28 February 2006

APA NAK JADI NI? MAHKAMAH PUN BINGUNG SAMA

Utusan Malaysia
Pasangan `berpisah' dibenar kahwin bila-bila masa
Oleh Suffian Abu Bakar

MUAR 27 Feb. - Yang mana satu betul?. Pasangan suami isteri, Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah (kiri) sebelum ini diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Muar berpisah secara farakh kerana pernikahan mereka dikatakan tidak sah.

Mereka hanya boleh bernikah semula selepas Zanariah tiga kali suci.

Tetapi hari ini mereka menerima `kejutan' apabila mendapat surat dari mahkamah yang sama menyatakan mereka boleh menikah bila-bila masa - tidak perlu menunggu tiga kali suci.

Yang menghairankan mereka ialah surat terbaru dari Pejabat Agama Daerah Muar ini bertarikh 15 Februari lalu iaitu tarikh yang sama Mahkamah Tinggi Syariah Muar mengarahkan pasangan itu berpisah secara farakh.

Walaupun Muhammad Nazirul Azman, 24, dan Zanariah, 24, gembira dengan perkhabaran terbaru itu, namun mereka keliru, terkejut serta sangsi kerana sebelum ini, mereka diarahkan berpisah dan hanya boleh bernikah semula selepas tiga kali suci.

``Saya keliru kerana kami sebelum ini diarahkan untuk berpisah secara farakh, tetapi surat perintah mahkamah yang diterima hari ini lain pula.

``Ini menyebabkan saya dan bekas suami merasakan urusan pernikahan kami ini seperti bahan uji kaji,'' kata Zanariah ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

HARGA MINYAK NAIK LAGI, KERAJAAN BN PATUT DITUMBANGKAN

Malam semalam merupakan malam yang mengerikan rakyat Malaysia apabila telah diumumkan bahawa harga produk petroleum termasuk diesel dan petrol telah dinaikkan lagi sebanyak 30 sen mulai hari ini. Malam semalam semua stesyen minyak 'diserang' oleh pengguna yang semakin tertekan atas keputusan kerajaan ini.
Kerajaan dikatakan telah memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuatkuasa esok (Selasa) seperti mana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Isnin malam.
Kenaikan tersebut, kata kenyataan itu adalah bagi menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ialah pada 31 Julai, 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.
Harga Petrol RON 97 kini berharga 192 sen seliter, Petrol RON 92 -- 188 sen seliter, Diesel -- 158.1 sen seliter dan LPG -- 175 sen sekilogram.
Bagi Sabah pula, Petrol RON 97 berharga 190 sen seliter, Petrol RON 92 -- 188 sen seliter, Diesel -- 158.4 sen seliter dan LPG -- 183 sen sekilogram.
Di Sarawak, Petrol RON 97 berharga 191 sen seliter, Petrol RON 92 -- 188 sen seliter, Diesel 157.8 sen seliter dan LPG -- 183 sen sekilogram.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telahpun mengeluarkan surat memaklumkan perkara ini kepada pengusaha-pengusaha yang layak
Pejabat Perdana Menteri juga berkata penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan petroleum kali ini akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan rakyat keseluruhannya.
Tahun 2005 menyaksikan beribu-ribu rakyat Indonesia membanjiri jalan raya dan pemandu kenderaan awam melancarkan mogok hari ini sebagai tanda memprotes kenaikan harga bahan bakar.Polis Indonesia mengerahkan beribu-ribu anggota untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mendapat kelulusan Parlimen untuk mengurangkan subsidi yang menelan satu perlima daripada bajet negara berikutan lonjakan harga minyak sedunia. Ahli Parlimen sebulat suara meluluskan usul untuk membataskan subsidi kepada maksimum 89.2 trilion rupiah (RM33 bilion).
Itu berlaku di Indonesia, kenapa tidak berlaku di Malaysia?. Sudah tiba masanya Rakyat Malaysia dan Johor bangkit daripada penindasan kerajaan BN ini.

Harga Minyak Naik lagi
sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
Hari ini: 28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMAD S.A.W

HIMPUNAN AMAN SEDUNIA
Peringkat Negeri Johor
Masjid Sultan Abu Bakar
Johor Bahru
3 Mac 2006
Selepas solat Jumaat

25 February 2006

RESPON TERHADAP PANDANGAN KLUANGMAN

Alhamdulillah, banyak cadangan dan pandangan daripada sahabat kita "Kluangman" yang terus menerus memberikan beberapa pandangan yang proaktif. Saya teringin untuk membuat sedikit respon terhadap perkara-perkara tersebut.

1. Kupasan Isu.

Melalui blog ini DPPNJ akan cuba untuk mengupas dan memdedahkan perkara-perkara yang berkait rapat dengan perkembangan politik dan hal ehwal semasa yang berlaku di negeri Johor. Ulasan mengenai isu-isu walalupun ia berlaku diluar Johor tetapi ia melibatkan kepentingan rakyat di negeri Johor sekiranya dilihat sangat bersesuaian untuk diberi perhatian oleh rakyat Johor juga akan dusentuh.

Keduanya, perkara yang berkaitan dengan agama dan sosial akan diberikan keutamaan seperti isu penghinaan terhadap karikatur Nabi Muhammad, masalah sosial di kalangan remaja dan kejadian jenayah.

Ketiga, masalah-masalah setempat yang dilihat dapat memberikan kesedaran kepada rakyat.

2. Laluan/akses ke laman web yang lain.

Insya Allah akan cuba diusahakan secepat mungkin. Kaedah Tranungkite.net rasa2nya yang sangat sesuai, apa pandangan?

3. Bagaimaana agaknya kalau PAS memerintah Johor khususnya di atas isu seni?

Jika nak ulas ni agak panjang jugak tapi itulah yang cuba dibuktikan melalui Jabatan Kesenian dan Sukan DPP Pusat serta Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh PAS/BA. Tuan Guru Nik Aziz menjemput Mawi ke Kelantan untuk memberi tahu kepada rakyat bahawa PAS tidak menolak hiburan. Islam tidak menghalang hiburan tetapi ada beberapa perkara mesti kita patuhi dan perhalusi.

4. Angkatan Muda Keadilan (AMK) JOhor.

AMKJ dengan DPPNJ mempunyai hubungan yang baik. Kami sering mengadakan meyuarat & program bersama. Bulan April ini kami akan mengadakan Konvensyen kali pertama. Saya akan bincang dengan rakan2 AMKJ untuk turut sama dalam blog ini.

Terima kasih atas pandangan2 anda. Bila turun Kluang contact saya, boleh kita sembang2.

Wassalam

KERATAN AKHBAR CHINA PRESS ISU SISA TOKSIK

Posted by Picasa

Keratan akhbar China Press yang menyiarkan gambar dan kenyataan Penasihat dan Pengerusi Badan Bertindak Mangsa Gas Ammonia Kampung Sungai Gatom yang turut hadir di Mahkamah Syesen Segamat bagi mendengar pertuduhan dibacakan.

AKHIRNYA MEREKA TELAH DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Posted by Picasa
Keratan akhbar The STAR yang menyiarkan berita ini pada 24 Februari 2006. Diselitkan juga di dalam berita ini kenyataan daripada Ketua DPPNJ selaku Penasihat Badan Bertindak Mangsa Gas Ammonia Kampung Sungai Gatom.
SEGAMAT: Dua pengarah Hong Poh Metal Sdn Bhd yang beralamat di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan melupuskan sisa toksik berjadual secara haram di Sungai Gatom, Labis.
Rakyat tempatan, Chong Ah Chit, 46, dan Lim Soh Hua, 48, warga Singapura, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mahkamah menetapkan 27 April ini untuk perbicaraan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, Muhamad Azzam Zainal Abidin dan Mohd Famey Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Tan Hock Chuan.
Mahkamah turut membenarkan Chong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin, manakala Lim RM60,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu tarikh perbicaraan.Tan tidak membantah permohonan itu dan kedua-dua anak guamnya dibebaskan apabila wang jaminan didepositkan ke pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen.
Chong dan Lim dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 5 petang dan 11 malam di Lot 41 dan Lot 47, pada antara awal Disember 2005 hingga 8 Januari lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(a) Akta Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(4) akta sama jika sabit kesalahan dengan dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.

22 February 2006

UMNO KELANTAN CUBA MAIN ISU ROBOH SURAU DI KELANTAN

Posted by Picasa Petikan dari NST Online
Demo over surau demolition
Several business premises rented to petty traders also suffered the same fate.Machang district Youth Council chairman Dr Mohd Asri Mejah said the action last week did not mirror the State Government’s policy of "progressing with Islam".
"They have demolished a 20-year-old surau and replaced it with a building just for some profit," he said.
"It had benefited the public for years especially because it was located near a market."
Umno Youth division secretary Mohd Salmizi Mat Yusof said the move was regretted as public amenities should be upgraded and not demolished.
______________________________________________________________
Komen : Saya baru sahaja hubungi YB Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, beliau mengesahkan bahawa sememangnya Surau tersebut dirobohkan tetapi dengan tujuan untuk membina semula sebuah surau yang baru untuk keselesaan orang ramai. Sebuah surau sementara telah dibina untuk kegunaan para jamaah sehinggalah surau baru tersebut siap dibina.
Pemuda UMNO Kelantan perlulah mencari isu lain untuk menumbangkan PAS di Kelantan.

HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KARIKATUR HINA NABI

HIMPUNAN PERTAMA
HIMPUNAN AMAN
MASJID BANDAR BARU UDA
JOHOR BAHRU
24 FEBRUARI 2006
Selepas Solat Jumaat
HIMPUNAN KEDUA
HIMPUNAN AMAN & SERAHAN MEMORANDUM
PEJABAT NEW STRAITS TIMES JOHOR
BANDAR BARU UDA
24 FEBRUARI 2006
3.00 Petang
RAKYAT JOHOR DIJEMPUT HADIR!!!

LAPORAN POLIS PEMUDA PAS PUSAT

Posted by Picasa NST HINA NABI... Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub bersama timbalan dan naibnya menunjukkan akhbar NST semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun yang dianggap menghina Nabi ketika umat Islam di seluruh dunia marah kepada akhbar Jerman kerana menghina Rasulullah saw melalui kartun mereka. Beliau menunjukkan keratan akhbar itu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang 21 Februari 2006.

UMNO MENJADI PENGAJUR HIMPUNAN MENGENANG DATO ONN

Posted by Picasa
New Straits Times (22 February 2006)
Malayan Union demonstration, tribute to Onn by Umno in Batu Pahat
By Jassmine Shadiqe

On Feb 26, 1946, Onn led a rally to oppose the Malayan Union and the re-enactment of the event will take place at the same ground where Onn stood and led the opposition. The event will be the highlight of Umno’s 60th anniversary celebrations this year. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will be present.
Senator Dr Mohd Puad Zarkashi, who heads the committee planning the event, said the re-enactment would be a fitting tribute to Onn and his struggle to unite the Malays under Umno. He said the celebrations, based on the theme "Dato Onn: Founder of a National Race" would be a year-long affair with a host of programmes."Dato Onn’s struggle and leadership made Umno what it is today. That is why we have decided to hold activities for the whole year," he said.
Onn founded Umno on the steps of the Istana Besar here on May 11, 1946. The party has since grown to become the dominant political organisation in the Barisan Nasional coalition ruling Malaysia since Independence.
"The objective of the celebrations is to make young people understand about the struggle of the Malays for independence," Mohd Puad said.
The programme will include a musical performance on Onn’s fight for independence and pictorial exhibition of special moments in Umno’s history, at schools, colleges and institutes of higher learning.

21 February 2006

JOM BERAMAI-RAMAI KE MAHKAMAH SESYEN SEGAMAT KHAMIS INI!

Sedutan Berita daripada Utusan Malaysia

Sisa toksik: Kilang aluminium didakwa Khamis

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Sebuah kilang memproses logam aluminium di Melaka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Segamat, Johor pada Khamis ini bagi menghadapi tuduhan melepaskan sisa toksik di Kampung Sungai Gatom, Labis, baru-baru ini.

Sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, waran yang menghendaki pengarahnya hadir ke mahkamah pada 23 Februari ini diserahkan kepada pihak pengurusan kilang tersebut kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Menurutnya, tindakan untuk mendakwa kilang berkenaan diputuskan hasil perbincangan antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Peguam Negara di Putrajaya pada Khamis lalu.

Syarikat itu akan didakwa mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu melibatkan kesalahan larangan terhadap menempatkan, meletakkan atau melupuskan bahan buangan terjadual di darat atau perairan negara.

Bagi kesalahan itu, premis berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

KENAIKAN TANBANG BAS SEKOLAH, KERAJAAN WAJAR BERI SUBSIDI

Berita daripada Harakahdaily.
Tue Feb 21, 06 10:34:27 AM
Oleh Salman Hussin

KLUANG, 21 Feb (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mencadangkan kerajaan memberi subsidi harga minyak diesel kepada pengusaha bas sekolah sepertimana yang diberi kepada nelayan sebelum ini.

"Pemberian subsidi ini wajar dilakukan bagi meringankan beban pengusaha bas sekolah berikutan kenaikan bahan api itu, jika ini dilakukan maka ianya dapat mengelakkan kenaikan tambang bas yang sekaligus tidak membebankan orangramai," kata Ketua DPP NJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini baru-baru ini..

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khaled Nordin, baru-baru ini yang mengarahkan pengusaha bas sekolah menangguhkan dahulu kenaikan tambang bas sekolah.

Katanya, berdasarkan perjanjian yang dimeterai antara persatuan pengusaha bas sekolah dengan kementerian, kenaikan tambang bas boleh dibuat lima tahun sekali dan kali terakhir kenaikan ialah pada Februari 2000 sebanyak 25 peratus dan kenaikan seterusnya akan berlaku pada Mac 2006 pada kadar 20 peratus.
Terdahulu pada November 2005 menteri berkenaan dalam satu kenyataannya mengarahkan pengusaha bas sekolah untuk tidak menaikkan kadar tambang sehingga Januari 2006.

Katanya lagi, kerajaan perlu melihat faktor kenaikan harga minyak ini hanya akan menambahkan lagi beban pengguna kerana kenaikan harga minyak ini akan mempengaruhi kenaikan harga barangan keperluan lain.

Penangguhan kenaikan tarif elektrik disebabkan kenaikan harga minyak patut dijadikan sebagai contoh walaupun tidak tahu setakat mana masa penangguhan ini tetapi sekurang-kurangnya pengguna tidak terus dibebani berbagai kenaikan kos sara hidup.

"Berikutan kenaikan harga bahan api ini yang dianggarkan kira-kira sembilan kali sejak 2000 telah menyebabkan pengusaha bas mengalami kerugian.

"Bagi mengatasi kerugian ini kita difahamkan terdapat sebahagian pengusaha bas sekolah di Johor bertindak menaikkan tambang bas walaupun belum mendapat kebenaran kementerian,"jelasnya.

Faizi yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar PAS Johor, selanjutnya berkata, kerajaan perlu memikirkan pemberian subsidi kepada pengusaha bas ini, jika ini tidak dilakukan maka mereka akan menaikkan tambang bas sekolah dan kesannya pengguna akan lebih teruk lagi.

"Justeru kerana itu kita menggesa kerajaan menangguhkan dulu kenaikan tambang bas ini dan pada masa yang sama memikirkan soal pemberian subsidi kepada pengusaha bas ini,"katanya. - mks.

JALAN RAYA KLUANG - BATU PAHAT TIDAK SELAMAT

Posted by Picasa Gambar ini dirakamkan pada pukul 10.15 pagi 20 Februari 2006. Kejadian berlaku di bandar Air Hitam, Johor. Kelihatan sebuah kereta Proton Waja telah melanggar sebuah motosikal ketika kereta tersebut sedang menghala ke arah Kluang. Pemandu motosikal cedera di kaki kirinya manakala tiada kecederaan yang dialami oleh pemandu kereta.
Permohonan untuk membina pembahagi jalan telah lama didesak oleh masyarakat yang selalu menggunakan jalan ini namun masih tiada jawapan. Terlalu banyak nyawa yang telah terkorban sejak jalan ini dinaik taraf daripada 2 lorong kepada 4 lorong. Had maksima pemanduan yang dibenarkan di atas jalan ini hanyalah 80 km/jam
Malam esok, satu perjumpaan akan diadakan di Sri Gading untuk membentuk Jawatankuasa bertindak bagi mendesak kerajaan supaya menyegerakan pembinaan pembahagi jalan ini.

20 February 2006

HIMPUNAN MENGENANG DATO ONN JAAFAR, APA MATLAMAT SEBENARNYA?

KENYATAAN MEDIA
(21 Februari 2006)


Satu perhimpunan besar-besaran dijadualkan akan diadakan pada 26 Februari 2006 di Batu Pahat Johor bagi mengenang kembali bagaimana perarakan yang sama telah dibuat oleh masyarakat Melayu yang membangkitkan semangat memperjuangkan kemerdekaan yang membuatkan penjajah Inggeris kecut perut 60 tahun lalu berulang kembali di Batu Pahat, Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan dan Perarakan itu, Samsol Bari Jamali, berkata pihaknya menjemput ramai veteran yang pernah menyertai perarakan itu bersama Datuk Onn 60 tahun lalu, sebagai menghargai perjuangan mereka membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Dianggarkan lebih 15,000 orang akan menyertai perarakan dan perhimpunan yang julung kali diadakan selepas Datuk Onn Jaafar, mengetuai perarakan itu bagi menentang gagasan Malayan Union pada 10 Februari 1946.

Perarakan memperingati perjuangan Datuk Onn itu dijadualkan bermula jam 2 petang dari Jalan Sultanah, melalui Jalan Omar, Jalan Rahmat, Jalan Pejabat dan berakhir di Stadium Batu Pahat.

Perarakan dan perhimpunan dikenali Jejak Bertapak itu akan diserikan lakonan semula peristiwa Datuk Onn mengumpulkan masyarakat Melayu di Batu Pahat menentang Malayan Union.

Begitu besar harapan penganjur untuk melihat satu perhimpunan besar-besaran dapat dilaksanakan. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Johor dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. Saya terpandang di Kluang terdapat sehelai kain rentang yang dinaikkan oleh UMNO Cawangan Bandar yang mengajak masyarakat Kluang untuk turut sama di dalam perhimpunan ini.

Saudara Abd Hamid Jamah, Ketua Penerangan DPPNJ yang juga merupakan bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Johor memberitahu bahawa tujuan program ini diadakan untuk menghimpun seramai mungkin bekas-bekas pejuangan kemerdekaan yang turut serta bersama Allahyarham Dato Onn Jaafar ketika menentang Malayan Union satu ketika dahulu.

Perjuangan Dato Onn Jaafar perlu dilihat bukan sahaja daripada sudut sejarah perjuangan memperjuangkan kemerdekaan tetapi perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Perlu juga kita melihat bagaimana Allahyarham telah mengasaskan UMNO dan meninggalkan parti itu pada tahun 1951 dan menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) dan menentang UMNO dalam pilihan raya umum 1955 dan kalah di tangan calon UMNO di Johor Bahru. Dalam tahun 1959 dia menubuhkan Parti Negara dan menang kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Disanjung Ketika Dipuncak, Dipandang Sepi Ketika Terasing

Allahyarham Dato Onn sebenarnya telah melalui saat yang paling menyedihkan apabila telah keluar daripada UMNO. Beliau hanya dijulang semasa berada di dalam UMNO tetapi tidak dipedulikan bila telah tiada bersama UMNO.

Ketika mantan Perdana Menteri, Malaysia Tun Dr. Mahathir melancarkan buku Reflections Of Pre-Independence Malaya yang menghimpunkan pelbagai peristiwa menarik mengenai pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar ,cucu Datuk Onn iaitu Datuk Mohamed Abid yang juga merupakan penulis buku ini menyatakan bahawa antara kandungan dalam buku itu ialah perbualan Datuk Onn bersama isterinya, Datin Halimah Hussein termasuk kesedihan beliau apabila tidak lagi dipedulikan selepas keluar dari UMNO dan menjadi pembangkang.

Di samping itu ia turut memaparkan penghujung hayat Datuk Onn sebagai seorang pemimpin yang meninggal dunia dalam keadaan `miskin'. Pada tahun 1959, beliau (Datuk Onn) terpaksa menjual rumah keluarganya di Johor Bahru kepada kerajaan Johor sebanyak RM100,000 bagi membolehkan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM10,000. Dengan baki yang ada beliau membeli rumah yang lebih kecil berharga RM30,000.

Sewaktu meninggal dunia, Datuk Onn hanya mempunyai wang RM300 dalam akaun bank dan sebuah kereta jenis Austin 70.

Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Sebenar

Saya bukan berhasrat untuk memperakui bahawa hanya Dato Onn sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan dan kenyataan yang disiarkan ini seolah-olahnya mengiakan bahawa Dato Onn adalah perjuangan kemerdekaan.

Lihatlah kembali fakta sebenar menuntut kemerdekaan yang telah menjadi fakta sejarah. Perjuangan menuntut kemerdekaan ini telah bermula sejak kerajaan Melayu Melaka ditumbangkan pada 1511 sehinggalah ke tahun 1957. Umno baru ditubuhkan pada 11 Mei 1946 selepas persidangan Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menentang gagasan Malayan Union yang dibawa oleh Inggeris sekembalinya ke Tanah Melayu selepas perang dunia ke dua berakhir pada bulan September 1945.

Pada abad ke 19, ramai tokoh-tokoh Melayu bangun menentang penjajah Inggeris seperti Datuk Dol Said di Naning, Negeri Sembilan, Raja Mahadi di Selangor, Datuk Maharaja Lela peristiwa di Pasir Salak, Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi.
Menjelang abad ke 20 pula, peningkatan orang Melayu dalam pendidikan barat dan agama menyedarkan penduduk tempatan bahawa perjuangan kemerdekaan bukan sahaja boleh dicapai melalui pemberontakan atau peperangan tetapi juga melalui rundingan dan desakan-desakan berasaskan semangat kebangsaan.

Selepas perang dunia kedua, perjuangan diteruskan melalui penubuhan parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Malaya Merdeka (IMP), parti-parti berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi ditubuhkan pada tahun 1945, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dipimpin pula oleh Shamsiah Fakeh, PETA, PUTERA dan parti berasaskan kepada agama Islam pertama iaitu parti Hizbul Muslimin berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang akhirnya diharamkan oleh penjajah Inggeris pada 29 Julai 1948 dan PAS yang ditubuhkan pada 24 November 1951 bermatlamat menjadikan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mengetatkan peraturan kerakyatan.

Penutup

Oleh itu, himpunan pada 26 Februari 2006 ini perlulah jelas matlamatnya. Sekiranya ia bertujuan untuk menarik masyarakat melayu kepada UMNO, ingatlah bahawa Dato Onn Jaafar meninggal dunia dalam keadaan tidak bersama UMNO.

Sekiranya hasrat penganjur untuk menilai pengorbanan Dato Onn, ingatlah bahawa Dato Onn mati dalam keadaan miskin, tidak seperti pemimpin negara ketika ini.

Sekiranya himpunan ini bertujuan untuk membangkitkan semangat memperjuangkan kemerdekaan, ingatlah bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan tidak dimulakan oleh Dato Onn sahaja.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

DATO ONN BIN JAAFAR

Posted by Picasa
Fakta Sejarah :
Dato Onn Jaafar merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu "United Malays National Organisation" (UMNO) dan juga Dato Menteri Besar Johor. Beliau merupakan seorang kerabat diraja Johor dan Pegawai Daerah dalam perkhidmatan pentadbiran kolonial, sebelum berhenti kerana membantah dasar British.

Datuk Onn meletakkan jawatannya dalam UMNO pada tahun 1951 akibat perbezaan pendapat mengenai penyertaan bukan Melayu dalam politik kebangsaan.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.

1895: Dilahirkan pada tahun 1895 dan sejak kecil, dipelihara oleh Sultan Ibrahim.

1930 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan.

1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.

1942 – * 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

1946 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.

1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.

1951 (umur 56): Bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos, dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya.

1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.

1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.

1962 (umur 67): Meninggal dunia.

19 February 2006

APA MOTIF MINGGUAN MALAYSIA



Apakah motif karikatur ini disiarkan di Mingguan Malaysia hari ini?. Posted by Picasa

HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KARIKATUR HINA NABI

Posted by Picasa Sebahagian daripada mereka yang bersama di dalam perhimpunan aman ini di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat Johor

HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KARIKATUR HINA NABI

Posted by Picasa Kelihatan Pesuruhjaya PAS Johor Dato' Professor Dr Mahfudz Mohamad sedang memberikan ucapan kepada para hadiri. Dr Mahfudz mengecam pihak yang berani menghina Nabi Muhammad dan mendesak agar Denmark dan sekutunya meminta maaf secara terbuka kepada ummat Islam diseluruh dunia.

Pemimpin seperti inilah yang sepatutnya memimpin kita di Johor. Insya Allah bakal Menteri Besar Johor 2008.

17 February 2006

Susunan Botol Arak yang ditemui di Danga Bay

Gambar ini dirakamkan di Danga Bay semasa Ekspedisi Dakwah Perdana DPPNJ pada malam sambutan tahun baru 2006.

Botol-botol arak disusun sebegitu rupa tetapi tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Posted by Picasa

SAMY VELLU BARU TERSEDAR BAHAWA SUKARNYA JADI MENTERI DAN WAKIL RAKYAT YANG SEBENARNYA

KENYATAAN MEDIA
(17 Februari 2006)

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dilaporkan telah menerima kira-kira 2,600 Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada orang ramai sejak tiga hari lalu. Penerimaan SMS ini terjadi apabila beliau dengan penuh keyakinan menyebut nombor telefon bimbitnya dan dipaparkan kepada penonton oleh TV3 pada hari Ahad yang lalu.

Mungkin pada peringkat awalnya ramai yang tidak percaya bahawa nombor tersebut adalah nombor telefon bimbit peribadi beliau kerana sebelum ini mana mungkin seorang bertaraf menteri sanggup berbuat sedemikian.

Tetapi realitinya telah berlaku dan Samy Vellu telah membuktikannya. Tempoh 3 hari sahaja sebanyak 2,600 SMS diterimanya. Ramai yang tertanya-tanya kenapa beliau sanggup berbuat begitu, adakah kerana faktor tanggung jawab sebagai seorang menteri atau kerana ingin membuktikan kepada Pak Lah bahawa beliau sebenarnya masih layak menjadi Menteri Kerja Raya.

Bagaimanapun, katanya daripada jumlah itu, 200 SMS berkaitan isu jambatan retak manakala 1,000 lagi mengucapkan tahniah dan selebihnya adalah aduan biasa

Semalam, beliau telah muncul kembali di dalam kaca televisyen di atas perkara yang serupa. Cuma bezanya nada beliau lebih kepada mengharapkan simpati masyarakat.

``Saya sukar nak tidur sehingga pukul 4 pagi. Pagi ini sahaja saya terima 130 SMS''
“ Hand phone saya dah tak boleh pakai, dah rosak, sebab banyak terima SMS la”

Akhirnya, dalam sidang media tersebut beliau mengumumkan bahawa Kementerian Kerja Raya telah bersetuju menubuhkan Biro Pengaduan Awam yang beroperasi 24 jam bagi meneliti dan mengurus aduan yang diterima daripada orang ramai.

Katanya, biro yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian itu akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Menurut beliau, biro itu juga bertanggungjawab untuk meneliti dan merancang tindakan yang perlu diambil ke atas setiap aduan yang diterima berkaitan perkhidmatan diberikan oleh kementerian serta agensi-agensi di bawahnya.

Pada peringkat awalnya saya berpendapat bahawa Samy Vellu telah mula ‘insaf’ dan cuba untuk memperbaiki reputasinya sebagai seorang menteri sehingga sanggup menyerahkan nombor peribadi beliau kepada umum dan belum tentu lagi dapat dilakukan oleh menteri yang lain khususnya daripada UMNO.

Tetapi dalam tempoh jangka masa 3 hari, Samy Vellu baru tersedar bahawa sukarnya menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri.

Saya yakin bahawa sekiranya beliau terus membuka ruang kepada rakyat untuk menyalurkan terus masalah yang berkaitan dengan kementerian kepadanya, reputasi beliau akan berjaya dipulihkan. Tetapi inilah realitinya, beliau dan menteri-menteri sebenarnya tidak sanngup untuk mendengar rintahan rakyat di bawah.

Cuma, janganlah kerana ketidaksanggupan beliau untuk menerima aduan secara terus, beliau memberikan alasan ‘budak-budak’ dengan menyatakan bahawa telefon bimbitnya rosak kerana telah menerima banyak SMS. Pelbagai jenis telefon bimbit yang canggih dan berkualiti dijual di pasaran, tidak mampukah beliau untuk membelinya?

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PENANGKAPAN SUSPEK PEMBUNUHAN SYAFIQAH

Ruj Kami : PAS/DPP.12/2.05(11/06)
Ruj Tuan :

17 Februari 2006 / 18 Muharram 1427

Kepada ;

Senior Asisten Komisioner II Datuk Abdul Rahim Jaafar
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor
Bilik Gerakan Johor
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor,
Polis Diraja Malaysia, 80990 Johor Bahru.

Yang Berbahagia Datuk,

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PENAHANAN DAN TANGKAPAN KE ATAS SUSPEK KES PEMBUNUHAN ALLAHYARHAM SYAFIQAH BORHAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DDPNJ) mengucapkan tahniah di atas kejayaan Datuk dan PDRM Kontinjen Johor yang telah berjaya menahan dan menangkap suspek pembunuhan Allahyarham Syafiqah Binti Borhan semalam.

3. Saya mewakili seluruh warga DPPNJ mengharapkan agar suspek berkenaan akan di bawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

4. Saya yakin bahawa kejadian yang menimpa Syafiqah yang telah ditemui mati dalam longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda jam 3.30 petang 27 Januari 2006 akan memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya lebih prihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka.

5. DPPNJ juga mengharapkan agar PDRM Negeri Johor dapat melakukan sesuatu pada masa akan datang untuk membendung perkara seperti ini daripada terus berlaku.

Segala kerjasama yang diberikan didahalui dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Memacu Perjuangan

Yang menjalankan amanah,


KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

2 LELAKI BERJIRAN BANTU SIASATAN KES BUNUH SYAFIQAH

Posted by Picasa 2 lelaki berjiran bantu siasat kes bunuh Syafiqah
Oleh Johan Afandi
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki berjiran yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Syafiqah Mohd Borhan (gambar), akhir bulan lalu.
Seorang daripada lelaki itu, berusia 21 tahun, ditahan di sebuah rumah di Taman Senai Baru, jam 1.15 tengah hari semalam, empat hari selepas jirannya – remaja berusia 17 tahun, ditahan Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, menyifatkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit sebagai sesuatu yang positif dalam menyelesaikan kes berkenaan.
“Saya yakin tiada lagi tangkapan kerana mengikut maklumat, mereka ini disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya.
Syafiqah ditemui mati dalam longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda jam 3.30 petang 27 Januari lalu, dalam keadaan sebahagian bajunya tersingkap.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang tiga hari selepas keluar dari rumahnya di Jalan Barli, Bandar Baru Uda, kira-kira jam 5.50 pagi untuk menghadiri majlis persaraan pengetua sekolahnya.
Abdul Rahim berkata, lelaki berusia 21 tahun itu, yang tidak mempunyai pekerjaan serta memiliki empat rekod jenayah mencuri motosikal, tinggal berjiran dengan remaja terbabit di Kampung Muafakat, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
Polis percaya mangsa tidak dilarikan dengan sebarang kenderaan. Bagaimanapun, polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu.Abdul Rahim juga enggan mengulas sama ada Syafiqah dirogol sebelum dibunuh kerana polis masih belum menerima laporan patologi.
“Kita difahamkan, doktor yang menjalankan bedah siasat masih menunggu laporan Jabatan Kimia sebelum dapat menentukan punca sebenar kematian Syafiqah," katanya.
Sementara itu, ibu Syafiqah, Nora Abu Bakar, 45, ketika ditemui Berita Harian di rumahnya, bersyukur kerana polis sudah menahan suspek kes pembunuhan anaknya.
"Saya berterima kasih kepada polis yang tidak putus asa mengesan pembunuh Syafiqah dan selepas 20 hari kami sekeluarga berdoa, akhirnya pembunuh anak kami ditangkap," katanya.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

16 February 2006

JABATAN PEGUAM NEGARA PERLU TEGAS DALAM MENGAMBIL KEPUTUSAN

Posted by Picasa

KENYATAAN MEDIA
(16 Februari 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengharapkan agar ketegasan Jabatan Peguam Negara dalam tindakan yang bakal diambil ke atas pihak yang terlibat dalam kes pembuangan sisa toksik di Kampung Sungai Gatom, Labis, Johor.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara di Putrajaya esok sama ada akan mendakwa atau sebaliknya.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, JAS kini dalam peringkat akhir melengkapkan bukti-bukti kes bagi membolehkan kertas siasatan dibentangkan pada pertemuan tersebut.

Laporan lengkap daripada JAS negeri berhubung siasatan ke atas kilang itu diserahkan kepada Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibrahim dan Penasihat Undang-undang JAS, Khairani Alaudin pada 20 Januari lalu.

Menurut beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu melibatkan kesalahan larangan terhadap menempatkan, meletakkan atau melupuskan bahan buangan terjadual di darat atau perairan negara.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan kepada Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diberi pertimbangan pendakwaan.

DPPNJ yang meneliti dan turut sama menangani kes ini mengikut saluran yang ada mengingatkan agar keputusan yang bakal diambil mestilah mengambil kira juga kesengsaraan yang telah dan sedang dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan pembuangan sisa toksik tersebut.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

15 February 2006

HIMPUNAN AMAN
HIMPUNAN UMMAT PRIHATIN

MEMBANTAH DAN MENGECAM
SIKAP EROPAH YANG
MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW.
PADA : 17 FEB 06'
( JUMAAT )
SELEPAS SOLAT JUMAAT .
MASJID BATU PAHAT
DIPIMPIN OLEH
DR. MAHFODZ MOHAMAD
Pesuruhjaya PAS Johor

SEMUA RAKYAT JOHOR,
PARTI POLITIK , NGO , INDIVIDU

TUNJUKKAN SIKAP
KITA UMMAT ISLAM
TERHADAP EROPAH DAN
SEKUTU-SEKUTUNYA.

NEGERI JOHOR TERUS MENJADI PUSAT PEMBUANGAN SIS TOKSIK SECARA HARAM

Berita Harian : 15 tan lagi sisa toksik haram dikesan di Muar
Oleh Junita Mat Rasid dan Johan Afandi

JOHOR BAHRU: Satu lagi kawasan pembuangan sisa toksik haram dikesan di Muar apabila sejumlah 15 tan sisa serdak aluminium dibuang di Kawasan Perindustrian Tangkak, dekat sini.
Pembuangan sisa toksik berkenaan dipercayai dilakukan kontraktor sama yang terbabit dengan kes di Batu 14, Jalan Labis-Muar sejak pertengahan minggu lalu.
Bagaimanapun, kegiatan dipercayai dilakukan pada sebelah malam itu, disedari penduduk tempatan yang curiga dengan pergerakan lori keluar masuk dari kawasan perindustrian itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Freddie Loong Hoo Hin mengesahkan mengenai penemuan kawasan baru itu selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri menerima maklumat daripada orang ramai.
"JAS kemudian ke kawasan berkenaan dan mendapati sisa berkenaan dilonggok di satu kawasan lapang yang tersorok pada Sabtu lalu dan kerja pembersihan kemudian dilakukan dengan kerjasama Kualiti Alam," katanya di sini, semalam.
Bulan lalu, tiga tempat pembuangan sisa toksik haram dikesan iaitu di Kampung Sungai Gatom, Labis serta Batu 8 3/4 dan 9, Jalan Labis-Yong Peng, semuanya membabitkan sisa serdak aluminium.
Pada 4 Februari lalu, satu lagi kawasan pembuangan sisa toksik haram turut dikesan di Batu 14, Jalan Labis-Muar berhampiran Felda Chempelak Barat yang mengandungi sejumlah 2.5 tan metrik aliminium 'dross'.
Loong berkata, kerja pembersihan siap sepenuhnya pada Ahad lalu dan semua bahan buangan itu dibawa Kualiti Alam ke Bukit Nanas, Negeri Sembilan.
Sementara itu, tinjauan Berita Harian di kawasan perindustrian Tangkak kira-kira 25 kilometer dari Muar, mendapati kawasan pelupusan sisa toksik berjadual secara haram itu terletak di kawasan semak yang agak terpencil dan bersebelahan dengan tanah persendirian.
Tinjauan mendapati sisa toksik itu sudah dibersihkan dan dipindahkan dengan kesan tayar jentera berat dan masih ada beberapa ketul sisa toksik dipercayai serdak aluminium yang tercicir.
Beberapa kakitangan Majlis Daerah Tangkak (MDT) turut dilihat meninjau keadaan sekitar semak itu dan turut mengambil gambar kawasan berkenaan.
©The New Straits Times Press (M) Berhad
Khairul Faizi : Ini sebenarnya membuktikan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) gagal menjalankan kerja mereka untuk mengawasi setiap aktiviti yang akan mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Semakin lama rakyat semakin bimbang kerana mungkin di kawasan rumah atau taman mereka tinggal juga di tanam dengan sisa toksik.

Pembunuh Syafiqah dikenal pasti

Berita Harian : 15 Februari 2006

JOHOR BAHRU: Polis sudah mengenal pasti pembunuhan Syafiqah Mohd Borhan, 15, yang ditemui mati dalam longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda, 27 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata penjenayah terbabit akan ditahan tidak lama lagi.
Katanya, siasatan polis berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) itu menunjukkan perkembangan positif.
“Kami tidak mahu mendedahkan identiti penjenayah yang mempunyai beberapa rekod jenayah itu kerana masih dalam siasatan dan bimbang dia akan melarikan diri.
“Penjenayah yang dipercayai masih di bandar raya ini akan ditahan tidak lama hari lagi,” katanya.
Syafiqah yang hilang tiga hari ditemui mati dipercayai dirogol sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam longkang jam 3.30 petang.
Mangsa dipercayai diserang ketika menunggu bas untuk ke sekolah.Abdul Rahim berkata, polis masih menunggu laporan Jabatan Kimia untuk mengetahui punca kematian mangsa.
“Patologi menunggu laporan Jabatan Kimia sebelum boleh memberikan pengesahan sama ada mangsa dirogol atau tidak,” katanya.
©The New Straits Times Press (M) Berhad
Faizi : Semoga Pembunuh Allahyarham Syafiqah akan segera titangkap dan dihukum!!!

14 February 2006

KECUAIAN DALAM URUSAN PERNIKAHAN; PEGAWAI YANG TERLIBAT PERLU DIKENAKAN TINDAKAN

KENYATAAN MEDIA
(14 Februari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa simpati terhadap pasangan Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin, 24, dan isterinya, Zanariah Abdullah, 24, yang yang dinikahkan setahun lalu oleh kadi daerah Muar telah diarahkan `berpisah' (farakh) kerana diiktiraf tidak sah oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut. Mereka yang telah dinikahkan pada 2 Februari 2005 hanya boleh bernikah semula selepas tiga kali suci.

Perpisahan itu terpaksa dilakukan kerana berlaku kekhilafan semasa pengendalian urusan pernikahan itu.

Kontroversi farakh di antara pasangan ini sepatutnya tidak akan berlaku jika Pejabat Agama Daerah Muar membenarkan adik lelaki pengantin perempuan, Mohd. Shafiq, menjadi wali.

Terdapat beberapa perkara yang DPPNJ ingin bangkitkan di dalam kontroversi ini.

Pertama, pendaftar nikah atau jurunikah sepatutnya mengutamakan adik lelakinya sebagai wali, bukan wali hakim. Zanariah telah melahirkan rasa kesalnya kerana sewaktu majlis pernikahan itu berlangsung, beliau sekeluarga telah membangkitkan persoalan kenapa adik lelaki beliau tidak dijadikan wali. Namun pegawai pendaftar nikah Mukim Parit Bakar menjelaskan bahawa dia lebih arif dalam menjalankan urusan pernikahan itu dan tidak perlu menggunakan wali adik lelaki Zanariah.

Sepatutnya jika berlaku kes bapa perempuan meninggal dunia, keutamaan wali perlu diberikan kepada datuk atau bapa kepada datuk.Kemudian ia turun kepada saudara lelaki iaitu abang ke bawah diikuti peringkat ketiga iaitu bapa saudara sebelah bapa, sebelum beralih kepada wali hakim sebagai penyelesaian terakhir.

Perkara yang kedua, keputusan Jabatan Agama Islam daerah itu dibuat oleh tiga orang pegawai di jabatan itu secara lisan dan tanpa sebarang hitam putih. Tindakan ini telah menyebabkan pasangan tersebut tidak keruan dan keliru dengan status mereka.

Sekiranya Jabatan Agama Johor melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius, makluman secara bertulis perlu disegerakan. Namun setelah didedahkan di dalam media, barulah semalam Zanariah Abdullah akhirnya menerima surat `hitam-putih' daripada Jabatan Agama Johor yang mengarahkannya berpisah secara `farakh' dengan suaminya.

Ketiga, apa yang lebih mengecewakan, pegawai jabatan terbabit memaklumkan kepadanya bahawa kejadian seperti itu pernah berlaku di Perak, dan beliau tidak sepatutnya memperbesar-besarkan hal itu ke pengetahuan pihak umum.

Dalam hal ini, DPPNJ mendesak agar pegawai pendaftar nikah Mukim Parit Bakar yang cuai menjalankan amanah ini disoal siasat dan dikenakan tindakan sekiranya beliau bersalah. DPPNJ juga mahu satu penjelasan secara terbuka daripada Jabatan Mufti Johor terhadap isu yang berlaku ini.

Esok, mahkamah akan memutuskan status pasangan ini dan DPPNJ akan melihat perkembangan seterusnya terutamanya keputusan yang bakal dibuat esok. DPPNJ juga bersedia menawarkan khidmat guaman kepada pasangan tersebut sekiranya mereka tidak diadili dengan sebaik mungkin.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

ISU KEHILANGAN 10 MUKA SURAT SEBUAH AL-QURAN : KENYATAAN MUFTI NEGERI JOHOR MENDUKACITAKAN

KENYATAAN MEDIA
(14 Februari 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Nooh Gadot, Mufti Negeri Johor bahawa Kehilangan 10 muka surat di sebuah al-Quran berkemungkinan berlaku kerana kesilapan dan kekurangan yang ada pada manusia dan tiada kaitan dengan hari kiamat.

Lebih memeranjatkan lagi, Sementara itu, Nooh lebih selesa untuk menyatakan bahawa kehilangan ayat itu berkemungkinan berlaku disebabkan beberapa faktor yang berpunca daripada kesilapan dan kekurangan manusia.

Sebelum ini pada 9 Februari 2006 ruangan muka hadapan Harian Metro telah menyiarkan berita bahawa sepuluh muka surat sebuah al-Quran bagi surah yang menunjukkan tanda kiamat dan kisah Nabi Muhammad S.A.W yang digunakan murid tahun empat Sekolah Agama Jalan Kebun Teh, di sini, tiba-tiba muka suratnya kosong dan hilang ayatnya.

Setiap dua muka surat hilang bagi Surah ke 46 iaitu Surah Al-Ahqaaf, Surah Muhamad (Surah ke-47), Surah Al-Fat-H (Surah ke-48) dan Surah Al-Hujuraat (Surah ke-49) dan Surah Qaaf (surah ke-50) hanya disedari selepas seorang murid tahun empat membelek al-Quran berkenaan untuk dibaca kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Antara ayat yang hilang bagi Surah Al-Ah Qaaf iaitu ayat 21 hingga 35, Surah Muhamad (ayat 20 hingga 38), Surah Al-Fah-H (ayat 16 hingga 28) dan Surah Al-Hujaraat (ayat 12 hingga 18) dan Surah Qaaf (ayat 1 hingga 15).

Penolong Kanan Sesi Petang sekolah itu, Mohd Al Fadialah Salikin, berkata pelajar yang dikenali Wan Shahrizal yang berusia 10 tahun mahu menggunakan al-Quran itu terkejut apabila mendapati ada antara muka surat tiada cetakan.

Sedangkan katanya, setiap bilik darjah di sekolah itu memiliki sekurang-kurangnya 20 al-Quran untuk kegunaan bagi kemudahan pelajar untuk mata pelajaran bacaan al-Quran.DPPNJ melihat bahawa sepatutnya Mufti Negeri Johor perlu mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan kepada umat Islam terutamanya pemimpin khususnya yang di negeri Johor supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, bukan memberikan sebab teknikal sebagai alasan.

Datuk Nooh menyebut bahawa urusan kiamat adalah milik Allah tetapi jangan pula beliau lupa bahawa terdapat banyak hadith-hadith yang menggambarkan tentang tanda-tanda yang menunjukkan petanda hari Kiamat

Peringatan-peringatan yang Allah turunkan tentu ada tujuannya. Lebih-lebih lagi Al-Quran yang hilang cetakan muka surat itu dikatakan memang biasa digunakan pelajar dan setiap hari dibuka untuk bacaan di dalam bilik darjah, ia antara al-Quran yang diwakafkan seseorang kepada sekolah berkenaan, bukannya baru dibeli dan digunakan.

Kenyataan Nooh Gadut ini akan menyebabkan masyarakat akan berasa selesa dan mereka tidak perlu bimbang kerana ia bukannya tanda-tanda bahawa hari kiamat akan tiba. Apakah dengan kenyataan seperti ini mampu memberikan kesedaran kepada umat Islam?.

Datuk Nooh Gadut perlulah menilai kembali pandangan beliau tentang kehilangan ayat Al-Quran ini untuk mengembalikan kredibiliti beliau sebagai seorang Mufti.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

Renungan :

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). H.R Ibnu Majah

11 February 2006

Pandangan Ulama' Dicerca dan Dihina, Siapa Yang Untung?

Apabila Majlis Mufti-Mufti Malaysia (MMM) pada 30 Julai 2004 telah memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda, banyak pihak yang memberikan pelbagai pandangan termasuklah yang mengkritik mufti dan ulama’ di Malaysia yang kononnya membuat fatwa tanpa melihat kepada realiti yang sebenarnya.

Keputusan yang telah diumumkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria itu setelah Majlis Mufti mempelbincangkan perkar tersebut dari pelbagai aspek dan berpendapat konsert Sure Heboh TV3 adalah sesuatu yang melalaikan dan ia wajar dihentikan.

Keputusan MMM telah melegakan umat Islam di Malaysia dan disokong oleh pelbagai pihak termasuk PAS. Lima badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum menyokong Majlis Mufti Malaysia yang memutuskan bahawa program Karnival Sure Heboh anjuran TV3 sebagai menyalahi agama.

NGO berkenaan ialah Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (Isra'), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Ulama Kedah (PUK), Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (Impak) dan Nadwah Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat Kedah (Nadwah).

Namun terdapat juga yang menentang keputusan ini. Perdana Menteri Malaysia ketika diminta mengulas mengenai isu pengharaman Konsert Karnival Sure Heboh, Abdullah meminta perdebatan mengenai isu ini dihentikan. Kenyataan beliau sebenarnya tidak berpihak kepada MMM apabila beliau menyatakan bahawa

``Itu bukan fatwa, itu hanya pandangan dan setiap orang boleh beri pandangan. Kita nak pegang adalah fatwa dan proses untuk membuat fatwa itu diketahui oleh semua orang Islam di negara ini.”
Hari ini Berita Harian menyiarkan berita bertajuk “300,000 dijangka ke Sureheboh“.

Siri pertama jelajah Sureheboh 2006 anjuran TV3 yang diadakan di sini bermula semalam hingga esok dijangka dikunjungi kira-kira 300,000 orang.

Ia diadakan di Taman Tema Bandar Darulaman, Jitra, muncul dengan konsep baru yang turut menggabungkan penyertaan semua stesen televisyen dan radio milik Media Prima Bhd. Selain TV3, turut serta ntv7, TV8 dan saluran radio barunya, HOT.fm.Pelbagai program diadakan sempena Sureheboh 2006 ini dan apa yang menyedihkan adalah apabila konsert tetap dijadikan sebagai acara kemuncaknya.

“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Ahmad Farid Ridzuan berkata, acara kemuncak Sureheboh 2006 ialah Konsert Sureheboh yang akan berlangsung jam 8 malam esok, menampilkan artis Flop Poppy, Pop Shuvit, Raihan, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Nurul, Ajai, Jamal Abdillah, Nash, Shazzy dan Elyana.”

Inilah nasib ulama’ dan Islam di Malaysia. Nasihat dan teguran untuk kebaikan umat Islam dibakulsampahkan, dihina dan ditertawakan. MMM bukannya tidak terdiri daripada golongan yang cerdik agama. Keputusan yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga turut dikecam kerana dilihat terlalu kolot setelah memfatwakan bahawaperaduan melalui SMS yang berunsur perjudian adalah haram.

DPPNJ tidak bermaksud untuk menolak hiburan bahkan PAS sangat prihatin dengan program hiburan khususnya untuk gologan muda-mudi. Ketika program perasmian Bandar Raya Islam Kota Baru, Mawi, M Nasir, Kumpulan Rabbani dan Ustaz Akil Hai telah dijemput untuk menghiburkan para pengunjung. Baru-baru ini di Johor semasa program Sambutan 2 Tahun DUN Senggarang, Konsert Sayangi Senggarang yang dipersembahkan oleh Ustaz Akil Hai, Kumpulan Dikir Barat Sri Kenangan dan Sdr Azhan Atan telah diadakan dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Tetapi konsert-konsert seperti ini diadakan mengikut lunas-lunas Islam seperti mengasingkan tempat duduk mengikut jantina dan lagu-lagu yang disampaikan mengingatkan kita kepada Allah.

10 February 2006

Pelajar terkejut 10 muka surat al-Quran ‘hilang’

Berita ini dipetik daripada Berita Harian bertarikh 10 Februari 2006 (Edisi Johor)
JOHOR BAHRU: Pelajar tahun empat Sekolah Agama Jalan Kebun Teh, di sini terkejut apabila mendapati sepuluh muka surat mengandungi beberapa surah dalam sebuah al-Quran kosong dan beberapa ayatnya hilang.

Kejadian itu disedari oleh seorang pelajar ketika membelek al-Quran berkenaan untuk dibaca kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Difahamkan, halaman muka surat kosong dan beberapa potong ayat al-Quran yang hilang itu adalah surah mengisahkan tanda ketibaan hari kiamat dan kisah Nabi Muhammad SAW.

Setiap dua muka surat yang kosong itu mengandungi surah ke-46 iaitu Surah Al-Ahqaaf; Surah Muhammad (surah ke-47); Surah Al-Fath (surah ke-48); Surah Al-Hujurat (surah ke-49) serta Surah Qaaf (surah ke-50).

Antara ayat yang hilang pula ialah ayat 21 hingga 35 Surah Al-Ahqaaf; Surah Muhammad (ayat 20 hingga 38); Surah Al-Fath (ayat 16 hingga 28); Surah Al-Hujurat (ayat 12 hingga 18) dan Surah Qaaf (ayat 1 hingga 15).

Penolong Kanan sekolah itu, Mohd Al Fadialah Salikin, berkata Wan Shahrizal, 10, mahu menggunakan al-Quran itu terkejut apabila mendapati ada antara muka surat kosong seolah-olah tidak dicetak.

Bagaimanapun, katanya, setiap bilik darjah di sekolah itu sekurang-kurangnya memiliki 20 al-Quran untuk kegunaan harian bagi kemudahan pelajar dalam mata pelajaran bacaan al-Quran.

"Al-Quran yang hilang cetakan muka surat itu, memang biasa digunakan pelajar dan setiap hari dibuka untuk bacaan di dalam bilik darjah. Al-Quran berkenaan diwakafkan seseorang kepada sekolah berkenaan," katanya.

Katanya, kebetulan al-Quran itu ditemui di dalam bilik darjah yang beliau banyak mengajar mengenai tanda ketibaan Hari Kiamat, kehancuran dan keruntuhan kaum selain sejarah Nabi Muhammad.

Beliau berkata, kehilangan muka surat adalah sebahagian daripada kebesaran Allah SWT dan ingatan kepada semua pihak supaya tidak meninggalkan ajaran agama Islam sekali gus mendalami dan memahami isi kandungan al-Quran.

Sementara itu, guru sekolah itu, Norahdat Mohamed, berkata kehilangan muka surat itu menarik perhatian ramai murid untuk melihat kebesaran Allah.

"Sekurang-kurangnya kebesaran ini jika dilihat dari sudut positif dapat menggalakkan lebih ramai mendalami dan membaca al-Quran. Malah, sekurang-kurang dengan hanya membuka untuk menelitinya sudah satu rahmat daripada-Nya," katanya.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

JANJI KAMI KEPADA RAKYAT KAMI TUNAIKAN!!!


Pada hari Ahad (5 Februari 2006) yang lalu DPPN Johor telah mencadangkan agar penduduk Kampung Sungai Gatom supaya menubuhkan Badan Bertindak dan akan membawa penduk untuk bertemu Menteri Besar Johor.

Pada 9 Februari 2006 (Khamis) kami telah tunaikan hasrat Badan Bertindak Mangsa Gas Ammonia Kampung Sungai Gatom Labis untuk membawa hasrat mereka ke pejabat Menteri Besar. Walaupun yang menyambut mereka adalah Exco Perlancongan dan Alam Sekitar Negeri Johor YB Freddie Loong Hoo Hin tetapi hasrat dan kehendak penduduk telah disampaikan dengan penyerahan memorandum yang telah dibuat.

Walaupun penduduk masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan penerangan beliau tetapi setidak-tidaknya secara rasmi hasrat mereka telah tercapai.

Insya Allah DPPN Johor akan terus membantu rakyat Kampung Sungai Gatom untuk menuntut hak mereka.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Penasihat
Badan Bertindak
Mangsa Gas Ammonia Kampung Sungai Gatom
Labis, Johor Posted by Picasa

Pembunuhan Syafiqah: PAS ajak umat Islam Solat Hajat

Tue Feb 07, 06 12:02:29 PM
Oleh Salman Hussin

JOHOR BAHRU, 6 Feb (Hrkh) – Seluruh umat Islam diseru mengadakan solat hajat khusus sebagai tanda simpati terhadap perbuatan kejam yang dilakukan ke atas Syafiqah Mohd Borhan yang dirogol dan dibunuh baru-baru ini.

Solat hajat ini juga bertujuan bagi membantu polis menyelesaikan masalah ini kerana sehingga kini penjenayah terbabit masih belum dapat ditangkap lagi,kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini.

"Walau pun kita percaya sekarang ini polis sedang bertungkus lumus melakukan siasatan bagi mengesan penjenayah terbabit dengan menggunakan segala kepakaran dan kemampuan yang mereka ada namun untuk mempermudah dan mempercepatkan lagi tugas ini maka kita semua perlulah memberikan bantuan yang sewajarnya supaya kes ini dapat diselesaikan segera.

"Semua pihak wajar merasakan bahawa insiden malang yang menimpa mangsa terbabit sebagai satu tanggungjawab bersama dan tidak sepatutnya beban ini diletakkan di atas bahu anggota polis semata-mata sebaliknya masyarakat juga berperanan membantu polis menangani kes-kes jenayah ini," katanya semasa berceramah di Taman Dahlia Tampoi, dekat sini, kelmarin.

Syafiqah, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim (SIGS), ditemui mati tidak jauh dari rumahnya di Taman Skudai Kanan Bandar Baru Uda (BBU) dekat sini Jumaat minggu lalu.

Terdahulu keluarga mangsa telah membuat lapuran polis setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk ke sekolah, bagaimana pun penantian ini terjawap apabila mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian di dalam longkang kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Menurut Faizi lagi, sebagai umat Islam sudah tentulah tempat mengadu hanya kepada Allah SWT, apatah lagi dalam situasi tertentu yang begitu sulit untuk diselesaikan melalui kemampuan manusia maka jalan terbaik hanyalah dengan memohon pertolongan Allah SWT.

"Justeru kerana itu kita merayu seluruh umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat khusus bagi membantu polis menangani masalah ini, bagi umat Islam inilah sebenarnya kelebihan yang kita ada maka keistimewaan ini perlulah dimanfaatkan terutama dalam keadaan yang begitu mendesak," katanya.

Selanjutnya menurut Faizi, Pemuda PAS Johor meminta semua pimpinan dan ahli PAS di peringkat kawasan dan cawangan di seluruh negeri ini mengadakan solat hajat ini secara berterusan sehinggalah penjenayah terbabit ditangkap.

"Ini kerana kita merasakan perbuatan penjenayah ini begitu zalim dan tidak boleh dimaafkan sama sekali, selain itu kita juga mengharapkan agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi di masa depan lebih-lebih lagi yang membabitkan kanak-kanak," katanya. - zs

Sisa toksid: Penduduk Sungai Gatom disaran tubuh Jawatankuasa Bertindak

Tue Feb 07, 06 11:21:42 AM (from Harakahdaily)
Oleh Salman Hussin


LABIS, 5 Feb (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPP NJ) menyarankan penduduk Kampung Sungai Gatom Labis yang terbabit dengan isu pembuangan haram sisa toksik baru-baru ini segera menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi menuntut hak mereka.

Ini kerana sekiranya penduduk menunggu sehingga kerajaan mendakwa pihak terbabit dikhuatiri tuntutan gantirugi yang mereka alami akibat pembuangan sisa toksik haram ini akan lenyap begitu sahaja, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini.Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak pembuangan sisa toksik haram di Kampung Sungai Gatom dekat sini, Ahad kelmarin.Dalam tinjauan ini, mereka mendapati kerja-kerja pembersihan masih belum diteruskan sejak dihentikan operasinya sebelum Sambutan Tahu Baru Cina, Ahad minggu lalu.

Difahamkan sehingga kini lebih 2,000 tan sisa toksik sudah diangkut keluar dan dianggarkan jumlah keseluruhan sisa toksik yang dibuang di sini melebihi 5,000 tan.Menurut Faizi, gantirugi daripada pihak yang terbabit dengan pembuangan sisa toksik haram ini masih tidak boleh dibuat kerana kerajaan masih belum mendakwa mereka lagi.

Bagaimana penduduk mempunyai hak menuntut gantirugi melalui Tabung Bencana Alam Negeri.Kalau kerajaan boleh mengeluarkan kos yang begitu besar daripada tabung bencana alam negeri untuk menampung kos pembersihan tapak pembuangan sisa toksik ini maka tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh memberi bantuan kepada penduduk terbabit menggunakan dana yang sama, katanya.
Menurut Faizi lagi, penduduk yang menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu ini menghadapi berbagai masalah berikutan kejadian ini termasuk kerugian dan juga trauma."
Justeru kerana itu kita minta kerajaan negeri segera memberi pampasan sewajarnya kepada penduduk terbabit kerana kerajaan negeri juga bertanggungjawab dalam hal ini maka tidak sewajarnya penduduk terbabit dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan kerajaan.
Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar PAS Johor, selanjutnya berkata, penubuhan jawatankuasa bertindak ini amat penting bagi membolehkan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Besar, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, diadakan dengan seberapa segera.
"Bagi kita apa yang penting segala kerugian serta masalah yang dihadapi penduduk akibat kejadian ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri dan kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu," kata beliau.
PAS Johor katanya lagi, sekali lagi mengulangi kesanggupan untuk memberikan khidmat guaman secara percuma kepada penduduk terbabit dalam usaha untuk membela nasib mereka.
Sehubungan itu beliau menyeru semua penduduk terbabit bersatu hati serta tidak mengira fahaman politik bagi memperjuangkan nasib mereka, “bagi kita yang penting nasib penduduk terbela," ujarnya lagi. - zs

05 February 2006

PEMBINAAN JAMBATAN BARU MALAYSIA-SINGAPURA UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA

KENYATAAN MEDIA
(5 Februari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyambut baik kenyataan Menteri Luar Singapura George Yeo bahawa kesediaan untuk bertemu dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sukan tahunan menteri luar mereka hari ini dan esok dalam usaha mencapai kedudukan yang memberi manfaat bagi semua. Ini dilihat sebagai tanda persefahaman kedua-dua negara untuk mencapai persepakatan di atas isu pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Yeo menyebut bahawa adalah penting untuk mengadakan perbincangan atas asas semangat kemesraan jiran dan muhibbah.

Sebelum ini, Malaysia telah mencadangkan pembinaan sebuah jambatan untuk menggantikan Tambak Johor yang berusia 80 tahun itu dengan Singapura dan Malaysia masing-masing menanggung kos pembinaan setiap sebahagian daripada jambatan itu.

Selepas selesai mengadakan perbincangan selama 40 minit di Singapura, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Syed Hamid Albar dan rakan sejawatannya George Yeo, bersetuju pegawai kedua-dua negara meneruskan rundingan mereka mengenai jambatan itu dan isu lain.

Yeo bersetuju dengan Syed Hamid bahawa rundingan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa sebarang keputusan tetapi mengekalkan pendirian Singapura bahawa negara itu hanya bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan tambak dengan jambatan sekiranya ia membawa manfaat seimbang kepada kedua-dua negara.

DPPNJ melihat bahawa perkembangan ini akan mempercepatkan lagi proses pembinaan jambatan baru yang telah tertanggung sekian lama sehingga telah menyebabkan kesesakkan di tambak Johor.

Sebelum ini, berlaku sedikit ketegangan apabila Kerajaan Singapura memberitahu bahawa ia sudah menghantar nota pihak ketiga ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan tentang rancangan Malaysia meneruskan pembinaan jambatan merentasi Selat Johor

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran beberapa soalan daripada pihak media berhubung laporan Bernama yang bertajuk Malaysia teruskan projek pembinaan jambatan untuk elak kenaikan kos, kata PM.

Laporan itu memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata bahawa Malaysia akan meneruskan projek pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor untuk mengelak kos tinggi pembinaannya.

Singapura sebelum ini sudah menyatakan keengganannya kepada rancangan untuk menggantikan jambatan berusia 81 tahun yang menghubungkan Malaysia dengan negara pulau itu.

Menteri Luarnya, George Yeo memberitahu Parlimen pada bulan Oktober lalu bahawa pandangan tentang jambatan itu tetap tidak berubah, dan mengatakan bahawa Singapura boleh bersetuju dengan rancangan Malaysia untuk menggantikan jambatan itu dengan yang baru, hanya sekiranya ada keuntungan yang seimbang kepada kedua-dua pihak.

Singapura juga memberi amaran tentang implikasi undang-undang yang serius sekiranya Malaysia meneruskan rancangannya untuk menggantikan jambatan di sebelah bahagiannya, dengan memberi alasan berhubung peraturan antarabangsa bahawa jambatan itu tidak boleh diruntuhkan secara sah tanpa persetujuan Singapura.

Semoga kedua-dua negara yang berjiran ini akan menyelesaikan isu pembinaan jambatan baru ini dengan baik dan memberikan manfaat untuk semua.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/