19 March 2007

KENYATAAN MEDIA - HIMPUNAN PEMUDA BA JOHOR



KENYATAAN MEDIA

(19 Mac 2007)

TAJUK :

HIMPUNAN PEMUDA BARISAN ALTERNATIF (BA) NEGERI JOHOR

Jawatakuasa Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) telah bersetuju untuk mengadakan program Himpunan Pemuda BA Johor bertemakan “Memperkasa Perpaduan, Menuju Kemenangan”.

Pada mulanya, Pemuda BA Johor bercadang untuk mengadakan Konvensyen Pemuda BA Johor kali yang ke dua namun apabila keperluan untuk menjana pemuda-pemuda agar lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang maka program himpunan lebih dilihat kerelevanannya.

Paling utama, Pemuda BA Johor sedang berusaha menggerakkan seluruh jentera Pemuda BA di Johor agar bersiap dengan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya Umum yang akan datang.

Himpunan ini akan diadakan pada 22 April 2007 di Batu Pahat, Johor. Sdr Abd Hamid Jammah telah dilantik sebagai pengarah manakala Sdr Jalil Bin Adam telah dilantik sebagai timbalan pengarah.

Perasmian akan disempurnakan oleh YB Salahuddin Bin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) manakala Sdr Samsul Iskandar Bin Mohd Akin (Pemangku Ketua AMK Malaysia) akan menyampaikan ucapan dalam perasmian penutup.

Sdr Azmin Bin Haji Ali (Naib Presiden PKR), Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS), YB Amiruddin Hamzah (AJK PAS Pusat) telahpun memberikan persetujuan untuk menghadiri himpunan ini untuk mengisi slot forum/ceramah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hamid Jamah (013-7239477) atau Sdr Jalil Adam (013-7017432).

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor

019-7701830

Nurin Aina Binti Abdullah

Timbalan Pengerusi Pemuda BA Negeri Johor

Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor

012-7616421


No comments:

Sociable