26 February 2007

PAS BATU PAHAT TURUT PRIHATIN


Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Yang Di Pertua PAS Kawasan Batu Pahat turut hadir untuk mengucapkan takziah serta memberikan beberapa khidmat nasihat untuk mengambil tindakan susulan selepas kematian Mohd Aziz.

ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD AZIZ REMAN


Lebih kurang pukul 3.30 petang tadi, saya bersama beberapa exco DPPNJ telah mengadakan ziarah bertemu dengan keluarga Almarhum Mohd Aziz Reman yang telah dikebumikan tanpa memaklumkan kepada keluarga allahyarham.
Banyak maklumat telah diperolehi melalui penjelasan daripada Puan Patimah Daing Matrok. Saya akan menyiarkannya nanti.
Apa yang pastinya, pihak polis mesti bertanggungjawab di atas kejadian ini. DPPNJ telah menawarkan khidmat guaman melalui Sdr Hanifa Maidin, Peguam PAS.

BUKAN ISLAM TELAH MULA MENERIMA PAS


Encik Lim adalah di antara penduduk di sekitar Kampung Jawa yang membantu PAS untuk menaikkan bandera sempena kehadiran Tuan Guru Presiden PAS ke Kampung Jawa.

Beliau terpanggil untuk membantu PAS setelah 'terpegun' dengan kesungguhan PAS membantu mangsa banjir di Johor.

KAMPUNG JAWA SEGAMAT


Di antara penduduk Kampung Jawa yang turut hadir untuk mendengar ucapan Presiden dan pimpinan PAS Johor

PRESIDEN PAS TURUN KE JOHOR


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang sedang menyampaikan ucapan dalam program Munajat Perdana di Kampung Jawa, Segamat pada 24 Februari 2007 yang lalu.

TINDAKAN POLIS MERAHSIAKAN KEMATIAN ADALAH MELAMPAU

KENYATAAN MEDIA

(26 Februari 2007)

TAJUK :

TINDAKAN POLIS MERAHSIAKAN KEMATIAN ADALAH MELAMPAU

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memandang serius terhadap berita yang bertajuk “Wanita kecewa polis tak beritahu anak mati” yang disiarkan di dalam Berita Minggu semalam.

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada berita ini, seorang lelaki bernama Mohd Aziz Reman, 37 tahun telah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, pada 1 Januari lalu.

Walaupun ibu Allahyarham Mohd Aziz iaitu Patimah Daing Matrok tidak berhasrat meminta polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) menggali semula kubur anaknya di Johor Bahru yang dikebumikan tanpa pengetahuan mereka sekeluarga kerana berpuashati dengan keterangan polis serta pihak hospital namun DPPNJ mempertegaskan bahawa tindakan merahsiakan kematian dan membuat penyataan palsu adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Puan Patimah hanya mengetahui bahawa anaknya telah meninggal dunia setelah bertemu dengan anaknya untuk kali terakhir pada 6 November 2006 yang ketika itu bertugas di Jabatan Agama Johor.

Puan Patimah hanya menyedari bahawa anaknya ditahan polis apabila beliau terjumpa kereta anaknya di kawasan Balai Polis Sentral Johor Bahru pada 11 Disember 2006 namun beliau telah diberitahu bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006.

Pencarian Patimah berakhir apabila 16 Februari 2007 lalu, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang memaklumkan Mohd Aziz sebenarnya sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu. Pegawai polis tersebut telah memohon maaf di atas kesilapannya.


Merahsiakan kematian dan memberi penyataan bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006 adalah merupakan satu kesalahan yang melampau.

DPPNJ sangat kecewa dengan peristiwa ini dan menuntut penjelasan daripada pihak Polis Di Raja Malaysia. DPPNJ juga menyarankan kepada pihak keluarga Allahyarham Mohd Aziz Reman untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian ini dan DPPNJ bersedia untuk menyediakan khidmat guaman.

Sekian.



Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor


Sdr Syed Osman, Ketua DPP Pasir Gudang sedang mengedarkan limau dan sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Klik http://dppkpg.blogspot.com/

19 February 2007

MENZIARAHI GURU PASTI DI ASAHAN MELAKA


Menziarahi seorang guru PASTI di Asahan Melaka pada 18 Februari 2007 yang baru kematian suami baru-baru ini.

SEKALUNG PENGHARGAAN


Cik Ruqaya sedang menerima cenderahati daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada malam perasmian Nisa' Games 2007.

NISA' GAMES 2007

Bacaan Ikrar sukan Nisa' 2007.

NISA' GAMES 2007 GEMILANG


Saya telah berkesempatan untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Nisa' Games 2007 di Stadium Mohamad Kota Bahru, Kelantan.
Di penghujung ucapan Kak Mastura (Pengarah Nisa' Malaysia) kedengaran suara beliau yang sebak melihat upacara yang gemilang pada malam perasmian tersebut.
Saya merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Nisa' Malaysia kerana berjaya menganjurkan sukan ini.
Kehadiran cik Ruqaya (juara 200m sukan ASIA DOHA) telah menyemarakkan malam gemilang tersebut.

MESYUARAT BERSAMA PASTI KELANTAN


17 Februari 2007. Mesyuarat bersama PASTI Kelantan untuk membincangkan program PASTI Pusat yang akan diadakan di Kelantan pada bulan Mac yang akan datang.
Turut hadir adalah Sdr Azrin (Ketua Pengarah PASTI Pusat) YB Mohammad Zaki (Ketua DPPN Kelantan) Sdr Zuraidin (SU PASTI Kelantan), Sdr Kadir (Timbalan Ketua Pengarah PASTI Pusat) dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kelantan.

MAJLIS GILANG GEMILANG


Pengantin sedang dipersembahkan dengan pertunjukan silat di dalam dewan MPS.

Ramai Pimpinan PKR & PAS turut hadir pada malam ini. DSAI, Sdr Azmin, Samsul Iskandar, Tian Chuah, Haji Mohd Sabu, Dr Hatta dan lain-lain.

Sdr Ezam jug turut bersama.

AMAL NEGERI SEMBILAN TERUS BERAMAL


Sdr Taufek (Timbalan Ketua DPPNS) bersama petugas AMAL Negeri Sembilan yang turut dijemput untuk betugas menjaga keselamatan & sebagai tetamu. Tahniah AMAL Negeri Sembilan yang semakin menyerlah.

TAHNIAH CHEGUBARD & ERA HANIM


Sdr Badrul Shahrin (CikguBard) & Era Hanim ketika majlis perkahwinan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban pada 16 Februari 2007. Saya bersama Cikgu Azrin & Cikgu Kadir sempat singgah untuk meraikan majlis ini sebelum bertolak ke Kelantan. Tahniah cikguBard & Era, semoga berbahagia selamanya...

16 February 2007

PENGAGIHAN BANTUAN BANJIR DI KLUANG TIDAK ADIL

Sdr Nazir (AJK DPP Kluang) sedang menunjukkan dua laporan aduan mengenai penduduk di Kampung Melayu Kluang malam semalam yang telah dinafikan hak untuk menerima wang Ehsan Banjir sebanyak RM 500.00


Lebih memilukan, sepasang warga emas (bekas parajurit) yang juga merupakan ahli UMNO juga telah dipinggirkan daripada bantuan.

PAS Kluang sedang mengumpulkan maklumat ketidakadilan pengagihan dan bantuan kepada mangsa banjir di Kluang.

15 February 2007

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2007


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Johor yang berketurunan Cina terutamanya kepada rakan-rakan di dalam Angkatan Muda Keadilan Johor yang turut memberikan kerjasama kepada DPPNJ selama ini. Semoga ikatan persahabatan ini dapat membantu kita bersama.

Kerjasama Pemuda BA Johor akan diteruskan di dalam Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.


Khairul Faizi

KEPUTUSAN UNDIAN DI mSTAR ONLINE

Seramai 1,473 pembaca mSTAR Online telah membuat undian terhadap isu keinginan Zulhaidi Omat untuk bertukar kepada Agama Bhudha. 59% pembaca telah membuat undian bahawa tidak wajar beliau keluar daripada agam Islam.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Agama Johor untuk menangani masalah ini?

KERJA MENEBANG DAN MENANAM POKOK

Banyak pokok yang mati akibat banjir di Johor. Kerja untuk menebang dan menanam semula pokok-pokok ini adalah di antara tugas yang sedang dilakukan ketika ini di Johor.

Apa lagi ditunggu, jom turun ke Johor lagi!

PIMPINAN PAS JOHOR TURUT HADIR

Di antara tetamu yng turut hadir memeriahkan malam meraikan petugas AMAL Johor

SEKALUNG PENGHARGAAN


YB Ketua DPP Pusat sedang menyampaikan ucapan terima kasih kepada petugas AMAL yang teah hadir ke Johor pada 1 ~ 4 Februari 2007 yang lalu.

JAWATANKUASA BANJIR PEMUDA PAS JOHOR



Inilah barisan jawatankuasa Banjir Dewan Pemuda PAS Johor yang telah bertugas menguruskan gerakerja ops banjir untuk Pemuda PAS Johor.

Gambar dirakam selepas jamuan meraikan petugas banjir dan AMAL Johor di Wisma Hidayah pada 11 Februari 2007 yang lalu

MUSLIM CARE MALAYSIA TURUT MENYUMBANG


Pelbagai bentuk sumbangan telah diterima daripada wakil Muslim Care Malaysia, Ust Nor Azli Musa petang semalam (14 Februari 2007). Di antaranya adalah beras, pakaian baru dan terpakai, tuala dan kain pelikat.

PAS Johor mengucapkan jutaan terima kasih.

07 February 2007

BUKAN MUDAH MEMBUANG LUMPUR


Akhirnya, lumpur yang menutupi kawasan rumah ini dapat dibuang walaupun mengambil masa yang agak lama dengan tenaga kerja yang ramai.

Sdr Suhaizan (pemuda berbaju biru) turut bersama menyumbangkan tenaga.

MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS GELANG PATAH


Saya menerima banyak gambar-gambar yang dihantar oleh sdr Syukor sepanjang aktiviti di Kawasan Tebrau pada 3-4 Februari 2007 yang lalu. Saya akan cuba paparkan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

Lihatlah, betapa tingginya lumpur yang perlu dibuang daripada halaman dan ruangan dalam rumah yang ditenggelami oleh banjir. Pintu rumah pun tidak dapat dibuka pada peringkat awalnya.

MANGSA BANJIR DITINDAS


Petang semalam ke Kampung Sungai Gatom, Labis. Ada beberapa aduan daripada mangsa banjir yang ditindas daripada mendapat bantuan.

Kak Arbainah Sidek, seorang balu yang baru kematian suami pada 7 Disember 2006 yang lalu menceritakan penindasan yang dihadapi olehnya.

Ikuti laporan penuh daripada harakah.

MALAYSIA NEGARA POLIS


Kesian Dr Hatta, dulu PM suruh bagi bukti, dah bagi bukti OSA la pulak!

Kiriman Penarik Beca
sangkutu@gmail.com

SUMBANGAN


Sumbangan daripada Pemuda PAS PJU kepada DUN Senggarang.

WAK SUGIL UCAP TERIMA KASIH


Wak Sugil, penyokong kuat UMNO di Kampung Parit Maamor di Senggarang yang mengucapkan terima kasih kepada 'askar merah' yang sudi datang untuk membersihkan rumahnya.

MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS PETALING JAYA UTARA


Sekali lagi Pemuda PAS Petaling Jaya Utara (PJU) turun ke Johor untuk membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir di Johor. Misi kali ini di sekitar DUN Senggarang pada 3 - 4 Februari 2007 yang lalu.

06 February 2007

KELANTAN TERUS MEMARTABATKAN ISLAM


Setelah kerajaan Kelantan memperkenalkan pelbagai pendekatan Islam dalam pentadbirannya termasuklah membawa juara 200 meter sukan Asia Doha dengan kerjasama Nisa' Malaysia, terbaru, kerajaan Kelantan akan memperkenalkan Burqini kepada wanita Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood berkata, pihaknya kini sedang menunggu hasil rekaan daripada para pereka fesyen tempatan sebelum dipilih untuk dipaten dan dikeluarkan secara komersial.

05 February 2007

ISU ZULHAIDI OMAR - APA SIKAP KITA?


Zulhaidi Omar (kanan) dikatakan telah tertukar semasa dilahirkan di Hospital Batu Pahat kira-kira 29 tahun yang lalu.

Sebelum ini beliau tinggal bersama keluarga Melayu/Islam dan kini setelah mengetahui bahawa keluarga asalnya adalah Cina/Budha, beliau ingin kembali ke pangkuan keluarga dan agama keluarganya.

Apakah sikap kita?

NISA', RUQAYA & BURQINI


Pagi tadi saya telah terbaca dalam UM berita tentang 'Burqini' iaitu pakaian renang yang menutup aurat ya ngkini membolehkan wanita Islam berenang dan bersantai di pantai dengan selesa.

Agensi Berita Nasional Australia (AAP) dalam laporannya hari ini menyebut burqini yang sudah dijual kepada lebih 9,000 wanita di Sydney, disokong oleh Majlis Islam Australia dan Mufti Australia.

Ketika memperagakan burqini pada “Surf Life Saving Australia” (SLSA) semalam, Laa Laa, 20, dari Mekah berkata, pakaian daripada kain polyester itu yang menutup aurat dari kepala hingga kaki, memberikan kebebasan kepada wanita Islam untuk berenang di pantai dan pada masa yang sama mematuhi tuntutan agama.

Saya telah menghantar SMS kepada Kak Mastura agar Nisa' menjadi peneraju kepada pakaian ini kepada wanita Islam di Malaysia. Alhamdulillah...nampaknya cadangan tersebut akan dipanjangkan.

Kejayaan Nisa' membawa juara 200 meter Sukan Asia Doha ke Kelantan pada 17-18 Februari 2007 sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat sukan olahraga yang ingin melihat sendiri bagaimana penampilan seorang juara wanita ISLAM yang menutup aurat ketika sedang bertanding.

Mudah-mudahan Nisa' akan terus gemilang dalam usaha NISA' untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Kepada wanita yang masih berusia 15 - 40 tahun, ambillah peluang ini untuk menyertai Nisa'.

Layari http://www.webnisa.net/

MALAYSIA NEGARA POLIS


YB Salahudin Ayub juga telah ditahan semalam dalam demonstrasi Anti Tol.

MALAYSIA NEGARA POLIS


Sahabat saya, CheguBard ditangkap semalam kerana terlibat dalam demonstrasi anti tol. Terus berjuang Bard...

DEMO ANTI TOL DI IOI MALL PUCHONG


Kak Nashita dan anak-anak dihalang oleh FRU untuk pergi menunaikan solat Asar manakala ramai lagi yang ditangkap dan dipukul semasa demonstrasi anti tol semalam.

MERAIKAN PETUGAS UNIT AMAL


Sebelum berlepas pulang, kami meraikan petugas AMAL daripada negeri Perak, kawasan Labis, Batu Pahat dan Sri Gading di perkarangan markaz PAS Kawasan Sri Gading, Kampung Baru petang semalam.

Selepas jamuan, ucapan terima kasih daripada DPPNJ kepada petugas telah disampaikan.

Petugas Unit AMAL Perak telah bergerak pulang selepas selesai solat maghrib.

TERIMA KASIH DAUN KELADI


Program meraikan petugas daripada UNit AMAL Pakang, Selangor dan Kedah pada 3 Februari 2007 di hadapan bangunan BPPNJ.

Turut hadir dalam program ini adalah YB Salahuddin Ayub, YB Dr MOhd Ramli, Haji Aminulhuda Hassan, Sdr Mazlan Aliman, Ust Musaddak (Ketua Pemuda Kedah)

03 February 2007

BARU MENYERTAI PAS, TERUS MENABUR BAKTI


Bergambar bersama petugas Unit AMAL Labis yang sebahagian besarnya adalah bekas Pemuda UMNO daripada Kampung Tenang dan Kampung Lembah Bakti. Ada diantara mereka baru sahaja menyertai PAS selepas banjir melanda kampung mereka tetapi terus memberikan khdimat bakti kepada masyarakat.

Sebanyak 32 borang penyertaan telah diserahkan kepada Setiausaha BPPNJ sebentar tadi.

Semoga mereka akan terus istiqamah bersama PAS untuk memperjuangkan Islam. Takbir!!!

PESERTA PLKN MENARI KETIKA AZAN ZUHOR BERKUMANDANG


Sekumpulan peserta PLKN sedang menari mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh DJ berhampiran dengan kampung di Sri Pandan. Paling menyedihkan, ketika itu azan zuhor sedang berkumandang. Inilah sebenarnya generasi muda yang sedang dibina oleh UMNO/BN.

Ketika gambar ini dirakamkan, seorang pelatih memerhatikan kami dari jauh. Mungkin menyedari kehadiran kami menyaksikan peristiwa yang menyedihkan ini.

PAS KAWASAN INDRA MAHKOTA


PAS Kawasan Indra Mahkota Pahang membantu membersihkan sebuah sekolah di Kampung Sri Mendapat Yong Peng pagi.

BADAN KEBAJIKAN TURUT MEMBANTU PAS


Bersama kumpulan badan kebajikan daripada Shah Alam yang terlibat dengan misi kemanusiaan PAS Johor di Parit Sulong.

ROMBONGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN


Bersama Sdr Taufek (Timbalan Ketua DPPN Sembilan) yang mengetuai rombongan pemuda & UNit AMAL Negeri Sembilan yang tiba awal pagi tadi. Turut kelihatan Tuan Haji Hussien, Yang Di Pertua PAS Kawasan Air Hitam (tiga dari kanan).

02 February 2007

MAKLUMAT DICATAT SUPAYA TIADA YANG TERCICIR

Maklumat dicatat daripada setiap rumah yang dilawati untuk memudahkan tugas pemantauan dan tindakan susulan daripada pejabat DUN Senggarang.

BANJIR BELUM SURUT

YDP PAS BATU PAHAT TURUN PADANG


Ust Hasanuddin Yunos (YDP PAS Batu Pahat) turut bersama dalam misi kemanusiaan di DUN Senggarang pada 1 Februari 2007.

YB DR RAMLI TERUS MENABUR KHIDMAT


YB Dr Mohd Ramli turun padang bertemu rakyat setiap hari di DUN Senggarang. Adakalanya terpaksa menaiki motosikal untuk meredah air. Apa yang pentingnya, rakyat perlu didekati dengan apa cara jua pun.

MISI KEMANUSIAAN DUN SENGGARANG


Bergambar bersama peguam muslim daripada Kuala Lumpur yang hadir memberi bantuan di DUN Senggarang pada 1 Februari 2007.

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM MEMULAKAN MISI KEMANUSIAAN DUN SENGGARANG


Sociable