12 March 2007

TAK MENGAPA NADIAH, ANDA TETAP BERJAYA!


Walaupun agak terkejut apabila adik Nadiah Amirah Jamil, yang diuar-uarkan mencipta rekod baru dengan mencapai 19 A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya memperolehi 14 A1, empat A2 dan satu B3, saya masih menganggap bahawa adik Nadiah tetap berjaya dan tetap cemerlang.

Cuma saya cukup kesal dengan tindakan media Utusan Malaysia yang sebelum ini telah menyiarkan berita bahawa adik Nadiah akan mendapat 19 A 1 dalam SPM yang didudukinya pada 2006. (Utusan Malaysia, 5 Mac 2007)

Menteri Pelajaran Malaysia melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang telah menyiarkan berita bahawa adik Nadiah akan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2006 (Buletin Utama TV3, 12 MAc 2007)

Perdana Menteri Malaysia pula mengarahkan agar akhbar yang menyiarkan berita itu agar meminta maaf di atas kesalahan menyiarkan berita kejayaan tersebut (Bernama.Com, 12 Mac 2007))

Setakat ini, saya difahamkan bahawa pemberita tersebut telah mendapat maklumat kejayaan Nadiah setelah menghadiri satu program Motivasi di sebuah sekolah menengah di Kampung Istana Batu Pahat. Bermakna, sebelum berita di Utusan tersebut disiarkan, telah ada pihak yang meraikan kejayaan adik Nadiah terlebih dahulu. Maka, bukanlah kesalahan itu berpunca daripada wartawan tersebut sahaja.

Sebanyak 50 kain rentang telah dinaikkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Mukim-Mukim (JPMM) di sekitar kawasan Rengit yang dikatakan bernilai RM 3000 ringgit. Adakah JPMM dengan semudah itu mengeluarkan kewangan milik rakyat dengan begitu mudah sedangkan keputusan yang sahih masih belum lagi diterima.

Saya akan bekerjasama dengan PAS Kawasan Batu Pahat untuk 'merungkai' misteri kebocoran rahsia yang ternyata meleset daripada kebenarannya.

1 comment:

Anonymous said...

Order Generic Cialis, Viagra, Levitra Online. Get Cheap Medication online. Buy Pills Central.
[url=http://buypillscentral.com/buy-generic-viagra-online.html]Discount Viagra, Cialis, Levitra, Tamiflu Drugstore Online[/url]. canadian generic drugs. Cheap pills pharmacy