31 December 2006
















Ketua Pemuda PAS Labis, sdr Ayub said sedang beramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang yang dilanda banjir besar baru-baru ini.
 Posted by Picasa

JALAN TAR BERALIH POSISI DI KAMPUNG TENANG
















Keadaan seperti gambar ini menjadi perkara biasa di Kampung Tenang Labis selepas daripada banjir besar baru-baru ini. Saya bersama pimpinan PAS kawasan Labis yang diketuai oleh Sdr Nasir selaku Setiausaha PAS Labis (sebelah kanan saya) dan sdr Ayub Said (sebelah kiri saya) telah melakukan lawatan kerja ke Kampung Tenang bersama pemuda & Unit Amal kawasan Labis. untuk meninjau keadaan sebenar yang berlaku.
 Posted by Picasa

SUMBANGAN BEG SEKOLAH















Sumbangan beg sekolah kepada penduduk Kampung Tenang telah dibuat pada petang tadi bersama dengan pimpinan PAS kawasan Labis dan Pemuda PAS Kawasan Labis. Beg sekolah tersebut telah disumbang oleh dermawan daripada Kuala Lumpur yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Kampung Tenang, Labis.
 Posted by Picasa

30 December 2006

KAMPUNG PALEMBANG KLUANG
















Semasa 'turun padang' ke Kampung Palembang petang tadi, kami sempat bertemu dengan imam surau kampung yang juga merupakan salah seorang daripada mangsa banjir.

Kehadiran kami disambut baik dan beliau mengalu-alukan tindakan PAS Kluang mengagihkan beras kepada penduduk.
 Posted by Picasa

SEKAMPIT BERAS SATU KELUARGA
















Program Sekampit Beras Satu Keluarga telah dijalankan petang tadi di Kampung Palembang Kluang. Setiap keluarga telah diberikan sumbangan sekampit beras sempena Idil Adha esok. Penduduk Kampung Palembang adalah di antara penduduk yang telah ditimpa musibah banjir baru-baru ini.
 Posted by Picasa

BERAMAL KERANA ALLAH
















Petugas AMAL daripada negeri Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Johor bergambar dengan Pesuruhjaya PAS Johor setelah selesai menjalankan kerja pembersihan sebuah sekolah di kawasan Pagoh. Walaupun seharian mengerjakan tugas tetapi wajah-wajah pemuda ini tidak menampakkan kepenatan.
 Posted by Picasa

PESURUHJAYA PAS CONTOH




















Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Professor Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad tetap turun padang untuk membersihkan kantin di sebuah sekolah di Pagoh petang semalam walaupun petugas Unit Amal telahpun menjalankan amanah mereka.

Kalau seorang pesuruhjaya pun mampu untuk turun padang inikan lagi kita.
Posted by Picasa

29 December 2006

PERTAMA KALI DIHERDIK DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR
















Buat pertama kali kehadiran PAS di pusat pemindahan banjir tidak disenangi oleh petugas bilik gerakan banjir. Kerana tidak puas hati dengan pendekatan PAS dan lambang PAS yang ada di topi yang saya gunakan, seorang pimpinan UMNO telah menghalang kami untuk masuk ke tempat yang sama selepas ini. Sayangnya, gambarnya tidak dapat saya rakamkan.

Lebih menarik lagi, pimpinan PAS yang hadir tidak menunjukkan sikap untuk membalas tetapi lebih terbuka dan bertenang sehingga orang ramai menggelengkan kepala dengan sikap pemimpin UMNO ini.

Terbukti...UMNO memang tidak terbuka dan takut dengan pendekatan PAS di Johor dalam menangani isu banjir di Johor.

Tak apa lah...yang penting kita buat semua ini kerana Allah dan biarlah rakyat menilainya sendiri.
 Posted by Picasa

MELAWAT MANGSA BANJIR















PAS Kawasan Kluang telah mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjirdi Sekolah Kampung Tengh Kluang sebentar tadi. Kelihatan YDP PAS Kluang sedang mencatatkan maklumat mangsa manakala TYDP PAS Kluang sedang bertanya sesuatu kepada mangsa-mangsa.

Mereka telah dipindahkan ke pusat pemidahan tersebut pada malam semalam (28 Disember 2006). Kebanyakkan mereka adalah penduduk kampung Semberong, Kampung SC, dan Kampung Tengah.

Dijangka petang ini mereka akan pulang semula ke rumah masing-masing.
 Posted by Picasa

28 December 2006

PELANCARAN GOTONG ROYONG PEMUDA PUSAT
















Acara perbarisan daripada pasukan AMAL dari seluruh negara. Kelihatan digambar adalah pasukan AMAL daripada Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan manakala AMAL Wilayah Persekutuan dan Pahang sedang menjalankan tugas mereka ketika perasmian ini dijalankan.

Pelancaran ini telah diadakan pada 27 DIsember 2006 di Perkarangan Masjid Jannatul Firdaus, Kampung Jawa Segamat.
 Posted by Picasa

UST IDRIS AHMAD TURUT BERAMAL
















Kesempatan 'turun pandang' ke Johor digunakan sepenuhnya oleh pimpinan PAS Pusat untuk sama-sama menjalankan kerja amal di Johor. Kelihatan digambar bagaimana Ust Idris Ahmad, Timbalan Ketua DPP Pusat yang mengambil kesempatan untuk membasuh perkarangan surau Kampung Jawa Segamat sambil diperhatikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan DPP Pusat, Ust Ridwan Mohd Noor. Kerja pembersihan surau ini telah dilakukan oleh Pemuda PAS & UNit Amal Wilayah Persekutuan. Posted by Picasa

KERJA AMAL MEMBERSIHKAN RUMAH KEDIAMAN














Seluruh jentera Pemuda PAS Kawasan-kawasan kini sedang menjalankan aktiviti membersihkan rumah kediaman, masjid dan surau di seluruh negeri Johor. Gambar ini telah dikirimkan oleh DPPK Pasir Gudang selepas kerja pembersihan rumah dijalankan baru-baru ini.
 Posted by Picasa

MENDENGAR RINTIHAN MANGSA BANJIR















Kesempatan yang ada digunakan untuk mendengar rintihan rakyat yang terlibat dalam kejadian banjir di Johor
 Posted by Picasa

MISI BANTUAN
















Misi bantuan membekalkan makanan kepada mangsa banjir di Sri Medan. Walaupun kedalaman air ditahap bahaya tetapi petugas-petugas PAS sanggup meredah air kerana sayangkan pemimpin mereka.
 Posted by Picasa

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
















Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub sedang menjamu selera bersama petugas di Masjid Kampung Jawa Segamat semalam.

Turut kelihatan dalam gambar adalah Sdr Khafidz (Exco DPPNJ) dan Sdr Kamarul Arif (Setiausaha PASTI Pusat)
 Posted by Picasa

"SAYA HANYA INGAT ALLAH KETIKA ITU..."

Posted by Picasa
Akhirnya, saya dapat bertemu dengan mangsa banjir Kampung Jawa yang terselamat daripada dihanyut air deras di Kampung Jawa, Segamat setelah 4 kali saya datang ke kampung ini. Pakcik Tumin (Dua dari kiri) adalah seorang pemandu teksi di Segamat telah terselamat setelah berpaut di pokok kelapa seperti yang kelihatan di gambar daripada pukul 9 malam sehingga 1 tengahari keesokkan harinya. Pengalaman beliau yang mengharungi detik-detik cemas cukup menginsafkan kami.

27 December 2006





Petugas bergambar selepas perasmian penutup Gotong Royong Perdana PAS Johor peringkat Daerah Segamat pada 25 Disember 2006 bersama Presiden PAS dan pimpinan PAS Johor.

KAMPUNG JAWA SEGAMAT - RUMAH MUSNAH

















Rumah musnah sama sekali. Kelihatan sebuah rumah yang hancur kerana dilanda ombak.

KAMPUNG JAWA SEGAMAT
















Bersama petugas Unit Amal Johor di Kampung Jawa Segamat pada 25 Disember 2006. Adik-adik AMAL ini baru selesai membasuh rumah kediaman dan mengagihkan beras yang disumbangkan oleh PAS Kelantan.

25 December 2006

UTUSAN MALAYSIA BERI PUBLISITI PERCUMA

Sebenarnya...karikatur Senyum Kambing ini telah memberikan publisiti percuma kepada aktiviti Pemuda PAS Pusat kepada masyarakat. Terima kasih...

Posted by Picasa

Baca komen daripada sahabat kita...http://safa.blogdrive.com/

Membaca dialog pada kartun senyum kambing ini, agak 'menggeramkan' hati saya. Sesuka hati menulis tanpa ada fakta. Tidak dihairankan, sudah sememangnya ia kambing, mungkin sama seperti yang tukang buat dialog itu yang seumpama kambing apabila bercakap.


Sibuk apa dengan mangsa banjir? Konon-konon nak compare dengan kerajaan yang kononnya begitu mengambil berat? Jika begitu, mengapa ada kenyataan dari menteri bingung mengatakan 'jangan terima bantuan daripada pembangkang?'. Semasa hendak menolong pun masih ada yang gila kuasa?


Sekadar membuat tinjauan oleh kepala tertinggi, itu tidaklah dikisahkan sangat. Memberi bantuan.... memanglah. Dah nama kerajaan, kenelah beri bantuan. Jika tak beri, itu kerajaan dayus. Pas Kelantan yang takde mengena dengan Johor pun sanggup memberikan wang sebanyak RM 10,000 untuk membantu. Tak perlulah di hebohkan, senyap-senyap sudahlah.

Peduli apa Pemuda Pas nak buat program? Biarkanlah. Program itu dah dirancang sekian lama. Mungkin sebulan. Mungkin 2 bulan. Mungkin setahun. Mengapa isu ini yang hendak dimainkan? Sudah kering isu? Mengapa tak pernah nak tonjolkan isu Pemuda Pas Johor yang lansung tak hantar wakil ke Himpunan itu kerana membantu mangsa banjir di Johor? Ada media-media laporkan? Yang ada ialah lelaki malang yang memakai baju Putera Umno menempel di sepanjang Perdana Menteri membuat lawatan dengan tujuan untuk masuk TV.

Dalam kesusahan, masih ada yang ingin mengambil kesempatan. Inilah lumrah dunia. Taktik kotor musuh Islam sentiaa berlaku 24 jam tidak kira banjir, tsunami, atau apa juga keadaan dan situasi. Orang berhimpun di Kelantan pun nak dijadikan isu.

Kasihan juga melihat puak mereka ini yang semakin menonjolkan sifat kekambingannya. Malah, pihak yang berkuasa pada agama pun seoalah-olah turut menjadi kambing senyum yang asyik senyum senyum saja dan tidak tahu apa fungsi sebenarnya.

Amat kasihan melihat pihak agama ini yang kononnya hendak membanteras ajaran sesat, akhirnya diam begitu sahaja lantaran kerja yang mereka lakukan hanya pada nafsu dan emosi tanpa bergantung pada Allah swt. Ingatlah, orang yang teraniaya, apabila berdoa, status doa itu menjadi mulia dan akan dikabulkan oleh Allah swt. Jangan sekali-kali melupakan senjata ini!

Heh, pasti ada yang tersenyum sinis bila bercakap sebegini. Doalah! Doa Doa. Mereka menganggap doa hanya permainan. Hanya boneka sahaja. Mereka tidak tahu, doa adalah senjata orang mukmin. Hanya orang yang mempunyai jiwa dan kekuatan iman sahaja yang mengetahui sejauh mana nilai doa itu. Ia bukan terletak pada lafaz, bukan terletak pada yang berdoa, tapi ia mulia bilamana martabatnya dipandang Allah swt.

Mungkin hari ini orang semakin lupa pada allah lantaran cintanya kepada dunia dan takutkan akan kematian. Malah orang yang pernah ingat pada allah suatu ketika dahulu pun boleh melupakan Allah lantaran nikmat dunia yang dikecapi.

UNIT AMAL JOHOR TERUS BERBAKTI
















Unit Amal Johor dibawah kepimpinan sdr Nor Khalim Haji Sakib (dua dari kiri) terus meningkat naik dan berjaya meletakkan diri sebagai badan AMAL yang disegani di negeri Johor. Sebagai pemimpin yang serius tetapi bersahaja perwatakkannya telah berjaya menambat hati anak-anak muda untuk bertugas sebagai sekarelawan AMAL Johor. Sehingga kini lebih daripada 300 ahli Unit Amal telah berjaya diaktifkan diseluruh negeri Johor.

Teruskan perjuangan anda semua...
Kepada yang berminat untuk menyertai Unit AMAL Malaysia cawangan Johor boleh lah menghubungi sdr Nor Khalim di talian 019-7864897
Posted by Picasa

PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR KAMPUNG JAWA SEGAMAT
















Alhamdulillah, bekalan makanan ke pusat pemindahan yang menempatkan penduduk Kampung Jawa telah selamat tiba dan terus diagihkan kepada mangsa banjir.
 Posted by Picasa

LORI BEKALAN MAKANAN TERKANDAS
















Petugas Unit Amal Johor sedang berusaha untuk menolak lori yang penuh dengan muatan makanan. Makanan ini yang terdiri dari beras, biskut dan beberapa jenis makanan lain sedang dalam perjalanan untuk diserahkan kepada penduduk kampung Jaya, Segamat yang sedang kelaparan di pusat pemindahan banjir.

Makanan ini telah disumbangkan oleh PAS Pusat dan beberapa dermawan yang lain.
 Posted by Picasa

24 December 2006

TERIMA KASIH TIMBALAN PRESIDEN PAS

Posted by Picasa
PAS Pusat hargai komitmen PAS Johor bantu mangsa banjir
Oleh Salman Hussin Sun Dec 24, 06 03:03:51 AM
KOTA TINGGI, 24 Dis 2006 (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera PAS di negeri ini terutama Unit Amal, yang telah bertungkus lumus turun padang membantu mangsa banjir di negeri ini.
Selain itu beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbangkan wang ringgit untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Johor dan juga negeri-negeri lain yang terlibat dengan banjir.
Kecenderungan orang perseorangan, syarikat dan juga ahli-ahli korporat ini menghulurkan sumbangan melalui PAS membuktikan keyakinan orang ramai terhadap ketelusan PAS dan mereka percaya sumbangan mereka akan sampai kepada mangsa-mangsa banjir ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan peruntukan tambahan kepada PAS kawasan Kota Tinggi, dekat sini kelmarin, hadir sama Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Aminolhuda Haji Hassan dan Haji Dzulkifly Ahmad, Ketua Penerangan, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Terdahulu Nasharuddin yang berkampung selama dua hari di Johor telah mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Segamat dan Kluang.
Katanya, peruntukan tambahan ini diberi memandangkan PAS Kota Tinggi turut menampung hampir seratus mangsa banjir di Markas PAS Taman Hijrah, dekat sini, selain itu terdapat juga mangsa banjir yang tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan kerajaan tetapi mangambil makanan di sini, ini disebabkan sama ada bekalan makanan tiada atau lewat tiba.
Sejak Negeri Johor dilanda banjir besar yang dianggap ‘luar biasa’ beberapa hari lalu, selain Timbalan Presiden, beberapa pemimpin PAS Pusat turut berkunjung ke Johor, antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Nasharuddin lagi, sepanjang kunjungannya ke beberapa pusat pemindahan mangsa banjir khususnya di kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Segamat dan Kota Tinggi, mangsa-mangsa banjir ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PAS yang begitu pantas turun padang memberi bantuan berupa makanan kepada mangsa.
“Bagi kita hanya itulah sedikit sumbangan yang mampu diberi kepada rakyat sesuai dengan kedudukan PAS sebagai pembangkang, lainlah kalau kita kerajaan yang memerintah, sudah tentu bantuan yang akan kita beri jauh lebih besar lagi,” ujar beliau.
Katanya lagi, ini kerana terdapat sebahagian besar mangsa di pusat pemindahan yang mengadu kepada kita mereka tidak diberi makanan secukupnya selain tidak dibekalkan dengan air bersih selama beberapa hari, begitu juga terdapat beribu-ribu mangsa yang begitu lambat diselamatkan bahkan ada mangsa yang terpaksa berlindung di bumbung rumah selama dua hari tanpa makan dan minum.
“Kita hairan bagaimana negeri yang Umnonya dikatakan terkuat di dunia gagal menguruskan mangsa-mangsa banjir ini dengan cekap dan tersusun sehingga menyebabkan kebajikan mereka terabai,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu beliau mengingatkan seluruh ahli PAS bahawa segala penat lelah serta pengorbanan mereka untuk membantu rakyat yang sedang dilanda musibah adalah sumbangan yang sangat besar ertinya.
“Mudah-mudahan sedikit sumbangan yang kita berikan ini dapat membuka mata rakyat Johor bahawa PAS bukan sekadar tahu berpolitik sahaja tetapi kita telah buktikan bahawa PAS juga mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat walau pun tidak sesempurna mungkin,” ujar beliau lagi.- tajdid

BANJIR - SRI MEDAN
















Menyerahkan sumbangan kepada seorang penduduk yang keseorang tinggal dirumah.
 Posted by Picasa

BANJIR - SRI MEDAN
















Walaupun menghadapi kesukaran untuk menyampaikan bekalan makanan tetapi bukan bermakna solat boleh ditinggalkan.

Kerana bot rosak dan kami menghadapi kesukaran untuk keluar daripada kawasan banjir malam tadi, maka kami telah menunaikan solat magrib di dalam banjir.
 Posted by Picasa

Sociable