05 October 2006

TERSENTUH BILA MEMBACA KISAH SALLEH TALIB

Posted by Picasa
Bila membaca tentang seorang bekas banduan yang dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup. Salleh Talib, bekas banduan yang mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini yang juga dikenali sebagai Pak Rashid telah merengkuk selama 31 tahun dalam penjara...

Pak Rashid, seperti yang disiarkan di dalam Harian Metro dan Bernama :

i. Beliau berhasrat untuk menggunakan kepakaran selama 23 tahun dalam membuat alat-alat kulit ketika di dalam penjara sebagai usaha mendapatkan rezeki yang halal.

ii. Memberitahu bahawa beliau terjebak dalam kegiatan jenayah akibat desakan hidup dan keinginan untuk merasai kesenangan hidup.

iii. Menasihati generasi muda hari ini menjauhkan diri daripada dadah yang banyak memberikan kemudaratan kepada masyarakat kerana banyak orang yang menjadi jahat disebabkan dadah.

iv. Akan diberi peluang sebagai penceramah di sekolah mengenai jenayah oleh Pengarah Penjara Taiping Narander Singh.

v. Ingin menjadi penceramah untuk menyedarkan kepada masyarakat betapa sukarnya hidup sebagai banduan.

Pak Rashid sepanjang berada di penjara mendalami Islam dengan sebaiknya. Beliau menjadi imam solat waktu dan solat terawih dan tahun ini beliau hanya sempat mengimamkan sebahagian solat terawih sahaja.
Semoga pengalaman Pak Rashid ini akan menjadi iktibar kepada semua.

No comments: