21 March 2007

CERAMAH MERAIKAN PETUGAS BANJIR


Sempena meraikan petugas banjir, ceramah penerangan turut diadakan.

MERAIKAN PETUGAS BANJIR


Program meraikan petugas banjir Pemuda Zon Selatan yang diadakan di Markas Taman Dahlia, Tampoi pada 19 Mac 2007. Turut hadir adalah Ust Azman Syafawi, Ketua Pemuda PAS Trengganu.

20 March 2007

SEMINAR PENGURUS PASTI


Tuan Guru sedang memberikan amanat kepada Pengurus2 PASTI.

SEMINAR PENGURUS PASTI


Di antara peserta yang terlibat dalam seminar Pengurus-Pengurus PASTI

PASTI - SEMINAR PENGURUS PASTI


Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan turut hadir ke Seminar Pengurus-Pengurus PASTI dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Pusat di Balai Islam Lundang pada 16 - 17 Ma 2006 baru-baru ini.

19 March 2007

KENYATAAN MEDIA - HIMPUNAN PEMUDA BA JOHOR



KENYATAAN MEDIA

(19 Mac 2007)

TAJUK :

HIMPUNAN PEMUDA BARISAN ALTERNATIF (BA) NEGERI JOHOR

Jawatakuasa Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) telah bersetuju untuk mengadakan program Himpunan Pemuda BA Johor bertemakan “Memperkasa Perpaduan, Menuju Kemenangan”.

Pada mulanya, Pemuda BA Johor bercadang untuk mengadakan Konvensyen Pemuda BA Johor kali yang ke dua namun apabila keperluan untuk menjana pemuda-pemuda agar lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang maka program himpunan lebih dilihat kerelevanannya.

Paling utama, Pemuda BA Johor sedang berusaha menggerakkan seluruh jentera Pemuda BA di Johor agar bersiap dengan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya Umum yang akan datang.

Himpunan ini akan diadakan pada 22 April 2007 di Batu Pahat, Johor. Sdr Abd Hamid Jammah telah dilantik sebagai pengarah manakala Sdr Jalil Bin Adam telah dilantik sebagai timbalan pengarah.

Perasmian akan disempurnakan oleh YB Salahuddin Bin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) manakala Sdr Samsul Iskandar Bin Mohd Akin (Pemangku Ketua AMK Malaysia) akan menyampaikan ucapan dalam perasmian penutup.

Sdr Azmin Bin Haji Ali (Naib Presiden PKR), Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS), YB Amiruddin Hamzah (AJK PAS Pusat) telahpun memberikan persetujuan untuk menghadiri himpunan ini untuk mengisi slot forum/ceramah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hamid Jamah (013-7239477) atau Sdr Jalil Adam (013-7017432).

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor

019-7701830

Nurin Aina Binti Abdullah

Timbalan Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor

Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor

012-7616421


13 March 2007

MISI CAKNA KE JOHOR - PEMUDA DUN DEMIT


Surau/masjid menjadi sasaran utama Pemuda DUN Demit dalam Misi Cakna Ke Johor

MISI CAKNA KE JOHOR, PEMUDA DUN DEMIT

Saya telah menerima email daripada sdr Mohd Hisyamuddin Ghazali, Setiausaha J/w Pemuda PAS DUN Demit yang telah menhantar laporan beserta gambar-gambar kehadiran Pemuda DUN Demit ke Johor pada 2 & 3 Mac 2007 yang lalu.

Di antara tugas yang telah berjaya diselesaikan oleh pemuda-pemuda DUN Demit adalah membersihkan & mengecat Masjid Parit Jambi serta kawasan kubur sekitar, surau Parit Andin dan Masjid Parit Khalid beserta kawasan kubur. Semua lokasi tersebut adalah di kawasan Air Hitam.


Saya mewakili DPPNJ mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama Pemuda DUN Demit kerana tetap hadir ke Johor walaupun banjir telah lama berlalu. Semoga ukhuwwah terus berpanjangan.

12 March 2007

TAK MENGAPA NADIAH, ANDA TETAP BERJAYA!


Walaupun agak terkejut apabila adik Nadiah Amirah Jamil, yang diuar-uarkan mencipta rekod baru dengan mencapai 19 A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya memperolehi 14 A1, empat A2 dan satu B3, saya masih menganggap bahawa adik Nadiah tetap berjaya dan tetap cemerlang.

Cuma saya cukup kesal dengan tindakan media Utusan Malaysia yang sebelum ini telah menyiarkan berita bahawa adik Nadiah akan mendapat 19 A 1 dalam SPM yang didudukinya pada 2006. (Utusan Malaysia, 5 Mac 2007)

Menteri Pelajaran Malaysia melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang telah menyiarkan berita bahawa adik Nadiah akan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2006 (Buletin Utama TV3, 12 MAc 2007)

Perdana Menteri Malaysia pula mengarahkan agar akhbar yang menyiarkan berita itu agar meminta maaf di atas kesalahan menyiarkan berita kejayaan tersebut (Bernama.Com, 12 Mac 2007))

Setakat ini, saya difahamkan bahawa pemberita tersebut telah mendapat maklumat kejayaan Nadiah setelah menghadiri satu program Motivasi di sebuah sekolah menengah di Kampung Istana Batu Pahat. Bermakna, sebelum berita di Utusan tersebut disiarkan, telah ada pihak yang meraikan kejayaan adik Nadiah terlebih dahulu. Maka, bukanlah kesalahan itu berpunca daripada wartawan tersebut sahaja.

Sebanyak 50 kain rentang telah dinaikkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Mukim-Mukim (JPMM) di sekitar kawasan Rengit yang dikatakan bernilai RM 3000 ringgit. Adakah JPMM dengan semudah itu mengeluarkan kewangan milik rakyat dengan begitu mudah sedangkan keputusan yang sahih masih belum lagi diterima.

Saya akan bekerjasama dengan PAS Kawasan Batu Pahat untuk 'merungkai' misteri kebocoran rahsia yang ternyata meleset daripada kebenarannya.

Petua 17A1, 1A2 : Solat hajat, baik sesama manusia


Tahniah kepada Adik Siti Fatimah Mukhtar, 18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMA) Maahad Muhammadi Perempuan beliau telah berjaya mendapat 17A1 dan 1A2.

Siti Fatimah mendapat A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan English For Science and Technology (EST), dan A2 bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi.


Saya tertarik dengan kata-kata adik Siti apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya.


"Apa yang penting saya mendekatkan diri kepada Allah, selalu solat hajat dan jalinkan hubungan baik sesama manusia, insya Allah kejayaan akan jadi milik kita."


Semoga Adik Siti Fatimah akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.




08 March 2007

KENYATAAN MEDIA DPPNJ

KENYATAAN MEDIA

(8 Mac 2007)

TAJUK :

TAMANTEMA DI NUSAJAYA : KERAJAAN JOHOR MASIH BERAHSIA

Kerajaan Johor terus mengambil sikap untuk tidak mendedahkan identiti syarikat yang terbabit dengan pembinaan taman tema yang akan dibina di Nusajaya. Lebih membimbangkan, Menteri Besar Johor mengakui bahawa Khazanah Nasional kini dalam peringkat akhir rundingan dengan syarikat taman tema berkenaan.

Apa yang menjadi perkara penting kepada MB Johor terhadap pembinaan taman tema ini adalah harga tiket akan dijual pada harga berpatutan dan mampu dibeli masyarakat tempatan biarpun menawarkan kemudahan setaraf taman tema terkenal di luar negara. (Harian Metro, 8 Mac 2007)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) sebelum ini telah mengulas tentang perkara ini pada 2 Jun 2006 (http://dppnjohor.blogspot.com/) dengan menyatakan bahawa pembinaan Disneyland di Malaysia sebenarnya akan mencambahkan lagi kesuburan aktiviti hiburan di Malaysia yang sekarang ini semakin tidak terkawal. Kita jangan lupa bahawa program hiburan yang keterlaluan adalah strategi yang digunakan musuh dengan menghidangkan hiburan sebanyak-banyaknya khususnya kepada golongan muda yang masih mencari hala tuju kehidupan mereka.

Bernama.com pada 30 Mei 2006 telah menyiarkan kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pertemuan dengan kumpulan yang berminat melabur dalam projek taman tema Disneyland di Johor. Beliau menyatakan bahawa perbincangan secara terpeinci dengan pihak Disney masih belum dilaksanakan tetapi ada kumpulan yang menunjukkan minat untuk membawa Disneyland ke Malaysia.

DPPNJ ingin menegaskan tanpa taman tema diwujudkan, negeri Johor masih mampu menjana ekonomi negeri dengan menggembeleng hasil negeri yang ada. Sikap mendidik rakyat kepada hiburan memudahkan mereka terleka dan mereka lupa pada ajaran dan peraturan agama. Allah S.W.T telah mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini penuh dengan tipu daya.


Firman Allah ;


“Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal ini?”

Al-An’am:32

FirmanNya lagi ;


“Sesungguhnya kehidupan dunia hanya permainan dan gurau senda, jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepada kamu dan tidak akan meminta hartamu.”

Muhammad: 36


Sekiranya kerajaan masih berterusan dengan hasrat ini maka semakin jauh umat Islam daripada agama.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

019-7701830

http://dppnjohor.blogspot.com/

KENYATAAN MEDIA DPPNJ

KENYATAAN MEDIA

(8 Mac 2007)

TAJUK :

KEBERANIAN MOHAMAD RAMLI MENDEDAHKAN KELEMAHAN BPR DIPUJI

Firman Allah,

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepada-Nya kamu berserah"


(Al-Baqarah: 172)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah iaitu Mohamad Ramli Abdul Manan di atas kesanggupan dan keberanian beliau mendedahkan perbuatan rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah BPR iaitu Datuk Seri Zulkipli Mat Noor.

Pendedahan beliau bukan sahaja dibuat selepas daripada persaraan wajibnya pada 8 Disember 2006 yang lalu tetapi sebelum itu beliau telah pun menghantar surat bertarikh 4 Julai 2006 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar dan salinannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Peguam Negara dan Ketua Audit Negara .


Sikap untuk menegakkan keadilan yang ditunjukkan beliau semakin terserlah apabila beliau tidak gusar dan bimbang apabila dipanggil untuk memberikan keterangan serta bukti kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti pada Isnin ini berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa Ketua Pengarah badan itu kerana beliau yakin dengan apa yang dilakukannya.


"Di pihak saya, bukti mencukupi. Maka saya tak perlu risau dan apa yang saya buat ini adalah untuk menegakkan keadilan"(Bernama, 7 Mac 2007).

DPPNJ juga menyokong penuh memorandum yang telah diserahkan oleh Pemuda Barisan Alternatif (BA) Malaysia, Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK) & Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK) yang mendesak Ketua Pengarah BPR:

i. Agar mengambil inisiatif meletakkan jawatan sementara sebagai memberi laluan kepada siasatan agar dijalankan dengan rapi dan telus;

ii. Dalam masa yang sama juga Zulkipli perlu mengambil inisiatif untuk mendedahkan semua penyiasatan kes-kes rasuah yang berada di bawah jagaan beliau termasuklah 18 kes berprofil tinggi sebagai mana yang pernah diwar-warkan oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan tatkala beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dahulu. Ini adalah penting untuk diketahui rakyat secara keseluruhannya kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kerajaan dalam usaha memupuk ketelusan perkhidmatan yang diwar-warkan oleh kerajaan sendiri;

Isu yang melibatkan Ketua Pengarah BPR ini perlu ditangani segera kerana ia secara tidak langsung memberikan gambaran terhadap BPR secara keseluruhnnya.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor

019-7701830

http://dppnjohor.blogspot.com/

TAK LOGIK LANGSUNG


Inilah dia Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Sdr Tian Chua yang ditahan kerana dituduh atas 'cubaan membunuh' mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Amacam? Ada harapan?

AWIE PUN BERTAKBIR JUGAK?


Saya bukanlah ingin mendewa-dewakan Awie tetapi tindakannya yang bertakbir 3 kali setelah mahkamah memutuskan bahawa beliau berhak ke atas penjagaan anaknya setelah bercerai dengan Arni adalah sesuatu yang mungkin tak pernah kita fikirkan.

06 March 2007

SPM 2006 : TAHNIAH ADIK NADIAH AMIRAH JAMIL

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta’zim.

Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com

No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(05/07)

KENYATAAN MEDIA

(6 Mac 2007)

TAJUK :

SPM 2006 : TAHNIAH ADIK NADIAH AMIRAH JAMIL

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan tahniah kepada adik Nadiah Amirah Binti Jamil kerana telah mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2006 dengan memperolehi keputusan 19 A 1 (Utusan Malaysia, 5 Mac 2007).

Keputusan yang akan diumumkan pada 12 Mac 2007 nanti bakal melenyapkan rekod yang telah diperolehi oleh rekod Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram dekat Johor Bahru yang mendapat 17 1A dalam SPM 2004.

Kejayaan anak kelahiran Johor sememangnya adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai lebih-lebih lagi beliau terpaksa belajar sendiri lapan mata pelajaran daripada keseluruhan 19 mata pelajaran.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon ini adalah anak pendidik. Bapa Nadiah Amirah, Jamil Omar ialah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon manakala ibunya, Zakiah Zakaria mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit.

Nadiah Amirah telah mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST).

Dia juga mengambil subjek Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras, Geografi dan Sastera.

DPPNJ mengharapkan agar kejayaan yang dikecapi oleh adik Nadiah Amirah ini dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar yang lain. Sikap ingin berjaya dan mencipta rekod yang baru dalam peperiksaan SPM sudah cukup menggambarkan bahawa dimana ada kemahuan sudah tentu disitu ada jalan penyelesaiannya. Bersesuailah dengan motto anak gadis dari Kampung Sungai Tongkang Tambak, Rengit Batu Pahat ini iaitu “Keazaman dan cita-cita mengatasi segalanya”.

Adik Nadiah Amirah perlu berkongsi rahsia kejayaannya bersama golongan pelajar yang lain. DPPNJ yang selama ini tidak ketinggalan dalam aktiviti meransang motivasi pelajar bersedia untuk menjemput adik Nadiah Amirah untuk menyampaikan motivasi dalam kem motivasi yang akan datang.

DPPNJ mendoakan agar kejayaan lebih cemerlang akan dicapai oleh adik Nadiah dan akan menjadi contoh kepada generasi muda yang akan datang.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

019-7701830

http://dppnjohor.blogspot.com/

PEMUDA PAS PUSAT TURUT PRIHATIN ISU KEMATIAN PELATIH PLKN



Ustaz Idris Ahmad, Timbalan ketua DPP Pusat sedang memberikan kata-kata semangat kepada pakcik kepada Prema Elenchelian yang telah meninggal dunia terjatuh di tandas semasa dalam PLKN
.
DPP Pusat juga telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

04 March 2007

PEMUDA BA JOHOR - SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - 5


Tetamu sedang menikmati juadah yang disediakan.

PEMUDA BA JOHOR - SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - 4


Tarian Singa turut memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Pemuda BA Johor pada tahun ini.

PEMUDA BA JOHOR - SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - 3


Sambutan Tahun Baru Cina Pemuda BA Johor telah diadakan di perkarangan pejabat PKR Taman Muhibbah, Kluang.

Di antara pimpinan yang telah hadir adalah Dr Zaliha Mustafa, Encik Lee Sang, Sdri Nurin, Ust Abdullah Hussin (Ketua Dewan Ulama' PAS Johor) Encik Eng Lam Swa (Pengerusi DAP Kluang) dan barisan pimpinan Pemuda BA Johor.

PEMUDA BA JOHOR - SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - 2


Dr Hajah Zaliha Mustafa (Pengerusi PKR Johor) dan Encik Lee Sang (Timbalan Pengerusi PKR Johor) turut memeriahkan program ini.

PEMUDA BA JOHOR - SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - 1


Edaran limau kepada peniaga -peniaga Tionghua di sekitar Kluang Baru & Taman Muhibbah, Kluang pada 3 Mac 2007. Program ini telah diadakan oleh Pemuda Barisan Alternatif (BA) Negeri Johor.

02 March 2007

PEMUDA PAS SEKIJANG EDAR LIMAU


Pemuda PAS kawasan Sekijang turut meraikan kaum Cina dalam Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini dengan mengedar buah limau manderin kepada penduduk di kawasan Sekijang baru-baru ini.

Tahniah PEMUDA SEKIJANG!!!

MISI KEMANUSIAAN PAS JOHOR


PAS Johor memulakan projek membina dan memperbaiki rumah rakyat yang rosak akibat banjir yang lemanda Johor.

Kelihatan Datuk Dr Mohfodz, Pesuruhjaya PAS Johor, Sdr Mustafa (Bendahari BPPNJ), Tuan Haji Saim (YDP PAS Kawasan Labis) dan ahli PAS Kawasan Labis sedang bersama-sama membina sebuah rumah peduduk di Kampung Tenang, Labis.

BANGUNAN BARU PAS DI TENGAH KOTA RAYA


Lebih kurang 2 minggu yang lalu, saya sempat merakamkan gambar bangunan baru PAS Pusat yang terletak di jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Bangunan PAS seperti yang kelihatan di dalam bulatan sebelah kanan gambar tersebut.

Sociable