02 September 2009

Maaf kerana lama tidak Update

Saya memohon maaf kerana tidak update blog pemuda ini seperti biasa, kerana keterbatasan waktu yang terhad, tidak seperti dulu. Namun sebenarnya faktor yang lebih utama ialah, ramai blogger telah pun berpindah ke blog generasi kedua yang dipanggil Facebook. Ini adalah kerana, lambakan blog yang terlalu banyak, menyebabkan orang mula mencari isi-isi penting yang ringkas untuk dijadikan maklumat setiap hari.

Waktu sekarang orang tidak ada masa yang cukup untuk membaca berpuluh-puluh blog dalam masa satu satu hari. Oleh yang demikian mereka hanya mahukan maklumat yang ringkas dan padat serta dapat dibincangkan sebagai maklumat yang dapat dikongsi bersama. Kesemua ciri-ciri tersebut terdapat dalam facebook. Anda boleh terus fokus kepada pengundi serta rakan-rakan di sekitar Negeri Johor atau negeri-negeri lain untuk diajak berbincang mengenai situasi politik serta menyampaikan dakwah dengan lebih efektif & berkesan. Anda sudah dianggap ketinggalan jika tiada akaun facebook. Untuk mencari pengundi di kawasan anda, anda hanya perlu tulis nama jalan atau nama negeri atau nama daerah atau sebagainya di ruang "search". Facebook akan senaraikan rakan-rakan yang anda maksudkan.

"Namun demikian DPPNJ bukan berhasrat untuk menutup blog ini. Ia masih senantiasa aktif terutamanya dalam menyampaikan program terkini yang dilakukan oleh DPPNJ sendiri"

Di sebelah kanan blog ini, saya sertakan link EXCO DPPNJ yang telah memiliki akaun facebook. Anda boleh terus berinteraksi dengan mereka. Sebenarnya di facebook lebih meriah, sebab setiap yang anda tulis mendapat respon daripada rakan-rakan yang anda jemput untuk berbincang....Insya Allah saya akan tambah senarai EXCO dari semasa ke semasa.

Untuk panduan mendaftar, di sini saya sertakan manual ringkas berkenaan facebook, semuga dapat membantu anda untuk merancakkan lagi perbincangan menerusi media terbaru generasi muda...

Klik di sini untuk download

Sekian.

Admin DPPN Johor

4 comments:

Anonymous said...

Jumaat, 2009 Julai 10
Facebook Ciptaan Yahudi
Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan sains komputer gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, Fb kini dilaporkan mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi dan kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Pagi tadi, saya mencari maklumat berhubung latarbelakang Mark, saya terbaca beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu, hartanya USD1.5 billion. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi, sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Sila klik di sini untuk mengetahui antara tujuan awal Mark mencipta Fb.

Anonymous said...

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, khususnya produk berbentuk 'pilihan' bukan 'keperluan', mengapa tidak Fb? Saya akur, bagi diri saya, Fb BUKAN keperluan, tapak jaringan SOSIAL terbabit tidak lebih sekadar produk pilihan. Saya mampu hidup tanpa menggunakan Fb.

Entah mengapa, secara spontan bayangan sifat kebinatangan Yahudi antaranya di Palestin muncul di fikiran. Kanak-kanak tidak berdosa ditembak mati, nyawa wanita dan lelaki Islam tidak langsung dihargai kaum dilaknat. Bak bait lagu Michael Jackson, 'let us start with a man in the mirror', justeru, esok, 11 Julai 2009, jam 5 petang, akaun Fb saya akan DITUTUP. Biarpun tindakan itu dianggap hanya meninggalkan sekelumit kesan kepada kaum Yahudi, itu sumbangan saya.

Apapun, tindakan saya ini berbentuk PERIBADI. Keputusan pengguna Fb lain, mungkin berbeza mengikut tafsiran mereka.

Ahad, 2009 Julai 12
Facebook Kayakan Yahudi
Sebelum menutup akaun Facebook, Fb semalam, saya mempunyai 946 ‘friend’. Melalui pemerhatian saya, tidak ramai ‘friend’ mencatatkan butiran asli diri di Fb. Ekoran bimbang maklumat peribadi diceroboh dan disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab mendorong segelintir mereka menipu, menggunakan identiti palsu. Timbul dua persoalan, pertama, adakah Fb tidak selamat? Kedua, wajarkah mereka menggunakan identiti palsu, dianggap ‘friend’?

Tidak boleh disangkal, majoriti ‘friend’ di Fb sebenarnya tidak kita kenali, identiti mereka kabur biarpun nama mereka tercatat di senarai ‘friend’. Jika dilihat, tidak ramai antara ‘friend’ berani menggunakan gambar dan nama sebenar. Mungkin rupa dan nama tidak menarik, bimbang tidak ‘dilayan’ golongan mengaku ‘friend’, tiada sudi ‘menegur’, tiada sudi ‘bersembang’. Apalah ertinya Fb?

Jadi, usah hairan, jika ‘friend’ lelaki menampal wajah Brad Pitt bersama nama samaran, ‘Putera Handsome’. Manakala, perempuan menggunakan nama samaran ‘Angel’ bersama tampalan wajah ‘Angelina Jolie’ terkenal dengan bibir seksinya. Kesimpulannya, ‘face’ itu sendiri dipalsukan.

Di dunia realiti, jauh bezanya. Kita berpeluang melihat ‘friend’ secara fizikal, mengetahui nama sebenar dan lokasi mereka tinggal. Di dunia maya Fb, majoriti ‘friend’ terdorong tidak bersifat jujur dalam berkawan. Justeru, takrifan ‘friend’ di facebook jauh tersasar berbanding maksud sebenarnya. Itu satu daripada sebab saya menutup akaun Facebook semalam.

Semasa mengumumkan penutupan akaun di Fb, ada Tuan Haji berkata, beliau menggunakan Fb untuk berdakwah. Silakan, tidak salah, teruskan usaha murni itu, respon saya catatkan. Beliau tidak membalas mesej saya. Lagipun, saya sama sekali tidak menyuruh atau dalam apa bentuk sekalipun memaksa beliau mengambil tindakan sama. Bagaimanapun, perhatikan, berapa ramai ‘friend’ kita kenali berdakwah di Fb? Fikir dan jawab secara jujur kepada diri sendiri.

Zack Zuckerbeg, CEO Fb, billionaire Yahudi. Tahun 2008, Fb dilaporkan mengaut keuntungan berjumlah USD300 juta, antaranya melalui pengiklanan. Hakikatnya, syarikat hanya berminat mengiklankan produk atau servis di Fb jika jumlah pengguna Fb terbukti ramai, jika tidak mereka hanya membazirkan wang dan masa. Pengguna Fb kini mencecah 175 juta di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Jika kita pengguna Fb, maksudnya kita secara langsung terbabit membantu mengkayakan Yahudi.

Ada bantahan?

dppjohor said...

TQ atas makluman itu, dan kami telah pun maklum. Sebenarnya bukan FB shj ciptaan yahudi, termasuk semua yg kita guna ni ciptaan yahudi, ini termasuk juga blogspot. Kalau hanya beralasankan ciptaan yahudi dan kita mesti menjauhinya, ini satu pandangan yang dangkal. Soalnya bagaimanana cara kita ingin menggunakan medium ini untuk menjalankan kerja2 dakwah dgn approach yg lebih berkesan? Saya hormati pandangan anda. Teruskan boikot FB ini. Bg saya pula, jika di situ ada ruang kenapa kita mempersiakannya

zaujahafis said...

to dpp..ini bermakna tidaklah salah jika kita menggunakan ciptaan mereka sebagai medium menentang mereka semula??..jalan dakwah..jalan mencari kebaikan???

Sociable