29 March 2006

KONVENSYEN PEMUDA BA NEGERI JOHOR

KENYATAAN MEDIA
(29 Mac 2006)

TAJUK :

KONVENSYEN PEMUDA BARISAN ALTERNATIF (BA) NEGERI JOHOR


Buat Julung kalinya, Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor akan mengadakan konvenyen pertamanya pada 2 April 2006 ini.

Jawatankuasa yang telah diwujudkan pada 26 Julai 2005 sebelum ini telah pun mengadakan beberapa kali aktiviti bersama dalam menangani isu bersama seperti krisis air yang melanda rakyat Johor pada tahun 2005 yang lalu.

Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor telah bersetuju memilih tajuk MEMBINA PERPADUAN MENJANA KEBANGKITAN sebagai tema konvensyen kali pertama ini. Membina Perpaduan akan memfokuskan perancangan yang lebih rapi untuk memantapkan lagi hubungan di antara anggota Pemuda BA Johor. Menjana Kebangkitan akan lebih menjurus kepada gerakerja untuk menjana kebangkitan rakyat khususnya dengan pelbagai isu yang berlaku sekarang ini termasuklah isu kenaikan harga minyak.

Konvensyen ini akan diadakan di Hotel Kelana, Skudai. Perasmi pembukaan adalah Tuan Haji Aminuddin Bin Huda selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor manakala perasmian penutup akan disempurnakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan iaitu Sdr Ezam Bin Mohd Noor.

Dua kertas kerja akan dibentangkan sepanjang konvensyen ini dijalankan. Diakhir konvensyen ini, satu resolusi akan diputuskan untuk tindakan bersama.

Diharapkan agar konvensyen pertama ini mampu mendatangkan kebaikan kepada Pemuda BA Johor dan rakyat negeri Johor.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi
Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor
019-7701830

WIRA RAKYAT

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dijulang selepas dibebaskan setelah ditahan kerana mengadakan demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak. Posted by Picasa

SERAHAN MEMO KEPADA MB JOHOR

Posted by Picasa


















Keratan Akhbar ini telah disiarkan oleh China Press pada 4 Mac 2006. Walaupun lewat dipaparkan dalam blog ini tetapi mesej yang ingin sisampaikan adalah :

Inilah dia negara demokrasi, memorandum rakyat berkaitan bantahan kenaikan harga minyak hanya boleh diserahkan di pintu pagar Bukit Timbalan. Pimpinan BA, DAP dan NGO telah dihalang memasuki kawasan Bukit Timbalan tetapi wakil kerajaan hanya menerima melalui pintu pagar.

Kalau beginilah caranya maka suara rakyat hanya akan didengari oleh UMNO/BN ketika waktu pilihanraya sahaja............Selepas daripada itu, rakyat dilihat seperti sampah!!!

SERAHAN MEMO KEPADA MB JOHOR - ISU JAMBATAN BARU

Posted by Picasa
Serahan Memorandum oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor isu tuntutan tambahan Singapura untuk membina jambatan baru diantara Malaysia - Singapura

25 March 2006

MEMORANDUM KEPADA PAK LAH ISU PEMBINAAN JAMBATAN MALAYSIA - SINGAPURA

Rujukan Kami : PAS/DPP.12/2.05(19/06)
Rujukan Tuan :

24 Mac 2006 / 3 Safar 1427



Kepada,

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pejabat Perdana Menteri,Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Melalui dan salinan ;

Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani Bin Othman
Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta’zim
Pejabat Menteri Besar
Bukit Timbalan, Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

Memorandum Membantah menyerahkan ruang udara dan menjual pasir laut kepada Singapura untuk membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor.

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa dukacita teramat sangat dan membantah sekeras-kerasnya terhadap tindakan mahu menyerahkan ruang udara dan menjual pasir laut kepada Singapura semata-mata hanya mahu mereka bersetuju membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor.

2. DPPNJ melihat sekiranya ini berlaku maka ini adalah sebagai satu pengkhianatan terbesar parti pemerintah yang diterajui oleh UMNO/BN terhadap negara dan rakyat. Membenarkan penggunaan ruang udara negara kepada Singapura merupakan satu tindakan yang amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan. Mana-mana negara yang berdaulat sekalipun tidak akan membenarkan tindakan ini berlaku lebih-lebih lagi hanya kerana mahu membina sebuah jambatan. Ini kerana ianya bukan sekadar melibatkan maruah dan kedaulatan negara tetapi ianya juga melibatkan tentang keselamatan rakyat dan negara.

3. Persetujuan membekalkan pasir kepada Singapura sepertimana yang telah didedahkan oleh Mingguan Malaysia bertarikh 19 Mac 2006 bahawa sekiranya syarat tambahan kerajaan Singapura dipenuhi, bermakna Malaysia akan membekalkan sebanyak 200 juta meter padu pasir selama tempoh 20 tahun bagi melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong.

4. Ini bermakna sebenarnya kita telah membantu Singapura untuk memperluaskan lagi wilayahnya. Ini sangat bertentangan dengan sikap kerajaan Malaysia yang sebelum ini dilihat sangat sensitif apabila menentang tindakan Singapura melakukan proses penambakan laut dengan alasan ianya akan memberi kesan kepada perairan negara malah lebih kronik lagi kita menentang usaha Singapura tersebut sehingga membawanya ke mahkamah antarabangsa kerana kesan negatifnya juga memudaratkan operasi TLDM di Tanjung Pengelih.

5. Apakah tindakan kerajaan Malaysia selama ini hanyalah lakonan semata-mata atau kerajaan dilihat berubah pendirian ? Jelas sekali kini keterdesakkan kerajaan untuk meneruskan projek pembinaan jambatan tersebut bagi menyelamatkan CIQ ( Komplek Imegresen dan Kuarantin ) yang bernilai RM1.16 billion daripada menjadi projek gajah putih dipergunakan sepenuhnya oleh Singapura untuk memperolehi segala yang dicita daripada Malaysia. Lebih menyedihkan kerajaan dilihat begitu mudah diperbudakkan oleh Singapura semata-mata untuk mempertahankan ego mereka.

6. Kini dalam menyelesaikan isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerajaan dilihat mengulangi prinsip yang sama, menyelesaikan masalah dengan mencipta masalah baru. Kerajaan dilihat tidak mempunyai kredibaliti untuk mewakili kepentingan rakyat di dalam isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor ini. Pertimbangan singkat dengan mengenepikan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa lalu kini mewarnai rundingan antara Malaysia-Singapura di dalam isu ini. Jika sebelum ini kita ditipu hidup-hidup dalam perjanjian perbekalan air dan banyak lagi isu yang berbangkit, DPPNJ melihat rundingan berkenaan isu pembinaan jambatan ini juga akan mengulangi episod yang sama.

7. Perkara ini telah disebut oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar (Mingguan Malaysia, 19 Mac 2006) hasil daripada rundingan kali ke 5 dengan Singapura berhubung dengan pembinaan jambatan baru ini.

8. Dalam ruangan yang sama juga Syed Hamid berkata, isu tuntutan tambahan itu tidak harus dijadikan pertikaian kerana ia adalah keputusan kabinet yang sudah pasti mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia.

9. DPPNJ membuat satu kesimpulan yang mudah ; perkara ini sebenarnya menunjukkan sikap sebenar pemimpin UMNO/BN dalam soal menjaga maruah dan kedaulatan Negara.

10. DPPNJ kecewa dengan Menteri Luar Malaysia kerana sebelum ini memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada apa jua desakan kerajaan Singapura. Syed Hamid telah menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang isu termasuklah isu pasir dan ruang udara (Utusan Malaysia, 13 Mac 2006). Pada 14 Mac 2006 pula, Berita Harian melaporkan pula bahawa tiada syarat tambahan akan dimetrai untuk membina jabatan ini.

11. Mana perginya kejujuran seorang pemimpin kerajaan?. Sanggup menggadaikan negara walaupun kesannya amat memedihkan kepada generasi akan datang.

12. Dalam hal ini, DPPNJ tertarik dengan kenyataan oleh Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn Bhd, Datuk Yahya A. Jalil, yang merupakan kontraktor utama pembinaan jambatan ini. Walaupun syarikat beliau telah dianugerahkan projek mega ini namun dalam soal kepentingan rakyat Malaysia beliau telah menyatakan bahawa ;

“Sebagai rakyat Malaysia dan anak kelahiran Johor saya tidak rela dan saya sanggup mati untuk tanah air daripada menyerahkan martabat, maruah dan kedaulatan Negara ini”.

“Ruang udara dan pasir adalah simbolik kepada kedaulatan tanah air ini. Mengapa perlu diperdagangkan?. Saya tidak sanggup untuk melihat ini berlalu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

13. DPPNJ melahirkan rasa sangsi terhadap pendirian Kabinet Malaysia terhadap isu ini. Berita Minggu bertarikh 19 Mac 2006 melaporkan bahawa mesyuarat Kabinet Malaysia akan membuat keputusan terhadap tuntutan tambahan yang diletakkan oleh Singapura tetapi sehingga ke hari ini tiada apa-apa keputusan yang telah diumumkan kepada rakyat. Apakah ada agenda disebalik keputusan ini?. Inilah yang membimbangkan DPPNJ dan rakyat Malaysia.

14. DPPNJ sekali lagi menegaskan bahawa DPPNJ tidak berkompromi dengan apa jua syarat yang bakal menjahanamkan negara.

15. DPPNJ dengan tegas berpendirian bahawa sebarang keputusan kerajaan untuk memberi persetujuan terhadap permintaan Singapura adalah suatu kesilapan yang akan mengundang bala yang lebih besar kepada negara. Persetujuan ini merupakan satu pengkhianatan yang tidak akan dimaafkan oleh rakyat.

Sekian, wassalam.

“Memacu Perjuangan”

Yang menjalankan amanah,



KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
Tel : 019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com

23 March 2006

RISALAH BANTAH - MUKA 2

Posted by Picasa

RISALAH BANTAH - MUKA 1

Posted by Picasa













Risalah ini diterbitkan oleh Gabungan Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak Negeri Johor (BANTAH)
Sebarkan kepada masyarakat...

LAPORAN POLIS ISU PLKN

Posted by Picasa












Tarikh : 20 Mac 2006
Tempat : Balai Polis Central Johor Bahru

KERAJAAN MALAYSIA JANGAN TUNDUK DENGAN PERMINTAAN SINGAPURA

Kenyataan Media
(21 Mac 2006)

Kenyataan media ini dibuat selepas Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang dibuat di Johor Bahru pada 20 Mac 2006 yang lalu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa dukacita teramat sangat dan membantah sekeras-kerasnya terhadap tindakan mahu menyerahkan ruang udara dan menjual pasir laut kepada Singapura semata-mata hanya mahu mereka bersetuju membina jabatan lurus menggantikan Tambak Johor.

Perkara ini telah disebut oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar (Mingguan Malaysia, 19 Mac 2006) hasil daripada rundingan kali ke 5 dengan Singapura berhubung dengan pembinaan jambatan baru ini.

Dalam ruangan yang sama juga Syed Hamid berkata, isu tuntutan tambahan itu tidak harus dijadikan pertikaian kerana ia adalah keputusan kabinet yang sudah pasti mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia.

DPPNJ membuat satu kesimpulan yang mudah ; perkara ini sebenarnya menunjukkan sikap sebenar pemimpin UMNO/BN dalam soal menjaga maruah dan kedaulatan Negara.

DPPNJ kecewa dengan Menteri Luar Malaysia kerana sebelum ini memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada apa jua desakan kerajaan Singapura. Syed Hamid telah menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang isu termasuklah isu pasir dan ruang udara (Utusan Malaysia, 13 Mac 2006).

Pada 14 Mac 2006 pula, Berita Harian melaporkan pula bahawa tiada syarat tambahan akan dimetrai untuk membina jabatan ini.

Mana perginya kejujuran seorang pemimpin kerajaan?. Sanggup menggadaikan negara walaupun kesannya amat memedihkan kepada generasi akan datang.

Dalam hal ini, DPPNJ tertarik dengan kenyataan oleh Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn Bhd, Datuk Yahya A. Jalil, yang merupakan kontraktor utama pembinaan jambatan ini. Walaupun syarikat beliau telah dianugerahkan projek mega ini namun dalam soal kepentingan rakyat Malaysia beliau telah menyatakan bahawa ;

“Sebagai rakyat Malaysia dan anak kelahiran Johor saya tidak rela dan saya sanggup mati untuk tanah air daripada menyerahkan martabat, maruah dan kedaulatan Negara ini”.

“Ruang udara dan pasir adalah simbolik kepada kedaulatan tanah air ini. Mengapa perlu diperdagangkan?. Saya tidak sanggup untuk melihat ini berlalu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

DPPNJ menegaskan bahawa DPPNJ tidak berkompromi dengan apa jua syarat yang bakal menjahanamkan negara. Sekiranya mesyuarat Kabinet yang berlansung pada hari esok (Rabu) bersetuju dengan cadangan hasil daripada rundingan kali ke 5 itu maka DPPNJ tidak akan mendiamkan diri. Pastinya tindakan susulan akan dilakukan.

SIKAP DATUK YAHYA A. JALIL SANGAT DIPUJI

Kenyataan Media
(21 Mac 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan syabas dan tahniah kepada seorang rakyat Malaysia dan anak Johor yang dilihat sangat berani untuk mengambil risiko di atas kenyataannya mengenai isu pembinaan jambatan Malaysia Singapura seperti yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 19 Mac 2006 baru-baru ini.

Kenyataan yag dibuat oleh Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn Bhd, Datuk Yahya A. Jalil, yang merupakan kontraktor utama pembinaan jambatan ini dibuat walaupun beliau sedar bahawa pelbagai risiko yang beliau perlu hadapi termasuklah mpenarikkan semula projek tersebut.

Walaupun syarikat beliau telah dianugerahkan projek mega ini namun dalam soal kepentingan rakyat Malaysia beliau telah menyatakan bahawa ;

“Sebagai rakyat Malaysia dan anak kelahiran Johor saya tidak rela dan saya sanggup mati untuk tanah air daripada menyerahkan martabat, maruah dan kedaulatan Negara ini”.

“Ruang udara dan pasir adalah simbolik kepada kedaulatan tanah air ini. Mengapa perlu diperdagangkan?. Saya tidak sanggup untuk melihat ini berlalu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

Sikap yang ditunjukkan oleh beliau seharusnya diteladani oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang selama ini hanya mengharapkan sebarang bentuk projek kerajaan sehingga sanggup mengiakan apa jua tindakan kerajaan UMNO/BN walaupun akhirnya ia memberikan kesan buruk sehingga menjahanamkan agama, bangsa dan negara.

DPPNJ mendoakan agar Datuk Yahya A. Jalil akan terus menjadi rakyat yang berani bersuara untuk masa depan negara dan kepentingan rakyat yang semakin hari semakin rosak disebabkan tangan-tangan pemimpin UMNO/BN.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor


14 March 2006

AP NAK JADI??

Ada sesiapa yang nak beri pandangan? Posted by Picasa

DEWAN RAKYAT (KERAJAAN ISLAM HADHARI) TOLAK USUL BINCANG PENYIARAN KARIKATUR NABI MUHAMMAD S.A.W

KENYATAAN MEDIA
(14 Mac 2006)

TAJUK :

Dewan Rakyat (KERAJAAN ISLAM HADHARI) Tolak Usul Bincang Penyiaran Karikatur Nabi Muhammad S.A.W

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Islam Hadhari Malaysia terus melakukan kejutan kerana menolak usul untuk membincangkan isu penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W oleh pihak media luar Negara petang tadi.
Speaker Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul yang dikemuka oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata walaupun isu berkenaan ialah perkara khusus dan berkepentingan orang ramai tetapi bukan lagi isu yang perlu disegerakan.

Ini kerana, katanya isu itu telah berlaku sejak September tahun lalu dan walaupun turut berlaku di negara ini kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya.
Ramli berkata Mesyuarat mengakui perbuatan media Barat itu merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan boleh mengancam keselamatan.
Beliau juga menegaskan Mesyuarat tidak boleh menerima alasan kartunis dan akhbar berkenaan yang beranggapan perbuatan mempersenda dan mencemuh sesuatu agama adalah hak kebebasan mereka.

Penolakkan usul ini telah memberi gambaran sebenar sikap kerajaan terhadap agama Islam dan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Rasulullah.

Terbongkarlah sedikit demi sedikit penipuan kerajaan pimpinan Pak Lah yang selama ini cuba meyakinkan orang Islam di Malaysia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan melaksanakan Islam.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK ; UMNO/BN MULA GELABAH

KENYATAAN MEDIA
(14 Mac 2006)

TAJUK :

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK ; UMNO /BN MULA GELABAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPNNJ) melihat bahawa perkembangan terbaru hasil daripada ucapan pimpinan UMNO/BN yang menyelarkan PAS dan parti pembangkang sebenarnya menggambarkan kegelabahan mereka untuk menyerap tekanan daripada rakyat yang telah mula sedar mereka ditipu oleh kerajaan yang mereka pilih.

Walaupun selama ini kerajaan BN pimpinan ‘Mr Clean’ dilihat bergitu stabil dan hebat khususnya apabila ditekan oleh PAS dan parti pembangkang yang lain, tetapi isu kenaikan harga minyak baru-baru ini yang telahpun masuk hari yang ke 15 penguatkuasaannya telah menampakkan katakutan dan kegelisahan yang mengerikan pimpinan UMNO/BN.

Rakyat sudah mula berani bersuara dan membantah tindakan kerajaan ini. Persatuan dan perniaga sudah mula sedar dan bertindak untuk kepentingan perniagaan mereka.

Paling menarik, PAS dan semua parti pembangkang dipersalahkan kerana ‘menghasut’rakyat supaya menentang kenaikan harga minyak ini.

Beberapa kenyataan yang disiarkan dalam media massa menggambarkan keadaan ini;

Kata Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah

“ Macam-macam orang kata pada kerajaan. Orang marah, saya tahu dan tidak kurag juga golongan yang mengeksploitasikan untuk kepentingan politik mereka. Tetapi sebagai kerajaan kita mesti bertanggung jawab, agar kesannya tidak teruk kepada rakyat”
Utusan Malaysia 11 Mac 2006

Kata Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin,

Parti pembangkang diselar kerana cuba mengambil kesempatan menjadikan isu kenaikan minyak sebagai `senjata' untuk kepentingan politik murahan mereka.

``Demonstrasi bukan satu penyelesaian yang bijak, mereka ini macam peniaga yang mahu ambil kesempatan, cuma motif mereka untuk politik.

``Jangan hanya pandai kritik apa yang kita sudah buat. Apa yang kerajaan Pas Kelantan bagi untuk subsidi? Berapa banyak dah bagi? Hanya bagi ceramah politik sahaja. Jangan dengarlah kata pembangkan,'.
Utusan Malaysia, 14 Mac 2005

Kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamad ;

``Kita perlu ingat bahawa mengadakan rusuhan, demonstrasi dan keganasan bukan budaya rakyat Malaysia yang dikenali sebagai rakyat berhemah dan bersopan''
``Walaupun harga minyak naik 30 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM13 bilion tahun ini untuk menolong rakyat''
Utusan Malaysia, 14 Mac 2005

Apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pimpinan UMNO/BN adalah rakyat Malaysia adalah terdiri golongan manusia yang tidak mampu berfikir dan mudah terpengaruh dengan ‘penipuan’ dan ‘pembohongan’ parti pembangkang khususnya PAS.

Pimpinan UMNO/BN menganggap apabila rakyat menerima pandangan PAS maka rakyat Malaysia berfikiran sempit dan mudah tertipu. Tetapi, apabila rakyat menolak pandangan PAS dan parti pembangkang maka rakyat dilihat cerdik dan bijak.

Dalam isu kenaikan harga minyak ini, DPPNJ yakin andaikata PAS tidak melakukan apa-apa tindakan rakyat tetap akan bangkit juga kerana pengguna yang tertekan sekarang ini adalah rakyat Malaysia yang mahu nasib mereka dibela oleh kerajaan yang mereka pilih.

Rakyat mahukan kerajaan yang mampu meringankan bebanan mereka, bukannya kerajaan yang menyenangkan dan mengenyangkan tembolok beberapa kerat pimpinan UMNO/BN.

DPPNJ melihat bahawa dalam isu kenaikan harga minyak ini, UMNO/BN berada dalam keadaan yang tertekan. PAS perlu lebih aggresif untuk ‘menekan’ kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN ini.

Oleh itu, DPPNJ menyeru kepada semua pimpinan PAS agar jangan berhenti untuk memberi penerangan kepada rakyat agar mereka yakin bahawa PAS mampu membela nasib rakyat.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

13 March 2006

UCAPAN TAKZIAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pembunuhan keluarga Allahyarham Marziah Mansor, 33, yang mati dibunuh bersama tiga anaknya, Mohd. Zamri, 7; Mohd. Zairi, 3, dan Intan Zaharah, 1.

Keempat-empat mangsa mati dibunuh di rumah mereka di No. 80, Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai, Pasir Gudang dekat sini.

Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin, Marziah ditemui mati bersama-sama tiga anaknya.
Ekoran itu, polis menahan suami mangsa bagi membantu siasatan dan turut menemui sebatang besi buaian dipercayai diguna dalam kejadian tersebut.

Semoga keluarga mangsa bersabar menghadapi dugaan ini.

11 March 2006

KISAH SEORANG PEMANDU TEKSI DI KUALA LUMPUR

Petang tadi selepas menghadiri Himpunan Aman menentang kenaikan harga minyak di KLCC (penuh dramatik, sila baca harakahdaily) saya telah menaiki LRT Putra dan turun di Terminal Putra (Gombak). Untuk ke Markaz Tarbiyah PAS Pusat, saya telah menaiki sebuah teksi dan kebetulan teksi in imasih menggunakan bahan bakar petrol.
Abang teksi tersebut bercakap loghat Perak (saya rasa orang Kuala Kangsar kot) dan menceritakan betapa peritnya menjadi pemandu teksi sekarang , lebih2 lagi bila harga minyak telah dinaikkan. Beberapa maklumat saya nak kongsi bersama anda tentang abang teksi tersebut.
i. Teksi beliau jenis Proton Iswara 1.5 (manual)
ii. Sewa RM 50 setiap hari.
iii. Maintenance tanggung sendiri.
iv. Minyak tanggung sendiri.
Abang teksi tersebut beritahu saya bahawa beliau sekarang ini menunggu masa saja untuk teksi tersebut ditarik oleh syarikat kerana telah tertunggak bayaran selama 2 bulan (satu bulan RM 1,500.00, dua bulan RM 3,000,00)
Membawa teksi hari ini adalah merupakan kerja yang membebankan. Bila saya ajukan tentang keputusan kerajaan menaikkan harga minyak, beliau tidak terus menjawab tetapi mengambil sikap untuk berdiam diri.
Lebih kurang 3 minit selepas itu barulah beliau berkata;
" Kerajaan Pak Lah sebenarnya kerajaan untuk orang kaya semakin kaya, orang macam kita ni terus tersepit dan susah"
" Bila harga minyak naik, kos operasi pun akan naik, ni tadi saya isi RM 30 waktu pagi, tengok...jarum meter pun dah kat bawah, kejap lagi masuk RM 10, kalau dapat tahan sampai ke petang pun dah kira baik lah"
" Teksi ni akalau nak kena tarik, tarik la...biar orang susah terus susah"
Begitu lah rintihan seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur dan saya yakin diseluruh negara. Saya harap abang teksi tadi diluaskan rezeki oleh Allah.
Saya harap beliau dan masyarakat 'membuka mata' terhadap isu ini. Kerajaan BN sememangnya sudah tidak lagi menghiraukan rakyat bawahan....

GABUNGAN RAKYAT MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Alhamdulillah, pada 8 Mac 2006, satu taklimat khas telah diadakan untuk merangka beberapa strategi yang akan dilaksanakan oleh satu jawatankuasa khas untuk memberikan kesedaran kepada rakyat di Johor terhadap kesan yang bakal dihadapi setelah harga jualan minyak diesel/petrol dinaikkan sebanyak 30 sen.
Antara yang akan dilakukan adalah :
i. Pengedaran fasa kedua Risalah kesedaran Kesan kenaikan harga minyak dan sebab2 kerajaan menaikkan harga minyak. Risalah fasa pertam telah diedarkan pada 3 MAc 2006. Saya telalh menerima beberapa SMS daripada pembaca risalah yang pertama dan saya ingin paparkan kepada semua SMS2 tresebut :
SMS 1 : Saya baru terbaca risalah yang anda kasi. Saya amat bersetuju dengan pendapat anda.Sekarang ini baru saya tersedar dari tidur yang saya ditipu oleh kerajaan sendiri. Teruskan perjuangan anda untuk menyedarkan masyarakat akibat dari kenaikan harga minyak....(disertakan dengan plet kereta tetapi saya tidak akan siarkan)
SMS 2 : Abang Faizi, saya salah seorang penduduk di Malaysia, saya sokong dengan bantahan ini, mudah2an abang berjaya, Apa sekarang kita patut buat? Yang ikhlas pengguna minyak yang kecewa.
Apabila menerima SMS yang menyokong tindakan kami membantah kenaikan harga minyak ini, saya rasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan walaupun masih ada pihak yang menganggap bahawa tindakan PAS ini 'tidak bersyukur' dan tidak berterima kasih dengan kerajaan tetapi terus menerus menabur fitnah.
Insya Allah, risalah kedua sedang dicetak sebanyak 50 ribu keping dan sedang menunggu masa untuk diedarkan di kawasan-kawasan. Saya akan cuba upload di blog ini untuk memudahkan pembaca sekelian menyebarkannya kepada orang lain.
ii. Siri ceramah kesedaran telah pun disusunoleh Abang Mazlan kita selaku Ketua Lujnah Penerangan PAS Johor dan saya difahamkan beberapa ceramah telahpun dibuat. Tarikh ceramah yang lain akan disiarkan nanti. Harap bersabar yee...
iii. Pertemuan dengan persatuan2 atau badan2 yang terlibat dengan perkhidmatan seperti bas, lori dan kereta sewa/teksi.
Saya dan rombongan DPPNJ sebelum daripada ini telah berjumpa dengan seorang Pengerusi Persatuan teksi di Johor dan beliau telah melahirkan rasa ketidak puasan hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak baru2 ini. Beliau menyebut bahawa tidak mustahil pilihanraya akan datang rakyat akan bertindak terhadap BN. Tapi yang paling menarik sehingga memeranjatkan kami, beliau mendedahkan bahawa beliau adalah AJK UMNO di salah sebuah Bahagian di JOHOR!!!

08 March 2006

KES ROGOL SEMAKIN MEMBIMBNGKAN, KERAJAAN MASIH TIDAK YAKIN UNDANG-UNDANG ISLAM MAMPU SELESAIKAN MASALAH INI

Berita Harian : Kerana VCD lucah adik dirogol, abang ke penjara
8 Mac 2006

MUAR: Seorang pekerja kilang dihukum 30 tahun penjara dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan merogol adik kandungnya berusia 17 tahun, di rumah mereka pada November 2004 dan Januari lalu.
Pemuda berusia 23 tahun itu, yang mengaku dipengaruhi aksi filem lucah, dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan bagi setiap tuduhan.
Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir memerintahkan tertuduh menjalani hukuman secara berasingan bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan semalam.
Ketika Mohd Fauzi bertanya kenapa merogol adik sendiri, tertuduh yang terdiam beberapa seketika kemudian menjawab, perbuatan itu dilakukan akibat menonton cakera padat video (VCD) lucah.
Di mahkamah yang sama, Mohd Fauzi memerintahkan pendakwa menyediakan laporan akhlak seorang lagi abang mangsa berusia 19 tahun, yang turut mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol adiknya.
Mahkamah memerlukan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman kerana tertuduh berusia bawah 21 tahun.
Hakim menetapkan 14 Mac ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan pertama, pemuda berusia 23 tahun itu dituduh merogol adik kandungnya di sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, dekat sini pada November 2004.
Dia juga dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di tempat yang sama pada 24 Januari lalu.
Pemuda berusia 19 tahun pula menghadapi tuduhan merogol mangsa di tempat yang sama pada Mei 2005 dan 14 Februari lalu.
_______________________________________________
KOMEN :
Manusia sudah tidak mengenali diri, sedangkan binatang pun tahu yang mana jantan yang mana betina, binatang pun tahu mana yang dah cukup umur dan yang mana belum.
Yang sedihnya majoriti yang terlibat adalah orang melayu/Islam.
Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebanyak 71.2 peratus atau 974 orang daripada 1,369 mangsa sumbang mahram di negara ini bagi tempoh empat tahun lalu, adalah kanak-kanak Melayu yang kebanyakannya berusia 16 tahun ke bawah.
Dalam tempoh itu, sebanyak 98 orang kanak-kanak India turut menjadi mangsa diikuti oleh kaum Cina 48 orang serta kaum-kaum lain, 243 orang.Sebanyak 905 orang daripada keseluruhan mangsa atau 66.1 peratus ialah mereka yang berusia 16 tahun ke bawah manakala 408 orang lagi berumur 16 tahun ke atas.Mengikut rekod itu, Selangor mencatatkan kes sumbang mahram paling tinggi di negara ini iaitu 190 kes.
Ia diikuti oleh Johor iaitu 179 kes, Sabah (164), Pahang (118), Sarawak (106), Kedah (103), Perak (95), Negeri Sembilan (88), Terengganu (80), Kelantan (64), Pulau Pinang (60), Kuala Lumpur (52), Melaka (47) dan Perlis (23),'' katanya ketika ditemui di Bukit Aman baru-baru ini.
Dalam tempoh empat tahun itu, paling ramai dilaporkan melakukan kesalahan sumbang mahram ialah bapa kandung iaitu 380 orang dan diikuti bapa tiri (249), bapa saudara (231) dan abang ipar atau adik ipar (119).
Pesalah lain ialah abang kandung iaitu 87 orang, sepupu (82), saudara (40), bapa angkat (35), datuk (34), abang tiri (29), datuk saudara (19), abang angkat (16), datuk tiri (7), bapa mertua (5), adik (4) dan anak tiri (1).
__________________________________________________
Adakah Undang-Undang negara tidak cukup tegas ?
Petikan : Berita Harian Online
Sabtu, 14 Jun 1997

Hukum mati bagi sumbang muhrim
KUALA LUMPUR, Jumaat - Polis hari ini mencadangkan supaya lelaki yang merogol ahli keluarga sendiri berusia kurang 12 tahun, dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 10 kali.

Bagi mangsa berusia lebih 12 tahun pula, sesiapa melakukan kesalahan sumbang muhrim atau hubungan seks di kalangan mereka yang mempunyai tali persaudaraan seperti itu, dicadangkan dikenakan hukuman penjara mandatori 20 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.

Kertas cadangan bagi beberapa peruntukan baru, pindaan dan pemansuhan beberapa seksyen dalam undang-undang sedia ada itu, sedang disiapkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dihantar kepada pihak berkenaan sebelum dibawa ke Parlimen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Ismail Che Rus memberitahu sidang akhbar, cadangan mewujudkan hukuman setimpal dengan kesalahan itu serta pindaan beberapa undang-undang sedia ada itu berikutan jenayah sedemikian semakin meningkat setiap tahun.

Menurutnya, cadangan itu dibuat hasil perbincangan antara polis dengan wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bukit Aman semalam, dalam usaha mencari jalan membendung gejala 'haruan makan anak' itu daripada terus berleluasa.

Polis amat prihatin dengan peningkatan jumlah kes sumbang muhrim setiap tahun dan menganggap perbuatan tidak bermoral itu harus dikenakan hukuman lebih setimpal berbanding sekarang.

Pada 1995, seramai 173 orang ditahan kerana merogol ahli keluarga sendiri dan jumlah itu meningkat kepada 200 orang tahun lalu, manakala sehingga April lalu bagi tahun ini, 56 orang ditahan kerana kesalahan serupa.

Statistik juga menunjukkan perbuatan terkutuk itu banyak dilakukan bapa kandung yang merogol anak sendiri. Pada 1995, 62 yang ditahan ialah bapa kandung mangsa; bapa saudara (27); abang kandung (10); datuk (7); saudara terdekat (23); bapa tiri (27); abang ipar (9); abang tiri (3) dan saudara jauh (5).

Tahun lalu, daripada 200 yang ditahan, 65 ialah bapa kandung; bapa saudara (28); abang kandung (15); adik kandung (seorang); datuk (5); saudara terdekat (21); bapa tiri (41); abang tiri (2); saudara jauh (9).

Daripada Januari hingga April lalu pula, 20 orang yang ditahan ialah bapa kandung mangsa; bapa saudara (10); abang kandung (2); datuk (seorang); saudara terdekat (11); bapa tiri (8); abang ipar (seorang); abang tiri (2) dan saudara jauh (seorang).

Lebih menarik perhatian, kata Ismail, lapan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah ditahan pada 1994, 10 orang pada 1995 dan empat orang pada tahun lalu, kerana merogol.

"Perbuatan jenayah rogol yang membabitkan pertalian keluarga amat membimbangkan dan meningkat setiap tahun. Perbuatan terkutuk ini membabitkan bapa merogol anak, abang dan adik perempuan, datuk dan cucu, bapa saudara dan anak saudara.

"Jika tidak dibendung, perbuatan ini bukan sahaja akan meruntuhkan institusi kekeluargaan malah merosakkan struktur sosial masyarakat negara ini," katanya.

Antara NGO yang hadir dalam perbincangan semalam ialah Angkatan Wanita Malaysia (Awam); Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO); Persatuan Peguam Wanita Malaysia; Persatuan Peguam Wanita Muslim; Pusat Islam; Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan; Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof Hadi Karim dan isterinya, Prof Dr Mimi Kamariah.

Ismail berkata, empat kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ditahan kerana mencabul kehormatan pada 1994, 17 orang pada 1995 dan 15 orang pada tahun lalu.

"Mereka ini juga tidak dituduh di mahkamah kerana pengecualian am Seksyen 83 Kanun Keseksaan yang memberi peruntukan bahawa kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun jika tidak mengetahui keadaan dan akibat perbuatannya, tidak melakukan kesalahan kerana pemikiran belum matang.

"Manakala Seksyen 82 Kanun Keseksaan memperuntukkan apa-apa yang dilakukan oleh kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah tidak menjadi apa-apa kesalahan," katanya.

Berdasarkan statistik dan kesalahan yang dilakukan golongan terbabit, polis membuat tujuh cadangan untuk disyorkan untuk pertimbangan pihak berkuasa:

* kesalahan sumbang muhrim atau hubungan seks di kalangan mereka yang mempunyai tali persaudaraan harus diperuntukkan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori 20 tahun dan disebat tidak kurang sepuluh rotan.

- jika gadis (mangsa) berusia 12 tahun ke bawah, pesalah akan dikenakan penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 10 rotan atau hukuman mati;

* meminda hukuman rogol yang diperuntukkan sekarang dengan hukuman lebih berat iaitu penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan disebat tidak kurang 10 rotan;

- jika gadis berusia 12 tahun ke bawah akan dihukum penjara mandatori 20 tahun dan disebat tidak kurang 10 rotan;

* meminda atau memansuhkan Seksyen 113 Akta Keterangan berkenaan peranggapan yang memperuntukkan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ke bawah tidak berupaya melakukan rogol;

* meminda Seksyen 133A Akta Keterangan membolehkan keterangan kanak-kanak diterima tanpa sokongan keterangan saksi lain, tetapi mencukupi dengan keterangan material;

* meminda Seksyen 82 Kanun Keseksaan pengecualian untuk menurunkan had umur kanak-kanak tidak melakukan kesalahan kepada 7 tahun daripada 10 tahun yang diperuntukkan sekarang;

* memansuhkan Seksyen 83 Pengecualian Am yang memberi peruntukan kanak-kanak berusia lebih 10 tahun tetapi kurang 12 tahun yang belum cukup, akan untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa perbuatan itu dilakukan; dan

* mengesyorkan mangsa rogol/keganasan rumahtangga/penderaan kanak-kanak untuk memberi keterangan melalui rakaman video atau persidangan video tanpa perlu hadir di mahkamah.
Apa pandangan anda ?
 Posted by Picasa

06 March 2006

KENAIKAN HARGA MINYAK ; BN MULA RISAU BILA RAKYAT SUDAH BERANI BERSUARA.

KENYATAAN MEDIA
(6 Mac 2006)
Mungkin kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan bangkit apabila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan pada 28 Februari 2006 yang lalu.

Kebiasaannya rakyat (khususnya penyokong setia UMNO) akan setia dan taat dengan apa jua keputusan yang kerajaan lakukan lebih-lebih lagi keputusan itu dikatakan demi kebaikan rakyat.

Tetapi dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini terdapat semacam satu kebimbangan kerajaan pimpinan Pak Lah bahawa tindakan kerajaan ini tidak disenangi oleh rakyat.

Kebimbangan Kerajaan BN dan Pak Lah terbukti apabila Majlis Perjumpaan Mengenai Isu-Isu Semasa Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) terpaksa diadakan semalam di mana penerangan berkaitan isu semasa mengenai kenaikan harga minyak telah diberikan kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) seluruh negara.

Pak Lah selaku Pengerusi BN terpaksa mengarahkan kira-kira 4.4 juta ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), diketuai semua wakil rakyatnya, untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai rasional kerajaan menaikkan harga minyak.

Soal pengarahan memang telah dibuat tetapi berapa peratus dikalangan 4.4 juta ahli parti komponen BN yang bersetuju dengan kenaikan ini?.

Paling menyedihkan parti-parti pembangkang (termasuk PAS) dituduh mempedayakan rakyat dengan menyebarkan dakyat kononnya kerajaan menarik subsidi minyak.

Stesyen-stesyen minyak pula dikerah untuk memasang poster mengenai harga runcit minyak, subsidi diberikan kerajaan dan harga sebenar minyak, bertujuan memberi kefahaman kepada pengguna.

Kerajaan terus menabur janji bahawa akan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan untuk mengaut keuntungan daripada kenaikan harga minyak. Langkah itu bagi mengelakkan berlaku inflasi yang akhirnya menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

Seperti biasa juga, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal diarahkan mengetuai kempen penguatkuasaan itu. Selepas daripada ini, isu kenaikan harga barangan pula yang akan dihebohkan di seluruh negara dan isu kenaikan harga minyak akan terus ‘dilenyapkan’ daripada media.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Pengusaha Kenderaan Perkhidmatan Awam (GPPKPA) melalui Pengerusinya, Encik Zamri Mahmud kelmarin bahawa gabungan itu akan mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi tambang bas ekspres dan menaikkan kadar tambang 10 hingga 20 sen bagi bas berhenti-henti jika kerajaan tidak memberi harga subsidi diesel RM1 seliter dan 60 sen sekilogram gas asli kenderaan (NGV), menjelang Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak memberi amaran kepada GPPKPA supaya tidak menaikkan kadar tambangnya kerana kerajaan sudah mengurangkan bebanan kenaikan harga minyak dengan memberikan subsidi diesel.

Timbalan Perdana Menteri mengingatkan gabungan itu, cadangan mereka mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi tambang bas ekspres dan teksi, selain menaikkan tambang antara 10 hingga 20 sen bagi bas berhenti-henti, tidak wajar dan membebankan pengguna. (Menaikkan RM 0.30 harga minyak tidak membebankan pengguna agaknya).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin pula memberi amaran kepada GPPKPA sama ada meneruskan operasi seperti biasa atau hadapi tindakan tegas kerajaan jika mengenakan caj tambahan.

DPPNJ yakin dan percaya bahawa suara GPPKPA adalah di antara suara rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan tindakan kerajaan yang menekan rakyat. Protes rakyat boleh kita tinjau dalam akhbar berbahasa mandarin (Nan Yang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, China Press, Guan Meng Daily dan lain-lain) yang terus menerus membincangkan isu kenaikan harga minyak ini dan pandangan rakyat disiarkan untuk dinilai oleh kerajaan.

Tapi apakan daya, ruang lingkup yang terbuka ini tidak dapat kita lihat dalam akhbar berbahasa Melayu. Kalau adapun, lebih kepada memuji langkah kerajaan dalam isu harga minyak ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830

TURUNKAN HARGA MINYAK SEGERA

Petikan daripada Harakahdaily pada 5 Mac 2006
... Sementara itu, di JOHOR BAHRU, Salman Husein melaporkan, Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak yang dianggotai parti-parti politik, NGO dan juga orang perseorangan di negeri ini mendesak kerajaan segera menurunkan harga petrol, diesel dan juga gas petroleum cecair yang dinaikkan kerajaan baru-baru ini.
Kenaikan harga runcit sebanyak RM0.30 sen seliter bagi petrol, diesel dan juga gas petroleum cecair sangatlah tinggi dan membebankan rakyat kerana kenaikan ini sekaligus akan mempengaruhi kenaikan harga barangan keperluan Lainnya, kata Pengerusi gabungan ini, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini.
"Kami merasa sangat kesal dan membantah tindakan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, menaikkan harga minyak dan gas baru-baru ini, tindakan ini jelas menunjukkan kelemahan dan kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah kewangan negara," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Kerajaan Johor, dekat sini Jumaat, kelmarin.
Sehubungan dengan itu tegasnya lagi, mereka yang mewakili seluruh warga pengguna di negeri ini sekali lagi mendesak kerajaan segera menurunkan harga petrol,.diesel dan gas, sekiranya kerajaan benar-benar perihatin dengan penderitaan serta bebanan yang ditanggung rakyat maka kerajaan perlu berbuat demikian.
Sebaliknya jika kerajaan terus mempertahankan tindakannya menaikkan harga barangan ini maka jelaslah bahawa kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan yang berjiwa rakyat sebaliknya mereka adalah kerajaan yang memperkudakan rakyat semata-mata.
Oleh kerana itu katanya lagi, sudah sewajarnya rakyat bertindak menolak kerajaan yang ada ini kerana mereka bukanlah kerajaan yang membela nasib rakyat sebaliknya mereka mengambil kesempatan terhadap rakyat.
BerarakTerdahulu beliau bersama pimpinan parti-parti politik, NGO dan orang ramai telah mengadakan demonstrasi aman berhampiran Masjid Annur Plaza Kota Raya sebelum berarak ke pejabat Menteri Besar Johor di Bangunan Sultan Ismail Bukit Timbalan, dekat sini.
Antara pemimpin parti politik yang turut sama dalam demonstrasi aman ini, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfoods Muhammad dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton.Bagaimana pun hasrat untuk menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, tidak kesampaian apabila pintu pagar utama untuk memasuki bangunan ini ditutup dan dikawal rapi oleh polis.Setelah hampir sejam menunggu barulah muncul dua wakil kerajaan negeri yang diarah untuk menerima memorandum ini.

Mangsa gas Ammonia mahu mahkamah kenakan tindakan maksimum kepada pesalah

Petikan daripada Harakahdaily
Thu Mar 02, 06 03:55:25 PM Oleh Salman Hussin

SEGAMAT, 2 Mac (Hrkh) – Kerajaan khasnya mahkamah diminta mengenakan hukuman maksimum kepada pihak terbabit dalam pembuangan sisa toksik secara haram di Labis baru-baru ini.

Hukuman berat perlu dikenakan kepada pesalah terbabit memandangkan kesan perbuatan mereka ini begitu membahayakan keselamatan orang ramai, kata Penasihat Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Sungai Gatom Labis, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini.

Katanya, kerajaan tidak sewajarnya berlembut atau berkompromi dengan pihak-pihak yang tidak mematuhi undang-undang negara sebaliknya tindakan tegas perlu diambil supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

"Kita tidak mahu ada pihak cuba memperlekeh undang-undang negara semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan umum," katanya semasa ditemui di Mahkamah Sesyen Segamat, baru-baru ini.

Faizi bersama penduduk kampung Sungai Gatong ke situ sebagai pemerhati ke atas tindakan mahkamah terhadap pihak yang terlibat membuang sisa toksid di kampung mereka.

Kata Faizi, setelah mengenal pasti pihak yang terbabit dalam pembuangan sisa toksik ini maka selepas ini, pihaknya akan mengemukakan saman bagi menuntut gantirugi daripada pihak terbabit.

Sehingga kini penduduk hanya menerima bantuan RM150.00 sahaja sedangkan kerugian yang mereka alami jauh lebih besar berikutan kejadian ini, "oleh kerana itu kita mahu syarikat terbabit membayar ganti rugi kepada penduduk terbabit."

Sementara itu seorang penduduk terbabit, Haji Kamusi Darman, ketika ditemui di luar Mahkamah, melahirkan harapan agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang terbabit melakukan pembuangan sisa toksik secara haram di kampung mereka.

Beliau bagaimanapun merasa agak terkilan dengan wang ikat jamin yang dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh sambil berkata, “jika dibandingkan dengan risiko serta penderitaan dialami penduduk yang terbabit dengan pencemaran ini maka wang jaminan RM60,000 dan RM30,000 adalah tidak memadai, sepatutnya kerajaan mengenakan jumlah yang lebih tinggi lagi supaya menjadi pengajaran kepada mereka dan juga pihak-pihak lain yang cuba melakukan kesalahan sama."

Terdahulu Faizi bersama beberapa penduduk Kampung Sungai Gatom Labis menghadiri sebutan kes terhadap dua pengarah syarikat yang didakwa atas tuduhan melakukan pelupusan sisa toksik berjadual secara haram di Sungai Gatom Labis, dekat sini.

Dua pengarah Syarikat Hong Poh Metal Sdn. Bhd, yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai Melaka, termasuk seorang daripadanya warga Singapura, mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut dan mereka minta dibicarakan.

Warga Singapura, Lim Soh Hua,48, dan Chong Ah Chit, 46, rakyat tempatan dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 5 petang dan 11 malam di Lot 41 dan Lot 47, pada antara awal Disember 2005 hingga 8 Januari lalu.

Mereka dituduh melakukan pembuangan berjadual mengikut kod SW 501 iaitu sisa daripada pemerolehan kembali buangan terjadual yang termasuk dalam kategori bahan buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Bahan itu dilupuskan di premis yang tidak ditetapkan iaitu di Lot 41 dan 47,Labis, Segamat, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Alam Sekeliling.
Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(a) Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 27) bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan, Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan 27 April ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Muhamad Azzam Zainal Abidin dan Mohd Famey Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguambela Tan Hock Chuan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwa raya supaya Chong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin, manakala Lim RM60,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu tarikh perbicaraan.

MACAMANA NI, HARGA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN TERUS NAIK???

Berita Harian
5 Mac 2006
Harga barang keperluan terus naik

KUALA LUMPUR: Harga barang keperluan harian terutama daging tempatan, ikan kembung dan tenggiri terus mencatatkan kenaikan di beberapa negeri, semalam.
Tinjauan di pasar sekitar bandar raya ini mendapati ikan kembung naik 50 sen kepada RM7.50 sekilogram (sekg) berbanding RM7 kelmarin, harga ayam meningkat kepada RM4.80 sekg berbanding RM4.50, bawal hitam (kepada RM14 sekg daripada RM13), udang kepada (RM12 berbanding RM11).
Di KOTA BHARU, daging tempatan naik kepada RM15 berbanding RM14 sekg kelmarin, daging import (RM5.50 kepada RM5.70 sekg), manakala sawi, kubis, cili merah, kacang panjang dan telur gred B masing-masing naik 50 sen, 17 sen, 67 sen, RM1 dan tiga sen.
Di JOHOR BAHARU, harga ikan tenggiri meningkat ketara kepada RM18 sekilogram berbanding RM14 sekg kelmarin, daging tempatan naik kepada RM19 sekg berbanding RM18 sekg, sawi kepada RM3 sekg berbanding RM2.50 sekg, manakala cili merah dan santan meningkat, masing-masing RM1.
Di ALOR STAR, harga ikan tenggiri naik 50 sen kepada RM17.50 sekg berbanding RM17 sekg kelmarin, manakala daging import, bawal hitam dan udang, masing-masing naik 50 sen, 60 sen dan 50 sen.
Di MELAKA, harga ikan tenggiri naik RM1 kepada RM15 sekg berbanding RM14 sekg kelmarin, manakala barangan lain tidak banyak berubah.
Di KUALA TERENGGANU, harga lima barang bagaimanapun, mencatatkan penurunan iaitu bawal hitam, udang, cili merah, kacang panjang dan santan.
Di MELAKA, harga ikan tenggiri naik RM1 kepada RM15 sekg berbanding RM14 sekg kelmarin, manakala barangan lain tidak banyak berubah.
Harga kebanyakan barang di tempat lain seperti Kuantan, Shah Alam, Kota Kinabalu dan Kuching tidak banyak berubah.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

Harga barang keperluan harian di beberapa negeri terus naik
Berita Harian
3 Mac 2006

KUALA LUMPUR: Harga barang keperluan harian terutama daging, ikan dan sayuran terus mengalami kenaikan di beberapa negeri dengan barang tertentu mencatat peningkatan lebih sekali ganda, semalam.
Tinjauan mendapati ikan tenggiri, ikan kembung dan bawal hitam mencatat kenaikan antara RM1 hingga RM2, manakala sayur-sayuran pula naik antara 20 sen hingga RM3 sekilogram, terutama sawi, kacang panjang, kubis dan cili merah.
Kenaikan harga barangan itu dikesan di Lembah Klang, Seremban, Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Melaka dan Kota Kinabalu, manakala di negeri lain tidak mengalami banyak perubahan.
Di ibu kota, ikan kembung dijual pada harga RM7 sekilogram semalam, berbanding RM6 sekilogram kelmarin manakala ikan tenggiri daripada RM14 kepada RM15 sekilogram dan bawal hitam daripada RM12 kepada RM13 sekilogram.Bagaimanapun, bagi barangan lain seperti daging, ayam, sayuran, santan dan telur didapati tidak mengalami kenaikan.
Di SEREMBAN, hanya sawi mengalami kenaikan daripada RM1.60 sekilogram kepada RM2 sekilogram, manakala di Johor Bahru, sawi dijual pada harga RM2.50 sekilogram semalam, berbanding RM2 sekilogram, kelmarin.
Kacang panjang juga mengalami kenaikan 50 sen semalam, apabila dijual pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 sekilogram, kelmarin.
Di PULAU PINANG, ikan kembung naik RM1 daripada RM6 kelmarin kepada RM7 sekilogram semalam, manakala bawal hitam daripada RM15 kepada RM17 sekilogram, udang daripada RM16 kepada RM17 sekilogram.Sayuran pula membabitkan kacang panjang yang naik 60 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.40 sekilogram, kelmarin kepada RM3 sekilogram, semalam.
Di SHAH ALAM, antara barang keperluan yang mengalami kenaikan ialah daging import daripada RM7 sekilogram kepada RM8 sekilogram.
Bagaimanapun, di negeri lain tidak berlaku perubahan harga, kecuali ayam di Johor Bahru dan Kota Bharu yang mengalami kejatuhan antara 80 sen hingga RM1.20 sekilogram.
Sementara itu, kenaikan harga ikan yang meningkat sebanyak dua peratus di beberapa pasar sekitar Lembah Klang mengundang rasa tidak puas hati di kalangan ,pembeli terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Tinjauan Berita Harian di pasar Petaling Jaya dan Chow Kit mendapati kenaikan harga ikan membabitkan semua jenis ikan.
Harga ikan bawal hitam didapati berbeza iaitu RM16 sekilogram di pasar Petaling Jaya, manakala di pasar Chow Kit dijual pada harga RM13 sekilogram, berbanding RM12 sekilogram, kelmarin.
Bagaimanapun, harga keperluan lain seperti ayam, telur ayam gred B dan santan tidak menunjukkan sebarang kenaikan atau penurunan harga.
Bagi sayuran pula berlaku penurunan harga pada kadar ketara, iaitu sawi dijual RM2 sekilogram di pasar Petaling Jaya manakala di pasar Chow Kit dijual RM 2.50 sekilogram, berbanding RM3 sekilogram, kelmarin.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

04 March 2006

SIDANG MEDIA SENPENA HIMPUNAN RAKYAT ANJURAN GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

 Posted by Picasa

MEMORANDUM MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Memorandum ini telah diserahkan kepada wakil Menteri Besar Johor semalam pada pukul 3.00 petang. Sangat mendukacitakan apabila memrandum diserahkan hanya melalui pintu pagar Bukit Timbalan. Gambar akan disiarkan nanti.
GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK
Coalition Against Fuel Price Increase

Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak ini terdiri daripada :

Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Johor

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Johor

MEMORANDUM
MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Kepada

Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

Melalui

Datuk Abdul Ghani Bin Haji Othman
Meteri Besar Johor

Oleh

GERAKAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Tarikh

3 Mac 2006

PENDAHULUAN

KAMI, Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak yang terdiri daripada beberapa Parti Politik di negeri Johor ingin menyerahkan memorandum bantahan di atas keputusan yang di ambil oleh kerajaan Malaysia menaikkan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair sebanyak 30 sen yang telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2006.

Tindakan yang diumumkan lewat malam pada 27 Februari 2006 ini sebenarnya telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat keseluruhannya.

KAMI merasa kesal dan membantah tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menaikkan harga minyak petrol dan diesel pada 28 Februari 2006. Tindakan ini memperlihatkan kelemahan dan kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan masalah kewangan Negara.

Perdana Menteri memberi alasan bahawa penjimatan kira-kira RM4.4 bilion daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun 2006 ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, penjimatan itu yang diperoleh berikutan peningkatan harga runcit petrol dan diesel mulai hari ini, akan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia.

KENAPA HARGA MINYAK NAIK SECARA MENDADAK

Beberapa persolan dan keraguan timbul apabila dengan tidak semena-mena kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak pada lewat malam 27 Februari 2006.

Sebelum ini, ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit petrol pada 5 Mei 2005 dan 31 Julai 2005 sebanyak RM 0.10, alasan yang digunakan adalah kerana harga pasaran dunia meningkat mendadak sehingga kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi yang tinggi. Tetapi kenaikan yang dibuat pada kali ini berada dalam keadaan harga minyak dunia yang stabil (AS$62 satu tong).

Kenaikan pada kali ini juga adalah kenaikan yang tertinggi di dalam sejarah Negara.

Kerajaan dilihat mencari jalan penyelesaian dengan menekan rakyat sedangkan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas pada tahun 2005 adalah RM 50 billion, kenapa tidak diambil sebanyak RM 4.4 billion daripada keuntungan Petronas ini untuk mengurangkan bebanan kerajaan.

KESAN DARIPADA KENAIKAN HARGA MINYAK

Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, masyarakat menjadi kebingungan dan keliru. Rakyat menanggung bebanan yang tidak diundang sehingga peniaga-peniaga menaikkan harga perkhidmatan dan barangan. Berita Harian pada 1 Mac 2006 menyiarkan beberapa kenyataan yang membimbangkan rakyat :

1. Kira-kira 10,000 ahli Persatuan Pengusaha Lori Pan Malaysia mengenakan surcaj bahan api sebanyak 15 sen setiap kilometer berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah mengatasi kenaikan harga minyak.

Presidennya, Err Sui See memberitahu kenaikan itu tidak dapat dielakkan bagi memastikan pemilik lori tidak mengalami kerugian dalam operasi mereka berikutan langkah kerajaan menaikkan harga diesel sebanyak 30 sen seliter mulai 28 Februari 2006.

2. Datuk Aslah Abdullah, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) menyatakan bahawa pihaknya meminta kerajaan memberi insentif kepada teksi dan kereta sewa yang menggunakan petrol.

Beliau berkata, kerajaan harus membiayai separuh daripada kos pemasangan alat menggunakan LPG pada kenderaan yang bernilai kira-kira RM3,000 bagi menggalakkan pemandu teksi menggunakan bahan api berkenaan.

3. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Alang Zari Ishak, pula berkata kenaikan harga bahan api berkenaan turut menambah beban pengusaha stesen minyak

Beliau berkata, keputusan kerajaan itu menyebabkan pengusaha semakin gelisah kerana perlu meningkatkan jumlah modal pusingan sedangkan keuntungan yang diperoleh tidak berubah.
Beliau berkata, perkhidmatan kad kredit tidak memberi keuntungan kerana penggunaannya dikira sebanyak satu peratus daripada harga jualan minyak, iaitu RM1.92 seliter berbanding RM1.62 seliter sebelum ini.

Akhbar-akhbar berbahasa Mandarin pula memberikan ruangan yang sangat luas terhadap isu ini dan secara keseluruhannya kenyataan yang dibuat adalah menentang kenaikan harga minyak ini.

KAMI yakin bahawa bukan setakat itu sahaja yang akan dinaikkan tetapi selepas ini harga barangan runcit, perkhidmatan dan makanan akan mengikuti langkah yang sama atas alasan yang serupa.

KAMI tidak yakin dengan janji kerajaan bahawa pemantauan yang lebih kerap akan dapat membendung tindakan peniaga menaikkan harga jualan.

TUNTUTAN

KAMI menuntut agar kerajaan Malaysia supaya ;

Menarik semula kenaikan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair sebanyak 30 sen yang telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2006. Sekiranya tidak ditarik balik, rakyat akan menanggung derita dengan dibebani kenaikan-kenaikan lain seperti tambang bas, kenaikan tariff air, kenaikan tariff elektrik, kenaikan cukai tanah dan sebagainya.

KAMI bimbang sekiranya rakyat sudah tidak tahan lagi dengan tindakan kerajaan ini, pelbagai perkara buruk akan berlaku.

Penguatkuasaan perlu diperhebatkan terhadap masalah ketirisan perbelanjaan kewangan kerajaan.

Sebagai contohnya, Pada tahun 2002 nelayan diberi bekalan diesel sebanyak 326 juta liter yang menghasilkan tangkapan 1.2 bilion tan metrik.Tetapi pada tahun 2005, bekalan diesel telah naik mendadak 1.2 bilion liter, sedangkan tangkapannya sama lebih kurang dengan tahun 2002. Ini menunjukkan berlakunya penyelewengan.

Menggunakan dan menyerapkan keuntungan yang diperolehi oleh PETRONAS untuk menampung perbendaharaan dan perbelanjaan kerajaan. Dengan itu, rakyat tidak dibebankan dengan kenaikan harga minyak.

Sekian.


KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Pengerusi
Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak

02 March 2006

TERKINI!!

HIMPUNAN AMAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA MENTERI BESAR JOHOR
ISU KENAIKAN HARGA MINYAK
Bermula selepas solat Jumaat di Masjid An-Nur Plaza Kotaraya, Johor Bahru
pada 3 Mac 2006
Anjuran
Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak