26 February 2007
ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD AZIZ REMAN
BUKAN ISLAM TELAH MULA MENERIMA PAS
KAMPUNG JAWA SEGAMAT
PRESIDEN PAS TURUN KE JOHOR
TINDAKAN POLIS MERAHSIAKAN KEMATIAN ADALAH MELAMPAU
KENYATAAN MEDIA
(26 Februari 2007)
TAJUK :
TINDAKAN POLIS MERAHSIAKAN KEMATIAN ADALAH MELAMPAU
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memandang serius terhadap berita yang bertajuk “Wanita kecewa polis tak beritahu anak mati” yang disiarkan di dalam Berita Minggu semalam.
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada berita ini, seorang lelaki bernama Mohd Aziz Reman, 37 tahun telah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, pada 1 Januari lalu.
Walaupun ibu Allahyarham Mohd Aziz iaitu Patimah Daing Matrok tidak berhasrat meminta polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) menggali semula kubur anaknya di Johor Bahru yang dikebumikan tanpa pengetahuan mereka sekeluarga kerana berpuashati dengan keterangan polis serta pihak hospital namun DPPNJ mempertegaskan bahawa tindakan merahsiakan kematian dan membuat penyataan palsu adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Puan Patimah hanya mengetahui bahawa anaknya telah meninggal dunia setelah bertemu dengan anaknya untuk kali terakhir pada 6 November 2006 yang ketika itu bertugas di Jabatan Agama Johor.
Puan Patimah hanya menyedari bahawa anaknya ditahan polis apabila beliau terjumpa kereta anaknya di kawasan Balai Polis Sentral Johor Bahru pada 11 Disember 2006 namun beliau telah diberitahu bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006.
Pencarian Patimah berakhir apabila 16 Februari 2007 lalu, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang memaklumkan Mohd Aziz sebenarnya sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu. Pegawai polis tersebut telah memohon maaf di atas kesilapannya.
Merahsiakan kematian dan memberi penyataan bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006 adalah merupakan satu kesalahan yang melampau.
DPPNJ sangat kecewa dengan peristiwa ini dan menuntut penjelasan daripada pihak Polis Di Raja
Sekian.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
19 February 2007
SEKALUNG PENGHARGAAN
NISA' GAMES 2007 GEMILANG
MESYUARAT BERSAMA PASTI KELANTAN
16 February 2007
PENGAGIHAN BANTUAN BANJIR DI KLUANG TIDAK ADIL
Lebih memilukan, sepasang warga emas (bekas parajurit) yang juga merupakan ahli UMNO juga telah dipinggirkan daripada bantuan.
PAS Kluang sedang mengumpulkan maklumat ketidakadilan pengagihan dan bantuan kepada mangsa banjir di Kluang.
15 February 2007
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2007
Kerjasama Pemuda BA Johor akan diteruskan di dalam Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Khairul Faizi
KEPUTUSAN UNDIAN DI mSTAR ONLINE
Seramai 1,473 pembaca mSTAR Online telah membuat undian terhadap isu keinginan Zulhaidi Omat untuk bertukar kepada Agama Bhudha. 59% pembaca telah membuat undian bahawa tidak wajar beliau keluar daripada agam Islam.Apakah tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Agama Johor untuk menangani masalah ini?
SEKALUNG PENGHARGAAN
JAWATANKUASA BANJIR PEMUDA PAS JOHOR
07 February 2007
BUKAN MUDAH MEMBUANG LUMPUR
MISI KEMANUSIAAN PEMUDA PAS GELANG PATAH

Lihatlah, betapa tingginya lumpur yang perlu dibuang daripada halaman dan ruangan dalam rumah yang ditenggelami oleh banjir. Pintu rumah pun tidak dapat dibuka pada peringkat awalnya.
MANGSA BANJIR DITINDAS
Kak Arbainah Sidek, seorang balu yang baru kematian suami pada 7 Disember 2006 yang lalu menceritakan penindasan yang dihadapi olehnya.
Ikuti laporan penuh daripada harakah.
MALAYSIA NEGARA POLIS

Kesian Dr Hatta, dulu PM suruh bagi bukti, dah bagi bukti OSA la pulak!
Kiriman Penarik Beca sangkutu@gmail.com







