20 December 2006

BANJIR DI KLUANG SEMAKIN BURUK!

Posted by Picasa













Sukar nak gambarkan dengan kata-kata tetapi banjir yang melanda Kluang ketika ini sungguh luar biasa. Baru sahaja pulang daripada pemantauan banjir dan saya masih belum dapat melelapkan mata kerana memikirkan keadaan yang sedang berlaku sekarang ini.
Musibah atau ujian?
Malam tadi, MB Johor telah membuat lawatan mengejut ke Balai Polis Kluang dan Pusat Pemindahan banjir di sekitar Kluang. Saya mendapat maklumat bahawa 26 pusat pemindahan telah dibuka dan seramai 7000 ribu orang telah dipindahkan sehingga pukul 10 mlm tadi. Sehingga kini, Kluang adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Hujan semakin lebat diluar, tiada tanda-tanda bahawa ia akan berhenti. Seorang teman memberitahu bahawa sekiranya hujan masih tidak berhenti, berkemungkinan seluruh bandar Kluang akan ditutp dengan air!
Sahabat-sahabat sedang mengunjungi pusat pemindahan banjir di Dewan Kampung Melayu Kluang untuk mendapatkan jumlah mangsa banjir.
Semoga keadaan akan pulih kembali, amin...

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum
saya sebagai penduduk Kluang amat terkejut dengan kejadian yang berlaku tanpa disangka-sangka iaitu banjir teruk di Kluang.
saya yg berumr 19 tahun sejak kecil duduk di Kluang amat terkejut dengan apa yg berlaku kerana selama ini tidak pernah lagi saya mengalaminya.
Ujian @ musibah?
sama-samalah kita menginsafi diri sebagai seorg muslim. kalo banjir itu sebagai musibah siapa yang patut dituduh? masyarakat yang rosak, salah siapa?
salah diri sendiri? ibu bapa? masyarakat? ke nak salahkan kerajaan?
apepun keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat ini amat menakutkan dan memerlukan tindakan drastik oleh semua pihak.
anggaplah sebagai musibah oleh semua orang agar memahami kenapa kita mejadi manusia, masyarakat mahupun pemimpin..
adakah kita manusia,masyarakat,pemimpin berlandaskan Islam
renungkanlah ayat ALLAH ini di dalam surah al-bagarah ayat 208
"wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama kamu secara KESELURUHAN, dan jgnlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana dia adalah musuh kamu yang nyata"
sama-sama kita renungkan..
-hawarizmi-