31 January 2007

KENYATAAN MEDIA DPPNJ

KENYATAAN MEDIA
(31 Januari 2007)

TAJUK :

KELEMAHAN KERAJAAN PUNCA SEBENAR BANJIR DI KOTA TINGGI


Cadangan Pengurus Tapak, Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar), Harban Singh yang disiarkan di dalam media semalam (Berita Harian, 30 Januari 2007) yang mengatakan kaedah terbaik bagi menangani banjir pada masa akan datang ialah dengan membina bandar baru di daerah itu di kawasan lebih tinggi adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bukanlah penyelesaian terhadap masalah sebenar yang dihadapi.

Kebimbangan terhadap kesan daripada penambakan laut oleh kerajaan Singapura sebenarnya telah lama diperbincangkan namun persoalannya, apakah kerajaan tidak pernah menyedari masalah terhadap akan berlakunya banjir daripada berlaku?

Sebelum ini, kajian yang dibentangkan oleh Prof Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, Pakar Teknikal Jabatan Geografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini telahpun mendedahkan bahawa projek penambakan laut oleh Singapura memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, ekologi pantai dan muara Sungai Johor dan Selat Johor.

Beliau berkata kerja penambakan itu akan memberi kesan buruk terhadap keadaan hidrodinamik pantai dan sifat gelombang. Kesan itu meliputi aliran keladak, hakisan, kadar mendapan, hidroekologi, pendudukan, perikanan, aliran air pasang surut, mutu air, kepekatan garam, pelayaran, tempat berlabuh dan kekukuhan jeti.

Kesan penambakan laut ini di sekitar Pulau Tekong telah menyebabkan keluasan saiz pulau tersebut bertambah sekali ganda manakala jarak pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Pengelih menjadi semakin dekat iaitu kira-kira 0.75 kilometer (km) berbanding 1.8 km sebelum ini.

Baru-baru ini, Pengarah Institut Kejuruteraan Kajian Pantai dan Lepas Pantai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ahmad Khairi Abdul Wahab mengingatkan pihak kerajaan yang sedang merangka pelan menangani banjir di Johor perlu mengambil kira pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya bencana tersebut, termasuk kesan dari projek penambakan laut oleh Singapura di dua buah pulau berhampiran muara Sungai Johor.

Beliau berkata, kajian saintifik mengenai banjir terutamanya di Kota Tinggi dan kawasan sepanjang Sungai Johor perlu turut mengambil kira kesan-kesan dari penambakan di Pulau Ubin dan Pulau Tekong Besar itu.

Kecaman terhadap Singapura yang tidak mengendahkan bantahan penambakan laut bukan sahaja lahir daripada kerajaan Malaysia tetapi juga daripada semua pihak termasuk PAS. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) sebelum ini telahpun mendedahkan bagaimana aktiviti penjualan pasir laut telah dibuat termasuk kerja-kerja membekalkan pasir kepada Singapura di antaranya adalah pasir di Teluk Ramunia, Johor yang akhirnya telah diperakui sendiri oleh kerajaan Johor.

Apabila kekecohan berlaku dengan kerja penambakan laut oleh Singapura diketahui umum, kabinet Malaysia telah mengarahkan beberapa kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar supaya menjalankan siasatan mengenai kerja penambakan laut oleh Singapura berhampiran dengan sempadan perairan Johor (Utusan Malaysia, 28 Februari 2002).

Pada 19 Mac 2002, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah berjanji bahawa laporan penuh siasatan penambakan laut oleh Singapura di Pulau Tekong dan Pulau Ubin akan disiapkan tidak leibh daripada tempoh enam bulan. Namun, apabila isu ini reda, hasil siasatan tersebut tidak diumumkan.

Tidak dinafikan bahawa kadar hujan yang turun dengan lebatnya dengan jumlah air yang terlalu luar biasa telah menyebabkan banjir besar berlaku di Kota Tinggi selama dua kali dalam masa tiga minggu. Namun, sekiranya langkah awal untuk mengatasi masalah penambakan pasir di perairan selat Johor dapat dilakukan, kejadian banjir besar yang menimpa penduduk Kota Tinggi dapat dielakkan.

Sudah tiba masanya rakyat Johor ’membuka mata dan minda’ agar tidak terus dipermainkan oleh UMNO/BN. Beranilah untuk melakukan perubahan.


Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

30 January 2007

MISI KEMANUSIAAN PAS KAWASAN SRI GADING
















PAS Kawasan Sri Gading dalam misi kemanusiaan mengedarkan makanan untuk penduduk yang tidak berpindah walaupun rumah mereka telah ditenggelami air.

Misi diketuai sendiri oleh YDP PAS Kawasan Sri Gading
 Posted by Picasa

PEJUANG TULEN
















Murabbi berkopiah putih adalah Yang Di Pertua PAS Kawasan Sri Gading, Tn Haji Sakib Bin Manan. Sentiasa berada di mana-mana program PAS. Dikategorikan sebagai pimpinan yang berjaya kerana anak-anaknya menjadi aktivis PAS seperti Nor Ain (Pegawai Penerangan PAS Johor/wakil tvpas.com Johor), Nor Khalim Sakib (Pengarah Jabatan AMAL Johor) dan Nor Ashid (Bekas Tahanan ISA & Exco DPPNJ)

Gambar kiriman sdr Zaharin Abd Wahab yang terlibat sama dalam ops banjir PAS Kawasan Sri Gading pada 27-28 Januari 2007
 Posted by Picasa

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA
(30 Januari 2007)

TAJUK :

KERAJAAN JOHOR LEMAH MENGURUSKAN EMPANGAN : RAKYAT MENANGGUNG DERITA


Titah Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail meminta kerajaan negeri memandang serius tanggungjawab penyelenggaraan empangan yang menjadi kawasan tadahan air telah mendedahkan kelemahan kerajaan negeri Johor yang sebenarnya tela lama gagal mengendali dan menyelenggarakan empangan-empangan yang dibina diseluruh negeri Johor.

Dalam lawatan bagianda ke Empangan Semberong pada 20 Januari 2007 yang lalu (Bernama.Com) baginda telah melahirkan rasa kurang senang dengan keadaan persekitaran empangan tersebut kerana terdapat sapah sarap di dalam empangan yang membekalkan air kepada rakyat Johor.

Titah baginda ketika mengadakan lawatan ke empangan semberong ;

"Ini adalah satu pengajaran dan kerajaan negeri diminta tengok Empangan Sembrong ini dengan serius. Jangan biarkan sampah penuh kerana ini akan menghalang aliran air dan bila tersumbat inilah yang akan menyebabkan banjir".

Baginda juga menitahkan kerajaan negeri supaya mengambil tindakan terhadap sebarang pencerobohan yang dikesan di sekitar kawasan empangan itu.

"Sekiranya benar ada pencerobohan, kerajaan negeri kena ambil tindakan serta-merta. Ini melibatkan kesan jangka panjang kawasan empangan"

Ketika beberapa daerah di Johor mengalami krisis bekalan air pada tahun 2005, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah mengadakan beberapa tindakan dan kajian untuk mengenalpasti punca krisis ini berlaku termasuk mengadakan lawatan ke Empangan Semberong dan Empangan Machap.

Pada 20 Mei 2005, DPPNJ telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor dan diantara punca krisis air di Johor adalah disebabkan kelemahan menguruskan empangan.

Di antara isi kandungan memorandum tersebut, DPPNJ telah menyatakan bahawa punca utama krisis air di Empangan Semberong selepas mengadakan tinjauan ke lokasi arah bertentangan dengan Loji Air Semberong iaitu disekitar Kg. Sri Semangat 20 km daripada Kangkar Baru, Yong Peng adalah disebabkan berlakunya.

i. Pencerobohan Tanah

Terdapat penebangan pokok hutan tanpa kawalan disekitar Empangan Semberong sehingga dapat dilihat dengan jelas bukit-bukit yang gondol disekitarnya. Fenomena ini telah menjejaskan pembenihan awan di dalam kawasan empangan dan menjadikan hujan yang lebat tidak turun di sekitar empangan ini . Penebangan hutan secara rakus ini juga telah menyebabkan hakisan tanah dan meningkatkan pendedahan permukaan tanah kepada matahari. Fenomena ini telah mempercepatkan sejatan air seterusnya menyebabkan empangan menjadi kering. Sebagai catchment area, Empangan Semberong yang menyalurkan air ke Loji Air Semberong adalah bergantung sepenuhnya kepada punca air daripada hujan sahaja. Kekurangan hujan di kawasan ini telah menyebabkan paras air berada 1.5 meter di bawah paras kritikal(Catatan 12/5/2005)

ii. Aktiviti Pertanian Secara Haram

Kawasan tanah yang telah diceroboh di sekitar empangan telah di tanam dengan tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran seperti penanaman lada. Tanaman secara haram ini menggunakan baja secara intensif. Baja ini akan menyerap ke dalam tanah dan sebahagiannya masuk ke dalam empangan dan seterusnya mencemarkan air di dalamnya.

Manakala di Empangan Machap pula, DPPNJ telah mengenalasti beberapa aktiviti yang tidak sepatutnya berlaku.

i. Aktiviti Pertanian Secara Haram

Agak memeranjatkan apabila DPPN Johor mendapati terdapat pokok-pokok kelapa sawit yang berusia kurang setahun sehingga lebih 10 tahun telah hidup di sekeliling empangan Machap. Tanaman secara haram ini menggunakan baja secara intensif. Baja ini akan menyerap ke dalam tanah dan sebahagiannya masuk ke dalam empangan dan seterusnya mencemarkan air di dalamnya.

ii. Aktiviti Penternakan Lembu secara kormersial.

Agak pelik apabila DPPN Johor dapat mengesan terdapat projek penternakan secara kormersial yang dijalankan di tepian empangan dan di kawasan tengah empangan. Beberapa kawasan yang diasingkan dengan membina parit untuk mengelakkan lembu keluar dapat dilihat semasa lawatan dibuat. Rombongan DPPN Johor juga mendapat tahu bahawa ketika lawatan ini diadakan, sebanyak 180 ekor lembu telah berada di tengah-tengah empangan di atas nama proses penternakan.

Kerugian akibat dua banjir besar di Johor dalam tempoh sebulan sejak pertengahan bulan lalu yang dianggar mencecah lebih RM500 juta oleh Pengarah Direktorat Pengurusan Krisis dan Bencana Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Che Moin Umar sudah semestinya dapat dikurangkan sekiranya kerajaan Johor peka dengan pandangan rakyat terhadap kelemahan yang dilakukan. Namun, apabila pandangan itu lahir daripada parti pembangkang maka ia hanya akan dibakulsampahkan.

Teguran TMJ ini sudah semestinya merupakan ‘bonus’ kepada PAS/BA kerana ia mendedahkan kelemahan UMNO/BN di Johor. Kelemahan kerajaan pimpinan UMNO/BN di Johor dalam menghadapi banjir besar dan menyebabkan punca berlakunya banjir akan terus dibongkar supaya rakyat ‘tersedar’ bahawa UMNO/BN terlalu lemah untuk terus memimpin rakyat di negeri Johor.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

29 January 2007

MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS SELANGOR
















Di antara rumah-rumah yang berjaya dibersihkan oleh Pemuda PAS Selangor.
 Posted by Picasa

MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS SELANGOR















Misi Kemanusiaan dan Gotong Royong Pemuda PAS Selangor yang telah tiba di Johor pada 28 Januari 2007 yang lalu.

Gambar ini adalah gambar rumah ke dua yang dibersihkan di Parit Besar oleh Pemuda PAS Selangor dalam tempoh yang singkat sahaja.

 Posted by Picasa

SUMBANGAN PAS KAWASAN PJU















Sumbangan pakaian daripada PAS Kawasan PJU kepada penduduk di Parit Sulong.
 Posted by Picasa

MISI KEMANUSIAAN PAS KAWASAN PJU
















Sdr Abd Rahman Sadikin, Ketua DPPK Petaling Jaya Utara (PJU) sedang menyampikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sri Pasir. Rombongan PAS Kawasan PJU telah hadir ke Johor pada 17 Januari 2007. (Gambar kiriman sdr Abd Rahman).
 Posted by Picasa

27 January 2007

TAKLIMAT BANJIR DARIPADA BELIA 4B
















Taklimat daripada wakil Belia 4B Negeri Sembilan tentang gerakerja yang telah dilakukan di pusat pemindahan banjir
 Posted by Picasa

TAKLIMAT DAN RAMAH MESRA PETUGAS KELANTAN DAN TRENGGANU
















Taklimat banjir oleh Tuan Haji Aminulhuda, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor kepada Pemuda PAS Kelantan dan Trengganu yang hadir di Johor untuk ops banjir dari 27`28 Januari 2007. TUrut memberikan uapan adalah Datuk Dr Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor.

Pengagihan tugas telah diselaraskan oleh Sdr Hamid Jamah (Pengarah banjir DPPNJ) dan Tuan Haji Zuraidin (DPPN Kelantan)
 Posted by Picasa

DATIN TUAN SABARIAH TURUN PADANG
















Datin Tuan Sabariah (Isteri TG Datuk Nik Aziz Nik Mat) sedang mengagihkan 'angpau' kepada anak-anak mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Sekolah Agama Sri Medan, Parit Sulong.

Sebelum itu, beliau dan rombongan PAS Kelantan telah mendapat taklimat daripada urusetia banjir di sekolah tersebut.
 Posted by Picasa

PEMUDA PAS KELANTAN TIBA DI JOHOR
















Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim (ADUN Kelaboran) tiba di perkarangan masjid Sri Medan. Ini adalah lawatan kerja beliau yang pertama ke Johor sejak banjir besar melanda Johor. Beliau diiringi oleh Ust Haji Zulkifli (Timbalan Ketua DPPN Kelantan) dan seramai 210 orang pemuda PAS Kelantan.
 Posted by Picasa

KETIBAAN PETUGAS PAS UNTUK OPS BANJIR
















menyambut ketibaan rombongan PAS Kelantan dan Unit Amal Trengganu yang tiba di pekan Yong Peng pada 26 Januari 2006 pukul 8.40 pagi. lebih kurang 50 kenderaan pelbagai jenis tiba di sini sebelum di bawa ke Sri Medan.
 Posted by Picasa

26 January 2007

PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI MUDA DPP PUSAT

 Posted by Picasa

ISLAM UNTUK SEMUA
















Bantuan tanpa memilih kaum dan agama. Itulah misi kemanusiaan PAS di Johor. Kiriman Sdr Selamat Hamid.
 Posted by Picasa

KEBANGGAAN UMNO













Ada apa dengan gambar ini. Kiriman Setiausaha Pemuda BA Johor.
 Posted by Picasa

PAS KAWASAN PARIT SULONG
















Misi bantuan kemanusiaan PAS Kawasan Parit Sulong. Kiriman Sdr Selamat Hamid
 Posted by Picasa

24 January 2007

AWAN MENDUNG SEDANG BERARAK
















Keadaan awan yang sedang berarak di sekitar Kluang sebentar tadi. Sudah tentu menimbulkan 'kegerunan' di kalangan penduduknya.

Seorang peniaga cina di Kluang memberitahu saya tadi, hujan telah mula turun di Kota Tinggi. Masyarakat di sana telah mula berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tida diiingini.
 Posted by Picasa

LAWATILAH LAMAN WEB SIDANGMEDIA.COM















Penyerahan sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak, Selangor kepada DPPN Johor. Ikuti laporan penuh misi kemanusiaan daripada Pemuda PAS Gombak di laman web http://www.sidangmedia.com/
 Posted by Picasa

LAWATAN KE PASTI AL-HIDAYAH
















Lawatankerja ke PASTI Al-Hidayah, Sabak Bernam, Selangor pada 23 Januari 2007.

Cikgu Mislia sedang mengajar di PASTI Al-Hidayah, Sabak Bernam.

Ada yang menarik semasa lawatan saya semalam, kesemua murid-murid 6 tahun ini sudah cekap membaca ditahap kv+kv dan mampu mengeja dalam jawi sedangkan sekarang ini baru bulan Januari.

Ikuti slot rakaman dalam tvpas.com
 Posted by Picasa

22 January 2007

UMNO JOHOR PUN BANJIR DI BATU TALAM?
















Di Johor banjir, di Batu Talam pun banjir. Inilah yang sedang menghantui UMNO Johor. Sudah tiba rakyat Johor menilai dan muhasabah terhadap apa yang berlaku. Tinggalkanlah UMNO...

Rujuk blog
http://mimpiboneka.blogspot.com/
 Posted by Picasa

21 January 2007

SUMBANGAN KEPADA PASTI CAWANGAN
















Sdr Saadon sedang menerima sumbangan PASTI Pusat melalui sdr Azreen. Turut kelihatan Sdr Roseman (TKP Sektor Kurikulum) Cikgu Yusuf (Pengerusi Nazir PASTI Pusat) dan sdr Mohd Fuat (Pengarah PASTI Johor)

Kesempatan yang ada ini, saya mewakili Pemuda PAS Johor dan PASTI Negeri Johor mengucapkan jutaan tahniah kepada PASTI Pusat yang telah turun membuat lawatan dan memberikan sumbangan kepada PASTI-PASTI yang telah terlibat dengan banjir di Johor.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan PASTI Pusat
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor
Posted by Picasa

PAYAHNYA NAK SAMPAI KE PASTI
















Bukan mudah untuk sampai ke PASTI yang ditenggelami air di kawasan Parit Sulong ketika ini.

Kelihatan Sdr Azreen, Sdr Fuat, Cikgu Zalahah, Cikgu Salamiah dan sdr Sa'adon terpaksa menghrungi banjir dengan menaiki bot dengan hujan yang masih lagi turun dengan lebatnya.

Ada ketikanya, mereka terpaksa menaiki lori untuk sampai ke PASTI.
 Posted by Picasa

PASTI MASIH LAGI DINAIKI AIR
















Ketua Pengarah PASTI Pusat sedang menyerahkan bantuan kewangan kepada wakil PASTI Cawangan Nurul Hidayah Parit Sulong, Johor yang masih lagi dinaiki air.
 Posted by Picasa

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
















Sumbangan kepada murid PASTI yang terlibat dengan banjir di Johor baru-baru ini. Walaupun tidak seberapa namun ia tetap bermakna kepada seorang anak kecil ini. Sumbangan daripada PASTI negeri Johor.
 Posted by Picasa

PASTI PUSAT TURUN KE JOHOR
















Lawatankerja Ketua Pengarah PASTI Pusat dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI ke PASTI Parit Nipah yang telah ditenggelami air sebanyak 2 kali. Sumbangan telah diserahkan kepada Pengurus Cawangan tersebut.
 Posted by Picasa

MISI KEMANUSIAAN DITERUSKAN
















'Posing' di tepi sungai Mengkibol, Kluang setelah membuat lawatan ke Kampung Palembang Kluang dan dalam perjalanan ke Parit Nipah Air Hitam. Tertera di Storm "MISI KEMANUSIAAN PAS KAWASAN KLUANG"
 Posted by Picasa