31 January 2006

30 TAHUN DITEMANI LILIN

Berita ini diambil daipada Berita Harian (Edisi Johor) pada 31 Januari 2006. Bayangkanlah bagaimana kehidupan pendudk Johor yang hidup di negeri yang berbangga kononnya antara ngeri yang termaju di Malaysia - Khairul Faizi

JOHOR BAHRU: Johor adalah antara negeri yang mempunyai kadar kemiskinan terendah, tetapi dalam era pemodenan ini, masih ada segelintir ahli masyarakat yang langsung tidak diendahkan untuk menerima arus perubahan.
Selama 30 tahun, sepasang warga emas terpaksa menetap di rumah bekas kuarters estet di Batu 19, Kangkar Pulai, di sini, dengan hanya bercahayakan lilin setiap malam dan menggunakan air perigi sebagai sumber air.
Sepanjang kehidupan mereka selepas berpindah ke sini dari Senggarang, Batu Pahat, mereka perlu bangun pagi mengangkut air dari perigi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah untuk keperluan mereka sekeluarga.
Di rumah itu, Shaari Piee, 62, dan isteri, Zainab Mohamad, 61, membesarkan 10 anak mereka dengan bekerja mengambil upah di kebun orang lain atau melakukan pelbagai kerja kampung hingga semua anaknya dapat mencari kerja sendiri.
Kini, Zainab sudah tidak larat lagi untuk mengangkut air perigi dan beban tugas itu berpindah kepada anaknya yang akan memenuhkan kolah di rumah setiap pagi sebelum keluar bekerja kilang.Sejak dua bulan lalu, mereka mampu membeli jana kuasa untuk digunakan pada waktu malam, tetapi apabila mesin itu rosak, lilin dinyalakan.
Mereka sekeluarga menumpang teduh di rumah kuarters itu atas ihsan pemilik kebun berkenaan yang juga bekas majikan Zainab sepanjang tempoh berkenaan tanpa dikenakan bayaran.Beliau dan seorang anaknya yang bekerja kilang pernah membuat permohonan itu dan pernah dipanggil temu duga, tetapi hingga kini, tidak ada jawapan.
Malah, katanya, selepas ditemu duga, ada pegawai datang membuat tinjauan dan siasatan di rumahnya, tetapi mereka sekeluarga masih belum diberi surat tawaran membeli dan menduduki rumah awam."Saya berharap diberikan rumah awam yang tentunya lebih selesa untuk kami sekeluarga dengan bekalan air dan elektrik lebih sempurna," katanya.
Selain Shaari, 17 lagi penduduk Kampung Melayu Kangkar Pulai, di sini, berharap supaya permohonan mereka mendapatkan rumah awam kos rendah berkenaan diberikan pertimbangan oleh kerajaan negeri.
Penduduk, Masfar Darlan, 40, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, beliau tinggal di kampung itu sejak 1978 dan kini menumpang di rumah jiran bersama isteri yang tidak bekerja dan tujuh anak mereka.
Penduduk, Abdul Razak Bujang, 52, berkata mereka berharap kerajaan negeri memberi keutamaan kepada penduduk asal kampung berkenaan untuk mendapatkan rumah awam berkenaan.Apatah lagi, katanya, rumah fasa kedua itu adalah projek terakhir kerajaan negeri membina rumah kos rendah jenis teres di kawasan itu kerana pemaju membina rumah kos rendah jenis flat.

30 January 2006

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1427

Sumber: Al-Fikrah
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.
Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah. Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah." Surah Al-ahzab ayat 21
Allah juga telah berfirman: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu." Surah Al-Maidah ayat 3
Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak."
Hadis riwayat Muslim Imam Syafi'I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur: "Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir."
Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.
Doa Awal dan Akhir Tahun Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.
Berikut adalah doa yang dimaksudkan:
Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
Sekian. Wassalam

29 January 2006

KEMATIAN ADIK SAFIQAH MOHD. BORHAN MEMBUKTIKAN RAKYAT SEMAKIN TIDAK SELAMAT

KENYATAAN MEDIA
(29 Januari 2006)
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Safiqah Mohd. Borhan di atas kematian yang sangat menyayatkan hati.
DPPNJ telah mengadakan kunjungan ke rumah beliau pada pagi semalam setelah mendapat maklumat tentang kejadian ini. Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua DPPN Johor Sdr Aminuddin Ayub telah disambut dengan baik oleh keluarga mangsa yang kelihatan sangat sugul dengan pemergian anak tersayang mereka.
Shafiqah, pelajar Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Bali di taman perumahan yang sama pada pukul 5.45 pagi Rabu lepas, ketika dalam perjalanan bertemu rakannya untuk menaiki bas ke sekolah bagi meraikan persaraan guru besar sekolahnya.
Mangsa didapati hilang tiga hari lalu semasa sedang menunggu bas sekolah di Jalan Padi Huma selepas keluar dari rumahnya di Jalan Barli 2/3 di sini.
Mayat pelajar cemerlang tingkatan tiga itu ditemui kira-kita pukul 3.30 petang semalam oleh pelajar sekolah yang melalui kawasan tersebut di dalam sebuah longkang sedalam tujuh meter di Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian sekolah dengan keadaan kian terselak ke atas dan seluar dalam terlucut ke bawah. Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Abdul Rahim Jaafar, mayat pelajar itu mempunyai kesan-kesan dirogol kemungkinan lebih dari seorang, kesan cedera di bahagian leher, kepala dan lutut.
Allahyarham merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya dan pernah mendapat keputusan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2003. Dikatakan juga beliau memang seorang anak yang baik dan di kalangan kawan-kawan pun dia senang bergaul. serta aktif di sekolah dan terlibat dalam pelbagai persatuan.
DPPNJ melihat bahawa peristiwa ini membuktikan betapa tahap keselamatan pelajar sekolah semkin membimbangkan. Apakah wajar seorang pelajar sekolah dipaksa untuk hadir awal ke sekolah sebelum masuknya waktu subuh semata-mata untuk meraikan persaraan guru besar sekolah tanpa sekolah memikirkan keselamatan pelajar sekolah?.

Insya Allah, DPPNJ akan mengadakan himpunan aman untuk menyatakan pendirian DPPNJ terhadap isu ini dalam masa terdekat. DPPNJ juga akan menghantar satu memorandum kepada Jabatan Pelajaran Johor untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan pelajar.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

27 January 2006

KEJAYAAN HAMAS MEMBUKTIKAN ISLAM MAMPU MENCAPAI KEMENANGAN MELALUI DEMOKRASI

KENYATAAN MEDIA
(27 Januari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Hamas kerana telah memenangi di di dalam Pilihanraya Palestin

Keputusan pengundian awal pilihan raya Parlimen Palestin yang tamat semalam menunjukkan parti berhaluan Islam, Hamas berjaya menidakkan majoriti yang Parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas nikmati dalam Parlimen Palestin.

Kejayaan Hamas menandakan anjakan perubahan besar dalam dalam politik di Asia Barat.Pusat Penyelidikan dan Polisi Palestin menjangkakan Fatah akan hilang majoriti dengan memenangi hanya 58 dari 138 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara tinjauan yang dibuat oleh Universiti Bir Zeit selepas pengundian menunjukkan bahawa Fatah mendapat 46.4 peratus undi yang membolehkannya menguasai 63 kerusi tetapi gagal mendapat majoriti dengan Hamas menguasai 39.5 peratus undi atau 58 daripada 132 kerusi yang dipertandingkan.

Walau apa pun keputusan pilihan raya Parlimen Palestin, Hamas yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya pasti akan menjadi pemain utama dalam pemerintahan atau pembangkang Palestin.
Pergerakan Hamas semalam meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen Palestin dan sekaligus mengenepikan penguasaan lama Fatah. Hamas menguasai lebih 70 kerusi di Gaza dan Tebing Barat.

Akhbar juga melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengumumkan Hamas memenangi 76 kerusi manakala Fatah hanya memperolehi 43 kerusi daripada keseluruhan 132 kerusi yang dipertandingkan.
Semoga kemenangan HAMAS ini akan memberikan semangat baru kepada PAS bagi menghadapi piliharaya dalam sistem Demokrasi di Malaysia yang semakin parah dirosakkan oleh UMNO.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/

ISLAM HADHARI PENYEBAB PERJUDIAN MAKIN MENULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

KENYATAAN MEDIA
(27 Januari 2006)


Berita Harian hari ini di dalam ruangan Rencana bertajuk “Perjudian Makin Menular Dalam Masyarakt Melayu” yang ditulis oleh Jami’ah Shukri telah menghuraikan dan membincangkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan sikap rakyat Malaysia khusunya orang melayu yang sangat gemar dan ketagih bermain judi sehingga penyakit berjudi nombor ekor terus menular di kalangan orang Melayu, walaupun diketahui perbuatan itu haram hukumnya di sisi Islam dan menyalahi undang-undang

Beberapa huraian yang beliau kemukakan sangat menarik untuk dibincangkan. Beliau memberi beberapa contoh yang berkaitan dengan kegiatan perjudian :

“Gara-gara membeli nombor ekor berharga RM1, seorang lelaki didenda RM2,000 atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor atas tuduhan berjudi. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 17 Enakmen Jenayah-jenayah Syariah Negeri Selangor 1990 dan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.”

“Bagaimanapun, kerajaan ada alasan mengapa premis dan amalan perjudian seperti nombor ekor dan loteri tidak dihentikan kerana mungkin tidak adil kepada kaum dan penganut agama lain yang liberal terhadap amalan berkenaan.

”Malah, aktiviti perjudian turut menyumbang kepada hasil negara. Dalam laporan 2004 lalu, jika dihentikan aktiviti judi nombor ekor, kerajaan akan kerugian RM620 juta setahun dari segi kutipan cukai. Sepanjang 2004, sebanyak RM1.8 bilion hasil pendapatan negara dikutip daripada aktiviti perjudian. Kerajaan turut memungut 20 peratus daripada hasil pendapatan syarikat yang diberi lesen mesin slot judi dan lapan peratus daripada Sports Toto.”

Kegiatan bermain judi bukan perkara asing bagi orang melayu lebih-lebih lagi judi telah dimuliakan di Malaysia dengan pelbagai nama. Ketika pertemuan dengan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor pada 18 Januari 2006 yang lalu, DPPNJ telah dimaklumkan bagaimana kes yang melibatkan penangkapan orang melayu/Islam di Johor yang ditangkap ketika membeli nombor ekor terlalu mengaibkan sehingga “bertimbun-timbun” fail dibuka terhadap kes perjudian ini. Namun begitu, tetap juga kegiatan perjudian di kalangan orang melayu/Islam berlarutan.


Sebab itulah PAS dan UMNO berbeza. PAS mengharamkan apa yang Allah haramkan, UMNO menghalalkan apa yang Allah haramkan. Pengharaman judi bukan daripada ijtihad atau fatwa ulama'.
Secara jelas di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa judi adalah HARAM

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(al-Maidah: 90)

“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?)”(al-Maidah: 91)

Ayat pengharaman judi bukannya ayat dzanni. Ianya ayat qat"iiyah yang tidak menerima sebarang ijtihad. Ulama menyatakan haramnya judi adalah termasuk di dalam perkara ma'lum min-al-din bi-al-darurah ( perkara yang perlu difahami dalam agama ).

Undang-undang negara ini membenarkan judi melalui perlesenan. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan diberi kuasa memberi lesen kepada mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan judi. Kerajaan Negeri pula diberi kuasa mengeluarkan lesen premis perjudian (gaming house). Kedua-dua lesen ini mendatangkan hasil lumayan kepada negara melalui cukai perlesenan.

Oleh itu, ketagihan dan kedegilan orang melayu/Islam dalam perjudian sebenarnya berpunca daripada kegagalan kerajaan yang tidak menyekat aktiviti perjudian kerana perjudian merupakan salah satu daripada sumber pendapatan negara walaupun judi adalah HARAM.

Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/

26 January 2006

Memorandum kepada Mufti Negeri Johor


Memorandum kepada Mufti Negeri Johor telah diserahkan oleh Dewan Pemuda PAS Johor pada 18 Januari 2006.

Memorandum telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Johor dan diterima sendiri oleh Datuk Nooh Bin Gadut.

Alhamdulillah respon daripada pihak Jabatan Mufti sangat baik. Perbincangan telah diadakan selama lebih kurang dua jam.

Turut hadir di dalam pertemuan tersebut adalah Timbalan Mufti Johor, Datuk Tahrir Bin Samsudin, Sdr Aminuddin Ayub (Timbalan Ketua DPPNJ), Sdr Suhaizan (Naib Ketua DPPNJ) dan beberapa orang exco DPPNJ.
Berikut adalah memorandum yang telah diserahkan :
MEMORANDUM KEPADA
DATO’ HAJI NOOH BIN GADOT
MUFTI KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

RABU 18HB JANUARI 2006

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Johor, YB Zainal Abidin Osman telah membentangkan laporan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 8 Disember 2005 mengenai gejala jenayah di kalangan pelajar negeri ini yang semakin parah seperti;

a. Kes pergaduhan 17 pelajar (10 Melayu dan 7 Cina) yang berlaku di Tangkak pada 11 dan 12 Mei 2005,

b. Seramai 8 orang pelajar SMK Senai terlibat dengan kongsi gelap dan pergaduhan pada 24 Jun 2005.

c. Harian Metro Edisi Selatan pada 5 Julai 2005 telah mendedahkan isu yang berkaitan dengan kejadian rogol yang bertajuk “Habuan nafsu kekasih”. Berita ini yang disiarkan dengan maklumat yang diperolehi melalui Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang menyatakan semakin ramai golongan remaja perempuan terutama gadis bawah umur tempatan didapati menjadi mangsa kerakusan nafsu mahupun terlanjur bersama kekasih. Mengikut maklumat ini, sejak awal tahun 2000, lebih 80 peratus kes rogol yang difailkan membabitkan remaja perempuan yang menjadi habuan seks teman lelaki sendiri dan lebih membimbangkan lagi, hampir 70 peratus atau majoriti daripada mangsa rogol berkenaan terdiri daripada remaja bawah umur iaitu 16 tahun ke bawah.

Pada malam sambutan Tahun Baru 2006, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor(DPPNJ) telah mengadakan XPDC Dakwah di Danga Bay dan Jalan Susur Tun Razak, Johor Bahru. Terdapat aktiviti yang bertentangan dengan syariat dan budaya bangsa negara ini seperti ;

1. Terdapat sekumpulan anak muda Melayu yang meminum arak di premis terbuka bernama Titi Caca Bistro & Bar, Danga Bay sekitar jam 2 – 3 pagi. Pelayan permis ini pula terdiri daripada pemuda Melayu.

2. Terdapat sekitar 30 orang pondan yang berpakaian seksi sedang mencari pelanggan di belakang kedai Jalan Susur Tun Razak sekitar jam 3 – 4 pagi.

3. Terdapat anak-anak muda Melayu dan warga Indonesia berpelukan serta berkucupan di khalayak ramai sekitar jam 2 – 4 pagi di kawasan gelap, kaki lima kedai dan di kerusi rehat sepanjang lorong pejalan kaki Danga Bay.

4. Terdapat ramai remaja sekolah (bawah umur) yang berada di kawasan rehat Danga Bay sambil berhibur, berpasangan dan menghisap rokok sekitar jam 2 – 4 pagi.

5. Terdapat ramai remaja perempuan Melayu dan warga Indonesia yang berpakaian seksi dan menjolok mata.

Aktiviti tidak bermoral ini berlaku tanpa kawalan dan tegahan daripada mana-mana pihak. Menurut Mingguan Malaysia pada 9 Oktober 2005 yang mendedahkan bahawa kerajaan Negeri Johor sedang menghadapi masalah kekurangan pegawai penguat kuasa untuk menjalankan dan menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 di seluruh negeri disebabkan bilangan pegawai penguat kuasa JAJ ketika ini hanya 76 orang berbanding jumlah penduduk Islam di Johor iaitu seramai lebih 2.1 juta.

Berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah Ali ‘Imran ayat 104 yang bermaksud :

“ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Maka Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mendesak pihak berkuasa agama Negeri Johor melaksanakan tuntutan berikut :

1. Membuat pemantauan dan bertindak terhadap sebarang kemungkaran yang berlaku khususnya selepas sesuatu sambutan/ perayaan dilangsungkan.

2. Menambah bilangan pegawai penguatkuasa untuk membenteras sebarang maksiat sesuai dengan nisbah bilangan rakyat di negeri Johor.

3. Memberi kuasa atau mengiktiraf pihak ketiga untuk turut sama membantu membenteras sebarang gejala maksiat contohnya seperti Polis yang mempunyai RakanCorp dan BADAR yang merupakan satu badan anti maksiat bertanggungjawab terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) satu masa dahulu.

4. Membuat kempen kesedaran tentang kemurkaan Allah S.W.T terhadap budaya maksiat khususnya dikalangan remaja.

5. Merangka dan melaksanakan aktiviti riadah dan dakwah dikalangan generasi muda bersama dengan agensi kerajaan, swasta, parti-parti politik, persatuan dan NGOS.

6. Pegawai Agama Negeri tidak hanya tertumpu kepada aktiviti berceramah dan berkuliah di masjid dan surau sahaja tetapi perlu turun padang bertindak terhadap budaya maksiat yang semakin tidak boleh di kawal lagi di negeri ini.

Yang Benar

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
KETUA DEWAN PEMUDA PAS JOHOR

s.k : - Menteri Besar Johor.

25 January 2006

NYAWA RAKYAT JOHOR TERANCAM, JABATAN ALAM SEKITAR PERLU LEBIH TELUS DAN EFFISIEN

RENCANA

MUKADDIMAH

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan tentang tahap keselamatan kehidupan rakyat Johor ketika ini. Pelbagai pencemaran sedang menggugat khususnya pencemaran sisa toksik sehingga Johor sekali lagi menjadi tempat pembuangan sisa toksik secara haram.

Penemuan sisa toksik yang dijumpai tertanam di Kampung Sungai Gatom, Labis pada 8 Januari 2006 yang lalu membuka satu lagi diskusi hangat di dalam masyarakat. Gas ammonia dilaporkan menyelubungi kampung itu akibat tindak balas kimia sisa toksik hingga menyebabkan orang ramai panik dan lebih 1000 orang telah beberapa kali dipindahkan. Mereka diarah pindah kerana kampung halaman dicemari gas ammonia dari sisa toksik yang ditanam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Lebih memeranjatkan lagi, pendedahan daripada subkontraktor yang bertanggungjawab melupuskan kira-kira 1,000 tan sisa toksik itu bahawa terdapat dua lagi tapak pelupusan haram yang menyimpan lebih 2,000 tan sisa toksik berjadual dipercayai dibuang di Yong Peng dan Labis hanya menunggu masa untuk melepaskan gas ammonia, sekali gus mendatangkan malapetaka kepada lebih 100,000 penduduk di persekitarannya.

Jumlah pembuangan sisa toksik pula menunjukkan angka yang membimbangkan. Pada peringkat awalnya pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya menjangkakan tidak lebih daripada 300 tan sisa toksik yang dibuang di Kampung Sungai Gatom tetapi jangkaan tersebut meleset apabila subkontraktor membuat pengakuan bahawa jumlah pembuangan tersebut meningkat kepada 1000 tan. Namun, pendedahan Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah bahawa kira-kira 5,000 tan sisa toksik serdak aluminium sudah dilupuskan secara haram di tebing Sungai Gatom, Labis, Johor sejak bulan lalu oleh dua syarikat dari Melaka dan bukannya 370 tan atau 1,000 tan yang disyaki dilupus sebelum ini menimbulkan pelbagai persoalan dan tanggapan terhadap JAS.

Peristiwa pembuangan sisa toksik secara haram bukanlah perkara baru di Johor. Insiden di Labis ini juga membuka semula fail catatan terhadap kegagalan JAS. Penemuan 12,000 tan bahan sisa buangan industri di Simpang Renggam dan 386 kontena dipercayai dari Taiwan, ditempatkan di Pelabuhan Pasir Gudang sebelum ini telah menggemparkan seluruh negara.

Ditambah lagi dengan kes kebakaran pejabatnya di Johor Baru pada 24 Mac tahun lalu masih belum selesai. Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan kebakaran itu adalah perbuatan khianat didalangi seorang pegawai kanan JAS di Putrajaya. Malangnya, sehingga kini tidak kelihatan apa-apa tindakan diambil ke atas pihak yang terbabit.

Kebakaran itu menyebabkan lebih 90 peratus daripada pejabat berkenaan musnah dan hampir semua rekod penting mengenai pelbagai kes pencemaran, termasuk pembuangan sisa toksik dari Taiwan oleh Syenviro Sdn Bhd di Simpang Renggam musnah.

Kes ini sudah pun dikemukakan ke pengadilan dan akan dibicarakan pada 22 dan 23 Ogos depan, tetapi dikhuatiri kemusnahan rekod itu termasuk beberapa bahan bukti boleh menjejas perbicaraan.

Perlu diingatkan bahawa sebelum ini juga terdapat beberapa kes yang melibatkan isu pelepasan gas ammonia yang pernah berlaku di tempat-tempat lain di seluruh Negara.

Antaranya, pada empat tahun lalu, seorang warga Poland maut manakala seorang pekerja tempatan pengsan akibat terhidu gas ammonia semasa kerja-kerja penyaluran gas berkenaan ke kapal berhampiran dengan pusat perindustrian petroleum Kerteh, Terengganu pada 11 November 2002.

Enam bulan kemudian, lebih 50 pelajar dan 10 guru serta empat pekerja kantin dari empat buah sekolah di Guar Chempedak mengadu sesak nafas selepas terhidu gas ammonia yang dipercayai bocor dari Loji Petronas Fertilizer di Gurun, Kedah.


JAS DILIHAT GAGAL MENJALANKAN TUGAS TERHADAP ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK HARAM

Agak memalukan ketika masyarakat di negara maju membincangkan isu perdagangan yang mesra alam, kita di Malaysia masih lagi dengan isu sisa toksik yang dibuang di merata-rata tempat (tidak termasuk kegagalan kerajaan dalam kempen kitar semula). Sudah tentulah agensi yang dilihat gagal menjalankan tugas adalah pihak JAS.

i. JAS dilihat berlengah-lengah terhadap isu sisa toksik sehingga mengundang banyak persoalan berhubung keseriusan menjaga alam sekitar. Rakyat tertanya-tanya walaupun lebih seminggu tercetus isu gas ammonia di Kampung Sungai Gatom, Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSAAS), Datuk Adenan Satim dan Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibrahim belum lagi berani untuk membuat kenyataan.

ii. JAS dilihat lemah untuk melakukan pemantauan yang berkesan. Apabila dua kilang di Melaka dengan mudah membuang sisa toksik di kampung ini dengan begitu banyak, jangan marah kalau ditanya apa yang JAS buat selama ini? Dalam isu sisa toksik ini JAS kelihatan sangat lemah kerana tidak berupaya memastikan kedua-dua kilang berkenaan melupuskan sisa toksik di tempat yang dikhaskan.

Perbelanjaan kerajaan yang membabitkan belanja jutaan ringgit bagi membangunkan sistem pangkalan data mahupun perisian komputer bagi memudahkan pelaksanaan kerja jabatan atau organisasi tidak akan berhasil sekiranya tiada siapa berminat untuk melakukan kerja-kerja pengisian data ke dalam komputer.

Apa ertinya JAS mempunyai sistem yang dikenali sebagai Sistem Penjejakan Sisa Berjadual (E-Swiss). Teknologi yang boleh memastikan sisa toksik itu tiba ke destinasi terakhir iaitu loji pelupusan di Bukit Nenas, Negeri Sembilan pada masanya seolah-olahnya tidak berkesan langsung. Yang menghairankan kenapa JAS tidak mengetahui kegiatan pembuangan sisa toksik secara haram itu. Apakah pegawainya tidak membuat pemantauan berkala ke atas semua kilang yang menghasilkan sisa toksik?

iii. JAS tidak mempunyai pegawai secukupnya untuk melakukan pemantauan. Setakat ini, JAS hanya boleh memantau sesebuah kilang menghasilkan sisa toksik sekali dalam enam tahun. Ini menunjukkan betapa kurangnya jumlah kakitangan JAS.

iv. Penguat kuasa JAS lesu dan tidak konsisten. Ini terbukti sehingga kini masih belum terdapat mana-mana individu yang dikenakan hukuman penjara mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mensabitkan hukuman denda RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Sepatutnya penguatkuasaan hendaklah dilakukan secara tegas, adil, saksama, konsisten dan tidak mengikut interpretasi individu terhadap peruntukan undang-undang digubal. Perlu ada arahan dan pelaksanaan seragam dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan ini.


TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN TERHADAP PENJENAYAH SISA TOKSIK HARAM

i. Mengkaji semula serta meminda Akta Kualiti Alam Sekitar

Cadangan Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr Loh Chi Leong, supaya kerajaan perlu bertindak lebih tegas lagi termasuk mencadangkan supaya mengkaji semula serta meminda Akta Kualiti Alam Sekitar mengikut perubahan semasa sangat dipersetujui.

Tindakan lebih tegas bagi memastikan pelbagai pihak, khususnya kilang tidak bertindak sesuka hati untuk membuang sisa toksik secara haram serta tanpa kawalan.

ii. Penegasan Undang-undang perlu dilakukan dengan telus.

Penegasan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu mahkamah melihat jenayah pembuangan sisa toksik sebagai jenayah alam sekitar yang serius seperti jenayah bunuh, rogol dan dadah perlu dilihat secara serius. Presidennya, S M Mohamed Idris, telah mencadangkan bagi memastikan pesalah sisa toksik menerima hukuman setimpal kesalahan mereka, penguatkuasaan undang-undang tegas perlu dikenakan seperti hukuman penjara mandatori.

Pandangan Tan Sri Lee Lam Thye bahawa pesalah dalam kes ini mesti dikenakan hukuman maksimum dan perundangan perlu dipinda bagi hukuman penjara mandatori perlu diberi perhatian.

Begitu juga penguatkuasaan undang-undang oleh pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang longgar menyebabkan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Berjadual) 1989 tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.


TERLALU BANYAK WANG RAKYAT TERPAKSA DIHABISKAN UNTUK MEMINDAHKAN SISA TOKSIK INI.

Pada peringkat awalnya Kerajaan Johor memperuntukkan RM 250,000 untuk proses memindah dan membersihkan sisa toksik di Kampung Sungai Gatom di Labis. tetapi disebabkan jumlah sisa toksik yang dibuang secara haram ini semkin tinggi dan akan mengambil masa agak panjang daripada yang dijangka iaitu lebih daripada sebulan maka peningkatan kos yang kini dikatakan mencecah RM3 juta.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah, berkata kerja pemindahan buangan sisa berjadual terbabit dari Labis ke pusat pelupusan di Bukit Nanas, Negeri Sembilan dijangka membabitkan kos antara RM2 juta hingga RM3 juta. Namun begitu, Timbalan Menteri KSAAS pula mendedahkan bahawa sebanyak RM 8 juta wang rakyat diperuntukkan untuk mengatasi masalah ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, jumlah kos itu juga tidak termasuk pembersihan dan pemindahan di dua lagi kawasan baru tempat pembuangan sisa toksik iaitu di Batu 8 dan 9 3/4, Jalan Yong Peng-Labis.


TINDAKAN PAS JOHOR SETAKAT INI TERHADAP ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK HARAM

Pada 13 Januari 2006 Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar DPPN Johor Saudara Syed Osman Bin Syed Abdullah bersama Jawatankuasa DPPK Labis telah membuat tinjauan ke Kampung Sungai Gatom. Pada 16 Januari 2006 pula rombongan BPPN Johor yang diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Bin Muhamad telah melawat mangsa pencemaran sisa toksik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan di bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Labis.

DPPN Johor pula telah membuat dua laporan polis pada 21 Januari 2006 di Balai Polis Yong Peng. Laporan polis yang pertama.(No Repot : YONG PENG/000192/06) dibuat terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka. Laporan polis kdua pula (No Repot : YONG PENG/000193/06) dibuat terhadap Kilang Pengeluar Sisa Pembuangan Toksik, Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka dan Kontraktor Pengankut Sisa Buangan Toksik

Berikutan pendedahan Datuk Sothinathan, Timbalan Menteri KSAAS yang disiarkan pada 22 Januari 2006 dalam Buletin Utama bahawa RM 8 juta wang rakyat diperuntukkan untuk membersihkan sisa toksik dan kemungkinan berlakunya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan, maka 23 Januari 2006 BPPN Johor yag diketuai oleh Saudara Mazlan Bin Aliman telah membuat laporan polis di Balai Polis Central Johor Bahru.

PAS Negeri Johor juga menawarkan khidmat guaman kepada mangsa yang hilang mata pencarian disebabkan pencemaran gas ammonia ini khususnya bagi penduduk di Kampung Sungai Gatom.. Mangsa yang kebanyakannya adalah penoreh getah, pekerja kilang dan juga peniaga telah hilang punca pendapatan mereka disebabkan kejadian ini.

BEBERAPA CADANGAN TERHADAP JAS UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN

Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh JAS bagi memperbaiki kelemahan yang melanda ketika ini. Di antaranya :

i. Menyiasat pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan terhadap pemantauan pembuangan sisa toksik.

ii. Melakukan pemantauan dengan lebih kerap di semua premis industri tanpa mengira masa

iii. Mengetatkan pengeluaran lesen ke atas syarikat atau kontraktor yang terbabit dengan kerja pembuangan sisa

iv. Menambah jumlah kompaun dan denda terhadap pengusaha yang melakukan kesalahan membuang bahan toksik tidak mengikut peraturan ditetapkan

v. Menggesa pihak industri dan kilang menggunakan pendekatan dan kaedah saintifik yang mesra alam bagi mengurangkan sisa toksik

vi. Menghadkan tempoh dan jumlah simpanan dalam premis industri bagi memudahkan kerja pelupusan untuk mengelak kemungkinan berlaku kebocoran

vii. Menyediakan talian hotline khas bagi memudahkan orang ramai membuat aduan

PENUTUP

Penemuan 2 lokasi pembuangan sisa toksik secara haram di Labis dan Yong Peng bukan bererti segalanya telah selesai. Masih banyak tindakan yang perlu dilakukan oleh JAS selepas ini terutamanya masih tidak dapat dijamin bahawa tiada lagi tempat dan lokasi yang dijadikan sebagai pusat perlupusan haram di dalam negeri Johor.

JAS perlu mengembalikan keyakinan rakyat khususnya di negeri Johor terhadap peranan mereka sebagai ‘penyelamat’ alam sekitar. Tindakan segera dan meyakinkan perlu dibuktikan dengan bersungguh-sungguh.


Sekian, wassalam


KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
019-7701830

19 January 2006

PENOLAKAN PENUBUHAN SKUAD SUKARELAWAN MAIWP MEMBUKTIKAN KERAJAAN TIDAK SERIUS UNTUK MEMBENTERAS MAKSIAT DAN GEJALA SOSIAL

KENYATAAN MEDIA
(19 Januari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Kabinet semalam yang menolak penubuhan Skuad Sukarelawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baru dilancarkan.

Keputusan itu diambil selepas jemaah menteri berpendapat undang-undang sedia ada dan pemantauan pasukan penguat kuasa jabatan agama serta agensi lain sudah mencukupi menangani masalah moral rakyat dan isu keselamatan lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan yang sama diambil berhubung penubuhan Pasukan Gerak Khas 4B atau Unit Khas Mat Skodeng di Melaka, tahun lalu.

Beliau juga menyebut bahawa kabinet tidak bersetuju dengan perbuatan mengintip dan kita tidak mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan perkara sama. Tindakan itu boleh dianggap mencabuli hak asasi manusia.

Skuad Sukarelawan ditubuhkan kononnya untuk membantu mangsa bencana alam tetapi di Putrajaya tidak berlaku bencana alam.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Wilayah (Jawi) Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, skuad yang ditubuhkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini hanya ada dua objektif, iaitu mengadakan kempen dan kegiatan bagi mengelakkan remaja terbabit dengan gejala sosial seperti dadah serta membantu mangsa bencana alam. Skuad itu walaupun tidak diberi kuasa menahan mereka yang disyaki melakukan kesalahan atau maksiat, akan membantu penguatkuasa Jawi yang ditugaskan meronda serta memberi risikan.

DPPNJ menegaskan bahawa keputusan kabinet ini memperlihatkan betapa tidak seriusnya kerajaan untuk menyelesaikan masalah sosial yang sedang tenat melanda negara ketika ini. Pelik rasanya bila seorang yang bertaraf Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menyatakan bahawa undang-undang ketika ini sudah cukup untuk mengatasi masalah moral rakyat.

Apakah kerajaan tidak tahu bahawa perangkaan polis yang mendedahkan bahawa setiap hari terdapat 15 orang remaja berumur 14 hingga 21 tahun dilaporkan hilang. Dalam tempoh 24 bulan (Jualai 2003 ~ Jun 2005) seramai 12,118 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang yang majoritinya di kalangan anak-anak melayu. Mereka lari kerana pujukan kekasih, pengaruh rakan sebaya, perbalahan keluarga atau mencari pekerjaan. Dari jumlah itu, 7256 sudah ditemui dan baki 4,592 masih hilang.

Bagaimana pula dengan kegilaan terhadap Black Metal yang sekarang ini cukup membimbangkan kita. Seperti yang dilaporkan di dada akhbar, selepas cubaan mengadakan pesta liar di Langkawi digagalkan pihak berkuasa, sebahagian peminat muzik Black Metal mengadakan konsert sempena sambutan tahun baru di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pad a31 Disember 2005. Di dalam serbuan itu seramai 380 pengunjung di tahan dalam pesta muzik itu.

Apakah kerajaan juga tidak sedar bahawa kejadian rogol semakin menjadi-jadi? Ini dibuktikan dengan jawapan Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) kepada Senator Ustaz Hassan Shukri di Dewan Negara 10 Jun 2005 yang lalu. Menurut statistik KKDN, sejak tahun 2001 hingga April 2004, 1668 kes rogol melibatkan kenalan, 1141 melibatkan teman lelaki dan 747 melibatkan orang tidak dikenali. Semua statistik ini menjelaskan lagi bahawa kerajaan Islam Hadhari Malaysia tidak mahu mengambil bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan unsur-unsur yang boleh membawa kebinasaan dihentikan.

Pada 23 September 2005 pula, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata mendedahkan bahawa seramai 672 gadis bawah umur dilaporkan menjadi mangsa rogol sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun 2005. Daripada jumlah itu, 491 gadis berusia di bawah 15 tahun manakala selebihnya 16 hingga 17 tahun. Bagi kes melibatkan mereka berusia lebih 18 tahun pula, seramai 358 orang dikesan menjadi mangsa rogol. Jumlah keseluruhan gadis menjadi mangsa rogol antara Januari hingga Julai tahun ini ialah 1,030 orang.

Jelas, bahawa sebenarnya penolakan skuad ini sebenarnya membuktikan bahawa mereka tidak serius untuk menyelamatkan ummah khususnya yang sedang melanda remaja melayu/Islam ketika ini.
Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

13 January 2006

GURU SEMAKIN TERBEBAN, TUGAS PENGAWASAN PENGUNAAN TELEFON DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MERUMITKAN.

RENCANA
(13 Januari 2006)


Belum selesai masalah bebanan kerja yang berlebihan guru-guru di sekolah, kini para guru terpaksa menanggung kerja dan tugas tambahan iaitu mengawasi penggunaan telefon di kalangan pelajar. Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon telah membuat kenyataan bahawa para pelajar kini dibenar menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melihat bahawa keputusan Kementerian Pelajaran menarik kembali pengharaman penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah adalah amat mengejutkan dan harus dikaji semula. DPPNJ yakin bahawa lebih banyak kesan negatif daripada positif yang bakal menanti.

Sebelum ini membawa telefon bimbit ke sekolah merupakan satu kesalahan di bawah kod 914 Sistem Salah Laku Disiplin Pelajar (SSDM). Larangan tersebut mula dikuatkuasakan pada 13 Mei 1997 semasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.

Apabila penarikan semula pengharaman pengunaan telefon bimbit di sekolah, sudah pastinya ia akan mendatangkan igauan buruk kepada guru-guru. Sebelum pada 9 Januari 2006, DPPNJ telah membuat ulasan berkaitan dengan pendedahan bagaimana guru-guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain – pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Kini, guru-guru terus dibebankan dengan tugas baru : Mengawasi Pengunaan Telefon Bimbit. Apabila menyentuh tentang pengawasan, sudah tentu soal peraturan penggunaan, masa perbualan, tempat pengunaan yang dibenarkan terpaksa disediakan untuk mengelakkan pelajar menyalahgunakan kebenaran ini. Mungkin juga sekolah terpaksa memikirkan tempat-tempat khas yang perlu diwujudkan untuk mengelakkan pengunaan telefon diluar waktu yang dibenarkan dan untuk mengelakkan kecurian berlaku.

DPPNJ juga terkejut apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri segera menyampaikan garis panduan tersebut ke sekolah-sekolah bagi membolehkannya dilaksanakan secepat mungkin. Datuk Dr. Ahamad juga menjelaskan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2005 bertarikh 23 Disember 2005 yang membenarkan penggunaan telefon bimbit oleh murid sekolah tidak ditarik balik. Persoalannya, apakah yang perlu disegerakan sehingga seolah-olahnya penggunaan telefon bimbit menjadi keutamaan dalam pendidikan negara?.

Begitu juga dengan syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah, yang dikeluarkan oleh KPM. Sudah tentu garis panduan ini akan menambahkan tugas guru yang sepatutnya menumpukan kepada soal pengajaran di dalam kelas.

Dalam soal ini, DPPNJ melihat bahawa KPM tidak mengambil kira pandangan daripada pentadbir di peringkat sekolah yang akan berhadapan dengan perlaksanaan ini sebelum membenarkan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar di sekolah. Tanyalah kepada mereka, tentunya mereka akan bersetuju dengan kenyataan bahawa terlalu banyak kesan negatif yang akan berlaku berbanding dengan kesan positifnya.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

PEMBUANGAN SISA TOKSIK SECARA HARAM ANCAM KESELAMATAN RAKYAT JOHOR

RENCANA
(13 Januari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kebimbangan dengan kes pencemaran sisa toksik yang berlaku di Johor. DPPNJ juga kesal kerana perkara ini bukannya pertama kali berlaku. Secara tidak langsung, ia menunjukkan kelemahan agensi kerajaan dalam mengatasi masalah pembuangan toksik haram di negeri Johor.

Pada 9 Januari 2006 yang lalu, ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut ‘Idil Adha, negara digemparkan dengan berita bagaimana lebih 300 penduduk dari Kampung Sungai Gatom di Daerah Labis telah terpaksa berpindah kerana gas ammonia tersebar dari sebuah tapak pelupusan sisa toksik haram di kampung itu.

Gas ammonia itu dipercayai terhasil daripada penanaman sanga atau sisa aluminium oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan kebun berhampiran Sungai Gatom.

Lebih mendukacitakan lagi, Utusan Malaysia hari pada 12 Januari 2006 melaporkan bahawa sisa toksik yang ditemui ini adalah berasal daripada sebuah kilang di Melaka, sedangkan ia di bawah pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS). JAS dikatakan mempunyai satu sistem dikenali sebagai Sistem Penjejakan Sisa Berjadual (E-Swiss) yang akan memastikan sisa-sisa itu tiba ke destinasi `terakhir' di loji pelupusannya di Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Nenas, Negeri Sembilan.

Sebaliknya sistem pengawasan itu gagal berfungsi baik sehingga menyebabkan sisa-sisa itu dibuang sesuka hati oleh pihak kilang atau kontraktornya.

DPPNJ mengucapkan tahniah kepada tindakan pantas JAS dalam menghadapi masalah di Kampung Sungai Gatom ini sehingga berjaya menyelamatkan penduduk-penduduk kampong. Begitu juga dengan tindakan mengesan kilang-kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Bukit Rambai dekat yang sisa toksiknya disyaki menjadi punca sehingga menyebabkan pencemaran gas ammonia di tepi Kampung Sungai Gatom, Labis, Segamat.

Namun begitu, ia hanya dilihat sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi pada ketika ini. Bagaimana pula tindakan JAS untuk membendung perkara yang sama akan berulang lagi.

Apa nak jadi dengan JAS?. Sebelum ini JAS dikritik hebat kerana gagal mengawal sisa-sisa toksik berbahaya yang didapati dibuang di merata-rata tempat di negara ini khususnya di negeri Johor.

Isu pembuangan sisa toksik secara besar-besaran yang didedahkan di Johor mendedahkan kelemahan JAS dengan penemuan 12,000 tan bahan sisa buangan industri di Simpang Renggam serta penemuan 386 kontena yang menyimpan bahan itu, yang dipercayai dibawa masuk dari Taiwan, di Pelabuhan Pasir Gudang pada 2004.

JAS sepatutnya telah mengambil pengajaran di atas penemuan 12,000 tan bahan sisa buangan industri di Simpang Renggam serta penemuan 386 kontena yang menyimpan bahan itu, di Pelabuhan Pasir Gudang. Peristiwa itu telah memalukan JAS sehingga masyarakat tertanya-tanya apakah pegawai-pegawai JAS mengambil tindakan sambil lewa sehingga tidak ternampak pun tong-tong sisa toksik di bawa ke dalam negara.

Justeru untuk mengembalikan keyakinan masyarakat kepada JAS serta menyelamatkan nyawa-nyawa rakyat Johor daripada terkorban disebabkan pencemaran sisa toksik, DPPNJ mengharapkan JAS ‘membuka mata’ untuk melakukan perubahan supaya tidak masalah yang sama tidak berulang lagi.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

09 January 2006

BEBANAN KERJA GURU BERPUNCA DARIPADA KELEMAHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MENYELARASKAN TUGAS SEBENAR GURU.

KENYATAAN MEDIA

9 JANUARI 2006

Semalam muka hadapan Berita Harian telah mendedahkan bagaimana guru-guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain – pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru’ meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Pada 27 Februari 2005, selepas majlis penutup Program Jatidiri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi Sesi 2004/2005 Kolej Matrikulasi Perak Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran mendapati guru-guru kini terlalu dibebankan dengan tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Beliau tidak mahu guru-guru melakukan kerja bukan dalam bidang tanggungjawab mengajar seperti mengutip derma, kempen nyamuk aedes, menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan sebagainya kerana ia cukup membebankan para guru. Beliau juga berjanji bahawa mulai tahun 2005 semua guru dipertanggungjawab untuk mengajar dan (urusan-urusan lain) selain itu perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

DPPNJ melihat bahawa bebanan tugas berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan di semua peringkat pentadbiran sekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri tidak dapat mengatur masa kursus dengan tersusun sehingga menyebabkan terdapatnya ramai guru-guru di dalam sekolah yang sama terpaksa menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan, di tambah lagi dengan keadaan guru yang bercuti dengan pelbagai sebab, justeru tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru yang masih berada di sekolah.

Di sekolah pula, pengagihan tugas bergantung kepada kebijaksanaan Pengetu atau Guru Besar. Kebiasaannya Pengetua akan bergantung harap kepada guru yang ‘boleh di harap’ sahaja sedangkan guru ‘malas’ hanya melakukan tugas mengajar di kelas sahaja.

KPM perlu bertindak secara effisien untuk menyelaraskan semula tugas guru dengan mengambil kira daripada semua sudut. Paling penting, tugas utama guru untuk mengajar dan mendidik tidak terganggu disebabkan bebanan tugasan yang diluar bidang kuasa guru.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

019-7701830

http://dppnjohor.blogspot.com/

08 January 2006

JENTERA PEMUDA DIMINTA BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR

KENYATAAN MEDIA
8 JANUARI 2006

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengarahkan semua Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan (DPPKK) supaya memperkemaskan jentera bagi menghadapi bencana banjir yang telah mula melanda di beberapa Daerah di negeri Johor.

Sehingga kini kejadian banjir telah mula berlaku di Daerah Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.

Di Segamat, 25 keluarga terdiri daripada 133 orang setakat ini dipindahkan dari rumah masing-masing ke lima pusat penempatan sementara ekoran banjir melanda daerah Segamat.

Pemindahan ini melibatkan penduduk Kampung Seding 2, Kampung Pogoh, Kampung Gelang Cincin, Jalan Pemuda berdekatan bandar Segamat, Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Paya Dalam dan Kampung Kenawar.

Di Kluang, setakat ini banjir dilaporkan di kawasan Layang-Layang berhampiran Kluang dengan melibatkan lima keluarga.

Di Kota Tinggi, lima keluarga seramai 22 orang di Kampung Sungai Berangan dipindahkan ke balai raya kampung tersebut pada pukul 3 petang.

Beberapa Sungai juga dilaporkan telah melepasi paras bahaya. Di antaranya air Sungai Segamat mencatatkan paras 9.86 meter pada pukul 6 petang Ahad melebihi paras bahaya 9.14 meter.

Air di Sungai Muar di Buloh Kasap mencatatkan paras 8.6 meter iaitu pada tahap amaran, Sungai Muar di kawasan Tijah pada paras amaran 6.67 meter, Sungai Segamat Kuala pada paras amaran 6.30 meter manakala Sungai Muar di kawasan Kampung Awat pada paras bahaya 18.47 meter.

DPPKK telah diperingatkan juga agar beberapa perkara asas hendaklah disediakan terlebih dahulu seperti bantuan makanan dan pakaian.

Jentera Bantuan Banjir DPPNJ akan diketuai oleh Pengarah Jabatan AMAL Johor, Nur Halim Bin Haji Sakib.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830

http://dppnjohor.blogspot.com/

DPPNJ menyokong tindakan kerajaan Negeri Kelantan untuk membenarkan semula permainan Snuker dan Billiard

KENYATAAN MEDIA

8 Januari 2006

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong tindakan kerajaan Negeri Kelantan untuk membenarkan semula permainan Snuker dan Billiard beroperasi di negeri Kelantan. Keputusan ini dilihat sebagai langkah keterbukaan PAS khususnya di dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Sebelum ini pada 14 Ogos 2005 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, YB Takiyuddin Bin Hassan, telah mengumumkan bahawa pusat permainan snuker dan billiard akan dibenarkan beroperasi di Kelantan mulai tahun 2006 selepas diisytiharkan sebagai kegiatan sukan dan rekreasi.

Hari ini seperti mana yang dilaporkan di dalam laman web Berita Nasional Malaysia (Bernama) Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menarik balik larangan kegiatan sukan biliard dan snuker yang diharamkan sejak 1990 di negeri itu. Namun begitu,kebenaran itu dengan bersyarat terutama tiada unsur judi, permainan di tempat terbuka, berpakaian sopan, tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dan tidak sehingga larut malam.

Difahamkan bahawa kebenaran ini akan berkuatkuasa dalam tempoh terdekat.

Kegiatan sukan ini diharamkan selepas PAS mula memerintah Kelantan pada tahun 1990 apabila mendapati berlakunya unsur perjudian dalam sukan itu. PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990, dan sejak itu sebarang aktiviti berbentuk maksiat yang berada dalam bidangkuasa kerajaan negeri telah dibendung selaras dengan slogannya Membangun Bersama Islam. Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah diperkenalkan yang sekaligus mengharamkan semua aktiviti snuker, billiard dan karaoke.

Lebih menarik lagi, YAB Menteri Besar Kelantan di dalam kenyataannya menggalakkan kaum wanita digalakkan mencebur diri dalam sukan itu kerana kegiatan sukan berkenaan tidak sebegitu bahaya berbanding sukan lain terutama bola sepak.

Walau bagaimanapun, DPPNJ mengingatkan agar kerajaan Kelantan perlu lebih berhati-hati di dalam mengawal kewujudan semula premis-premis pusat permainan Snuker dan Billiard kerana dibimbangi dengan tidak membuat pemantauan dan kawalan, aktiviti perjudian berkemungkinan akan wujud kembali. Tindakan tegas mestilah diambil kepada premis-premis yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana yang disenaraikan.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

07 January 2006

KERAJAAN JOHOR GAGAL WARTAKAN EMPANGAN PUNCA MASALAH AIR DI JOHOR

KENYATAAN MEDIA
(3 Januari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) terkejut apabila membaca laporan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN Johor) yang telah bersidang pada 1 Disember 2005 yang lalu berkaitan dengan kawasan Empangan Semberong dan Empangan Bekok masih belum diwartakan. Penjelasan ini amat memalukan dan sebenarnya telah membuka satu lagi episod penipuan yang cuba dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor.

Sebelum ini DPPNJ pada 20 Mei 2005 telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor berkaitan dengan krisis Air yang sedang dihadapi oleh penduduk di Kluang, Air Hitam, Yong Peng dan Batu Pahat.

Pada 24 September 2005 pula Jawatankuasa Pemuda Barisan Alternatif (BA) Johor telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Johor kerana tidak membuat apa-apa tindakan terhadap penceroboh tanah empangan seperti mana yang tersiar di dalam Berita Harian pada 4 Mei 2005 yang mana beliau mengakui bahawa 718 hektar tanah di Empangan Semberong telah diceroboh.

Kemuncaknya pada 29 September 2005 DPPNJ bersama Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Air Johor (JBSAJ) telah menyerahkan memorandum kepada Ghani Othman berkaitan krisis air di Johor tetapi beliau telah menolak untuk berbincang berkaitan dengan pencerobohan tanah di Empangan Semberong.

Di dalam memorandum yang telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor telah menyatakan bahawa ;

i. Terdapat penerbangan pokok hutan tanpa kawalan di sekitar Empangan Semberong sehingga dapat dilihat dengan jelas bukit-bukit yang gondol disekitarnya
ii. Kawasan tanah yang telah diceroboh di sekitar empangan telah di tanam dengan tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran seperti penanaman lada

Dalam sidang DUN pada 1 Disember 2005, YB Dr Mohd Ramli Bin Md Kari (PAS-Senggarang) telah mengajukan persoalan berkaitan dengan kawasan Tadahan Empangan Semberong dan Bekok sama ada telah diwartakan atau tidak. Jawapan yang diberikan adalah kawasan Empangan Bekok dan Empangan Bekok belum diwartakan kerana kerja-kerja pengukuran belum lagi dijalankan.

Sedangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan bagaimana RM bil. 2002/98 bertarikh 23 September 1998 telah bersetuju supaya kedua-dua kawasan tersebut diwartakan di bawah Seksyen 24 Enekmen Bekalan Air 1993 sebagai Kawasan Tadahan Air. Bermakna, keputusan untuk mewartakan kawasan-kawasan empangan telah diputuskan lebih daripada 7 tahun.

Beberapa alasan telah diberikan bagi menyokong kelewatan proses mewartakan kawasan empangan ini:

i. Kawasan Empangan Bekok (19.07 KM Persegi) dan Empangan Bekok (20.62 KM persegi) adalah kawasan yang luas,
ii. Pejabat Tanah Batu Pahat telah menyediakan Permohonan Ukur (P.U.) bagi kedua-dua empangan tetapi telah ditolak oleh Jabatan Ukur kerana pelan tidak lengkap,
iii. Pejabat Tanah Batu Pahat ada memohon pelan yang lengkap daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi gagal.

Apa yang ingin ditegaskan di dalam kenyataan rasmi ini adalah :

i. Menteri Besar Johor telah berbohong kerana mendakwa kawasan Empangan Semberong telah diceroboh sedangkan kawasan tersebut masih belum diwartakan (hasil kelemahan kerajaan negeri).
ii. Kelewatan mewartakan kawasan Empangan Semberong dan Empangan Bekok membuktikan kelemahan BN memerintah Johor dan membuktikan kerajaan tidak prihatin dengan kepentingan rakyat sehingga membiarkan empangan mengalami krisis dan pencemaran air.

Justeru, terjawablah persoalan kenapa Datuk Abd Ghani Bin Othman selaku Menteri Besar Johor telah beberapa kali mengelak daripada bertemu dengan DPPNJ kerana bimbang maklumat tidak mewartakan kawasan empangan ini terdedah yang akhirnya menyerlahkan kelemahan kerajaan pimpinan beliau.

Sekian, wassalam.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

TAHNIAH KEPADA JABATAN NARKOTIK NEGERI JOHOR

KENYATAAN MEDIA
(6 Januari 2006)


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Narkotik Polis Johor (JNPJ) kerana telah menjalankan tugas dengan baik khususnya didalam menangani masalah dadah yang melanda rakyat Malaysia khususnya di kalangan remaja. Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Jabatan Narkotik Polis Johor mengadakan 532 serbuan di pusat hiburan seluruh negeri dengan mengarahkan 12,630 orang menjalani pemeriksaan air kencing sepanjang tahun 2005.

Ketua Jabatan Narkotik negeri, Asisten Komisioner Abdul Halim Zakaria, berkata daripada jumlah yang diperiksa, pihaknya mendapati 1,677 orang positif mengambil dadah. Beliau berkata, statistik menunjukkan penggunaan ketamine menjadi pilihan utama belia yang berusia antara 18 hingga 30 tahun. Ia dapat dilihat melalui rampasan ketamine pada sepanjang tahun lalu sebanyak 28 kilogram, menunjukkan peningkatan berbanding hanya 7.5 kilogram pada tahun sebelumnya.

Beberapa kejayaan lain juga dicapai sepanjang tahun 2005 iaitu;

i. mengesan 739 kes mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan 1,130 tangkapan,

ii. menahan 248 orang dan 39 pengusaha pusat hiburan untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13C Akta Dadah Berbahaya 1952 Mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK)

iii. menyita harta benda perolehan daripada menjual dadah RM3.1 juta.

Tidak dapat dinafikan bahawa gejala penagihan dadah di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini disahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar di dalam Laporan Parlimen ke Sebelas pada 7 April 2005 bahawa kedudukan bilangan penagih dadah yang dikesan dalam tempoh tiga tahun iaitu daripada tahun 2002 hingga 2004 menunjukkan berlaku peningkatan pada setiap tahun. Kumpulan penagih yang dikesan pada tahun 2003 ialah seramai 31,893 orang, ianya meningkat kepada 36,996 orang pada tahun 2003 iaitu bertambah seramai 5,103 orang ataupun 16%. Pada tahun 2004 pula jumlah penagih yang dikesan ialah seramai 38,672 orang, meningkat seramai 1,676 orang ataupun 4.53% berbanding tahun 2003. Jika dibandingkan perbezaan antara tahun 2002 hingga 2004 peningkatan ialah seramai 6,779 orang atau 21.3%.

Justeru DPPNJ mengharapkan agar usaha membenteras pengedaran dan penagihan dadah oleh JNPJ terutamanya di tempat-tempat hiburan ini dapat dipertingkatkan pada tahun 2006 dan tahun-tahun akan datang. DPPNJ juga dalam masa yang sama turut menyumbang ke arah membenteras najis dadah ini, sebagai bukti dengan mengedarkan risalah bertajuk “Dadah Haram Di Sisi Islam” sebanyak 20 ribu naskah pada malam sambutan Tahun baru di seluruh negeri Johor baru-baru ini.

Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830/012-7811830
http://dppnjohor.blogspot.com/

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR MEMBANTAH EDARAN KONDOM PERCUMA SECARA TERBUKA

KENYATAAN MEDIA
(6 Januari 2006)


Utusan Malaysia hari ini melaporkan berita mengenai aktiviti Pergerakan Belia Malaysia (YMM) yang akan mengedarkan 300,000 paket kondom percuma kepada orang ramai bagi menyokong usaha kerajaan mengurangkan kadar jangkitan HIV/AIDS di negara ini.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada aktiviti Kempen Kesedaran HIV/AIDS Bergerak Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh pertubuhan itu di 20 lokasi seluruh negara selama 13 minggu. Presidennya, Ng Chin Long berkata, kajian menunjukkan 80 peratus daripada penghidap HIV di negara ini merupakan golongan belia berusia 15 hingga 40 tahun dari pelbagai keturunan.

Menurut Ng Chin Long, masyarakat Cina pula merupakan golongan terbesar menerima jangkitan HIV melalui hubungan seks iaitu sebanyak 40 peratus manakala 80 peratus penghidap HIV daripada kaum Melayu menerima jangkitan tersebut daripada perkongsian jarum suntikan. Kempen seumpamanya telah diadakan di Pontian, Johor pada 25 Disember lalu dan kempen berikutan akan diadakan di Jalan Petaling pada 8 Januari 2006.

Difahamkan bahawa kondom-kondom ini diberikan secara percuma kepada golongan dewasa dengan aktiviti seks yang tinggi sahaja akan menerima kondom tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) percaya langkah yang dilakukan oleh YMM ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyahut seruan kerajaan yang sebelum ini beriya-iya untuk menggagihkan kondom dan jarum percuma kepada penagih dadah.

Pada 6 Jun 2005, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan sedang menimbang untuk memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Dikatakan bahawa Sehingga September 2004, sejumlah 61,486 jangkitan HIV dilaporkan di negara ini, termasuk 8,955 kes AIDS yang melibatkan 7,083 kematian dengan 75 peratus atau 46,292 penagih dadah dijangkiti HIV akibat menggunakan jarum suntikan.

Pada 2 September 2005, kerajaan menangguhkan cadangan memberi jarum suntikan dan kondom percuma bagi mengawal penularan HIV/AIDS, tetapi meneruskan program pemberian dadah metadone percuma sebagai kaedah rawatan perubatan kepada penagih tegar mulai bulan Oktober 2005. Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), di sini hari ini.

Difahamkan penangguhan pemberian jarum suntikan dan kondom percuma itu bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan kerana para ulama belum bersetuju dan mengambil pendekatan `tunggu dan lihat' walaupun menerima penjelasan kerajaan mengenai cadangan pelaksanaannya.

Namun pada 4 September 2005, Datuk Dr. Chua Soi Lek pula mengumumkan bahawa program perintis pertukaran jarum suntikan dan pemberian kondom percuma kepada penagih dadah bagi mengawal penyebaran HIV/AIDS akan bermula Januari 2006, bertentangan dengan keputusan yang diumumkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah. Beliau berkata, program yang sepatutnya bermula Oktober ini terpaksa ditangguhkan bagi merangka garis panduan yang lebih teratur dan berkesan, baik dari segi latihan petugas atau pengendalian. Bagaimanapun, katanya, program perintis pemberian dadah metadon percuma dijalankan sebagaimana dirancangkan iaitu bulan depan sebagai kaedah rawatan perubatan kepada penagih tegar.

DPPNJ ingin menjelaskan bahawa DPPNJ menolak tindakan YMM ini kerana DPPNJ yakin bahawa perkara asas yang perlu ditekankan kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV/ Aids yang paling baik adalah dengan menerapkan penghayatan cara hidup Islam yang sempurna.

DPPNJ juga ingin mengingatkan bahawa sehingga kini, masih belum ada kata putus yang dibuat oleh kerajaan terhadap isu kondom dan jarum percuma. Namun tindakan yang dilakukan oleh YMM yang akan mengedarkan 300,000 paket kondom percuma kepada orang ramai perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Tindakan mengedarkan kondom secara percuma kepada masyarakat terbuka dilihat sebagai menggalakkan hubungan perzinaan atau seks bebas.

DPPNJ mempersoalkan apakah YMM mengambil kira bahawa penerima kondom percuma ini adalah mereka yang sudah berkahwin khususnya di kalangan umat Islam?. YMM perlu sensitif dalam perkara ini kerana DPPNJ bimbang mungkin matlamat asal YMM adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV/AIDS di negara ini tetapi akhirnya kadar masalah sosial pula yang akan meningkat.

Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

04 January 2006

KERAJAAN JOHOR PENGGALAK KEPADA MAKSIAT DAN GEJALA SOSIAL DI KALANGAN RAKYAT KHUSUSNYA GOLONGA REMAJA.

KENYATAAN MEDIA
(3 Januari 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kekesalan di atas sikap kerajaan negeri Johor yang tidak mengambil berat terhadap masalah gejala sosial yang kini sedang teruk melanda golongan remaja dan pelajar sekolahkhususnya di negeri Johor.

Kerajaan yang kononnya prihatin dengan masalah sosial sebenarnya adalah penggalak dngan tidak membuat apa-apa tindakan yang menunjukkan mereka serius untuk membenteras gejala ini.

Tidak cukupkah dengan perangkaan yang telah disebut oleh YB Zainal Abidin Osman (Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia) di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 8 Disember 2005 yang lalu bahawa gejala jenayah di kalangan pelajar dinegeri Johor semakin parah dan meningkat seperti;

i. Kes pergaduhan 17 pelajar (10 Melayu dan 7 Cina) yang berlaku di Tangkak pada 11 dan 12 Mei 2005,

ii. Seramai 8 orang pelajar SMK Senai terlibat dengan kongsi gelap dan pergaduhan pada 24 Jun 2006.

iii. Harian Metro Edisi Selatan pada 5 Julai 2005 telah mendedahkan isu yang berkaitan dengan kejadian rogol yang bertajuk “Habuan nafsu kekasih”. Berita ini yang disiarkan dengan maklumat yang diperolehi melalui Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang menyatakan semakin ramai golongan remaja perempuan terutama gadis bawah umur tempatan didapati menjadi mangsa kerakusan nafsu mahupun terlanjur bersama kekasih. Mengikut maklumat ini, sejak awal tahun 2000, lebih 80 peratus kes rogol yang difailkan membabitkan remaja perempuan yang menjadi habuan seks teman lelaki sendiri dan lebih membimbangkan lagi, hampir 70 peratus atau majoriti daripada mangsa rogol berkenaan terdiri daripada remaja bawah umur iaitu 16 tahun ke bawah.

DPPNJ merujuk kepada sambutan Malam Tahun Baru 2006 yang mana DPPNJ telah mengadakan XPDC Dakwah di Danga Bay, Johor Bahru pada malam sambutan tersebut yang penuh dengan aksi sumbang yang sebahagian besarnya adalah dikalangan anak Melayu. Tindakan beribu-ribu anak-anak muda Melayu ini berpelukan, berkucupan, berciuman dan meneguk arak seolah-olahnya direstui oleh pemerintah dengan tidak dibuat apa-apa tindakan untuk menghalangnya.

Di mana perginya penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ)? Apakah kerana sambutan ini tidak dianjurkan oleh kerajaan maka tidak perlu dibuat penguatkuasaan? Inilah padahnya apabila kerajaan tidak prihatin dan tidak mengambil berat untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada terus hanyut di dalam kerosakan.

Sekiranya kerajaan prihatin dan bersungguh-sungguh untuk membenteras gejala sosial maka sudah tentu masalah kekurangan pegawai penguatkuasa yng dihadapi oleh kerajaan Johor akan diatasi dengan segera. Mingguan Malaysia (9 Oktober 2005) pernah mendedahkan bahawa kerajaan Negeri Johor sedang menghadapi masalah kekurangan pegawai penguat kuasa untuk menjalankan dan menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 di seluruh negeri. Ini disebabkan bilangan pegawai penguat kuasa JAJ ketika ini hanya 76 orang berbanding jumlah penduduk Islam di Johor iaitu seramai lebih 2.1 juta. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Zainal Abidin Osman.

Melihat perkembangan ini, DPPNJ tidak akan berdiam diri untuk membiarkan gejala mungkar ini terus berleluasa. Beberapa tindakan sedang dirangka untuk diambil selepas ini termasuklah meneruskan XPDC dakwah yang tidak terikat kepada musim-musim perayaan sahaja. Walaupun DPPNJ menyedari bahawa kekurangan tenaga dan sumber kewangan tetapi ia tidak akan menjadi penghalang kepada DPPNJ.


Sekian, wassalam.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

PEMANTAUAN SAMBUTAN TAHUN BARU: TAHNIAH KERANA POLIS BEKERJA KERAS

Date: Tuesday, January 03 @ 09:35:40 MYT
Topic: Main News
Oleh SALMAN HUSEIN

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Hrkh) – Pemantauan yang dilakukan Pemuda PAS Johor di kesemua lapan daerah di negeri ini pada malam Tahun Baru 31 Disember lalu mengejutkan dan penuh dengan aksi sumbang anak Melayu.

Lapuran yang dibuat petugas PAS mendedahkan bagaimana acara sambutan tahun baru ini diadakan tanpa kawalan serta pemantauan yang rapi daripada pihak-pihak terbabit terutama Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman, dekat sini.

Bagaimana pun pada malam tersebut Polis kelihatan bertungkus lumus melakukan pemantauan dengan mengadakan sekatan jalanraya dan rondaan serta mengawal lalulintas bahkan kita dimaklumkan semua unit termasuk Cawangan Anti Narkotik, Perjudian dan Maksiat turut digerakkan bagi melakukan operasi secara besar-besaran bagi membanteras jenayah.

Malangnya jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Agama Islam dan PBT tidak kelihatan melakukan pemantauan pada malam tersebut, kealpaan pihak terbabit melakukan pemantauan menyebabkan berlakunya bermacam gejala social yang lebih serius lagi.

Mazlan berkata demikian semasa ditemui selepas mengiringi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, membuat lapuran di Balai Polis Central, dekat sini, pada malam tahun baru beberapa hari lalu.

Lapuran polis ini dibuat susulan dari pemantauan yang dilakukan pemuda PAS Johor diketuai Mazlan dan Faizi di Danga Bay Johor Bahru, tempat yang menjadi tumpuan ramai di Bandaraya Johor Bahru terutama ketika menyambut hari perayaan tertentu.

Menurut Mazlan, pemantauan yang dibuat sehingga jam 3.00 pagi ini mendapati keadaan di Danga Bay sangat mengaibkan.

Ribuan anak muda bercampur gaul secara bebas dan melakukan aksi sumbang seperti berpelukan dan bercium di khalayak ramai tanpa segan silu selain minum arak secara terbuka.

"Melihat keadaan yang tidak terkawal ini maka kami telah mengambil keputusan untuk membuat lapuran polis meminta supaya polis melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku," kata Mazlan.

Menurutnya lagi, Polis yang menerima lapuran ini terus bertindak menghantar berpuluh-puluh anggota ke Danga Bay dan pemantauan semula yang mereka buat di tempat yang sama kira-kira sejam kemudian mendapati pengunjung mula beredar meninggalkan Danga Bay.

"Bagaimana pun kita tidak pasti sama ada kehadiran polis ini mampu menghindarkan anak-muda muda ini daripada terus melakukan perbuatan tidak bermoral memandangkan polis juga terpaksa menyelesaikan kes-kes lain yang dipertanggungjawabkan kepada mereka," kata Mazlan.

Selanjutnya menurut Mazlan, mereka amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan jabatan-jabatan terbabit dalam menangani masalah sosial ini, mereka sepatutnya mengambil langkah lebih pro-aktif dalam usaha untuk membanteras gejala sosial yang semakin serius mutakhir ini.

Tetapi malangnya sikap acuh tak acuh yang mereka tunjukkan ini membuktikan bahawa mereka memang tidak serius untuk membanteras gejala sosial ini, katanya.
-zs

Sociable