31 October 2006

AKHIRNYA SAUDARA EZAM PERGI JUA

Posted by Picasa AKHIRNYA SAUDARA EZAM PERGI JUA

Pada 29 Oktober 2006, lebih kurang pukul 11.45 pagi, seorang teman memaklumkan kepada saya bahawa Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia Sdr Mohamed Ezam Bin Mohd Nor akan mengadakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan perletakkan jawatan beliau sebagai Ketua AMK Malaysia dan akan mengumumkan kabinet baru. Perletakkan jawatan beliau bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini telah pun diumumkan dalam Kongres AMK dan disiarkan di dada akhbar tetapi ia tetap menjadi perkara yang agak sukar untuk diterima.

Kali terakhir saya berkesempatan untuk bersua muka dan berbicara dengan beliau ketika himpunan aman menentang kezaliman ISA di dataran Masjid Negara pada 15 Oktober 2006 yang lalu. Sebelum bersurai, saya sempat ‘memujuk’ sdr Ezam agar tidak melepaskan jawatannya ketika ini dan seboleh-bolehnya biarlah sehingga selesai pilihanraya Umum yang ke 12 nanti.

Sdr Ezam memberitahu saya alasan beliau melepaskan jawatan ini dan meyakinkan saya bahawa pengganti beliau dan barisan AMK yang sedia ada mampu untuk meneruskan agenda yang telah diperjuangkan sejak sekian lama. Ketika itu saya dapat merasakan bahawa saat dan ketika untuk sdr Ezam ‘pergi’ semakin hampir.

Mungkin saya tidak mengenali sdr Ezam secara mendalam, saya lebih melihat beliau dari jauh dan mendengar cerita-cerita daripada teman-teman AMK namun saya tetap menganggap beliau adalah salah seorang pejuang yang gigih dalam menggerakkan agenda perjuangan khususnya sejak berlakunya reformasi di Malaysia.

Kali pertama saya dapat bertemu dan berbicara dengan sdr Ezam adalah ketika program Konvensyen Pemuda BA Johor kali pertama yang telah diadakan pada 2 April 2006. Memang sudah lama saya ‘kepingin’ untuk berbual dengan beliau tetapi belum pernah sebelum ini saya dapat bertemu dengan beliau. Maklumlah, saya pemimpin kerdil dan berada di dalam parti yang berbeza. Mujurlah teman rapat saya telah ‘memperkenalkan’ saya dengan sdr Ezam.

Saya tidak boleh lupa apabila beliau ada bertanya kepada saya, mengapa sebelum ini beliau tidak pernah menemui saya. Pertanyaan tersebut bukanlah satu kejutan kerana sememangnya sebelum ini saya lebih berminat untuk berkerja di sebalik tabir dan menguruskan parti di peringkat pentadbiran. Kalau ada program luaran pun, saya lebih serasi untuk mengendalikan program-program PASTI. Saya bukanlah ‘figure’ yang menonjol dalam lapangan politik. Maka tidak peliklah kalau saya tidak dikenali.

Selepas itu saya sempat bertemu dengan beliau dan saya boleh simpulkan bahawa beliau mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang bertemu dengan beliau.

Pemerhatian saya dari jauh, daripada pelbagai sumber, saya mengkagumi semangat juang beliau di dalam perjuangan ini khususnya apabila ia melibatkan soal rasuah. Semasa menyampaikan ucapan penutup di dalam konvensyen Pemuda BA Johor, beliau menyatakan bahawa rasuah yang berlegar di dalam negara kita semakin membarah. Kerana itu, beliau menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) untuk memberikan tumpuan terhadap memulihkan dan membersihkan Negara daripadanya.

Kegigihan beliau memperjuangkan agenda reformasi menyaksikan beliau telah ditahan dibawah ISA dan OSA, beberapa kali dilokap dan pelbagai cabaran serta ujian seperti juga yang dilalui oleh pejuang yang lain.

Pelbagai cerita indah dan duka telah beliau lalui dalam perjuangan ini khususnya dalam mengemudi gerakan reformasi dan AMK, semuanya kini telah pun menjadi catatan sejarah dan yang pastinya beliau meninggalkan jawatan sebagai ketua AMK Malaysia dengan secara terhormat walaupun sebelum ini beliau pernah dikaitkan untuk menyertai semula UMNO.

Mudah-mudahan apa yang telah dilakukan selama ini akan mendapat ganjaran daripadaNya. Saya yakin bahawa beliau akan terus komited dalam agenda perjuangan ini walapun bukan lagi sebagai ketua AMK Malaysia.

Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat ‘bertugas’ Sdr Shamsul Iskandar Md Akin yang telah diberi mandat baru sebagai pemangku Ketua AMK Malaysia. Semoga beliau dapat terus memacu perjuangan dan bergerak bersama Dewan Pemuda PAS di semua peringkat untuk menegakkan keadilan.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
31 Oktober 2006, 9.35 pagi.
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

SIASATAN TERHADAP SALAH GUNAKUASA AHLI MAJLIS PERLU DIBUAT SECARA MENYELURUH

Kenyataan Media
(31 Oktober 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mendesak agar siasatan secara menyeluruh penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di kalangan anggota Majlis perbandaran dan majlis daerah dilakukan bukan sahaja yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) tetapi mesti dilakukan siasatan secara menyeluruh terhadap majlis perbandaran dan majlis daerah di seluruh Negara.

Pendedahan Yang Dipertua MPK Abdul Bakir Md Zin semalam (Bernama, 30 Oktober 2006) bahawa terdapat dua lagi anggota MPK selain daripada Datuk Zakaria Md Deros dikesan gagal mengemukakan pelan bangunan rumah masing-masing walaupun pembinaannya telah bermula iaitu Mazlynoor Abdul Latif dan Faizal Abdullah. Kedua-duanya dikatakan gagal mengemukakan pelan bangunan rumah kepada MPK dan arahan menghentikan pembinaan rumah tersebut di kampung Raja Uda dihentikan serta-merta.

Yang Dipertua MPK Abdul Bakir Md Zin dalam kenyataan ini juga menyebut bahawa berkata beliau tidak menyedari kedua-dua Anggota Majlis itu tidak menghantar pelan pembinaan sebelum ini sehingga dimaklumkan baru-baru ekoran pendedahan bahawa ADUN Klang YB Datuk Zakaria Md Deros membina rumah ala-istana tanpa kebenaran MPK.

DPPNJ melihat bahawa pendedahan terbaru ini membuktikan sikap angkuh dan tidak menghormati undang-undang berleluasa di kalangan pemimpin UMNO/BN yang mengambil kesempatan apabila memperolehi kemenangan yang besar dalam pilihanraya Umum yang lalu.

Kejadian ini juga menunjukkan bahawa lemahnya seorang Menteri Besar UMNO/BN yang tidak berupaya menangani masalah dikalangan wakil rakyatnya menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini.

DPPNJ yakin dan percaya bahawa sekiranya siasatan dilakukan oleh BPR terhadap semua majlis bandaran dan majlis daerah diseluruh Negara, pelbagai ‘rahsia’ akan terdedah untuk membuktikan rakusnya pemimpin UMNO/BN.

Siasatan juga perlu dilakukan terhadap Yang Dipertua Majlis perbandaran/daerah yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sesuatu permohonan di bawah pentadbirannya.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

TETAMU IDILFITRI

 Posted by Picasa

TETAMU IDILFITRI

 Posted by Picasa

IDILFITRI BERSAMA TEMAN-TEMAN STAR 86-90 (JOHOR)

 Posted by Picasa

23 October 2006

BEBASKAN SEGERA SEMUA TAHANAN ISA

KENYATAAN MEDIA
(23 Oktober 2006)

Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) melahirkan rasa syukur di atas pembebasan beberapa tahanan ISA yang sebelum ini dituduh terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI). Sememangnya mereka tidak sepatutnya ditahan pada peringkat awal lagi

Bermula dengan pembebasan tahanan KMM pada 18 Oktober 2006 yang telah menghuni secara paksa kem tahanan selama 5 tahun yang melibatkan pembebasan Ut Nik Adli Nik Abd Aziz ialah Mohd Rafi Udin, Zid Shaharani Mohd Isa, Ahmad Pozi Darman, Zainon Ismail dan Md Lotfi Ariffin. Mereka telah ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001.

Begitu juga dengan pembebasan lima tahanan ISA lain yang didakwa terbabit dengan Jemaah Islamiyah (JI) turut dibebaskan pada hari yang sama iaitu Abdul Samad Shukri Ismail, Mazlan Ishak, Syed Ali Syed Abdullah dan Abdul Manaf Kasmuri, semuanya dari Selangor manakala seorang lagi iaitu Alias Sani, berasal dari Sandakan, Sabah.

Sementara itu pada 19 Oktober 2006 pula enam lagi tahanan ISA dibebaskan, menjadikan kesemua tahanan ISA yang dibebaskan setakat ini berjumlah 17 orang.

Keenam-enam mereka ialah Sharil Hat dari Larut Matang, Perak, Mohd. Nasri Ismail (Shah Alam), Jafar Saldin (Johor Bahru), Yusrin Haiti (Kuala Langat, Selangor), Mohd. Amin Musa (Muar) dan Alias Othman (Hilir Perak) dan mereka adalah yang didakwa mengganggotai kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Pembebasan ini adalah hadiah yang paling berharga kepada isteri, anak-anak dan keluarga tahanan yang telah merana menanti kepulangan mereka. Ini membuktikan komitmen dan keyakinan seluruh pejuangan dan aktivis yang tidak henti-henti menentang kezaliman ISA telah mendatangkan hasil kerana tekanan seperti ini cukup membimbangkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi tahanan yang belum dibebaskan. Mengikut maklumat yang disimpan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdapat seramai 40 orang tahanan ISA yang masih ‘disimpan’ di Kem Tahanan (Kemta) Kemunting. Justeru Pemuda BA Johor menyanggah kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Mohd Johari Baharom bahawa kesemua tahanan ISA yang dikaitan dengan KMM dan JI telah dibebaskan kesemuanya. Kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini perlu diperbetulkan dengan membebaskan kesemua tahanan yang masih ada.

Pemuda BA Johor juga menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Bin Nik Mat di atas skap untuk tidak berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskan anaknya. Bagaimana tidak, sehingga ke hari ini masih tidak dapat dibuktikan oleh kerajaan terhadap Nik Adli dan tahanan yang lain bahawa mereka terlibat dengan kumpulan yang kononnya digelar KMM dan JI. Pemuda BA Johor mendesak agar kerajaan memohon maaf secara terbuka terhadap penahanan ini dan mencadangkan agar kesemua tahanan membawa kes penahanan ini ke mahkamah.

Pemuda BA Johor juga akan terus komited untuk menjaga kebajikan keluarga tahanan ISA yang ada di negeri Johor. Pada 15 Oktober 2006 yang lalu, satu program khas bersama keluarga tahanan ISA telah diadakan untuk memberikan sumbangan sempena Idilfitri ini. Pemuda BA Johor juga mengharapkan agar seluruh keluarga tahanan ISA di negeri Johor turut sama dalam gerakan Pemuda BA Johor untuk membebaskan suami mereka.

Setelah berlakunya pembebasan 17 tahanan ISA di seluruh Negara dan 3 daripadanya adalah di Johor, sehingga kini masih lagi terdapat 10 orang tahanan ISA daripada negeri Johor yang masih belum dibebaskan lagi. Pemuda BA Johor mendesak agar kesemua tahanan ini dibebaskan segera.
Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor

Nurin Aina Binti Abdullah
Timbalan Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor
Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor

KEBAKARAN DI AIR HITAM
















Bergambar bersama pimpinan PAS Kawasan Air Hitam, tuan rumah dan sdr Ridza (paling kanan)
 Posted by Picasa

RUMAH TERBAKAR KETIKA SYAWAL SEMAKIN MENJELMA















Menziarahi rumah setiausaha GHAPOR yang telah hangus terbakar pada 22 Oktober 2006. Kebakaran disyaki bermula pada pukul 2 pagi ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Saya hadir bersama Sdr Taufik (Exco DPPNJ) Pimpinan PAS Kawasan Air Hitam dan AJK GHAPOR Sdr Ridza
 Posted by Picasa

SUMBANGAN IDIL FITRI
















Sumbangan idilfitri kepada salah seorang guru PASTI Johor yang ditimpa musibah. Sumbangan diserahkan pada 20 Oktober 2006 yang lalu. Posted by Picasa

PERUTUSAN IDIL FITRI KETUA PEMUDA PAS JOHOR

Perutusan
(23 Oktober 2006)

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan bagi mereka yang telah berjaya mengharungi Ramadhan dengan jayanya serta dipenuhi dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Kejayaan mengharungi sebulan Ramadhan dengan amal ibadat mestilah diteruskan dan bukannya terhenti dalam bulan Ramadhan sahaja.

Saya menyeru kepada diri saya dan teman-teman seperjuangan, dalam kegembiraan kita menyambut Idilfitri ini, kita juga perlu sentiasa menyedari bahawa masih ramai lagi yang menyambut hari yang mulia ini dengan linangan airmata dan kesedihan.

Saudara-saudara kita di Afghanistan, Iraq, Palestin, Lubnan dan di seluruh dunia yang mengalami peristiwa peperangan sudah semestinya tidak dapat untuk merasai nikmat hari raya seperti kita.

Begitu juga dengan keluarga tahanan ISA yang masih lagi menunggu kepulangan suami dan ayah mereka yang masih belum kunjung tiba. Anak-anak masih menunggu dipintu rumah setiap saat mengharapkan ‘keajaiban’ dihari terakhir dalam bulan Ramadhan ini walaupun harapan tersebut semakin menipis dan semakin pudar.

Saya juga mengharapkan agar teman-teman pemuda PAS diseluruh negeri Johor agar tidak leka dengan berhari raya kerana masih banyak lagi amanah dan tugas yang perlu kita lakukan. Pilihanraya Umum boleh berlaku pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi apabila kita terlalu terleka.

Usaha untuk Menjana Kebangkitan Rakyat yang kita telah sama-sama ikrarkan di dalam Muktamar DPPNJ yang lalu mestilah dijelmakan dengan usaha yang semaksima yang mungkin.

Akhir kata, DPPNJ memohon maaf di atas apa jua keterlanjuran kata dan perbuatan. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita kekuatan untuk mengharungi perjuangan ini.


Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

19 October 2006

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA TAHANAN ISA JOHOR
















Datuk Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor) sedang menghulurkan sumbangan kepada salah seorang anak tahanan ISA sambil diperhatikan oleh Dr Zaliha Mustafa (Pengerusi parti Keadilan Rakyat Negri Johor) dan Nurin Aina (Ketua AMKNJ).

Perpaduan BA Negeri Johor dan Pemuda BA Johor semakin erat bukan sahaja dalam kerja politik/pilihanraya tetapi juga dalam kerja2 kebajikan.

Semoga perpaduan ini akan terus berkekalan sehingga kejayaan dicapai dalam pilihanraya akan datang.
 Posted by Picasa

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA JOHOR
















Gambar dirakamkan dipenghujung majlis setelah selesai program.

Kelihatan sebahagian daripada isteri2 dan anak2 tahanan yang telah hadir dalam program ini.


 Posted by Picasa

MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA JOHOR

Posted by Picasa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Majlis ini telah diadakan pada 15 Oktober 2006 di Pejabat Keadilan Johor, Taman Teratai, Skudai.

Diantara pimpinan yang hadir ;

Datuk Dr Mahfodz Mohammad
(Pesuruhjaya PAS Johor)
Dr Zaliha Mustafa
(Pengerusi Keadilan Johor)
Sdri Nurin Aina
(Ketua AMKNJ, Timbalan Pengerusi Pemuda BA Johor),
Sdr Syed Ibrahim bin Syed Noh
(Pengerusi GMI),
Haji Nahar Md Nor
(Setiausaha Agong JIM),
Haji Shaari Sungip
(Ketua Penerangan PAS Gombak, bekas tahanan ISA)

Program ini telah diadakan oleh Pemuda BA Johor.

Seramai 12 keluarga tahanan ISA telah hadir di dalam program ini.

18 October 2006

Catatan Kak Laila Othman & suaminya

Posted by Picasa
Tarikh: Mon, 16 Oct 2006 18:03:54 +0100 (BST)
Daripada: "Norlaila othman"
Subjek: Fwd: [NaqibNet-Operasi] Protest GMI di Masjid Negara: Kad anda, tiupan semangat buat mereka...
Kepada:
Salam,

" Mak tolong.." itulah jeritan hati saya pertama kali diminta berucap di tempat lapang dan terbuka di Masjid Negara, Jumaat lepas 13 Okt.

Sejak bertolak dari rumah lagi, hati berkata-kata, macammana nak bercakap ditempat awam ni? Sesampainya di tempat kami berkumpul, ada ramai pemimpin PAS dan Keadilan disana. Ada Ezam, Ust Idris Ahmad, ada Dr Hatta Ramli, Tian Chua, ada Salahudin Ayub, Ust Badrul Amin dan ramai lagi tokoh-tokoh yang pernah kena ISA.Tokoh yang belum kena ISA pun ramai juga...

"Ya Allah, berilah kekuatan dan keyakinan...." akhirnya saya melangkah dengan penuh yakin ke sudut pidato, iaitu tempat yang begitu strategik untuk berceramah , dihadapan perhimpunan itu.Sebelum itu, Pengerusi GMI telah memberi ucapan yang sungguh luarbiasa berapinya....seram saya melihatnya.

Bukan tak biasa berucap, tapi tempat tempat yang ini, jauh bezanya dengan tempat yang pernah saya hadiri sebelum ini.Saya pernah berucap di dewan hotel, di padang sekolah dan didewan orang-ramai, tetapi tempat dan siasana ucapan disini berbeza dengan sebelumnya.Jika nak dibandingkan berucap untuk protest dengan berucap tujuan perkongsian, amat jauh bezanya...Lebih tertekan dengan kehadiran pemimpin politik yang agak ramai jumlahnya disitu...

Rasanya saya dah keluarkan volume suara semaksima yang boleh, tapi ramai yang kata, suara saya masih "lembut" untuk ceramah protest.

Banyak perkara yang nak disampaikan, tapi, sedang berceramah, tiba-tiba saya nampak kelibat SB yang sering saya lihat dimana saya berada, saya rasa marah sangat hingga menggigil tangan saya dan hilang konsentrasi untuk idea seterusnya...

Pengajaran yang saya perolehi , rupanya, bila saya sudah berdiri di tempat pidato tu, secara automatik, rasa takut dan segan, hilang dari minda dan diganti dengan rasa berani......walaupun dikiri dan kanan saya dikelilingi oleh sebahagian barisan pemimpin tertinggi Pemudan dan Angkatan Muda Keadilan..

Dalam ucapan itu, saya meminta pada semua, agar berusaha menghantar kad Raya pada semua tahanan yang masih ditahan di Kem sekarang...

Anda yang telah membaca Rayuan ini, harap sudi-sudikanlah membeli kad Raya , coretkan sesuatu dan poskan pada mereka di alamat dibawah:

Tempat Tahanan Perlindungan,
Kamunting,
34009 Taiping ,
Perak.


Semoga amal yang mudah ini akan menambah pahala di 10 akhir Ramadhan ini.....

Cg Laila.
_________________
Catatan suami kak Laila, Mat Sah Bin Mohd Satray
"..puasa telah masuk minggu ke 2. Abang sahur dan berbuka puasa sendirian di sel yang di kunci dari luar seawal jam 7.00 petang.Makanan untuk berbuka dihantar pada jam 5.30 petang dan makanan untuk sahur dihulurkan pada jam 4.00 pagi.

Walaupun telah merayu untuk solat terawih berjamaah bersama tahanan yang lain, nampaknya tiada jawapan terhadap rayuan itu.Tiada keistimewaan di bulan Ramadhan di Kemta.Segala-galanya terpaksa dilakukan bersendirian seolah-olah hanya abang seorang yang sedang ditahan di kem ini….Terpaksa memujuk hati sendiri dengan memikirkan bagaimana agaknya keadaan ikhwan Muslimin yang dipenjarakan di negara lain ? Mungkin keadaan mereka lebih teruk lagi….."

Mat Sah Bin Mohd Satray
Ditahan dibawah ISA sejak April 2002 hingga kini.…

13 October 2006

MEMBANTAH KEZALIMAN ISA

Posted by Picasa












Bersama pemimpin tertinggi Pemuda BA Malaysia. Diharapkan Pemuda BA Malaysia dapat melaksanakan aktiviti yang lebih terancang dan tersusun bersama seperti mana yang sedang dijalankan di Johor.
Insya Allah, Sdr Salahudin dan Sdr Ezam akan ke Johor pada 2 Disember akan datang untuk bersama-sama menggegarkan politik Johor di atas pentas Pemuda BA Johor.

HIMPUNAN MEMBANTAH ISA YANG ZALIM

Posted by Picasa












Pengerusi GMI, sdr Syed Ibrahim sedang memberikan ucapan diperhimpunan aman membantah kezaliman ISA.
Turut kelihatan Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Sdr Salahuddin Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, sdr Ezam Mohd Nor, Ust Ramli Sidom, Ketua Pemuda Selangor dan ust Dr Badrul Amin.

BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK TAHANAN ISA

Posted by Picasa
Pertemuan dengan isteri-isteri serta anak-anak tahanan ISA selepas himpunan aman di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2006. Turut kelihatan Kak Nashita, Kak Laila, Pak Abu & Cik Nurin.
Himpunan aman ini diadakan untuk menyatakan pendirian bahawa rakyat menolak ISA dan mahu semua tahanan tanpa bicara dibebaskan segera.

12 October 2006

 Posted by Picasa

Muhammad Aufal Khallah Mohd Saberi, seorang budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas 10 jam koma akibat dirempuh motosikal dari kumpulan ‘mat rempit' yang berlumba di Jalan Sultan berhampiran Masjid Muhammadi, Kota Bahru.

Muhammad Aufal Khallah Mohd Saberi, yang dikatakan terpelanting ketika dilanggar motosikal kira-kira jam 6.45 petang Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) jam 4.30 pagi kelmarin akibat pendarahan otak.

11 October 2006

RAMAH MESRA BA & NGO JOHOR

Posted by Picasa
Program ramah mesra anjuran PAS negeri Johor diadakan pada 10 Oktober 2006 di Hotel Kelana, Skudai telah dihadiri oleh pimpinan PAS Johor, Keadilan, SUARAM, ABIM, JIM dan PUM.
 Posted by Picasa

09 October 2006

PTA PILIHANRAYA DUN SUNGAI BALANG
















Sdr Abu Muaz sedang menceritakan pengalaman manis sepanjang PTA ke 3 DPPNJ di Sungai Balang. Banyak pengalaman yang telah dilalui oleh semua peserta terutamanya PTA kali ini diadakan dalam bulan Ramadhan.

Pelbagai program telah diadakan seperti tazkirah di masjid, sumbangan dodol, sumbangan keperluan harian dan Kem Semarak Ramadhan.

Lebih daripada 100 orang pemuda PAS daripada seluruh negeri Johor telah menyertai PT kali ini.
 Posted by Picasa

KEM SEMARAK RAMADHAN
















Memberikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program dalam majlis penutupan pada 8 Oktober 2006
 Posted by Picasa

KEM SEMARAK RAMADHAN 1427
















Saya bersama ketua Pemuda PAS Muar di Kem Semarak Ramadhan anjuran PASTI Muar pada 6 Oktober 2006.

Seramai 155 peserta sekolah rendah dan menengah telah mengikuti program ini.
 Posted by Picasa

06 October 2006

LAGI MANGSA DERA

Posted by Picasa Entah la, apa nak jadi sekarang ini. Berita hari ini memaparkan bagaimana seorang budak lelaki berusia tiga setengah tahun mati di sebuah klinik swasta di Taman Universiti di sini petang kelmarin, selepas dipercayai didera berdasarkan kecederaannya termasuk melecur di belakang badan.

Katanya pihak polis kata adakesan luka dan lebam di kaki, tangan dan mata mendiang, manakala belakang, ada kesan melecur dan tanda bekas dirotan di kepala.
Walaupun budak ini bukannya orang melayu seperti yang biasa kita dengar sebelum ini tetapi dia tetap juga manusia yang tidak berdosa.

05 October 2006

TERSENTUH BILA MEMBACA KISAH SALLEH TALIB

Posted by Picasa
Bila membaca tentang seorang bekas banduan yang dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup. Salleh Talib, bekas banduan yang mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini yang juga dikenali sebagai Pak Rashid telah merengkuk selama 31 tahun dalam penjara...

Pak Rashid, seperti yang disiarkan di dalam Harian Metro dan Bernama :

i. Beliau berhasrat untuk menggunakan kepakaran selama 23 tahun dalam membuat alat-alat kulit ketika di dalam penjara sebagai usaha mendapatkan rezeki yang halal.

ii. Memberitahu bahawa beliau terjebak dalam kegiatan jenayah akibat desakan hidup dan keinginan untuk merasai kesenangan hidup.

iii. Menasihati generasi muda hari ini menjauhkan diri daripada dadah yang banyak memberikan kemudaratan kepada masyarakat kerana banyak orang yang menjadi jahat disebabkan dadah.

iv. Akan diberi peluang sebagai penceramah di sekolah mengenai jenayah oleh Pengarah Penjara Taiping Narander Singh.

v. Ingin menjadi penceramah untuk menyedarkan kepada masyarakat betapa sukarnya hidup sebagai banduan.

Pak Rashid sepanjang berada di penjara mendalami Islam dengan sebaiknya. Beliau menjadi imam solat waktu dan solat terawih dan tahun ini beliau hanya sempat mengimamkan sebahagian solat terawih sahaja.
Semoga pengalaman Pak Rashid ini akan menjadi iktibar kepada semua.

02 October 2006

PEMUDA BA JOHOR - PROGRAM RAMADHAN

Posted by Picasa
Memberikan sumbangan berbuka puasa di Hospital Batu Pahat

PEMUDA BA JOHOR - PROGRAM RAMADHAN

Posted by Picasa
Taklimat sedang diberikan oleh Pengarah Program, Sdr Abd Hamid Bin Jammah sebelum pengedaran bubur lambuk ke hospital dilakukan

PEMUDA BA JOHOR - PROGRAM RAMADHAN

Posted by Picasa Sebahagian daripada anggota/petugas Pemuda BA Johor sedang menyiapkan sumbangan berbuka puasa di salah sebuah masjid di Batu Pahat.
Turut membantu adalah anggoa Unit Amal Malaysia cawangan Johor

Sociable