sahabat saya, CheguBard ditangkap semalam kerana terlibat dalam demonstrasi anti tol. Terus berjuang Bard...

DEMO ANTI TOL DI IOI MALL PUCHONG


Kak Nashita dan anak-anak dihalang oleh FRU untuk pergi menunaikan solat Asar manakala ramai lagi yang ditangkap dan dipukul semasa demonstrasi anti tol semalam.

MERAIKAN PETUGAS UNIT AMAL


Sebelum berlepas pulang, kami meraikan petugas AMAL daripada negeri Perak, kawasan Labis, Batu Pahat dan Sri Gading di perkarangan markaz PAS Kawasan Sri Gading, Kampung Baru petang semalam.

Selepas jamuan, ucapan terima kasih daripada DPPNJ kepada petugas telah disampaikan.

Petugas Unit AMAL Perak telah bergerak pulang selepas selesai solat maghrib.

TERIMA KASIH DAUN KELADI


Program meraikan petugas daripada UNit AMAL Pakang, Selangor dan Kedah pada 3 Februari 2007 di hadapan bangunan BPPNJ.

Turut hadir dalam program ini adalah YB Salahuddin Ayub, YB Dr MOhd Ramli, Haji Aminulhuda Hassan, Sdr Mazlan Aliman, Ust Musaddak (Ketua Pemuda Kedah)

03 February 2007

BARU MENYERTAI PAS, TERUS MENABUR BAKTI


Bergambar bersama petugas Unit AMAL Labis yang sebahagian besarnya adalah bekas Pemuda UMNO daripada Kampung Tenang dan Kampung Lembah Bakti. Ada diantara mereka baru sahaja menyertai PAS selepas banjir melanda kampung mereka tetapi terus memberikan khdimat bakti kepada masyarakat.

Sebanyak 32 borang penyertaan telah diserahkan kepada Setiausaha BPPNJ sebentar tadi.

Semoga mereka akan terus istiqamah bersama PAS untuk memperjuangkan Islam. Takbir!!!

PESERTA PLKN MENARI KETIKA AZAN ZUHOR BERKUMANDANG


Sekumpulan peserta PLKN sedang menari mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh DJ berhampiran dengan kampung di Sri Pandan. Paling menyedihkan, ketika itu azan zuhor sedang berkumandang. Inilah sebenarnya generasi muda yang sedang dibina oleh UMNO/BN.

Ketika gambar ini dirakamkan, seorang pelatih memerhatikan kami dari jauh. Mungkin menyedari kehadiran kami menyaksikan peristiwa yang menyedihkan ini.

PAS KAWASAN INDRA MAHKOTA


PAS Kawasan Indra Mahkota Pahang membantu membersihkan sebuah sekolah di Kampung Sri Mendapat Yong Peng pagi.

BADAN KEBAJIKAN TURUT MEMBANTU PAS


Bersama kumpulan badan kebajikan daripada Shah Alam yang terlibat dengan misi kemanusiaan PAS Johor di Parit Sulong.

ROMBONGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN


Bersama Sdr Taufek (Timbalan Ketua DPPN Sembilan) yang mengetuai rombongan pemuda & UNit AMAL Negeri Sembilan yang tiba awal pagi tadi. Turut kelihatan Tuan Haji Hussien, Yang Di Pertua PAS Kawasan Air Hitam (tiga dari kanan).

02 February 2007

MAKLUMAT DICATAT SUPAYA TIADA YANG TERCICIR

Maklumat dicatat daripada setiap rumah yang dilawati untuk memudahkan tugas pemantauan dan tindakan susulan daripada pejabat DUN Senggarang.

BANJIR BELUM SURUT

YDP PAS BATU PAHAT TURUN PADANG


Ust Hasanuddin Yunos (YDP PAS Batu Pahat) turut bersama dalam misi kemanusiaan di DUN Senggarang pada 1 Februari 2007.

YB DR RAMLI TERUS MENABUR KHIDMAT


YB Dr Mohd Ramli turun padang bertemu rakyat setiap hari di DUN Senggarang. Adakalanya terpaksa menaiki motosikal untuk meredah air. Apa yang pentingnya, rakyat perlu didekati dengan apa cara jua pun.

MISI KEMANUSIAAN DUN SENGGARANG


Bergambar bersama peguam muslim daripada Kuala Lumpur yang hadir memberi bantuan di DUN Senggarang pada 1 Februari 2007.

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM MEMULAKAN MISI KEMANUSIAAN DUN SENGGARANG